Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

MEMPERTUHANKAN ULAMA DAN UMARA

MEMPERTUHANKAN ULAMA DAN UMARA

           Ibnu Abbas Radhiallahu’anhu berkata :

” يوشك أن تنـزل عليكم حجارة من السماء، أقول : قال رسول الله ، وتقولون : قال أبو بكر وعمر”.

          “Aku khawatir bila kalian ditimpa hujan batu dari langit, karena aku mengatakan : “Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda”, tetapi kalian malah mengatakan : “Abu Bakar dan Umar berkata”.”

           Imam Ahmad bin Hanbal mengatakan : “Aku merasa heran pada orang-orang yang tahu tentang isnad hadits dan keshahehannya, tetapi mereka menjadikan pendapat Sufyan sebagai acuannya, padahal Allah Subhanahu wata’ala telah berfirman :

]فليحذر الذين يخالفون عن أمره أن تصيبهم فتنة أو يصيبهم عذاب أليم[

          “Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintahNya takut akan ditimpa fitnah atau ditimpa siksa yang pedih” (QS. An Nur, 63).

           Tahukah kamu apakah yang dimaksud dengan fitnah itu ? fitnah disitu maksudnya adalah syirik, bisa jadi apabila ia menolak sabda Nabi akan terjadi dalam hatinya kesesatan sehingga celakalah dia”.

           Diriwayatkan dari ‘Ady bin Hatim bahwa ia mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam membaca firman Allah Subhanahu wata’ala :

]اتخذوا أحبارهم ورهبانهم أربابا من دون الله[

           “Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah…”(QS. Al Bara’ah, 31)

           Maka saya berkata kepada beliau : “Sungguh kami tidaklah menyembah mereka”, beliau bersabda :

“أليس يحرمون ما أحل الله فتحرمونه، ويحلون ما حرم الله فتحلونه ؟ فقلت : بلى، قال : فتلك عبادتهم، رواه أحمد والترمذي وحسنه.

“Tidakkah mereka mengharamkan apa yang telah dihalalkan Allah, lalu kalian pun mengharamkanya dan tidakkah mereka itu menghalalkan apa yang diharamkan Allah, lalu kalian menghalalkannya ?”, Aku menjawab : ya, maka beliau bersabda : “itulah bentuk penyembahan kepada mereka.” (HR. Imam Ahmad dan At Tirmidzi dengan menyatakan hasan)

        Kandungan bab ini :

Penjelasan tentang ayat dalam surat An nur ([1]).

Penjelasan tentang ayat dalam surat Bara’ah ([2]).

Perlu diperhatikan arti ibadah yang sebelumnya telah diingkari oleh ‘Ady bin Hatim.

Pemberian contoh kasus yang dikemukakan oleh Ibnu Abbas dengan menyebut nama Abu Bakar dan Umar, dan yang dikemukakan oleh Ahmad bin Hanbal dengan menyebut nama Sufyan.

Hal tersebut telah berkembang sedemikian rupa, sehingga banyak terjadi pada kebanyakan manusia penyembahan terhadap orang-orang sholeh, yang dianggapnya sebagai amal yang paling utama, dan dipercayainya sebagai wali (yang dapat mendatangkan suatu manfaat atau mara bencana), serta penyembahan terhadap orang-orang alim melalui ilmu pengetahuan dan fiqh (dengan diikuti apa saja yang dikatakan, baik sesuai dengan firman Allah dan sabda RasulNya atau tidak).

       kemudian hal ini berkembang lebih parah lagi, dengan adanya penyembahan terhadap orang-orang yang tidak sholeh, dan terhadap orang-orang bodoh yang tidak berilmu (dengan diikuti pendapat pendapatnya, bahkan bid’ah dan syirik yang mereka lakukan juga diikuti).

([1])  Ayat ini mengandung suatu peringatan supaya kita jangan sampai menyalahi Kitab dan Sunnah.

([2]) Ayat dalam surat At Taubah ini menunjukkan bahwa barang siapa mentaati seseorang dengan menyalahi hukum yang telah ditetapkan Allah berarti telah mengangkatnya sebagai tuhan selain Allah.  C&P.

Erti Sebuah Kemerdekaan

Erti Sebuah Kemerdekaan

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan. Sedar tak sedar pada tahun ini kita menyambut hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 65.

Merdeka bukan hanya dibebaskan dari penjajahan fizikal negara oleh negara penjajah, malah erti sebuah kemerdekaan lebih daripada itu.

Mengambil ucapan seorang sahabat nabi SAW: Rubai’e bin Amir R.A ketika berhadapan dengan Raja Rustum katanya:-

اللهُ ابْتَعَثَنَا لِنُخْرِجَ مَنْ شَاءَ مِنْ عِبَادَةِ العِبَادِ إِلَى عِبَادَةِ رَبِّ العِبَادِ،وَمِنْ ضِيْقِ الدُّنْيَا إِلَى سِعَةِ الدُّنْيَا وَالأَخِرَةِ،وَمِنْ جَوْرِ الأَدْيَان إلَى عَدْلِ الإِسْلَام.

Allah telah membangkitkan kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja:-

1. Daripada perhambaan terhadap makhluk kepada perhambaan terhadap tuhan makhluk (Allah SWT),

2. Daripada kesempitan hidup di dunia kepada keluasan hidup di dunia dan akhirat,

3. Daripada kesesatan atau kezaliman agama-agama yang lain kepada keadilan agama Islam.

Inilah erti sebuah kemerdekaan yang sebenar dan hakiki yang dikehendaki oleh Islam.

Mari kita mengislahkan kemerdekaan diri kita, keluarga, masyarakat dan negara kepada yang lebih baik.

Semoga lahir jiwa hamba yang hanya memperhambakan diri kepada Allah yang Esa.

Semoga lahir jiwa hamba yang bukan hanya mengejar dunia semata-mata. Malah berusaha menjadikan dunia sebagai jambatan kepada kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Semoga lahir jiwa hamba yang sentiasa berusaha memperjuangkan keadilan Islam setiap masa.

Semoga lahir kehidupan insan yang diredhai Allah.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan. Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

“Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama”

Alamat cinta kepada Allah

“Alamat cinta kepada Allah banyak zikrullah, dan alamat cinta kepada Nabi banyak berselawat”

“Wajib bagi semua manusia mengetahui ukuran dirinya dan jangan mengaku/mendakwa sesuatu yg bukan haknya”

“Orang yg telah fana segala sesuatu selain Allah, tiada antaranya dengan Allah antara lagi, ia lebur dalam keesaan Allah”

“Alam malakut terpendam tipudaya diri yg banyak bagi si-salik”

“Al-Muwahidin, ahli tauhid yg telah fana daripada sekalian alam dan kekal dengan Dzat Allah yg Maha Esa”

“Apabila Allah telah membuka bagimu hijab yg menutupiNya, maka engkau akan menyaksikanNya pada tiap-tiap sesuatu”

“Wali Allah ialah orang yg memandang Allah sehingga fana/hilang segala sesuatu selain Allah”

“Musuhmu yg paling utama ialah nafsumu, dan perang yg paling besar ialah melawan hawa-nafsumu’

Dunia lebih utama daripada akhirat, makhluk dipandang lebih besar dari Tuhan!

“Bala-bencana lebih baik daripada nikmat yg melalaikan manusia dari Tuhan!”

“Jangan engkau bergantung kepada dirimu yg lemah dan fakir, bergantunglah kepada Tuhan yg Maha Kuasa dan Kasih-Sayang”

“Adalah suatu kesombongan bagi orang yg mengkritik orang-orang yg terdahulu yg lebih alim, lebih zahid, lebih berakhlak dan lebih mengenali Allah”

“Hendaklah engkau serta Allah, jikalau engkau masih belum serta Allah maka sertailah orang-orang yg telah hidupnya serta Allah”

“Telah selesai perbuatan Allah diazali, tiada syak-wasangka bagi siapa yg mengenaliNya”

“Setiap sesuatu ada alat menyuci, maka menyuci hati dengan zikrullah”

“Mengekali menyebut Allah! Allah! Allah! didalam hati adalah zikrullah para salik menuju kepada jalan Makrifatullah”

“Sebaik-baiknya zikrullah itu ditalkinkan kepada ahli Wasil yg telah sampai kepada Makrifatullah yg sebenar, iaitu yg mengenali Allah dengan Allah”

“Makhluk yg pertama yg diciptakan Allah adalah Ruh Muhammad S.A.W”

“Barangsiapa yg membataskan Tuhan dengan ilmu dan amalnya, maka ia tidak akan dapat mencapai Makrifatullah yg sebenar, dan ia tidak akan fana daripada segala sesuatu selain Allah”

“Ilmu Makrifatullah yg sebenar itu akan menambahkan takut, harap, yakin dan penyerahan dirimu kepada Allah, dan meleburkan segala sesuatu selain Allah”

“Ketika engkau dalam merasai kehambaanmu maka berdoa itu adalah lebih utama, dan ketika engkau dalam merasai KetuhananNya, maka tiada lagi doa permohonan, hanya penyerahan diri, dan ridha kepada DzatNya”

“Anugerah Allah Maha Mutlak, jangan engkau batas Tuhan dengan ilmu dan amalmu, seolah-olah Tuhan tiada pilihan, bahkan Tuhan-lah yg memilih segala sesuatu”

“Manusia amat mudah melihat kekurangan dan keaiban orang lain, tetapi amat sukar untuk melihat kekurangan dan keaiban diri”

“Ruangkanlah waktu dihadapan Tuhanmu, dan mengakulah segala dosa dan keaibanmu, mohonlah ampun dan belas- kasihanNya”

“Dosa dan kesyirikan khafi dalam zaman ini seumpama engkau berjalan didalam kebanjiran, maka perbanyakkan olehmu dengan istighfar kepada Allah”

“Keinginanmu dalam zikir dan amalanmu kepada sesuatu selain Allah itu, alamat engkau masih tertipu dan belum ikhlas dalam penujuanmu kepada Allah”

“Orang yg Arif sama baginya zikir ataupun lupa, tidur ataupun berjaga malam, puasa ataupun makan, baik ataupun buruk, kerana ia telah keluar daripada segala sesuatu selain Allah”

“Ilmu yg hakiki ialah ilmu yg langsung daripada Allah tanpa perantaran sesiapapun”

“Tasauf ialah menyembunyi diri dengan Allah, sehinggalah Allah mengzahirkan DiriNya”

“Berdzikirlah sehingga datang keakuan Allah, dan hilang keakuan dirimu”

“Barangsiapa dalam zikirnya menuntut dunia, maka ia tiada akan dapat merasai cinta dan kelazatan serta Allah”

“Hati yg merdeka daripada segala sesuatu selain Allah adalah tempat pertaruhan rahsia Allah”

“Ya Allah! Aku mohon kepadaMu apa-apa yg Engkau Kehendaki, dan aku mohon hanya DzatMu dan keridhaanMu”

Ya Allah! Nyalakanlah api jihad umat ini untuk menegakkan hukumMu…

“Cukuplah AKU bagimu, AKU yg menciptakanmu, AKU yg mengaturmu, AKU yg menjamin dan menjagamu, dan kepadaKU engkau dikembalikan”

“Jangan engkau ittirad(mengkritik) perbuatanKU, AKU berbuat apa yg AKU kehendaki”

_BUTA SELAIN ALLAH

SKANDAL 1MDB

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?

Jawapan 1 : (Diam)

Jawapan 2 : Akaun itu tidak wujud.

Jawapan 3 : Ejaan nama Najib Razak oleh WSJ adalah silap.

Jawapan 4 : Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi.

Jawapan 5 : Penulisan Wall Street Journal adalah berunsur fitnah.

Jawapan 6 :  Saya akan saman WSJ pada hari Selasa.

Jawapan 7 : Yahudi sedang menyerang Malaysia.

Jawapan 8 : Adalah bodoh jika Najib Razak guna akaun sendiri untuk terima wang.

Jawapan 9 : RM2.6 bilion itu tak wujud.

Jawapan 10 : RM2.6 bilion itu adalah Derma.

Jawapan 11 : Penderma RM2.6 bilion itu adalah adalah dari Timur Tengah.

Jawapan 12 : Najib berhak untuk merahsiakan derma.

Jawapan 13 : Pembangkang perlu isytihar Penderma.

Jawapan 14 : Tun Mahathir cemburu tak dapat duit derma sebanyak itu.

Jawapan 15 : Duit itu guna untuk pilihanraya & kerja kebajikan.

Jawapan 16 : Duit itu Arab bagi untuk menentang ISIS

Jawapan 17 : RM2.6 bilion itu komitmen untuk kekang keganasan.

Jawapan 18 : Duit itu untuk UMNO lawan DAP-Yahudi!

Jawapan 19 : Duit itu guna untuk melawan IS.

Jawapan 20 : Duit itu bukan duit rakyat!

Jawapan 21 : BERSIH juga menerima duit derma.

Jawapan 22 : Jangan ganggu pentadbiran Najib, zaman Tun Mahathir sudah berlalu.

Jawapan 23 : Saya sudah berjumpa dengan keluarga Penderma Arab. SPRM sahkan!

Jawapan 24 : Bank Negara tahu, saya tidak melakukan apa apa kesalahan.

Jawapan 25 : Ada plurals penderma, bukan seorang Penderma.

Jawapan 26 : Ya kah? Mungkin Zahidi lebih tahu dari apa yang kami tak tahu – Azalina Othman Said

Jawapan 27 : Saya telah membelanjakan kesemua RM2.6 Bilion untuk kegunaan UMNO.

Jawapan 28 : Hentikan fitnah. Wang itu wang derma bukan rasuah (sentimen kembali berkumandang)

Jawapan 29 : RM2.6 Bilion telah dipulangkan kepada Penderma.

Jawapan Paling Rare : Aishah RA juga di FITNAH tetapi sudi memafkan penfitnah. Aishah RA berjiwa besar.

Satu soalan yang perlu dijawab “YA” atau “TIDAK” sahaja. Tetapi malangnya jawapan yang diterima toleh Najib Razak, UMNO, Pemimpin UMNO dan Kerajaan adalah ternyata Tipu, Dusta, Auta & Bohong belaka. C&P.

HAPUSKAN PEMBERI RASUAH

HAPUSKAN PEMBERI RASUAH

Firman Allah SWT:

﴿وَلَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٰلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَٰطِلِ وَتُدۡلُواْ بِهَآ إِلَى ٱلۡحُكَّامِ لِتَأۡكُلُواْ فَرِيقٗا مِّنۡ أَمۡوَٰلِ ٱلنَّاسِ بِٱلۡإِثۡمِ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ١٨٨﴾

“Dan janganlah sebahagian daripada kalian memakan (atau mengambil) harta (sebahagian orang lain) antara kalian dengan jalan yang batil (salah dan haram), dan janganlah pula kalian menghulurkan harta kalian (memberi rasuah) kepada pihak yang mengendalikan hukuman (pemerintah yang berkuasa dan para hakim), supaya kalian dapat memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kalian mengetahui (akan salahnya perbuatan itu).” (Surah al-Baqarah: 188)

Ayat di atas ditafsirkan oleh hadis Rasulullah SAW melalui sabdanya:

‌لَعَنَ ‌رَسُولُ ‌اللَّهِ ‌صَلَّى ‌اللهُ ‌عَلَيْهِ ‌وَسَلَّمَ ‌الرَّاشِي ‌وَالْمُرْتَشِي.


“Rasulullah SAW telah melaknat (mengutuk) pemberi rasuah dan penerima rasuah.” (Riwayat Abu Dawud 3580, al-Tirmizi 1337 dan lain-lain)

Kita banyak membaca dan mendengar laporan dalam senarai panjang mereka yang telah dihukum menerima rasuah, termasuk mereka yang masih dalam tuduhan yang belum dibuktikan tetapi telah dihukum oleh media sebelum proses kehakiman diselesaikan. Ada juga kalangan mereka yang nasibnya menjadi kambing hitam yang disembelih menjadi korban atau yang menjadi proksi kepada penyangak yang sebenarnya bersembunyi melakukan rasuah yang lebih besar jumlahnya sehingga berlipat kali ganda.

Adapun dalam kalangan yang memberi rasuah itu pula tidak kelihatan, mungkin senarainya lebih panjang dan jumlahnya lebih ramai. Ayat al-Quran dan hadis yang dinyatakan di atas mendahulukan laknat terhadap sesiapa yang memberi rasuah. Barangkali kalangan inilah yang paling besar menguasai ekonomi negara dan mempengaruhi politiknya dengan cara yang haram.

Malah, ada yang terlibat dengan projek yang dinamakan Ali Baba bersama penyamun hasil negara yang dicuri atau dibocorkan. Pada masa yang sama, mereka juga pelaksana projek yang gagal atau runtuh setelah selesai dibina. Termasuklah bertindak membocorkan peruntukan sehingga tidak sampai ke sasarannya, khususnya kepada rakyat yang menderita kemiskinan yang tidak dapat diselesaikan dan sentiasa bertambah jumlahnya.

Selain itu, ada dalam kalangan yang membiayai politik wang bagi mengangkat sesiapa yang tidak layak menjadi pemimpin kerana jahil atau fasiq. Oleh yang demikian, disebabkan pemimpin sedemikian rupa boleh dipergunakan selepasnya, amalan khianat yang paling bahaya kerana menjadi sumber segala penyelewengan dan kezaliman.

Perangai Bani Isra’il sebagai kaum yang dimurkai Allah SWT itu diceritakan oleh-Nya dalam al-Quran, sebagaimana firman-Nya:

﴿وَقَالَ لَهُمۡ نَبِيُّهُمۡ إِنَّ ٱللَّهَ قَدۡ بَعَثَ لَكُمۡ طَالُوتَ مَلِكٗاۚ قَالُوٓاْ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ ٱلۡمُلۡكُ عَلَيۡنَا وَنَحۡنُ أَحَقُّ بِٱلۡمُلۡكِ مِنۡهُ وَلَمۡ يُؤۡتَ سَعَةٗ مِّنَ ٱلۡمَالِۚ قَالَ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰهُ عَلَيۡكُمۡ وَزَادَهُۥ بَسۡطَةٗ فِي ٱلۡعِلۡمِ وَٱلۡجِسۡمِۖ وَٱللَّهُ يُؤۡتِي مُلۡكَهُۥ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ٢٤٧﴾

“Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: ‘Sesungguhnya, Allah telah mengangkat Talut menjadi raja kalian.’ Mereka menjawab: ‘Bagaimana Talut berkuasa untuk memerintah kami, sedang kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan itu daripadanya, dan dia pula tidak diberikan kekayaan harta yang cukup banyak?’ Nabi mereka berkata: ‘Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kalian, dan telah mengurniakan kepadanya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan.’ Dan (ingatlah), Allah jua yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan pengurniaan-Nya), lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 247)

Memilih orang yang tidak layak menjadi pemimpin merupakan suatu bentuk perbuatan khianat yang akan menghancurkan dunia. Hal ini telah dijelaskan oleh sabda Rasulullah SAW:

‌إِذَا ‌ضُيِّعَتِ ‌الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ.

“Apabila amanah itu sudah hilang, maka tunggulah datangnya kiamat.”

Lalu ditanya:

كَيْفَ إِضَاعَتُهَا ؟

“Bagaimanakah amanah itu hilang?”

Sabdanya:

‌إِذَا ‌وُسِّدَ ‌الْأَمْرُ ‌إِلَى ‌غَيْرِ ‌أَهْلِهِ، فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ.

“Apabila diserahkan urusan (memimpin umat) kepada orang yang tidak layak (tiada keahliannya), maka tunggulah datangnya kiamat (kehancuran alam).” (Riwayat al-Bukhari 59)

Golongan yang mengamalkan politik wang tidak akan memilih para pemimpin dan pentadbir yang berintegriti. Sifat integriti itu hanya terdapat pada kalangan mereka yang beriman dan budiman bukan sekadar mempunyai ilmu sahaja, malah kini mereka yang memiliki sijil atau ijazah pun boleh terlibat dengan rasuah.

Semua ciri-ciri itu tidak berupaya kerana dipenuhi oleh ideologi ciptaan manusia yang tidak kebal dalam menghadapi penyakit seperti rasuah.

Semua pihak yang ada kaitan dengan penyelewengan rasuah adalah berdosa besar. Bukan sahaja penerima rasuah termasuklah pemberi rasuah yang memulakannya juga berdosa besar dan bersalah.

Bahkan, semua pihak yang mempunyai kaitan dengan perbuatan tersebut turut bersalah dan sama-sama berdosa besar. Oleh itu, sepatutnya semua golongan yang terlibat dengan rasuah mestilah dihapuskan.

Saya pernah membuat satu perbandingan melawan rasuah dengan usaha mencegah penyakit denggi. Hal ini disebabkan mencegah denggi bukan sekadar merawat pesakit dan membunuh nyamuknya, tetapi hendaklah juga bertindak terhadap takungan air yang membiakkan nyamuk. Pada masa yang sama, bertindak terhadap manusia yang tidak menjaga kebersihan.

Begitulah juga dengan usaha menangani penyakit rasuah, ia wajib dilakukan secara holistik supaya tidak menjadi wabak apabila diambil tindakan yang tidak menyeluruh sehingga ke akar umbinya. Khususnya, terhadap mereka yang menjadi punca rasuah kerana mengejar harta secara haram.

Sehinggakan, dalam kalangan mereka itulah yang menguasai ekonomi negara lalu menggunakannya bagi merosakkan politik, urusan pentadbiran dan kehakiman. Malah, mereka juga golongan yang paling besar merosakkan politik dan ekonomi negara, majoritinya daripada kalangan bukan Islam dan bukan bumiputera.

Islam mendidik para penganutnya bahawa harta haram itu bukan sahaja berdosa kepada semua yang digunakan olehnya, sehinggakan menjadi umpan neraka yang membakar dirinya. Selain itu, harta haram juga tidak membawa apa-apa berkat, satu perkataan yang tiada dalam kamus bahasa lain selain daripada bahasa al-Quran.

Hal ini bermaksud tiada kebaikan dunia bagi diri, keluarga, masyarakat dan negara yang tersentuh dengannya, hanya sekadar menjadi hiasan dan pemuas nafsu. Selepas itu, hanya menjadi sampah, besi buruk yang hancur lebur, atau menjadi najis daripada isi perut yang menjadikan jasadnya lebih hina daripada najis itu.

Kelak, di akhirat juga menjadi bahan bakar api neraka yang membakar diri sekiranya tidak bertaubat atau tidak dihukum dengan adil ketika hidup di alam dunia.

Ketahanan diri untuk menolak kemungkaran besar itu dapat dihasilkan oleh iman dan taqwa yang dijanjikan keberkatan oleh Allah SWT, tanpanya hanyalah membawa kecelakaan. Perkara ini dinyatakan oleh firman Allah SWT:

﴿وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡهِم بَرَكَٰتٖ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَٰهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ٩٦ أَفَأَمِنَ أَهۡلُ ٱلۡقُرَىٰٓ أَن يَأۡتِيَهُم بَأۡسُنَا بَيَٰتٗا وَهُمۡ نَآئِمُونَ٩٧ أَوَ أَمِنَ أَهۡلُ ٱلۡقُرَىٰٓ أَن يَأۡتِيَهُم بَأۡسُنَا ضُحٗى وَهُمۡ يَلۡعَبُونَ٩٨ أَفَأَمِنُواْ مَكۡرَ ٱللَّهِۚ فَلَا يَأۡمَنُ مَكۡرَ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡخَٰسِرُونَ٩٩﴾

“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-ruah berkatnya, dari langit dan bumi. Akan tetapi, mereka mendustakan (ayat-ayat Kami), lalu Kami timpakan ke atas mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (96); Patutkah penduduk negeri itu (merasa sedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur? (97); Atau patutkah penduduk negeri itu (merasa sedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main? (98); Patutkah mereka (bersuka ria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diaturkan oleh Allah? Kerana sebenarnya tiada yang merasa aman daripada rancangan buruk (balasan azab) yang diaturkan oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi. (99)” (Surah al-A‘raf: 96-99)

Allah SWT juga menyenaraikan contoh golongan mereka yang dibinasakan kerana dosa yang masing-masing lakukan, sebagaimana firman-Nya:

﴿وَقَٰرُونَ وَفِرۡعَوۡنَ وَهَٰمَٰنَۖ وَلَقَدۡ جَآءَهُم مُّوسَىٰ بِٱلۡبَيِّنَٰتِ فَٱسۡتَكۡبَرُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَمَا كَانُواْ سَٰبِقِينَ٣٩ فَكُلًّا أَخَذۡنَا بِذَنۢبِهِۦۖ فَمِنۡهُم مَّنۡ أَرۡسَلۡنَا عَلَيۡهِ حَاصِبٗا وَمِنۡهُم مَّنۡ أَخَذَتۡهُ ٱلصَّيۡحَةُ وَمِنۡهُم مَّنۡ خَسَفۡنَا بِهِ ٱلۡأَرۡضَ وَمِنۡهُم مَّنۡ أَغۡرَقۡنَاۚ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيَظۡلِمَهُمۡ وَلَٰكِن كَانُوٓاْ أَنفُسَهُمۡ يَظۡلِمُونَ٤٠﴾

“Dan (ingatkanlah juga peristiwa kebinasaan) Qarun dan Firaun serta Haman. Dan sesungguhnya, Nabi Musa telah datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang jelas nyata, lalu mereka berlaku sombong takbur di bumi (mendustakannya), padahal mereka tidak dapat melepaskan diri (daripada azab Allah). (39); Maka, masing-masing (mereka itu) Kami binasakan disebabkan dosanya, maka antara mereka ada yang Kami timpakan hujan batu kerikil; dan ada yang dibinasakan dengan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami benamkan ke dalam bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. (40)” (Surah al-‘Ankabut: 39-40)

Firaun ialah seorang raja yang berkuasa mutlak dengan memerintah kerajaan Mesir Purba, manakala Haman pula ialah seorang Perdana Menteri yang menguruskan pemerintahannya yang zalim. Adapun Qarun seorang hartawan berbangsa Yahudi yang mengumpulkan harta haram.

Islam menegaskan semua kemungkaran yang berlaku itu wajib dicegah. Amalan rasuah ialah kemungkaran yang menjadikan seseorang itu berdosa besar, sama ada pemberi, penerima dan orang tengah yang terlibat dengan amalan rasuah.

Apabila semua golongan tersebut dilaknat oleh Allah SWT dan Rasul-Nya, maka semuanya wajib dihapuskan.

Allah SWT juga memerintahkan umat Islam supaya menjadi contoh kepada seluruh manusia dalam mengerjakan kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hal ini disebutkan oleh firman-Nya:

﴿كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ وَلَوۡ ءَامَنَ أَهۡلُ ٱلۡكِتَٰبِ لَكَانَ خَيۡرٗا لَّهُمۚ مِّنۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَأَكۡثَرُهُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ١١٠﴾

“Kalian (wahai umat Muhammad) ialah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk umat manusia, (kerana) kalian menyuruh berbuat segala perkara yang ma‘ruf dan melarang daripada melakukan segala perkara yang mungkar (buruk dan keji), serta kalian pula beriman kepada Allah (dengan keimanan yang sebenar). Dan sekiranya Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman, tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Akan tetapi) antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka ialah orang-orang yang fasiq.” (Surah Ali ‘Imran: 110)

Pendekatan melindungi pemberi maklumat kepada pemberi rasuah  merupakan suatu pendekatan undang-undang Barat versi Ahli Kitab yang tidak mempunyai roh dosa dan pahala.

Begitu juga, dengan hukuman penjara mengikut darjat dan denda yang masih boleh dibayar oleh pelaku rasuah dan dikira masih ada untungnya juga apabila keluar penjara nanti. Pendekatan sedemikian ialah suatu cara ciptaan manusia yang dipengaruhi oleh undang-undang Barat yang tidak mempunyai roh dan pencegahan yang berkesan kerana tidak mempunyai kehebatannya. Undang-undangnya pula bertindak secara tidak sempurna dan tidak menyeluruh.

Amalan rasuah merebak dalam kalangan Ahli Kitab, berdasarkan firman Allah SWT:

﴿سَمَّٰعُونَ لِلۡكَذِبِ أَكَّٰلُونَ لِلسُّحۡتِۚ فَإِن جَآءُوكَ فَٱحۡكُم بَيۡنَهُمۡ أَوۡ أَعۡرِضۡ عَنۡهُمۡۖ وَإِن تُعۡرِضۡ عَنۡهُمۡ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيۡ‍ٔٗاۖ وَإِنۡ حَكَمۡتَ فَٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِٱلۡقِسۡطِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ٤٢ وَكَيۡفَ يُحَكِّمُونَكَ وَعِندَهُمُ ٱلتَّوۡرَىٰةُ فِيهَا حُكۡمُ ٱللَّهِ ثُمَّ يَتَوَلَّوۡنَ مِنۢ بَعۡدِ ذَٰلِكَۚ وَمَآ أُوْلَٰٓئِكَ بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ٤٣﴾

“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta dan sangat suka memakan segala perkara yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu. jika mereka datang kepadamu (untuk meminta keputusan), maka putuskanlah (perkara itu) antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah daripada mereka; dan jika kamu berpaling daripada mereka, maka mereka tidak akan dapat mendatangkan mudarat ke atasmu sedikit pun; dan jika kamu menghukum sesuatu perkara, maka hukumlah (perkara itu) antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (42); Dan (sungguh menghairankan), bagaimanakah mereka meminta suatu keputusan hukum kepadamu, padahal di sisi mereka ada Kitab Taurat yang mengandungi hukum Allah, kemudian mereka sesudah itu berpaling pula (daripada hukumanmu)? Dan (sebenarnya) mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman. (43)” (Surah al-Ma’idah: 42-43)

Kitab Allah ditinggalkan, kemudian berita bohong menjadi kepercayaan dan amalan rasuah mulai menjadi kebiasaan. Sifat Yahudi Zionis yang mempengaruhi masyarakat Barat terkini itu mempengaruhi kita ketika berada pada zaman penjajahannya dahulu. Keadaan tersebut masih berterusan walaupun selepas kemerdekaan dikecapi, apabila penjajah sudah keluar tetapi perangainya masih wujud.

Syariat Islam menetapkan hukuman takzir terhadap kesalahan rasuah dan semua yang berkaitan dengannya. Takzir ialah suatu hukuman mengikut budi bicara dan kebijaksanaan pihak yang berkuasa.

Suatu bentuk hukuman yang setimpal dengan kadar kesalahannya dijatuhkan, supaya ia dapat menakutkan dan mendidik semua pihak termasuk masyarakat umum, bukan sahaja golongan penjenayah. Khususnya, hukuman terhadap penyakit rasuah yang boleh merebak daripada peringkat paling tinggi sehingga peringkat serendah-rendahnya, termasuklah dalam kalangan rakyat biasa apabila wabak rasuah itu sudah menjadi pandemik.

Syariat Islam berbeza dengan undang-undang dan pendekatan ciptaan akal manusia. Hal ini demikian kerana, Islam berprinsipkan aqidah yang mempercayai kepada perkara yang ghaib, bukan sahaja perkara yang nyata.

Teori ciptaan manusia menjadikan kebanyakan manusia yang berpura-pura, termasuk yang membuat kenyataan yang berdegar-degar menentang rasuah juga paling banyak melakukan rasuah secara proksi atau menggunakan khidmat kambing hitam yang menjadi pilihan untuk disembelih. Hal ini menjadikan tindakan yang diambil itu tidak memberikan apa-apa faedah, sekalipun ketika mereka sendiri mendapat peluang berkuasa.

Kerajaan negeri yang dikuasai oleh PAS di Terengganu suatu ketika dahulu pernah menubuhkan sebuah institusi hisbah, iaitu sebuah institusi yang pernah memainkan peranan penting dalam negara Islam sepanjang sejarah keemasannya. Hisbah ialah institusi yang menjaga dan mengawasi kemaslahatan umum masyarakat Islam berkonsepkan amar ma‘ruf dan nahi munkar yang menyeluruh, termasuk dalam kegiatan politik, sosial dan ekonomi.

Dalam pada itu, hisbah itu diwujudkan bagi menangani masalah rasuah yang berjaya di atasi oleh pemerintah Islam dalam perjalanan sejarahnya. Peranan menubuhkan sebuah institusi hisbah itu ditugaskan kepada Almarhum Tun Salleh Abbas yang mengepalai pasukannya.

Malangnya, usaha yang dilaksanakan itu terhalang oleh bidang kuasa kerajaan negeri yang tidak boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan. Keadaan ini berpunca daripada terdapat masih banyak kelemahan warisan zaman penjajah yang belum dibatalkan.

Negara yang gagal menangani rasuah tidak akan mencapai kemajuan, walaupun banyak hasil pendapatannya dan tinggi bangunannya. Hal ini demikian kerana, Allah SWT tidak memberi keberkatan kepada golongan yang mengizinkan kemungkaran menjadi wabak dalam negaranya. Perkara ini dinyatakan oleh firman Allah SWT:

﴿أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ٦ إِرَمَ ذَاتِ ٱلۡعِمَادِ٧ ٱلَّتِي لَمۡ يُخۡلَقۡ مِثۡلُهَا فِي ٱلۡبِلَٰدِ٨ وَثَمُودَ ٱلَّذِينَ جَابُواْ ٱلصَّخۡرَ بِٱلۡوَادِ٩ وَفِرۡعَوۡنَ ذِي ٱلۡأَوۡتَادِ١٠ ٱلَّذِينَ طَغَوۡاْ فِي ٱلۡبِلَٰدِ١١ فَأَكۡثَرُواْ فِيهَا ٱلۡفَسَادَ١٢ فَصَبَّ عَلَيۡهِمۡ رَبُّكَ سَوۡطَ عَذَابٍ١٣ إِنَّ رَبَّكَ لَبِٱلۡمِرۡصَادِ١٤﴾

“Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah berbuat terhadap kaum ‘Ad (yang kufur derhaka). (6); Iaitu penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi. (7); Yang belum pernah dibangunkan (suatu kota) sepertinya di negeri-negeri lain (pada zaman itu. (8); Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadi al-Qura iaitu tempat tinggalnya). (9); Dan (terhadap) Firaun yang menguasai pasak-pasak (tentera yang ramai). (10); (Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah berbuat sewenang-wenangnya dalam negeri. (11); Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu. (12); Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka pelbagai paluan azab. (13); Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi. (14)” (Surah al-Fajr: 6-14)

Semua yang disebutkan dalam ayat di atas merupakan suatu keadaan yang sangat bertamadun dari segi teknologi dan kebendaannya. Sehinggakan, bangunan yang tinggi dan besar dapat disaksikan sehingga kini menjadi tatapan sejarah yang dijaga oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dengan bangganya.

Namun, tidak didedahkan betapa pembangunan itu dilakukan dengan harta haram dan kezaliman yang mengorbankan rakyat. Sehingga menjatuhkan kuasa besar pada zamannya dan sekali gus mengulangi kejatuhan negara pada zaman kini.

Allah SWT menghapuskan kesan sejarah kerajaan Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS dan Raja Zulqarnain yang beriman, berakhlak dan adil, kerana keberkatan adil dan bersihnya. Malah, mereka bersyukur kepada Allah SWT dan dipuji dalam al-Quran. Semuanya menjadi ujian kepada manusia, sebagaimana yang dinyatakan oleh firman-Nya:

﴿تَبَٰرَكَ ٱلَّذِي بِيَدِهِ ٱلۡمُلۡكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ١ ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ٢﴾

“Maha Berkat (serta Maha Tinggi kelebihan) Tuhan yang menguasai segala kerajaan; dan memanglah Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. (1); Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kalian) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kalian: siapakah antara kalian yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (2)” (Surah al-Mulk: 1-2)

Ini menunjukkan bahawa semua manusia diuji bersama kerajaan dan para pemimpin di alam dunia. Bahkan, menunjukkan bahawa urusan politik juga termasuk dalam perkara yang pasti akan dihisab amalannya pada Hari Kiamat kelak. Hal ini dijelaskan oleh firman Allah SWT:

﴿يَوۡمَ نَدۡعُواْ كُلَّ أُنَاسِۢ بِإِمَٰمِهِمۡۖ فَمَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَأُوْلَٰٓئِكَ يَقۡرَءُونَ كِتَٰبَهُمۡ وَلَا يُظۡلَمُونَ فَتِيلٗا٧١ وَمَن كَانَ فِي هَٰذِهِۦٓ أَعۡمَىٰ فَهُوَ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ أَعۡمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلٗا٧٢﴾

“(Ingatlah) pada hari (Hari Kiamat) Kami menyeru tiap-tiap umat manusia dengan pemimpin mereka; kemudian sesiapa yang diberikan kitab amalannya pada tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita), dan mereka tidak akan dianiayai sedikit pun. (71); Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya), maka ia juga akan buta di akhirat dan lebih tersesat dari jalan (yang benar). (72)” (Surah al-Isra’: 71-72)

Selamatkan negara daripada pengkhianat dan penipu, maka akan sejahteralah Malaysia dan seluruh rakyatnya.

TIGA PESANAN MERUNTUN HATI

TIGA PESANAN MERUNTUN HATI 😭

Masya-Allah, pesanan Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadan al-Buti Rahimahullah benar-benar meruntun hati. Tiga penawar buat jiwa merasai kemanisan beribadah.

Pertama : Jangan makan sumber haram

Makan sumber yang haram akan mengeraskan hati.

Kedua : Bersahabat dengan orang baik

Membantu membentuk persekitaran yang baik.

Ketiga : Bangun malam.

Munajat dan berdoa selalu kepada Allah.

Insya-Allah, jika istiqamah, maka sesungguhnya kita akan merasai kelazatan ibadah.

BERHAKIM KEPADA SELAIN ALLAH DAN RASULNYA

BERHAKIM KEPADA SELAIN ALLAH DAN RASULNYA

          Firman Allah Subhanahu wata’ala :

]ألم تر إلى الذين يزعمون أنهم آمنوا بما أنزل إليك وما أنزل من قبلك يريدون أن يتحاكموا إلى الطاغـوت وقد أمروا أن يكفروا بـه ويريد الشيطان أن يضلهم ضلالا بعيدا وإذا قيل لهم تعالوا إلى ما أنزل الله وإلى الرسول رأيت المنافقين يصدون عند صدودا فكيف إذا أصابتهم مصيبة بما قدمت أيديهم ثم جاءوك يحلفون بالله إن أردنا إلا إحسانا وتوفيقا[

          “Tidakkah kamu memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu, dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu ? mereka hendak berhakim kepada Thoghut, padahal mereka telah diperintahkan untuk mengingkari Thoghut itu, dan syetan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya. Apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul”, niscaya kamu lihat orang-orang munafik itu menghalangi (manusia) dari (mendekati) kamu dengan sekuat-kuatnya. Maka bagaimanakah halnya, apabila mereka ditimpa sesuatu musibah disebabkan perbuatan tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu seraya bersumpah : “Demi Allah, sekali-kali kami tidak menghendaki selain penyelesain yang baik dan perdamaian yang sempurna. ” (QS. An Nisa, 60).

]وإذا قيل لهم لا تفسدوا في الأرض قالوا إنما نحن مصلحون[.

          “Dan apabila dikatakan kepada mereka (orang-orang munafik) : “janganlah kamu berbuat kerusakan di muka bumi” ([1]), mereka menjawab : “sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan” (QS. Al Baqarah, 11).

]ولا تفسدوا في الأرض بعد إصلاحها[.

          “Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi ini sesudah Allah memperbaiki” (QS. Al A’raf, 56).

]أ فحكم الجاهلية يبغون ومن أحسن من الله حكما لقوم يوقنون[

          “Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki, dan tidak ada yang lebih baik hukumnya daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin” (QS. Al Maidah, 50)

          Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar Radhiallahu’anhu sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :

“لا يؤمن أحدكم حتى يكون هواه تبعا لما جئت به “.

          “Tidaklah beriman (dengan sempurna) seseorang diantara kamu, sebelum keinginan dirinya mengikuti apa yang telah aku bawa (dari Allah)” (Imam Nawawi menyatakan hadits ini shoheh).

          As Sya’by menuturkan : “pernah terjadi pertengkaran antara orang munafik dan orang Yahudi. Orang Yahudi itu berkata : “Mari kita  berhakim kepada Muhammad”, karena ia mengetahui bahwa beliau tidak menerima suap. Sedangkan orang munafik tadi berkata : “Mari kita berhakim kepada orang Yahudi”, karena ia tahu bahwa mereka mau menerima suap. Maka bersepakatlah keduanya untuk berhakim kepada seorang dukun di Juhainah, maka turunlah ayat :

ألم تر إلى الذين يزعمون … الآية

           Ada pula yang menyatakan bahwa ayat di atas turun berkenaan dengan dua orang yang bertengkar, salah seorang dari mereka berkata : “Mari kita bersama-sama mengadukan kepada Nabi Muhammad, sedangkan yang lainnya mengadukan kepada Ka’ab bin Asyraf”, kemudian keduanya mengadukan perkara mereka kepada Umar. Salah seorang di antara keduanya menjelaskan kepadanya tentang permasalahan yang terjadi, kemudian Umar bertanya kepada orang yang tidak rela dengan keputusan Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam : “Benarkah demikian ?”,  ia menjawab : “Ya, benar”. Akhirnya dihukumlah orang itu oleh Umar dengan dipancung pakai pedang.

          Kandungan bab ini :

Penjelasan tentang ayat yang terdapat dalam surat An Nisa’ ([2]), yang didalamnya terdapat keterangan yang bisa membantu untuk memahami makna Thoghut.

Penjelasan tentang ayat yang ada dalam surat Al Baqarah ([3]).

Penjelasan tentang ayat yang terdapat dalam surat Al A’raf ([4])

Penjelasan tentang ayat yang ada dalam surat Al Ma’idah ([5]).

Penjelasan As Sya’by tentang sebab turunnya ayat-yang pertama (yang terdapat dalam surat An Nisa’).

Penjelasan tentang iman yang benar dan iman yang palsu (Iman yang benar, yaitu : berhakim kepada kitab Allah dan sunnah Rasulullah, dan iman  yang  palsu yaitu : mengaku beriman tetapi tidak mau berhakim kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, bahkan berhakim kepada thoghut).

Kisah Umar dengan orang munafik (bahwa Umar memenggal leher orang munafik tersebut, karena dia tidak rela dengan keputusan Rasulullah].

Seseorang tidak akan beriman (sempurna dan benar) sebelum keinginan dirinya mengikuti tuntunan yang dibawa oleh Rasulullah.

([1])   Maksudnya : janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi dengan kekafiran dan perbuatan maksiat lainnya.

([2])   Ayat ini menunjukkan kewajiban berhakim kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah, dan menerima hukum keduanya dengan ridho dan tunduk. Barang siapa yang berhakim kepada selainnya, berarti berhakim kepada thogut, apapun sebutannya. Dan menunjukkan kewajiban mengingkari thoghut, serta menjauhkan diri dan waspada terhadap tipu daya syetan. Dan menunjukkan pula bahwa barangsiapa yang diajak berhakim dengan hukum Allah dan RasulNya haruslah menerima, apabila menolak maka dia adalah munafik, dan apapun dalih yang dikemukakan seperti menghendaki penyelesaian yang baik dan perdamaian yang sempurna bukanlah merupakan alasan baginya untuk menerima selain hukum Allah dan RasulNya.

([3])  Ayat ini menunjukkan bahwa barangsiapa yang mengajak berhukum kepada selain hukum yang diturunkan Allah, maka ia telah berbuat kerusakan yang sangat berat di muka bumi, dan dalih mengadakan perbaikan bukan alasan sama sekali untuk meninggalkan hukumNya, menunjukkan pula bahwa orang yang sakit hatinya akan memutar balikkan nilai-nilai, di mana yang hak dijadikan batil dan yang batil dijadikan hak.

([4])  Ayat ini menunjukkan bahwa barangsiapa yang mengajak berhukum kepada selain hukum Allah, maka ia telah berbuat kerusakan yang sangat berat di muka bumi, dan menunjukkan bahwa perbaikan di muka bumi adalah dengan menerapkan hukum yang diturunkan Allah.

([5])  Ayat ini menunjukkan bahwa orang yang menghendaki selain hukum Allah, berarti ia menghendaki hukum jahiliyah.

🍎🌴🌱🍍🍉🍎

Akhlak Baik Punca Masuk Syurga

Akhlak Baik Punca Masuk Syurga

=========

1. Sekiranya kita meneliti hadis-hadis Nabi, kita akan dapati bagaimana Rasulullah sangat menitik-beratkan keperibadian yang mulia. Rasulullah amat sayang kepada orang yang berakhlak mulia.

2. Rasulullah menjelaskan bahawa perkara yang paling banyak yang menyebabkan orang masuk syurga adalah disebabkan kerana akhlak yang mulia. Sabda Rasulullah:

سُئِلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ الجَنَّةَ، فَقَالَ: تَقْوَى اللهِ وَحُسْنُ الخُلُقِ

Rasulullah ditanya tentang apakah punca yang paling banyak menyebabkan orang masuk ke syurga. Baginda menjawab: Mereka yang bertakwa dan berakhlak mulia (HR al-Tirmizi)

3. Oleh yang demikian, jagalah adab dan akhlak kita setiap masa. Tidak perlu mencarut atau berakhlak buruk di hadapan manusia. Sampaikan mesej dengan adab yang baik. Rasulullah adalah sebaik-baik contoh teladan.

Semoga Allah mebimbing kita.

Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Sifat-sifat akhlak (perangai) malaikat

Sifat-sifat akhlak (perangai) malaikat

Kelima : Malaikat mendoakan kebaikan bagi orang-orang saleh, dan mendoakan keburukan bagi orang-orang yang buruk.

Ibnu Batthal -rahimahullah- berkata,

وَمَعْلُوْمٌ أَنَّ دُعَاءَ الْمَلَائِكَةِ مُجَابٌ

“Menjadi perkara yang lumrah diketahui bahwasanya doa para malaikat dikabulkan -oleh Allah ﷻ-.” ([30])

Sering kali Rasulullah ﷺ berdalil dengan doa malaikat bahwa barang siapa yang melakukan suatu kebaikan maka akan didoakan malaikat atau barang siapa yang melakukan suatu dosa akan dilaknat oleh malaikat atau hadis-hadis yang semisal dengan itu. Karena, sejatinya doa mereka dikabulkan oleh Allah ﷻ. Di antara contohnya adalah Rasulullah ﷺ pernah mengancam suatu perbuatan kemaksiatan, dimana malaikat akan mendoakan keburukan bagi pelakunya. Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, dari Nabi ﷺ bersabda,

إِذَا بَاتَتِ الْمَرْأَةُ، هَاجِرَةً فِرَاشَ زَوْجِهَا، لَعَنَتْهَا الْمَلَائِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ

“Apabila seorang wanita tidur sementara dia meninggalkan tempat tidur suaminya, maka malaikat akan melaknatnya hingga pagi hari.” ([31])

Kenapa Rasulullah ﷺ mengancam dengan doa dari malaikat? Tidaklah Nabi ﷺ mengancam suatu perbuatan keburukan dengan doa dari malaikat, kecuali karena doa malaikat pasti dikabulkan. Oleh karenanya, Ibnu Hajar -rahimahullah- mengomentari hadis ini,

وَفِيهِ دَلِيلٌ عَلَى قَبُولِ دُعَاءِ الْمَلَائِكَةِ مِنْ خَيْرٍ أَوْ شَرٍّ لِكَوْنِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَوَّفَ بِذَلِكَ

“Pada hadis ini terdapat dalil bahwasanya doa malaikat itu dikabulkan, baik doa untuk kebaikan maupun doa keburukan, karena Nabi ﷺ memberi ancaman dengan doa malaikat.” ([32])

Artinya doa malaikat itu dikabulkan oleh Allah ﷻ, baik doa dalam kebaikan maupun keburukan.

Apabila seseorang didoakan kebaikan oleh malaikat, tentu dia akan merasa bahagia dengan doa tersebut, karena doa tersebut dari makhluk Allah ﷻ yang agung, tulus, perhatian terhadap orang-orang yang saleh dan akan dikabulkan oleh Allah ﷻ.

Disamping itu, di antara tafsir dari firman Allah ﷻ,

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ. سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

“Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar.” (QS. Al-Qadr: 4-5)

Ayat tersebut menjelaskan bahwa malaikat Jibril dan para malaikat turun ke bumi pada saat malam kemulian (lailatul qadr). Mereka turun untuk mendoakan orang-orang yang beriman, orang-orang yang sedang mendirikan salat malam, membaca Al-Qur’an, mentadabburi ayat-ayat Allah ataupun kegiatan-kegiatan ibadah di malam-malam ganjil, terutama pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadan.

Footnote:

([30]) Syarh Shahih Al-Bukhari Li Ibn Baththal 3/439

([31]) HR. Muslim no. 1436

([32]) Fathul Bari Li Ibn Hajar 9/295

SENANG DIPERINGATKAN KESALAHANNYA

SENANG DIPERINGATKAN KESALAHANNYA 🍃🌿

Jika seseorang diperingatkan kesalahannya, lalu dia bergembira, ketahuilah, dialah orang yang memiliki salah satu tanda kebahagiaan. Orang yang menginginkan kebenaran, merasa senang dengan nasehat dan senang diingatkan kesalahannya. 

Al-‘Allamah Rabi’ bin Hadi al-Madkhali hafizhahullah

ﻭمن ﻋﻼمة ﺍﻟﺴﻌﺎﺩﺓ : ﺃﻧَّﻚ ﺗﺤﺮﺹ على ﺍﻟﺤﻖ ﻭﺗﺒﺤﺚ عنه ﻭﺗﻔﺮﺡ ﺇﺫﺍ ﻧُﺒِّﻬﺖ ﻋﻠﻰ ﺧﻄﺌﻚ. [ﻣﺮﺣﺒﺎ ﻳﺎ ﻃﺎﻟﺐ ﺍﻟﻌﻠﻢ .صـ٢٦٢]

Diantara tanda kebahagiaan : Sesungguhnya kamu bersemangat atas kebenaran, mencari kebenaran dan apabila diperingatkan kesalahanmu, kamu senang. [Marhaban Ya Thaliba al-‘Ilmi, 262]. 

Sumber : https://mobile.twitter.com/uaeboygroup/status/557262719120703488 

Berkata Asy-Syaikh Shalih al-Fauzan hafizhahullah :

الذي يريد الحق يفرح بالنصيحة ويفرح بالتنبيه على الخطأ.

Orang yang menginginkan kebenaran, merasa senang dengan nasehat dan senang diingatkan kesalahannya. [Syarh Kitab al-Ubudiyyah, hlm. 252]. 

Sumber : 

https://mobile.twitter.com/alsalaf_1/status/976756964742107136

Orang yang beramal ikhlas dan mencintai kebenaran, tidak takut dinasehati atau diperingatkan jika ada kesalahan pada dirinya. 

Berkata Ibnul Wazir rahimahullah :

والقاصد لوجه الله لا يخاف أن يُنقد عليه خَلَلٌ في كلامه، ولا يَهاب أن يُدَلَّ على بطلان قوله، بل يحب الحق من حيث أتاه، ويقبل الهدى ممَّن أهداه. 

Orang yang ikhlas semata-mata mengharapkan wajah Allah, dia tidak takut dikritik kesalahan pada ucapannya, tidak khawatir ditunjukkan kebathilan ucapannya, bahkan dia selalu mencintai kebenaran dari manapun datangnya dan menerima petunjuk dari siapapun yang menghadiahkan kepadanya.

بل المخاشنة بالحق والنصيحة أحبُّ إليه مِن المُداهنة على الأقوال القبيحة، 

Bahkan sikap keras yang dilandasi kebenaran dan nasehat lebih dia cintai dibandingkan sikap basa-basi demi mempertahankan ucapan-ucapan yang buruk.

وصديقك مَن أَصْدَقَكَ لا من صدّقَك. وفي نوابغ الكلم وبدائع الحِكم: (عليك بمَن يُنذر الإبسال والإبلاس وإيَّاك ومَن يقول: لا باس ولا تاس)». [«العواصم والقواصم» لابن الوزير (١/ ٢٢٤)]

Dan temanmu yang sebenarnya adalah yang bersikap jujur kepadamu, bukan yang selalu membenarkan ucapanmu.

Dan disebutkan pada sebuah ucapan hikmah :

“Hendaknya engkau bersama orang yang suka mengingatkan agar tidak terjerumus kepada kebinasaan dan menyesal lagi putus asa, jangan bersama orang yang suka mengatakan: ‘Tidak apa-apa dan jangan bersedih!’” [Al-Awashim wal Qawashim, karya Ibnul Wazir, jilid 1 hal. 224. 

Sumber : https://ferkous.com/home/?q=fawaiid-41