4 TANDA HARI KIAMAT

Kita hidup di zaman yang ramai manusia keliru, terpesong bahkan ramai yang menyimpang.

Hal ini tidak terlepas drpd isyarat yang telah disampaikan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, mafhumnya,

“Di antara tanda-tanda hari kiamat ialah:

1. Ilmu akan diangkat.

2. Kejahilan akan bermaharajalela.

3. Fitnah akan nampak.

4. Berlaku pembunuhan satu manusia kepada yang lainnya.

Yang tiga berpunca daripada yang pertama.

Tidak akan berlaku kejahilan kecuali ilmu itu diangkat.

Tidak akan berlaku fitnah melainkan ilmu diabaikan.

Tidak akan berlaku pembunuhan kecuali ilmu lenyap pada waktu itu.

Maka kesemuanya bergantung kepada ilmu.

Bilamana ilmu diperjuangkan maka kejahilan akan dibanteras.

Bilamana ilmu diperjuangkan maka fitnah akan terangkat.

Dan bilamana ilmu dijadikan pegangan, maka tidak akan berlaku pembunuhan.

4 Sikap orang beriman di kala musibah

4 Sikap orang beriman di kala musibah adalah :

1. Dia bersabar dan tetap baik sangka kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala bahawa sesungguhnya ini bukan azab, melainkan ujian daripadaNya.

2. Dia tidak terlalu panik dan bimbang sebab yakin dengan penjagaan ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala. Namun juga tidak sombong kerana apa pun boleh terjadi jika ALLAH  berkehendak. Natijahnya dia sentiasa dalam keadaan berwaspada.

3. Dia menggunakan akalnya mencari jalan untuk tetap beribadah kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala walaupun berada di dalam rumah.

4. Tidak pentingkan diri sendiri. Penting diri dan ego pada waktu sekarang adalah musibah terbesar di kala musibah wabak ini sedang melanda.

12 Tips  Cara Mudah Bangun Malam Untuk Solat Tahajjud

12 Tips  Cara Mudah Bangun Malam Untuk Solat Tahajud.​

1. Hal yang paling utama agar boleh bangun malam adalah minta tolong kepada Allah SWT dengan berdoa sebelum tidur. Jika sudah terjaga daripada tidur maka cepat-cepat bangun.

2. Biasakan tidur siang, 30 minit sebelum zuhur atau tidur selepas solat zuhur. Sabda Rasullah SAW “Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah” (Hadis Riwayat ai-Tabrani)

Apa itu Qailulah ? Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?

Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zuhur. Namun boleh juga dilakukan selepas Zuhur.

3. Tidur lebih awal, jangan biasakan tidur lewat yang menyebabkan sukar nak bangun tahajud. Selewat-lewatnya jam 11 malam.

4. Ketahui jadual tidur anda setiap malam, dengan begitu anda boleh menentukan jam malam anda untuk tidur sesuai dengan keinginan anda mau bangun jam berapa pun. Untuk mengetahuinya cubalah uji dengan tidur lebih awal, kemudian pasang jam locing dengan waktu 4 pagi jika terjaga cuba bangun dan mulakan solat 2 rakaat dulu.

5. Mintalah isteri anda untuk membangunkan anda pada sepertiga malam kerana biasanya wanita akan lebih mudah terjaga.

6. Anda juga boleh minta bantuan pada teman-teman untuk saling membangunkan baik melalui telefon mahupun sms, dengan begitu anda juga sudah menerapkan tolong menolong dalam kebaikan.

7. Banyak-banyak minum sebelum tidur, dengan begitu kita akan sering buang air kecil. Setiap kita buang air kecil maka minumlah kembali air putih yang banyak, dengan begitu kita akan mudah terjaga sampai pada waktu sepertiga malam.

8. Sebagai latihan, anda boleh mulakan bangun malam anda setengah jam sebelum subuh dan solat yang ringan, jika sudah terbiasa maka dipercepat lagi menjadi 1 jam sebelum subuh dengan jumlah rakaatnya ditambah, begitu seterusnya.

9. Berwuduk, membaca Al Quran sebelum tidur dan gunakan adab-adab dan cara tidur yang diajarkan Rasulullah SAW.

10. Jangan Makan terlalu banyak sebelum tidur, kerana akan membuat kita menjadi malas untuk bangun tahajud.

11. Jangan tidur dalam keadaan berhadas besar kerana juga akan membuat kita malas untuk bangun tahajud.

12. Jangan berbuat maksiat, kerana setiap dosa yang kita lakukan akan membuat kita sukar bangun malam. Seterbiasa apapun anda bangun malam jika pada siang harinya anda berbuat maksiat maka insya Allah pada malam harinya anda akan akan untuk bangun malam.

Ini adalah beberapa cara yang boleh anda cuba lakukan agar mudah bangun malam. Semoga Tips Cara Mudah Bangun Malam Untuk Solat Tahajud di atas boleh bermanfaat bagi anda semua.

KITA SOLAT KERANA 5 PERKARA

SOLAT KERANA APA…

Jika solat kerana menurut perintah Allah maka itulah tahap Berilmu.

Jika solat kerana yakin dengan janji-janji Allah – maka itulah tahap Ihtisab.

Jika solat kerana takut dengan azab Allah -maka itulah tahap Bertaqwa.

Jika solat seolah-olah “melihat” Allah maka itulah tahap Ihsan.

Jika solat kerana mensyukuri nikmat Allah – maka itulah tahap Ikhlas.

Tahap Ikhlas itu adalah tahap tertinggi di dalam keimanan dan paling sukar untuk dicapai bahkan kita sendiri tidak mengetahui akan hakikat ikhlas itu, Yang mengetahui hanyalah Allah..

TETAP DAPAT PAHALA SEMPURNA WALAUPUN UZUR

WALAUPUN UZUR TETAP DAPAT PAHALA SEMPURNA AMAL

Jika seseorang tidak mampu menghadiri solat jamaah padahal sebelumnya ia mampu hadir secara rutin, ingatlah keadaan seperti ini akan dicatat seperti ia melakukannya saat sihat dan kuat, iaitu sesuai dengan kebiasaannya ketika itu.

Dari Abu Musa radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا

“Jika seorang hamba sakit atau Dalam musafir (perjalanan jauh), maka dicatat baginya pahala sebagaimana kebiasaan dia ketika mukim dan ketika sihat.”

(HR. Bukhari, no. 2996)

Hadits di atas menceritakan saat Yazid bin Abi Kabsyah puasa ketika musafir (saat perjalanan jauh), Abu Burdah lantas mengatakan padanya bahwa ia baru saja mendengar Abu Musa menyebutkan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam seperti yang disebutkan di atas.

Imam Bukhari membawakan hadits di atas dalam bab:

يُكْتَبُ لِلْمُسَافِرِ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ فِى الإِقَامَةِ

“Dicatat bagi musafir pahala seperti kebiasaan amalnya saat mukim.”

Dari hadits itu, Ibnu Hajar Al-Asqalani mengatakan:

وَهُوَ فِي حَقّ مَنْ كَانَ يَعْمَل طَاعَة فَمَنَعَ مِنْهَا وَكَانَتْ نِيَّته لَوْلَا الْمَانِع أَنْ يَدُوم عَلَيْهَا

“Hadits di atas berlaku untuk orang yang ingin melakukan ketaatan lantas terhalang dari melakukannya. Padahal ia sudah punya niatan kalau tidak ada yang menghalangi, amalan tersebut akan dijaga rutin.” (Fath Al-Bari, 6: 136)

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

الْعَبْدَ إِذَا كَانَ عَلَى طَرِيقَةٍ حَسَنَةٍ مِنَ الْعِبَادَةِ ثُمَّ مَرِضَ قِيلَ لِلْمَلَكِ الْمُوَكَّلِ بِهِ اكْتُبْ لَهُ مِثْلَ عَمَلِهِ إِذَا كَانَ طَلِيقاً حَتَّى أُطْلِقَهُ أَوْ أَكْفِتَهُ إِلَىَّ

“Seorang hamba jika ia berada pada jalan yang baik dalam ibadah, kemudian ia sakit, maka dikatakan pada malaikat yang bertugas mencatat amalan, “Tulislah padanya semisal yang ia amalkan rutin jika ia tidak terikat sampai Aku melepasnya atau sampai Aku mencabut nyawanya.”

(HR. Ahmad, 2: 203. Syaikh Syu’aib Al-Arnauth menyatakan bahwa hadits ini shahih, sedangkan sanad hadits ini hasan)

Amalan yang dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan, sebagaimana disebutkan dalam hadits:

أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ

“Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.”

(HR. Bukhari, no. 6465; Muslim, no. 783; dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha).

Inti dari pembahasan, pentingnya beramal rutin (berterusan) kerana saat kita uzur untuk beramal, tetap dicatat sebagaimana kita melakukannya secara rutin. Terapkan kaedah hadits di atas untuk masalah ibadah apa pun.

Mudah2an Allah SWT mudahkan kita untuk istiqamah dalam beramal.

8 Tips Untuk Hidup Yang Tenang.

Lapan Tips Untuk Hidup Yang Tenang.

1. Berdamai dengan masa silam.

Usah biarkan dendam dan kesilapan lama menghantui kehidupan sekarang. Maafkan sesiapa sahaja yang pernah kita dendam, lupakan kesilapan lama dan betulkan kehidupan sekarang.

2. Usah pedulikan apa orang kata.

Terlalu ambil peduli setiap kata-kata orang hanya membuat kita tersekat. Selagi kita rasa betul, benar, dan itulah yang terbaik, jalan terus. Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang.

3. Masa ‘menyembuhkan’ hampir semua perkara.

Terluka,kecewa,sakit,dendam,marah, dan apa jua rintangan akan hilang bersama masa. Beri masa kepada diri sendiri untuk biarkan semuanya sembuh sendiri.

4. Tiada orang layak menentukan cara kita untuk bahagia.

Kita tentukan kebahagiaan kita. Kita nikmati kehidupan dengan cara kita sendiri. Jangan biarkan orang lain tentukan bagaimana kita hendak hidup dengan gembira dan bahagia.

5. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain.

Setiap kita berbeza. Ada yang merasa bahagia dengan ada keluarga disisi, ada yang bahagia dengan punya timbunan harta, ada yang merasa bahagia hanya dengan secawan kopi ditemani sahabat yang dikasihi.

6. Jangan menghakimi orang lain.

Kita tidak layak nak ‘judge’ kehidupan orang lain. Kita tidak berada dalam situasi mereka dan kita tidak tahu pun bagaimana perjalanan hidup mereka. Berhenti menghakimi kehidupan orang lain.

7. Jangan terlalu fikirkan sesuatu dengan mendalam.

Adakalanya, baik kita tidak tahu apa jawapannya. Tidak semua benda kita perlu ambil tahu. Overthinking juga menyekat diri kita untuk terus mencuba sesuatu yang baru dan menyebabkan kita tidak berani mengambil risiko untuk sesuatu yang mungkin memberi kejayaan pada kita.

8. Senyumlah selalu.

Kita tidak memikul semua masalah yang ada di dunia ini, maka senyum saja. Apa yang kita rasa sukar, mungkin cebisan masalah kecil pada orang lain.

9 TIPS MENGHILANGKAN PENYAKIT  FUTUR (MALAS BERIBADAH)

9 TIPS MENGHILANGKAN PENYAKIT  FUTUR (MALAS BERIBADAH)

1. Banyak-banyak istigfar, memohon ampun dan minta pertolongan ALLAH agar hati slalu dibukakan hidayah dan diperlembut untuk slalu senang mengerjakan ketaatan.

2. Paksakan ibadah. Setiap kali malas dan menunda-nunda beribadah, ingat sesuatuu hal “andai aku mati dalam keadaan seperti ini, bekal apa yang aku punya?” .

3. Jangan pernahh jauh jauh dari Al-Qur’an. Jangan pernah lupa baca Al-Qur’an, walau hanya satu lembar dalam sehari.

4. Carilah lingkungan yang bisa mendekatkan diri kepada ALLAH. Lingkungan yang membawa kepada kebaikan. Ikuti majelis ilmu, jangan tinggalkan kajian.

5. Jangan merasa diri telah berilmu. Karna akan menimbulkan penyakit ujub hingga malas beribadah dan menuntut ilmu. Ujub penyakit yang berbahaya. Review kembali kajian yang pernah diikuti. Murajaah ilmu-ilmu yang pernah dipelajari.

6. Carilah teman yang shalihah, teman yang bisa diajak diskusi perihal ilmu agama. Teman yang bisa saling mengingatkan dan merangkul.

7. Perbanyak dzikir, dan amalan sunnah laiinya. Jika susah, paksakan. In syaa ALLAH, nanti akan terbiasa. Dan sedih jika tertinggal.

8. Tinggalkan Musik

9. Paksakan.. Paksakan.. dan Paksakanlah hati dan diri kita untuk beribadah pun menuntut ilmu. Sekuat syaitan menggoda, jauh lebih kuat lagi kita mengelak dan melawan futur tersebut.

8 Rahsia rumahtangga bahagia selamanya….

Rahsia rumahtangga bahagia selamanya….

Dari awal berkahwin emak saya duk tekankan yang isteri kita ini akan jadi padang pahala. 

1. Jika dia malas, bantu dia. Bukan hina dia.

2. Jika dia degil, didik dia, bukan pukul dia.

3. Jika dia sakit, rawat dan bawa dia ke hospital bukan biarkan dia.

4. Jika dia ada teringinkan sesuatu, penuhi permintaan dia walau sedikit kesusahan berlaku.

5. Jika dia suka meminta-minta, waktu tak mampu, cakap sahaja terus. Jika mampu dapatkan sahaja.

6. Jika dia rajin, puji dan santuni dia.

7. Jika dia sering penat kerja, fahami dia

8. Jika dia selalu di rumah menjaga anak-anak, bawalah dia keluar sekali sekala.

9. Jika dia mudah sensitif, peluk dia, sentuh dia dan sayangi dia.

10. Jika dia sering kelam kabut, tenangkan dengan lekas-lekas bantu dia.

Kawan-kawan,

Hidup suami isteri ini bukan perlumbaan siapa nak masuk syurga dahulu. Kita semua nak. Yang pentingnya ialah saling tolak ansur, saling menghormati, saling menyayangi.

Seorang suami akan dihormati isteri sekiranya dia didik, dia asuh, dia hormat juga apa sahaja yang ada pada isterinya.

Sama juga di bahagian suami, isteri juga wajar lakukan perkara sama. Hormat, tolak ansur dan sentiasa menyayangi.

Nak murah rezeki, nak hidup tenang, nak sentiasa aman dan kaya jiwa, maka kena sama-sama berusaha.

Begitulah.

Create your website with WordPress.com
Get started