Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

RENUNGAN BERSAMA

Pagi ini saya baca perkongsian daripada seorang peguam tentang turutan pemberian nafkhah oleh suami.

Ia bermula dengan isteri nombor 1, kemudian anak. Sempat lagi saya bayangkan kalau bini 2, 3, 4, aduduuuduuu, jenuh nak setelkan bab nafkhah sedangkan gaji bersih cikgu berapalah sangat tolak hutang itu ini. Nafkhah emak ini wajib ditunaikan oleh suaminyalah.

Perkara ini tidak difahami zaman berzaman, sehingga Ustaz Wadi banyak kali menyebut tentang dosa terbesar suami hari ini ialah pengabaian nafkhah suami kepada isterinya.

Bagi seorang suami, dosa mengabaikan nafkhah isteri sahaja sudah cukup untuk menyusahkannya di akhirat kelak. Bayangkan isteri yang terkontang kanting mencari rezeki untuk membiayai keluarga, sedangkan suami yang bekerja menggunakan seluruh duit untuk ibunya lalu mengabaikan isterinya.

Perkongsian peguam ini dikritik hebat oleh kebanyakan lelaki. Boleh baca komen- komen yang jelas menunjukkan ketidakfahaman masing-masing tentang urutan nafkah.

Sukalah saya nak menasihati diri saya sendiri.

Jika diizinkan Allah, saya yang mempunyai dua orang anak lelaki bakal bermenantu. Bayangkan jika saya sebagai seorang ibu yang tidak memahami hukum ini, lalu memaksa-maksa anak lelaki saya menyerahkah duit gajinya pada saya, hidup meminta-minta dengan anak lelaki macam saya tak ada laki.

Lalu jadilah anak lelaki saya suami yang mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan keluarganya. Nauzubillah. Dosa ini pastilah bermula daripada diri saya sebagai seorang ibu yang jahil.

Selalu lelaki menggunakan alasan dan hujah ketaatan kepada ibu. Ya benar, taatlah kepada ibu sampai hujung nyawa, tetapi itu tidak menggugurkan tanggungjawab suami memberi nafkhah kepada isteri.

Wahai bakal-bakal mentua, nafkhah kita di tangan suami kita, bukan di pundak anak lelaki kita. Jangan kerana kejahilan kita, anak lelaki kita menjadi suami dayus yang mengabaikan keluarganya. Nauzubillah.

Sentiasalah peringatkan anak lelaki untuk tunaikan tangungjawabnya. Bukannya cukup bulan je, kita call anak lelaki kita suruh beli itu ini yang tak penting sampai dia pun serba salah.

Apapun, buat baik pada ibu tetap nombor satu, TAPI nafkhah bini, tanggungjawab suami. Ingat tu, jangan gila nak berbini banyak je, tapi semua bini bekerja, kau terer bab giliran jer.

C&P

Taksub

Taksub itu bukan pada orang lain saja. Taksub juga boleh pada diri sendiri.

Bila kita rasa kita lebih baik dari orang lain, itu taksub namanya.

Bila kita rasa pendapat kita saja yang betul, itu taksub namanya.

Bila kita tidak bersedia untuk mendengar pendapat orang lain, itu taksub namanya.

Bila kita nak paksakan orang lain untuk hanya dengar pendapat kita, itu taksub namanya.

Bila kita mula menjadikan semua orang yang enggan dengar apa yang kita cakap sebagai musuh, itu taksub namanya.

Taksub ini salah satu cabang takabbur. Syaitan itu taksub pada dirinya sendiri. Kerana taksub pada dirinya sediri, syaitan menjadi takabbur. Dengan sifat takabbur, syaitan sanggup menderhaka kepada Allah.

Bayangkan, sudah berapa lamanya syaitan itu taat kepada Allah. Tetapi kerana taksub pada dirinya, dia dicampak ke dalam api neraka.

Bila Allah minta Syaitan sujud kepada Adam, apa kata syaitan?

“Aku lebih baik daripadanya”. Hanya sepatah ayat ini, sudah cukup untuk mengeluarkannya dari syurga sampai bila-bila.

Jadi, jangan taksub pada diri sendiri. Sebagaimana kita suka orang dengar pandangan kita, belajar juga untuk dengar dan faham pandangan orang lain.

Pandangan berbeza, mungkin kerana sudut pandangnya berbeza. Maka, selagi mana ia boleh diraikan, maka raikanlah.

Ucapkanlah JAZAKALLAH

Ucapkanlah JAZAKALLAH

عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ

Daripada Usamah bin Zaid RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :

“Barangsiapa yang diberikan satu perbuatan kebaikan kepadanya lalu dia membalasnya dengan mengatakan “Jazaakallahu khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya.”

(HR. Tirmidzi No:1958)

Status: Hadis Hassan

Pengajaran:

1.  Antara akhlak seorang Muslim apabila menerima kebaikan seperti pemberian atau hadiah, sewajarnya dibalas kebaikan dengan yang setimpal.

2.  Jika kita tidak mampu memberi balasan yang setimpal, berilah ucapan terima kasih kepada penyumbang sebagai satu dari cara kita bersyukur.

3.  Ucapan  “terima kasih” yang terbaik diungkapkan ialah kalimah “Jazakallahu khairan” (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan). Kalimat ini lebih bernilai kerana mengandungi doa di dalamnya.

Moga Allah memperbaiki akhlak kita. Jazakallahu khairan pada yang membaca.

6 PERASAAN YANG MENIPU DIRI SENDIRI

6 PERASAAN YANG MENIPU DIRI SENDIRI

1. Merasa dekat  dengan  Allah , padahal jarang melakukan ketaatan .

2. Merasa sudah banyak pahala , padahal jarang untuk beramal .

3. Merasa menjadi kekasih Allah , padahal sering melanggar perintah dan laranganNya .

4. Merasa selalu bersama orang-orang yang taat , padahal ketika bergaul sering berbuat maksiat .

5. Merasa mudah mendapat ampunan , namun terus menerus melakukan dosa tanpa penyesalan .

6. Merasa dirindu taman-taman Syurga, namun amalan sehari-hari bagai menyemai benih Neraka .

Semoga Manfaat .

8 KUNCI UNTUK DAPAT HATI SENANG DAN JIWA TENANG

8 KUNCI UNTUK DAPAT HATI SENANG & JIWA TENANG

1. TIDAK MEMBENCI

Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah padamu.

2. TIDAK MERUNGUT

Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa.

3. BERSEDERHANA

Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta.

4. BERSANGKA BAIK

Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian.

5. SELALU  SENYUM

Senyumlah walaupun hati terluka.

6. SELALU  MEMBERI

Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya..

7. DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA

Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya…

8. TIDAK BERDENGKI & IRI HATI

Jangan berdengki dengan kejayaan teman2 anda, berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya…jika anda dengki dengan mengaibkan dia..ingatlah segala

amal baik anda pasti hangus..Kerana Allah tak terima amal kebajikan orang yang berhasad dengki…

10 JENIS PEMBAZIRAN YANG MERUGIKAN.

10 JENIS PEMBAZIRAN YANG MERUGIKAN.

1. Pembaziran SOLAT jika sekiranya tidak disertai dengan khusyu’.

2. Pembaziran ILMU jika tidak diamalkan dijalan kebaikan.

3. Pembaziran AMAL jika tidak dilakukan dengan keikhlasan.

4. Pembaziran HARTA jika dibelanjakan dalam perkara yang tidak bermanafaat dan tidak diredhai Allah.

5. Pembaziran HATI jika kosong dari mengingati Allah.

6. Pembaziran TUBUH BADAN jika tidak digunakan untuk beribadat kepada Allah.

7. Pembaziran CINTA jika dicurahkan cinta kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada dunianya.

8. Pembaziran MASA jika masa yang dimiliki tidak diuruskan dengan sebaiknya.

9. Pembaziran AKAL FIKIRAN jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

10. Pembaziran KESIHATAN jika nikmat sihat yang dimiliki tidak dimanfaatkan secukupnya untuk bekalan mati dan hari kemudian.