Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Ilmu yang fardhu ‘ain

Kitab Bimbingan Mukminin

KitabKitab Ilmu Pengetahuan Bab: Ilmu yang fardhu ‘ain

Bersabda Rasulullah s.a.w.:

“Menuntut ilmu itu adalah wajib atas setiap Muslim.”

Termasuk ilmu yang dikatakan fardhu ‘ain itu, ialah ilmu pengetahuan yang bakal mengenalkan asas tauhid (MengEsakan Allah) yang dengannya pula dapat diketahui Zat Allah Ta’ala dan sifat-sifatNya.

Termasuk fardhu ‘ain juga ilmu pengetahuan yang dengannya dapat dituntut cara-cara beribadat, dibedakan antara yang halal dan yang haram, dan mana satu yang dilarang oleh agama, dan mana yang pula yang dibolehkan dalam urusan agama, dan mana pula yang dibolehkan dalam urusan hidup sehari-hari.

Termasuk juga ilmu yang fardhu ‘ ain ialah ilmu yang mengenalkan hal-ehwal hati, mengenai sifat-sifatnya yang terpuji, seperti bersabar, bersyukur, bermurah hati, berakhlak tinggi, bergaul baik, berkata benar dan iklas. Begitu juga dengan sifat-sifatnya yang terkeji, seperti balas-dendam, dengki, menipu, meninggi diri, riya’, marah berseteru, membenci dan kikir. Maka mengetahui apa-apa yang harus dilakukan dari sifat-sifat yang pertama dan apa-apa…

View original post 21 more words

Keutamaan mengajar

Kitab Bimbingan Mukminin

KitabKitab Ilmu Pengetahuan Bab: Keutamaan mengajar

Ayat-ayat al-Quran mengenai keutamaan mengajar ini, ialah di antaranya firman Allah Ta’ala:

“Hendaklah mereka memberikan peringatan kepada kaumnya, apabila telah kembali kepada mereka nanti, moga-moga mereka berhati-hati.” (at-Taubah: 122)

Maksudnya ialah memperingatkan mereka itu dengan pelajaran dan petunjuk yang diperolehinya.

“Dan di waktu Tuhan mengambil janji orang-orang yang diberikan olehnya kitab; iaitu hendaklah kamu sekalian menerangkan perkara-perkara yang tersebut di dalam kitab itu, dan jangan sampai kamu menyembunyikannya.” (ali-Imran: 187)

Maksudnya ialah mewajibkan orang yang berilmu itu menyebarkan ilmunya dengan mengajar.

“Ada sebahagian dari mereka itu yang menyembunyikan kebenaran, sedangkan mereka itu mengetahui (hukumnya).” (al-Baqarah: 146)

Maksudnya menghukumkan salah atau haram orang yang menyembunyikan ilmu pengetahuanya, sebagaimana dihukumkan haram pula orang yang menyembunyikan penyaksiannya.

Firman Allah Ta’ala:

“Barangsiapa menyembunyikannya (penyaksian), maka berdosalah hatinya.”    (al-Baqarah: 283)

“Siapakah orang yang lebih baik ucapannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan berbuat kebaikan.”  (Fushshilat: 32)

Allah berfirman lagi:

View original post 432 more words

Keutamaan belajar

Kitab Bimbingan Mukminin

KitabKitab Ilmu Pengetahuan Bab: Keutamaan belajar

Adapun ayat-ayat al-Quran yang berhubung dengan keutamaan belajar itu, di antaranya ialah:

“Mengapa  tidak ada sekelompok pun dari setiap golongan mereka itu yang berangkat untuk menambah ilmu pengetahuan agama.”  (at-Taubah: 122)

“Maka tanyakanlah para ahli ilmu pengetahuan, kiranya kamu tiada mengerti.” (an-Nahl: 43)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan, maka Allah s.w.t. akan melorongkan baginya jalan ke syurga.”

“Andaikata anda berangkat untuk mempelajari suatu bab dari ilmu pemgetahuan, adalah lebih utama dari anda bersembahyang seratus rakaat.”

“Menuntut ilmu adalah wajib di atas setiap orang Muslim.”

Abu Darda’ berkata:

“Kiranya saya dapat mempelajari suatu masalah, itu adalah lebih saya cinta daripada saya bangun beribadat sepanjang malam.”

“Orang alim dan orang yang menuntut ilmu itu, adalah dua orang yang berkongsi dalam kebaikan. Sementara orang-orang selain keduanya adalah sesia belaka. Tiada bangun sama sekali.

Iman Syafi’i.r.a. berkata pula:

“Menuntut ilmu itu lebih…

View original post 176 more words

Keutamaan Ilmu Pengetahuan

Kitab Bimbingan Mukminin

KitabKitab Ilmu Pengetahuan Bab: Keutamaan Ilmu Pengetahuan

Di dalam al-Quran al-Karim terdapat banyak sekali ayat-ayat yang menunjukkan kepada keutamaannya ilmu pengetahuan itu. Di antaranya ialah:

“Allah telah menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Dia jua, begitu pula para Malaikat dan para ahli ilmu pengetahuan turut menyaksikan sama, iaitu Tuhan yang berdiri di atas keadilan.”   (ali-Imran: 18)

Perhatikanlah pada ayat yang tersebut di atas itu, bagaimana Allah s.w.t. telah memulakan penyaksian itu dengan diriNya sendiri, keduanya dengan para Malaikat dan sesudah itu dengan para ahli ilmu pengetahuan. Itu saja sudah cukup untuk membuktikan, betapa tingginya keutamaan ilmu pengetahuan dan kelebihannya.

Allah berfirman pula:

“Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman dari golongan kamu, dan begitu pula orang-orang yang dikurniai ilmu pengetahuan beberapa darjat.”  (al-Mujadalah: 11)

“Katakanlah: Tiada serupa orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan orang-orang yang tiada berilmu pengetahuan.”  (az-Zumar: 9)

“Hanyasanya orang yang takut kepada Allah dari golongan hamba-hambaNya itu, ialah orang-orang yang…

View original post 296 more words

Laknat mereka yang meninggalkan nahi mungkar

Kitab Bimbingan Mukminin

Berfirman Allah:

“Allah telah meletakkan laknatNya ke atas orang-orang kafir dari kaum Bani Israel atas lisan (lidah) Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian disebabkan mereka menderhaka dan sering melanggar batas. Mereka itu selalunya tiada larang melarang terhadap kejahatan yang mereka lakukan. Alangkah buruknya perilaku yang mereka lakukan itu.” (al-Maaidah 78-79)

Ayat tersebut merupakan kemuncak ancaman dan kemurkaan dari Allah Ta’ala kerana yang menyebabkan mereka ditimpa laknat itu ialah kerana mereka meninggalkan nahi mungkar; iaitu mencegah orang dari melakukan kejahatan.

Klik di sini untuk rujuk senarai kandungan Kitab Amar Ma’ruf Dan Nahi Mungkar.

View original post

Dosa dan kemusnahan meninggalkan amar ma’ruf nahi mungkar

Kitab Bimbingan Mukminin

Allah berfirman:

“Mengapa mereka tiada dilarang oleh ahli-ahli ilmu ketuhanan dan para pendita dari mengucapkan kata-kata dosa dan memakan makanan yang haram. Sungguh amat buruk segala apa yang mereka kerjakan.” (al-Maaidah: 63)

Ayat tersebut menyatakan betapa berdosanya mereka disebabkan mereka telah mengaibkan perintah melarang membuat kejahatan.

Berfirman Allah:

“Mengapa tidak diperdapat dari angkatan (turunan) yang terdahulu dari kamu orang-orang yang mempunyai kelebihan, yang akan melarang manusia dari mengerjakan keburukan di muka bumi, kecuali sebahagian kecil saja di antara orang-orang yang telah Kami selamatkan.” (Hud: 116)

Ayat ini telah menerangkan kepada kita, bahawa Allah Ta’ala telah memusnahkan semua mereka, kecuali sebahagian kecil saja dari orang-orang yang telah mencegah melakukan keburukan itu.

Allah berfirman lagi:

“Wahai orang-orang yang beriman jadilah orang-orang yang kuat memegang keadilan menjadi saksi bagi Allah sekalipun ke atas diri kamu atau kedua ibu bapa dan kaum kerabat.” (an-Nisa’: 135)

Iaitu amar ma’ruf juga ditujukan kepada ibu bapa dan…

View original post 63 more words

Adab orang yang menjalankan tugas amar ma’ruf nahi mungkar

Kitab Bimbingan Mukminin

Orang-orang yang menjalankan tugas menyuruh berbuat baik dan melarang dari berbuat jahat mempunyai tiga tata-cara atau adab yang mesti tidak boleh tidak, ia bersifat dengannya iaitu:

  1. Berilmu
  2. Wara’
  3. Berbudi pekerti baik

Berilmu maksudnya: Patutlah ia mengetahui letak duduknya perkara-perkara yang hendak disuruh atau dilarang, supaya ia tiada terkeluar dari had dan batasan syariat Islam.

Wara’ maksudnya: Mencegah seseorang dari melakukan kemungkaran itu saja, dan jangan ia sekali-kali melampaui batas yang diizinkan oleh syariat dalam tugas ini, disebabkan oleh tujuan-tujuan yang lain.

Hendaklah kata-katanya itu masuk akal, dapat diterima oleh orang itu. Kalau tidak tentulah ia  akan dijadikan bahan ejekan dalam menjalankan tugas menyuruh atau melarang ini. Kelak orang itu akan menunjukkan sikap berani terhadapnya.

Adapun berbudi pekerti baik pula, seberapa boleh biarlah ia bersikap lemah-lembut dan berbalas kasihan kepada sesiapa pun, sebab ia merupakan pokok bab ini dan tujuan asalnya.

Berilmu dan berwara’ saja tidak mencukupi, kerana bila kemarahan menguasai…

View original post 169 more words

Kemungkaran menjamu tetamu

Kitab Bimbingan Mukminin

Di antara kemungkaran-kemungkaran yang terdapat ketika menjamu tetamu, ialah menghamparkan tempat duduk yang terbuat dari sutera bagi kaum lelaki, membakar wangi-wangian di tempat bara yang terbuat dari emas atau perak, atau minum dengan bekas-bekas yang terbuat dari perak.

Demikian juga mendengar nyanyian dari wanita-wanita yang diundang khusus untuk menghiburkan. Kemudian memakan pula makanan-makanan yang haram di tempat-tempat yang dirampas, ataupun di tempat itu ada pula hidangan minuman keras (khamar).

Bagi orang yang benar-benar beriman, janganlah hendaknya ia sampai hadir di dalam majlis-majlis yang ada kemungkaran-kemungkaran seperti yang disebutkan di atas, meskipun tujuannya semata-mata untuk menghibur diri dengan cerita-cerita yang mengelak-ketawakan, ataupun jenaka-jenaka yang menggelikan hati yang terdapat di dalam, majlis-majlis serupa itu.

Adapun jika yang menggelikan hati itu, ialah cerita-cerita lawak yang lucah, ataupun yang sengaja diada-adakan secara dusta dan bohong, maka menghadirkan diri dalam majlis-majlis serupa itu dihukumkan haram, dan wajib pula diingkari terhadap majlis-majlis yang demikian itu.

Andaikata…

View original post 92 more words

Kemungkaran dalam harta yang dimiliki

Kitab Bimbingan Mukminin

Dalam harta yang dimiliki pula ada dua kemungkaran iaitu:

  1. Mensia-siakan harta
  2. Terlalu boros dalam membelanjakan harta

Mensia-siakan harta, bererti membelanjakan harta itu tanpa mendapat apa-apa faedah daripadanya, seperti membakar pakaian dan mengoyak-ngoyaknya, atau apa saja yang boleh dikategorikan dalam pengertian mengeluarkan harta ke jalan kemusnahan dan kemungkaran.

Dan terkira kemungkaran juga, bila dibelanjakan harta dalam perkara-perkara yang harus, tetapi amat melampaui batas dan amat keterlaluan. Manakala maksud dari pengertian keterlaluan itu pula berbeda-beda menurut perbedaan keadaan-keadaannya.

Cuba lihat pula firman-firman Allah berikut:

“Janganlah membukakan tanganmu itu seluas-luasnya (terlalu murah hati), maka nanti kamu jadi tercela dan sengsara.” (al-Isra’: 29)

“Janganlah kamu terlalu boros (dalam membelanjakan hartamu), sesungguhnya orang-orang yang boros itu menjadi kawan-kawan syaitan, sedangkan syaitan kufur (ingkar) kepada Tuhan.” (al-Isra’: 26-27)

“Dan orang-orang yang bila membelanjakan hartanya tiadalah terlalu boros dan tiada pula terlalu kikir, bahkan mereka berlaku sederhana dalam kedua hal itu.” (al-Furqan: 67)

Apabila seseorang hanya memiliki…

View original post 152 more words

Kemungkaran-kemungkaran umum

Kitab Bimbingan Mukminin

Ketahuilah bahawa setiap orang yang menganggur duduk dalam rumah saja, tidak sepi dari kemungkaran dalam zaman ini, disebabkan keengganannya untuk mengambil bahagian dalam membimbing orang ramai, mengajar serta mengajak mereka kepada jalan kebaikan.

Dalam zaman ini, kebanyakan orang masih jahil tentang selok-belok syariat Islam di merata negara, terutama sekali di kampung-kampung dan di desa-desa pendalaman. Jadi pada tiap-tiap masjid atau tempat di ceruk-rantau negara, wajiblah ada seorang faqih (ahli agama) yang boleh mengajar orang ramai tentang urusan agamanya, terutama sekali di kampung-kampung.

Demikian juga bagi setiap ahli agama itu, setelah selesai segala kewajiban Fardhu ‘Ainnya dan bila memulakan Fardhu Kifayahnya, hendaklah ia pergi ke daerah-daerah yang berdekatan dengan tempat tinggalnya untuk menyebarkan ilmu pengetahuan agama yang diketahuinya dan menyampaikan pelajaran agama Islam kepada penduduk-penduduknya.

Dalam tugas kewajiban ini, sekiranya seorang telah memikul tanggungjawabnya, maka gugurlah dosanya dari orang lain, kerana tugas mengajar perkara-perkara yang wajib dalam syariat itu adalah Fardhu…

View original post 150 more words