
DOA MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
ا اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Allahumma Ya Allah, kami menadah tangan merafa’kan kesyukuran kepadamu diatas segala limpahan nikmat dan rahmat serta diberikan keizinan dihari yang berbahagia ini dapatlah kami berhimpun bersempena Majlis Perpisahan, Pergimu Disanjung Jasamu Dikenang kepada (…) pada kali ini.
Ya Allah, kurniakanlah kepada (…) yang kami raikan ini, agar dilimpahkan rahmatmu, diberikan kesihatan dan kebahagian, keselamatan dan kesejahteraan yang berterusan. Jadikanlah segala amal bakti yang dicurahkan dalam perkhidmatan selama ini sebagai satu ibadat yang mendapat keberkatan dan kerahmatan daripadamu.
يا الله يا قدير يا عظيم يا حليم يا جبار انك على كل شيىء قدير
Bagi kami yang masih yang masih berkhidmat ini, kurniakanlah kami taufiq dan hidayat, kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan dan eratkan tali persaudaraan kami, kukuhkanlah perpaduan kami, kekalkanlah sifat mahu bekerjasama dan bantu membantu antara kami, peliharalah akhlak kami, halalkan rezeki kami dan terimalah khidmat bakti kami ini sebagai satu ibadat yang mendapat kemajuan dan kejayaan dari masa ke semasa.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار}ِ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ يَا عَزِيْزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.