Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Relevansi Antropologi Agama Terhadap Studi al-Qur’an dan Hadits

Change & Continuity Worldview

Pendahuluan

Al-Qur’an merupakan kitab suci umat Islam, berisikan kumpulan kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Saw., yang menjadi petunjuk [hudan] dan pedoman bagi manusia dalam menata kehidupan mereka. Sedangkan sunnah adalah cara yang bisa ditempuh (inisiatif) berdasarkan ajaran Nabi Muhammad Saw. Telah disepakati bersama bahwa sebagai sumber hukum Islam Al-Qur’an menempati posisi pertama kemudian diikuti oleh Hadits sebagai sumber kedua.

Tidak henti-hentinya studi atau kajian terhadap Al-Qur’an dan Hadits dilakukan baik oleh ummat Islam sendiri bahkan oleh para intelektual non muslim untuk mengungkapkan tekstualitas maupun kontekstualisasi dari kedua sumber hukum diatas. Dalam perkembangannya, kajian-kajian tersebut berkembang sehingga tidak hanya berkutat pada produk kajian keilmuan yang telah ada sejak masa lampau akan tetapi dikaitkan dengan keilmuan kekinian yang disajikan secara sistematis dan menggunakan pendekatan metode yang akurat.

Salah satu dari baberapa metode dan pendekatan yang akhir-akhir ini sering digunakan dalam kajian Al-Qur’an dan Hadits adalah pendekatan…

View original post 523 more words

Beeberapa Hadis tentang Kepemimpinan dalam Kitab Riyadhus Shalihin

Change & Continuity Worldview

A. Pendahuluan

Dalam sejarah kehidupan manusia, telah muncul konsepsi tentang kepemimpinan. Bagaimana Nabi Adam memimpin Hawa dan keturunannya di dunia setelah diusir dari surga. Begitu juga sejak awal kemunculan Islam, Nabi Muhammad selain sebagai seorang utusan Rasul yang menyampaikan ajaran-ajaran agama tetapi juga seorang kepala Negara dan kepala rumah tangga. Paling tidak dalam catatan-catatan sejarah kenabian yang terdokumentasikan dalam Hadits-Hadits yang tetap terjaga dan masih bisa dikonsumsi sampai saat ini, Nabi memberikan contoh bagaimana seorang pemimpin menyelesaikan persoalan-persoalan pribadi maupun sosial kemasyarakatan berdasarkan musyawarah untuk tercapainya kemaslahatan.

Masa peletakan Fondasi Islam yang di bawa Nabi Muhammad Saw. telah lama usai. Setiap ummat Islam dituntut untuk mampu mengaplikasikan ajaran-ajaran tersebut kedalam seluruh aspek kehidupan, tentunya dengan kontekstualisasi yang sejalan dengan perubahan zaman namun tetap berdasarkan tuntunan yang ada.

Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. dia…

View original post 1,115 more words

Ibadah Mahdlah & ghairu Mahdlah dalam al-Qur’an & Hadits

Change & Continuity Worldview

A. Pendahuluan

Agama adalah suatu sistem nilai yang diakui dan diyakini kebenarannya dan merupakan jalan menuju keselamatan hidup. Agama merupakan suatu hakikat eksternal, dapat dikatakan agama merupakan kumpulan hukum dan ketentuan ideal yang mendiskripsikan sifat-sifat dari kekuatan Ilahiah itu dan kumpulan kaidah-kaidah praktis yang menggariskan cara beribadah kepada-Nya.

Islam berasal dari kata aslama, yuslimu yang berarti menyerah, tunduk dan damai. Islam dalam arti terminologi berarti agama yang ajaran-ajarannya diberikan oleh Allah kepada manusia melalui para Rasul-Nya untuk keselamatan hidup manusia. dalam al-Quran dikatakan bahwa agama Allah adalam Islam yang telah diturunkan melalui perantara para Rasul.

Agama merupakan ibadah dan konsekuensi ibadah manusia hanya kepada Allah. Islam dijelaskan dalam Al Qur’an sebagai agama. Kata ini merupakan bentuk masdhar dari dana-yadinu, yang memiliki beberapa arti yaitu: taat atau patuh, wara’, agama, mazhab, keadaan cara atau kebiasaan, raja’, paksaan dan pembalasan atau perhitungan.

Apabila makna-makna di atas dikaitkan dengan arti yang…

View original post 1,260 more words

9 Golongan Manusia Yang Menunaikan Solat

9 Golongan Manusia Yang Menunaikan Solat

Posted by Putra Zulkhairi | File under : Hukum, Ilmiah, Info, Peringatan, Tazkirah

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

http://2.bp.blogspot.com/-UW9TbYKwO_M/UAeTB7DPggI/AAAAAAAAANQ/-NVitTOSABs/s320/download.jpg

Semoga pengisian kali ini memberikan kita iktibar dan pengajaran yang amat penting bagi kita. Di dunia ini ramai orang- orang Islam yang menunaikan solat, malah lengkap lima waktunya sehari semalam. Meski pun begitu, masing- masing solat mereka (kita) berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, terdapat 9 golongan manusia yang menunaikan solat. Insyaallah, dengan perkongsian renungan ini dapatlah kita sama- sama memperbaiki amalan- amalan kita.

GOLONGAN 1
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak solat, bahkan ramai juga yang tak tahu nak solat. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak solat tanpa sebab. Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin solat itu fardu.Masya-Allah… taknak masuk golongan nih.. paling menyedihkan…

GOLONGAN 2
Orang yang mengerjakan solat secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar solat maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang solat tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

GOLONGAN 3
Orang yang mengerjakan solat, bahkan tahu ilmu mengenai solat, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap solat, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia solat, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tak solat. Orang ini jatuh fasik.

GOLONGAN 4
Orang yang solat, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada solat yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam solat, orang ini lalai dalam solat. Neraka wail bagi orang ini.

GOLONGAN 5
Golongan yang mengerjakan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam solat itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai solat awamul muslimin.

GOLONGAN 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam solatnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam solatnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam solatnya. Begitulah sehingga selesai Solatnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai solat itu. Ertinya solatnya tiada memberi kesan apa apa. Allah belum lagi cinta orang ini.

GOLONGAN 7
Golongan yang mengerjakan solat yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam solatnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar solat itu tidak mempengaruhi solatnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam solatnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

GOLONGAN 8
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam solatnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan solatnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam solatnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

GOLONGAN 9
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dariseluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah solat itu dijiwai didalam solat malahan ia dapat mempengaruhi di luar solat. Kalau ia bermasalah langsung ia solat, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan solat. Solat telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti solat Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan solat dulu, maka didalam solat itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan solat. Makin banyak solat makin lazat, solatlah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam solatlah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.astaghfirullah. . rase kerdil..

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat solat itu tadi, maka dapatlah kita nilai solat kita di tahap yang mana. Maka ibadah solat yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Solatnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap solat kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

Wallahualam…

9 GOLONGAN MANUSIA YANG MENUNAIKAN SOLAT

*** GOLONGAN 1
Tidak solat, Tidak tahu nak solat. Imam Malik– jatuh kafir- tak solat tanpa sebab.

Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) masih yakin solat itu fardu.


*** GOLONGAN 2
Orang yang mengerjakan solat secara zahir sahaja,

Bacaan tidak betul, taklid buta, bermain, ikut-ikut orang saja.

Tidak belajar Ilmu tentang solat.

Golongan ini SOLAT tertolak DAN berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah.


*** GOLONGAN 3
mengerjakan solat, tahu ilmu mengenai solat, tetapi tidak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. sekejap solat, sekejap tidak. ORANG INI JATUH FASIK.


*** GOLONGAN 4
Solat, ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tidak khusyuk

Banyak tidak faham lafaz lafaz-sekadar hafaz –, fikirannya tidak tertumpu pada solat . NERAKA WAIL BAGI ORANG INI.


*** GOLONGAN 5
Mengerjakan solat cukup lima waktu, tepat waktunya, faham setiap bacaan solat, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tidak dihayati dalam solat itu. Dikategorikan sebagai solat AWAM ORANG ISLAM.


*** GOLONGAN 6

Kadang khusyuk dan tidak khusyuk sehingga selesai solat. Bila teringat Allah tiba tiba INSAF dan sedar, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam solatnya.  Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa.

Nafsunya bertahap mulhamah (menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, TETapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa).  Golongan ini terserah kepada Allah.

 SOLAT TIDAK DAPAT PAHALA & tiada memberi kesan. —  Allah belum lagi cinta orang ini.


*** GOLONGAN 7
Golongan  solat tepat waktunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya,kerja.

Hatinya masih dapat memuja Allah didalam solatnya.

Golongan ini disebut ORANG-ORANG SOLEH / GOLONGAN ABRAR / ASHABUL YAMIN.


*** GOLONGAN 8
Seperti golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan faham makna dan tak mengingati dunia dalam solat, menghayati setiap makna bacaan solatnya, pada setiap kalimah                      ( bacaan fatihah,doa iftitahn, tahiyyat, tasbihnya).

Tidak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit .

 Tetapi masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam solatnya. GOLONGAN MUKKARRABIN (Yang hampir dengan Allah ).


*** GOLONGAN 9
Menjiwai  solat dan perkara luar tidak mempengaruhi solatnya.

Jika ada masalah dia akan solat. Yakin solat punca penyelesai segala masalah.

Ia telah fana dengan solat.

Mereka telah mabuk dengan solat. Makin banyak solat makin lazat,

Solat tempat lepaskan kerinduan ,tempat mengadu, penyejuk hati  kepada tuhannya.

Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti solat Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan solat dulu, maka didalam solat itulah panah itu dicabut.

Dalam solatlah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.astaghfirullah. . rase kerdil..

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat solat itu tadi, maka dapatlah kita nilai solat kita di tahap yang mana. Maka ibadah solat yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Solatnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap solat kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

Wallahualam…

8 HATI SIHAT MENURUT AL-QURAN

8 TIPS  HATI YANG  SIHAT MENURUT AL-QURAN

Urusan hati adalah hal penting yang selalu diperhatikan oleh Al Quran. Bahkan NILAI MANUSIA TERLETAK PADA HATINYA.
❤1. Hati yang TUNDUK.
Iaitu hati yang tunduk, tenang dan yakin dengan keputusan Allah SWT.   فَتُخْبِتَ لَهُ قُلُوبُهُمْ
 “Dan tunduk hati mereka kepadanya (Al Quran).” (QS.al Hajj:54)
❤ 2. Hati yang SELAMAT.
Iaitu hati yang ikhlas kerana Allah. Dan bersih dari kekufuran, kemunafikan dan kehinaan.
  إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيم
“Kecuali orang orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.”
(QS.ash Shu’ara:89)  suci dari rasuah dan fitnah
❤ 3. Hati yang KEMBALI.
Iaitu hati yang selalu kembali dan bertaubat kepada Allah.
Kemudian bertekad untuk selalu taat kepada-Nya.
مَّنْ خَشِيَ الرَّحْمَٰنَ بِالْغَيْبِ وَجَاءَ بِقَلْبٍ مُّنِيبٍ

 “Iaitu orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sedang Dia tidak terlihat (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat.”  (QS.Qaf:33)

4. Hati yang TAKUT.
Iaitu hati yang takut amalnya tidak diterima oleh Allah dan dia selalu khawatir tidak selamat dari adzab Nya. 

وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوا وَّقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَىٰ رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ

“Dan orang orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut, (kerana mereka tahu bahawa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka.” (QS.al Mukminun:60)


5. Hati yang BERTAQWA.
Iaitu hati yang mengagungkan syiar-syiar Allah.
ذَٰلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ

 “Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syiar syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.”
(QS.al Hajj:32)

6. Hati yang mendapat HIDAYAH.
Iaitu hati yang rela dan pasrah dengan ketentuan Allah

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ  وَمَن يُؤْمِن بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ  وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ (11) “Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.” (QS.at Taghabun:11)

7. Hati yang TENANG
Iaitu hati yang tentram dengan meng Esakan Allah dan selalu mengingat Nya.
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ  أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

 “Dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah.”
(QS.ar Ra’d:28)

8. Hati yang HIDUP.
Iaitu hati yang mahu merenungkan apa yang terjadi pada umat umat terdahulu yang melawan perintah Allah
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَذِكْرَىٰ لِمَن كَانَ لَهُ قَلْبٌ أَوْ أَلْقَى السَّمْعَ وَهُوَ شَهِيدٌ
“Sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar terdapat peringatan bagi orang orang yang mempunyai akal.” (QS.Qaf:37)