Loji janakuasa nuklear terbesar di Eropah di Mariupol, Ukraine

Loji janakuasa nuklear terbesar di Eropah di Mariupol, Ukraine telah berjaya ditawan tentera Rusia…

Konvoi tentera Rusia sepanjang 60 km atau 40 batu yang berhenti untuk solat berjemaah, seperti dalam video diatas membuktikan bahawa Rusia bukanlah musuh kepada umat Islam…

Konvoi tersebut telah berjaya menawan hampir satu pertiga Ukraine dan telah menguasai beberapa bandar utama seperti Kherson, serta menuju ke Kyiv, ibukota Ukraine…

Kuasa Bersekutu iaitu Amerika dan United Kingdom sebenarnya bukanlah pemenang sebenar semasa Perang Dunia Kedua…

Jerman Nazi hanya gagal menawan satu bandar lagi iaitu London di Eropah, iaitu kekalahan pertama Jerman Nazi ketika kempen Perang Dunia Kedua, serta satu-satunya peperangan yang hanya melibatkan pesawat tempur…

Adolf Hitler pula tersilap perkiraan kerana terlalu yakin mampu menewaskan Soviet Union, selepas berjaya menguasai hampir seluruh benua Eropah…

Soviet Union pula bagaimana pun telah berjaya menghalang kemaraan Jerman Nazi hanya 30km sebelum tiba di Moscow, tetapi dengan korban yang tinggi…

Soviet Union mengalami kemusnahan terbesar hanya untuk mempertahankan Moscow dari dijajah Jerman Nazi…

Tidak kurang 20 juta rakyat serta lebih satu juta askar Soviet telah terkorban, sekaligus merupakan yang tertinggi dalam kemusnahan Perang Dunia Kedua…

Kesatuan Soviet telah wujud sejak tahun 1922 hingga 1991, merupakan negara terbesar dunia merangkumi 22 juta km persegi sehingga 11 zon masa…

Mempunyai penduduk 286 juta pada tahun 1990, merupakan yang kedua tertinggi dunia selepas negara China ketika itu, dan mengatasi India, Amerika Syarikat, Indonesia dan Pakistan…

GDP negara Rusia pada tahun 1990 pula berjumlah 2.7 trilion USD, juga yang kedua tertinggi dunia selepas negara Amerika Syarikat ketika itu…

Kesatuan Soviet pada mula Perang Dunia Kedua tidak pun menyertai mana-mana pihak, sebaliknya hanya membantu Jerman Nazi untuk menyerang Poland…

Selepas itu, Soviet tidak terlibat dalam peperangan besar lain, sehinggalah Jerman Nazi yang hampir berjaya menawan seluruh Eropah kecuali London, telah bertindak untuk menyerang Soviet, akibat ketamakan Adolf Hitler…

Walaupun Soviet berjaya menghalang kemaraan Nazi sebelum tiba di Moscow, namun Stalin telah bertindak untuk menemui Winston Churchill, iaitu Presiden UK ketika Perang Dunia Kedua, untuk berpakat menjatuhkan Nazi Jerman yang akhirnya tumbang pada Mei 1945…

Jerman, Jepun dan Itali merupakan kuasa besar di pihak Kuasa Paksi, manakala Hungary, Romania dan Bulgaria menyokong Kuasa Paksi dalam Perang Dunia Kedua…

Pihak Kuasa Bersekutu pula dikuasai negara United Kingdom, Amerika Syarikat dan China, sebelum Soviet Union turut serta pada hujung Perang Dunia Kedua, dan disokong oleh Perancis, Poland, Australia, Kanada, Greece, Yugoslavia, New Zealand dan Brazil…

Perang Dunia Kedua bermula dengan serangan Jepun keatas Manchuria pada 1931 dan China pada tahun 1937, sebelum Jerman menyerang Poland pada 1939 dan berakhir kembali di Jepun dengan serangan bom atom keatas Hiroshima dan Nagasaki…

Kematian di pihak Bersekutu amat tinggi iaitu melebihi 61 juta, manakala di pihak Paksi pula hanya 12 juta korban, membuktikan bahawa Kuasa Bersekutu sebenarnya tewas berdasarkan jumlah kematian orang awam yang jauh lebih tinggi…

Malah jika ditolak 20 juta kematian dari negara Soviet Union pun, baki 40 juta korban dikalangan rakyat dan tentera negara-negara Kuasa Bersekutu adalah jauh lebih besar dari negara Kuasa Paksi…

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UN dan NATO ditubuhkan selepas itu, asalnya untuk memastikan tragedi perang sebegitu tidak berulang…

Namun UN, NATO, G7 malah EU kemudiannya menjadi tamak dan meluaskan pengaruh mereka untuk menguasai dunia, membuatkan blok sosialis dan komunis seperti Rusia dan China tidak senang…

Sebenarnya, sebelum Jerman Nazi menyerang Poland pada tahun 1939, British dan Perancis terlebih dahulu telah menyokong politik negara Poland pada Mac 1939…

Jerman yang rasa terancam kemudiannya telah menyerang Poland beberapa bulan kemudian iaitu pada 1 September 1939…

Pada 3 September 1939 pula, hanya dua hari selepas itu, British dan Perancis mengisytiharkan perang keatas Jerman…

Poland tewas dan Presiden Ignacy melarikan diri selepas Soviet turut serta menjajah Poland, manakala British dan Perancis tidak pun menghantar apa-apa bantuan ketenteraan kepada Poland…

Pada Mei 1940, Jerman Nazi menyerang Belanda, Belgium dan Luxembourg dengan mudah, manakala berjaya menumpaskan Perancis dan tentera British di Perancis…

Jerman hanya gagal menewaskan pasukan tentera udara British dalam “Battle of Britain” di London…

Selepas Jerman gagal menewaskan Soviet di Moscow akibat tidak bersedia di musim sejuk, kerana terlalu yakin mampu menawan Moscow dengan pantas, telah mengisytiharkan perang keatas Amerika, selepas Amerika mengisytihar perang kepada Jepun, apabila Pearl Harbour diserang…

Jepun pula menyerang Pearl Harbour serentak dengan pendaratan di Kelantan, Tanah Melayu untuk mengalih perhatian Amerika dari menghantar armada lautnya ke Tanah Melayu atau Malaya…

Maka terjadilah episod askar Melayu yang bersama British, termasuk legenda Leftenan Muda Adnan yang mempertahankan Singapura bagi pihak British…

British akhirnya tumpas kerana gagal dalam perisikan, dengan menyangka bahawa tentera Jepun akan datang dari arah laut Singapura, manakala tentera Jepun pula berjaya menumpaskan British dalam perisikan mereka tentang keadaan jalan darat di Tanah Melayu yang dipenuhi ladang getah…

Maka Jepun hanya membawa basikal semasa mendarat di Kelantan, dan mengambil masa yang pantas untuk menakluk ke seluruh Tanah Melayu,  kerana British dan askar Melayu telah bersedia di Singapura…

Serangan mengejut Jepun dari arah negeri Johor merupakan antara punca tewasnya British dan askar Melayu…

Jepun yang berjaya menghancurkan beberapa kapal perang utama Amerika di Pearl Harbour, kerana perisikannya yang memberi maklumat bahawa tentera Amerika sering bangun lewat di pagi Ahad, setelah berfoya-foya pada malam minggu…

Jepun menakluk Tanah Melayu pada tahun 1941 bukannya mahu mencari sumber bumi, tetapi untuk memburu saki baki komunis China yang diserangnya seawal tahun 1937 dan 1939…

Tentera Jepun sebenarnya tidak bermusuh dengan bangsa Melayu, tetapi mahu memburu saki baki pejuang Parti Komunis Malaya yang pro Sosialis, telah berada di Tanah Melayu sejak tahun 1930 lagi…

Jika ada Melayu yang dibunuh tentera Jepun ketika itu hanyalah yang disyaki menjadi tali barut kepada British…

Kekeliruan perisikan UMNO ketika era darurat di Tanah Melayu untuk memilih diantara Komunis China yang pro Soviet dan anti Imperialisme Jepun atau memihak kepada Kapitalis British, menjadi punca negara masih dijajah secara halus sehingga ke hari ini…

Perisikan UMNO ketika itu gagal dalam melihat siapa sebenarnya yang merupakan musuh, malah ramai yang tertipu, dan berpihak kepada British, terutamanya bangsa Melayu yang kurang didikan agama dikalangan pemimpin dan penyokong UMNO…

Mereka lupa bahawa Allah telah pun memberi amaran di dalam Al-Quran, bahawasanya Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada umat Islam, sehingga agama mereka dianuti…

Hizbul Muslimin atau PAS ketika itu adalah antara yang menentang British, malah ramai dari pahlawan sebenar Melayu adalah Ulama’ yang bersama-sama Komunis untuk menghalau British…

UMNO kemudiannya bertindak sendirian apabila bertemu British secara sulit di London, untuk menerima kemerdekaan bersyarat, dengan sanggup mengorbankan undang-undang Islam yang telah diamalkan di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah malah dipercayai di Johor ketika itu, hanya untuk mendapat kemerdekaan…

Natijah liciknya British, sehingga sekarang sumber bumi Malaysia terus dijarah British melalui proksinya UMNO, dengan cara kuasa politik dan mengajar rakyat mengamalkan cara hidup Barat, yang kembali menguntungkan British dan sekutunya…

Dari tahun 1957 sehingga 2022 pun, masih ada bangsa Melayu beragama Islam yang masih naif dan percaya bahawa tindakan UMNO menyebelahi British hampir 70 tahun lalu adalah tepat…

Walhal UMNO telah mementingkan diri, dan sengaja gagal dalam perisikan untuk memahami politik penjajah dari China, Jepun dan British, akibat ego yang tinggi kepada golongan agama dan Ulama’ ketika itu, malah sehingga kini…

Jika perisikan UMNO lebih bijak dan cakna hal geopolitik dan agama, maka mereka pasti tidak akan memihak kepada British yang sebenarnya memusuhi Islam, sedangkan Komunis China dan Soviet, malah Imperialis Jepun pula langsung tidak memusuhi Islam…

Pembunuhan umat Islam Chechen oleh Soviet di Chechnya serta Uyghur di China adalah kerana perluasan wilayah, buktinya di Moscow terdapat hampir 10 peratus umat Islam, begitu juga di Beijing…

Musuh Islam sebenarnya adalah British dan Amerika yang terbukti menyokong kuat penubuhan negara haram Israel, dengan membunuh umat Islam Palestin selama berpuluh tahun sehingga ke hari ini…

Serangan Amerika keatas Afghanistan dengan alasan memburu Osama Laden, yang kononnya bertanggungjawab keatas serangan World Trade Centre pada 11 September 2001, jelas merupakan satu komplot, kerana Al-Qaeda merupakan gerakan berfahaman Wahabbi dari Saudi, yang disokong Amerika sendiri…

Serangan Amerika keatas Iraq kononnya Saddam Hussein menyimpan senjata pemusnah Scud, serta rejim yang kononnya membunuh Syiah jelas tidak berasas…

Malah tidak ada senjata pemusnah dijumpai di Iraq, serta rakyat Iraq majoritinya sememangnya menyokong Saddam Hussein walaupun beraliran Syiah…

Begitu juga yang berlaku di Syria, apabila Amerika mendakwa Bashar Assad membunuh Sunni, lalu tentera boneka Amerika ISIS dan Al-Qaeda dari Saudi dihantar kononnya untuk menjatuhkan kerajaan Syiah Bashar Assad…

Namun gagal selepas Rusia menghantar tentera elitnya ke Syria serta Iran menghantar Jihad Islamis, manakala Lubnan menghantar bantuan tentera Hezbollah untuk membantu Bashar…

Sama keadaannya dengan Rusia yang menyerang Ukraine selepas NATO mahu Ukraine menyertai mereka…

Amerika dan NATO hanya akan membantu Ukraine dari segi sekatan politik kepada Rusia, dan mungkin tidak akan menghantar bantuan ketenteraan kepada Ukraine, sama seperti yang terjadi ketika Poland diserang Jerman Nazi dan Soviet Union pada tahun 1939…

United Kingdom dan Perancis yang licik dan berniat jahat, telah bertindak menyokong Poland, sebelum Jerman dan Soviet menakluk Poland pada tahun 1939…

Walhal Poland adalah negara jiran Jerman dan tidak ada kena mengena langsung dengan British dan Perancis…

Begitu juga dengan NATO yang ingin mengambil Ukraine sebagai ahlinya, walhal Ukraine adalah negara jiran kepada Rusia, dan tidak ada kena mengena pun dengan NATO…

Malah Jerman Nazi dan Soviet Union tidak pun mengganggu negara jiran samada British, Amerika atau mana-mana negara NATO sekalipun…

Begitulah liciknya British, semasa di Tanah Melayu, mereka menggunakan alasan perdagangan untuk menipu Sultan Singapura, malah berpihak kepada abang Sultan Singapura, membuatkan berlaku krisis dalaman Istana Singapura ketika itu…

Akhirnya Sultan Singapura berjaya dihalau British ke Melaka, selepas British membawa masuk rakyat dari China dan India melalui pelabuhan yang dikuasai British, yang asalnya diberi izin oleh Sultan Singapura dibina untuk berdagang…

British juga dengan licik mengambil kesempatan diatas krisis dalaman keluarga diraja Kedah pada hujung kurun ke-18, malah Sir Francis Light telah memberi hadiah kepada Sultan Ahmad Tajuddin sebagai balasan menderhakai Khalifah Kedah Pasai Ma…

British juga dengan licik mendapat kuasa di Pulau Pinang dari Sultan Abdullah Mukarram Shah, sebagai balasan kononnya perlindungan dari Siam dan Burma…

Tetapi tidak sampai satu tahun kemudian, Siam berjaya menakluk utara Tanah Melayu dan Pattani, dipercayai tanpa bantuan dari British seperti yang sepatutnya…

Sultan Ahmad Tajuddin Shah II yang menjadi boneka British pada awalnya, kemudian pula menjadi boneka kepada Raja Thai, untuk menyerang Kesultanan Perak pada tahun 1818 untuk diletakkan dibawah kuasa Siam…

Perjanjian Pangkor atau Pangkor Treaty antara Great Britain dan Sultan Perak pada tahun 1874 juga berpunca dari kelicikan British yang membawa pendatang Cina untuk bekerja di lombong timah, dan menyebabkan terjadinya Perang Larut antara elit Melayu dan Cina kongsi gelap…

Selepas Perjanjian Pangkor, British kemudiannya meluaskan pengaruhnya di Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang selain dari Perak, membentuk Negeri-negeri Bersekutu atau Federated Malay States pada tahun 1896 sehinggalah tahun 1946…

Melaka dan Pulau Pinang kemudiannya menyertai Malayan Union yang didakwa British juga disokong negeri-negeri tidak bersekutu, walhal yang sebenarnya negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor menentang penubuhan Malayan Union…

Dua tahun kemudiannya, Malayan Union menjadi Federation of Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu, dan akhirnya ‘merdeka’ pada tahun 1957, sebelum penubuhan Malaysia pada 1963 yang disertai Sabah, Sarawak dan Singapura…

Persoalannya, adakah negara Kuasa Bersekutu British dan Amerika atau pun negara Kuasa Paksi Rusia, Jepun dan Jerman yang sebenarnya pengganas antarabangsa dunia…

Pihak yang licik mulakan dengan menghasut sebelah pihak untuk berperang atau pun pihak yang menyerang kemudiannya…

Cukup-cukuplah ditipu mereka…

Na’udzubillahiminzalik. Wallahua’lam. C&P.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: