BERISTIGHFARLAH NESCAYA KAMU SENANG

BERISTIGHFARLAH NESCAYA KAMU SENANG

Pernah seseorang datang kepada Hasan Al-Basri -rahimahullah- mengadu :

“Hujan tidak pernah turun”.

Lalu Hasan Al-Basri menjawab : “Beristighfarlah kepada Allah”.

Lalu datang lagi yang lain mengadu tentang kefaqirannya.

Maka beliau menjawab : “Beristighfarlah kepada Allah”.

Lalu datang pula seorang wanita yang tidak mempunyai anak mengadu kepadanya.

Maka beliau menjawab : “Beristighfarlah kepada Allah”.

Para jemaah yang hadir berkata kepada Hasan Al-Basri :

“Apakah setiap kali orang datang mengadu, kamu hanya akan mengatakan beristighfarlah kepada Allah?

Hasan Al-Basri menjawab : “Tidakkah pernah kau baca firman Allah Taala :

ﻓَﻘُﻠْﺖُ ٱﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُﻭا۟ ﺭَﺑَّﻜُﻢْ ﺇِﻧَّﻪُۥ ﻛَﺎﻥَ ﻏَﻔَّﺎﺭًا

Maka Aku berkata : Beristighfarlah kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun

ﻳُﺮْﺳِﻞِ ٱﻟﺴَّﻤَﺎٓءَ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢ ﻣِّﺪْﺭَاﺭًا

Nescaya Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu

وﻳُﻤْﺪِﺩْﻛُﻢ ﺑِﺄَﻣْﻮَٰﻝٍ ﻭَﺑَﻨِﻴﻦَ ﻭَﻳَﺠْﻌَﻞ ﻟَّﻜُﻢْ ﺟَﻨَّٰﺖٍ ﻭَﻳَﺠْﻌَﻞ ﻟَّﻜُﻢْ ﺃَﻧْﻬَٰﺮًا

Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak, dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai. (Surah An-Nuh 10-12)

أستغفر الله

Ya Allah, Ampunilah segala dosa kami, limpahkan kami rezeki yg berkat melalui harta serta anak2 soleh dan solehah.

Marah itu nafsu, menahan marah bermakna kita menahan nafsu maka raihlah ganjaran dengan menahan marah

Sesungguhnya orang yang dapat menahan marahnya itu adalah individu yang hebat kerana dia dapat menahan nafsu amarahnya daripada berterusan terjerumus ke dalam lembah kesesatan sementara disebabkan kurangnya waras dalam situasi sedemikian itu tadi dan akan dikurniakan ganjaran yang lumayan daripada Allah S.W.T.

Rasulullah S.A.W bersabda, “Bukanlah orang yang kuat itu yang dapat membanting lawannya, kekuatan seseorang itu bukan diukur dengan kekuatan tetapi yang disebut orang kuat adalah orang yang dapat menahan nafsunya pada waktu ia marah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Rasulullah S.A.W juga bersabda, “Barangsiapa yang menahan marah, padahal ia mampu untuk melampiaskannya, maka Allah akan menyerunya di hadapan seluruh makhluk pada hari kiamat, hingga ia dipersilakan oleh Allah Ta’ala untuk memilih bidadari yang ia sukai.” (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi).

Kita akan menjadi manusia yang cukup kuat apabila kita dapat memaafkan kesalahan orang lain dengan kemampuan diri sendiri yang sebenar-benarnya.

Belajarlah untuk mendidik diri sendiri agar menjadi diri yang sebenar-benarnya (jati diri) untuk mengawal kemarahan tersebut.

Jangan wujudkan perasaan dendam dalam diri kita terhadap orang lain sekalipun walau sedikit. Dengan memaafkan kesalahan dan kesilapan orang lain yang kita tidak tahu sejauh manakah kawalan diri kita untuk menghukum kesalahan orang tersebut bererti kita benar-benar cukup kuat untuk memahami fakta bahawa manusia sememangnya tidak sempurna dan bila-bila masa sahaja ia boleh melakukan kesalahan secara ia tidak sedar.

Sudahkah kita bersedia untuk memperbaiki diri kita sendiri agar menjadi diri kita yang sebenar-benarnya?

Jadilah manusia yang pemaaf.

Wallahua’lam.

HUKUM MELAKUKAN IBADAH KORBAN

HUKUM MELAKUKAN IBADAH KORBAN

Hukum asal adalah SUNAT MUAKKAD iaitu sunat yang sangat dituntut bagi mereka yang berkemampuan.

Namun, ia boleh jatuh WAJIB apabila:

1) Nazar – bernazar untuk melakukan korban secara mutlak atau bersyarat.

2) Ta’yin – menunjuk binatang korban secara spesifik untuk dikorbankan.

Pelaku korban wajib ini TIDAK boleh mengambil daging korban bagi dirinya dan tanggungannya (isteri & anak-anak). Semua daging korban hendaklah diagihkan.

–> https://bit.ly/KedaiBukuIRead

–> https://bit.ly/KedaiBukuIRead

–> https://bit.ly/KedaiBukuIRead

Dragon Ball Adalah Jelmaan Tuhan Gokuism

Bagi kebanyakan daripada kita yang pernah membaca buku komik atau menonton animasi Dragon Ball, watak Son Goku tidak lebih daripada sebuah watak fiksyen.

Namun, tidak ramai yang tahu ada segelintir peminat siri Dragon Ball begitu obses dengan watak Goku sehingga menganggapnya sebagai jelmaan Tuhan sehingga terlahir kepercayaan Gokuism…………..

https://helloworld-i4ln6sgakq-an.a.run.app/aHR0cCUzQSUyRiUyRnc5bm5sOS5jbiUyRjY2MmJkNTE3ZTllNGIwNDk5ZjlhNzFiNjc4

PENGERTIAN IMAN

PENGERTIAN IMAN

1. Kalimah iman berasal daripada perkataan Arab yang berarti aman iaitu tiada rasa takut.

2. Kalimah terbitannya semuanya mengandungi makna induk iaitu aman daripada rasa takut dan bimbang, aman daripada dusta dan penipuan, kedamaian dan ketenangan jiwa.

3. Daripada kalimah asal lahir pula kalimah yang mengandungi beberapa makna iaitu mengiktiraf, mengakui dan membenarkan sesuatu tanpa mendustakannya.

4. Iman dalam pengertian bahasa pula mengandungi makna ketenangan, rasa penuh percaya, tiada resah dan kegelisahan jiwa, kesihatan akal serta aman daripada takut dan bimbang.

5. Dari segi istilah, iman bermaksud; membenarkan dengan hati segala yang diketahui daripada dinul-Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, berikrar dengan lidah dan beramal dengan seluruh anggota badan.

Sepuluh Hari Yang Penuh Keberkatan

:: Sepuluh Hari Yang Penuh Keberkatan ::‏

1. Sayyidina Ibnu ‘Abbas (68 H) رضي الله عنهما ,  Nabi ﷺ bersabda:

‎مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ أَفْضَلَ مِنَ الْعَمَلِ فِي هَذِهِ ‏”‌‏.‏ قَالُوا وَلاَ الْجِهَادُ قَالَ ‏”‏ وَلاَ الْجِهَادُ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَىْءٍ.

“Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih afdal daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Tidak juga jihad? Baginda menjawab: Tidak juga jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi.”

(Sahih al-Bukhari, no. 969)

2. Dalam Sunan ad-Darimi disebutkan apakah yang dimaksudkan dengan ‘lebih dicintai’ oleh Allah.

Sayyidina Abdullah bin ‘Abbas (68 H) رضي الله عنهما meriwayatkan, Nabi ﷺ bersabda:

‎مَا مِنْ عَمَلٍ أَزْكَى عِنْدَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ ، وَلَا أَعْظَمَ أَجْرًا ، مِنْ خَيْرٍ يَعْمَلُهُ فِي عَشْرِ الْأَضْحَى ” . قِيلَ : وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ؟ قَالَ : ” وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ

“Tiada amalan yang lebih mulia dan lebih besar ganjarannya di sisi Allah berbanding amalan-amalan kebaikan yang dilakukan pada sepuluh hari Zulhijjah. Baginda ﷺ ditanya: Tidak juga jihad di jalan Allah? Jawab baginda ﷺ: ‘Tidak juga jihad di jalan Allah melainkan seseorang yang keluar dengan dirinya dan hartanya, dan dia tidak pulang (kerana syahid)’.”

Perawi berkata:

وَكَانَ سَعِيدُ بْنُ جُبَيْرٍ إِذَا دَخَلَ أَيَّامُ الْعَشْرِ ، اجْتَهَدَ اجْتِهَادًا شَدِيدًا حَتَّى مَا يَكَادُ يَقْدِرُ عَلَيْهِ .

“Sa’id bin Jubair (95 H) rahimahullah apabila masuknya sepuluh hari awal Zulhijjah, dia berusaha bersungguh-sungguh sehingga ke tahap maksima yang dia mampu.”

(Sunan ad-Darimi, no. 1815) Syaikh Hussein Salim Asad (1443 H) rahimahullah berkata: Isnadnya sahih.

3. Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani (852 H) rahimahullah menghuraikan maksud hadis tersebut:

وَالَّذِي يَظْهَرُ أَنَّ السَّبَبَ فِي ‌امْتِيَازِ عَشْرِ ذِي الْحِجَّةِ لِمَكَانِ اجْتِمَاعِ أُمَّهَاتِ الْعِبَادَةِ فِيهِ، وَهِيَ الصَّلَاةُ وَالصِّيَامُ وَالصَّدَقَةُ وَالْحَجُّ، وَلَا يَتَأَتَّى ذَلِكَ فِي غَيْرِهِ

“Apa yang jelas, sebab yang menjadikan sepuluh hari awal Zulhijjah itu istimewa kerana ia merupakan tempat berkumpulnya semua pokok-pokok ibadah iaitu solat, puasa, sedekah dan haji. Ini tidak akan berlaku pada hari-hari yang lain.” (Fath al-Bari 2/460)

4. Imam Ibnu Taimiyyah (728 H) rahimahullah ditanya antara sepuluh hari awal Zulhijjah dan sepuluh hari akhir Ramadan, yang manakah lebih afdal?

Jawab beliau:

أَيَّامُ عَشْرِ ذِي الْحِجَّةِ أَفْضَلُ مِنْ أَيَّامِ الْعَشْرِ مِنْ رَمَضَانَ وَاللَّيَالِي الْعَشْرُ الْأَوَاخِرُ مِنْ رَمَضَانَ أَفْضَلُ مِنْ لَيَالِي عَشْرِ ذِي الْحِجَّةِ.

“Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadan, dan malam sepuluh akhir Ramadan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah.”

(Majmu’ al-Fatawa, 25/287)

Wallahua’lam. Sollu’alannabi.

Hari Yang Lebih Baik Dari Jihad

Hari Yang Lebih Baik Dari Jihad

===============

1. Esok merupakan hari pertama bulan Zulhijjah. Tahukah anda bahawa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah ini dapat memberikan pahala yang lebih besar dari Jihad? Sabda Rasulullah:

مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ أَفْضَلَ مِنَ الْعَمَلِ فِي هَذِهِ ‏”‌‏.‏ قَالُوا وَلاَ الْجِهَادُ قَالَ ‏”‏ وَلاَ الْجِهَادُ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَىْءٍ ‏”‌‏.‏

“Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi. (HR al-Bukhari)

2. Mengapa 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih baik dari Jihad? Menurut al-Imam Ibn Hajar:

والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه ، وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ، ولا يتأتى ذلك في غيره

“Secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedeqah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain. (Fath al-Bari)

 3. Dengan sebab itu Rasulullah mengangkat hari-hari ini sebagai hari yang paling baik dalam setahun. Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ أَيَّامِ الدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ

“Sebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.”

4. Sehingga atas dasar itu al-Imam Ibn Taimiyyah menganggap 10 hari pertama ini lebih utama dari 10 hari terakhir dari bulan Ramadan. Kata beliau:

أيام عشر ذي الحجة أفضل من أيام العشر من رمضان والليالي العشر الأواخر من رمضان أفضل من ليالي عشر ذي الحجة

Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadhan, dan malam sepuluh akhir Ramadhan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah. [Majmu’ al-Fatawa, jilid 25, m/s 287]

5. Atas dasar itu Rasulullah meletakkan hari ini sebagai hari yang mesti dipertingkatkan amalan harian kita. Baginda melihatnya sebagai hari yang sangat dicintai oleh Allah. Sabda Rasulullah:

ما من أيام أعظم عند الله سبحانه ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر. فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد

“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid” (HR al-Tabrani)

Semoga Allah membimbing kita

Peringatan Mesra Bagi Yang Mahu Buat Ibadah Korban

Peringatan Mesra Bagi Yang Mahu Buat Ibadah Korban ::

1. Hari ini adalah hari melihat anak bulan. Boleh jadi 1 Zulhijjah esok (jika anak bulan kelihatan), jika tidak, 1 Zulhijjah jatuh hari Jumaat.

Oleh itu, seeloknya hari ini sudah potong kuku, mencukur bulu-bulu tubuh yang patut dicukur, potong rambut.

Sebab jika anak bulan kelihatan, mulai Maghrib malam ini, sudah makruh tanzih (iaitu menyalahi perkara sunat) buat semua itu.

2. Daripada Sayyidatina Ummu Salamah (65 H) رضي الله عنها, Nabi ﷺ bersabda:

‎إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا ‏

“Apabila masuknya sepuluh hari (awal Zulhijjah), dan salah seorang daripada kalian mahu melakukan korban, janganlah dia mencabut bulu atau kukunya.” (Sahih Muslim, no. 1977)

Dalam riwayat lain:

إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ

“Apabila kalian melihat anak bulan Zulhijjah, dan salah seorang daripada kalian mahu melakukan korban. Hendaklah menahan diri daripada memotong rambut dan kukunya.”

(Sahih Muslim, no. 1977)

Namun tidak mencukur dan memotong kuku tidak wajib baginya, kerana memang dirinya bukanlah orang yang berihram. Namun hukumnya tetap makruh. Hikmahnya adalah untuk menyerupai orang yang sedang berihram. (Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’i, 2/487)

3. Apakah hikmah tidak potong rambut dan tidak potong kuku?

Imam Al-Nawawi (676 H) menyatakan:

وَالْحِكْمَةُ فِيهِ ‌أَنْ ‌يَبْقَى ‌كَامِلَ الْأَجْزَاءِ لِتُعْتَقَ مِنَ النَّارِ

“Hikmah pada hadis tersebut ialah supaya kekal lah sekalian tubuh badannya sempurna untuk dibebaskan daripada api Neraka.” (Raudah al-Thalibin, 3/210)

Iaitu daripada amal yang kita lakukan menyembelih korban, yang kita harapkan Allah terima amal tersebut maka apabila ia diterima sebagai suatu ibadah kepada Allah, wajarlah kita mahukan sekalian tubuh badan kita sempurna lengkap belum ada yang terpotong iaitu seperti kuku dan rambut.

Wallahua’lam. Sollu’alannabi.

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan