Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

KEMATIAN DAN HATI YANG TIDAK JUJUR

KEMATIAN DAN HATI YANG TIDAK JUJUR

Tanyakan pada diri kita, bentuk kematian yang bagaimanakah sanggup kita rasai?

Takala membaca berita dan khabar tentang kematian orang lain, secara spontan kita juga akan turut merasa takut dan bimbang tentang keselamatan diri sendiri.

Membaca berita orang mati lemas, kita pun terbayang bagaimanalah rasanya mati kelemasan dan tiba-tiba kita pun merasa takut untuk mati lemas!

Membaca berita atau mendapat maklumat tentang ada orang yang mati terbakar, terjatuh, kena racun, kemalangan, sakit dan terbunuh.

Maka kita pun segera berharap agar kejadian yang sama tidak menimpa diri kita. Lalu dengan mengambil langkah berjaga-jaga kita pun berusaha mengelak diri daripada ditimpa segala macam bahaya dan musibah.

Tetapi salah satu persoalan yang penting dalam hidup kita tetap tidak berjawab dan kita selalu berusaha untuk tidak memikirkannya.

Iaitu bagaimanakah kita mahu mati?

Kematian itu sesuatu yang pasti dan semua orang pun akan mati dan ramai yang telah mati. Kita sering membaca dan mendengar cerita tentang kematian orang lain lalu merasa gerun dengan cara mereka mati.

Namun secara jujurnya, kita sendiri tidak ada cara kematian yang kita inginkan kerana sejujurnya majoriti kita tidak mahu mati. Itu yang cuba kita lakukan apabila mendengar berita tentang kematian orang lain.

Mengelak daripada penyebab-penyebab atau perkara yang pernah menyebabkan kematian kepada orang lain.

Sedangkan Tuhan Yang Maha Mulia berfirman;

قُلْ إِنَّ اْلمـَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ

“Katakanlah, Sesungguhnya kematian yang kalian lari daripadanya, sesungguhnya kematian itu akan menemui kalian…” (Al-Jumuah:8)

Kita tidak akan dapat lari daripada kematian kerana ianya sudah ditakdirkan.

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِككُّمُ اْلمـَوْتُ وَ لَوْ كُنتُمْ فِى بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ

“Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh. (An-Nisa’: 78)

Justeru apa yang dapat dilakukan bukanlah berlari daripada kematian tetapi bersedia untuk menghadapi kematian.

Agar apabila sampai masanya, kita pun insyaAllah menghadapinya dengan hati yang tenang dan pasrah kerana telah berbuat bekal amalan semampu yang terdaya.

# Sebilangan manusia tidak takut kepada kematian, kerinduan untuk bertemu Tuhan dan keimanan yang tinggi menjadikan mereka kaum yang mencintai mati.

Rasulullah sallahualaihiwassallam bersabda;

مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ

‘Barangsiapa suka bertemu dengan Allah, maka Allah suka untuk berjumpa dengan-Nya dan sesiapa yang benci bertemu dengan Allah maka Allah pun benci untuk bertemu dengannya.’

[HR. Al-Bukhari dan Muslim]https://ustaz.blogspot.com/2017/10/kematian-dan-hati-yang-tidak-jujur.html

PERBEZAAN TAUHID ANTARA MANHAJ SALAF DAN ASYA’IRAH

PERBEZAAN TAUHID ANTARA MANHAJ SALAF DAN ASYA’IRAH

*(Saya merayu sahabat-sahabat membaca berulang kali sehingga sahabat-sahabat dapat memahami apa yang ditulis dan mampu mengaitkan dengan realiti semasa)*

Perbezaan yang paling ketara antara seruan dakwah tauhid yang dibawa oleh manhaj Salaf dan Asya’irah ialah;

1. Manhaj salaf membawa tauhid yang bertujuan mengesakan Allah dalam ibadah dan menafikan sekutu baginya, pendek kata tauhid itu di sisi manhaj salaf ialah menjadikan ibadah hamba (manusia) hanya kepada Allah sahaja dan menentang segala pengabdian atau ibadah kepada selain Allah.

==> Sebab itu GOLONGAN SALAF dalam perbincangan tauhid lebih fokus kepada menjadikan ibadah kita hanya kepada Allah dan menjauhi bentuk ibadah kepada selain Allah.

===> Sebab itu GOLONGAN salaf cukup anti @ alergik kepada syirik dan perbuatan yang berkait dengan ibadah yang tidak ditujukan kepada Allah secara langsung, mengadakan perantara (wasilah) antara Allah dan makhluk.

Ini kerana, manhaj salaf menekankan konsep لا إله إلا الله yang diterjemah sebagai (TIADA TUHAN YANG “BERHAK” DISEMBAH SELAIN ALLAH) dalam dakwah dan seruan mereka terhadap tauhid sebagaimana yang disebut oleh Imam Ibn Rajab Al-Hambali rahimahullah (wafat 795 Hijrah) yang menyatakan;

إنما أراد التوحيد الكامل الذي يحرّم صاحبه على النار

Sesungguhnya yang dikehendaki bagi maksud tauhid yang sempurna, yang dengannya menyebabkan para pemiliknya (pemilik tauhid) itu diharamkan daripada azab api neraka ialah;

وهو تحقيق معنى لا إله إلا الله فإن الإِله هو المعبود الذي يُطاع فلا يُعصى؛ خشيةً، وإجلالا، ومهابةً، ومحبةً، ورجاءً، وتوكلا، ودعاءً

Membenarkan maksud Lailahailallah, kerana sesungguhnya Al-ILah ialah Tuhan yang disembah yang ditaati dan tidak diderhakai, ditakuti, diagungkan, digeruni, dicintai, diharapkan, yang menjadi tempat pergantungan dan kepada-Nya ditujukan doa permintaan. [Jami Al-Ulum Wal Hikam, Ibn Rajab]

2. Manhaj Asya’irah pula berbeza dalam memahami Tauhid dengan aliran salaf apabila Tauhid di sisi mereka bermaksud mengesakan Allah yang bersifat azali dengan makhluk yang bersifat baharu sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Al-Junaid Al-Baghdadi (wafat 298 Hijrah);

هو إفراد القدم عن الحدث

Mengesakan Allah yang Qadim daripada makhluk yang bersifat baharu.

Kemudian, jika dirujuk tokoh-tokoh lain dalam aliran Asya’irah yang menjadi pegangan kaum Asya’ari dan Maturidi serta ahli kalam dan gagasan ilmu berkait tauhid dan aqidah, mereka lebih banyak membincangkan aspek sifat Tuhan yang berbeza dengan sifat makhluk.

Pendek kata, perbahasan tauhid berkisar soal zat Tuhan, sifat Tuhan dan Af’al (perbuatan Tuhan) yang tidak sama dengan makhluk.

==> Sebab itu GOLONGAN ASYA’IRAH lebih fokus dan tertumpu pada isu menyerupakan Allah dengan makhluk (Pada ZAT, SIFAT, AF’AL (PERBUATAN) atau tidak menyerupakan Allah dengan makhluk, sebab itulah perjuangan TAUHID mereka sejak sekian lama.

==> Bagi kebanyakan ASYA’IRAH, tawasul bukan isu syirik, memohon kepada selain Allah, mengambil perantara, berlebihan dalam memuliakan orang soleh, guru-guru, tunduk rukuk dan mencium kaki guru, bukan termasuk syirik. Kerana syirik ialah perbuatan menyamakan sifat Allah dengan sifat makhluk.

Justeru perjuangan pendakwah ASya’irah dan Maturidiyyah sejak sekian lama adalah lebih menjurus kepada memastikan tiada orang menyamakan sifat Allah dengan makhluk berbanding memastikan orang tidak beribadah dan mengambil sembahan atau melakukan bentuk pengibadatan kepada selain Allah sebagaimana yang diperjuangan oleh Manhaj Salaf.

# Sila baca dan hadam apa yang dijelaskan di atas berulang kali sehingga faham, InsyaAllah akan kita bahas sambungannya kemudian!

https://ustaz.blogspot.com/2019/02/perbezaan-tauhid-antara-manhaj-salaf.html

MERAWAT MASALAH KEKELUARGAAN DAN RUMAHTANGGA

MERAWAT MASALAH KEKELUARGAAN DAN RUMAHTANGGA

Merawat Masalah Kekeluargaan dan rumahtangga, hasil tadabbur Surah Yusuf dan Maryam

“… Masa dan sabar, pengubat hubungan…”

Surah Yusuf dan Maryam sangat indah dan sesuai untuk ditadabburi oleh mereka yang ingin mengambil iktibar dalam masalah rumahtangga dan hubungan kekeluargaan.

Allah berfirman;

لَقَدْ كَانَ فِي يُوسُفَ وَإِخْوَتِهِ آيَاتٌ لِلسَّائِلِينَ

“Sesungguhnya ada beberapa tanda-tanda kekuasaan Allah pada (kisah) Yusuf dan saudara-saudaranya bagi orang-orang yang bertanya.” (Yusuf: 7)

1. Surah-surah ini mengajarkannya kita hakikat kehidupan insan bahawa tiada manusia yang terlepas daripada masalah rumahtangga dan kekeluargaan, hatta keluarga para nabi.

Nabi Yusuf alaihisalam diuji dengan adik-beradik yang cemburu dan Nabi Ya’kub alaihisalam diuji dengan anak-anak yang degil lagi derhaka.

2. Kebanyakan musibah dan fitnah bermula daripada niat yang baik, sebagaimana anak-anak Ya’kub alaihisalam yang berniat baik,

Kata mereka;

اقْتُلُوا يُوسُفَ أَوِ اطْرَحُوهُ أَرْضًا يَخْلُ لَكُمْ وَجْهُ أَبِيكُمْ وَتَكُونُوا مِنْ بَعْدِهِ قَوْمًا صَالِحِينَ

“Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia kesuatu daerah (yang tak dikenal) supaya perhatian ayahmu tertumpah kepadamu saja, dan sesudah itu hendaklah kamu menjadi orang-orang yang baik.” (Yusuf: 9)

Mereka bertujuan baik, (يَخْلُ لَكُمْ وَجْهُ أَبِيكُمْ) untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang penuh bapa mereka iaitu Ya’kub alaihisalam yang dianggap berat sebelah pada sangkaan mereka.

3. Banyak hubungan kekeluargaan, rumahtangga rosak akibat sangkaan dan anggapan. Sangkaan atau disebut الظن seringkali menjadi alat syaitan merosakkan hubungan sesama manusia.

Kerana itu Allah berfirman;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah bersangka-sangka, kerana sebahagian dari sangka-sangka itu dosa…” (Al-Hujurat:12)

Agaknya, rasa-rasa, mungkin, jangan-jangan… seringkali menjadi racun yang merosakan  perasaan dan hati nurani manusia.

4. Menangis itu lumrah, dalam Al-Quran, Allah menceritakan bagaimana Nabi Allah Ya’kub alaihisalam menangis kerana kehilangan anaknya Yusuf sedangkan baginda ialah Nabi Allah dan demikian Maryam yang menangis dan bersedih sambil mengeluh atas nasib dirinya yang hamil tanpa suami dan bimbang tuduhan buruk orang-orang ke atas dirinya.

Allah berfirman tentang Maryam yang menyebut;

يَا لَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَٰذَا وَكُنْتُ نَسْيًا مَنْسِيًّا

“Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi barang yang tidak berarti, lagi dilupakan”. (Maryam: 23)

Kata-kata Maryam ini bukanlah bermaksud beliau tidak redha atau berputus asa tetapi mengambarkan bahawa agama ini bukan hitam putih atau semuanya perlu dihukum sebagai halal atau haram, sah atau batal.

Ada kalanya, biarkan sahaja.

Allah abadikan keluhan ini bagi mengambarkan betapa Allah menyantuni keluhan hamba-hamba-Nya dan bukan hanya mahu menghukum sebagai kufur, syirik, kafir, fasik, derhaka dan sebagainya.

5. Syaitan adalah perosak dan punca sebenar kepada segala perselisihan dan masalah di antara sesama keluarga dan rumahtangga.

Allah berfirman;

مِنْ بَعْدِ أَنْ نَزَغَ الشَّيْطَانُ بَيْنِي وَبَيْنَ إِخْوَتِي ۚ

“.. setelah syaitan merosakkan (hubungan) antaraku dan saudara-saudaraku…(Yusuf: 100)

Kerana itu penting bagi setiap yang bergaduh untuk membaca أعوذ بالله من الشيطان الرجيم bagi meminta perlindungan Allah daripada syaitan.

Sebagaimana dalam hadith Al-Bukhari dan Muslim tentang dua orang yang bergaduh di hadapan Nabi salallahualaihiwassalam dan disuruh mereka supaya membaca تَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ bagi menghilangkan kemarahan mereka.

Diriwayatkan dari Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda;

إذا غضب الرجل فقال : أعوذ بالله سكن غضبه

“Jika seseorang itu marah, lalu dia mengatakan: a’udzu billah (aku berlindung pada Allah), maka akan redalah marahnya.” [HR. Ibn Adi dalam Al-Kamil]

6. Ubat dan rawatan yang paling mujarab bagi masalah kekeluargaan dan rumahtangga ialah kesabaran dan masa.

Dikatakan oleh ahli tafsir bahawa tempoh perpisahan Yusuf alaihisalam dengan bapa dan ahli keluarganya ialah selama 30 tahun, ada yang berpendapat selama 40 tahun dan ada yang mengatakan tempohnya adalah lebih daripada itu seperti Imam Ibn Jarir Al-Tabari rahimahullah yang meriwayatkan bahawa tempohnya ialah selama 80 tahun lebih.

Para ahli hikmah menyebut;

 الصبر كالصبر مر في مذاقته لكن عواقبه أحلى من العسل

`Sabar itu adalah pahit seperti buah Sibr rasanya, tetapi hasil akibatnya adalah lebih manis daripada madu.. ‘

Pergaduhan adik-beradik, perpisahan anak beranak, pertengkaran suami isteri, ipar-duai, mertua dan sebagainya memakan masa untuk pulih atau baik.

7. Orang yang gopoh, tidak penyabar dan anak muda yang belum berpengalaman dalam seluk beluk rumahtangga, isu kekeluargaan perlulah menahan diri daripada mencampurinya kerana dibimbangi membawa mudharat daripada ubat.

Bukan semua perkara perlu kepada fatwa dan dijawab,

لكل مقال مقام ، وليس كل ما يعلم يقال

‘Bagi setiap ungkapan itu ada tempatnya dan bukanlah setiap apa yang diketahui itu diucapkan..’

Itulah maksud hikmah, mengetahui apa dan bagaimana..

Ketenangan الأناة ialah hasil daripada ketabahan hati dan kemampuan untuk bersabar dan mengawal diri.

Allah berfirman tentang Yusuf yang berhasil mengawal emosi dirinya, agar rahsianya terpelihara;

قَالُوا إِنْ يَسْرِقْ فَقَدْ سَرَقَ أَخٌ لَهُ مِنْ قَبْلُ ۚ فَأَسَرَّهَا يُوسُفُ فِي نَفْسِهِ وَلَمْ يُبْدِهَا لَهُمْ ۚ قَالَ أَنْتُمْ شَرٌّ مَكَانًا ۖ وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا تَصِفُونَ

“Mereka berkata: “Jika dia mencuri, maka sesungguhnya, telah pernah mencuri pula saudaranya sebelum itu”. Maka Yusuf pun menyembunyikan kejengkelan itu pada dirinya dan tidak menampakkannya kepada mereka. Dia berkata (dalam hatinya): “Kamu lebih buruk kedudukanmu (sifat-sifatmu) dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu terangkan itu”. (Yusuf: 77)

Bukan semua isi hati, komen dan perasaan kita perlu dizahirkan, ada kalanya demi mencapai sesuatu tujuan dan maslahat, ianya disimpan dan dipendamkan.

Itulah kematangan hidup.

يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ

“… Allah menganugerahkan al hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, dia telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakal yang dapat mengambil pelajaran…” (Al-Baqarah: 269)

https://ustaz.blogspot.com/2020/02/merawat-masalah-kekeluargaan-dan.html

MEMAHAMI AGAMA DENGAN KEFAHAMAN BETUL

MEMAHAMI AGAMA DENGAN KEFAHAMAN BETUL

Memahami agama dengan kefahaman betul

Para ulama’ membahagikan agama ini kepada beberapa bahagian seperti;

👉Bab Aqidah, contohnya persoalan tauhid, syirik, qadha qadar atau takdir

👉Bab Ibadah, seperti masalah solat, puasa, zakat, haji.

👉Bab Akhlak seperti jujur, sabar, adil dan pemaaf.

Justeru, seseorang yang memiliki tauhid yang betul (seperti percaya hanya Allah boleh beri manfaat dan mudharat) tetap boleh melakukan kesalahan dalam bab feqah, ibadah dan akhlak.

Seseorang yang aqidahnya sahih, tauhidnya betul dan imannya kuat sampai ke langit, tetap boleh sahaja melakukan kesalahan feqah dalam bab ibadah seperti dalam bab solat, puasa dan zakat atau muamalat atau lemah dalam akhlak SEKALIPUN IMANNYA SETINGGI LANGIT.

Bab aqidah= Imannya kuat, tauhidnya sahih.

Tetapi,

Bab ibadah = Solatnya boleh sahaja tidak sah atau batal sebab ada najis walaupun Imannya kuat.

Bab akhlak = Dia seorang yang kurang sabar dan pemarah walaupun solatnya kusyuk, kaki masjid dan Iman tinggi.

Contoh lagi,

Seseorang menjadi Imam solat Jumaat dengan khusyuk dan ikhlas (bab aqidah= bagus) lengkap sah rukun solat semuanya (bab ibadah= bagus) tetapi dia menjadi Imam solat Jumaat hanya memakai baju singlet tanpa lengan yang nampak ketiak dengan kain pelikat sahaja di dalam masjid negara, dirakam untuk ditonton satu dunia.

(Bab akhlak= buruk sangat)

—————————–

📜 Jadi menyakini hanya Allah boleh memberi mudharat dan bukannya virus Covid-19 dan menganggap virus Covid-19 hanyalah makhluk lemah adalah ✔️ BETUL, TEPAT, SAHIH,✔️ dalam bab AQIDAH/TAUHID.

Tetapi itu sama sekali bukan jaminan dalam bab fiqh atau IBADAH bahawa tindakan anda untuk ke masjid, tidak kuarantin, tidak melaporkan diri kepada KKM jika terlibat dengan wabak Covid-19 adalah betul.

Bab Ibadah = Seseorang dilarang oleh Nabi salallahualaihiwassalam dari ke masjid jika memakan bawang seperti hadith مَنْ أَكَلَ الْبَصَلَ وَالثُّوم وَالْكُرَّاث فَلا يَقْرَبَنَّ مسْجِدَنَا maka tuntutan menjauhi masjid dan orang ramai jika terkena wabak adalah lebih wajib dan dituntut.

Jadi mereka yang tidak ambil langkah pencegahan wabak Covid-19 ini…

Dalam bab tauhid dia betul ✔️ tetapi dalam bab feqah pula dia ❌ salah. Kemudian dalam bab Akhlak, ada yang menipu dan penting diri atau berdegil serta keras kepala.

Maka bab Akhlak pun salah.❌

✅ Manhaj beragama yang diajar oleh Nabi salallahualaihiwassalam adalah lengkap dan sempurna.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kalian ke dalam agama Islam secara kaffah dan janganlah mengikuti jejak langkah syaitan.” (Al-Baqarah: 208)

👉Aqidah mesti betul

👉Ibadah pun mesti betul

👉 Akhlak pun mesti betul

Sebab itu Nabi salallahualaihiwassalam walaupun bertawakal (BAB AQIDAH) baginda tetap memakai baju besi perisai ketika perang dan solat khauf (BAB IBADAH) serta menerima taktik dan teguran sahabat dan bermesyuarat bagi menghadapi musuh (BAB AKHLAK).

📗 Mohon kerjasama sahabat-sahabat yang faham akan penjelasan ringkas ini, sudi menulis  ‘faham’ di ruangan komen 👇di bawah.

Jazakumullahukhairan

https://ustaz.blogspot.com/2020/03/memahami-agama-dengan-kefahaman-betul.html

UJIAN ADALAH PELUANG UNTUK KE SYURGA

UJIAN ADALAH PELUANG UNTUK KE SYURGA

Majoriti kita membenci kesusahan. Tak sanggup bangun pagi – pagi untuk mentelaah kerana ia menyusahkan. Kalau tak dapat keputusan yang baik tak mengapa kerana itu takdir! Tak akan sekali – kali disalahkan dirinya yang sebenarnya malas belajar. Tidak mahu berkahwin selagi bakal suami tidak mampu menjanjikan sekurang – kurangnya sebuah kereta Volvo dan rumah teres lot tepi atau lagi baik kalau dapat Semi-D tak pun banglo terus. Kalau tak kahwin juga sebab tak jumpa suami yang begitu, maka itulah takdir! Tak rela berpoligami kerana nanti susah melayan hati yang lara dan pilu, rasa cemburu yang meluap dan tambah lagi penat nak uruskan anak – anak dan rumah seorang diri. Lebih baik aku bercerai dari hidup susah begitu! Kita memang anti-kesusahan.

Tapi adakah kita lupa bahawa jalan menuju ke syurga tidaklah mudah? Adakah kita fikir bahawa batu yang ditanggung di dada oleh Bilal bin Rabah itu ringan saja? Adakah kita fikir haba yang melingkungi Asiah si isteri Firaun sewaktu dia diseksa di tengah panas itu sejuk rasanya? Adakah kita ingat Maryam ibu kepada Nabi Isa a.s itu tidak menanggung derita emosi kerana membawa pulang seorang anak tidak berbapa, sedangkan dialah wanita suci yang tidak pernah disentuh lelaki? Adakah kita berpijak di alam realiti bila mengimpikan suasana bahagia mengikut definisi kita di dunia ini lantas selepas itu dan dengan semudah itu Allah akan memberikan syurga kepada kita tanpa kita langsung perlu bersusah payah menggapainya?? Adakah, dan logikkah? Kalau menurutkan sifir penderitaan yang ditanggung oleh umat – umat yang terdahulu untuk masuk ke syurga, agaknya apakah kebarangkalian untuk kita meraih syurga yang sama dengan cara kehidupan senang – lenang kita sekarang? Fikirlah betul – betul dan carilah rasionalnya kalau ada.

Allah sentiasa menguji kita dengan pelbagai cara. Dan Allah juga sudah menerangkan kepada kita dengan jelas, cara – cara untuk ke syurga. Ada satu hadith yang popular mengenai 7 golongan yang dinaungi oleh Allah di hari akhirat. Golongan yang keempat adalah:

(4) two men who love one another for the sake of Allaah and meet and part on that basis; (Agreed upon, narrated by al-Bukhaari, no. 620; Muslim, no. 1712; and others).

Bagaimana kita boleh mengaplikasikan hadith ini dalam kehidupan kita? Untuk aku personally dan bagi kalian yang ‘diuji’ dengan kehidupan berpoligami, inilah peluang yang ampuh yang mana kalau kita bijak bertindak maka mungkin inilah caranya untuk kita ke syurga. Siapakah dua manusia yang saling berkasih sayang hanya kerana Allah itu? Dalam konteks ini, aku mengharapkan aku saling mengasihi madu – madu aku kerana Allah. Kerana kami ditakdirkan bersama yang mana sebelum ini tidak pernah terlintaspun di fikiran bahawa kami akan bersama. Bayangkan, seorang wanita lain yang biasanya akan dianggap ‘seteru’ kerana ‘merampas’ suamiku, yang ‘selayaknya’ dibenci dan dicemburui, yang seringkali mengambil kesempatan di atas kebaikanku dan suamiku, yang hanya mahu mengawal suamiku untuk dirinya seorang sahaja, bayangkan, dan wanita yang sama juga aku tukarkan 180 darjah menjadi sahabat setiaku, yang sentiasa menemaniku dan membantuku terutamanya dalam hal suami dan anak – anak, yang sanggup berkongsi susah senang dalam kehidupan berumahtangga, yang sentiasa berkongsi rahsia dan cerita denganku. Yang saling mengasihi tanpa sebab lain hanya kerana Allah Taala. Yang mana kasih ini berdasarkan agama dan tidak akan terputus disebabkan hal dunia hinggalah akhir nyawa memisahkan kami.

MasyaAllah, mampukah aku menggapai cinta setinggi itu terhadap maduku? Maka aku mencabar diriku sendiri untuk melakukannya, hanya kerana Allah. Semoga ianya menjadi wasilah untuk kami menuju ke syurga.

“love one another” means, they shared a kind of love whereby each loved the other in a genuine sense, not just to show off.

“and [they] meet and part on that basis” means, this is an ongoing love based on religion, which they do not cut off for any worldly reason, whether they meet in reality or not, until death comes between them.

LINK ISLAM QA

Begitulah, inilah strategiku untuk melangkah ke syurga dan semestinya ada pelbagai cara lain untuk sampai ke sana. Namun spesifik untuk kalian yang menjalani kehidupan berpoligami, fikir – fikirkanlah kata – kataku di atas… Manakala kalian yang lain, apa pula strategi anda untuk ke syurga?

p/s: Topik 7 golongan yang dinaungi Allah ini telah disyarahkan dan diajar oleh suamiku kepada kami bertiga. Dia yang memberi idea strategi ini kepada kami sedikit waktu dahulu.

P/ps: Majoriti kita membenci kesusahan = majoriti kita membenci syurga?

http://nazatulshiha.blogspot.com/2013/08/ujian-adalah-peluang-untuk-ke-syurga.html

KENAPA SYAITAN DIBAKAR DI NERAKA PADAHAL DIA TERBUAT DARI API ?

KENAPA SYAITAN DIBAKAR DI NERAKA PADAHAL DIA TERBUAT DARI API ?

Dijawab oleh Ustadz Sigit Pranowo dari eramuslim

Pertanyaan

Jika iblis diciptakan dari api, lalu mengapa dia juga ditempatkan di neraka yang terbuat dari api yang panas? Kalau begitu, apakah iblis tidak akan merasakan panasnya api neraka?

Jawaban

Telah diketahui bahwa Allah swt menciptakan iblis dan jin dari api, sebagaimana disebutkan didalam firman-Nya yang menceritakan tentang iblis:

“Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu aku menyuruhmu?” Menjawab iblis “Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang Dia Engkau ciptakan dari tanah” (QS. Al A’raf : 12)

“Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.” (QS. Al Hijr : 27)

Telah diketahui bahwa Allah swt akan mengadzab iblis dan orang-orang yang bersamanya dengan api neraka, sebagaimana firman-Nya :

“Sesungguhnya aku pasti akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenis kamu dan dengan orang-orang yang mengikuti kamu di antara mereka kesemuanya.” (QS. Shaad : 85)

Telah diketahui pula bahwa adzab tersebut amatlah pedih sehingga merasuk ke dalam tubuh. Hal ini menunjukkan adanya perbedaan antara tabiat jasad dengan bahan yang digunakan untuk mengadzab. Lantas bagaimana setan merasakan adzab neraka padahal tabiatnya tidaklah berbeda dengan tabiat dzat tersebut karena ia adalah makhluk yang diciptakan dari api?

Maka jawabannya adalah sebagai berikut :

1. Bahwa Allah swt Maha Mampu untuk merubah tabiat setan sehingga bisa merasakan adzab api neraka. Bukankah terkadang setan merubah bentuknya dengan bentuk-bentuk yang tidak seperti tabiatnya, terkadang dia tinggal di suatu tempat, tidur, duduk, mengenakan pakaian-pakaian yang tidak disebutkan nama Allah didalamnya. Ia terkadang menempati rumah-rumah yang tidak disebutkan nama Allah didalamnya ketika para pemiliknya memasuki rumah-rumah mereka, sebagaimana ditunjukkan oleh berbagai hadits Rasul saw namun demikian benda-benda tersebut tidaklah terbakar meskipun bersentuhan dengan setan itu. Disebutkan didalam beberapa riwayat bahwa setan pernah berupaya memalingkan Nabi saw disaat shalatnya, setan itu ingin merusak shalat beliau maka Nabi pun mencekiknya dan tangan beliau saw merasakan dinginnya lidah setan itu. Seandainya setan tetap seperti tabiatnya yang berasal dari api maka ia pasti membakar tangan Rasul saw yang telah menyentuhnya. Nabi Adam as telah diciptakan dari tanah namun dirinya telah dijadikan memiliki berbagai kehususan yang tidak seperti kekhususan sebuah tanah selama ruhnya masih berada didalam tubuhnya. Tidak mungkin pada tubuh manusia ditanam sebuah pohon sebagaimana pohon itu ditanam pada sebidang tanah.

2. Boleh saja bagi Allah swt untuk menjadikan dari jenis api satu jenis lainnya yang lebih kuat dari api yang dipakai untuk menciptakan iblis sehingga dia merasakan adzab api tersebut apabila dirinya dimasukkan kedalamnya. Api itu sendiri memiliki tingkatan yang sebagiannya lebih panas dari sebagian lainnya.

3. Tidak semua adzab yang ada di neraka adalah api yang membakar tubuh dan memberikan kepedihan kepadanya namun ada adzab berupa ular-ular, kalajengking-kalajengking, cambuk-cambuk dari besi yang dipukulkan kepada mereka yang diadzab, didalamnya juga terdapat rantai-rantai panjang dan belenggu-belenggu serta pohon zaqqum, sebagaimana firman Allah swt:

“Sesungguhnya pohon zaqqum itu, makanan orang yang banyak berdosa. (Ia) sebagai kotoran minyak yang mendidih di dalam perut, seperti mendidihnya air yang Amat panas.” (QS. Ad Dukhan: 43 – 46)

“Sesungguhnya Dia adalah sebatang pohon yang ke luar dan dasar neraka yang menyala, mayangnya seperti kepala syaitan-syaitan. Maka Sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebagian dari buah pohon itu, Maka mereka memenuhi perutnya dengan buah zaqqum itu.” (QS. Ash Shafat: 64 – 66)

“Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar.” (QS. Ash Shafat: 6 – 7)

Jadi bentuk-bentuk adzab itu adalah bermacam-macam sehingga boleh saja bagi Allah swt untuk menimpakan diantara macam-macam itu kepada setan untuk mengadzabnya karena aturan-aturan yang berlaku di akherat berbeda dengan aturan-aturan yang berlaku di dunia. Dan selama Allah swt memutuskan untuk mengadzab setan maka adzab itu akan menimpa mereka dengan cara yang diinginkan-Nya swt.

Yang terpenting bagi kita adalah berupaya agar tidak termasuk kedalam orang-orang yang membantu setan-setan itu. (fatawa al Azhar juz VIII hal 284)

Wallahu A’lam

Baca juga:

Iblis Menurut Pandangan Islam

Konferensi Iblis, Syaitan, dan Jin

Ketika Iblis Menggunakan Sajadah untuk Mengganggu Manusia

Apakah Allah s.w.t Memerintahkan Malaikat dan Iblis untuk Menyembah Adam a.s?

Khutbah Iblis yang Sangat Menyentuh

7 Gangguan dari Setan Saat Sakaratul Maut

YouTube Channel Lampu Islam: youtube.com/ArceusZeldfer

Facebook Page Lampu Islam: facebook.com/LampuIslam

https://www.lampu-islam.com/2014/08/kenapa-setan-dibakar-di-neraka-padahal.html

IBLIS MENURUT PANDANGAN ISLAM

IBLIS MENURUT PANDANGAN ISLAM

Iblis Menurut Pandangan Islam – Iblīs (Arabic إبليس), adalah nama nenek moyang dari bangsa jin. Sebagaimana Adam adalah seorang nenek moyang dari manusia. Allah menciptakan Iblis dari nyala api.

Iblis (dari bahasa Arab yang artinya “dia yang dipukul memar”). Alkitab tak punya literatur tentang Setan, selain dari perjanjian lama: ha-Satana, yang berarti musuh. Definisi setan ini lalu diadopsi oleh bahasa Yunani: diabolos yang dalam bahasa Inggris disebut devil.

ESTIMOLOGI

Dalam bahasa Arab nama Iblis berasal dari kata balasa بَلَسَ, meaning yang artinya menyesal. Maka nama Iblis diartikan “Yang akan terus menyesal di dunia dan di akhirat”

ASAL MULA

Sejak penciptaan manusia Adam, iblis diperintahkan Allah untuk bersujud kepadanya, namun iblis tidak mau sujud kepadanya. Oleh karena itu, Iblis di keluarkan oleh Tuhan dari Surga dan menjadi mahluk yang terkutuk.

Ia meminta kepada Tuhan untuk menangguhkan kematiannya hingga hari kiamat. Iblis dendam kepada manusia, keturunan Adam karena lantaran kehadiran Adam, obsesinya jadi makhluk nomor satu jadi buyar. Iblis juga disebut Setan dan seluruh jin dan manusia yang menjadi pengikutnya juga disebut Setan.

Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali disebutkan bahwa Iblis sebelum dilaknat oleh Allah, bernama asli Azazil dan sesungguhnya ia memiliki banyak nama/julukan, yaitu:

* Langit pertama al-Abid (ahli ibadah, selalu mengabdi luar biasa kepada Allah)

* Langit kedua ar-Raki (ahli ruku)

* Langit ketiga as-Saajid (ahli sujud)

* Langit keempat al-Khaasyi (selalu merendah dan takluk kepada Allah)

* Langit kelima al-Qaanit (selalu ta’at)

* Langit keenam al-Mujtahid (bersungguh-sungguh dalam beribadah)

* Langit ketujuh az-Zahid (sederhana dalam menggunakan sarana hidup)

TEMPAT TINGGAL IBLIS

Iblis dan anak cucunya tinggal di kamar mandi, WC, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat maksiat. Berdasarkan Anas bin Malik r.a.,

Iblis telah bertanya pada Allah, katanya : “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepada-Mu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku.”

Firman Allah: “Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas.”

IBLIS DI NERAKA

Dalam sebuah hadits diterangkan bahwa ketika para penghuni Neraka sudah sampai di neraka, di situ disediakan sebuah mimbar, pakaian, mahkota dan tali untuk mengikat Iblis, yang kesemuanya itu terbuat dari api.

Kemudian ada suara yang memerintahkan Iblis untuk naik kemimbar: “Wahai Iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan berbicaralah kamu kepada penghuni neraka.”

Maka dia pun naik ke mimbar dan berkata: “Wahai para penghuni neraka.”

Semua orang yang berada dalam neraka mendengar ucapannya dan memandang ke arah pemimpin mereka itu.

“Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar bahwa kamu semua mati lalu akan dihimpun dan dihisab menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke Surga dan satu kumpulan ke Neraka Sa’ir.”

Iblis berkata lagi: “Kalian semua menyangka bahwa kalian semua tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kalian semua.”

“Akhirnya kalian semua mengikuti aku, maka dosa itu untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah dari kamu sendiri, karena sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat…”

“Mengapakah kamu tidak mau menyembah Allah SWT? Sedangkan Dia yang menciptakan segala sesuatunya…”

“Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari siksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari keharibaan Tuhan.”

Setelah ahli neraka mendengar kata-kata Iblis itu, lalu mereka melaknati Iblis. Setelah itu Iblis dipukul oleh Malaikat Zabaniah dengan tombak yang terbuat dari api dan jatuhlah dia ke dasar Neraka yang paling bawah, dia kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi pengikutnya.

Malaikat Zabaniah lalu berkata kepada Iblis dan pengikutnya: “Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di Neraka untuk selama-lamanya.”

Sumber: http://rykers.blogspot.com/

YouTube Channel Lampu Islam: youtube.com/ArceusZeldfer

Facebook Page: facebook.com/LampuIslam

https://www.lampu-islam.com/2013/08/iblis-menurut-pandangan-islam.html

DIALOG ANAK GADIS DENGAN SYAITAN

DIALOG ANAK GADIS DENGAN SYAITAN

Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya, itulah yang dahulu hendak kamu hindari.” (Surah Qaf : 19)

Benarkah aku akan mati?

Aku masih muda, baru 24 tahun. Tak masuk akal, mimpi agaknya.

Mesti akan ada doktor datang yang merawat aku sekejap lagi, aku yakin.

Mak..nak air, tekak rasa dah kering..

Eh, kenapa tak ada siapa yang menyahut?

Mak..ayah..

Kenapa tak ada orang dengar aku panggil?

Ya aku dengar. Tiada siapa dengar panggilan kau kecuali aku.

Mana engkau? Siapa engkau?

Akulah qorinmu..akulah syaitan yang hebat

Aku berlindung dengan Allah dari kejahatan kau, kau jangan ganggu aku.

Ya Allah, sedarkan aku dari mimpi ini…

Berlindung dengan Allah?

Sekarang baru ingat nak berlindung dengan Allah?

Sepanjang hidup tak pernah kau ingat pun?

Dah nak mati..baru nak berlindung dengan Allah?

Tak malu!

Mati? Aku masih muda untuk mati!

Sejak bila pula kematian tahu pilih orang muda atau tua?

“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya.” (Surah Al-A’raaf : 34)

Sekarang selesai tugas aku. Aku nak berehat.

Tugas kau? Apa tugas kau?

Tugas yang aku lakukan sejak Allah ciptakan Adam.

Hari di mana Iblis bersumpah untuk menyesatkan anak Adam.

Sejak itu manusia terbahagi kepada dua kelompok

Kelompok Allah dan kelompok syaitan!

Apa yang kau cakap ni?

Kenapa? Pertama kali kau dengar tentang ini?

Maafkan aku, memang salah aku.

Aku yang biasakan kau untuk dengar lagu-lagu dan semua yang haram.

Aku berlindung dengan Allah dari kau.

Aku dari kelompok Allah, bukan kelompok syaitan.

Akulah paling baik antara semua orang!

Kau paling baik antara semua orang?

Dengar sini…

Orang-orang yang berada di dalam tingkat keempat neraka jahannam pun berkata kami lebih baik dari yang di bawah.

Sedangkan mereka semua di dalam neraka, mereka semua sesat.

Tiada beza antara kesesatan yang jauh dan yang dekat. Tetap sesat!

Tapi aku tak ada dosa, aku muslimah.

Aku muslimah, dosa aku kecil sahaja!

Tidak sayangku.

Dosa kau sebenarnya besar tapi aku yang menampakkan ia kecil dimatamu.

Aku hiasi dosa itu dan aku nampakkan ia seperti tiada apa.

“..lalu Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka yang ingkar akan amal-amal mereka yang jahat itu maka dialah menjadi pemimpin mereka pada hari ini dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah An-Nahl : 63)

Aku cuma mengajak, kau yang ikut.

Kerja aku, menghias amalan anak Adam sejak mula terciptanya manusia.

Aku buat kau berangan-angan, lalai dan lupa.

Aku buat kau berlengah untuk bertaubat.

Kau minta syurga sekali, aku mintak neraka seribu kali untuk kau.

“Sesungguhnya akan Aku penuhi neraka jahannam itu dengan jin dan manusia bersama-sama.” (Surah As-Sajdah : 13)

Apa salah aku, aku cuma melaksanakan tugas.

Aku paling gembira bila kau tinggalkan solat.

Aku yang membuatkan kau lewatkan solat.

Lengahkan solat.

Ringan-ringankan solat.

Kemudian, aku buat kau tinggalkan solat!

Sehingga hati kau MATI.

Kau tahu kan? Pemisah antara muslim dan kafir adalah solat.

Laknat kau! Adakah selain itu yang kau lakukan?

Oh, banyak lagi..aku puas dengan usaha aku.

Cis !

Bertenang..

Kau memang dah celaka.

Kau akan mati dalam keadaan kau telah berzina lebih dari seratus kali.

Tak, aku tak pernah dekati lelaki seumur hidup aku!

Benar, tapi bukankah kau pernah keluar ke pasar dengan memakai minyak wangi?

Ya, jadi?

Seorang lelaki telah terhidu wangian kau.

Bukan seorang, tapi ramai.

Kau tahu bukan, jika seorang wanita keluar dengan memakai wangian lalu dihidu oleh lelaki ajnabi dia dikira berzina?!

Tapi cuma minyak wangi.

“Dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.” (Surah An-Nur : 15)

Nak tahu yang lebih teruk lagi?

Tak cukup lagi?!

Aku tak nak kau masuk neraka sahaja, tapi aku nak kau dicampak ke tingkat paling rendah!

Laknat kau!

Besarnya dendam kau pada anak Adam, apa lagi yang kau lakukan?

Kau mati dengan membawa dosa si fulan, si fulan dan si fulan

Penipu, aku tak kenal mereka.

Mana mungkin aku pikul dosa mereka.

Benar. Tapi kau memang seorang pelupa.

Lupakah kau pada suatu hari, kau keluar dengan bersolek cantik, disarung pula dengan pakaian yang ketat dan menarik perhatian.

Kau jadi fitnah kepada mereka, sedangkan mereka adalah hamba Allah yang soleh.

Mereka terpegun dengan kecantikan kau!

Malah lebih teruk, kau telah merosakkan taubat sebahagian dari mereka.

Kerana kesalahan itu, kau telah memikul dosa mereka.

“Dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.” (Surah An-Nur : 15)

Sungguh balasan Allah amat dahsyat.

Aku menang ke atas dirimu.

Tidak! Aku akan pastikan aku mati dalam keadaan mati syahid.

“Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia).” (Surah Al-Mukninun : 99)

Itu kata-kata lama yang aku dah dengar dari orang-orang seperti kau.

Mungkin rayuan itu boleh diterima kalau kau minta dulu.

Hari ini kita akan berpisah.

Sejak kau kecil kita bersama, aku akan ikut ke mana sahaja kau pergi kecuali kubur.

Pergilah kau seorang diri, diazab seorang diri dan ditinggal seorang diri.

Laknat kau! Kau telah merosakkan dunia dan akhirat aku!

Mereka telah datang…

Siapa? Keluarga aku?

Binasalah engkau, hari ini keluargamu takkan mampu membantu.

Cuba lihat, siapa yang datang.

Mereka itulah malaikat azab, mereka datang dengan sebat dari neraka.

Belum terbukakah hijab itu untuk kau melihatnya?

“Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang hari ini, maka Kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat).” (Surah Qof : 22)

Malaikat akan berkata kepada rohmu, ‘keluarlah wahai jiwa yang kotor..’

Pergilah menuju kemurkaan daripada Allah.’

“Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan sakratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): “Keluarkanlah nyawamu.” Di hari ini kamu dibalas dengan seksa yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya.” (Surah Al-An’am : 93)

TAMAT

Duhai sahabat,

Berikanlah bahagian dari hatimu untuk Allah, kau tak akan disia-siakan.

Peruntukkanlah satu jam dari harimu untuk solat.

Dengan siapa engkau bersama setiap waktu?

Kepada siapa engkau mengadu sepanjang hidupmu?

Siapa yang akan bersamamu saat kematian nanti?

Siapa yang akan menemanimu di kubur yang gelap gelita?

Siapa yang akan bersamamu di padang mahsyar nanti?

Siapa yang akan bersamamu di atas titian sirat yang dibawahnya adalah neraka jahannam? Di dalamnya kau akan dengar pekikan ahli neraka yang sangat menyiksakan.

Disana nanti ada Allah, kau akan menyeru namaNya.

Tapi, alangkah indahnya andai nama itu diseru sebelum hari ini.

Dialah yang akan menjadikan hidupmu sentiasa bahagia jika kau mengenaliNya di dunia.

Tanyalah pada mereka yang sering menyeru nama Allah, pernahkah mereka hidup menderita?

Sungguh, aku pernah mengenali orang-orang yang basah tikar sejadahnya di malam hari kerana menangis rindu pada Allah.

Rindu untuk melihat wajah Allah swt.

Sahabatku..

Tidakkah kau tahu bahawa Allah sentiasa merindukanmu. Rindukan taubatmu.

Ya, kamu!

Belum tibakah masa untuk hati itu menjadi lembut?

Kalau kau tahu betapa rindu dan gembiranya Allah jika kau kembali kepadanya, pasti kau tidak akan berlengah lagi.

T.A.U.B.A.T enam huruf sahaja.

Lakukan! Kau akan masuk ke dunia indah yang tidak pernah kau jejaki sebelum ini.

Bertaubatlah, dan teruslah bertaubat, kembalilah kepadaNya.

Jangan pernah jemu.

Mulakan sekarang, mulakan dengan fardhu pertama yang datang selepas kau membaca kisah ini.

Berjanjilah pada diri ‘cukuplah kelalaian, hidupku akan berubah mulai saat ini.

Hari ini, aku akan kembali.

Allah aku datang!”

“Apakah belum datang waktunya bagi orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka berzikir (mengingati) Allah dan apa yang diturunkan daripada kebenaran.” (Surah Al-Hadid : 16)

“Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barangkali dia mahu membersihkan hatinya.” (Surah Abasa : 3)

Diterjemah daripada artikel asal di sabayacafe.com

Penterjemah:

Ustazah Zainab Husna Hussen

Aktivis ISMA Gombak

http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=51854

TIGA TETAMU MISTERI

TIGA TETAMU MISTERI

Seorang isteri tinggal di rumah nya bersendirian. Suami dan anaknya keluar bekerja di kebun berdekatan.

Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengah hari datang tiga orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya.

Setelah dia menjawab salam, dia berkata “Saya tidak dapat menjemput tuan tuan masuk ke dalam rumah, kerana suami saya tiada. Sudikah tuan tuan duduk di halaman rumah sementara menunggu suami dan anak saya pulang?”

Salah seorang daripada mereka berkata, “Tidak mengapa, biar kami menunggu di luar. “

Sejurus suaminya pulang, mereka bersalaman dan para tetamu memperkenalkan diri.

“Saya kekayaan”, kata lelaki pertama.

“Saya kejayaan, “kata lelaki kedua.

“Dan saya pula kasih sayang, “ujar lelaki yang terakhir.

Si suami menjemput ketiga tiga masuk , namun lelaki yang paling tua di antara mereka berkata, “hanya seorang sahaja daripada kami yang boleh masuk.”

“Jadi kami terpaksa memilih antara kamu bertiga? “

“Ya”, jawab mereka.

Setelah mereka berunding, si isteri mencadangkan pakcik kekayaan kerana moga dengan adanya kekayaan rumah mereka akan dilimpahi kemewahan dan mendapat apa sahaja yang mereka dambakan selama ini.

Si suami pula mahu memilih kejayaan kerana beliau rasa dengan kejayaan mereka semua anak beranak pasti akan dapat harta dan banyak lagi perkara.

Tiba tiba si anak yang dari tadi diam mencadangkan agar memilih pakcik kasih sayang.

“Biarlah kita hidup begini. Sederhana tetapi ia penuh dengan kasih sayang. Saya gembira dan rasa amat bahagia bila ayah dan ibu saling berkasih sayang san menyayangi saya… “

Kedua-dua suami isteri itu tersentak dengan pandangan si anak yang begitu murni.

“Baiklah kita akan jemput kasih sayang masuk ke dalam rumah kita, kami memohon maaf kepada tuan tuan kerana menolak tuan kekayaan dan kejayaan kerana tuan-tuan yang telah menetapkan syaratnya,” muktamad kata si ayah.

Maka tetamu kasih sayang masuk ke dalam rumah mereka, namun diiringi oleh kedua-dua orang tetamu lain. Tuan rumah terkejut melihat ketiga-tiga masuk ke dalam rumah.

“Eh, maafkan saya! Mengapa tuan-tuan semua masuk. Bukankah tadi kami hanya memilih kasih sayang? “

“Wahai anakku, jika kau menjemput kasih sayang bererti kau juga menjemput kejayaan dan kekayaan. Sudah menjadi prinsip kami, kami akan pastikan ke mana sahaja kasih sayang pergi, kami akan mendampinginya.”

Mendengar yang demikian, si suami isteri dan si anak tersenyum gembira. Alhamdulillah!

#keluarga yang berkasih sayang mempunyai segala kebaikan. Dengan kasih sayang, kejayaan dan kekayaan akan menyusul. Jika bukan kekayaan harta, mereka akan memperoleh kekayaan jiwa atau lebih daripada itu mereka akan memperoleh keduanya sekali iaitu kaya harta dan kaya jiwa!#

http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=51863

ANTARA LIDAH DAN HATI

ANTARA LIDAH DAN HATI

Luqmanul Hakim seorg hamba keturunan Habsyi yg soleh. Dianugerahkan Allah ilmu pengetahuan yg tggi dan pemahaman yg mendalam. Suatu hr tuannya berkata “sembelihkan aku seekor kambing utk santapan keluarga”. Lalu Luqman menyembelih seekor kambing peliharaan spt yg diarahkan.

Selesai menyembelih, tuannya meminta kpd Luqman “keluarkan drpd kambing itu dua bahagian daging yg paling baik”

Maka Luqman memotong dua bahagian daging iaitu lidah dan hati sbg daging yg paling baik dan diserahkan kpd tuannya.

Bbrp hr Kemudian, sekali lg tuannya memerintahkan utk menyembelih seekor kambing lain utk dijadikan hidangan keluarga. Luqman mematuhi arahan tersebut dan menyembelih seekor kambing. Lalu tuannya berkata “keluarkanlah dua bahagian yg daging yg paling buruk dr kambing itu” Luqman pun memotong dua bahagian yg paling buruk iaitu lidah dan hati.

Tuannya kehairanan krn Luqman memilih bahagian daging yg sama utk bahagian terbaik dan terburuk dr seekor kambing dan bertanyakan hal tersebut kpd Luqman.

Lalu Luqman menjawab,”sesungguhnya tdk ada sesuatu pun yg lbh baik drpd hati dan lidah bila keduanya baik Dan tidak ada sesuatu pun yg lbh buruk drpd hati dan lidah bila kedua-duanya buruk”.

http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=51877