Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Apa Itu Tarbiah ?

Apa Itu Tarbiah?

Kalau dah lama follow Tarbiah Sentap, mesti anda akan perasan yang kami selalu sebut perihal tarbiah tarbiah tarbiah. Tetapi persoalannya, tarbiah itu APA sebenarnya? Ok, baca perlahan-perlahan. Tajuk ini pada asalnya isinya sedikit berat. Sikit je. Tetapi kami dah usaha sebaik mungkin tahap kritikal untuk ringankan. Bismillah.

Hari ini bila sebut tentang tarbiah, ramai yang mengaku sudah ikut tarbiah. Persoalannya, betul ke ikut tarbiah? Secara ringkas dan overview-nya, tarbiah adalah satu proses, sistem, suasana yang mana hasilnya kita akan BERUBAH. Berubah menjadi lebih baik. Maknanya, kalau kita mengaku ikut tarbiah, tetapi masih tak tinggalkan jahiliah diri, hakikatnya kita belum ikut tarbiah sepenuhnya. Sebab tarbiah ini adalah tunjang segala perkara. Hancur tarbiah, hancur juga banyak perkara.

Perkataan ‘Tarbiah’ berasal dari kata rabba-yurobbi-tarbiyyatan, yang maksudnya memperbaiki, mendidik, menjaga, menumbuh, mengurus dan mengembang. Ia adalah proses penjagaan dan pemeliharaan fitrah manusia untuk mencapai tujuan hidup.

Apa tujuan hidup kita? Tujuan hidup kita untuk menjadi ‘ibadullah’ (hamba Allah) dan ‘khalifatullah’ (khalifah) yang melaksanakan amar makruf nahi mungkar (menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran atau Bahasa mudah ‘dakwah’).

 Syeikh Khalid Ahmad as-Syantuh sebut,

“Tarbiyah adalah metod perubahan yang bersifat fundamental (asas), ia merubah manusia dari akar-akarnya”.

So kami ulang sekali lagi, secara nak mudah faham, essence (intipati) daripada tarbiah ini adalah BERUBAH. Maksudnya, tarbiah ni adalah proses nak ubah kita daripada jahiliah ke Jannah. Dalam proses perubahan tu, mesti ada cara-caranya. Contoh yang paling mudah faham, nak tanam biji benih. Anggaplah anda nak ‘tarbiah’ biji benih untuk jadi sebuah pokok yang besar, berbuah sedap manis, berbunga cantik, boleh ikat tali untuk main buai, boleh buat panjat, boleh guna untuk ikat adik di pokok kemudian letak kerengga di pusatnya sebagai denda sebab tak solat subuh berjemaah dan sebagainya.

 Adakah dengan tanam biji benih dalam tanah, lalu esoknya tiba-tiba secara ajaibnya ia akan tumbuh menjadi pokok dengan mudah dan segera seperti mee megi lalu anda pun silang kaki makan popcorn caramel di bawah rimbunan pohon itu? Amboi. 


Secara semula jadinya, mula-mula kita kena pilih tanah yang sesuai sebelum nak tanam biji benih. Kita nak pokok durian, tapi tanam biji benih atau bibit pohon durian dalam tanah liat. Memang sampai ke cicit yang kahwin dua pun belum tentu tumbuh. Mula-mula kena pilih tanah yang lembab, gembur, subur dengan kedalaman air tanah tak lebih 1 meter.

Kemudian baru tanam bibit tu dalam pasu yang disediakan. Lepas tu, letak baja dalam nisbah yang betul, siram air sekerap boleh, dedahkan dengan cahaya matahari, dan sebagainya. Kemudian kena ada pemantauan yang rapi supaya takda ulat, serangga lain yang menyerang pokok tu.

Proses ni bukan sehari dua, tetapi ia berterusan sampailah pokok durian tu membesar dengan cemerlang serta berbuah Durian Musang King dengan lebat lalu boleh dimakan begitu sahaja secara berjemaah bersama anak usrah dan jiran tetangga.

Macam tu jugalah tarbiah, bahkan lebih lagi. Ia akan ubah kita daripada biji benih yang tak ada apa-apa, sampailah berubah menjadi pokok tinggi yang boleh berbuah ranum, serta bagi manfaat pada makhluk lain termasuk haiwan dan alam sekitar seperti lapisan ozon.

“Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik;

dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya.

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman”.

(Surah al An’am 6:99)

And now you know. Begitu juga tarbiah, ada prosesnya, dan ia ambil masa yang sangat lama. Kalaulah nak ‘tarbiah’ pokok durian yang tak ada akal dan nafsu pun kena ada tukang tanam, anak benih, proses, teknik atau kaedah yang mesti lakukan serta tanah yang sesuai, inikan pula nak tarbiah manusia yang selalu degil, tak dengar cakap, acah-acah pandai, hipster, sombong, kedekut dan sebagainya tu.

Syaratnya mesti kena ada orang yang tarbiah kita (tukang kebun) yang biasanya disebut sebagai murobbi, Naqib dan Naqibah, diri kita yang nak ditarbiah tu (biji benih) yang dikenali sebagai mutarobbi, kaedah nak tarbiah (kaedah tanaman) atau sebut sebagai manhaj, dan suasana yang betul (tanah yang sesuai) atau disebut sebagai biah. Dan proses tarbiah ni bukan ambil masa sehari dua, hari ni ikut tarbiah, esok dah jadi malaikat. Wah wah wah, mudahnya masuk Syurga.

Ia adalah proses yang sangat panjang, bahkan sampai kita mereput menjadi mayat. Sebab tu, selagi kita belum jadi mayat, jangan sekali-kali keluar dari proses dan sistem tarbiah. Sebab ada orang salah faham tentang tarbiah, mereka ingat baru je ikut tarbiah, dah boleh jadi malaikat ataupun ulamak mufti sebagainya. Itu yang akhirnya lahirlah pendakwah yang ‘masuk Syurga sebelum waktunya’.

Dan yang menjadi lebih masalah apabila ada yang mengaku dah ikut tarbiah bertahun-tahun, tetapi perangai masih tak berubah, jahiliah berkepuk-kepuk tak tinggal, maksiat masih membenak dalam diri, disiplin tak ada langsung, amal harian pun malas buat, dan lain-lain. Maknanya dia langsung tak faham dan mungkin tak ikut tarbiah pun. Walaupun datang usrah setiap minggu. Sebab hakikat tarbiah itu adalah kita berubah menjadi hamba dan khalifah Allah yang lebih baik.

Kalau ikut usrah banyak kali, ataupun ikut macam-macam jenis ‘usrah’ seperti usrah whatapps ke, usrah piknik ke, usrah fitness ke, usrah hipster ke, usrah tepi laut, usrah tepi kubur ke hatta hingga usrah dalam sistem jamaah sekalipun, tetapi masih malas dan tak nak berubah, serta tak ada usaha nak berubah, ia TETAP dikira tak ikut dan langsung tak faham tarbiah.

Aduh..

Description: https://4.bp.blogspot.com/--HOBRLqe7EM/XEBM_wtaPGI/AAAAAAAAC_c/2JU6zcdoS-QRxHbh7O_SJIKB_q1u3YnCgCLcBGAs/s320/ads_terbit.jpg
Dapatkan buku Pujukan Dari Tuhan karya Shukery Azizan
dan Kerana Aku Sayang karya Aniq Muhaimin secara online di 0196803782

Apa Sistem Tarbiah?

         Macam kami cerita tadi, tarbiah ni ada prosesnya. Bila ada proses, mestilah ada sistem. Bila dah ada sistem atau dalam Bahasa Arab kita sebut sebagai nizom, mesti ada kaedah untuk melaksanakan nizom itu. Atau dalam Bahasa Arab disebut sebagai Manhaj (kaedah/metodologi). Manhaj tarbiah yang tepat adalah manhaj taghyir (perubahan).

         Tapi untuk kali ni, kami tak nak tulis tentang macam mana manhaj taghyir yang sebenar, sebab memang tak layak pun. Huhu. Kalau nak baca detail tentang apa tu manhaj taghyir, boleh baca tulisan Wasailut Tarbiyah ‘inda Ikhwanil Muslimin (Peringkat-peringkat tarbiah dalam Ikhwanul Muslimin) tulisan Dr. Ali Abdul Halim Mahmud.

         Tetapi secara mudah fahamnya, nak tarbiah seseorang ni ada macam-macam jalan. Kita pergi kuliah maghrib pun, adalah tarbiah. Pergi dengar ceramah di youtube atau radio pun adalah tarbiah. Dan banyak lagi di sekeliling anda pun, adalah tarbiah. Tetapi masalahnya, tak ada sistem. Ibarat macam nak belajar sains, tetapi sekadar google, tengok youtube, baca facebook, dan blog-blog tempatan saja. Tak payah pergi sekolah. So, kita akan dapat maklumat tentang sains, tetapi tempang, berterabur, tak ada disiplin ilmu dan boleh jadi sesat.

         Jadi macam mana nak ada tarbiah yang secara bersistem? Ada banyak cara, tetapi kami lebih cenderung untuk ikut jalan dilalui oleh Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh al-Imam Hassan al Banna. Antara jalan-jalan tarbiah yang dicadangkan oleh Imam Hassan al Banna seperti usrah, dauroh (macam seminar), mukhayyam (perkhemahan), nadwah (himpunan), katibah (macam qiamullail), rehlah (macam piknik la), jauhlah (ala-ala travel) dan muktamar (mesyuarat).

         Pening? Blur? Tak faham? Jangan risau, anda tak perlu hafal pun. Sebab tak masuk exam. Kami tak pernah nak menghafal, tapi disebabkan selalu dengar dan banyak kali melaluinya, akhirnya terhafal sendiri. Kami kongsi sekadar pengetahuan am, dan at least anda tahu secara asas tentang salah satu sistem tarbiah yang wujud di atas planet bumi ni.

Satu lagi adalah, apakah “KAYU UKUR” untuk orang yang dah ikut tarbiah? Kayu ukurnya ada dua, yang pertama komited, dan yang kedua tekad. Komited untuk menghadiri kesemua program-program tarbiah yang telah disusun dengan tidak meninggalkannya tanpa sebab yang relevan, fahami tasawur tarbiah dengan mendalam, cinta rindu akan tarbiah, dan cuba amalkan kesemua yang dipelajari.

Dan ikut tarbiah bukanlah hanya sekadar usrah semata saja. Tekad pula adalah tekad meninggalkan maksiat, jahiliah dan dosa lalu dengan azam yang sungguh-sungguh. Kalau dah usaha tinggalkan tetapi terjatuh semula, jangan putus asa. Usaha bangkit semula, dan bertaubat lagi serta komited dengan tarbiah. Hinggalah moga-moga kita mati dalam keadaan taubat dan di atas jalan tarbiah, bukannya mati dalam keadaan sedang melakukan dosa maksiat.

Description: https://3.bp.blogspot.com/-KfMXmEcXoYk/XEBNZZsyK5I/AAAAAAAAC_k/GLlKI-YjGr8DWsxEni0LIx4R_5ggQyC0QCLcBGAs/s320/photo_2019-01-17_13-16-56.jpg
Dapatkan buku Agar Kau Bahagia karya Najmi Fetih
di rangkain kedai buku seluruh Malaysia sekarang juga!

Tarbiah Itu Ubat?

Ada orang anggap bahawa kalau nak tarbiah beberapa orang (contohnya 5 orang), maka dia kena PUKUL RATA saja semua sekali. Maksudnya, kalau nak tarbiah 5 individu, kelima-limanya guna kaedah yang sama, cara yang sama, teknik yang sama, dan sebagainya.

Ini TAK TEPAT.

Kalau setiap pokok yang berbeza pun kita kena ‘tarbiah’ pokok tu dengan cara yang berlainan, apatah lagi manusia. Tarbiah ini ibarat macam ubat yang diberikan kepada pesakit. Setiap ubat ada TUJUAN tertentu, dan DOS yang tertentu. Tak boleh pukul rata bagi kepada semua pesakit.

Kalau orang demam, bagi panadol activefast atau soluble 2 biji.

Kalau orang kena cancer, bagi rawatan kimoterapi, dan sebagainya.

Mana boleh kalau orang demam, anda bagi kimoterapi atau pembedahan, dan orang yang kena cancer, kita bagi panadol extend atau soluble. Lepas tu siap cakap, “insyaAllah tak lama lagi sihat la tu. Rajin-rajin makan panadol ye.”

Sama juga macam tarbiah. Mula-mula kita kena tahu dulu, tarbiah itu apa. Bila dah tahu tarbiah itu maksudnya BERUBAH, maka kena ANALISA pula apa yang kita nak ubah pada individu tersebut (atau kita panggil sebagai MAD’U = sasaran dakwah). Analisa atau kenalpasti masalah dia.

Adakah dia seorang perokok atau hisap vape?

Adakah dia seorang yang tinggal solat?

Adakah dia seorang yang kaki berhibur?

Adakah dia sedang bercouple?

Adakah dia selalu layan video lucah?

Adakah dia selalu melayan hiburan haram?

Adakah dia seorang yang tak disiplin?

Adakah dia tak reti baca al Quran?

dan sebagainya. Bila dah kenal pasti masalah individu tersebut, barulah kita RANGKA STRATEGI, macam mana nak merawat “penyakit” dia. Eh, macam main doktor-doktor pula. Ya, memang ala-ala macam doktor pun. Kalau doktor, merawat penyakit fizikal manusia, tetapi kita akan merawat ‘penyakit hati’ manusia. Walaupun bukan doktor bedah, kita adalah doktor ummah.

Ha, macam mana nak rangka strategi? Boleh ke fikir sorang diri?

Boleh, TETAPI selalunya akan kurang tepat strategi kita, dan cepat penat. Jadi nak buat macam mana? Sebab itu pentingnya ada TEAM ataupun jamaah. Barulah kita dapat bincang sama-sama, brainstorming dan rangka strategi. Duduk sekali, bermesyuarat. Bukan niat nak buka aib sesiapa, tetapi kita nak bantu individu tu berubah.

Kemudian barulah boleh ‘rawat’ dia berdasarkan strategi yang dah dirancang bersama. Cuba tengok prosedur macam mana nak buat ubat (sebagai contoh panadol). Mana ada pharmacist tu fikir sorang diri. Mesti dia ada TEAM sendiri, team pharmacist sendiri. Mereka bincang, analisa, tengok case study, dan lain-lain. Ini juga terpakai untuk tarbiah adik beradik, keluarga, kawan sekelas, kawan sekuliah, dan sebagainya. Cuma persoalannya di sini ;

“Siapakah team kita?”

Kalau dalam situasi keluarga, mesti malu nak cerita aib keluarga kepada orang luar. Jadi apa kena buat adalah, bincang dengan adik beradik yang soleh solehah. Ataupun yang yakin boleh sama-sama tolong “projek” kita.

Kalau takda?

Barulah minta tolong ustaz ustazah atau kawan-kawan yang DIPERCAYAI, bukannya kawan yang jenis tikam belakang orang. So, bincang, analisa, tukar pendapat, fikir strategi dan bertindak. Paling penting adalah BERTINDAK. Jangan bincang sampai 3,4 hari, tapi tindakan masih takda. Such a waste.

Description: https://1.bp.blogspot.com/-9G8enYRha_w/XEBNmd-QgMI/AAAAAAAAC_o/jA6mRl2x-_Q_5nT7xZUzZZc-NNlNp6H-wCLcBGAs/s320/outnow3.jpg
Dapatkan Areef The Album di Spotify, iTunes, Deezer, Joox, KKbox
atau dapatkan CD album dengan whatapps di 019 680 3782 sekarang juga!

Langkah Akhir

Bila dah buat semua tu tadi, jangan lupa satu perkara yang ramai orang tertinggal atau ambil remeh. Doalah sungguh-sungguh pada Allah moga diberi hidayah kepada ibu ayah, adik beradik, anak usrah, kawan-kawan dan sesiapa saja. DOA SUNGGUH-SUNGGUH. Doa sungguh-sungguh ni maksudnya adalah ;

Kita berdoa sampai menangis teresak-esak,

Kita berdoa hari-hari,

Kita berdoa sehingga MENYEBUT NAMA PENUH mereka satu persatu dalam doa.

Seorang sahabat namanya Abu Darda’ r.anha, apabila berdoa dia akan sebut sampai lebih kurang 70 orang nama sahabat yang lain. 70 nama tuh. Persoalannya, bila KALI TERAKHIR kita berdoa sambil MENYEBUT nama orang yang nak Allah beri taufiq dan hidayah?

Ketahuilah, hidayah itu adalah milik Allah. Milik Allah mutlak sampai kiamat. Bukan milik anda, kami, Tarbiah Sentap dan sebagainya. Kita usaha paling maksimum, dalam masa yang sama berdoa sungguh-sungguh. Kami tahu ramai dari kita dah tahu pun hidayah ni milik Allah. Tetapi kami ingatkan semula sebab, ramai orang KECEWA bila mana orang yang dia nak tarbiah tu langsung tak berubah.

Ketahuilah, ramai BAPA SAUDARA Rasulullah sallahu alayhi wasallam yang mati dalam keadaan kafir, bahkan sampai tahap MEMERANGI baginda sendiri. Nak kata memang hidayah tu memang milik Allah mutlak. Bukan milik kita. Berserahlah kepada Allah, kerana Allahlah sebaik-baik tempat pergantungan kita.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kita selalu dustakan lagi dan lagi?



Nota kaki : Sebahagian besar tulisan ini diambil daripada buku Aku Bukan Malaikat 2 : Obligasi karya Shukery Azizan

https://www.tarbiahsentap.com/2013/06/benarkah-kita-ikut-tarbiah.html

Tawadhuk vs Sombong ?

Tawadhuk vs Sombong?

Ana akan hurai bab ni berdasarkan contoh-contoh yang real,yang sering berlaku di kalangan kita.Ada orang yang salah faham erti tawadhuk,dan ada juga yang salah faham apa itu sombong.Di sebabkan tu,orang tawadhuk di anggap sombong,orang sombong di anggap tawadhuk.Pergh,serius comel…

Ana juga akan beri contoh-contoh dengan contoh-contoh yang agak selalu terjadi di kalangan orang yang ikut tarbiah,ketika berhadapan dengan orang biasa.Atau orang biasa ketika berhadapan dengan orang yang ikut tarbiah.Kerana salah faham ni berlaku bila kedua-dua “Watak” ini bertemu.So,dengan harapan situasi-situasi begini(yang akan ana cerita lepas ni) tidak berulang lagi,dan berkurang,maka entri ini di tulis.

Macam biasa,kita santai. Just nak bagi nampak tersusun,macam entri sebelum ni,ana akan bahagikan kepada beberapa bahagian,atau tajuk besar,supaya point yang ana nak sampaikan JELAS, insyallah:

1)Tawadhuk vs Sombong

2)Situasi dan solusi

3)Antara yang menegur dan yang di tegur

4)Hati

TAWADHUK VS SOMBONG

Secara mudah,tawadhuk maksudnya rendah diri.Sombong maksudnya bangga diri.Kalau nak check sama ada kita ni tawadhuk atau sombong,mudah je.Kalau kita rasa kita lagi baik dari orang lain,maknanya kita sombong.Kalau kita rasa orang lain lagi baik dari kita,maknanya kita tawadhuk.

Tapi,bukanlah itu yang ana nak cakap.Ana nak korang pandang “tawadhuk vs sombong” ni dalam suasana tarbawi,yang sering berlaku.Ok,jom kita masuk kepada situasi-situasi yang sering berlaku.

SITUASI DAN SOLUSI

Situasi yang ana nak cerita kat sini biasa terjadi kepada seseorang yang ingin menegur kawannya ketika ternampak kawannya buat sesuatu yang layak di tegur.Tapi,masalahnya,bila kita tegur kawan kita tu,kebanyakannya akan menganggap kita sombong.Hanya kerana kita TEGUR dia.

Biasanya,bia kita tegur kawan kita,dan andai mereka tak dapat terima teguran,ada yang cakap macam ni:

“Alamak..ada orang cakap tak serupa bikin.Nak tegur orang,tengok diri dulu.Ingat kau baik sangat?nak tegur-tegur orang…”

“Jangan tahu nilai orang lain je,diri sendiri tu cuba la nilai….”

“Sombong gila.Cakap tu macam anta sorang je baik…”

Dan macam-macam lagi.Soalan ana:”Adakah orang yang menegur orang lain tu menandakan orang yang menegur itu sombong?Dan adakah kalau kita tak menegur orang lain,bererti kita tawadhuk?”

Inilah yang menjadi masalah.Ramai orang sekarang,sanggup tidak menegur kawan-kawannya yang lain hanya kerana mereka rasa,itulah tawadhuk.Mereka rasa,kalau tegur orang lain tu bermakna sombong.Jujur ana cakap,pemikiran macam tu sangatlah “comel”.

Habis tu,nabi,sahabat,tabi’in,dan semua pendakwah adalah sombong,hanya kerana mereka buat dakwah dan menegur kesalahan umat?Dan adakah ahli zuhud,yang beribadah dan tak buat dakwah di kira tawadhuk,kerana mereka tidak menegur orang lain dan hanya memikirkan diri mereka sahaja?

Wow.Di sebabkan salah faham ini,ramai di kalangan kita tak nak buat dakwah,tak mahu menegur orang yang buat silap.Suka ana fahamkan,TAWADHUK tak menghalang kita untuk menegur orang.Tetapi,tawadhuklah yang mendorong kita untuk menegur orang!

Ana ulang:

“TAWADHUK tak menghalang kita untuk menegur orang.Tetapi,tawadhuklah yang mendorong kita untuk menegur orang..”

Kalau betul kita tawadhuk,bila kita Nampak kawan kita buat salah,kita kena tegur.Takkanlah kita nak biarkan kawan kita terus lalai dengan movie,game dan lain-lain? Takkan kita nak biar kawan-kawan kita terus terperangkap dengan ikhtilat dan lain-lain? Kalau betul kita sayang dan inginkan kebaikan untuk kawan kita,dan inginkan yang terbaik untuk kawan kita,maka mengapa kita rasa cuak dan segan silu nak menegur kawan kita?

Hakikatnya,orang yang tak buat dakwahlah orang yang sombong! Hanya baik sorang-sorang,nikmati nikmat iman sorang-sorang,beribadah sorang-sorang,tinggalkan maksiat sorang-sorang.Kedekut dan sombong! Di sudut yang lain pula,hakikatnya,orang yang tak dapat menerima teguranlah orang yang sombong.Hakikatnya,orang yang mengatakan orang lain sombonglah orang yang sombong! Bila di tegur,dalam keadaan mereka salah,mereka tak mengaku salah akibat sombong dan ego,lantas mencipta pelbagai alasan untuk membenarkan kesalahan mereka.Apakah ini?

Perkara macam ni selalu terjadi.Pernah juga terjadi pada diri ana.Apabila ana tegur certain orang,ana di cop sebagai “poyo”,sombong,bajet baik,suka cari keburukan orang,ego dan lain-lain.Kadang-kadang rasa serba salah,nak tegur ke tak nak.Kalau nak mengalah,nanti orang tu still buat salah.Kalau kita nak menang,kita di anggap ego.Last-last,tak tahu nak buat macamana.

Dan tak nafikan, kadnag-kadang bila ada orang tegur ana bila ana buat salah, ana pun selalu tak nak kalah dan ego, dan tak mengaku salah.Ye lah, manusia.Moga Allah bebaskan kita dari sifat ini.Amin!

Huh.

ANTARA YANG MENEGUR DAN YANG DI TEGUR

Kadang-kadang,bila situasi di atas terjadi,biasanya akan terjadi “gap” antara si penegur dan yang di tegur.Kerana masing-masing rasa diri betul,masing-masing tak nak kalah.Maka,suka ana untuk jelaskan beberapa perkara.

Certain benda,bila situasi di atas berlaku,sometime salah si penegur,dan sometime salah orang yang di tegur.Kedua-dua watak ni perlu terima hakikat.Cuma,kadang-kadang,kedua-dua watak ni selalu menggunakan ayat quran ataupun kata-kata yang tak layak untuk mereka gunakan.

Contohnya:

****

1)Dalam quran ada ayat:”Janganlah kamu meminta-minta…”

Ayat ni di turunkan untuk orang miskin.Dan ayat ni tak boleh di gunakan oleh orang kaya untuk mempertahankan ketamakan mereka.contohnya,bila ada orang miskin mintak sedekah kat orang kaya,tiba-tiba orang kaya tu jawab:

”Kan Allah kata,jangan meminta-minta.kenapa kamu still meminta-minta sedeqah kat orang?!”

Sungguh licik orang kaya tu.Gunakan ayat quran untuk tujuan peribadi.Sepatutnya,ayat tu perlu di hayati oleh orang miskin tu,dan di gunakan ayat tu untuk mentaujih dirinya yang suka meminta-minta.Ayat tu bukan untuk orang kaya menempelak orang miskin yang suka meminta-minta.

Masalahnya,bila si miskin tak amalkan ayat tu,dan si kaya menggunakan ayat tu bukan pada tempatnya,maka kucar-kacir berlaku..

2)Dalam quran juga ada ayat quran yang menyebut:”Berilah kamu kepada orang yang meminta dan orang yang tak meminta-minta…”

Ayat ni adalah untuk kegunaan orang kaya.Tetapi,ada orang miskin gunakan ayat ni untuk kepentingan peribadinya.Contohnya,bila orang miskin minta sedekah,dan orang kaya taknak bagi,lantas orang miskin tu cakap:

”Kenapa kau tak bagi aku duit?Kan Allah kata,berilah kamu kepada yang meminta dan yang tak meminta-minta…”

Sungguh comel orang miskin tu.Gunakan ayat untuk tujuan peribadi.Sepatutnya ayat tu perlu di hayati oleh orang kaya untuk mentaujih dirinya yang kedekut itu.Ayat tu bukan untuk orang miskin menempelak si kaya yang tak bagi sedeqah padanya…

Cuba bayangkan,andai orang miskin mengamalkan ayat:”Janganlah kamu meminta-minta”,dan orang kaya pula mengamalkan ayat:”Berilah kamu kepada yang meminta dan yang tak meminta-minta..”.Akan berlaku keharmonian,yang mana orang miskin,walaupun tak meminta,orang kaya tetap memberi mereka duit,akan berlaku tolong menolong dan sebagainya…

****

Apa yang ana nak kaitkan melalui contoh di atas ialah,bila berlakunya adegan “Si penegur menegur si penerima teguran”,maka masing-masing perlu merenung beberapa ayat yang Allah tujukan kepada mereka.Dan jangan menggunakan ayat yang salah untuk menempelak orang lain.

Contohnya:

****

1)Allah ada sebut:”serulah kamu ke jalan Allah dengan HIKMAH dan peringatan yang baik..”

Ayat ni Allah turunkan untuk si penegur.Supaya si penegur berhati-hati dalam menegur.Tetapi,biasanya orang yang di tegur menggunakan ayat ini untuk kepentingan peribadinya.Contohnya,apabila dia di tegur,dia akan jawab:

”Kau tegur hikmahla sikit.Tak reti tegur baik-baik ke ha??!”

Allah juga ada sebut:”Celakah,mereka yang bercakap tapi tak buat..”

Ayat ni pun khas untuk si penegur.Tapi,orang yang menerima teguran guna ayat ni untuk kepentingan diri.Contohnya,apabila dia di tegur,dia balas:

”Kau kalau nak tegur aku,tengok diri kau dulu beb.Cakap tak serupa bikin,tapi nak tegur orang.Balik la brader….!”

Huh.

2)Ada ayat quran,Allah sebut:”Allah tak suka orang-orang yang sombong..”

Ayat ni bukan untuk menempelak orang lain.Contohnya,bila ada orang tak terima teguran kita,kita tak boleh balas:

”Sombongla kau ni!Aku dah tegur,tapi tak nak terima teguran…Allah tak suka orang sombong bro…”

Sepatutnya,ayat ni di hayati oleh orang yang di tegur.Supaya bila ada orang tegur dia dan jeals dia salah,maka dia perlu terima teguran dan tak sombong.

****

Tapi hari ni,bila ada orang tegur kita,kita jawab:”Tegur hikmah sikit la!Cakap serupa bikinla!”.Dan bila orang tak terima teguran kita,kita cakap:”Sombong la kau ni.Terima jela kesalahan…”

Cuba bayangkan,andai kedua-dua,si penegur dan yang di tegur menggunakan ayat-ayat quran tu sesuai dengan keadaan dirinya, dan merendahkan ego masing-masing.Insyallah harmoni.Yang menegur akan menegur dengan hikmah,dan yang di tegur akan menerima teguran.

HATI

Akhirnya,sombong dan tawadhuk ni adalah dari HATI.Kita tak mampu tahu hati dan niat seseorang.Jangan mudah melabel orang lain “sombong”.Tetapi,sama-sama check diri masing-masing,sejauh mana kita merendah diri,dan tak memandang rendah orang lain.

Ana ulangi kata-kata ana:

“TAWADHUK tak menghalang kita untuk menegur orang.Tetapi,tawadhuklah yang mendorong kita untuk menegur orang”.

Wallahua’lam.

-Adnin Roslan-

https://www.tarbiahsentap.com/2013/06/tawadhuk-vs-sombong.html

Cara nak tinggalkan couple, crush dan ikhtilat ?

Cara nak tinggalkan couple, crush dan ikhtilat?

Bismillah.

Alhamdulillah. Lebih kurang 2 minggu saya tak update blog. Anyway, untuk pemakluman semua, Facebook saya telah pun di ‘ban’ oleh pihak security Facebook, kerana saya adalah salah seorang Admin page “We Are All Alqassam”, sebuah page yang telah mencapai ratusan ribu like dalam masa seminggu, sebuah page yang di cipta untuk menyatakan sokongan padu rakyat Malaysia khususnya dan umumnya dunia, kepada pejuang palestin khususnya Briged Izzuddin Alqassam HAMAS. Tapi, nampaknya, Israel dan kuncu-kuncunya dah start cuak dan menggelabah, lalu depa pun telah ‘ban’ dan ‘disable’kan page “We Are All Alqassam” sekali dengan 14 Admin page tersebut. Termasuklah diri saya….

Akibatnya, page kendalian saya iaitu “TARBIAH SENTAP” yang dah mencecah 25,000 like, terpaksa di cipta baru, kerana saya dah tak boleh post apa-apa dalam tu kerana FB saya dah di ‘disable’kan. So, saya ajak semua orang untuk like page TARBIAH SENTAP “BARU” saya di sini:

https://www.facebook.com/tarbiahsentapp

Moga bermanfaat!Sharekan kepada semua kawan-kawan!

Apa-apapun, ada beribu hikmah insyallah.

Okay, insyallah, kali ni, saya nak cerita pada semua orang tentang, “Apakah tips dan cara untuk tinggalkan cinta sebelum nikah dan ikhtilat?”. Saya yakin 100%, sangat ramai orang rasa terseksa dengan ikhtilat dan cinta, tapi malangnya, ramai yang tak tahu macamana nak lupakan bf/gf korang. Juga, ramai yang takut nak jaga ikhtilat sebab takut di anggap sombong, poyo dan lain-lain oleh orang berlainan jantina.

Tapi, awal-awal saya nak bagitahu, cara yang saya nak ajar ni memang efektif kalau korang BUAT! Tapi, kalau korang tak nak berkorban, still rasa berat, kalau saya bagi sejuta tips pun, korang takkan mampu buat. Ingat, hendak seribu daya, tak nak sejuta dalih!

Okay, jom kita tengok satu persatu.

CARA NAK TINGGALKAN IKHTILAT DAN CINTA SEBELUM NIKAH

1) Faham apakah hukum ikhtilat serta asas-asanya, dan cinta sebelum nikah.

Ini tips pertama yang saya letak. Sebab, ramai orang ikhtilat dan sibuk bercintan-cintun, crush sini sana, sembang dengan berlainan jantina tanpa rasa bersalah atas alasan “takde syahwat” kononnya, dan lain-lain, tanpa rasa BERSALAH LANGSUNG!! Kenapa? Sebab, ramai yang tak tahu pun benda tu salah!Bila tak tahu benda tu salah, bila tak faham, maka benda yang salah mereka anggap tak salah, bila tegur, marah, mengamuk, kutuk dan sebagainya.

Oleh sebab tulah, saya dah tulis secara panjang lebar tentang isu ni supaya korang semua FAHAM gila-gila tentang isu ikhtilat dan cinta sebelum nikah ni. Boleh baca tulisan saya di link-link berikut. BACA! Kalau dah ada usaha nak dapat ilmu, tapi kita tolak dan berterusan dalam keadaan jahil, kita dosa. Kalau dah tahu tapi tak amal, pun dapat dosa.

Kekeliruan dalam ikhtilat:

http://adninroslan.blogspot.com/2013/08/kekeliruan-dalam-ikhtilat.html

Tujuh Jalan Zina?

http://adninroslan.blogspot.com/2014/07/7-jalan-zina.html

Boleh ke ada crush?

http://adninroslan.blogspot.com/2014/07/boleh-ke-ada-crush.html

Apabila pelajar agama berikhtilat?

http://adninroslan.blogspot.com/2014/06/apabila-pelajar-agama-berikhtilat.html

Sila baca dari awal sampai habis.

2) Unfriend dan unfollow orang berlainan jantina di media social samada Facebook, Instagram, twitter dan lain-lain.

Bagi saya benda ni sangat penting atas beberapa faktor.

Pertama, kalau kita friend/follow yang berlainan jantina, ia akan membuatkan kita mudah untuk stalk, dan melihat gambar yang berlainan jantina! Mana taknya, bila kita friend/follow, segala gambar-gambar mereka akan keluar kat newsfeed kita,gambar gedik ke, selfie ke, gambar ala-ala solehah ke, apa-apalah. Dan ia akan menyebabkan hati makin lama makin hancur lebur secara halus dan tak perasan.

Lepas tu, start like-like gambar, and then, bila gambar korang dapat banyak like, korang start perasan yang korang cantik/hensem, lepas tu mula la start post gambar yang makin lama makin gedik, mengarut, dan rasa nak tumbuk je. Argh!! (Tetiba mengamuk…)

So, bila kita unfriend dan unfollow, ia lebih menjaga iman kita. Bukankah Allah suruh kita tundukkan pandangan? Tak kiralah kalau kita tengok gambar tu dengan syahwat atau tak, Allah dan rasul tetap suruh kita tutupkan pandangan!

“Datangnya musibah di awali dengan penglihatan, seperti kebakaran besar di awali dengan percikan api kecil!”

(ibn Qayyim)

Sebab tu ulama meletakkan dosa mata ialah apabila kita memandang wanita bukan mahram, tak kisah lah dalam real life, atau kat gambar, majalah, tv, dan lain-lain. Satu sudut, memang saya pun maklum, amat susah untuk kita jaga pandangan zaman sekarang. Tapi, persoalannya, apakah USAHA kita?!

Kedua, bila kita unfriend dan unfollow yang berlainan jantina, ia dapat mengurangkan kadar kita berhubung dengan berlainan jantina. Ye lah, bila dah friend dan follow, kita boleh komen, kita lagi teransang/bernafsu untuk mulakan chatting padahal tak penting, start like status pastu perasan:

“Pergh.. Farah like status aku! Bermakna, dia, dia…dia suka aku!! Yeah!!!”

“Pergh.. Samdul retweet twit aku…Argh..meltingnya!!”

Ini semua menimbulkan fitnah. Percayalah. Lagi satu, bila kita friend/follow berlainan jantina, kita akan dapat baca status dan update dia, sekaligus membuatkan kita ada rasa kecenderungan untuk lebih mengenali si dia. Nampak tak permainan setan di situ??

Kalau tak Nampak, tak tahulah….Tapi, kalau kita yakin tak mendatangkan fitnah seperti friend/follow tokoh-tokoh agama, ulama’, ustaz ustazah, dan sebagainya, maka takde masalah.Tapi, pastikan niat untuk dapat manfaat.Yang pasti, jangan tipu diri sendiri.

3) Jangan save nombor yang berlainan jantina.

Ni pun satu tips yang berguna. Saya sendiri dalam henset takde save satu pun nombor perempuan. Kalau saya nak berhubung atas urusan kerja, saya akan cari di group whats app kerja tu, dan berurusan sekadar untuk menyetelkan urusan.

Kalau kita save nombor perempuan, lebih-lebih lagi rakan satu kelas, rakan satu kuliah, orang yang kita suka dan lain-lain, ia lagi memudahkan kita untuk start mesej, pastu call bagai. And then….. Faham-fahamlah.

4) Jauhi berkawan dengan orang yang kaki ikhtilat dan couple.

Ini benda yang sangat penting bagi saya. Sebab kawan ni adalah benda yang sangat besar dalam islam. Salah plilih kawan, keislaman kita akan hancur. Sebab, kawanlah yang banyak bersama kita, sekaligus akan mempengaruhi kita samada secara sedar ataupun tak.

Bayangkan, bila kita kawan dengan kaki ikhtilat dan couple, nanti dalam kelas, dia akan start cerita pasal perempuan ni, laki tu, artis ni, artist u, pelakon ni, pelakon tu, pastu start luahkan masalah dia, mintak pandangan kita pasal isu cinta, macamana cara nak luahkan perasaan cinta bagai, dan lain-lain.

Lagi masalah, bila kawan kita tu start cucuk-cucuk kita untuk start berikhtilat dan couple dengan memperkenal dan men’suggest’kan kita untuk berikhtilat dan couple dengan perempuan dan laki ni.

“Weh, bak kata Syamsul, Bakri suka kau Farah…Eee…Jelesnya aku! Farah, ni peluang kau. Bakri dah la hot, hensem gila kata kau…Pastu dia minat kau. Serius untung!! Tryla kau mesej-mesej dia. Hehe…”

“Aku tengok kau sedih je. Kenapa ni Ayob?Aku tahu kau suka Sarah. Tapi kau segan nak bagitau dia kan? Kalau kau nak aku tolong, boleh je:) Aku tak nak kau sedih-sedih ni. Kau sedih, aku pun sedih beb….”

“Hahaha..kau takde awek? Bapak nerd gila kau!”

Dan lain-lain. Bagi saya, ayat-ayat di atas ni benda REAL. Bila kita start kawan dengan orang yang kaki ikhtilat dan couple, secara tak langsung, mereka akan pengaruh dan goda kita untuk turut serta melakukan dosa tu, walaupun mereka takde niat. Percayalah.So, tinggalkan mereka, cari kawan yang baik dan soleh.

Ada sorang kawan saya mengadu. Yang mana, dia ni hafiz quran 30 juzuk. Bila dia pindah sekolah, kawan-kawan kat sekolah abru dia semuanya couple. Sampai satu tahap, dia rasa MALU kalau tak couple. Akhirnya, dia pun couple….Isk, isk, isk…

5) Berukhwah dengan sesama jantina.

Sebenarnya, berukhwah dengan yang sama jantina sejuta kali ganda lagi manis dan nikmat daripada bercinta dan berikhtilat. Serius saya tak tipu. Saya sendiri bila chat dengan kawan-kawan baik saya, saya boleh tersenyum sorang-sorang, tergelak sorang-sorang, dan kadang-kadang, boleh nangis teresak-esak sebab rindu!

Banyakkan bersama kawan sejantina yang baik dan soleh, yang sering support kita buat baik, yang bantu dan sanggup dengar luahan masalah kita dengan sabar walaupun lama, yang sering nasihat kita bila kita buat salah, yang berada di sisi kita time kita susah dan senang, yang boleh simpan aib kita, yang sering memberi kita semangat time tengah down, fuh….

Nikmat gila beb!!

Bagi saya, orang yang berikhtilat dan couple ni, punca dia ialah dia langsung tak pernah rasa nikmat berukhwah dengan sesama jantina. Sebab tu akhirnya dia pilih jalan dosa untuk memuaskan kekosongan dan keboringan dalam hidup dia. Akhirnya, dia takkan puas dengan ikhtilat dan couple, bahkan, dia akan bertambah HAUS, ketagih dan terseksa bagai orang yang terseksa dengan ketagihan dadah.

Mana taknya, ramai orang yang ingatkan mereka ni berukhwah. Tapi, mereka cemari jalan ukhwah dengan perbuatan dosa.Pergi wayang sama-sama rakan sejantina, merempit sama-sama, cerita pasal awek/pakwe sama-sama. Orang yang cemarkan jalan ukhwah dengan dosa, mereka tak akan merasai nikmatnya ukhwah!!!

Saya ulangi:

“Orang yang cemarkan jalan ukhwah dengan dosa, mereka tak akan merasai nikmatnya ukhwah!”

So, kalau korang nak berukhwah sesama jantina, berukhwahlah dengan cara islam. Saling tolong-menolong ke arah kebaikan, rapat dan kenal mengenal, dan lain-lain. Baru korang akan rasa nikmat ukhwah. Bila dah rasa nikmat ukhwah bersama rakan sejantina, percayalah, korang takkan teringin nak ikhtilat dan couple, sebab korang dah dapat rasa kemanisan dan kebahgiaan dalam berukhwah.

6) Elakkan dari tengok drama cinta, baca novel cinta, dengar lagu cinta dan apa-apa yang berkaitan cinta.

Hakikatnya, apa yang kita lihat, apa yang kita dengar, dan apa yang kita baca, akan membentuk satu CARA FIKIR lalu akan mengesani hati dan perbuatan kita! Kalau kita sering melihat benda-benda yang baik, dengar benda yang baik-baik, dan membaca benda yang baik-baik, maka cara fikir kita akan baik, dan akan membuahkan perbuatan dan amal yang baik!

Tapi, kalau buruk? Kalau tengok movie drama pun pasal cinta, dengar lagu cinta, baca novel cinta, akhirnya, kita akan rasa cinta dan ikhtilat tu tak salah, bahkan kita akan rasa malu kalau tak couple dan malu kalau tak ikhtilat. Apakah semua ini? Tidaaaaak!!!

Saya umpamakan benda ni macam SPAN.

“Kalau kita masukkan span dalam air najis, bila kita perah, yang akan keluar ialah air najis. Kalau kita masukkan span tu dalam air bersih, bila kita perah, yang keluar juga adalah air bersih…”

Sama macam hati kita. Kalau yang masuk dalam hati kita ialah pasal cinta, akhirnya ia akan membuahkan perbuatan yang berkaitan dengan cinta.

Cukup-cukuplah. Bawak bertaubat.

7) Sibukkan diri dengan dakwah dan tarbiah.

Ini bagi saya sangat penting. Bila kita dah takde kerja nak buat, kita pun akan buat benda yang takde kerja. Takde kerja nak couple semua tu, pelik betul. Sebab tu, kita kena sibukkan diri kita dengan amal, dengan dakwah, dengan tarbiah!! Kalau kita sibuk dengan benda-benda ni, sampai satu tahap, kita dah takde masa nak fikir pasal cintan-cintun ni. Percayalah.

Saya ada sorang kawan, satu hari dia masuk kelas, muka dia sedih, muram dan amcam nak nangis. Saya ingat dia sedih sebab putus cinta ke apa(Walaupun dia ni langsung tak bercinta dan amat menjaga ikhtilat). Saya tanya dia, kenapa dia sedih? Dia jawab:

“Aku sedih sebab orang yang aku dakwah dah lama tak datang jumpa aku. Aku takut dia lari dari dakwah aku….”

Pergh. Saya respect gila. Orang yang dah sibuk dengan dakwah tarbiah ni, sampai satu tahap, dia rasa jatuh cinta dengan dakwah dan tarbiah, sehingga, dia sanggup korbankan segala-galanya untuk dakwah tarbiah. Jealous kan?

Contoh paling dekat dengan ialah ialah Alqassam di palestin. Yang mana, ahli briged Alqassam semuanya bawah 30 tahun. Kebanyakannya sekitar 18 hingga 25. Lihat, mereka sibukkan diri mereka dengan dakwah, tarbiah dan jihad, sehingga mereka takde masa langsung nak fikir pasal couple semuanya. Kalau mereka mampu, so, jangan bagi alasan yang kita tak mampu!

Itulah 7 cara yang saya boleh bagi untuk tinggalkan ikhtilat dan cinta sebelum nikah. Saya dan akwan-kawan saya dah buat, dan kami berjaya Alhamdulillah.Korang bila lagi? Jom!

NASIHAT UNTUK MENUNDUKKAN PANDANGAN

Saya nak kemukakan nasihat ini, khas untuk laki yang dah tak boleh tahan nak tengok perempuan, nak tengok video lucah dan yang sama waktu dengannya. Juga, untuk perempuan yang tak reti nak jaga mata melihat laki-laki hensem seperti artis pelakon dan penyanyi lelaki, korea ke, jepun ke, barat ke, melayu ke. Apa-apa.

Saya tahu, korang amat terseksa. Kan? Korang nak BEBAS dari dosa mata ni semua. Kan? Tapi korang rasa sangat susah nak tinggalkan. Kan?

Di sini, saya akan nyatakan kaedah yang ulama beri untuk membebaskan diri kita dari penyakit “tak reti jaga pandangan” ni. Moga Allah mudahkan kita!

*p/s: Kalau saya tulis lelaki, bermakna ia adalah untuk wanita jugak. Kalau saya tulis wanita, ia untuk lelaki jugak. Harap faham.

Saya akan nukilkan beberapa kata-kata ulama. Moga bermanfaat!

Pertama:

“Apabila hati korang tertarik dengan wajah seseorang yang cantik, maka kau bayangkanlah kau sedang melihat wanita yang buruk, hitam legam, di penuhi bintik-bintik puti, matanya buta, kepalanya gendul, gigi depannya terkeluar, berhidung penyek, berbibir tebal, serta wajahnya di kerumuni lalat. Bila kau dah membayangkan wajah seperti tu, insyallah hati kau tak akan memikirkan wanita cantik!!”

Kedua:

“Cara untuk kau ubati hati kau dari memikirkan wanita, ialah kau perbanyakkan zikir pada Allah, bayangkan bagaimana azab Allah kat akhirat nanti.Apabila di dalam hati kau timbul suatu bayangan kea rah maksiat, maka, kau ambillah wudhuk, dan solatlah sunat 2 rakaat, kemudian taubat dan mohon perlindungan pada Allah. Setiap kali kau teringat, maka berwudhuklah dan solatlah! Pada hari pertama, mungkin kau akan lakukan banyak solat. Tapi, makin lama, akan berkurang. Sampai satu masa, perasaan itu akan hilang!”

Ketiga:

“Kalau ada satu masa, kau rasa macam nak pakai baju yang bersih dan cantik, dan di bubuk minyak wangi, dan bila kau berjalan, kau rasa ada oang yang perhatikan kau terutamanya wanita, maka, cara kau nak ubati ialah, kau pakai pakaian yang usang dan bertampal!!”

Means, apa yang ulama ni nak cakap, sometimes, bila kita pakai smart-smart, kita akan perasan dan hati kita rasa lain bila ada orang berlainan jantina pandang. Pastu, kita mula lah start bajet macho dan bajet cantik, control macho bagai. Akhirnya, hati rosak!

KESIMPULAN

Saya amat harap agar tips yang saya nyatakan ini berguna. Seperti yang saya sebut di atas, hendak 1000 daya.Nak syurga, kenalah bersusah-susah.

Hari ni, ramai yang merungut:

“Aku rasa susah sangat nak khusyuk time solat..Kenapa ye??”

“Time aku baca quran, aku tak rasa apa-apa…Aku tak tahu kenapa aku tak rasa manis….”

“Kenapa susah sangat aku nak nangis time doa?Kenapa?Kenapa??”

“Kenapa time aku baca novel, aku seronok.Tapi nak baca buku agama, sekejap je dah ngantuk. Rasa berat gila bapak….”

Ketahuilah, PUNCA kita tak rasa manis tika beribadah, punca kita susah nak menangis time berdoa dan ketika bersujud, punca kita rasa beban dan berat nak mendalami agama, punca kita lemah semangat dalam dakwah dan tarbiah dan akhirnya futur, punca kita tak khusyuk dan susah untuk berdiri lama time solat, puncanya ialah……

“Kerana kita tak menjaga mata, berikhtilat, bercinta, bercouple…..”

Ketahuilah, ini adalah punca diri kita hancur, hancur dan hancur. Sehingga kita dah tak rasa lagi Allah dan rasul itu cinta yang perlu kita kejar. Hatta, kita rasa menyampah bila orang ingatkan kita tentang Allah dan rasul….

Sampai bila kita mahu begini?

Taubat, menangis, dan, berubahlah…

Mungkin, ada orang yang berkata:

“Aku tengok perempuan tu tapi tak rasa syahwatpun.Apa salahnya?”

“Aku chat dengan perempuan tu saje-saje. Just kawan. Takde rasa syahwat pun!!”

Ketahuilah, korang telah menipu diri sendiri.

Berkta seorang ulama:

“Memang pada awal, tak rasa apa-apa, tetapi lama-kelamaan akan timbul rasa senang, rasa seronok, rasa cinta, dan sikit demi sikit setan akan menipu dan membodohi kita dengan menyuntik racun-racunnya! And then, bila racun-racun setan dah start memenuhi hati kita, maka akan timbullah bayangan dan khayalan tentang kecantikan wanita, sehingga hati kita akan rasa susah untuk tepis…”

Ingatlah, kata-kata iblis kepada orang yang bertaqwa:

“Apabila mereka berada dalam kesunyian, aku akan menghancurkan ketaqwaan mereka dengan racun-racunku!!”

Berhati-hatilah dengan racun setan. Berhati-hatilah dengan tipu daya setan. Berhati-hatilah, kerana, telah ramai tertipu, dan akhirnya tenggelam dan mersakan diri mereka betul serta mempertahankannya…

Wallahua’lam. Moga Allah bagi kita kekuatan!

-Adnin Roslan-

https://www.tarbiahsentap.com/2014/08/cara-nak-tinggalkan-couple-crush-dan.html

Adakah cinta itu fitrah?

Adakah cinta itu fitrah?

Terus-terang saya cakap, hari ni, masalah masyarakat, khususnya remaja dan belia, ialah berkenaan isu CINTA. Yang mana, hasil dari masalah ni, lahirlah remaja dan belia yang lemah, jiwa kosong, cepat down, takde matlamat jelas, terumbang-ambing, tak mampu memberi manfaat untuk umat, anak derhaka, zina berleluasa, memberi fitnah pada agama, dan lain-lain. Puncanya ialah CINTA.

Sepanjang saya memberi perkongsian di sekolah serta universiti, dan bergaul dengan banyak remaja dan belia, tak kisahlah yang sekolah agama atau tak, yang berkopiah bertudung labuh atau tak, banyak yang terperangkap dengan masalah cinta ni. Haish….Tension gakla, serius…

Sedih gak rasanya. Nabi dan sahabat dan korban macam-macam, menangis tiap malam, bermandi darah untuk bina umat, tapi, hari ni, ramai yang menggunakan nikmat nangis untuk menangisi perkara-perkara yang memalukan.

Nangis ingat awek, nangis ingat pakwe, nangis ingat crush, nangis tengok drama cinta Korea, nangis dengar lagu Justin bieber, dan yang sama waktu dengannya. Sungguh, cukup memalukan. Kalau nabi tengok umat hari ni, memang nabi nangis teresak-esak…..

Semuanya hancur, hancur, hanyut dengan cinta. Kemudian, bila di tegur, masing-masing menggunakan alasan agama untuk membenarkan dosa. Alasan yang paling biasa orang guna ialah:

“Apa salahnya bercinta?? Cinta tu fitrah! Yang penting, tak lupa Allah dan rasul….”

So, saya nak kemukakan satu persoalan:

“Adakah cinta itu fitrah?”

Di sebabkan ramai guna hujah ni, maka, artikel kali ni, bertujuan untuk SENTAP mereka-mereka yang selalu guna hujah ni, seterusnya, memberi penerangan secara jelas tentang isu ini. Moga-moga, ramai dapat faham!

APA ITU FITRAH?

Firstly, saya nak terangkan dulu, apa makna fitrah. Kalau orang tak faham, nanti berlakulah salah faham. So, fitrah tu?

“Fitrah ialah sifat semulajadi yang Allah beri kepada setiap orang….”

Contoh sifat fitrah ialah, inginkan tuhan, sifat takut, marah, sayang, cinta, sedih, dan lain-lain. Semua sifat ni, tak payah belajar, tak payah berguru pun, semua orang aka nada sifat-sifat ni. Semua orang ada sifat-sifat ni. Hatta, Atheis yang kononnya tak percaya tuhan, di sudut hati dia, dia percaya adanya tuhan. Ada sorang atheis masuk islam, dia cerita macamana dia masuk islam:

“Aku berada di tengah-tengah laut, ombak kuat, aku rasa takde harapan nak hidup. Aku menjerit mintak tolong kerana terlalu takut. Tiba-tiba, ketika aku jerit tu, aku tersebut nama ALLAH!! Kemudian aku pun selamat. Lepas tu, aku teringat, yang aku ada jerit nama Allah, sedangkan aku tak pernah tahu dan tak pernah dengar nama Allah. Kemudian, aku bertanya kepada orang tentang Allah. Bila bertemu orang islam, dan apabila mereka cerita kepadaku bahawa Allah adalah tuhan sekalian alam, aku terus terkejut, terkasima, dan masuk islam!!”

So, setakat ni, faham makna fitrah?

FITRAH PERLU DI URUS!

Tapi, saya nak bagitahu satu benda. Actually, FITRAH NI PERLU DI URUS. Yang mana, kalau tak di urus, seseorang tu boleh jadi sesat, menyeleweng, dan ‘lari dari fitrah’. Fitrah boleh jadi baik, fitrah boleh jadi jahat!

Saya bagi contoh.

Marah.

Marah adalah fitrah. Semua orang ada sifat marah. Sape takde sifat marah, maknanya dia lari dari fitrah. Cuma, persoalannya, bagaimana kita uruskan fitrah marah ni ke arah yang Allah redha?

Adakah Allah akan redha orang yang suka marah-marah, mencarut, mengamuk sini sana? Dan bila kita tegur, dia jawab:

“Apa salahnya aku marah? Marah tu fitrah!”

Rasanya, valid tak alasan dia? Memanglah sifat marah tu fitrah. Namun, ia perlu di urus! Macamana? Kita kena rasa marah bila tengok kemungkaran, kita kena marah bila tengok orang perlekehkan agama Allah, kita kena rasa marah bila orang hina rasul, kita kena rasa marah! Yang mana, dengan marah, baru kita akan bergerak untuk mengubah perkara yang kita marahkan. Itulah marah yang Allah redha!

Umar Alkhattab, seorang yang panas baran, cepat marah. Sebelum dia masuk islam, dia memang gangster mekah, semua cuak dengan dia. Sekali dia mengamuk, silap besarla. Tapi, bila dia masuk islam, adakah nabi suruh Umar buang sifat marah dia? Tak! Tapi, apa yang nabi buat ialah, nabi salurkan fitrah marah tersebut ke arah yang Allah redha. Lalu, terkenallah Umar, sebagai “Alfarouq”, pemisah haq dan batil, yang mana, dengan Umar sangat sensitif sangat marah, bila ada orang yang memperlekehkan islam.

Sebab tu saya cakap, tak semua fitrah itu Allah redha. Sebab tu, fitrah perlu di urus.

CINTA TU FITRAH?

Bila kita sebut cinta, cinta bukan setakat ungkapan di bibir wahai kawan. Cinta itu ibarat iman. Perlu di ucapkan dengan lisan, membenarkan dengan hati, dan di BUKTIKAN dengan amal. Cinta yang hanya di mulut, tu namanya sembang kencang!

Ya. Cinta itu fitrah. Tapi, ingat, cinta boleh hancurkan kita, cinta juga boleh meningkatkan darjat kita di sisi Allah, bergantung pada BAGAIMANA kita URUSKAN cinta. Tolong, tolong jangan sempit sangat pemikiran. Jangan ingat, cinta ni setakat cinta awek, crush, bf/gf bagai. Janganla sempit sangat pemikiran tu wahai kawan. Cuba fikir jauh sikit. Cuba…

Cinta ada banyak.

Cinta Allah. Sejauh mana kau cinta Allah? Atau kau sembang kencang, just kat mulut kata cinta Allah, tapi langsung takde bukti? Kalau betul cinta Allah, patutnya, kau selalu fikir pasal Allah, rindu Allah, menangis teringat Allah, tak berani nak buat Allah marah dan tersinggung, kau akan berusaha untuk cinta kau di balas, kau akan tungkus lumus buat Allah senyum gembira, kau takkan berani buat  maksiat, kau akan rasa marah bila kau nampak ada orang yang buat Allah marah, lalu kau tegur orang tu. Kau selalu berkhalwat dan berdua-duaan dengan Allah di tikar sejadah, tika sujud. Kau akan selalu sembang dengan Allah, mengadu pada Allah dalam doa kau. Kau tersenyum sorang-sorang bila fikir nikmat dan syurga Allah. Kau menangis sorang-sorang bila fikir azab dan kemurkaan Allah.

Itu kalau kau betul cinta Allah!

Cinta rasul. Sejauh mana kau cinta rasul? Kalau betul kau cinta rasul, patutnya kau akan ikut sunnah dan ajaran baginda. Kau tak sanggup buat nabi kecewa, kau takkan sanggup berfashion pelik-pelik, kau akan rasa ghairah untuk berpakaian mengikut sunnah, tutup aurat sempurna. Kau akan selawat padanya, kau akan menangis rindu baginda. Dan, yang paling penting, kau sambung usaha dakwah baginda!!

Itu kalau kau betul cinta rasul!

Banyak lagi. Cinta ilmu, cinta mak ayah, cinta adik beradik, cinta suami isteri, dan banyak lagi cinta-cinta yang baik, cinta-cinta yang Allah redha.

Tapi, kenapa hari ni, ramai di kalangan kita yang menggunakan fitrah cinta tu ke arah yang Allah murka?!

Cinta sebelum nikah? Menangis fikir awek, menangis fikir pakwe, teringat crush, belajarpun sebab awek, habis masa berjam-jam fikir pasal awek/pakwe, duit banyak habis sebab awek/pakwe, kredit habis sebab chatting, call, belanja topup awek kononnya caring, belanja makan, pastu duit habis, minta mak ayah. Apa masalah sebenarnya?!

Pastu, gunakan alasan tunang untuk terus couple, cintan cintun, mesej bagai, pastu ada yang zina time tunang, apa semua ni? Pastu, tengok drama korea jepun pasal cinta, pastu lagi pelik dan gerun, jatuh hati pulak kat pelakon dan penyanyi, minat dan obsess Justin bieber, one direction, lee min ho, dan lain-lain. Pelik gila!!

Pastu guna alasan “cinta tu fitrah” untuk membenarkan kesalahan. Apa semua ni?

Makan pun fitrah. Tapi bila makan babi, jadi haram wahai kawan. Minum pun fitrah, tapi bila minum arak, jadi haram wahai kawan! Cinta tu fitrah, tapi bila cinta sebelum nikah, dan kau sibuk habiskan masa dengan cinta tu, jadi haram wahai kawan!

“Apa salahnya makan babi. Makan tu fitrah! Apa salahnya minum arak? Minum tu fitrah!!”

Apa ke gerun alasan macam ni?

Kau telah salah guna nikmat cinta yang Allah bagi, untuk benda yang kau tak patut cinta! Dan akhirnya, kau hancur! Kau sanggup lambatkan solat, sebab tengok drama, kau sanggup buat dosa ikhtilat, semata-mata nak chat dengan awek/pakwe. Semua ni syirik! Syirik! Kau takut untuk tinggalkan couple kau, kau takut untuk unfriend awek kau, kau takut untuk tak balas mesej pakwe kau, hanya semata-mata sebab takut diorang kata kau ni sombong, poyo, ekstrimis, bajet jual mahal dan lain-lain, sedangkan, kau lupa pandangan Allah!!

“Antara tanda cinta yang syirik dan kufur ialah dia mengutamakan keredhaan orang yang di cintainya melebihi keredhaan Allah. Untuk mendapat cinta tersebut, dia sanggup mengorbankan benda yang berharga, sedangkan untuk Allah, dia hanya berkorban ala kadar….”

 (Ibn Qayyim)

Kau rasa, adakah cinta yang sebegini Allah redha? Apa nama yang kau letak, cinta islamik lah, apa-apalah.

“Aku tak couple, aku just bercinta!”

Apa-apa alasan yang kau bagi, semuanya tak menghalalkan cara. Ingat, couple ni pegang-pegang tangan baru salah? Mesej-mesej tu pun dah salah!

KESIMPULAN

Cinta ni nikmat. Tanpa cinta, kita takkan mampu berkorban diri masa harta dan tenaga untuk Allah. Tapi, bila Allah bagi sifat cinta, dan kita gunakan ia untuk cinta Allah, maka kita akan sanggup korban segala-galanya untuk dapat Allah!

Janganlah salah gunakan nikmat Allah ni dengan cinta yang tak sepatutnya..

Saya yakin, ramai yang terseksa. Cukup menyeksakan…

Ramai yang nak sedar, dan ada di kalangan korang yang betul-betul ingin berubah dan BEBAS dari penjara cinta ini, lantas bertanya:

“Bagaimana saya ingin melupai orang yang saya cintai? Saya asyik teringatkan dia, dan saya rasa amat susah untuk lupakannya!”

Maka, ingatlah pesanan ini:

“Seperti mana kita selalu lupakan Allah, abaikan Allah, langsung tak hiraukan Allah, langsung tak berkorban untuk Allah, dan sentiasa buat Allah marah, sehingga kita LUPA dan LANGSUNG tak cintakan Allah, seperti itulah kita perlu buat kepada orang yang kita cintai….

Kalau kita mampu lupakan Allah selama ni, takkan kita tak mampu lupakan orang yang kita cintai?”

Menangislah dan berubahlah. Rupa-rupanya, cinta kita kepada Allah selama ini adalah PALSU, penipu, dan hipokrit. Pun begitu, adakah kita sedar bahawa Allah masih lagi mencurahkan kasih sayangnya pada kita walaupun Allah tahu bahawa cinta kita padaNya adalah palsu?

Kerana itu, taubatlah. Kembalilah pada Allah. Menangislah padanya. Dan, berubahlah!

Wallahua’lam.

-Adnin Roslan-

https://www.tarbiahsentap.com/2014/09/adakah-cinta-itu-fitrah.html

Islam Liberal itu sesat ?

Islam Liberal itu sesat ?

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, nabi Muhammad saw, para sahabat, ahli keluarga baginda, seterusnya para pengikut baginda hingga ke hari ini. Syukur, sangat syukur kerana Allah beri kita nikmat iman dan islam. Nikmat mana lagi yang lebih indah dari ini? Bayangkan, tanpa iman dan islam, hidup kita seperti haiwan, bahkan lebih teruk, bukan sekadar itu, hidup kita akan di akhiri dengan neraka yang tiada penghujung. Selama-lamanya!

Kerana itu, syukurlah, syukurlah pada Allah atas nikmat islam!

Adakah kita bersyukur akan nikmat islam? Adakah kita bersyukur? Atau kesyukuran yang kita ucapkan melalui bibir kita adalah kesyukuran yang palsu?

Berapa ramai dari kalangan kita yang secara tidak sedar, telah mengkufuri nikmat islam yang Allah dah beri pada kita. Ingat nikmat islam ni kecil ke sehingga kita langsung tak hargai? Berjuta-juta manusia di muka bumi ini, tidak semena-mena Allah pilih KITA untuk merasai nikmat islam, dalam keadaan kita tak pernah minta! Kenapa susah sangat nak menghargai nikmat ini?!

Seperti yang saya sebutkan tadi, berapa ramai dari kalangan kita yang secara tidak sedar, telah mengkufuri nikmat islam yang Allah telah beri pada kita. Saya tekankan ayat ini:

“Secara tidak sedar….”

Tidak sedar itu apa? Tidak sedar bermakna, kita merasakan seolah-olah kita ini bersyukur akan nikmat islam ini, tapi pada hakikatnya, perkara yang berlaku adalah sebaliknya! Saya nak kemukakan satu kata-kata:

“Hari ini, ramai orang islam yang menyeleweng dari islam, tanpa mereka sedari….”

Apakah islam yang kita imani hari ini sama seperti yang arrasul dan para sahabat imani? Adakah islam yang kita fahami hari ini betul-betul tepat dengan apa yang arrasul dan para sahabat faham? Atau hari ini kita telah banyak SALAH FAHAM, dan menyeleweng tanpa sedar? Mari kita teliti, lantas, muhasabah diri.

ISLAM ITU LENGKAP, SEMPURNA DAN MENYELURUH

Hari ini, ramai orang islam telah salah faham terhadap islam itu sendiri. Apatah lagi orang kafir. Mereka menganggap islam ini hanya terbatas pada ibadah sahaja. Bermakna, apabila kita laksanakan rukun islam yang 5, serta rukun iman yang 6, keislamannya sudah cukup. Pun begitu, terus-terang saya nyatakan, sangat ramai di kalangan kita yang masih kabur maksud sebenar rukun islam dan rukun iman, dan bagaimana nak aplikasikannya di dalam kehidupan.

Sedangkan, islam bukan sekadar itu. Islam lebih luas dari itu. Islam adalah satu CARA HIDUP. Bermakna, apabila kita menyebut tentang cara hidup, ia meliputi segala-galanya dalam kehidupan.

“Islam adalah satu sistem yang MENYELURUH, meliputi segenap aspek kehidupan. Islam adalah Negara dan tanah air, kerajaan dan bangsa, akhlak dan kekuatan, rahmat dan keadilan, pengetahuan dan undang-undang, ilmu dan kehakiman, material dan perbendaharaan, pendapatan dan kekayaan, jihad dan dakwah, tentera dan fikrah, juga akidah yang sejahtera, serta ibadah yang sahih….”

Begitulah islam, yang di takrifkan oleh hasan albanna, di kala umat islam hanya menganggap islam itu hanya pada ritual-ritual ibadah, tetapi dari sudut akhlak, ekonomi dan politik, tersasar jauh dari islam.

Atau ringkasnya, islam adalah satu sistem yang SYUMUL(menyeluruh) dan tak perlu bergantung pada sistem dan ideologi lain, kerana islam sudah cukup lengkap dan menyeluruh. Atas faktor tidak JELAS akan hakikat inilah, maka telah wujudnya kesesatan demi kesesatan, penyelewengan demi penyelewengan, yang di lakukan atas nama islam kononya, tetapi hakikatnya, ianya adalah BATIL dan menyeleweng dari islam yang sebenar.

ISLAM, JAHILIYAH DAN ISU AQIDAH

Sebelum saya hurai dengan lebih lanjut akan noktah ini, suka untuk saya nyatakan bahawa:

“Selain dari islam, semuanya adalah jahiliyah. Apapun namanya, ia tetap jahiliyah, dan ianya menyeleweng…”

Hari ini, akibat kita tidak faham tentang hakikat kesyumulan islam, maka wujudnya beberapa golongan umat islam yang mencampur-adukkan islam dan jahiliyah, samada dalam bentuk cara hidup, pemikiran politik dan ekonomi, serta iktikad dan kepercayaan mereka.

Mereka mengambil ideologi-ideologi yang di kemukakan oleh barat serta mengagungkannya, bahkan mereka rasa, mereka berada di pihak yang benar dan tidak menyeleweng. Maka, wujudlah orang islam yang berfahaman liberalisme, sekularisme, humanisme, kapatalisme, hedonisme, sosialisme, komunisme, pluralisme, nasionalisme dan lain-lain.

Hakikatnya, liberal ini bukan sekadar satu pemikiran biasa-biasa. Tetapi ia adalah sesuatu ideologi, sistem hidup yang bertentangan dengan cara hidup islam. Seperti mana islam itu ada caranya untuk menyelesaikan isu politik, liberal juga ada caranya untuk menyelesaikan isu politik. Seperti mana islam ada hukum hakam dan kaedah bagi menangani isu ekonomi, begitu juga liberal. Bermakna, apabila kita mengambil islam separuh, pada masa yang sama, di satu sudut yang lain pula kita mengambil liberal sebagai neraca, maka di situlah bermulanya PENYELEWENGAN agama.

Mana mungkin islam yang syumul ini memerlukan ideologi yang lain? Mana mungkin! Mengapakah ada di kalangan kita yang mengambil islam separuh, dan separuhnya lagi, kita mengambil ideologi liberal, sosialis dan lain-lain? Pernahkan kita baca:

ويقولون نؤمن ببعض ونكفر ببعض ويريدون أن يتخذوا بين ذلك سبيلا

“Dan mereka berkata, kami beriman dengan sebahagian dan menolak dengan sebahagian yang lain. Serta mereka bermaksud untuk mengambil jalan tengah…”

Tahukah kalian, bila kita mengambil islam separuh, dan separuh yang lain kita beriman dengan ideologi dan cara fikir liberal, sosialis, plural dan apa sahaja namanya selain islam, kita ini apa? Apakah gelaran yang telah Allah berikan kepada mereka-mereka yang sebegini?!

أولئك هم الكافرون حقا وأعتدنا للكافرين عذابا مهينا

“Mereka itulah orang kafir yang sebenar-benarnya! Dan kami sediakan orang-orang kafir azab yang pedih…”

Bermakna, Allah telah menggelarkan orang-orang sebegini sebagai kafir! Bukankah ia sesuatu yang berat? Bermakna, mereka-mereka yang berfahaman liberalisme, sekularisme, humanisme, kapatalisme, hedonisme, sosialisme, komunisme, pluralisme, nasionalisme dan apa sahaja fahaman yang namanya lain selain islam, ia bukan isu kecil. Bahkan ianya isu AQIDAH!

Saya tegaskan:

“Liberalisme adalah isu aqidah. Sosialisme adalah isu aqidah. Sekularisme adalah isu aqidah. Humanisme adalah isu aqidah. Hedonisme adalah isu aqidah. Kapatalisme adalah isu aqidah. Pluralisme adalah isu aqidah, nasionalisme adalah isu aqidah, komunisme adalah isu aqidah. Dan, isu aqidah adalah isu yang sangat BERAT di sisi islam!!!”

Suka saya nukilkan kata-kata Syed Qutb di dalam tafsirnya “Fi Zilalil Quran”, dalam menafsirkan ayat ke 9 di dalam surah Alqalam, beliau menyebut:

فصاحب العقيدة لا يتخلى عن شيء منها, لأن الصغير منها كالكبير, بل ليس في العقيدة صغير وكبير إنها حقيقة واحدة متكاملة الأجزاء۔ لا يطيع فيها صاحبها أحدا, ولا يتخلى عن شيء منها أبدا

“Pemilik aqidah itu tidak akan berganjak dengan aqidahnya sedikitpun, kerana persoalan yang kecil dan besar dalam aqidah itu sama sahaja. Bahkan, di dalam aqidah, tiada urusan besar atau kecil. Aqidah adalah sebuah HAKIKAT yang mana bahagian-bahagiannya SALING MELENGKAPI, dan pemilik aqidah ini tidak boleh mematuhi sesuatu yang lain, dengan meninggalkan bahagian-bahagian tertentu dari aqidahnya….”

SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

Ada di kalangan orang islam hari ini yang mengatakan:

“Apa salahnya kita campur-adukkan antara islam dan juga liberal? Kerana liberal adalah sebahagian daripada islam!!”

Suka saya untuk menempelak golongan sebegini. Mereka mungkin tidak memahami islam, atau mungkin mereka tidak memahami liberal, juga mungkin mereka tak memahami apa itu islam dan apa itu liberal. Hakikatnya, seperti mana islam itu satu “pakej” dan mempunyai sistemnya yang tersendiri, begitu juga liberal adalah satu “pakej” dan mempunyai sistemnya yang tersendiri.

Bukankah islam itu sudah cukup lengkap, sempurna dan menyeluruh? Mengapa perlu kita mengimport ideologi barat? Mari, saya tunjukkan beberapa salah faham orang terhadap isu ini dalam bentuk gambar rajah.

Rajah 1: Liberal sebahagian dari islam. SALAH!

Rajah 2: Sebahagian dari liberal adalah sebahagian dari islam. SALAH!

Rajah 3: Islam itu islam. Liberal itu liberal. BETUL!

Melalui tiga rajah yang saya kemukakan di atas, jelaslah kita, bahawa islam dan ideologi selain islam mustahil akan bertemu. Sebagai pengakhiran kepada penulisan saya pada kali ini, suka untuk saya nyatakan kata-kata dan pandangan tokoh-tokoh islam berkaitan perkara ini, agar kita semua yakin dengan islam yang syumul, seterusnya membersihkan segala salah faham yang berlaku selama ini.

“وما كان يمكن أن يتلقي الإسلام والجاهلية في منتصف الطريق, ولا في أي طريق۔ وذلك حال الإسلام مع الجاهلية في كل مكان وزمان۔ جاهلية الأمس, وجاهلية اليوم, وجالية الغد كلها سواء! إن الهوة بينها وبين الإسلام لا تعبر, ولا تقام عليها قنطرة, ولا تقبل قسمة ولا صلة۔۔۔”

“Sungguh tidak mungkin bertemunya islam dan jahiliyah di pertengahan jalan, bahkan tidak mungkin bertemu langsung pada mana-mana jalan. Itulah sikap islam terhadap Jahiliah di setiap waktu dan tempat, samada Jahiliah dahulu mahupun Jahiliah esok hari, semuanya SAMA di sisi islam! Sesungguhnya, jurang pemisah antara islam dan jahiliyah tidak mampu di katakan, tidak mungkin di pasang JAMBATAN di antara keduanya, dan ianya tak mungkin bersambung….”

(Syed Qutb)

Juga saya tutup tajuk perbincangan kali ini dengan kata-kata Ahmad Arrasyid dalam kitabnya “Almuntolaq” dalam membincangkan isu ini. Beliau berkata dengan tegas:

“Kebanyakan kerajaan dan negeri umat islam, dan kebanyakan PARTI POLITIK atau NGO pada hari ini tidaklah terang-terangan menolak tuhan. Tetapi mereka-mereka ini menyeru manusia kepada manhaj(cara hidup) dan sistem-sistem yang bertentangan dengan sebahagian hukum islam. Mereka kadangkala menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal sedangkan mereka tahu bahawa perkara itu bertentangan dengan syariat islam. Ulama’ dan pemimpin-pemimpin islam telah menerangkan kepada mereka betapa SALAHNYA perbuatan mereka, namun mereka masih tetap BERDEGIL dan terus-menerus mengajak orang kepada Jahiliah dan nafsu. Tidak syak lagi, itu adalah KUFUR!”

Wallahua’lam.

-Adnin Roslan-

https://www.tarbiahsentap.com/2014/09/islam-liberal-itu-sesat.html

5 Cara nak kuat untuk berubah?

5 cara nak kuat untuk berubah?

Sejujurnya, nak berubah ni, semua orang mampu. Semua mampu berubah. Serius. Yang jadi masalah ialah, kita ni NAK berubah, atau kita ni NAK TAK NAK. Kalau kita NAK, Allah akan bukak jalan seluas-luasnya, Allah akan beri kemudahan dan kekuatan yang luar biasa pada kita. Tapi, kalau NAK TAK NAK, kita akan jadi kreatif untuk mencipta atau mencari pelbagai alasan untuk berubah.

“Susahla nak berubah…..”

“Saya dah cuba, TAPI……”

“Kau bolehla berubah. Aku, ada masalah family, family aku tak kuat agama macam kau….”

“Kau okayla boleh jadi baik. Kau sekolah agama. Aku? Sekolah aku teruk gila…..”

Macam-macam alasan yang kita boleh bagi sebenarnya. Saya tak kata alasan sesetengah dari kita bagi ni SALAH. Mungkin dari satu sudut, benda tu betul. Tapi, sampai bila kita nak beralasan? Sampai bila kita nak terus-menerus bagi pelbagai alasan? Sampai bila kita nak merungut?

Tu persoalannya.

Namun, takde siapa nafikan, berubah ni memang susah. Sangat susah. Sebab tulah syurga Allah tu untuk orang yang berubah. Syurga hanya untuk orang yang bersusah-payah kat dunia. Mustahil, orang masuk syurga dalam keadaan kat dunia dulu dia enjoy, tak bersusah-payah untuk agama, dan lain-lain. Mustahil. Saya rasa semua maklum.

Sebab tulah, dalam nak buat apa-apa perkara, kita kena ada KEKUATAN. Termasuklah dalam nak berubah. Nak berubah ni, kita kena ada ‘something’ yang menjadi KEKUATAN DALAMAN untuk kita tetap teguh, istiqomah dan berterusan melakukan perubahan. Tanpa kekuatan ni, kita takkan mampu untuk kekal lama dalam perubahan.

So, insyallah, saya akan bagi cara-cara untuk nak berubah, dan dapatkan kekuatan untuk berubah. Supaya, kita ni, tak lagi jadi orang yang asyik beri alasan.

Moga kita dapat amal!

****

1) MELAZIMI TAUBAT.

Bila nak berubah, kita kena lah mengaku salah, mintak maaf dengan kesalahan, dan USAHA untuk tak buat lagi. Mana ada orang yang buat salah, dia nak dapat redha kepada orang yang dia buat salah tanpa mintak maaf. Kita ni dah lama sangat kurang-ajar dengan Allah, buat Allah marah, gunakan segala nikmat yang Allah bagi untuk maksiat.

Sebab tu kena TAUBAT!

Tapi, masalah yang biasa terjadi(juga terjadi berkali-kali pada diri saya), kita dah taubat, tapi sampai satu tempoh, kita ULANG balik dosa yang kita dah taubat. So, nak buat macamana? Sebab tu saya cakap, kita bukan sekadar kena taubat, tapi, MELAZIMI taubat.

Saya ulang:

“Kita bukan sekadar kena taubat, tapi, MELAZIMI taubat…”

Bila buat salah, taubat. Kalau kita buat salah balik, taubat balik. Kalau buat lagi salah, taubat lagi. Sampai bila? Sampai mati! Jangan tangguh taubat. Kalau boleh, bila buat salah, terus taubat, mintak ampun sungguh-sungguh kat Allah.

Kalau kuali yang kita guna untuk masak, awal-awal kita masak, akan ada hitam kat bawah kuali tu. Kalau kita terus basuh, insyallah hilang. Tapi, kalau kita lambat basuh, lama-lama, hitam tu akan MELEKAT kat kuali tu, dan sangat susah untuk hilangkan!

Sekarang ni, kita rasa SUSAH untuk berubah dan tinggalkan maksiat, adalah kerana kita tak MELAZIMI TAUBAT. Kita tak habis-habis tangguh taubat. Sampai maksiat tu MELEKAT, dan sangat susah nak hilang.

“Jika kamu bertaubat sehingga taubat itu gugur dan kamu kembali melakukan dosa, maka, bersegeralah bertaubat kembali! Katakanlah pada dirimu:”Moga-moga aku mati sebelum sempat mengulangi dosa kali ini….”

(Imam Ghazali)

”Orang yang terbaik ialah orang yang banyak di uji dengan dosa dan banyak bertaubat!”

(Ali b Abi Talib)

“Kamu perlu bertaubat dari dua dosa. Satu, dosa kamu yang lalu. Kedua, kamu perlu taubat kerana kamu menangguhkan taubat kamu…”

(Ibn Qayyim)

Amacam? Bolehkan?

2) JAGA SOLAT 5 WAKTU

Dosa tinggalkan solat lagi besar dari dosa berzina, membunuh, minum arak dan sebagainya. Jangan ingat isu solat ni main-main. Pergi wayang jauh-jauh dengan member, keluar malam dengan bf/gf, pergi kelas, kerja semua boleh. Solat, sekejap je pun.

Serius, kalau orang tanya saya:

“Saya nak berubah jadi baik. Saya dah taubat. So sekarang, saya nak mula dari mana?”

Saya akan jawab:

“Kamu mulakan dengan menjaga solat 5 waktu!!”

Baca dan dengarlah kisah-kisah orang yang berubah. Allayarhamah Sharifah Aini, Neolofa dan lain-lain, bila mereka cerita, macamana mereka dapat kekuatan untuk berubah, mereka jawab:

“Jaga solat!!”

Serius. Solat ni tiang agama. Bila solat kita ‘runtuhkan’, mustahil kita dapat berubah. Mustahil. Yelah, tiang takde, macamana nak kukuh bangunan?? Solat tak buat, macamana kita nak buat amal yang lain? Hatta, kalau tak solat, Allah tak terima amal kita yang lain.

Saya dah tulis isu solat ni panjang lebar di SINI.

Baca jangan tak baca!

3) TINGGALKAN KAWAN JAHAT, DAN KAWAN DENGAN ORANG BAIK.

Orang yang nak berubah dan bertaubat, dia kena jauhkan diri dari kawan-kawan yang jahat, yang boleh menggoda/mengajaknya untuk melakukan maksiat, serta menarik kakinya kea rah maksiat sehingga dia terjatuh dan terjerumus ke dalam lembah dosa dan maksiat.

Benda ni bukan benda main-main. Benda ni benda serius!!

Kita kena ganti dan tukar kawan yang jahat dengan kawan yang baik. Kita kena berkawan, bergaul dan rapat dengan orang yang baik-baik! Kita tengok muka kawan kita, kita teringat Allah. Kata-kata mereka sentiasa memandu kita kea rah kebaikan.

Kata seorang penyair:

“Elakkan dari bersahabatkan si hina. Kelak, ia pasti berjangkit umpama kudis yang menjangkiti orang sihat..”

Sahabat ni terbahagi kepada dua.

a)Ada yang mengheret kita ke syurga.

b)Ada juga yang mengheret kita ke neraka!

Allah sendiri dah bagi amaran supaya jangan kawan dengan orang-orang yang jahat! Sometimes, kita sendiri tak sedar yang kita ni MANGSA, dan kat akhirat baru kita sedar. Allah berfirman:

“Dan ingatlah, hari di mana orang zalim menggigit kedua tangannya seraya berkata; “ Alangkah baiknta sekiranya duu aku mengambil jalan bersama-sama rasul. Kecelakaan yang besarlah ke atasku, sekiranya aku dahulu TIDAK MENJADIKAN si fulan itu sebagai TEMAN AKRABKU. Sesungguhnya, dia telah menyesatkanku dari Alquran!!”

(Alfurqan ayat 27-29)

Sebab tulah, ulama’-ulama’ amat menekankan kita untuk TUKAR KAWAN. Mereka berkata:

“Taubat itu adalah penyesalan. Penyesalan itu ialah penyesalan dengan hati, keazaman untuk meninggalkan perkara maksiat, beristighfar dengan lidah, meninggalkan dengan jasad dan MENJAUHKAN DIRI dari TEMAN YANG JAHAT…”

Inilah FORMULA untuk nak jadi baik. Bak kata Imam Alqushairi:

“Orang yang mahu bertaubat, mesti MULAKAN dengan menjauhkan diri dari kawan-kawan yang jahat, kerana merekalah yang akan mendorong kita agar membatalkan niar dan keinginan untuk bertaubat, serta meragu-ragukan kita tentang azam kita untuk berubah…”

So, saya saran, ikutlah USRAH. Kat sekolah, kat universiti. Nak ikut ISMA ke, IKRAM ke, HALUAN ke, TABLIGH ke, PAS ke, Hizbut Tahrir ke, PEMBINA ke, apa-apalah NGO/JEMAAH dakwah dan tarbiah. Baru kau akan jadi kuat! Baca tulisan saya tentang “Nak pilih jemaah ap?” di SINI.

Bila kau nak jadi baik, kau kena duduk bersama-sama orang yang sama-sama dengan kau nak jadi baik!

Lagi satu, jangan duduk sorang-sorang. Bahaya beb. Banyakkan bersama orang, pergi tolong mak ayah ke, duduk dengan adik beradik ke, atau pergi program tarbiah ke, duduk surau ke, riadhah ke. Jangan duduk sorang-sorang. Perangkap setan tuuu.

4) DENDA DAN HUKUM DIRI SENDIRI.

Bila kita buat satu kejahatan, kita kena BALAS dengan denda diri kita untuk buat kebaikan. Hatta, itulah yang nabi suruh! Nabi suruh kita susuli kejahatan dengan kebaikan. Kerana, kebaikan yang kita buat tu akan menghapuskan dosa kita.

Contoh, kalau kita ada mengumpat kawan kita. So, kita menyesal. Maka, kita kena balas dengan kebaikan, iaitu, kita CERITAKAN kebaikan kawan kita tu kepada ramai orang.

 Kalau kita ada ejek kawan kita, maka kita balas dengan memuji dan menghormatinya.

Kalau kita asyik baca novel-novel cinta atau cerita lucah, maka, balaslah dengan baca Alquran, baca hadis, baca sirah nabi dan lain-lain.

Kalau kita derhaka dan kurang ajar dengan mak ayah, maka, balaslah dengan buat baik pada mak ayah kita dengan bersungguh-sungguh.

Ini namanya “memanipulasikan syaitan”. Boleh baca tulisan saya berkenaan betapa BERHASILNYA cara ini di SINI.

5) BACA QURAN, DOA DAN ZIKIR.

Biasanya, kita akan rasa nak buat maksiat ni bila hati kita KOSONG, tengah boring, rasa tak tenang dan sebagainya. Di sebabkan tu, ada orang yang entah apa pasal, dia pergi buat maksiat untuk menenangkan hati dia. Apa daaa…

Ada ke patut, time stress, pergi tenangkan diri dengan lagu Justin bieber, one direction, kpop dan lain-lain? Bila bosan, pergi tengok movie…Jangan syeikh, jangan!

“Maksiat takkan membuatkan kau hilang dahaga. Maksiat akan membuatkan kau bertambah HAUS! Kepuasan, hanya apabila kau dapat puaskan Allah dengan amal!”

Sebab tu, ada hadis bagitahu, SEKURANG-KURANGNYA, kit abaca sehari 10 ayat quran. Kalau tak, kita akan di kategorikan sebagai orang yang LALAI! Isilah hati tu. Isilah dengan quran dan zikir.

Kalau kau tak hafal zikir-zikir yang complicated, simple-simple je.  Setiap hari:

Istighfar 100 kali.

Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillah Allahu akbar 100 kali.

Allahumma solli ala Muhammad 100 kali.

Tak sampai 10 minit pun beb. Buat beb. Kau akan rasa puas beb. Serius. Takde maknanya nak tipu. So, bila hati kita dah DI ISI, bila hati kita TAK KOSONG, barulah kita ada kekuatan untuk tepis godaan!

Sungguh!

And, doalah hari-hari, sungguh-sungguh. Berapa kali kau doa untuk Allah bagi kau hidayah? Berapa banyak kali kau doa untuk Allah bagi kau kekuatan untuk berubah? Berapa kali kau doa supaya Allah beri kau kemanisan iman, kemanisan dan keghairahan dalam beribadah, doa agar di beri kekuatan dan perasaan benci dan geli serta tak selera dengan maksiat? Berapa kali?

Tulah, tak habis-habis time doa, asyik doa pasal jodoh bagai. Mana hati tak rosak? Sikit-sikit doa:

“Ya Allah, bagilah Farah suka aku..Satukanlah hati aku dengan dia..Andai jodoh bla bla bla…”

Apa daaa….Jangan macam tu beb. Time doa, ingatlah Allah. Bukan ingat crush kau.

***

So, inilah 5 tips macamana nak KUAT dan istiqomah dalam perubahan. Cubalah. Macam saya hurai kat atas tadi, sampai bila nak bagi alasan beb? Hendak 1000 daya, tak nak 1000 dalih. Nak skor exam, tapi tak belajar, ‘harapan’ la nak berjaya…

“Sesungguhnya, Allah takkan UBAH sesuatu kaum, andai dia tak UBAH apa yang ada padi DIRI MEREKA sendiri!”

(Arra’du ayat 13)

Sampai bila nak beralasan dan merungut beb?

Wallahua’lam.

-Adnin Roslan-

https://www.tarbiahsentap.com/2014/09/5-cara-nak-kuat-untuk-berubah.html

Amerika Bimbang Jika Rusia Tinggalkan Angkasawannya Di ISS. — AMALmedia

Ancaman daripada Rusia benar-benar memberikan kesan mendalam kepada Amerika Syarikat apabila pihak memberi amaran akan meninggalkan angkasawannya di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Ketua Agensi Angkasa Rusia, Dmitry Rogozin, berkata pihaknya mungkin akan meninggalkan Mark Vande Hei yang kini berada di ISS. Difahamkan, menurut perancangan asal, Mark akan kembali ke bumi menaiki kapal angkasa Rusia dalam […]

Amerika Bimbang Jika Rusia Tinggalkan Angkasawannya Di ISS. — AMALmedia

Sumber Kuasa Baru Lebih Bersih Dari Kerak Bumi Ditemui ! — AMALmedia

Sumber tenaga yang kuat amat diperlukan dalam kehidupan untuk penghasilan berbagai sub-sub tenaga. Contohnya tenaga haba, solar, angin, biojisim, kimia, arang batu dan sebagainya. Oleh itu, dalam mendapat tenaga boleh diperbaharui secara pukal, sebuah syarikat mengambil risiko dalam usaha membuat kajian dimana haba dari dalam lapisan bumi boleh dimanfaatkan secara meluas. Syarikat Quaise berhasrat memulakan […]

Sumber Kuasa Baru Lebih Bersih Dari Kerak Bumi Ditemui ! — AMALmedia

Inilah Nabi Yang Masih Hidup Sampai Sekarang — Syahrul Iman

Sodara sieman, beriman kepada para utusan Allah merupakan perkara yang wajib bagi setiap muslim. Para nabi dan rasul adalah orang-orang yang menerima wahyu dari Allah.   Allah Swt memilih ribuan orang untuk diangkat menjadi nabi dan di antara ribuan itu terdapat ratusan yang didaulat menjadi rasul.   Disebutkan dalam sebuah hadits dari Abu Umamah, bahwa […]

Inilah Nabi Yang Masih Hidup Sampai Sekarang — Syahrul Iman

Ilmu ibarat binatang buruan — encrypt

Mukadimah بسم الله الرحمن الرحيم اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى مَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ النُّوْرِ، اْلمُذْهِبِ لِلنِّسْيَانِ بِنُورِهِ وَعَلَى آلِهِ، فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُكَ، آمِينَ صلوات : اْلمُذْهِبِ لِلنِّسْيَانِ بِنُورِهِ Ilmu ibarat binatang buruan, tulisan ibarat tali pengikat. Maka ikatlah binatang buruanmu dengan tali yang kuat. Imam Syafie r.a Petikan kata-kata tersebut memberikan […]

Ilmu ibarat binatang buruan — encrypt