ISLAM DAN DEMOKRASI: SUATU ANALISIS TEORITIS

ISLAM DAN DEMOKRASI: SUATU ANALISIS TEORITIS

Jeremy P. Barker, Zirve University | (Diterjemahkan oleh Ahmad Nabil Amir, Abduh Study Group, IRF)

Persoalan tentang kesejajaran antara Islam dan demokrasi telah berlarutan selama beberapa generasi. Perkembangan terbaru dalam teknologi, pengangkutan dan komunikasi telah memungkinkan interaksi antara negara “demokratik” di Barat dan masyarakat tradisional Islam di Timur Tengah dan Afrika Utara diperkuat dan diangkat. Perkembangan politik, agama dan sosial dari pelbagai budaya kini hanya sejauh capaian televisyen atau internet saja.

Peristiwa terbaru di Timur Tengah, yang dimungkinkan dengan kemajuan teknologi ini, hanya telah mengangkat wacana tentang peranan demokrasi di rantau tersebut. Hasil revolusi ini masih belum jelas dan akan menyediakan suatu kes pengujian yang paling mutakhir dalam pelaksanaan demokrasi di negara majoriti umat Islam.

Sementara keabsahan seluruh tesisnya masih terus dipertengkarkan, telahan Samuel Huntington adalah tepat tatkala beliau mengungkapkan tentang era selepas-Perang Dingin, “dalam politik ketamadunan, rakyat dan kerajaan daripada selain-peradaban Barat tidak lagi menjadi [sic] objek sejarah sebagai sasaran kolonialisme Barat tetapi mereka turut menyertai negara Barat sebagai penggerak dan pencorak sejarah” (Huntington 1993:23). Sementara kuasa Barat, Amerika Syarikat yang paling terkemuka di antaranya, masih menzahirkan pengaruh yang besar dalam ehwal sejagat, namun tujahan pengaruh telah beralih.

Sepertimana dunia telah menjadi semakin “mendatar”, untuk menggunakan ungkapan Thomas Friedman (2007), kesejajaran dalam sistem pemikiran yang bersaing tampil sebagai topik yang lebih kerap diperdebat. Di garis hadapan perdebatan ini adalah kesejajaran antara Islam dan demokrasi. Disebabkan percambahan aliran dan kerencaman penafsiran terhadap kedua ideologi ini, maka perbincangannya cukup masif dan luas.

Bagi mengupayakan kefahaman terhadap topik ini maka skop artikel ini akan meneroka kedua sistem ini bagi memperlihatkan kedua nilai utama dan potensi penghakisannya dan seterusnya menzahirkan senario yang berpotensi lahir daripada realiti ini. Pada akhirnya akan zahir bahawa terdapat titik persamaan yang memungkinkan Islam dan demokrasi berganding dalam keharmonian dan juga terdapat pencabulan yang menerbitkan konflik yang keras.

Demokrasi

Pemakaian kata “demokrasi” menghadirkan pelbagai imej kepada fikiran. Dasar kepada sistem kerajaan ini berakar kepada tatanan negara-kota yang terpasak daripada pemerintahan Yunani kuno. Dalam rangka kontemporer ia boleh merujuk kepada pertengkaran hujah tanpa lunas hukum yang terungkap daripada mesyuarat dewan bandaran atau kepada perwakilan struktur politik yang kompleks daripada kebanyakan negara Barat.

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan “demokrasi?” Apakah komponennya yang fundamental? Apakah ketempangannya? Dalam rangka untuk menilai sama ada Islam sejajar dengan demokrasi adalah penting untuk menghuraikan apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh terminologi ini.

Demokrasi: Secara Prinsip

Berdasarkan definisi yang mudah, demokrasi adalah sistem kerajaan oleh rakyat berbanding oleh satu individu atau kelompok elit. Ia boleh dimaknakan sebagai kerajaan oleh sokongan populis; suatu bentuk kerajaan yang mana kuasa tertinggi terletak kepada rakyat dan dikendalikan secara langsung oleh mereka atau oleh perwakilan mereka yang dilantik secara bebas.

Pemberian kuasa tertinggi kepada rakyat ini harus tertakluk kepada beberapa semakan supaya tidak mudah terhakis menjadi anarki dan perebutan kuasa di dalam masyarakat itu sendiri. Dalam kebanyakan negara moden demokrasi adalah setanding dengan bentuk kerajaan republik di mana rakyat mempunyai kuasa secara bebas untuk memilih perwakilan yang bertindak di atas kepentingannya yang terbaik.

Mereka memilih perwakilan untuk mentadbir bagi pihak mereka dan dengan itu telah menyerahkan sejumlah kuasa yang dipegang oleh mereka. Dalam gagasan demokrasi, hal ini disempurnakan dengan kerelaan, dan justeru teras penting dalam demokrasi adalah ide tentang pilihanraya yang bebas. Bagaimanapun, ide ini sahaja tidak serupa dengan demokrasi yang sihat. “Pilihanraya yang bebas” tidak semestinya seerti dengan demokrasi.

Terdapat beberapa prinsip asas yang lain dalam demokrasi. Sebagaimana Roger Trigg, dalam karyanya yang mendalam  Religion in Public Life (Agama dalam Kehidupan Awam) (2007: 130) mengungkapkan: “ sebuah negara demoratik adalah negara yang mana kerajaan bertanggungjawab kepada rakyat, dan boleh disingkirkan oleh mereka dalam pilihanraya. Manakala rakyat telah melepaskan beberapa hak, namun mereka masih memegang kuasa tertinggi ke atas pegawai yang dilantik”.

Justeru Trigg merumuskan:

“Pra-syarat daripada pelaksanaan demokrasi tersebut adalah kebebasan individu berasaskan kebijakan bahawa semua rakyat adalah bebas untuk menentukan keputusan tentang apa yang penting, dan untuk mempertahankan kehidupan sepertinya. Sebuah negara di mana rakyat diarah tentang apa yang boleh difikir, atau disyaratkan melalui maklumat yang disaring daripada menerima beberapa perkara sebagai benar, adalah mengawal rakyatnya berbanding dikawal oleh mereka.”

Pemeliharaan dan penyempurnaan kebebasan individu adalah perlu untuk memastikan demokrasi berfungsi dengan berkesan. Prinsip yang fundamental ini mempunyai kesan yang jauh dalam pembentukan sebuah demokrasi. Demokrasi adalah pemerintahan oleh rakyat secara kolektif, tetapi ia harus berpijak daripada kemahuan individu yang bebas yang melahirkan gabungan yang kolektif ini. Pemeliharaan hak dan kebebasan individu membawa kepada pemugaran prinsip dan nuansa demokrasi yang lain.

Pelaksanaan kebebasan individu dalam masyarakat melahirkan beberapa budaya dinamik yang telah menjadi mercu tanda dalam masyarakat demokrasi. Bassam Tibi berulang kali menekankan dua dari dinamisme budaya ini yang bercambah dalam masyarakat demokratik yang sebenar. Beliau mengungkapkan, “andaian saya di sini adalah pluralisme dan perkongsian-kuasa adalah ciri-ciri asas dalam demokrasi. […] saya berpandangan bahawa proses demokratisasi yang terbatas kepada prosedur pengundian bukan suatu proses demokratisasi yang hakiki” (2009: 139).

Dua elemen penting daripada pluralisme dan perkongsian kuasa ini muncul berulang kali sepanjang karya Tibi. Pluralisme adalah hasil yang logik daripada pelaksanaan kebebasan individu. Apabila rakyat dibenarkan untuk berfikir dan bertindak dengan bebas di dalam masyarakat hasilnya adalah bercambahnya kepelbagaian ide, fikiran, dan suara dalam ruang umum. Sebuah demokrasi meraikan perbezaan ide dalam sebuah bangsa.

Nilai penting yang kedua yang dicanangkan Tibi adalah perkongsian kuasa. Dalam demokrasi yang subur pemerintah yang berkuasa tidak hanya dikuasai oleh segmen yang kecil daripada populasi tetapi dikongsi oleh seluruh kelompok rakyat. Kerana itu suara terbanyak (pluralis), kebebasan individu, diwakili tidak hanya dalam masyarakat tetapi juga dalam praktis kuasa oleh pemerintah. Nilai-nilai ini adalah bermakna kepada demokrasi yang sebenar. Justeru dalam membahaskan kesejajaran antara Islam dan demokrasi ia harus menimbangkan sama ada Islam adalah serasi dengan prinsip penting ini. Ia juga harus dibincangkan bagaimana prinsip-prinsip ini diterjemahkan dalam amalan demokrasi yang rancak.

Demokrasi: Secara Praktis

Di antara banyak nilai yang dihargakan dalam masyarakat demokratik yang paling utama adalah kebebasan individu, pluralisme, dan perkongsian-kuasa. Apabila nilai-nilai ini dizahirkan dalam praktis ia mempunyai potensi untuk menghasilkan suatu bentuk pentadbiran yang mempertahankan kesamaan dan keadilan dari kerajaan yang manusiawi. Khususnya sepanjang tiga abad yang lampau, kebanyakan masyarakat yang paling bahagia, yang paling produktif, dan yang paling terkehadapan adalah daripada kalangan di mana nilai-nilai pokok ini diangkat dan dihargakan dan diterjemahkan secara tuntas.

Nilai-nilai ini telah direalisasikan dengan sepenuh kebebasan di negara-negara Barat, tetapi turut  diiktiraf dan diraikan oleh masyarakat antarabangsa. Sebagai satu contoh daripada kenyataan ini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1948 telah menggariskan “Deklarasi Antarabangsa Hak-Hak Kemanusiaan”nya. Dalam menjalankan ide-ide demokratik deklarasi ini menyeru anggotanya untuk “melaksanakan hak-hak kemanusiaan yang menetapkan keutamaan untuk melindungi hak seseorang individu terlebih dahulu daripada matlamat-matlamat lain sesuatu negara itu” (Houeyda, 2004: 230).

Untuk menegakkan polisi yang seperti ini pada logiknya hanya dapat diusahakan dalam masyarakat yang mana kuasa dipegang oleh individu berbanding oleh pimpinan politik. Sungguhpun begitu, ide tentang hak kemanusiaan telah, dan masih, didakap oleh semua negara anggota Bangsa-Bangsa Bersatu. Dalam penelaahan ini akan dirungkai dan diselidik bagaimana realiti ini berinteraksi dengan Islam.

Aspek kedua daripada pelaksanaan nilai demokratik adalah manakala ia dikerah ke tahap yang ekstrim nilai-nilai ini secara logiknya mencipta posisi yang tidak mampan. Contoh yang paling utama daripada hal ini dilihat dalam pluralisme. Ide tentang suara dan ide yang pluralis di dalam masyarakat adalah fundamental terhadap demokrasi yang segar. Namun begitu, pencarian nilai pluralisme tidak harus menjadi matlamat akhir daripada demokrasi.

Apabila hal ini menjadi objektif terakhir ia mencipta suatu budaya di mana mustahil untuk mempertahankan mana-mana kepercayaan kerana menjadi kewajiban ke atas individu untuk menganut semua kepercayaan. Apabila toleransi dihargakan ke atas semua nilai yang lain dan sebarang rupa kebenaran disingkirkan daripada ruang awam, masyarakat mula kehilangan suara yang autentik kerana semua suara mengutarakan ide yang sama.

Tiada ide yang dibenarkan untuk diungkap dengan bebas kerana ia mungkin tidak mewakili kesemua ide. Pada hakikatnya ini melahirkan liberalisme yang dipaksa. Seperti Roger Trigg nyatakan “liberalisme yang dipaksa akan dibantah oleh sebahagian orang, sepertimana golongan liberal pula membantah sikap dogmatik yang tidak toleran” (2007: 139).

Perdebatan tentang sejauh mana “pluraliti” ini harus berkembang sebelum ia mencapai “pluralisme” kini sedang amuk bertiup di Eropah Barat dan Amerika Syarikat. Pendirian yang diambil oleh masyarakat demokratik terhadap isu ini akan menghasilkan kesan yang signifikan terhadap cara ia berinteraksi dengan Islam dan mana-mana sistem kepercayaan.

Pencabulan lain daripada prinsip demokratik adalah ketika masyarakat terbenam dalam relativisme. Di atas nama toleransi atau pluralisme banyak masyarakat demokratik telah mengiystiharkan bahawa kebenaran mutlak tidak-wujud. Untuk menegaskan bahawa sesuatu hal mempunyai nilai kebenaran yang universal merupakan aksi ultimatum yang nyah toleran dan eksklusif.

Dalam rangka untuk menghindari kecenderungan ini maka tiada lagi ruang yang absolut di dalam lapangan awam. Pada akhirnya hal ini akan menyingkirkan sebarang makna daripada mana-mana sistem kepercayaan yang formal. Malah bagi agama monotestik dunia, yakni Islam, Kristian, atau Yahudi, sekiranya mereka ungkapkan tiada sesuatu yang absolut bermakna tiada sesuatu yang mereka ungkapkan sama sekali. Atau diungkapkan dengan cara lain, “kebebasan agama mungkin merupakan keyakinan yang mulia, tetapi tiada makna untuk menyampaikannya, sekiranya tiada sesuatu yang tinggal untuk diyakini lagi” (Trigg, 2007: 139).

Pertempuran melibatkan kebenaran ini – dan dakwaan kebenaran – dalam demokrasi moden tidak dapat dirungkai tetapi akan menzahirkan kesan yang serius terhadap isu kebebasan mengucapkan keyakinan agama dalam tahun-tahun mendatang. Tidak sukar untuk membayangkan seorang da‘i ditahan dan dipenjarakan kerana menyampaikan “ucapan jelek” lantaran beliau membaca halaman daripada Bible yang mengharamkan amalan homoseks atau atlit sekolah tinggi dihukum kerana beliau berdoa ketika acara perlawanan bola sepak. [1]

Apakah ruang keyakinan peribadi dalam sebuah demokrasi? Di atas nama membenarkan setiap orang untuk percaya apa yang mereka pilih mungkin demokrasi telah membuatkan mustahil untuk individu percaya pada apa saja.

Dalam amalan demokrasi adakah wujud ruang yang tinggal untuk meyakini apa yang benar atau adakah upaya untuk mengejar kebebasan individu dan pluraliti telah terhakis kepada pluralisme dan relativisme? Pada prinsipnya terdapat keharmonian antara nilai teras demokrasi dan kebebasan untuk menyempurnakan keyakinan agama seseorang, tetapi secara praktis kebanyakan demokrasi moden melihat pembenturan yang keras antara agama dan demokrasi.

Islam

Islam ditemui pada kurun ke 7 Masihi di Semenanjung Arab, dan kini telah berkembang menjadi agama terbesar yang paling terancang di dunia. Hampir satu-perlima dari populasi dunia adalah Muslim. [2] Islam sendiri adalah jauh daripada bersifat monolitik. Pemisahan yang paling ketara adalah antara majoriti Sunni dan minoriti Shi‘ah, tetapi terdapat lebih banyak fragmentasi melangkaui sekadar perpecahan ini. Sebelum menimbangkan apa jua fragmentasi dalam Islam pertamanya harus dihuraikan apakah prinsip utama yang fundamental dalam Islam.

Islam: Secara Prinsip

Untuk menghuraikan dengan jelas nilai utama dalam Islam adalah tugas yang mengusutkan. Tulisan ini sama sekali tidak bercadang untuk melakukan penelitian yang menyeluruh tentang prinsip Islam. Justeru bagi menggarap rumusan yang ringkas daripada prinsip ini seseorang mungkin bermula dengan melihat kepada lima “rukun Islam.” Hal ini merujuk pada lima kewajipan terhadap setiap Muslim. Asasnya adalah shahadah[3] atau penyaksian keimanan. Demikian ini adalah pengakuan bahawa “tidak ada Tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad adalah rasul yang diutuskanNya.”

Termasuk dalam pernyataan ini dua konsep yang penting untuk memahami Islam. Pertama, keesaan dan ketauhidan Tuhan terangkum sebagai doktrin Islam yang pokok. Konsep kedua yang diwahyukan dalam hal ini adalah kepentingan Nabi Muhammad kepada umat Islam. Peranan Baginda dalam pembentukan aqidah dan budaya Islam tidak dapat diungkapkan dengan berlebihan, walaupun kini telah melampaui 1300 tahun sejak kewafatan Baginda.

Cara kedua untuk melihat prinsip Islam adalah daripada pengertian ungkapan Islam sendiri. Islam bermaksud “penyerahan” kepada Tuhan. Lantaran itu seorang Muslim adalah “seorang yang tunduk menyerah.” Ia memperlihatkan orientasi seorang Muslim. Ia memandang hidupnya sebagai penyerahan kepada Tuhan dan kemudian cuba untuk hidup sebagai respon terhadap prinsip tersebut. Sumber autoriti bagi seorang Muslim ditemui pertamanya dalam al-Qur’an, kemudian dalam himpunan perkataan dan rakaman sirah kehidupan Nabi Muhammad, dan juga dari pandangan kolektif (ijma‘) komuniti Muslim.

Sebagai seorang yang sujud menyerah kepada Tuhan Muslim dengan itu hidup berdasarkan perintah yang Tuhan telah gariskan kepada mereka. Dalam Surah 2:177 kebaikan bagi Muslim disifatkan sebagai meliputi keduanya kepercayaan kepada Tuhan, kitabNya, dan Nabi-NabiNya, dan juga akhlak Muslim, khususnya yang berkait dengan persaudaraan sesama manusia.

Hal ini diperihalkan sebagai kerelaan menafkahkan harta kepada insan yang lain, penekanan tentang pelayanan yang wajar terhadap kalangan yang miskin dan anak yatim, dan mempertahankan integriti (maruah) kehidupan. Daripada al-Qur’an lahir prinsip kehidupan yang harus ditempuh Muslim. Dengan perkataan lain, daripada aqidah Islam terbit perbuatan yang mempengaruhi cara Muslim berhubung antara sesama mereka dan kepada masyarakat dunia seluruhnya.

Secara prinsipnya Islam adalah agama yang menzahirkan kepada Muslim siapakah Tuhan itu – suatu teologi.[4] Hasil daripada teologi ini melahirkan sistem praktis bagi Muslim sebagaimana ia dizahirkan dalam amalan. Sistem ini mempunyai elemen pokok seperti lima rukun Islam. Ia juga menuntut Muslim untuk didefinisi dengan kebaikan sebagaimana dihuraikan dalam al-Qur’an. Tetapi bagaimanakah yang terlihat daripada prinsip ini apabila ia diamalkan?

Islam: Secara Praktis

Apabila Islam, seperti mana-mana sistem kepercayaan atau ideologi, diterjemahkan dalam amalan terdapat pelbagai bentuk pemakaian dan pentafsiran. Selain pemisahan berdasarkan perbezaan teologi/sejarah, yakni pembahagian Sunni dan Shi‘ah, Islam pada saat ini menghadapi divisi yang besar dalam aspek praktis.

Terdapat perdebatan tentang bagaimana prinsip Islam harus diaplikasi. Adakah Islam suatu sistem kepercayaan yang holistik (menyeluruh)? Adakah ia menyentuh seluruh lapangan hidup? Sekiranya ia memang terpakai ke seluruh lapangan kehidupan adakah ini melalui perintah yang spesifik atau hanya bersandarkan prinsip? Cara persoalan ini dijawab memberi indikasi tentang bagaimana Islam akan kelihatan dalam rupa praktis.

Dalam artikelnya yang kritis, Bassam Tibi menggariskan pembahagian terhadap istilah Islam dan Islamisme. Beliau menyebutkan Islam sebagai agama, budaya, dan sumber etika, sementara Islamisme adalah “mobilisasi ideologi agama, yang diwakili oleh gerakan yang melangkaui sempadan bangsa yang tidak hanya terlibat dalam bentuk baru peperangan yang tak menentu tetapi juga, dalam konteks yang lain, secara sinis memutar dan memanipulasi permainan demokrasi” (2009: 136-37).

Beliau menggariskan perbezaan antara kelompok Islamis yang bercorak “institusi” dan “jihadi” tetapi pembahagiannya hanya pada cara dan bukan pada matlamat. Keduanya berkongsi visi politik antarabangsa untuk mencapai Islamisasi sejagat (Tibi, 2009: 155).

Dengan itu sebenarnya terdapat dua wacana yang terpisah yang terjelma. Satu adalah sama ada Islam secara prinsip atau pada dasar teologi adalah tidak sejajar dengan demokrasi. Yang lain adalah sama ada wujud ketidak sejajaran apabila diaplikasi terhadap situasi kini dalam sebuah kumpulan Muslim tertentu yang berkembang dalam demokrasi yang tertentu atau kepada masyarakat Muslim yang berada dalam demokrasi yang sedang bangkit (Minkenberg, 2007).

Wacana pertama memerihalkan Islam sebagai sistem keyakinan, praktis budaya, dan akhlak. Sebagaimana ditinjau dalam seksyen di atas, secara prinsipnya Islam mampu melahirkan manusia yang kukuh berakar dengan akhlaknya melalui keyakinan kepada Tuhan, dan hal ini akan melahirkan kehidupan yang “baik”, yakni kesediaan untuk mengeluarkan nafkah pada yang lain, keprihatinan terhadap yang kurang bernasib baik, integriti dalam hidup, dan bermacam lagi karakteristik yang terpuji. Melalui aplikasi Islam terhadap nilai yang prinsipal ini, maka ia dapat diaplikasi terhadap setiap ruang kehidupan dan masih sejajar dengan pelbagai sistem politik, termasuk demokrasi.

Dalam aplikasi kedua, sekiranya Islam dilihat sebagai “visi holistik” bagi masyarakat yang mendikte tidak hanya bagaimana seorang individu harus kelihatan, tetapi juga apakah budaya itu sendiri, termasuk struktur politik, maka pasti terdapat dalam sejarah peningkatan yang hebat terhadap kemungkinan tercetusnya konflik dan sekatan terhadap kebebasan awam. [5]

Hal ini terserlah sebagai suatu yang benar bagi kelompok Islamis yang mempunyai visi global untuk mencapai Islamisasi berasaskan shari’ah. Walaupun jika objektif ini dituntut melalui seakan saluran demokrasi, sebagaimana golongan Islamis yang berinstitusi seperti dalam analisis Tibi yang lakukan, hal ini sebenarnya tidak mencerminkan masyarakat demokratik yang sebenarnya.

Trigg menimbangkan wacana agama seperti ini dengan mandat tentang bagaimana seluruh kehidupan harus diatur. Beliau menyatakan, “perhatian mereka terhadap kebenaran, dan selanjutnya kesediaan untuk memaksakannya ke atas kelompok yang lain diberikan keutamaan [daripada kebebasan individual].” Hal ini tentunya tidak eksklusif hanya pada Islam, bahkan menurut Trigg, “Gereja Katolik Roman pernah didakwa dalam sejarah kerana tidak menghormati kebebasan beragama, tetapi dalam dunia kontemporer, seringnya Islam yang mencabar ide ‘Barat’ tentang kebebasan dan hak kemanusiaan” (2007: 134).

Untuk melahirkan demokrasi yang tulen dan kebebasan agama ia tidak boleh dipaksa daripada kuasa atasan. Ia harus dipugar dalam budaya kebebasan bagi individu untuk mencapai rumusannya sendiri tentang keyakinan peribadi – dan malah hak untuk merubah keyakinan tersebut – tanpa khuatir terhadap campur tangan pemerintah (Trigg, 2007: 134-36). Bagi gerombolan Islamis, hal ini kelihatan tidak senada dengan aspirasi kesejagatan Islam mereka.

Konklusi

Bagi mengakses isu ini dengan tepat maka prinsip yang dibincangkan harus didefinisikan dengan jelas. Harus juga ditegaskan sama ada perbincangan ini bercorak deskriptif atau preskriptif terhadap isu yang dibangkitkan. Pada dasarnya, adakah artikel ini cuba untuk menghuraikan realiti sekarang atau hanya mengupas ruang lingkup hal yang mungkin atau harus berlaku?

Artikel ini telah cuba mendekati isu tentang kesejajaran antara Islam dan demokrasi berteraskan kedua pendekatan. Ia telah melihat pada keupayaan demokrasi dan kemungkinan untuk atau yang harus terjadi apabila prinsip-prinsip utamanya diaplikasi dengan wajar. Ia juga telah menimbangkan kedudukan Islam apabila diterjemahkan sebagai sistem kepercayaan dan sumber etika.

Tetapi harus disedari bahawa terdapat juga pelanggaran terhadap kedua-dua isu ini. Demokrasi yang dikerah ke tahap ekstrim membawa kepada pluralisme dan relativisme. Islam yang dibawa ke sudut ekstrim menjurus kepada agama paksaan dan opresif oleh kalangan yang mempertahankan pandangan berbeza. Pada akhirnya, hal ini adalah perbincangan yang kompleks dengan pelbagai kemungkinan yang harus diambil kira.

Kesimpulan daripada analisis ini telah menemukan empat senario yang lahir daripada perkaitan antara Islam dan demokrasi. Daripada empat senario ini tiga darinya tidak sejajar dan pasti menjurus kepada konflik.

Pertama adalah sebuah masyarakat di mana nilai demokratik yang pluralis dan kebebasan individu telah dibawa begitu jauh hingga ia membawa kepada pluralisme, di mana tiada sesuatu yang dapat dipercayai kerana setiap suatu harus dipercayai, dan relativisme, di mana tiada sesuatu yang benar kerana akan lahir sesuatu yang salah.

Dalam masyarakat yang seperti ini meskipun bagi seorang Muslim yang melihat Islam cuma pada rangka teologi dan etika saja akan dikecualikan kerana ia mempunyai keyakinan terhadap Tuhan yang tidak dianut oleh kalangan lain dalam masyarakat. Hal ini merupakan kenyataan di mana sebahagian kumpulan Kristian dan Islam sedang depani dalam masyarakat Barat.  Di atas nama mempertahankan kebebasan individu, pengamalan prinsip kebebasan tersebut dihalang. Hal ini tentunya membawa padah kepada rakyat perseorangan yang dicantas daripada menyempurnakan kebebasan individunya.

Senario kedua adalah seperti bentuk masyarakat demokratik ketika ia berhubungan dengan ideologi Islamis yang berusaha menggerakkan dakyah Islamisasi sejagat. Dalam pusingan pertama masyarakat akan menerima ideologi ini kerana ia adalah suara alternatif yang memperkuat ide pluralisme. Bagaimanapun, setelah terbukti bahawa ideologi Islamis sebenarnya tidak bersedia untuk tunduk kepada agenda relativis dan pluralis, maka satu bentuk konflik dan benturan lainnya bakal tercetus. Konflik ini kelihatan akan lahir di negara Eropah Barat yang mempunyai komuniti Islam yang bercambah dan komitmen yang tuntas terhadap pluralisme dan relativisme. Sama ada masyarakat itu akan menerima ideologi tersebut atau akan tercetus pertentangan budaya sebagaimana dua agenda yang berbeza ini bertempur dalam lapangan awam.

Senario ketiga adalah ketika masyarakat demokratik yang mempertahankan nilai kebebasan individu berinteraksi dengan agenda Islamis yang berusaha menyekat hak tersebut. Dalam senario ini akan tercetus pembenturan manakala demokrasi dipaksa mengenakan had ke atas pemenuhan hak seseorang individu kerana niat mereka sebenarnya adalah untuk menghapuskan hak individu yang lain. “Dilemanya adalah bagaimana untuk menyingkirkan relativisme, dan pada masa yang sama tidak terbenam dengan pendekatan autokratik yang melantarkan kebebasan demokrasi menjadi mustahil” (Trigg, 2007: 140). Hal ini adalah kes yang sukar dalam negara di mana demokrasi telah berdiri. Ia sebaliknya adalah faktor yang menghasilkan kesukaran bagi sebuah demokrasi yang kuat untuk bercambah dalam negara majoriti umat Islam. Justeru dalam senario ini zahirnya pembenturan dan ketidak sejajaran antara Islam dan demokrasi.

Di sana terungkap senario terakhir di mana Islam dan demokrasi adalah sejajar. Apabila kerangka ideal daripada keduanya disempurnakan dengan tepat wujud ruang bagi individu Muslim dalam demokrasi yang berfungsi, dan juga ruang untuk demokrasi dalam komuniti Muslim yang sihat. Perlaksanaan kebebasan individu memungkinkan Muslim untuk hidup berdasarkan sistem kepercayaannya. Mereka justeru akan menjadi rakyat yang berfaedah di dalam demokrasi yang disebabkan keyakinannya kepada Tuhan akan mengiktiraf insan lain dalam negaranya, menunjukkan keprihatinan terhadap yang kurang bernasib baik dan mempertahankan kehidupan yang bermaruah.

Kedudukan agama dalam sebuah demokrasi adalah suatu persoalan yang kompleks tetapi ianya patut diserlahkan dengan nyata bahawa terdapat ruang untuk menyempurnakan tidak hanya untuk agama yang dianut rakyat majoriti, tetapi juga realiti kebebasan agama untuk kelompok minoriti (Minkenberg, 2007: 897). Apabila keduanya disempurnakan dengan wajar maka wujud kesejajaran antara Islam dan demokrasi. Kedua ideologi ini dapat berfungsi seiring untuk mencipta budaya yang segar dan rancak.

Bibliografi

Friedman, Thomas. The World is Flat 3.0. New York: Picador, 2007.

Houeyda, Fereydoun. “Democracy and Islam” American Foreign Policy Interests (Vol. 26, 2004): 229-33.

Huntington, Samuel. “The Clash of Civilizations?” Foreign Affairs (Musim Panas 1993): 22-49.

Minkenberg, Michael. “Democracy and Religion: Theoretical and Empirical Observations on the Relationship between Christianity, Islam and Liberal Democracy” Journal of Ethnic and Migration Studies (Vol. 33, 2007): 887-909.

“Muslims More Numerous than Catholics: Vatican.” Reuters. March 30, 2008. Diakses: December 26, 2010.http://uk.reuters.com/article/idUKL3068682420080330.

Tibi, Bassam. “Islamism and Democracy: On the Compatibility of Institutional Islamism and the Political Culture of Democracy.” Totalitarian Movements and Political Religions. (Vol. 10, No. 2, Jun 2009): 135-64.

Trigg, Roger. Religion in Public Life: Must Faith Be Privatized? Oxford: Oxford University Press, 2007.

1 Di Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah Barat kasus politik yang melibatkan hal ini sedang diperhujah berkait isu seperti ini. Terdapat juga khabar dan laporan berita yang boleh dirujuk bagi menunjukkan bagaimana isu mengaitkan agama dalam kehidupan awam adalah isu yang lantang diperdebat.

2 Ia telah diisytiharkan secara rasmi oleh Vatican pada 2008 bahawa Islam dan anggaran 1.3 bilion penganutnya sekarang, buat pertama kali, telah mengatasi penganut gereja Katolik. Vatican membuat pemisahan yang tepat antaranya, sebuah gereja Ortodoks, dan cabang-cabang Kristian yang lain sebagai entiti yang berlainan. “Muslims More Numerous than Catholics: Vatican.” Reuters. March 30, 2008. Diakses pada Disember 26, 2010. http://uk.reuters.com/article/idUKL3068682420080330.

3 Transliterasi daripada Arab ke Inggeris sering menghasilkan perbezaan ejaan. Kertas ini akan menggunakan versi Anglica yang popular dari perkataan Arab.

Kertas ini tidak berhasrat mengusulkan makalah apologetik atau kritik ke atas teologi (kalam) Islam tetapi lebih menimbangkan bagaimana aqidah ini berinteraksi dan memberi impak dalam ruang kehidupan umatnya. Lihat interaksi Minkenberg dengan kajian mutakhir dalam buku Southern and Eastern Europe (Selatan dan Timur Eropah). Analisisnya adalah agama dengan pandangan yang holistik terhadap masyarakat, seperti Katolik dan Islam, secara tradisionalnya membawa kekangan terhadap kebebasan sivil, khususnya terhadap kumpulan minoriti. Ibid., 889.  Diterbitkan oleh Jurnal “International Relations”.

1886 reads

http://al-ahkam.net/home/content/islam-dan-demokrasi-suatu-analisis-teoritis

PENJELASAN TENTANG MAKNA TAUHID DAN SYAHADAT “LA ILAHA ILLALLAH”

PENJELASAN TENTANG MAKNA TAUHID DAN SYAHADAT “LA ILAHA ILLALLAH”

          Firman Allah Subhanahu wata’ala :

]أولئك الذين يدعون يبتغون إلى ربهم الوسيلة أيهم أقرب ويرجون رحمته ويخافون عذابه إن عذاب ربك كان محذورا[

“Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada tuhan mereka, siapa diantara mereka yang lebih dekat (kepada Allah), dan mereka mengharapkan rahmatNya serta takut akan siksaNya, sesungguhnya siksa Tuhanmu adalah sesuatu yang (harus) ditakuti.” (QS. Al Isra’, 57)

]وإذ قال إبراهيم لأبيه وقومه إنني براء مما تعبدون إلا الذي فطرني فإنه سيهدين[

“Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapak dan kaumnya : sesungguhnya aku membebaskan diri dari apa yang kalian sembah, kecuali (Allah) Dzat yang telah menciptakan aku, karena hanya Dia yang akan menunjukkan (kepada jalan kebenaran).” (QS. Az  zukhruf, 26-27).

]اتخذوا أحبارهم ورهباهم أربابا من دون الله والمسيح بن مريم وما أمروا إلا ليعبدوا إلها واحدا لا إله إلا هو سبحانه عما يشركون[

          “Mereka menjadikan orang-orang alim dan pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah, dan (mereka mempertaruhkan pula) Al Masih putera Maryam, padahal mereka itu tiada lain hanyalah diperintahkan untuk beribadah kepada satu sembahan, tiada sembahan yang haq selain Dia. Maha suci Allah dari perbuatan syirik mereka.” (QS. Al  Taubah, 31).

]ومن الناس من يتخذ من دون الله أندادا يحبونهم كحب الله والذين آمنوا أشد حبا لله[

“Diantara sebagian manusia ada yang menjadikan tuhan-tuhan tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, adapun orang-orang yang beriman lebih besar cintanya kepada Allah.” (QS. Al Baqarah, 165).

Diriwayatkan dalam Shoheh Muslim, bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :

“من قال لا إله إلا الله وكفر بما يعبد من دون الله حرم ماله ودمه وحسابه على الله”

          “Barang siapa yang mengucapkan لا إله إلا الله, dan mengingkari sesembahan selain Allah, maka haramlah harta dan darahnya, adapun perhitungannya adalah terserah kepada Allah”.

Keterangan tentang bab ini akan dipaparkan pada bab-bab berikutnya.

         Adapun kandungan bab ini menyangkut masalah yang paling besar dan paling mendasar, yaitu pembahasan tentang makna tauhid dan syahadat.

        Masalah tersebut telah diterangkan oleh bab ini dengan beberapa hal yang cukup jelas, antara lain :

Ayat dalam surat Al Isra’. Diterangkan dalam ayat ini sanggahan terhadap orang-orang musyrik, yang memohon kepada orang-orang yang sholeh, oleh karena itu, ayat ini mengandung suatu penjelasan bahwa perbuatan mereka itu adalah syirik besar ([1]).

Ayat dalam surat At Taubah. Diterangkan dalam ayat ini bahwa orang-orang ahli kitab telah menjadikan orang-orang alim dan pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah, dan dijelaskan pula bahwa mereka hanya diperintahkan untuk menyembah kepada satu sesembahan, dan menurut penafsiran yang sebenarnya mereka itu hanya diperintahkan untuk taat kepadanya dalam hal-hal yang tidak bermaksiat kepada Allah, dan tidak berdoa kepadanya.

Kata-kata Nabi Ibrahim kepada orang-orang kafir :“Sesungguhnya saya berlepas diri dari apa yang kalian sembah, kecuali (saya hanya menyembah) Dzat yang menciptakanku”.

Di sini beliau mengecualikan Allah dari segala sesembahan.

Pembebasan (dari segala sembahan yang batil) dan pernyataan setia (kepada sembahan yang haq, yaitu : Allah) adalah makna yang sebenarnya dari syahadat “La Ilaha Illallah”.

Allah Subhanahu wata’ala berfirman :

]وجعلها كلمة باقية في عقبه لعلهم يرجعون[

“Dan Nabi Ibrahim menjadikan kalimat syahadat ini kalimat yang kekal pada keturunannya, agar mereka ini kembali (kepada jalan yang benar).” (QS. Az Zukhruf, 28 )

Ayat dalam surat Al Baqarah yang berkenaan dengan orang-orang kafir, yang dikatakan oleh Allah dalam firmanNya :

]وما هم بخارجين من النار[

“Dan mereka tidak akan bisa keluar dari neraka”.

Disebutkan dalam ayat tersebut, bahwa mereka menyembah tandingan tandingan selain Allah, yaitu dengan mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, ini menunjukkan bahwa mereka mempunyai kecintaan yang besar kepada Allah, meskipun demikian kecintaan mereka ini belum bisa memasukkan mereka kedalam agama Islam ([2]).

Lalu bagaimana dengan mereka yang cintanya kepada sesembahan selain Allah itu lebih besar dari cintanya kepada Allah ?

Lalu bagaimana lagi orang-orang yang cuma hanya mencintai sesembahan selain Allah, dan tidak mencintai Allah?

Sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam :

“من قال لا إله إلا الله وكفر بما يعبد من دون الله حرم ماله ودمه وحسابه على الله “

“Barang siapa yang mengucapkan لا إله إلا الله, dan mengingkari sesembahan selain Allah, maka haram darah dan hartanya, sedangkan perhitungannya kembali kepada Allah”.

Ini adalah termasuk hal yang penting sekali yang menjelaskan pengertianلا إله إلا الله . Sebab apa yang dijadikan Rasulullah sebagai pelindung darah dan harta bukanlah sekedar mengucapkan kalimat itu dengan lisan atau memahami arti dan lafadznya, atau mengetahui akan kebenarannya, bahkan bukan pula karena tidak meminta kecuali kepada Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya, akan tetapi  harus disertai dengan tidak adanya penyembahan kecuai hanya kepadaNya.

Jika dia masih ragu atau bimbang, maka belumlah haram dan terlindung harta dan darahnya.

Betapa besar dan pentingnya penjelasan makna لا إله إلا الله yang termuat dalam hadits ini, dan betapa jelasnya keterangan yang dikemukakannya, dan kuatnya argumentasi yang diajukan bagi  orang-orang yang menentangnya.

([1])  Dapat diambil kesimpulan dari ayat dalam surat Al Isra’ tersebut bahwa makna tauhid dan syahadat “La Ilaha Illallah” yaitu : meninggalkan apa yang dilakukan oleh orang orang musyrik, seperti menyeru (memohon) kepada orang orang sholeh dan meminta syafaat mereka.

([2])  Dari ayat dalam surat Al Baqarah tersebut diambil kesimpulan bahwa penjelasan makna tauhid dan syahadat “La Ilaha Illallah” yaitu : pemurnian kepada Allah yang diiringi dengan rasa rendah diri dan penghambaan hanya kepadaNya.

Waktu Pagi adalah Waktu Semangat Untuk Beramal

Waktu Pagi adalah Waktu Semangat Untuk Beramal

Dalam Sohih al- Bukhari terdapat suatu riwayat dari sahabat Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau sallallahu ’alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ ، وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلاَّ غَلَبَهُ ، فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا ، وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَىْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ

“Sesungguhnya agama itu mudah. Tidak ada seorangpun yang membebani dirinya di luar kemampuannya kecuali dia akan dikalahkan. Hendaklah kalian melakukan amal dengan sempurna (tanpa berlebihan dan menganggap remeh). Jika tidak mampu berbuat yang sempurna (ideal) maka lakukanlah yang mendekatinya. Perhatikanlah ada pahala di balik amal yang selalu berterusan. Lakukanlah ibadah (secara berterusan) di waktu pagi dan waktu setelah matahari tergelincir serta beberapa waktu di akhir malam.” (al-Bukhari )

Tanda Cinta Kepada Allah Dan Rasul

Kata Sahl bin Abdullah:

“Alamat cinta kepada Allah ialah cintakan al-Qur`an, alamat cinta kepada al-Qur`an ialah cinta kepada Rasulullah ﷺ,

Alamat cinta kepada Rasulullah ﷺ ialah cinta kepada sunnah dan alamat cinta kepada sunnah ialah cinta kepada akhirat,

Alamat cinta kepada akhirat ialah bencikan dunia dan alamat benci dunia ialah tidak menyimpan harta dunia melainkan sebagai bekalan dan alat penyampai kepada akhirat.”

(Qadi ‘Iyad, al-Shifa` Bi Ta’rif Huquq al-Mustafa, hal. 571)

Rahsia Kebahagiaan

Rahsia Kebahagiaan

Oleh: Ustaz Shauqi

Antara sedar atau tidak kita sering mengaitkan erti kebahagiaan diri dengan kemewahan dan keselesaan hidup. Kita sering memandang bahawa kebendaan itu adalah unsur pertama yang menjamin kebahagiaan dan ketenangan kita. Kita sebenarnya sudah lupa bahawa ketenangan dan kebahagiaan itu datangnya dari dalam jiwa dan ia tidak semestinya dapat kita kecapi melalui apa yang bersifat kebendaan atau material.

Tidak akan wujud kebahagiaan melainkan terdapat ketenangan terutama ketenangan jiwa dan rohani. Ketenangan merupakan sesuatu yang paling berharga dalam diri kita yang tidak dapat dibeli walau dengan wang berjuta. Dan ketenangan yang paling penting bagi seorang manusia ialah apabila dia dapat mengenal siapakah dirinya dan siapakah penciptanya, untuk apakah dia dijadikan dan apakah kesudahan yang akan menantinya. Persoalan seperti ini hanya dapat dihuraikan oleh hati yang beriman, sama sekali tidak akan dapat dikecapi oleh hati yang kufur dan engkar kepada Tuhannya.

Orang yang kufur kepada Allah swt, walaupun pada zahirnya mereka kelihatan seperti orang yang paling bahagia dan gembira hidupnya dengan segala macam kemewahan dan keselesaan, namun pada hakikatnya hidup mereka terseksa dan menderita. Jiwa mereka tidak pernah puas dan perspektif mereka terhadap kehidupan terbatas di dalam ruang lingkup hidup di dunia ini sahaja. Mereka tidak pernah terfikir tentang kehidupan di alam akhirat. Segala tumpuan dan pemikiran mereka dihabiskan untuk mencari kesenangan hidup di dunia ini yang bersifat sementara dan tidak kekal.

Maka apabila mereka menghampiri hari-hari tua, jiwa mereka akan bertambah derita dalam keadaan fizikal mereka yang menjadi semakin lemah. Mereka sebenarnya tidak dapat menerima hakikat yang mereka akan menjadi tua dan akan meninggal dunia. Pada saat itu mereka akan merasakan hidup ini tidak mempunyai tujuan yang sebenar dan betapa lemahnya diri seorang manusia.

Orang yang beriman ialah orang yang memahami rahsia kehidupan ini, mengenali diri mereka dan mengenali Allah swt. Mereka mengetahui tujuan hidup mereka di dunia ini dan mereka tahu apa yang menanti mereka di hari akhirat kelak. Firman Allah dalam surah al-Zariyat ayat 56, maksudnya: “Tidak Aku (Allah) Ciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu (Allah)”.

Kebahagiaan ialah satu unsur rohani yang dapat dirasai oleh setiap orang mukmin yang mengakui Allah swt sebagai tuhannya dengan penuh kerelaan hati, menerima Islam sebagai cara hidupnya di dunia ini dan mengakui Muhammad saw sebagai rasul utusan Allah swt kepada umat manusia. Semua itu dilakukannya dengan penuh kerelaan, kesedaran dan keinsafan tanpa sebarang paksaan. Ini adalah kebahagiaan yang hakiki berbeza dengan kebahagiaan sementara yang datang dari pengumpulan harta kemewahan, pangkat dan cinta kepada kebanggaan dan pujian dari masyarakat.

Kebahagiaan dan kegembiraan bagi seorang mukmin ialah dengan mengerjakan amalan-amalan yang baik dan soleh. Bertambah banyak amalan kebaikan yang dilakukannya semakin tenang jiwanya dan semakin bahagia hatinya. Di antara rahsia kebahagiaan bagi seseorang mukmin ialah sabar dan iman yang jitu.

Sabar sebagaimana sabarnya para sahabat Rasulullah. Mereka adalah generasi yang menjadi contoh dan ikutan kepada ummah. Generasi yang memahami maksud kehidupan ini lalu mementingkan kebahagiaan di akhirat melebihi kebahagiaan dunia yang fana. Mereka sanggup bermatian-matian dan menanggung segala jerih-perih penderitaan demi mencapai keredhoaan Allah swt. Lihatlah bagaimana kesabaran mereka di dalam menjaga agama Allah dan mengembangkannya ke serata alam untuk menyelamatkan manusia dari kekufuran dan kegelapan. Tidak ada satu ancaman dan seksaan di dunia ini yang mampu membuatkan mereka berganjak dari prinsip mereka.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “hebatnya perihal orang yang beriman, sesungguhnya setiap keadaan mendatangkan kebaikan kepadanya. Apabila dia mendapat kenikmatan dan kegembiraan dia bersyukur maka itu adalah kebaikan baginya. Apabila dia mendapat kesusahan dan mudharat dia bersabar dan itu merupakan kebaikan baginya.”

Berbahagialah orang yang beriman. Meskipun mereka diuji sama ada dengan kemelaratan hidup ataupun dengan kemewahan dan keselesaan, mereka tetap bersabar dan bertasbih memuji keagungan Allah swt.

Contohilah Nabi Sulaiman a.s. yang semakin besar kerajaan dan pemerintahan baginda, semakin tunduk baginda kepada kebesaran Allah swt. Dan lihatlah para sahabat seperti Mus`ab bin `Umair ra, yang sanggup berpisah dengan kemewahan hidup demi memperjuangkan Islam bersama junjungan tercinta Rasulullah saw. Pada ketika beliau syahid, tidak ada apa yang boleh menutupi jasadnya melainkan sehelai kain yang apabila ditarik untuk menutup wajahnya, terbuka kakinya dan begitulah sebaliknya.

Orang yang beriman adalah golongan yang paling berhak untuk menjadi orang yang paling bahagia di dunia ini. Ini adalah kerana kebahagiaan yang mereka kecapi tidak terhenti setakat kehidupan mereka di dunia ini, bahkan berterusan ke alam barzakh dan seterusnya ke alam akhirat di saat mereka menemui Allah swt.

KEBEBASAN MELAMPAU DALAM BERJENAKA

BAYAN LINNAS SIRI KE-255: KEBEBASAN MELAMPAU DALAM BERJENAKA

Seorang wanita ditangkap dan didakwa baru-baru ini atas kesalahan menghina Islam susulan tular video persembahan lawak pentas di sebuah kelab oleh wanita berkenaan dengan berpakaian menjolok mata sambil mengatakan beliau  seorang yang berbangsa melayu, beragama Islam dan mendakwa telah menghafal 15 juzuk al-Quran .  Perbuatan tersebut telah mencetus kemarahan umat Islam di negara ini kerana dilihat sengaja mempermain dan menyindir ajaran Islam berkenaan kewajipan menutup aurat dan menggambarkan seolah-olah mereka yang menghafal al-Quran juga boleh sahaja berpakaian yang menjolok mata. Bermula dari insiden tersebut, telah tular banyak lagi video-video persembahan jenaka oleh individu lain di kelab berkenaan yang sebahagian kandungannya dilihat sengaja menjadikan isu-isu agama sebagai bahan jenaka. 

Trend menggunakan agama sebagai bahan jenaka ini sebenarnya telah menjadi kebiasaan di negara barat melalui filem-filem, rancangan televisyen, nyanyian dan juga pentas komedi. Trend ini kami dapati antara kesan dan pengaruh sekularisme yang menjadikan agama bukan lagi dianggap sebagai sesuatu yang suci. Justeru agama juga bebas untuk dikritik dan dipersoalkan oleh sesiapa sahaja atas dasar kebebasan bersuara (freedom of speech) dan berekspresi (freedom of expression) . 

Perbuatan ini mengingatkan kita kepada firman Allah SWT berkenaan golongan yang mengejek-ejek agama:

وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ ۚ قُلْ أَبِٱللَّهِ وَءَايَٰتِهِۦ وَرَسُولِهِۦ كُنتُمْ تَسْتَهْزِءُونَ

Maksudnya: “Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main”. Katakanlah: “Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?”- Surah al-Taubah (65)

Kesimpulan

Daripada penjelasan ini maka jelaslah perbuatan sama ada  menyindir, mempermain,  mengejek-ejek dan menjadikan agama sebagai bahan jenaka adalah haram dan berdosa besar.

Perbuatan mengejek sesuatu amalan atau kepercayaan dalam agama ini pastinya bersumber kejahilan yang tidak dapat tidak hanya boleh diubati dengan ilmu pengetahuan samaada melalui pengajian atau merujuk kepada mereka yang lebih berpengetahuan. Dengan sebab kejahilan itulah maka tidak ada lagi rasa segan silu untuk mengeluarkan kata-kata melalui senda gurau, momokan, jenaka dan mempersenda yang hanya mengesahkan lagi kejahilan yang selama ini tersembunyi di dalam diri. Sila baca penjelasan selanjutnya di laman rasmi PMWP: https://muftiwp.gov.my/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/5345-bayan-linnas-siri-ke-255-kebebasan-melampau-dalam-berjenaka

TAKUT KEPADA SYIRIK

TAKUT KEPADA SYIRIK

          Firman Allah Subhanahu wata’ala :

]إن الله لا يغفر أن يشرك به ويغفر ما دون ذلك لمن يشاء[

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa saja yang dikehendakiNya”. (QS. An Nisa’, 48)

          Nabi Ibrahim berkata :

]واجنبني وبني أن نعبد الأصنام[

“ ……. Dan jauhkanlah aku dan anak cucuku dari perbuatan (menyembah) berhala”. (QS. Ibrahim, 35)

          Diriwayatkan dalam suatu hadits, bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :

“أخوف ما أخاف عليكم الشرك الأصغر، فسئل عنه ؟ فقال : الرياء”

          “Sesuatu yang paling aku khawatirkan dari kamu kalian adalah perbuatan syirik kecil, kemudian beliau ditanya tentang itu, dan beliaupun menjawab : yaitu riya’. (HR. Ahmad, Thobroni dan Abi Dawud).

          Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud Radhiallahu’anhu bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :

“من مات وهو يدعو من دون الله ندا دخل النار”

          “Barang siapa yang mati dalam keadaan menyembah sesembahan selain Allah, maka masuklah ia kedalam neraka”. (HR. Bukhori)

          Diriwayatkan oleh Muslim dari Jabir Radhiallahu’anhu bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :

“من لقي الله لا يشرك به شيئا دخل الجنة ومن لقيه يشرك به شيئا دخل النا”

          “Barang siapa yang menemui Allah (mati) dalam keadaan tidak berbuat syirik kepadaNya, pasti  ia masuk surga, dan barang siapa yang menemuiNya (mati) dalam keadaan berbuat kemusyrikan maka pasti ia masuk neraka”.

          Kandungan bab ini :

Syirik adalah perbuatan dosa yang harus ditakuti dan dijauhi.

Riya’ termasuk perbuatan syirik.

Riya’ termasuk syirik kecil ([1]).

Riya’ adalah dosa yang paling ditakuti oleh Rasulullah terhadap orang orang sholeh.

Dekatnya sorga dan neraka.

Dekatnya sorga dan neraka telah sama-sama disebutkan dalam satu hadits.

Barang siapa yang mati tidak dalam kemusyrikan maka pasti ia masuk sorga, dan barang siapa yang mati dalam kemusyrikan maka pasti ia masuk neraka, meskipun ia termasuk orang yang banyak ibadahnya.

Hal yang sangat penting adalah permohonan Nabi Ibrahim untuk dirinya dan anak cucunya agar dijauhkan dari perbuatan menyembah berhala.

Nabi Ibrahim mengambil ibrah (pelajaran) dari keadaan sebagian besar manusia, bahwa mereka itu adalah sebagaimana  perkataan beliau :

]رب إنهن أضللن كثيرا من الناس[

        “Ya Rabb, sesungguhnya berhala berhala itu telah menyesatkan banyak orang” (QS. Ibrahim, 36).

Dalam bab ini mengandung penjelasan tentang maknaلا إله إلا الله  sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh imam Bukhori, yaitu : membersihkan diri dari syirik dan pemurnian ibadah kepada Allah.

Keutamaan orang yang dirinya bersih dari kemusyrikan.

([1])   Syirik ada dua macam : pertama : syirik akbar (besar) yaitu memperlakukan sesuatu selain Allah sama dengan Allah, dalam hal hal yang merupakan hak khusus bagiNya. Kedua : syirik ashghor (kecil), yaitu : perbuatan yang disebutkan dalam Al Qur’an dan Al hadits sebagai suatu syirik, tetapi belum sampai ke tingkat syirik akbar. Adapun perbedaan diantara keduanya :

Syirik akbar menghapuskan seluruh amal, sedang syirik kecil hanya menghapuskan amal yang disertainya saja.

Syirik akbar mengakibatkan pelakunya kekal di dalam neraka, sedang syirik kecil tidak sampai demikian.

Syirik akbar menjadikan pelakunya keluar dari Islam, sedang syirik kecil tidak menyebabkan keluar dari Islam

4 PERINGKAT RIAK

PERINGKAT RIAK

——————-

1. Riak Akbar

Riak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.

2. Riak Asghar

Riak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.

3. Riak Jali (yang terang)

Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.

4. Riak Khafi (yang tersembunyi)

Riak ini pula tersembunyi di dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.

Punca Riak

————–

Sebab-sebab yang boleh membawa kepada penyakit riak ini antaranya ialah;

1. Sifat suka dipuji oleh orang lain.

Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk kelebihan kepada orang lain.

2. Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain.

Ketakutani ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur dan suka berpura-pura.

3. Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian.

Seseorang itu melakukan segala pekerjaan adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.

APA ITU “INTELLECTUAL BARBARISM” ?

APA ITU “INTELLECTUAL BARBARISM” ?

Artikel oleh : Ibn Jawi

Di Barat, golongan akademik baru sahaja mengenali istilah “Intellectual Barbarism” ini. Namun dalam dunia Islam, istilah ini telah lama dibahaskan secara tidak langsung. Dunia Islam lebih awal menyedari bahaya penyakit “Intellectual Barbarism” ini. Apa itu “Intellectual Barbarism”?

Jika dalam dunia Islam, Adab itu lebih tinggi nilainya berbanding ilmu. Ini kerana dengan melalui adab lah menunjukkan seseorang itu berilmu atau tidak. Jika seseorang itu kelihatan berilmu tetapi tidak beradab, maka inilah yang diistilahkan oleh Barat sebagai “Intellectual Barbarism”.

Tokoh terkehadapan di Malaysia yang membahaskan penyakit ini ialah al-Marhum Prof Dr Uthman el-Muhammady, seorang ulama tersohor dari Kelantan. Beliau begitu gusar melihat dunia keilmuan di Malaysia. Manusia kehilangan adab. Menurut beliau, penyakit ini hanya boleh diubati dengan ilmu Akhlak Islamiyyah atau lebih dikenali sebagai ilmu Tasawwuf. Sebenarnya “Intellectual Barbarism” ini memiliki beberapa peringkat.

“Intellectual Barbarism” boleh berlaku ke atas seseorang itu seawal peringkat menuntut ilmu lagi. Sebagai penuntut ilmu, seseorang yang tiada adab belajar adalah dikategorikan sebagai “Intellectual Barbarism”. Sebagai contoh, bagi memudahkan faham, hal ini boleh dihurai melalui disiplin mempelajari ilmu hadis kerana masyarakat kita amat meminati akan ilmu ini.

Kita bermusafir menuntut ilmu ke oversea bagi mencari seorang guru yang alim. Namun apabila guru yang alim ini membacakan hadis-hadis, kita yang baru mengenali sedikit ilmu hadis celapak menuduh, “Ini tidak Sahih!!!”. Aneh. Kita yang hendak menuntut ilmu, tetapi bertindak “mengajar” guru yang lebih alim itu.

Sedangkan guru yang lebih alim itu lebih luas hafalan ilmunya manakala kita masih belum menjumpai hadis-hadis tersebut. Dalam tradisi pengajian Islam, murid begini layak dihalau serta-merta dari majlis kerana tiada adab.

Seterusnya, “Intellectual Barbarism” sebenarnya lebih banyak berlaku kepada mereka yang dilihat telah berjaya dalam dunia akademik. Sikap sombong tak tentu hala dengan sedikit ilmu yang dimiliki adalah satu bentuk “Intellectual Barbarism”.

Sebagai contoh, apabila telah berjaya dalam dunia akademik, seseorang yang berpenyakit “Intellectual Barbarism” itu cenderung untuk berasa “Akulah paling arif dan betul” sehingga bertindak di luar adab keilmuan dengan memperlekehkan pandangan ahli akademik lain. Malah pandangan tokoh agung juga diperlekeh oleh “orang baru” dalam dunia akademik ini.

Bagi memudahkan faham, masyarakat kita suka mengulas hukum-hakam Islam tanpa mempunyai ilmu Fiqh terlebih dahulu. Baru setahun dua mendapatkan sijil-sijil dari universiti, itu pun dalam keadaan tiada adab belajar, sudah mula memperlekehkan fatwa-fatwa Imam muktabar.

Kita berbangga-bangga dengan sedikit ilmu kita lalu mengelirukan masyarakat awam melalui ceramah, forum atau Kuliyyah. Sudah menjadi lumrah, seseorang yang tidak meiliki adab belajar, pastinya akan biadap dan sombong dengan ilmu yang dimilikinya ketika dia telah “berjaya”. Ikutlah resmi padi, makin berisi makin tunduk.

DAKWAH KEPADA SYAHADAT  “LA ILAHA ILLALLAH”

DAKWAH KEPADA SYAHADAT  “LA ILAHA ILLALLAH”

          Firman Allah Subhanahu wata’ala :

]قل هذه سبيلي أدعو إلى الله  على بصيرة أنا ومن اتبعني وسبحان الله وما أنا من المشركين[

          “Katakanlah : ”inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku, aku berdakwah kepada Allah dengan hujjah yang nyata, maha suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik”. (QS. Yusuf, 108)

           Ibnu Abbas Radhiallahu’anhu berkata : ketika Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam mengutus Muadz bin Jabal ke Yaman beliau bersabda kepadanya :

“إنك تأتي قوما من أهل الكتاب، فليكن أول ما تدعوهم إليه شهادة أن لا إله إلا الله – وفي رواية : إلى أن يوحدوا الله -، فإن هم أطاعوك لذلك فأعلمهم أن الله افترض عليهم خمس صلوات في كل يوم وليلة، فإن هم أطاعوك لذلك فأعلمهم أن الله افترض عليهم صدقة تؤخذ من أغنيائهم فترد على فقرائهم، فإن هم أطاعوك لذلك فإياك وكرائم أموالهم، واتق دعوة المظلوم فإنه ليس بينها وبين الله حجاب”

“Sungguh kamu akan mendatangi orang-orang ahli kitab (Yahudi dan Nasrani), maka hendaklah pertama kali yang harus kamu sampaikan kepada mereka adalah syahadat La Ilaha Illallah – dalam riwayat yang lain disebutkan “supaya mereka mentauhidkan Allah”-, jika mereka mematuhi apa yang kamu dakwahkan, maka sampaikan kepada mereka bahwa Allah telah mewajibkan kepada mereka sholat lima waktu dalam sehari semalam, jika mereka telah mematuhi apa yang telah kamu sampaikan, maka sampaikanlah kepada mereka bahwa Allah telah mewajibkan kepada mereka zakat, yang diambil dari orang-orang kaya diantara mereka dan diberikan pada orang-orang yang fakir. Dan jika mereka telah mematuhi apa yang kamu sampaikan, maka jauhkanlah dirimu dari harta pilihan mereka, dan takutlah kamu dari doanya orang-orang yang teraniaya, karena sesungguhnya tidak ada tabir penghalang antara doanya  dan Allah” (HR. Bukhori dan Muslim).

           Dalam hadits yang lain, Imam Bukhori dan Muslim meriwayatkan dari Sahl bin Sa’d, bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam disaat perang khaibar bersabda :

“لأعطين الراية غدا رجلا يحب الله ورسوله، ويحبه الله ورسوله، يفتح الله على يديه”، فبات الناس يدوكون ليلتهم أيهم يعطاها، فلما أصبحوا غدوا على رسول الله  كلهم يرجون أن يعطاها، فقال : ” أين علي بن أبي طالب ؟، فقيل : هو يشتكي عينيه، فأرسلوا إليه فأتي به، فبصق في عينيه ودعا له، فبرأ كأن لم يكن به وجع، فأعطاه الراية، فقال :” انفذ على رسلك حتى تنـزل بساحتهم، ثم ادعهم إلى الإسلام، وأخبرهم بما يجب عليهم من حق الله تعالى فيه، فوالله لأن يهدي الله بك رجلا واحدا خير لك من حمر النعم”، يدوكون أي يخوضون “.

  “Sungguh akan aku serahkan bendera (komando perang) ini besok pagi kepada orang yang mencintai Allah dan RasulNya, dan dia dicintai oleh Allah dan RasulNya, Allah akan memberikan kemenangan dengan sebab kedua tangannya”, maka semalam suntuk  para sahabat memperbincangkan siapakah diantara mereka yang akan diserahi bendera itu, di pagi harinya mereka mendatangi Rasulullah,. masing-masing berharap agar ia yang diserahi bendera tersebut, maka saat itu Rasul bertanya : “di mana Ali bin Abi Tholib ?, mereka menjawab : dia sedang sakit pada kedua matanya, kemudian mereka mengutus orang untuk memanggilnya, dan datanglah ia, kemudian Rasul meludahi kedua matanya, seketika itu dia sembuh seperti tidak pernah terkena penyakit, kemudian Rasul menyerahkan bendera itu kepadanya dan bersabda : “melangkahlah engkau kedepan dengan tenang hingga engkau sampai ditempat mereka, kemudian ajaklah mereka kepada Islam ([1]), dan sampaikanlah kepada mereka akan hak-hak Allah dalam Islam, maka demi Allah, sungguh Allah memberi hidayah kepada seseorang dengan sebab kamu itu lebih baik dari onta-onta yang merah” ([2]).

        Kandungan bab ini :

Dakwah kepada “ La Ilaha Illallah” adalah jalannya orang-orang yang setia mengikuti Rasulullah.

Peringatan akan pentingnya ikhlas [dalam berdakwah semata mata karena Allah], sebab kebanyakan orang kalau mengajak  kepada kebenaran, justru mereka mengajak kepada [kepentingan] dirinya sendiri.

Mengerti betul akan apa yang didakwahkan adalah termasuk kewajiban.

Termasuk bukti kebaikan tauhid, bahwa tauhid itu mengagungkan Allah.

Bukti kejelekan syirik, bahwa syirik itu merendahkan Allah.

Termasuk hal yang sangat penting adalah menjauhkan orang Islam dari lingkungan orang-orang musyrik, agar tidak menjadi seperti mereka, walaupun dia belum melakukan perbuatan syirik.

Tauhid adalah kewajiban pertama.

Tauhid adalah yang harus didakwahkan pertama kali sebelum mendakwahkan kewajiban yang lain termasuk sholat.

Pengertian “supaya mereka mentauhidkan Allah” adalah pengertian syahadat.

Seseorang terkadang termasuk ahli kitab, tapi ia tidak tahu pengertian syahadat yang sebenarnya, atau ia memahami namun tidak mengamalkannya.

Peringatan akan pentingnya sistem pengajaran dengan bertahap.

Yaitu dengan diawali dari hal yang sangat penting kemudian yang penting dan begitu seterusnya.

Salah satu sasaran pembagian zakat adalah orang fakir.

Kewajiban orang yang berilmu adalah menjelaskan tentang sesuatu yang masih diragukan oleh orang yang belajar.

Dilarang mengambil harta yang terbaik dalam penarikan zakat.

Menjaga diri dari berbuat dzolim terhadap seseorang.

Pemberitahuan bahwa do’a orang yang teraniaya itu dikabulkan.

Diantara bukti tauhid adalah ujian yang dialami oleh Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam dan para sahabat, seperti kesulitan, kelaparan maupun wabah penyakit.

Sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam : “Demi Allah akan aku serahkan bendera …” adalah salah satu dari tanda-tanda kenabian beliau.

Kesembuhan kedua mata Ali, setelah diludahi Rasulullah adalah salah satu dari tanda-tanda kenabian beliau.

Keutamaan sahabat Ali bin Abi Tholib.

Keutamaan para sahabat Rasul, [karena hasrat mereka yang besar sekali dalam kebaikan dan sikap mereka yang senantiasa berlomba-lomba dalam mengerjakan amal sholeh] ini dapat dilihat dari perbincangan mereka dimalam [menjelang perang Khaibar, tentang siapakah diantara mereka yang akan diserahi bendera komando perang, masing-masing mereka menginginkan agar dirinyalah yang menjadi orang yang memperoleh kehormatan itu].

Kewajiban mengimani takdir Allah, karena bendera tidak diserahkan kepada orang yang sudah berusaha, malah diserahkan kepada orang yang tidak berusaha untuk memperolehnya.

Adab di dalam berjihad, sebagaimana yang terkandung dalam sabda Rasul : “berangkatlah engkau dengan tenang”.

Disyariatkan untuk mendakwahi musuh sebelum memeranginya.

Syariat ini berlaku pula terhadap mereka yang sudah pernah didakwahi dan diperangi sebelumnya.

Dakwah harus dilaksanakan dengan bijaksana, sebagaimana yang diisyaratkan dalam sabda Nabi : “ … dan sampaikanlah kepada mereka tentang hak-hak Allah dalam Islam yang harus dilakukan”.

Wajib mengenal hak-hak Allah dalam Islam [3].

Kemuliaan dakwah, dan besarnya pahala bagi orang yang bisa memasukkan seorang saja kedalam Islam.

Diperbolehkan bersumpah dalam menyampaikan petunjuk.

([1])   Ajaklah mereka kepada Islam, yaitu kepada pengertian yang sebenarnya dari kedua kalimat syahadat, yaitu : berserah diri kepada Allah, lahir dan batin, dengan mentaati segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya, yang disampaikan melalui RasulNya.

([2])   Onta-onta merah adalah harta kekayaan yang sangat berharga dan menjadi kebanggaan orang arab pada masa itu.

([3])   Hak Allah dalam Islam yang wajib dilaksanakan ialah seperti sholat, zakat, puasa, haji dan kewajiban kewajiban lainnya.

Create your website with WordPress.com
Get started