9 NIKMAT YANG SERING KITA LUPA

1-DILAHIRKAN DALAM AGAMA ISLAM.

2-DAPAT BERNAFAS DGN UDARA YANG SEGAR

3-SIHAT TUBUH BADAN

4-SEMPURNA AKAL

5-MEMPUNYAI TEMPAT TINGGAL

6-DAPAT MAKAN DAN MINUM

7-BERPELUANG BELAJAR DAN MEMILIKI PEKERJAAN

8-HIDUP DALAM KEADAAN AMAN DAN TENTERAM

9-ADA IBU BAPA,ADIK BERADIK DAN SAHABAT HANDAI

Menilai Kembali Negara Islam

Menilai Kembali Negara Islam – Bahagian I

Sejak kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah pada awal abad ke-20, umat Islam seakan-akan hilang arah. Kejatuhan Khilafah dianggap sebagai sangat bermasalah sekalipun umat Islam sudah bermasalah beratus-ratus tahun yang lampau dalam keadaan mereka “dipayungi” Khilafah. Pada awal abad ke-20 itu juga kegiatan kolonialisasi oleh golongan Barat berlaku dengan hebat, bumi umat Islam difaraidkan sesuka hati antara mereka, dan hal ini sangat menggusarkan cendikiawan Islam pada masa itu.

Lantas Syeikh Rasyid Redha yang sangat berpengaruh pada masa itu mengajak umat Islam untuk mendirikan Dawlah Islamiyyah (Islamic State) dan Khilafah. Para pengkaji menyifatkan istilah Dawlah Islamiyyah mula tercetus pada zaman tersebut, sebagai reaksi terhadap asakan demi asakan yang menimpa umat Islam pada masa itu.

Rasyid Redha merupakan murid Imam Muhammad Abduh, dan Abduh merupakan penggerak Pan-Islamisme bersama-sama Jamaluddin al-Afghani sejak lewat abad ke-19. Terdapat pengkaji sejarah yang menyatakan bahawa Pan-Islamisme asalnya dicetuskan oleh Sultan Abdul Hamid, adapun perjuangannya lebih jelas kelihatan pada jasad mereka berdua.

Ketika itu juga kemunculan Imam Hasan al-Banna yang dianggap oleh kebanyakan ulama’ sebagai mujaddid dan penghidup era baru umat Islam. Gerakannya iaitu al-Ikhwan al-Muslimun sangat berpengaruh di seluruh dunia pada masa itu. Al-Banna juga telah menjadi sosok penting kepada sekalian umat Islam yang merupakan figur kebangkitan dan perjuangan.

Sejarah kebangkitan umat Islam cukup panjang dan hingga kini masih diulang-ulang. Apa yang saya perasan, salah satu reaksi penting umat Islam pada zaman tersebut ialah dengan memainkan sensitiviti pada Istilah dan Agama.

Slogan “al-Islam huwa al-haal” (Islam sebagai penyelesaian) dan “Islam minhaj al-hayah” (Islam Sistem Hidup)” telah berkumandang di sana-sini, sebagaimana Rasyid Redha mendengungkan istilah Dawlah Islamiyyah sebelum itu. Desakan demi desakan wujud, gerakan demi gerakan menggunakan nama Islam tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Barangkali, persaingan sengit antara kumpulan Islamis dan kolonialis (termasuk tali barut kolonial) menyebabkan terciptanya “Wittsgensteinian”– persoalan kekeliruan istilah dan perbedaan dalam penggunaan bahasa – ataupun disebut Dr Tariq Ramadhan sebagai “terminological haze” (kekaburan istilah) dalam beberapa persoalan penting.

Pada hemat saya, antara kekaburan yang ketara telah wujud pada masa itu ialah perihal hubungan antara Agama dan Negara. Bertitik tolak daripada kekaburan inilah, umat Islam lebih banyak melaungkan slogan “Islam sebagai penyelesaian” berbanding menyediakan pelan strategik “bagaimanakah bentuk penyelesaian itu?”

Malangnya persoalan “bagaimanakah” (how) itu dijawab dengan premis “Islam sebagai penyelesaian” dan “Islam sebagai sistem hidup”. Terang lagi bersuluh, umat Islam telah terperangkap dalam polemik slogan dan istilah semata-mata.

Meletakkan urusan kenegaraan dalam bab ‘aqidah adalah sebagaimana Khawarij yang mengakibatkan mereka galak mengkafirkan kumpulan yang tidak sehaluan dengan merekaMembedakan antara urusan Agama dan Negara

Tindakan sesetengah Islamis yang merujuk urusan kenegaraan dan pemerintahan dalam bab ‘aqidah telah menyebabkan perdebatan soal Islam dan kenegaraan pada masa itu terjebak dalam gejala takfir, begitu juga kewujudan kumpulan Islam yang merujuk urusan kenegaraan dalam bab ibadah khusus menyebabkan politik Islam teramat kaku dan jumud.

Meletakkan urusan kenegaraan dalam bab ‘aqidah adalah sebagaimana Khawarij yang mengakibatkan mereka galak mengkafirkan kumpulan yang tidak sehaluan dengan mereka.

Adapun tindakan meletakkan urusan kenegaraan dalam bab ‘ibadah berlawanan dengan keluasan sains politik Islam (siyasah syar’iyyah), kerana “asal dalam ‘ibadah ialah tawaqquf hinggalah ada dalil yang membenarkan.” Justeru menyebabkan kewujudan sesetengah ilmuan Muslim yang menghukum beberapa ijtihad baru dalam soal politik sebagai bid’ah sedangkan tiada istilah bid’ah dalam urusan kenegaraan, juga lebih dahsyat mereka menolak penentangan terhadap rejim zalim dan penerapan demokrasi gara-gara tafsiran mereka bahawa urusan kenegaraan sama seperti fiqh ibadah.

Saya tidak menafikan bahawa segala amalan kita merupakan ‘ibadah (asalkan mempunyai niat) dan persoalan ‘aqidah merupakan soal pokok dalam beragama, sebaliknya saya mengkritik pengitlakan (generalisasi) hingga menjadikan urusan kenegaraan sangat jumud dan sempit dan tidak dibincangkan menurut sudut yang sewajarnya.

Kita bisa melihat banyak peristiwa pada zaman Nabi di mana para sahabat akan bertanya Baginda: “Adakah ini wahyu?” sebelum memberikan pandangan sebagaimana berlaku peristiwa perubahan strategi tentera Islam dalam perang Badar, melibatkan Baginda dan Hubbab bin Munzir.

Selain itu, Rasulullah mendahulukan musyawarah dalam banyak hal (khasnya melibatkan bab mu’amalat) kecuali melibatkan pensyariatan (‘aqidah dan ibadat). Baginda tidak mudah menjustiikasikan dirinya selaku seorang Nabi untuk memaksa penerimaan terhadap pandangan Baginda. Malahan peristiwa dalam perang Uhud di mana baginda telah menerima suara majoriti (yang mahu tentera Islam keluar dari Madinah) berbanding pandangan peribadi Baginda (yang mahu menyerang dari dalam Madinah).

Tidak terkecuali, hadis Ghilah (menyetubuhi isteri yang masih menyusukan anak) yang terdapat dalam sahih Muslim (sila rujuk sahih Muslim pada hadis ke-2612, 2613 dan 2614), di mana Baginda menolak untuk melarang amalan “ghilah” setelah mendapati masyarakat Rom dan Parsi tidak menerima mudarat menerusi  praktikal tersebut (adapun masyarakat Arab pada masa itu menganggapnya sebagai memudaratkan).

Jelas keterbukaan Nabi dalam urusan muamalat, tiada salahnya mencontohi kaum lain selagimana mendatangkan maslahah umum (public interest) kepada masyarakat. Dr Jasser Auda (penulis buku Maqāsid al-Sharī`ah wal-Ijtihad: Buhuth Manhajiyah wa Namādhij Tatbīqīah (Purposes and Reasoning in the Islamic Law)) memberikan komentar berikut berhubung hal ehwal pemerintahan sebelum mendatangkan hadis ghilah tersebut sebagai contoh.

Kata beliau: “ there are many issues that generally fall under the category of ‘worldly affairs’ (shu’oon al-dunya) that Islam did not give a specific and clear guideline for, and governance style is one of these issues”.

Terjemahan: [“terdapat banyak isu yang jatuh di bawah kategori ‘urusan duniawi’ (shu’oon al-dunya)  yang Islam tidak memberikan  sebarang panduan yang terperinci dan khusus dan urusan tadbur urus adalah salah satu darinya.”]

Katanya lagi: “Worldly affairs’ (Shu’oon al-dunya) are ‘technical’ issues that the Prophet (s) left for us, and even stated that we could make better decisions than him in these areas.”

Terjemahan: [“Urusan duniawi (shu’oon al-dunya) adalah isu teknikal yang Rasulullah SAW serahkan kepada kita, malahan menyatakan bahawa dalam ruang lingkup itu kita mampu membuat keputusan yang lebih baik daripada beliau.”]

Negara Agama?

Atas dasar inilah (beserta banyak lagi contoh yang lain), urusan agama dan negara hendaklah dibedakan supaya tidak berlaku percampuran dan pertindanan tugasan antara kedua-duanya hingga menyebabkan penyalahgunaan kuasa atas nama agama. Semua pihak berebut menonjolkan diri siapa yang lebih Islamik daripada segi jenama dan slogan hingga menenggelamkan konsep asal antara Agama dan Negara.

Negara Agama?

Atas dasar inilah (beserta banyak lagi contoh yang lain), urusan agama dan negara hendaklah dibedakan supaya tidak berlaku percampuran dan pertindanan tugasan antara kedua-duanya hingga menyebabkan penyalahgunaan kuasa atas nama agama. Semua pihak berebut menonjolkan diri siapa yang lebih Islamik daripada segi jenama dan slogan hingga menenggelamkan konsep asal antara Agama dan Negara.

Selain Saadeddine Othmani, penulis dan pemimpin Parti Keadilan dan Pembangunan Maghribi (Morocco’s Party of Justice and Development ) yang menulis buku Tamyiz la Fasl bayna al-Din wa al-Siayasah (Perbedaan dan Bukannya Pemisahan Antara Agama dan Negara), para sarjana lain termasuk Dr Muhammad Imarah dan Shaykh Ghannouchi juga menyatakan hal sedemikian – berkenaan pembedaan antara urusan agama dan negara. Selain Saadeddine Othmani, penulis dan pemimpin Parti Keadilan dan Pembangunan Maghribi (Morocco’s Party of Justice and Development ) yang menulis buku Tamyiz la Fasl bayna al-Din wa al-Siayasah (Perbedaan dan Bukannya Pemisahan Antara Agama dan Negara), para sarjana lain termasuk Dr Muhammad Imarah dan Shaykh Ghannouchi juga menyatakan hal sedemikian – berkenaan pembedaan antara urusan agama dan negara.

Justeru tiada konsep negara agama dalam Islam sebagaimana berlaku terhadap negara gereja di Barat sebelum tercetusnya Renaissance dahulu kala.  Niccolo Machiavelli dalam buku terkenalnya, “The Prince” turut menulis mengenai penglibatan kerajaan agama pada abad ke-15, misalnya melibatkan watak Alexander VI, pemimpin tertinggi gereja yang telah menjatuhkan paderi muda, Savoranola daripada takhta kerajaan Florence di negara Itali.

Savoranola akhirnya meninggal setelah diseksa teruk menerusi inkuisisi (inquisition). Inkuisisi merupakan salah satu senjata mahal pemerintahan gereja dalam menolak pandangan dan gerakan yang bertentangan dengan mereka. Pemonopolian kebenaran, pemusatan kuasa dan pemasungan kebebasan bersuara bermaharajalela sepanjang berkuasanya kerajaan gereja. Inkuisisi dihuraikan lanjut oleh banyak sarjana Barat, antaranya ialah Henry Charles Lea menerusi bukunya,  A History of the Inquisition of Spain.

 Dr Azzam Tamimi memetik pandangan Ghannouchi dalam bukunya berkenaan biografi pemikiran Ghannouchi , “Rachid Ghannouchi: A Democrat Within Islamism” dengan katanya:

“The transformation, in many civilizations, of religion into an institution that monopolizes the interpretation of religious texts, and that speaks in the name of God, had tempted monarchs to exploit the expanding influence of the religious institution so as to bestow sanctity on their own authorities.”

Terjemahan: [“Transformasi agama menjadi institusi yang memonopoli tafsiran teks-teks agama dan bersuara bagi pihak Tuhan dalam kebanyakkan tamadun , telah memikat raja-raja untuk mempergunakan pengaruh institusi agama yang semakin meluas demi mengurniakan kesucian kepada autoriti mereka sendiri.”]

“Gradually, the will of a monarch had become the will of God, and the rule of law had become confused with the will of the ruler, who from then on had no hesitation to proclaim “I am the state, I am the shadow of God on earth. In what amounted to be a race for power and influence, clergymen claimed that they alone speak for religion. The result was catastrophic for both religion and politics. Such was the foundation of despotism.”

Terjemahan: [“Sedikit demi sedikit kehendak raja-raja menjadi kehendak Tuhan, dan berlaku kekeliruan antara kedaulatan undang-undang dan kehendak pemerintah, yang tidak pernah ragu-ragu untuk mengisytiharkan “Aku adalah negara, aku adalah bayangan Tuhan di bumi. Di dalam apa yang menjadi suatu perlumbaan merebut kuasa dan pengaruh, paderi-paderi mengdakwa mereka sahaja yang berhak bersuara dalam urusan agama. Hasilnya adalah malapetaka kepada agama dan juga politik. Itulah dasar kepada terbentuknya despotisme..”]

Apa Sebenarnya Demokrasi Islam?

Ironinya kedapatan sesetengah penulis bab Islam dan kenegaraan cuba menjustifikasikan negara agama dengan dalil bersumberkan Bible sebagai bukti betapa Islam berbeda dengan Kristian, “Render unto Caesar  that which is Caesar’s and render unto God that which is God’s “(Matthew 22:21).

Terjemahan: [Berikanlah kepada Kaisar apa yang wajib kamu berikan kepada Kaisar dan kepada Tuhan apa yang wajib kamu berikan kepada Tuhan.] (Matius 22:21)

Tatkala mereka menolak ayat tersebut atas dakwaan sekular, mereka mempraktikkan sekular (yang difahami mereka sebagai pemisahan antara pemerintahan dan agama) dengan mengasingkan antara kuasa raja dan agama. Raja berkuasa mutlak dengan hujah “ketaatan hanya pada perkara yang makruf sahaja, tiada ketaatan pada perkara dosa”.

Malangnya dosa ditakrifkan dengan had yang sangat sempit, lantas mengkritik secara terbuka kesalahan pemerintah menjadi dosa sementara tindakan pemerintah mengumpul kekayaan dan melakukan penyelewengan tidak pula disebut sebagai dosa.

Mereka mengasingkan antara agama dan negara apabila arahan agama supaya “melawan pemerintah yang zalim, menghisbah kekayaan pemerintah, membela golongan yang ditindas pemerintah” telah ditolak semata-mata kerana mahu mengutamakan pemerintah. Bak kata Abdel Wahab el-Affendi ketika mengulas persoalan ini, “Sewaktu umat Islam menolak prinsip-prinsip sekularisme, mereka sebenarnya mengangkat sekularisme di dalam amalan!”

2004 reads

http://al-ahkam.net/home/content/menilai-kembali-negara-islam-%E2%80%93-bahagian-i

AHLI SUNNAH DAN MARTABAT TUJUH

AHLI SUNNAH DAN MARTABAT TUJUH

Ta’rif Ahli Sunnah wa al-Jama’ah banyak, ada yang panjang, ada yang pendek dan padat, semuanya bermaksud sama sahaja. Kita ambil ta’rif yang paling pendek tetapi padat yang berbunyi:

السنة أي طريقة النبي والجماعة أي طريقة الصحابة

Terjemahannya: Sunnah ialah tareqah (cara) Nabi dan Jama’ah ialah tareqah (cara) para Sahabat.

Ahli Sunnah ialah pengikut aliran Asy’riah, Maturidiah, dan Salaf. Mereka berpegang dengan al-Qur’an dan Sunnah serta menolak falsafah.

Ilmu Martabat Tujuh ini ialah satu perbincangan mengenai asal mula kejadian alam semesta ini. Ilmu atau akidah Martabat Tujuh ini bercanggah dengan Ahli Sunnah; bercanggah dengan Asy’ariah, Maturidiah dan Salaf. Ilmu Martabat Tujuh ini adalah satu falsafah. Ilmu ini termasuk dalam bidang i’tiqad Tasawuf Falsafah Wahdat al-Wujud. Mereka mengatakan bahawa Allah mengadakan semesta ini bukan daripada tiada kepada ada, seperti l’tiqad Ahli Sunnah wa al-Jama’ah, tetapi daripada ada kepada ada. Apakah yang mula-mula ada? Yang mula-mula ada ialah Allah Yang Tiada Awal bagi Ada-Nya dan ada makhluk termasuklah manusia terbit daripada Allah seperti ombak laut terbit daripada laut, atau cahaya matahari terbit daripada matahari. Seperti ; kata Hamzah Fansuri:

Katakan ana al-Haqq jangan takut!

ltulah ombak menjadi laut.

Katanya lagi, “Adapun Wujud Allah dengan Dzat Allah umpama matahari dengan cahayanya; …”

“Pada kami Dzat Allah dengan Wujud Allah esa hukumnya, Wujud Allah dengan wujud alam esa; wujud alam dengan alam esa hukumnya. Seperti cahayanya (matahari) namanya jua lain, pada haqiqatnya tiada lain. Pada penglihatan mata esa, pada penglihatan hati pun esa. Wujud alam pun demikian lagi dengan wujud Allah – esa; kerana alam tiada berwujud sendirinya.”

Apakah erti Wahdat al-Wujud? Erti harfiahnya “satu ada”. Pengertian istilah ialah – Allah ialah segala-galanya (الله هو كل شيىء) menafikan ada yang sebenar selain Allah: Bagi mereka inilah erti (لا اله الا الله). Kerana sebenarnya bagi kalimah ini ada empat jenis tafsiran:

(لا اله الا الله) dengan erti Allah itu tiada tercapai oleh akal dan waham. Ini pendirian Mu’tazilah, falasifah, dan setengah-setengah golongan tasawuf.

(لا اله الا الله) dengan erti tiada Maha Pencipta, tiada Maha Kuasa, tiada Maha Berkehendak yang sebenar melainkan Allah. Inilah pendirian setengah golongan tasawuf yang mentawhidkan segala sifat dan berbuatan Allah.

(لا اله الا الله) dengan erti tiada yang disyuhudkan dengan sebenarnya selain Allah. Inilah pendirian kata-kata orang sufi yang tiada melihat sesuatu melainkan dia melihat Allah pada segalanya itu.

(لا اله الا الله) dengan erti tiada wujud yang sebenar selain Allah. Inilah pendirian orang Wahdat al-Wujud, kerana keterlaluan mereka hingga terkata seperti itu. Ilmu Martabat Tujuh ialah tentang asal mula kejadian alam semesta ini daripada ada kepada ada, penjelasan maksudnya ialah bahawa Allah Yang Maha Esa mentajalli (menampak) kan alam semesta ini daripada Dzat-Nya sendiri. Allah Maha Esa, maka tiada terbit daripada Esa melainkan esa. Sesungguhnya esa tetapi berlapis-lapis. Lapisan ini dalam Bahasa Arab digelar martabat.

Pengertian tajalli (theophany, penampakan) Allah bagi orang sufi wahdat al-wujud ialah alam semesta ini bukan Allah: Tetapi alam semesta ini pada tahap hakikat yang sebenarnya sama sekali tidak lain daripada Allah: Kalau tidak begitu ia menjadi satu kenyataan yang bebas, Tuhan yang berasingan, maka rosaklah ke esaan mutlak (wahdat al-wujud) kepunyaan-Nya semata-mata.

Apakah sebab Allah mentajallikan Diri-Nya? Allah mentajallikan Diri-Nya kerana mahu dikenal, seperti kata hadith Qudsi:

كنت كنزا مخفيا فأحببت أن أعرف فخلقت الخلق ليعرفوني

Terjemahannya: “Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, maka Aku suka dikenali lalu Aku jadikan makhluk supaya mereka kenalkan Aku.”

Tetapi menurut al-Zarkasyi, ibn-Hajar, Ibn-Taimiah dan lain bahawa ini bukan hadith sekali-kali kerana sanadnya tiada diketahui sama ada sahih atau dhaif. Menurut maknanya juga salah kerana ungkapan ini menunjukkan Allah itu berhajat. Maka ini menyalahi al-Qur’an yang berbunyi:

إن الله لغني عن العالمين

Terjemahannya: “Sesungguhnya Allah itu benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (Al-Ankabut: 6)

Oleh kerana Martabat Tujuh ini tidak ada nas yang jelas daripada al-Qur’an dan Sunnah yang sahih, maka sepatutnya tidak timbul isu. Tetapi sekarang sudah timbul isu Martabat Tujuh, maka memikirkan cara-cara menangani masalah ini adalah satu perkara vang amat dikesalkan kerana mensia-siakan umur. Sekarang terpaksalah dihadapi untuk menyedarkan orang yang terkeliru, tawfiq daripada Allah jua yang kita perlukan.

Sejarah ringkas Martabat Tujuh

Martabat Tujuh (ertinya lapisan tujuh) itu ialah Ahadiyah, Wahdah, Wahidiyah, Alam Arwah, Alam Mithal, Alam Ajsam, dan Alam Insan. Lapisan ini tidak semestinya tetap tujuh, ada yang membilangkan tiga sahaja seperti ibn-‘Arabi (1165-1240M.), atau empat puluh seperti yang dilakukan oleh seseorang pengikutnya bernama al-Jili (1365 -1412M), dan al-Midrasi. Ada yang membilangnya lima sahaja seperti Syams al-Din al-Sumatrani, tetapi termasyhur mula masuk ke Nusantara kita oleh Muhammad Fadhlullah al-Burhanpuri (M. 1029H.) hingga ke masa kita ini ialah tujuh martabat. Maka terkenallah dengan nama Martabat Tujuh.

Memandangkan tiga pun boleh, lima pun boleh, tujuh pun boleh, dan empat pun boleh, maka janganlah terpesona sangat dengan angka tujuh (7) kerana perkara ini tidak ada asal dalam al-Qur’an dan Sunnah yang sahih, maka tidak ada dalam iktikad Ahli Sunnah wa al-Jama’ah. Manakala Hamzah Fansuri pula tidak menggunakan istilah-istilah Ahadiyah, Wahdah, Wahidiyah tersebut tetapi dia gunakan istilah La Ta’ayyun, Ta’yyun Awal dan seterusnya. Maksud Ahadiyah dengan La Ta’yyun adalah sama. (Kita akan ulangi perkara ini …).

http://al-ahkam.net/home/bab-1-ahli-sunnah-dan-martabat-tujuh

TIADA ANAK YANG NAKAL. YANG ADA HANYALAH ORANG TUA YANG TIDAK SABAR

TIADA ANAK YANG NAKAL. YANG ADA HANYALAH ORANG TUA YANG TIDAK SABAR

______________

Seseorang menegur saya.

” Kau cakap dgn anak mcm kawan kan . Tak tengking tengking, marah marah.elok je cakap bebaik”

Saya senyum….

Sebab saya sendiri tak suka ditengking, diherdik atau dimarah marah. jadi saya elakkan buat pada orang lain walaupun anak sendiri.

Apabila saya meminta anak melakukan sesuatu,saya berikan dia sedikit masa kalau dia sedang bermain atau tengah buat kerja lain.

Saya tidak memaksa anak anak mengikut kehendak saya ketika itu juga. Cukup saya berikan signal yg saya perlukan pertolongannya. Sampai masa dia akan bantu dengan rela hati.

Pernah dulu saya kerah Aqeel.

Bantu saya cuci pinggan serta merta.

Sedangkan dia tengah seronok bermain game.

Dia tolong saya dengan hati membengkak.

Menghempas pinggan di sinki.

Buat kerja dalam terpaksa.

Dia tidak rela melakukannya

Lalu saya mendekatinya.

“Kalau rasa tak ikhlas nak tolong ibu tak payah basuh. Nanti ibu basuh sendiri. Dari berdosa sakitkan hati ibu lebih baik jangan buat.Tak apa ibu boleh basuh.Biarkan aje”

Terkesan dengan kata kata saya dia mula basuh dengan elok.  Tiada lagi bunyi hempasan di sinki.

Tak perlu tengking  dan marah

Cukup sedarkan apa yg dia sedang buat itu salah.

Saya usap belakangnya.

” Terima kasih anak soleh sebab tolong ibu, byk dpt pahala tolong ibu hari ni ” Dia mula tersenyum.

Belajar berterima kasih juga dengan anak anak walau pertolongannya sekecil mengutip sebutir nasi yg jatuh dilantai. Tanda kita hargai setiap perbuatan baiknya.

Beli jiwa anak anak dengan kata kata bahagia.

Mereka akan rasa kita sangat menghargainya.

Sebagaimana kita juga mengharapkan anak amak menghargai kita dengan penuh rasa  cinta.

Sebolehnya saya elakkan menyakiti fizikal anak anak. Saya selalu bayangkan kalaulah saya dipukul sakitnya bukan hanya ditubuh tapi akan berbekas dihati.  Saya tidak mahu anak membesar dengan memori sedih disepanjang hidupnya.

Saya juga tidak suka berleter dengan anak. Cukup sekadar menegur kesalahan dan meminta anak anak perbaiki kesilapan. Paling lama saya berleter hanya 2 minit 😅 itupun sudah cukup lama rasanya.

Bagi saya teguran yg ringkas,padat dan tepat akan terus masuk ke otak anak. Berbanding leteran yg panjang, lama lama otak pun menolak.

Segala input jadi kucar kacir . Sudahnya anak tak dengar pun apa yg ingin kita sampaikan.

Akhirnya kita tak dapat hasil yg kita mahukan

Contoh kita buat nota padat kita akan lebih mudah ingat berbanding huraian panjang lebar dibuku yg terpaksa kita hafal dan hadam dalam jangkawaktu yang lama.

Saya selalu memanggil anak anak saya dgn panggilan “anak soleh” atau “ahli syurga”

“Terima kasih anak soleh sebab tolong ibu”

“Terima kasih ahli syurga “

Mudah mudahan kata kata itu Allah angkat menjadi doa.

Saya bukanlah ibu yang baik.

Tapi saya selalu mencuba sebaiknya menjadi baik kepada anak anak saya.

Kerana saya percaya dalam dunia Ini tiada anak yang nakal. Yang ada hanyalah orang tua yang tidak sabar.

Semoga Allah mengurniakan setinggi tinggi kesabaran kepada kita semua demi menjaga amanah Allah SWT ini.

Aamiin ya Allah ya mujib.

Sumber : Juraini Kadir

JODOH ADALAH UJIAN ALLAH SWT

Bukan suka-suka الله ﷻ jodohkan kita dengan isteri yang suka melawan…

    Bukan suka-suka الله ﷻ jodohkan kita dengan suami yang panas baran…

    Bukan suka-suka الله ﷻ berikan kita anak yang degil dan nakal…

     Bukan suka-suka الله ﷻ letakkan kita dalam keluarga yang tak kuat agama…

      Bukan suka-suka الله ﷻ beri kita anak ramai…

       Bukan suka-suka الله ﷻ langsung tidak beri anak pada kita…

       Bukan suka-suka الله ﷻ beri kita pelbagai sakit…

.

       Bukan suka-suka الله ﷻ aturkan kisah silam kita..

        Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa ‘tak banyak dosa” sangat…

Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa “saya ni baik je”. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin tak bersungguh-sungguh memohon ampun daripada NYA.

.

         Bukan saja-saja kita seorang je yang dapat Hidayah.. Dengan hidayah yang kita dapat tu sebenarnya akan jadi asbab kebaikan untuk orang lain.

.

       Hidup kita الله ﷻ yang atur.

Isteri kita الله ﷻ yang punya.

       Suami kita juga milik الله ﷻ…

Anak – anak kita الله ﷻ yang punya…

        Duit kita الله ﷻ yang punya…

Kesihatan kita الله ﷻ yang punya…

.

        Jadi, jika kita kehilangan duit, suami, isteri anak atau kita sakit maka redhakanlah. Kerana semua itu bukan kita punya.

Punya الله ﷻ.

      DIA boleh bagi kita dan DIA boleh ambil balik daripada kita bila-bila masa saja…

.

       Namun usah lupa.الله ﷻ itu MAHA PENYAYANG ,MAHA PENGASIH.DIA ambil sesuatu daripada kita sebab DIA nak bagi ‘sesuatu yang lebih besar’ untuk kita. Sesuatu yang sangat kita perlukan yang kita tak pernah tahu.

.

       Cuma الله ﷻ yang tahu. Bersangka baik dengan الله ﷻ perlu kita aplikasikan.

.

        Percayalah, apabila sentiasa bersangka baik dengan الله ﷻ, kita akan sentiasa Redha.

.

Jadi, usah kecewa.

~~

Kita ada الله ﷻ.

Kita minta pada الله ﷻ.

Kita minta kekuatan pada الله ﷻ.

Kita yakin dengan الله ﷻ.

Kita redha dengan ketentuan الله ﷻ.

In Shaa Allah akhirnya kita dapat menerima semua kelemahannya dengan hati terbuka.

.

      Tetapi, untuk mendapatkan hati terbuka itu, perlukan beberapa perlaksanaan.Antaranya solat malam !!! In Shaa Allah kekuatan itu kita akan perolehi.

.

Kita ada الله ﷻ !!!

~

         Dan الله ﷻ itu ada di mana-mana. Bukan hanya di Mekah dan Madinah sahaja., Jika di Mekah dan Madinah ada tempat-tempat mustajab, di tempat lain juga ada. Jika kita berpuasa, doa kita mustajab.Jika kita Solat malam, doa kita mustajab.

.

Dan الله ﷻ telah menggariskan panduan,

“SABAR dan SOLAT !!!”

.

Lakukanlah !!!

~~

        Dan perlahan-lahan, akhirnya kita dapati الله ﷻ akan gantikan semula semua yang DIA ambil dari kita tapi berbeza-beza bentuk pemberiannya. Yang pasti, pemberian itu nyata lebih baik, lebih bagus dan lebih perlu..

In Shaa Allah.

.

~الله ﷻ tak jadikan sesuatu itu saja-saja dan- suka-suka²..

Tak kira perempuan or lelaki…semua pinjaman,andai tak bersyukur..tunggu balasan ye

Facebook Memberi Maklumat Kepada Pencuri

“betul jugok dio royak, pahni sapo2 nok bercuti tu jange dok lorat post, tunggu balik rumoh dulu baru boleh post”

Polis Soal siasat Penyamun

Polis:

“Bagaimana awak boleh tahu bahawa tiada siapa di dalam rumah itu? “”

Perompak:

“Ya encik.. Saya sedang memantau kemas kini status daripada semua ahli keluarga di Facebook… hanya dengan melihat 15 foto yang tersedia di facebook maka saya boleh tahu bahawa mereka sedang menikmati percutian jauh dari rumah selama 1 minggu… Itulah sebabnya saya percaya bahawa rumah itu kosong “

Polis:

“??????”

===============================

Ambil serius cerita pendek ini.

Berhati-hati dengan apa yang anda letakkan di Facebook anda

Berhenti berkongsi maklumat peribadi di media sosial!

📛 Jangan iklankan kegembiraan anda di media sosial.

📛 Jangan iklankan jadual penerbangan dari lapangan terbang (A) ke lapangan terbang (B).

📛 Jangan iklankan percutian anda di media sosial.

📛 Jangan iklankan pencapaian anak-anak anda di media sosial

📛 Jangan iklankan kehamilan anda di media sosial.

📛 Jangan iklankan pembelian mahal anda di media sosial. (Kereta, rumah dll).

Kadang-kadang semua komen baik yang anda dapat hanyalah palsu.

Anda hanya menarik mata jahat kepada anda & keluarga anda.

Anda tidak tahu siapa yang menyimpan gambar anda atau memeriksa pembaharuan anda.

Media sosial kadang-kadang merugikan seperti kisah penyamun yang polis soal siasat di atas.

Semoga maklumat ini dapat memberi manfaat kepada kita..

kredit : Viral Terkini Malaysia

ISTERI YANG MENUTUP KEMISKINAN SUAMINYA

ISTERI YANG MENUTUP KEMISKINAN SUAMINYA.

Ada sebuah kisah, ada seorang suami yang menangis sedikit teresak di sisi sahabatnya.

Lalu sahabatnya bertanya “Kenapa kau menangis ?”

Suami itu menjawab “Isteri aku sedang demam”.

Sahabatnya bertanya lagi “Seberapa hebat sayangnya engkau kepadanya ? Hingga dia demam sahajapun engkau sudah menangis seperti ini”.

Suami itu menjawab lagi “Kau tak kenal isteri aku itu bagaimana..”

Dia pun mula menceritakan,

“Aku ini miskin. Aku ni tak ada kerja tetap. Setiap hari keluarga aku hanya makan kacang, itupun jika aku dapat balik awal”

“Pernah ketika aku tak dapat balik rumah, isteri aku hanya ada 2 pilihan sahaja sama ada dia akan berpuasa atau minum air putih sepanjang hari..”

“Satu hari, aku sekeluarga dijemput oleh mertua aku ke rumahnya, memang isteri aku dari kalangan keluarga yang agak berada..”

“Masa aku sedang duduk-duduk berbual bersama mertua dengan hidangan yang lazat dan enak, mata aku tak nampak di mana isteri aku berada lalu aku bertanya kepada mertuaku sama ada dia nampak isteri aku ada di mana..”

Ibu mertua aku menjawab,

“Isteri kamu ada di dapur, dia mencari kacang. Katanya dia sudah agak jemu dengan lauk daging, ayam dan semacamnya sehingga dia teringin cuma nak makan kacang”

Ayah mertuaku yang mendengar terus mencelah,

“Terima kasih banyak-banyak kerana jaga anak kami. Secukupnya diberi nafkah dan seeloknya dijaga sampai ayam dan daging pun dia terasa jemu”.

“Saat itu dadaku terasa sesak sekali. Aku seupayanya menahan agar tidak menangis. Sekalipun hati aku sebenarnya tidak dapat menahan tangisan”.

“Lalu saat sudah balik ke rumah, setibanya di rumah aku terus memeluk erat isteriku sambil menangis teresak-esak”.

“Wahai isteriku. Sebegitu sekali kau menjaga keaiban dan kekurangan suamimu hatta di pandangan ayah ibumu sendiri. Sedangkan ku tahu terlalu banyak kekurangan yang ada padaku sehingga dirimu selalu hampir tak makan seharian”.

Isteri aku menjawab,

“Ku harus menjalankan tanggungjawabku. Tanggungjawabku adalah menjaga sepenuhnya kehormatanmu wahai suami. Soal tanggungjawabmu kepadaku, aku sentiasa berdoa agar Allah lah yang akan mempermudahkan untukmu melaksanakannya. Kerana aku menjadi isterimu, keranaNya”.

-Ustaz Uthman Daud-

Jangan saling membenci

Jangan saling membenci

Didik hati memahami situasi agar tidak timbul salah persepsi, agar tidak cepat menghakimi, berhati² kerana tanpa berfikir panjang sering melakukan kesilapan.

Lumrah perselisihan pasti ada yang terguris rasa, namun tak lama sakitnya, seperti luka pasti akan sembuh.

Ingatlah memori yang indah ketika bersama, akan nampak segala kebaikan, walaupun orang kata 1 keburukan akan menutup segala kebaikan.

Jangan dikisahkan ada yang benci, memuaskan hati orang memang sukar.Ada yang suka, ada yang benci itulah ragam kehidupan.Jika tak mampu berkata yang baik², diamlah walaupun dikata sombong asalkan kita tak menyakiti dan disakiti.

Usah cepat melatah jika ada yang menghina, membenci, menyakiti dan kembalikan segala perasaan itu dengan mendoakan.Ianya akan membalik kepada kita, kita mendoakan yang baik², maka akan yang baik² jugalah balasannya.

Memang tak semua apa kita inginkan kita dapat, kita inginkan kebahagiaan, kasih sayang, kita berdoa agar kita dikelilingi orang² yang meyayangi kita.

Dibenci, disakiti itu ujian, dan kuatkan hati dan semangat, hari² yang akan kita jalani akan kita tempuhi dengan berbagai ragam manusia.Sabar, dan sentiasa berlapang dada dalam apa jua perkara.

Pilihan di tangan kita, kita mencorakkannya, tapi kita tak boleh menolak ketentuan Allah Swt.Kita mampu mengubah tapi Allah lebih berkuasa, dan kena terima.

Perbaiki hubungan yang renggang, memaafkan, jangan ada benci, jika perasaan itu tak dibuang kita akan terperangkap dengan keegoan kita  sendiri.Dan selagi ego itu tak dipecahkan selagi itu hati takkan tenang.

“Jangan kalian saling membenci, saling menghasut, saling membelakangi, jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara..”

 – HR. Bukhari –

5 PERKARA SUAMI ISTERI PERLU INGAT, APABILA BERTENGKAR

Apabila berlaku perselisihan antara suami isteri, ingatlah perkara ini:

1. Dia jodoh yang ditakdirkan untuk kita. Terimalah dengan hati yang terbuka. Usah menyesal dengan takdir.

2. Allah menguji kita melalui dia. Ujian Allah pasti baik, yakni samada  pengampunan dosa atau pengurnian pahala.

3. Sedarlah ada pihak ketiga yakni syaitan yang sedang menghasut dalam hati kita dan dia. Hakikatnya, syaitan itulah lawan kita bukan pasangan  kita.

4. Ingatlah, kebaikan dan kelebihan  pasangan kita lebih banyak berbanding keburukan dan kelemahannya.

5. Jadilah orang pertama memulakan langkah ke arah pembaikan kerana Allah sesungguhnya cinta kepada orang yang dahulu berbuat baik. Meminta maaf, mengakui kesalahan dan kekhilafan diri bukan bererti kalah tetapi itulah kemenangan sebenar di sisi Allah.

APABILA USIA MENCAPAI 40 TAHUN

Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!

Hati lebih sabar.

Hati lebih tenang.

Hati lebih ikhlas.

Hati lebih tawaduk.

Hidup lebih bahagia.

Hidup lebih sempurna.

Hidup lebih nampak arah tujunya.

Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan.

Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal.

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

Semua urusan diniatkan ibadah.

Sudah mula ke rumah Allah.

Sudah mula perbaiki diri.

Sudah mula perbaiki solat.

Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.

Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.

Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki ‘final exam sebelum usia 40’ 😌.

 Take a second to think about how blessed you are.

Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.

Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.

Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.

Create your website with WordPress.com
Get started