Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

DOA HARI AHAD

DOA HARI AHAD

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ  اَللَّهُمَّ انْصُرْنَا فَإِنَّكَ خَيْرُ النَّاصِرِيْنَ  وَافْتَحْ لَنَا فَإِنَّكَ خَيْرُ الْفَاتِحِيْنَ  وَاغْفِرْلَنَا وَاهْدِنَا وَلاَ تُؤَاخِذْنَا بِمَا فَعَلَ السُّفَهَاءُ مِنَّا  يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ.

اَللَّهُمَّ يَا رَحْمنُ يَا رَحِيْمُ

Ya Allah, pada hari yang berbahagia ini, kami memohon keberkatan dan keredhaan dari-Mu agar segala usaha, tindakan dan amal perbuatan kami ini diterima serta mendapat kerahmatan dari-Mu ya Allah.

اَللَّهُمَّ ياَ عَزِيْزُ ياَ قَهَّارُ

Anugerahkanlah sifat kesungguhan dan ketekunan kepada diri kami, agar sentiasa dapat melaksanakan kerja dengan penuh rasa tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Jadikanlah perkhidmatan kami ini yang lebih maju kehadapan agar segala urusan dapat diselesaikan dengan cekap, cepat dan teratur.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ . رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ . وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

DOA HARI SABTU

DOA HARI SABTU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْء ٍعِلْمًا وَأَعْطَى كُلَّ شَيْءٍ خَلْقَهُ ثُمَّ هَدَى وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ خَاتَمِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

يَا ا َلله ُ يَا كَرِيْمُ

Di hari yang mulia ini, kami berdoa memohon keredhaan. Mu untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan. Terapkanlah amalan kerja yang baik agar kami jadikan ia sebagai ibadah yang berterusan dan jauhkanlah sifat tercela, bukakanlah pintu hati kami bagi menerima segala kefahaman, curahkanlah hidayah-Mu agar dapat kami jadikannya sebaik-baik penghayatan.

يَا اَ لله ُ يَا فَتَّاحُ

Jadikanlah al-Quran itu penyuluh hati kami, tunjukkanlah jalan yang benar agar kami ikuti, jelaskanlah perkara yang batil agar kami jauhi. Corakkanlah akhlak kami dengan sifat mahmudah, lindungilah kami dari sifat mazmumah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ . رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ . وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

DOA HARI JUMAAT

DOA HARI JUMAAT

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَرَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسِ السَّلاَمِ الْمُؤْمِنِ  وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الأَمِيْنِ المَبْعُوْثِ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ.

يَا اَ لله ُ يَا قَهَّارُ

Di hari yang mulia ini, kami berdoa memohon ke hadrat Mu, satukanlah dan perteguhkanlah hati-hati kami di bawah keredhaan.Mu, lahirkanlah perasaan persaudaraan, berkasih sayang, bermuafakat, tanamkanlah ke dalam jiwa  kami sifat sabar, tekun dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan serta di permudahkan segala urusan kami.

يَا اَ لله ُ يَا مُجِيْبُ

Engkau jadikanlah perkhidmatan awam di negara ini, perkhidmatan yang berkualiti lagi cemerlang agar dengannya dapat menjadikan negara kami maju dalam segala bidang agar ianya menjadi negara yang unggul, disegani, bertaraf dunia dan mendapat keredhaan Mu ya Allah.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ . رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ . وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

DOA HARI KHAMIS

DOA HARI KHAMIS

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, ya Tuhan kami,

Di hari yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami, tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal. Kuatkanlah tekad dan semangat kami untuk berkhidmat kepada jabatan ini dengan lebih cekap serta cemerlang.

يَا اَ لله ُ يَا رَزَّاقُ

Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ . رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ . وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

DOA HARI RABU

DOA HARI RABU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا  يُوَافِيْ نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ  يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِىْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ الْكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Anugerahkanlah kami kekuatan ilmu, imam dan kebijaksanaan untuk menerokai kejayaan. Jadikanlah diri kami insan yang berpandangan jauh , komited dengan kehendak dan perubahan zaman . Berikanlah kami kesihatan agar bergerak aktif menabur khidmat bakti kepada masyarakat dan negara Malaysia tercinta agar kedaulatan tanah air teguh terpelihara.

يَا اَ لله ُ يَا قُدُّوْسُ

Engkau tanamkanlah di dalam diri kami sifat amanah, bertanggungjawab dan keimanan yang mantap . Pertingkatkanlah i’tikad dan amalan kami agar taat mengerjakan suruhan dan taat menjauhi larangan serta redha menerima dugaan dan ikhlas menyempurnakan amalan.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ . رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ . وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

DOA HARI SELASA

DOA HARI SELASA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ اَّلذِيْ فَضَّلَنَا عَلَى سَائِرِ اْلأُمَمِ  وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الأَمِيْنِ  المَبْعُوْثِ رَحْمَةً لِّلْعَالَمِيْنَ.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi

يَا اَ لله ُيَا خَبِيْرُ

Di hari yang mulia ini kami memohon taufik dan kesejahteraan dari-Mu. Anugerahkanlah kami kekuatan ilmu , iman dan cetusan idea yang bernas bagi meningkatkan mutu kerja dan kecekapan supaya ianya dapat memenuhi ekspektasi pelanggan dan jabatan.

يَا اَ لله ُ يَا رَحْمنُ

Engkau tunjukkanlah kami kearah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang supaya bekerja dengan penuh dedikasi, amanah dan bertanggungjawab.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ . رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ . وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

DOA HARI ISNIN

DOA HARI ISNIN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِه أَجْمَعِيْنَ

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia para Nabi dan Rasul dan penghulu kami junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

يَا اَ لله ُ يَا شَكُوْرُ

Di hari yang mulia serta penuh keberkatan ini, kami melahirkan kesyukuran kami kepada-Mu kerana diberi peluang untuk memartabatkan perkhidmatan awam di negara ini.

يَا اَ لله ُ يَا رَحِيْمُ

Kami memohon restu dan kasih saying-Mu yang berkekalan dalam menjalankan tugas dan kewajipan yang diamanahkan. Jadikanlah kami golongan yang produktif dan berkualiti. Golongan yang berjaya melaksanakan tugas dengan sempurna dan berkesan. Ya Allah, hindarkan kami dari sifat-sifat lemah, malas dan suka bertangguh-tangguh dalam menjalankan tugas.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ . رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ . وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

DOA SEBELUM MENJALANKAN TUGAS 3

DOA SEBELUM MENJALANKAN TUGAS 3

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِه أَجْمَعِيْنَ . اَللّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ، وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ

يَا اللهُ يَا رَحْمن

Kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan.

يَا اَ لله ُ يَا شَكُوْرُ

Perbaikilah diri antara kami, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat dan selamatkan kami daripada kegelapan kepada yang terang, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji, baik yang nampak, mahupun yang tersembunyi didalam kami menjalankan tugas seharian.

يَا اللهُ يَا رَزَّاق

Limpahkan keberkatan kepada kami, pendengaran dan penglihatan kami, para isteri dan anak-anak kami, sahabat handai dan rakan taulan kami serta pemimpin kami yang telah berjasa kepada kami.

رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِى أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا، وَانْصُرْنَا عَلَى الْقُوْمِ الْكَافِرِيْنَ . رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن

DOA SEBELUM MENJALANKAN TUGAS 2

DOA SEBELUM MENJALANKAN TUGAS 2

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأَمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِ أَجْـمَعِيْنَ.  اَللّهُمَّ إِنَّا نَسْئَلُكَ الْهُدى وَالتُّقى وَالْعَفَافَ وَالْغِنى.

يَا اللهُ يَا رَحْمن

Kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami meneruskan perjuangan hidup pada hari ini dengan penuh kenikmatan dan kesejahteraan.

يَا اللهُ يَا رَزَّاق

Kurniakanlah kami kecintaan keinginan dan kecenderungan bekerja dengan penuh iltizam dan dedikasi untuk mencapai kecemerlangan.

يَا اللهُ يَا قُدُّوْس

Kurniakanlah kepada kami kesatuan hati dan perasaan dalam mengurus dan mengemudi organisasi kami ke arah perkhidmatan yang cemerlang, kurniakanlah kami kekuatan kesatuan ashabul kahfi, sehingga kami mampu menunaikan segala tanggungjawab dan amanah menerusi kerja berpasukan, suburkanlah hati kami dengan berbaik sangka, berlapang dada, bantu membantu, sokong mendokong rakan seperjuangan kami sehingga kami dapat menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul.

رَبَّنَا لاَتُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْهَدَيْتَنَا، وَهَبْ لَنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً

إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابِ . رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن

DOA SEBELUM MENJALANKAN TUGAS 1

DOA SEBELUM MENJALANKAN TUGAS 1

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِه أَجْمَعِيْنَ . اَللّهُمَّ أَعِنَّا عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

يَا اللهُ يَا ذَالْجَلاَلِ وَالْإِكْرَامِ

Di hari yang mulia ini, kami melahirkan kesyukuran kami kepada Mu kerana diberi peluang untuk memartabatkan pasukan Polis DiRaja Malaysia di negara ini.

يَا اَ لله ُ يَا شَكُوْرُ

Kami memohon restu dan kasih sayang Mu yang berkekalan dalam menjalankan tugas dan kewajipan yang diamanahkan. Jadikanlah kami golongan yang produktif dan berkualiti serta berjaya melaksanakan tugas dengan sempurna dan berkesan. Hindarkanlah kami dari sifat-sifat lemah, malas  dan suka bertangguh-tangguh dalam menjalankan tugas.

يَا اَ لله ُ يَا رَحِيْمُ

Kami memohon rahmat Mu, berikanlah hidayah kepada hati kami, cantumkanlah apa yang berselerak di kalangan kami, perbaikilah hal agama dan dunia kami, bersihkanlah pekerjaan kami, berilah cahaya kepada muka kami, berilah ilham kepada kami bagi mendapatkan jalan yang lurus serta benar, peliharalah kami dari segala kejahatan dan kemaksiatan dunia.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ . رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ . وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ