Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

PEMBAHAGIAN IDGHAM

IDGHAM MUTAJANISAIN :

Mutajanisain bermaksud (Dua yang berhampiran sejenis). Ia berlaku apabila dua huruf yang sama makhrajnya tetapi berlainan pada sifat bertemu.

Cara menyempurnakan Idgham pada hukum ini ada dua keadaan. Iaitu secara Naqis atau Kamil.

Idgham Kamil :

Menggabungkan huruf pertama kedalam huruf kedua secara total. Iaitu dengan melenyapkan keseluruhan makhraj dan sifat huruf pertama.

Idgham naqis :

Menggabungkan huruf pertama kedalam huruf kedua secara tidak sempurna.Iaitu dengan hanya melenyapkan makhraj huruf pertama itu sahaja dan mengekalkan sifat-sifatnya melainkan qalqalah.

Tambahan :

Cara bacaan Idgham Naqis dalam bab ini hanya berlaku pada pertemuan sehala huruf “Tha” dengan “Ta” sahaja..

QALQALAH SUGHRA

Lantunan yang paling rendah. Apabila huruf Qalqalah terletak di pertengahan kalimah atau dibaca wasal.

Tanda : Huruf Qalqalah sukun terdapat di pertengahan kalimah.

10 KELEBIHAN AZAN BERDASARKAN HADIS

10 KELEBIHAN AZAN BERDASARKAN HADIS

Azan adalah panggilan untuk solat.
Meskipun disuarakan oleh manusia, pada hakikatnya azan adalah panggilan Allah kepada segenap hamba-Nya untuk menunaikan solat.         Azan memiliki banyak keutamaan yang luar biasa.

Berikut ini 10 kelebihan azan berdasarkan hadis hadis sahih:

️ 1. PAHALA AZAN SANGAT BESAR DAN TERPAKSA UNDI
Pahala azan sangat besar. Begitu besarnya pahala azan hingga Rasulullah SAW mengisyaratkan, jika orang orang mengetahui pahalanya, mereka pasti berebut untuk azan meskipun dengan cara diundi.
ﻟَﻮْ ﻳَﻌْﻠَﻢُ ﺍﻟﻨَّﺎﺱُ ﻣَﺎ ﻓِﻰ ﺍﻟﻨِّﺪَﺍﺀِ ﻭَﺍﻟﺼَّﻒِّ ﺍﻷَﻭَّﻝِ ،

ﺛُﻢَّ ﻟَﻢْ ﻳَﺠِﺪُﻭﺍ ﺇِﻻَّ ﺃَﻥْ ﻳَﺴْﺘَﻬِﻤُﻮﺍ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻻَﺳْﺘَﻬَﻤُﻮﺍ


“Seandainya orang orang mengetahui pahala yang terkandung pada azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mungkin mendapatkannya kecuali dengan cara mengadakan undian atasnya, nescaya mereka akan melakukan undian” (HR. Bukhari dan Muslim)
️ 2. SEMUA MAKHLUK MENJADI SAKSI .

Makhluk dan benda yang mendengar azan akan menjadi saksi bagi muaazin Seluruh makhluk yang mendengar azan seorang muaazin, mereka akan menjadi saksi baginya di hari kiamat kelak.
ﻻ ﻳَﺴْﻤَﻊُ ﺻَﻮْﺗَﻪُ ﺟِﻦٌّ ﻭَﻻ ﺇِﻧْﺲٌ ﻭَﻻ ﺣَﺠَﺮٌ ﻭَﻻ ﺷَﺠَﺮٌ ﺇِﻻ ﺷَﻬِﺪَ ﻟَﻪُ
“Tidaklah azan didengar oleh jin, manusia, batu dan pohon kecuali mereka akan bersaksi untuknya” (HR. Abu Ya’la)
ﻟَﺎ ﻳَﺴْﻤَﻊُ ﺻَﻮْﺗَﻪُ ﺷَﺠَﺮٌ ﻭَﻟَﺎ ﻣَﺪَﺭٌ ﻭَﻟَﺎ ﺣَﺠَﺮٌ ﻭَﻻ ﺟِﻦٌّ ﻭَﻻ ﺇِﻧْﺲٌ ﺇِﻻ ﺷَﻬِﺪَ ﻟَﻪُ
“Tidaklah suara azan didengar oleh pohon, lumpur, baru, jin dan manusia, kecuali mereka akan bersaksi untuknya” (HR. Ibnu Khuzaimah)
️ 3. MUAAZIN AKAN MENDAPAT AMPUNAN ALLAH SWT MENGIKUT KADAR LAUNGAN AZAN
Di antara keutamaan azan yang istimewa adalah, para muadzin akan mendapatkan ampunan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Benda benda yang mendengar azan tanpa kita sadari memohonkan ampunan Allah untuk muadzin.

ﻳُﻐْﻔَﺮُ ﻟَﻪُ ﻤﺆَﺫِّﻥُ ﺑِﻤَﺪِّ ﺻَﻮْﺗِﻪِ ﻭَﻳَﺸْﻬَﺪُ ﻟَﻪُ ﻛُﻞُّ ﺭَﻃْﺐٍ ﻭَﻳَﺎﺑِﺲٍ
“Muaazin diampuni sejauh jangkauan azannya. Seluruh benda yang basah maupun yang kering yang mendengar azannya memohonkan ampunan untuknya” (HR. Ahmad)
️ 4. ORANG YANG AZAN MENDAPAT PAHALA SEPERTI SEMUA JUMLAH MEREKA YG HADIR  SOLAT
Jika seorang muadzin mengumandangkan di masjid atau mushola, kemudian orang berduyun duyun menunaikan solat jamaah kerana mendengar azan tersebut, maka muaazin mendapatkan kelebihan pahala seperti pahala orang-orang yang solat bersamanya tersebut.
ﻭَﻟَﻪُ ﻣِﺜْﻞُ ﺃَﺟْﺮِ ﻣَﻦْ ﺻَﻠَّﻰ ﻣَﻌَﻪُ
“Muaazin mendapatkan pahala seperti pahala orang yang solat bersamanya” (HR. An Nasa’i)
️ 5. MUAAZIN MENJADI ORANG YANG DIPERCAYAI ALLAH SWT
ﺍﻹِﻣَﺎﻡُ ﺿَﺎﻣِﻦٌ ﻭَﺍﻟْﻤُﺆَﺫِّﻥُ ﻣُﺆْﺗَﻤَﻦٌ ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺃَﺭْﺷِﺪِ ﺍﻷَﺋِﻤَّﺔَ ﻭَﺍ

ﻏْﻔِﺮْ ﻟِﻠْﻤُﺆَﺫِّﻧِﻴﻦَ
“Imam adalah penjamin dan muaazin adalah orang yang dipercayai.

Ya Allah, luruskanlah para imam dan ampunilah muadzin” (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi)
️ 6. MUAAZIN DIDOAKAN RASULULLAH SAW, SETIAP DOA RASULULLAH SAW PASTI MAKBUL.
Seperti hadis di atas, Rasulullah mendoakan muadzin, memintakan ampunan Allah baginya. Doa Rasulullah pastilah maqbul. Dan bukan hanya di hadis itu beliau mendoakan muadzin. Di hadis lain beliau juga mendoakan dan memintakan ampunan.
ﻓَﺄَﺭْﺷَﺪَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺍﻟْﺄَﺋِﻤَّﺔَ ﻭَ ﻏَﻔَﺮَ ﻟِﻠْﻤُﺆَﺫِّﻳْﻦَ
“Semoga Allah meluruskan para imam dan mengampuni para muaazin” (HR. Ibnu Hibban)
️ 7. SYAITAN LARI APABILA MENDENGAR AZAN
ﺇِﺫَﺍ ﻧُﻮﺩِﻯَ ﻟِﻠﺼَّﻼَﺓِ ﺃَﺩْﺑَﺮَ ﺍﻟﺸَّﻴْﻄَﺎﻥُ ﻭَﻟَﻪُ ﺿُﺮَﺍﻁٌ ﺣَﺘَّﻰ ﻻَ ﻳَﺴْﻤَﻊَ ﺍﻟﺘَّﺄْﺫِﻳﻦَ
“Apabila azan untuk solat dikumandangkan, syaitan melarikan diri terkentut kentut sampai tidak mendengar azan” (HR. Bukhari dan Muslim)


️ 8. LEHER MUAAZIN AKAN DIPANJANGKAN DI HARI KIAMAT
Para muadzin akan dimuliakan Allah di hari kiamat, di antaranya dengan dipanjangkan lehernya.
ﺍﻟْﻤُﺆَﺫِّﻧُﻮﻥَ ﺃَﻃْﻮَﻝُ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ ﺃَﻋْﻨَﺎﻗًﺎ ﻳَﻮْﻡَ ﺍﻟْﻘِﻴَﺎﻣَﺔِ
“Para muaazin adalah orang yang berleher panjang pada hari kiamat” (HR. Muslim)
️ 9. ORANG YANG AZAN DIBANGGAKAN ALLAH DI HADAPAN MALAIKAT-NYA

ﻳَﻌْﺠَﺐُ ﺭَﺑُّﻜُﻢْ ﻣِﻦْ ﺭَﺍﻋِﻰ ﻏَﻨَﻢٍ ﻓِﻰ ﺭَﺃْﺱِ ﺷَﻈِﻴَّﺔٍ ﺑِﺠَﺒَﻞٍ ﻳُﺆَﺫِّﻥُ ﺑِﺎﻟﺼَّﻼَﺓِ ﻭَﻳُﺼَﻠِّﻰ ﻓَﻴَﻘُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﺰَّ ﻭَﺟَﻞَّ ﺍﻧْﻈُﺮُﻭﺍ ﺇِﻟَﻰ ﻋَﺒْﺪِﻯ ﻫَﺬَﺍ ﻳُﺆَﺫِّﻥُ ﻭَﻳُﻘِﻴﻢُ ﺍﻟﺼَّﻼَﺓَ ﻳَﺨَﺎﻑُ ﻣِﻨِّﻰ ﻓَﻘَﺪْ ﻏَﻔَﺮْﺕُ ﻟِﻌَﺒْﺪِﻯ ﻭَﺃَﺩْﺧَﻠْﺘُﻪُ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔَ
“Tuhanmu takjub kepada seorang penggembala kambing di puncak bukit gunung, dia mengumandangkan azan untuk shalat lalu dia solat. Maka Allah SWT  berfirman, ‘Lihatlah hambaKu ini, dia mengumandangkan azan dan beriqamat untuk solat, dia takut kepadaKu. Aku telah mengampuni hambaKu dan memasukkannya ke dalam syurga” (HR. Abu Dawud dan An Nasa’i)

️ 10. PARA MUAAZIN AKAN DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA
Inilah puncak dari keutamaan azan. Orang yang azan akan dimasukkan Allah ke dalam syurga-Nya sebagaimana hadis di atas dan hadis di bawah ini:

Dari Abu Hurairah,
ﻛُﻨَّﺎ ﻣَﻊَ ﺭَﺳُﻮﻝِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻓَﻘَﺎﻡَ ﺑِﻠَﺎﻝٌ ﻳُﻨَﺎﺩِﻱ ﻓَﻠَﻤَّﺎ ﺳَﻜَﺖَ ﻗَﺎﻝَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻣَﻦْ ﻗَﺎﻝَ ﻣِﺜْﻞَ ﻫَﺬَﺍ ﻳَﻘِﻴﻨًﺎ ﺩَﺧَﻞَ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔَ
“Kami pernah bersama Rasulullah SAW, lalu Bilal berdiri mengumandangkan azan. Ketika selesai, Rasulullah SAW bersabda, ‘Barangsiapa mengucapkan seperti ini dengan yakin, nescaya dia masuk syurga’.” (HR. An Nasa’i)
:::::::::::🌹🌹::::::::::::

TIGA GOLONGAN MANUSIA

TIGA MACAM MANUSIA

Abdullah bin Syaqiq rohimahullah berkata,

الرجال ثلاثة:

‏١-رجل عمل حسنة فهو يرجو ثوابها.

‏٢-ورجل عمل سيئة ثم تاب فهو يرجو المغفرة.

‏٣-والثالث: الرجل الكذاب يتمادى في الذنوب ويقول أرجو المغفرة.

‏ومن عرف نفسه بالإساءة ينبغي أن يكون خوفه غالبا على رجائه”.

“Manusia itu ada tiga :

1️⃣. Orang yang beramal soleh berharap pahalanya.

2️⃣. Orang yang melakukan dosa kemudian bertaubat, maka ia berharap ampunan.

3️⃣. Orang pendusta yang terus menerus berbuat dosa sementara ia berkata, “Aku berharap ampunan..”

🌴🌴🌴

Maka siapa yang tahu dirinya selalu berbuat dosa, semestinya rasa takutnya (akan adzab Allah) lebih dominan daripada rasa harapnya (akan ampunan Allah)..”

(Syu’abul Iman 2/324)

Amalkan Doa Memohon Petunjuk

Amalkan Doa Memohon Petunjuk

=======

1. Pada hari jumaat ini, kita selalu membaca Surah al-Kahfi. Salah satu perkara menarik yang diajarkan oleh Allah dalam al-Quran melalui kisah pemuda kahfi adalah Allah merekodkan doa mereka yang memohon petunjuk. Dalam doa ini, mereka menggabungkan dua elemen penting iaitu memohon rahmat dan (al-rusyd) iaitu petunjuk dari Allah. Firman Allah:

إِذْ أَوَى ٱلْفِتْيَةُ إِلَى ٱلْكَهْفِ فَقَالُواْ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan pemuda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, Dan persiapkan (permudahkan) urusan kami dengan PETUNJUK.” (Surah al-Kahfi: 10)

2. Perhatikan perkataan “RASYADA” di sini yang membawa maksud hidayah atau petunjuk.  Pemuda Kahfi yang lari menyelamatkan diri mereka ini memohon agar Allah memberikan petunjuk dalam setiap urusan kehidupan mereka.

3. Menariknya dalam surah al-kahfi ini juga, lafaz yang sama (iaitu perkataan al-rusyd ini) turut diungkapkan oleh Nabi Musa yang memohon dari Nabi Khadir agar mendidiknya supaya dia boleh mendapat petunjuk. Kata Nabi Musa:

قَالَ لَهُ مُوسَىٰ هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا

“Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi PETUNJUK bagiku?” (Surah al-Kahfi: 66)

4. Bukan sahaja para Nabi, golongan Jin juga mengungkapkan perkataan ini apabila mereka menggambarkan bahawa al-Quran memberikan petunjuk kepada manusia. Kata golongan Jin:

قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar Al-Quran yang menakjubkan! Kitab yang memberi panduan (PETUNJUK) ke jalan yang betul. (Surah al-Jin: 1-2)

5. Malah Allah turut menyifatkan Nabi Ibrahim sebagai seorang yang diberikan petunjuk dengan menggunakan perkataan yang sama iaitu perkataan al-Rusyd (rasyada – rusydahu). Firman Allah:

وَلَقَدْ آتَيْنَا إِبْرَاهِيمَ رُشْدَهُ مِن قَبْلُ وَكُنَّا بِهِ عَالِمِينَ

Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim PETUNJUK (sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid) dan Kami adalah mengetahui akan halnya. (Surah al-Anbiya: 51)

6. Oleh itu, amalkanlah doa yang dilafazkan oleh Pemuda Kahfi ini. Allah telah menceritakan kepada kita bagaimana Nabi Musa turut menuntut perkara yang sama menggunakan perkataan yang sama, Nabi Ibrahim disifatkan sebagai lelaki yang mempunyai petunjuk (melalui perkataan ini juga). Bahkan golongan jin turut menyifatkan al-Quran sebagai Kitab yang memiliki petunjuk melalui perkataan ini juga.

Semoga Allah membimbing kita.

Jom Masuk Syurga Bersama Keluarga

Kempen Masuk Syurga Sekeluarga

==========

1. Surah al-Tahrim menyediakan kepada kita satu panduan yang lengkap mengenai kempen “masuk syurga sekeluarga.” Kempen ini dimulakan dengan peringatan kepada suami agar sentiasa membimbing isteri dan ahli keluarga mereka agar sentiasa mematuhi perintah syarak.

2. Dalam permulaan surah ini Allah menegur Rasulullah supaya tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syarak semata-mata ingin menjaga hati isteri.

3. Perbincangan ini disusuli dengan peringatan yang sangat tegas di mana Allah meminta kita memelihara diri dan keluarga kita dari neraka. Andai gagal, kita yang akan menjadi bahan bakar api neraka. Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)…”

4. Kemudian al-Quran menampilkan contoh isteri-isteri yang terpisah dari suami mereka. Mereka bukan sahaja tidak beriman malah mengkhianati dakwah suami mereka lalu Allah humban mereka ke neraka terpisah dari suami mereka di syurga. Firman Allah:

 وَقِيلَ ادْخُلَا النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِينَ

“Masuklah kamu berdua (isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut) ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)”.

5. Setelah itu Allah bayangkan kepada kita, terdapat juga isteri yang dianugerahkan istana di syurga, namun suami mereka merengkok ke neraka. Mereka adalah pasangan yang terpisah dek keimanan yang berbeza. Firman Allah:

وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ آمَنُوا امْرَأَتَ فِرْعَوْنَ إِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِي عِندَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِن فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

“Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan kepada orang-orang mukmin iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: “Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim.”

6. Akhirnya Allah tutup perbincangan ini dengan menjelaskan mengenai wanita yang tidak mempunyai pasangan. Wanita yang masih belum berpasangan ini hendaklah mereka menjaga kehormatan mereka seperti Saidatina Maryam yang akhirnya dikurniakan syurga oleh Allah.

Semoga Allah membimbing kita untuk ke syurga sekeluarga.