Kedaulatan makanan negara semasa krisis pandemik : Di manakah peranan kita?
Puan Norkumala binti Awang 12/06/2020
Malaysia telah menduduki tangga ke-28 pada tahun 2019 berbanding tempat ke-48 pada tahun 2018 dalam Global Food Security Index. Situasi ini telah menempatkan Malaysia berada pada tempat kelima yang mempunyai skor tertinggi status sekuriti makanan di Asia Pasifik. Walau bagaimanapun, rekod tersebut bukan satu jaminan bahawa bekalan makanan di Malaysia tidak terancam dengan penularan pandemik Covid-19. Aspek sekuriti makanan tidak boleh dipandang remeh tetapi harus dimantapkan lagi.
Penularan wabak Covid-19 yang tidak terjangka memberi impak kepada siap siaga negara dalam menghadapi kejutan krisis bekalan makanan. Ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bertujuan untuk mengekang penularan Covid-19, sudah pasti menimbulkan ancaman terhadap ketersediaan bekalan makanan untuk satu tempoh yang lama. Ketidakstabilan dan ketidakpastian dalam rantaian pengeluaran makanan semasa pandemik akan memberi risiko berlarutan kepada hala tuju sektor makanan negara khususnya jaminan sekuriti makanan sekiranya tidak ditangani secara tuntas. Apakah krisis Covid-19 yang melanda seluruh dunia pada hari ini benar-benar memberi kesan kritikal dan menterjemah hakikat sebenar status bekalan makanan di Malaysia?
Sekuriti makanan negara perlu dilihat secara multidimensi daripada aspek kestabilan, ketersediaan, kemudahan dan kemampuan untuk memperoleh makanan selamat serta berkhasiat supaya dapat dinikmati oleh semua individu sepanjang masa termasuk dalam menghadapi saat kegetiran wabak pandemik. Maka, sudah pasti sudut kedaulatan makanan tidak boleh dipandang ringan untuk memastikan keupayaan dan tahap kemandirian bekalan makanan lokal sesebuah negara dalam menghadapi ancaman penularan wabak.
Kedaulatan makanan ialah penggunaan makanan sihat dan sesuai mengikut keperluan masyarakat tempatan dengan mengutamakan pengeluaran untuk pasaran tempatan serta hak untuk menentukan, melindungi dan mengawal pengeluaran pertanian dan ternakan dalam sistem pertanian negara. Untuk itu, usaha meningkatkan hasil pengeluaran makanan tempatan perlu digembleng di samping dapat mengurangkan kebergantungan terhadap makanan import. Ini kerana wabak pandemik yang melanda seluruh dunia mungkin akan berlanjutan dalam suatu tempoh yang panjang dan sudah pasti menjadi dilema kepada negara pengimport untuk memastikan keperluan warganya mencukupi terlebih dahulu sebelum dieksport keluar.
Fenomena pembelian panik mencetuskan kesukaran ketersediaan makanan sepertimana yang berlaku pada permulaan fasa PKP diperintahkan. Situasi ini menyebabkan manipulasi harga barangan yang akan terus menyaksikan peningkatan harga dan pengurangan bekalan makanan.
Beras merupakan makanan ruji di Malaysia di samping keperluan tanaman lain serta penternakan. Justeru, penumpuan harus diberikan untuk memastikan persediaan bekalan beras tempatan, sumber tanaman lain dan haiwan ternakan mencukupi untuk satu jangka masa panjang, Kos penghasilan sumber makanan dapat dikurangkan dan dikawal selia dengan penyaluran bantuan seperti subsidi baja, padi dan bank biji benih serta sistem pengairan sebagai sumber air untuk pertanian dapat naik taraf. Di samping itu, pembangunan tanah-tanah terbiar dan tanah wakaf perlu diteroka bagi aktiviti pertanian dan penternakan demi memastikan kadar tahap sara diri (SSL) terus meningkat dan negara tidak bergantung kepada sumber import sekiranya terus berdepan dengan kesukaran yang tidak boleh dijangka.
Golongan petani harus terus dibantu dengan pakej rangsangan dan program penggalakan yang konsisten agar lebih ramai masyarakat menceburi bidang pertanian bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan. Teknologi baharu perlu diaplikasikan bagi meningkatkan produktiviti makanan dan memberi nilai tambah dalam memastikan agihan bekalan dan penggunaan makanan tidak terputus serta mampu menyelesaikan masalah kekurangan tenaga buruh. Usaha melalui pendekatan teknologi diharapkan dapat mengeluarkan masyarakat daripada belenggu ketidakcukupan makanan dan menjaga kedaulatan makanan negara.
Justeru, apakah peranan yang seharusnya diambil oleh masyarakat dalam memastikan ketersediaan makanan terus berlangsung di samping usaha-usaha kerajaan yang dikenal pasti bagi membantu kelangsungan kedaulatan makanan negara? Dalam tempoh PKP, setiap individu harus memanfaatkan masa terluang dengan menanam tanaman sayuran asas di halaman rumah atau menggunakan kaedah dan teknologi tertentu sekiranya tiada tanah untuk menanam. Langkah ini akan mengurangkan perbelanjaan isi rumah untuk kegunaan dapur masing-masing pada saat-saat mencabar ini.
Dalam keadaan getir ini, sebagai umat Islam harus bersyukur dengan kadar rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah dan perlu berusaha untuk membaik pulih keadaan yang sedang dilalui kini dengan usaha dan langkah yang konstruktif dengan mengambil inspirasi daripada ayat 27 surah as-Sajadah yang dirakamkan oleh Allah dalam al-Quran, yang bermaksud “Dan tidakkah mereka (yang tidak mahu taat dan bersyukur) itu melihat bahawa Kami mengarahkan turunnya hujan ke bumi yang kering kontang, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman-tanaman, yang daripadanya dimakan oleh binatang-binatang ternak mereka dan mereka sendiri? Maka mengapa mereka tidak mahu memerhati (semuanya itu supaya taat dan bersyukur)?”
Islam mengambil berat terhadap kesan ketidakcukupan makanan yang akan menggugat keimanan seseorang. Ini kerana apabila diuji dengan kelaparan dan ketidakcukupan makanan, manusia sanggup melakukan apa sahaja bagi memenuhi keperluannya walaupun dilarang dalam Islam. Sehubungan itu, situasi yang dihadapi pada hari ini cukup membimbangkan apabila PKP yang sedang dilaksanakan menggugat status ekonomi seterusnya mengganggu rantaian bekalan makanan yang sedia ada. Kebimbangan dijangkiti wabak Covid-19 tetap ada, namun kesempitan hidup untuk mendapat keperluan makanan khususnya, akan menyebabkan masyarakat terdesak mencetuskan pula masalah jenayah dan kebejatan sosial yang lebih kritikal. Kelumpuhan ekonomi menyekat kemampuan masyarakat untuk mendapatkan makanan dan keperluan lain. Ekonomi yang tidak dipulihkan akan menimbulkan ketidakseimbangan yang lebih dahsyat kepada masyarakat seperti masalah kesihatan yang lain, keganasan domestik dan masalah sosial yang lebih sukar dan mengambil masa yang lama untuk dikawal.
Justeru, langkah membuka semula sektor ekonomi penting semasa fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan memastikan kelangsungan sektor rantaian makanan agar stok pengeluaran mencukupi dan berada pada tahap selamat seterusnya dapat mengaplikasikan langkah strategik dalam memelihara kedaulatan makanan negara dan mengurangkan kebergantungan makanan import serta memperkasa sosioekonomi para petani.
Salah satu masalah kewangan yang sering dihadapi oleh ramai dalam kalangan kita ialah ketiadaan atau ketidakcukupan simpanan bagi menampung keperluan pada saat yang tidak terduga. Hal ini terbukti menerusi beberapa kajian yang dilakukan oleh pelbagai agensi kerajaan seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), mahupun agensi-agensi antarabangsa seperti World Bank atau OECD International Network on Financial Education.
Terbaharu, satu lagi kajian membuktikan kewujudan isu yang dinyatakan di sini. Kajian oleh Jabatan Perangkaan Malaysia yang bertajuk Survei Khas Kesan Covid-19 Kepada Ekonomi Dan Individu (Pusingan 1) yang diadakan secara atas talian daripada 23 – 31 Mac 2020 menunjukkan 71.4% responden yang bekerja sendiri mempunyai simpanan yang hanya mencukupi kurang daripada sebulan sahaja. Ini diikuti oleh pekerja swasta sebanyak 58% dan golongan majikan sebanyak 49.2%. Hanya 2.4% daripada responden yang bekerja sendiri mempunyai simpanan melebihi 6 bulan. Manakala kategori pekerja swasta dan golongan majikan masing-masing hanya 3.6% dan 5.5% sahaja yang mempunyai simpanan melebihi tempoh tersebut.
Kita menyaksikan sendiri bagaimana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula secara berperingkat mengikut fasa daripada 18 Mac 2020 sehingga 12 Mei 2020 telah menyebabkan ramai dalam kalangan anggota masyarakat yang terkesan daripada segi kewangan kerana tidak dapat keluar mencari rezeki seperti lazimnya. Semasa peringkat awal PKP dikuatkuasakan, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) misalnya dilaporkan menerima sebanyak 100000 permohonan daripada pelbagai kaum dan agama bagi Bantuan Khas Musaadah Khaira PPZ. Projek Zero Hunger anjuran Yayasan Brainy Bunch dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula merekodkan lebih 100000 permohonan untuk mendapatkan bantuan makanan asas daripada seluruh negara sepanjang tempoh PKP. Angka-angka ini secara tidak langsung menceritakan kepada kita bahawa ramai yang terkesan akibat PKP dan mereka yang tidak mempunyai simpanan yang mencukupi merupakan mereka yang paling terkesan sekali.
Dalam Laporan Survei Khas Kesan Covid-19 kepada Ekonomi dan Individu (Pusingan 2) yang juga dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dalam tempoh 10 April hingga 24 April 2020 pula ada menyebut bahawa 96.8 peratus atau 40,076 responden menyatakan memperoleh faedah daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin yang diperkenal oleh pihak kerajaan bagi menangani kesan wabak ini. Dengan kata lain pihak kerajaan telah sedikit sebanyak berjaya mengurangkan kesan ekonomi yang ditanggung oleh rakyat akibat penularan wabak Covid-19 ini. Tanpa Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin ini, adalah sukar untuk anggota masyarakat untuk mengharungi tempoh PKP tersebut.
Sebenarnya, kesukaran yang dihadapi masyarakat akan berterusan walaupun PKP ini ditamatkan. Keperluan untuk membiasakan pelbagai norma kehidupan yang baharu ialah sesuatu yang penting pasca PKP nanti. Justeru ini juga akan memberi kesan kepada permulaan semula operasi ekonomi kerana majikan dan pihak industri perlu mematuhi pelbagai prosedur baharu bagi memastikan tidak berlaku penularan semula wabak Covid-19 ini. Dengan kata lain, ekonomi akan mengambil masa untuk kembali beroperasi pada skala yang asal. Ini seterusnya akan memberi kesan kepada aspek pertumbuhan ekonomi negara. Bagi anggota masyarakat kesan ini wujud daripada segi mendapatkan pekerjaan dan tahap pendapatan yang diterima.
Bagaimanapun kesukaran-kesukaran yang berkaitan dengan masalah pengurusan wang tidak akan menjadi satu isu yang besar sekiranya setiap kita mempunyai perancangan kewangan yang betul. Secara amnya perancangan kewangan merujuk kepada cara seseorang itu mengurus harta bagi mencapai matlamat kewangan yang diingininya. Dalam suasana sekarang keperluan kepada pengetahuan ilmu perancangan kewangan menjadi lebih mendesak kerana kita berhadapan dengan pelbagai cabaran kewangan terutamanya yang menyentuh soal peningkatan kos sara hidup dan kenaikan gaji atau upah yang perlahan. Jadi mereka yang tahu mengurus dan merancang kewangan mempunyai kelebihan daripada segi menentukan kemampuan berbelanja, mengendali beban hutang dan menentukan tahap tabungan yang boleh dicapai pada setiap peringkat kehidupan yang dilaluinya.
Merujuk kembali kepada survei yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, majoriti responden ialah kaum bumiputera iaitu seramai 89.3% daripada 168 162 jumlah responden untuk pusingan 1 dan 90.3% daripada 41 386 jumlah responden untuk survei pusingan 2. Justeru dapatan survei ini juga boleh dianggap sebagai mencerminkan tahap kesihatan kewangan golongan bumiputera yang rata-rata beragama Islam.
Kemampuan individu untuk membuat perancangan kewangan pula ada hubungan dengan tahap literasi kewangan. Literasi kewangan bagi orang Islam boleh didefinisikan sebagai kombinasi kesedaran, pengetahuan, sikap dan tingkah laku yang diperlukan bagi membuat satu keputusan kewangan yang betul yang selaras dengan prinsip syariah yang seterusnya membantu individu mencapai matlamat kejayaan hidup yang hakiki di dunia dan akhirat (al-falah). Dalam satu penjelasan mudah celik kewangan Islam merujuk kepada kemampuan seseorang Muslim mengkoordinasi pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan tindakan untuk mengurus sumber kewangannya selaras dengan ajaran Islam.
Di sini, masyarakat Islam perlu disedarkan bahawa literasi kewangan ada kaitan dengan aspek mencapai matlamat Syariah yang digariskan oleh Islam. Tanpa kekuatan ekonomi dan sumber kewangan yang mencukupi (hifz al-mal), urusan meninggikan syiar Islam, memperkasa akal, menjaga nyawa dan keturunan adalah sukar untuk dilaksanakan.
Seterusnya literasi kewangan ini bertitik tolak daripada ilmu pengetahuan. Dalam Islam, urusan menuntut ilmu ialah satu usaha yang berterusan yang tidak dibatasi faktor usia. Oleh yang demikian perlu ada usaha daripada pelbagai pihak bagi meningkatkan tahap literasi kewangan dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Menerusi usaha-usaha ini diharap masyarakat Islam mampu membuat perancangan kewangan mereka dengan baik. Ini bukan sahaja membolehkan mereka mengharungi kejutan-kejutan ekonomi di sepanjang kehidupan mereka dengan baik bahkan mampu membantu dalam mencapai objektif-objektif yang digariskan Syariah.
Bermula 1 Jun 2020, semakin banyak pejabat yang kembali beroperasi setelah ditutup kerana Perintah Kawalan Pergerakan/Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP/PKPB). Ini bererti semakin ramai pekerja kembali bertugas di pejabat serta menempuhi rutin hidup seperti biasa. Betul, hidup perlu diteruskan tetapi ia perlu diteruskan dengan mengamalkan kelaziman-kelaziman baru seperti memakai pelitup muka ketika di pejabat, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau dengan hand sanitizer, menjaga jarak sosial dan seumpamanya.
Pengalaman di China dan beberapa buah negara Eropah yang kembali beroperasi seperti biasa selepas perintah berkurung mendapati bahawa virus COVID-19 kembali menyerang. Walaupun pengalaman seumpama ini menakutkan, namun, ia tidak sepatutnya mematahkan semangat kita. Dengan mengamalkan langkah berjaga-jaga yang disarankan, kita mampu memelihara diri dan orang di sekeliling kita dariPADA dijangkiti wabak ini.
Di pejabat-pejabat kerajaan misalnya, langkah berjaga-jaga ini dikenali sebagai Norma Baharu Amalan Seharian Warga Kerja yang menetapkan agar perkara-perkara berikut diamalkan: (i) memeriksa suhu badan setiap hari, (ii) kerap membasuh tangan dengan air dan sabun serta sering menggunakan hand sanitizer; (iii) memakai pelitup muka; (iv) mengelakkan sentuhan dengan rakan sekerja; (v) mengamalkan penjarakan sosial; (vi) terus pulang ke rumah selepas kerja; dan, (vii) berdoa dijauhi wabak.
Pada masa yang sama, perkara-perkara berikut hendaklah dielakkan: (i) bersalaman; (ii) bersentuhan; (iii) menghadiri perhimpunan; (iv) berkumpul beramai-ramai; dan, (v) bekerja dalam kawasan tertutup.
Pastinya langkah berjaga-jaga yang sama perlu diamalkan di pejabat swasta mahupun di tempat-tempat awam. Kerajaan telah memberikan garis panduan bagaimana kita perlu meneruskan kehidupan pasca PKP/PKPB ini demi membendung wabak COVID-19. Kini bergantung kepada kita, untuk mematuhinya atau mengengkarinya.
Sebagai orang Islam yang diarahkan untuk kembali bertugas di pejabat, kita sepatutnya bersyukur kerana masih boleh bekerja. Seperti yang dimaklumi, ramai yang kehilangan kerja dan punca pendapatan akibat PKP/PKPB. Maka, bagi mensyukuri kerja yang masih dimiliki itu, marilah kita berazam untuk bekerja bersungguh-sungguh walaupun dalam situasi yang sedikit mencabar seperti menaiki kenderaan awam yang boleh meningkatkan risiko jangkitan, mahupun bekerja dengan memakai pelitup muka sepanjang masa.
Mungkin juga ramai yang tidak sabar untuk masuk bekerja kerana Bekerja Dari Rumah (BDR) bukanlah pilihan terbaik untuk mereka. Dalam satu kaji selidik di China yang dilakukan oleh Zhang Xiaomen, seorang ahli akademik dalam bidang Tingkah laku Organisasi dari sebuah Fakulti Perniagaan, didapati bahawa dari 5835 orang responden, 53 peratus daripadanya mengakui bahawa keberkesanan mereka sebagai pekerja menurun apabila BDR; 37 peratus lagi merasakan tiada perubahan, manakala hanya 10 peratus yang mengakui bahawa keberkesanan mereka meningkat ketika BDR. Jadi, kepada majoriti pekerja, kembali ke pejabat adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu.
Justeru, untuk meneruskan hidup pasca PKP/PKPB ini, sama ada untuk kembali bekerja di pejabat atau aktiviti lainnya, kita perlu mengamalkan Norma Baharu Amalan Seharian. Jika dahulu gincu bibir menjadi penyeri wajah kita, kini pelitup muka menjadi penyelamat nyawa kita. Jika dahulu waktu makan tengah hari menjadi tempat kita bersosial dengan kawan-kawan di pejabat, kini kita mungkin perlu makan bersendirian. Jika dahulu kita mengharapkan pekerja pencucian membersihkan bilik pejabat kita sekali atau dua kali seminggu, kini kita sendiri yang perlu melakukannya setiap hari.
Begitu juga, jika sebelum PKP/PKPB kita sering membawa keluarga berjalan-jalan di pusat membeli belah di hujung minggu, mungkin aktiviti ini tidak lagi boleh diteruskan buat masa ini. Jika dahulu kita sering makan di luar bersama keluarga, kini kita hanya makan di rumah. Sekiranya kita ingin makan di luar sekalipun, kita perlu memilih tempat makan yang memenuhi garis panduan (SOP) yang ditetapkan.
Norma Baharu Amalan Seharian ini dilihat memenuhi prinsip Islam dalam penjagaan kesihatan iaitu prinsip “la darar wala dirar” yang bermaksud, “Tidak ada sebarang mudarat dan tidak ada juga perbuatan membalas kemudaratan.” Menurut prinsip ini, orang Islam tidak boleh melakukan sesuatu yang memudaratkan dirinya dan/atau memudaratkan orang lain.
Dalam konteks kita sedang berhadapan dengan wabak COVID-19 ini, tidak memakai pelitup muka dan tidak mencuci tangan dengan kerap bererti kita memudaratkan diri kita sendiri kerana mendedahkan diri kita kepada virus tersebut. Manakala tidak mematuhi saranan-saranan agar kita mengelakkan sentuhan atau menghadiri perhimpunan mungkin menyebabkan kita memudaratkan orang lain dengan menyebarkan virus ini kepada mereka.
Pada masa yang sama, norma baharu ini juga adalah ikhtiar kita untuk mengelakkan diri, keluarga dan masyarakat daripada virus dan penularan wabak ini. Setelah segala ikhtiar ini kita laksanakan, jangan pula kita lupa untuk berdoa kepada Allah Yang Maha Pelindung agar melindungi diri kita, keluarga dan masyarakat kita daripada wabak ini. Sesungguhnya doa adalah senjata terbaik untuk orang Islam, di samping mengambil langkah-langkah pencegahan dengan sebaik mungkin.https://www.ikim.gov.my/index.php/2020/06/28/kehidupan-pasca-pkp-pkpb/
Kali ini kita masuk bahasan terakhir dari pembahasan Syarhus Sunnah karya Imam Al-Muzani, penjelasan mengenai perintah menjauhi yang haram, syubhat, dan akhlak jelek.
“Hendaklah menjauhi keharaman dan menjaga diri dari namimah (adu domba), dusta, ghibah (membicarakan jelek orang lain), serta berlaku semena-mena dengan tanpa alasan yang benar, juga menjauhi berkata tentang Allah tanpa ilmu. Ini semua merupakan dosa-dosa besar yang diharamkan. Hendaklah memperhatikan pula pekerjaan, makanan yang haram, juga memperhatikan minuman dan pakaian. Hendaklah menjauhi syahwat (yang diharamkan) karena ia adalah faktor yang mengantarkan seseorang pada keharaman. Barangsiapa menggembala di sekitar tanah larangan dikhawatirkan ia akan terjerumus ke dalamnya.
Barangsiapa yang dimudahkan melakukan ini semua, maka ia berada di atas petunjuk agama, dan diharapkan akan mendapatkan kasih sayang Allah.
Semoga Allah memberikan taufik kepada kami dan Anda semua untuk meniti jalan-Nya yang lurus dengan anugerah Allah yang melimpah sejak dulu kala dan kemuliaan Allah yang tinggi lagi agung.
Semoga keselamatan bagi yang mengucapkan salam untuk kami, sedangkan orang-orang yang sesat tidak mendapatkan keselamatan. Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam.
Telah tamat risalah ini, alhamdulillah berkat anugerah dari Allah. Shalawat Allah kepada Muhammad, keluarga, sahabat, para istri beliau yang suci, dengan salam yang banyak bagi mereka semua.”
“Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (surga).” (QS. An-Nisaa’: 31)
“(Yaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu maha luas ampunan-Nya. Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan)mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.” (QS. An-Najm: 32)
Jauhilah Tujuh Dosa Besar!
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,
“Jauhilah tujuh dosa yang membinasakan (al-muubiqaat).” Mereka berkata, “Wahai Rasulullah, apa saja dosa yang membinasakan tersebut?” Beliau bersabda, “(1) Syirik kepada Allah, (2) sihir, (3) membunuh jiwa yang haram untuk dibunuh kecuali jika lewat jalan yang benar, (4) makan riba, (5) makan harta anak yatim, (6) lari dari medan perang, (7) qadzaf (menuduh wanita mukminah yang baik-baik dengan tuduhan zina).” (HR. Bukhari, no. 2766 dan Muslim, no. 89)
Jauhi akhlak yang jelek
Pertama: Namimah
Namimah adalah usaha untuk membuat hubungan orang lain rusak dengan menyebar perkataan. Yahya bin Abi Katsir Al-Yamami berkata, “Orang yang berbuat namimah membuat kerusakan hanya dalam waktu sesaat mengalahkan kerusakan yang diperbuat tukang sihir dalam waktu sebulan.” (Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam Hilyah Al-Auliya’, 3:70)
Kedua: Dusta
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tahukah engkau apa itu ghibah?” Mereka menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.” Ia berkata, “Engkau menyebutkan kejelekan saudaramu yang ia tidak suka untuk didengarkan orang lain.” Beliau ditanya, “Bagaimana jika yang disebutkan sesuai kenyataan?” Jawab Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Jika sesuai kenyataan berarti engkau telah mengghibahnya. Jika tidak sesuai, berarti engkau telah memfitnahnya.” (HR. Muslim, no. 2589).
Dosa ghibah sudah disebutkan dalam firman Allah Ta’ala berikut ini,
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka, karena sebagian dari prasangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang. Jangan pula menggunjing satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al Hujurat: 12)
Tiga hal di atas merusak hubungan sesama saudara muslim. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sudah mengingatkan hal ini.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Janganlah kalian saling hasad (mendengki), janganlah saling tanajusy (menyakiti dalam jual beli), janganlah saling benci, janganlah saling membelakangi (mendiamkan), dan janganlah menjual di atas jualan saudaranya. Jadilah hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara untuk muslim lainnya. Karenanya, ia tidak boleh berbuat zalim, menelantarkan, berdusta, dan menghina yang lain. Takwa itu di sini–beliau memberi isyarat ke dadanya tiga kali–. Cukuplah seseorang berdosa jika ia menghina saudaranya yang muslim. Setiap muslim atas muslim lainnya itu haram darahnya, hartanya, dan kehormatannya.’” (HR. Muslim, no. 2564)
“Katakanlah: “Rabbku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak atau pun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.” (QS. Al-A’raf: 33)”
Ibnul Qayyim -rahimahullah- ketika menjelaskan ayat di atas mengatakan, “Allah mengurutkan keharaman menjadi empat tingkatan. Allah memulai dengan menyebutkan tingkatan dosa yang lebih ringan yaitu al fawaahisy (perbuatan keji). Kemudian Allah menyebutkan keharaman yang lebih dari itu, yaitu melanggar hak manusia tanpa jalan yang benar. Kemudian Allah beralih lagi menyebutkan dosa yang lebih besar lagi yaitu berbuat syirik kepada Allah. Lalu terakhir Allah menyebutkan dosa yang lebih besar dari itu semua yaitu berbicara tentang Allah tanpa ilmu. Larangan berbicara tentang Allah tanpa ilmu ini mencakup berbicara tentang nama dan shifat Allah, perbuatan-Nya, agama dan syari’at-Nya. Lihat I’lam Al-Muwaqi’in, Ibnul Qayyim, 1:38, Darul Jail Beirut.
Semua hal di atas termasuk dosa besar
Yang dimaksud dosa besar (al-kabair) adalah setiap dosa yang diancam neraka, terkena laknat, dimurkai, atau dikenai siksa. Hal ini disebutkan oleh Ibnu Jarir dalam tafsirnya, dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma. (Tafsir Ath-Thabari, 5:59)
Waspada dari yang Haram (Makanan, Minuman, Pakaian, Pekerjaan)
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Sesungguhnya Allah Ta’ala itu baik (thayyib), tidak menerima kecuali yang baik (thayyib). Dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada kaum mukminin seperti apa yang diperintahkan kepada para Rasul. Allah Ta’ala berfirman, ‘Wahai para rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal shalih.’ (QS. Al-Mu’minun: 51). Dan Allah Ta’ala berfirman, ‘Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang Kami berikan kepadamu.’ (QS. Al-Baqarah: 172). Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan seseorang yang lama bepergian; rambutnya kusut, berdebu, dan menengadahkan kedua tangannya ke langit, lantas berkata, ‘Wahai Rabbku, wahai Rabbku.’ Padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan ia dikenyangkan dari yang haram, bagaimana mungkin doanya bisa terkabul.” (HR. Muslim, no. 1015)
Jauhi yang Masih Syubhat
Dari Abu ‘Abdillah An-Nu’man bin Basyir radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata bahwa ia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Sesungguhnya yang halal itu jelas, sebagaimana yang haram pun jelas. Di antara keduanya terdapat perkara syubhat yang masih samar yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Barangsiapa yang menghindarkan diri dari perkara syubhat, maka ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang terjerumus ke dalam perkara syubhat, maka ia bisa terjatuh pada perkara haram. Sebagaimana ada penggembala yang menggembalakan ternaknya di sekitar tanah larangan yang hampir menjerumuskannya. Ketahuilah, setiap raja memiliki tanah larangan dan tanah larangan Allah di bumi ini adalah perkara-perkara yang diharamkan-Nya. Ingatlah di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka seluruh jasad akan ikut baik. Jika ia rusak, maka seluruh jasad akan ikut rusak. Ingatlah segumpal daging itu adalah hati (jantung).” (HR. Bukhari, no. 2051 dan Muslim, no. 1599)
Semoga risalah ini bermanfaat, begitu pula berbagai syarh yang telah disajikan.
Alhamdulillahi rabbil ‘alamiin. Wa shallallahu wa sallama ‘ala nabiyyinaa Muhammad wa ‘ala aalihi wa shahbihi ajma’iin.
Referensi:
Syarh As-Sunnah. Cetakan kedua, Tahun 1432 H. Imam Al-Muzani. Ta’liq: Dr. Jamal ‘Azzun. Penerbit Maktabah Dar Al-Minhaj.
Ta’liqah ‘ala Syarh As-Sunnah li Al-Imam Al-Muzani. Syaikh ‘Abdur Razzaq bin ‘Abdul Muhsin Al-Badr. C&P.
Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.
• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.
• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.
• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.
• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.
• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.
• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.
• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.
• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar. C&P.
BarokahWorks mengambil inisiatif membantu keluarga yang terkesan dengan “Total Lockdown”.
Jika anda atau jiran anda atau mengetahui ada keluarga dalam kesusahan, sila hubungi kami segera. Syarikat kami akan menguruskan bantuan ke kawasan berkenaan.
Kami hanya perlukan maklumat dibawah:
1. Nama:
2. No Tel:
3. Alamat:
4. Total seisi rumah:
Antara barangan yang setiap keluarga akan menerima:
Beras – 5kg
Gula – 1kg
Minyak masak – 2kg
Mee hoon – 400gram
Tepung – 1 kg
Krimet Manis – 500g
Sardin – 125g
Kopi – 180g
Garam – 400g
Sos Cili – 350g
Mi segera (kari) – 357g
Telur – 30biji
Ayam – 1kg
Daging – 1kg
Ikan – 1kg
Syampu – 1 botol
Sabun pakaian – 1 botol
Sabun Serbaguna 1 botol
Jika anda TIDAK MEMERLUKAN, setidak-tidaknya mohon forward / kongsi mesej ni kepada group-group whatsapp anda.
Jika anda perlukan bantuan, hantarkan ikon 🏳️ ke link dibawah:
Memang lisan tidak bertulang. Apabila keliru menggerakkannya akan mencampakkan kita dalam murka Allah subhanahu wa taala yang berakhir dengan neraka-Nya. Lisan akan memberikan ta’bir (mengungkapkan) tentang baik-buruk pemiliknya. Inilah ucapan beberapa ulama tentang bahaya lisan:
1⃣ Anas bin Malik radhiallahu anhu:
“Segala sesuatu akan bermanfaat dengan kadar lebihnya, kecuali perkataan. Sesungguhnya berlebihnya perkataan akan membahayakan.”
2⃣ Abu Ad-Darda radhiallahu anhu:
“Tidak ada kebaikan dalam hidup ini kecuali salah satu dari dua orang: orang yang diam namun berpikir atau orang yang berbicara dengan ilmu.”
3⃣ Al-Fudhail rahimahullah:
“Dua perkara yang akan bisa mengeraskan hati seseorang adalah banyak berbicara dan banyak makan.”
4⃣ Sufyan Ats-Tsauri rahimahullah:
“Awal ibadah adalah diam, kemudian menuntut ilmu, kemudian mengamalkannya, kemudian menghafalnya lantas menyebarkannya.”__
5⃣ Al-Ahnaf bin Qais rahimahullah:**
“Diam akan menjaga seseorang dari kesalahan lafadz (ucapan), memelihara dari penyelewangan dalam pembicaraan, dan menyelamatkan dari pembicaraan yang tidak berguna, serta memberikan kewibawaan terhadap dirinya.”
6⃣ Abu Hatim rahimahullah:
“Lisan orang yang berakal berada di belakang hatinya. Bila dia ingin berbicara, dia mengembalikan ke hatinya terlebih dulu. Jika terdapat (maslahat) baginya maka dia akan berbicara. Bila tidak ada (maslahat) dia tidak (berbicara). Adapun orang yang jahil (bodoh), hatinya berada di ujung lisannya sehingga apa saja yang menyentuh lisannya membuat dia akan (cepat) berbicara. Seseorang tidak (dianggap) mengetahui agamanya hingga dia mengetahui lisannya.”
7⃣ Yahya bin Uqbah rahimahullah:
“Aku mendengar Ibnu Masud radhiallahu anhu berkata, Demi Allah yang tidak ada sesembahan yang benar selain-Nya, tidak ada sesuatu yang lebih pantas untuk lama dipenjarakan daripada lisan.”
8⃣ Muarrif Al-Ijli rahimahullah:
“Ada satu hal yang aku terus mencarinya semenjak sepuluh tahun dan aku tidak berhenti untuk mencarinya.”
Seseorang bertanya kepadanya:
“Apakah itu, wahai Abu al-Mu’tamir?”
Mu’arrif menjawab,
“Diam dari segala hal yang tidak berfaedah bagiku.”
Sumber:
(Lihat Raudhatul ‘Uqala wa Nuzhatul Fudhala karya Abu Hatim Muhammad bin Hibban Al-Busti, hlm. 37—42)
1. Hendaklah kamu mengurangi banyak berbicara, niscaya hatimu akan menjadi lembut. Dan perbanyaklah diam, niscaya kamu akan memiliki sifat wara’ (berhati-hati).
2. Dan janganlah berambisi terhadap urusan dunia dan menjadi seorang pendengki, niscaya kamu akan mudah dalam memahami (sesuatu).
3. Dan janganlah suka mencaci-maki orang lain, niscaya kamu akan selamat dari cercaan mereka. Dan hendaknya menjadi orang yang penyayang, niscaya kamu akan dicintai oleh manusia.
4. Dan hendaklah selalu meridhoi rezeki yang telah ditetapkan Allah ‘Azza wa Jalla kepadamu, niscaya kamu akan menjadi manusia yang selalu merasa cukup.
5. Bertawakkallah selalu kepada Allah ‘Azza wa Jalla, niscaya kamu akan menjadi pribadi yang kuat lagi optimis.
6. Dan janganlah bersaing dengan para pecinta dunia dalam urusan dunia mereka, niscaya Allah ‘Azza wa Jalla dan semua penduduk bumi akan mencintaimu.
7. Serta jadilah sebagai seorang yang selalu rendah hati, niscaya akan sempurna semua amalan kebaikanmu.
(Hilyatul Aulia : (jilid: 8/hlm. 82))
Kita tutup group ini dengan membaca do’a Kafaratul Majelis :
“Subhanakallahumma wa bihamdika asyhadu alla ilaaha illa anta, astaghfiruka wa atuubu ilaik”
“Maha Suci Engkau Ya Allah, dengan memuji-Mu, aku bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang haq disembah melainkan diri-Mu, aku memohon pengampunan-Mu dan bertaubat kepada-Mu”
Zikir ialah menyebut dan mengingat Allah seperti membaca tasbih ‘Subhanallah’ bertakbir ‘Allahuakbar’, membaca hauqalah ‘Lahaula wala Quwata Illa Billah’, membaca hasballah ‘Hasbiallah’, membaca basmallah ‘Bismillahir Rahmanir Rahim’, membaca al-Quran al-Karim dan membaca doa-doa yang mahsyur iaitu doa yang diterima daripada Rasulullah SAW.
Dari Abi Abas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Demi yang diriku di tangan-Nya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah ‘Lailahaillallah’ di sebelah yang lain, maka dacing kalimah ‘Lailahaillallah’ itulah yang lebih berat.” (Hadis riwayat at-Tabarani)
Dalam hadis Qudsi, Allah berfirman yang bermaksud, “Aku selalu mengikuti sangkaan hamba-Ku terhadap diri-Ku dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepada-Ku.”
Jika ia berzikir dalam hati peribadinya (sendirian), AKupun berzikir padanya dalam diri-Ku dan jika ia berzikir pada-Ku di depan umum, Akupun berzikir padanya di muka umum yang lebih baik dari golongannya. Dan bila ia mendekati pada-Ku sejengkal, Aku mendekati padanya sehasta dan bila ia mendekati pada-Ku sehasta, Aku mendekati padanyua sedepa dan bila ia datang kepadaku berjalan, Aku datang kepadanya berjalan cepat (berlari)
Sesungguhnya orang-orang mukmin yang benar-benar beriman kepada Allah SWT yang ingin memperolehi kesempurnaan imannya tidak akan mempermudah dan melengah-lengahkan untuk berzikir, tiada mahu lalai dan dilalaikan oleh sesuatu dari berzikir kerana lalai dan lupa Allah SWT itu adalah lantaran jiwa yang telah dipengaruhi oleh syaitan. Oleh itu pelajarilah zikir dan amalkanlah, mudah-mudahan kita dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang banyak berzikir serta berjaya hidup di dunia dan di akhirat. Amin Yarabbal’alamin.
Kelebihan zikir ‘Laailaha illallah’
Di mana sahaja dan pada apa sahaja masa hendaklah baca zikir ‘Laailaha illallah’ dengan banyaknya kerana kelebihanya :
1. Di dalam hadis bahawa zikir yang tidak terhad kepada sebarang masa, tempat dan alasan ialah ‘Laailaha illallah’. Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi.
2. Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas”.
3. Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang membaca ‘Laailaha illallah’ di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari neraka jahanam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api neraka jahanam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan dri api Neraka Jahanam”.
4. Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi SAW telah mengulangkannya sebanyak 3 kali)
5. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ‘Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ‘ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya’.
6. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah ‘Laailaha illallah’ sampai kepada Allah
7. Hadis lain: Zikir ‘Laailaha illallah’ tidak akan meninggalkan satu dosa pun di belakang dan tiada satu amalan yang menyamainya.
8. Hadis lain: Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu dacing dan dengan kalimah ‘Laailaha illallah’ diletakkan di atas dacing yang lain, maka (kalimah) lebih berat lagi.
9. Dalam hadis: Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.
Suatu hari ada seorang menyebut Lailahaillallah..
Maka terkeluarlah dari mulut orang itu burung hijau dan berkicaulah burung burung di bawah arash Allah.
Melihat burung itu berkicauan tanpa henti,malaikat yang menjaga Arash Allah menyuruhnya berhenti tetapi mereka tidak mahu berhenti berkicau.
Maka malaikat mengadukan perkara itu kepada Allah.
Allah memerintahkan malaikat supaya menyuruh burung burung itu senyap
Setelah di sampaikan,
burung itu berkata :-
“Jika Allah memaafkan dosa-dosa manusia yang menyebut Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,baru kami akan berdiam diri”
Maka Malaikat pun menyampaikan pesanan itu dan menyembah Allah..
Allah perkenankan permintaan burung burung hijau tersebut..
Kemudian mereka bergantungan di Arash Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang menyebut Lailahaillallah sehingga hari Kiamat..
Saidina Ali ra telah bertanyakan Rasulullah – apakah cara paling mulia, mudah dan cepat dalam mendekatkan diri kepada Allah swt. Nabi saw menyebut kalimat‘La Ilaha Illallah’ kerana tiang arasy dan segala ciptaan Alllah terdiri atas kalimah ini. Para ahli hadis/sufi menyatakan apabila kalimah ini tidak disebutkan lagi oleh orang Islam, maka bermulalah kiamat.
Daripada Saidina Ali, maka bermulalah segala amalan sufi. Ini memandangkan kedudukan Ali ra sebagai ‘pintu’ kepada ilmu kerohanian Nabi Muhammad saw.
Kalimah ‘La Ilaha Illallah’ mengandungi seluruh tasbih, tahmid dan takbir atau segala pujian kepada Allah SWT. Berzikir akan mendorong tubuh bergerak atau harakah secara semulajadi. Hal ini sukar dijelaskan. Dalam tasawuf, harakah ini disusun begitu rupa sehingga menimbulkan rentak berbaris demi proses taqarrub.
Dari ‘Abdullah bin ‘Amru bin As Radiallahu‘anhu, katanya:
Rasulullah bersabda : ‘Sesungguhnya Allah memilih seorang dari umatku untuk menjadi saksi makhluk-makhluk pada hari kiamat. Kemudian dibukalah 99 catatan, yang setiap catatan terbentang sepanjang penglihatan. Kemudian Allah bertanya :‘Adakah ini sesuatu yang kau ingkari? Apakah engkau dizalimi oleh pencatatKu dengan catatan-catatan ini?’ Dia menjawab :‘Tidak, Tuhanku.’ Allah bertanya : ‘Apakah engkau hendak mengemukakan alasan?’ Jawabnya : ‘Tidak, Tuhanku.’ Allah berkata : ‘Benar, di sisiKu engkau memiliki kebaikan, dan tidak akan ada kezaliman atas dirimu pada hari ini.’ Lalu keluarlah selembar catatan yang berisi tulisan : ‘Asyhadu an‘La Ilaha Illallah’ , wa Asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluh.’
Allah berfirman : ‘Bawalah ini ke neraca.’ Dia menjawab : ‘Wahai Tuhanku, selembar catatan ini ditimbang dengan seluruh catatan lainnya?’ Allah menjawab : ‘Sesungguhnya engkau tidak dizalimi.’ Lalu diletakkan selembar catatan itu di salah satu sisi neraca, sedangkan catatan lainnya sepanjang penglihatan itu diletak di sisi yang lain. Ternyata catatan-catatan yang banyak Keutamaan Dan Buah Zikir itu menaik, sedangkan selembar catatan itu memberat. Maka tidak ada sesuatu yang mampu menyaingi nama Allah.’
(HadisRiwayat At-Tirmizi, dan dikatakan sebagai hadis hasan, dan IbnMajah, Ibn Hibban didalam Sahih mereka, serta Al-Baihaqi dan Al-Hakim, dan dikatakan sahih atas syarah Muslim)
Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya :
Rasulullah bersabda : ‘Perbaharuilah iman kalian.’ Mereka bertanya : ‘Wahai Rasulullah, bagaimana cara memperbaharui iman kami?’ Baginda menjawab : ‘Banyakbanyaklah mengucapkan ‘Laa Ilaaha Illallah.’
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Ath-Thabrani dengan sanad hasan)
Dari Ibnu ‘Umar Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullah bersabda : ‘Bukan ahli ‘Laa Ilaaha Illallah’, orang yang kesepian di kuburnya dan pada saat kebangkitannya. Seolah-olah aku melihat ahli ‘Laa Ilaaha Illallah’ sementara mereka mengusap tanah dari rambut-rambut mereka dan berkata : ‘Segala puji bagi Allah Yang telah menghilangkan duka cita dari kami.’
(Faathir: 34)’ (Hadis riwayat Ath-Thabrani dan Al Baihaqi)
Ibnu Rajab Al Hambali rahimahullah dalam Kalimatul Ikhlas mengatakan,
”Kalimat Tauhid (yaitu Laa Ilaha Illallah, ) memiliki keutamaan yang sangat agung yang tidak mungkin dapat dihitung.”
Diantara natijah amalan zikir
Berzikir memberi potensi untuk taat
Berzikir memberi potensi dan kemahuan keras
Gedung-gedung di syurga terus dibangun selama seseorang itu masih berzikir
Berzikir menyebabkan para malaikat memohonkan ampun bagi pelakunya
Berzikir menyebabkan gunung-gunung dan lembah-lembah bergembira
Memperbanyak zikir menyebabkan terjauh daripada sifat munafik
Berzikir menyebabkan rasa lazat di hati pelakunya, kerana itu majlis-majlis zikir disebut kebun-kebun syurga
Berzikir di jalan, di rumah, di waktu bepergian mahu pun di waktu menetap akan menjadi saksi bagi pelakunya di hari kiamat
Pelaku zikir diberi wajah yang cerah ketika di dunia dan diberi cahaya ketika di akhirat
Berzikir menyebabkan Allah mengakui keimanan seorang hamba
Berzikir menyebabkan seorang mendapat keuntungan berlimpah-limpah
Berzikir di waktu senang menyebabkan Allah memperhatikan pelakunya di kala susah
Berzikir menyembuhkan hati yang sakit Proses zikir membawa kepada pensucian diri dan qalb,
mendekatkan diri kepada Allah, membentuk semangat persaudaraan Islam, membersihkan dosa, mengikis sifat cela dan
membina sifat terpuji.
” Mereka yang beriman dan bertenang hatinya dengan berdzikir kepada Allah..” ( Ar-Ra’ad : 28 ).
“Dari Ubadah Bin ash Shaamiti Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud… Barangsiapa bersaksi mengatakan Lailahaillah Muhammadarrasulullah.. Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan ALLAH.. dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh ALLAH, maka ALLAH akan mengharamkan neraka baginya..” “Rasulullah pernah bersabda…Pernah pada suatu hari, sedang Nabi duduk dalam keadaan susah, maka datang Jibrail kepadanya lalu berkata..Wahai Muhammad, apa erti kesusaha, sedangkan ALLAH swt telah memberikan kepada ummatmu lima perkara dan ia belum pernah memberikan kepada seorang sebelum engkau iaitu….
1. Allah berfirman yang bermaksud ” Aku disisi hambaKU ialah aku mengikut sankaannya terhadapKU..dan ALLAH tidak menyalahi sangkaan hamba terhadapnya..
2. Barangsiapa yang menutup keaiban orang lain di dunia. Maka ALLAH akan menutup keaibannya di akhirat kelak..
3. Tidak ditutup pintu taubat ke atas umat engkau..selagi mana nyawanya belum sampai ke ghogoroh.
4. Barangsiapa datang kepada ALLAH..dengan membawa dosa sepenuh bumi maka jika ia menyebut LAILAHAILLAH MUHAMMADARASULULLAH… maka nescaya ALLAH akan mengampuninya..
5. Allah swt menghapuskan dosa-dosa mereka yang sudah mati dengan sebab doa orang-orang yang masih hidup “Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud..Barangsiapa yang berkata Laa ilaaha illALLAHU.. dan memanjangkan sebutannya (pada huruf mad) kata ulamak pada “laa” yang berada di awal, nescaya ALLAH akan meruntuhkan 4000 dosa besar yang telah dia perbuat…Para sahabat bertanya kepada Rasulullah..Bagaimana jika ia tiada dosa besar..maka Rasulullah berkata.. ALLAH akan mengampunkan dosa keluarganya dan jiran-jirannya…” “Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud..”barangsiapa yang membaca Laa ilahaillahu” maka ia akan dapat menolak bala sebanyak 99 bala dan dapat menghilangkan segala kegundahan dan kesedihan yang dialaminya..”
“Rasulullah bersabda..barangsiapa yang berkata kalimah LAILAHAILLAH MUHAMMADARRASULULLAH… sebanyak 100 kali.. maka tatkala ia datang di hari kiamat dengan wajahnya seperti bulan purnama..” “ Rasulullah bersabda…Dalam sebuah hadis qudsi ALLAh berfirman “LAILAHAILLAH” adalah kalamku..akulah yang kehendaki pada kalimah ALLAH..barangsiapa yang berkata kalimah ini bererti ia telah masuk ke kotaku..Dan Barangsiapa yang masuk ke kotaku..maka selamatlah ia dari siksaku..”