DOA MAJLIS PENUTUP KURSUS
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
ا اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Allahumma Ya Allah, Kami Menadah Tangan Merafa’kan Kesyukuran Kepadamu Diatas Segala Limpahan Nikmat Dan Rahmat Serta Diberikan Keizinan Dihari Yang Berbahagia Ini Dapatlah Kami berhimpun bersempena Majlis Penutup Kursus (…) pada kali ini.
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, Kami memohon kepadamu, jadikanlah segala latihan dan ilmu pengetahuan yang kami perolehi disepanjang kursus ini dapat direalisasikan serta diamalkan dan disampaikan kepada rakan–rakan seperjuangan yang lain, mudah–mudahan ianya akan dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami sebagai pegawai yang berintegriti, cekap berdedikasi dan berwibawa serta berwawasan tinggi dan seterusnya membawa kemajuan dan kejayaan yang sama-sama kita hajati.
Allahumma Ya Allah, hiasilah sanubari kami dengan sifat-sifat mahmudah yang mulia lagi terpuji, jauhilah dari kami sifat-sifat mazmumah yang hina lagi dikeji, tanamkanlah ke dalam diri kami semangat bekerjasama dan persaudaraan yang sejati, kearah mencapai kecemerlangan dan keredhaanmu Ya Ilahi. Terimalah segala hasil usaha dan khidmat bakti kami ini sebagai satu ibadah seperti mana yang engkau kehendaki.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار}ِ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ يَا عَزِيْزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.