Aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku)

“(Kiranya kamu tetap berdegil sekarang) maka kamu sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa yang aku katakan kepada kamu; dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”.

(Ghaafir 40:44) |

“Soon will ye remember what I say to you (now), My (own) affair I commit to Allah. for Allah (ever) watches over His Servants.”

Aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah

(Nabi Yaakub) menjawab: “Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya.(Yusuf 12:86)

He said: “I only complain of my distraction and anguish to Allah, and I know from Allah that which ye know not…

6 CARA MENDAPATKAN KHUSYUK DALAM SOLAT – IMAM AL-GHAZALI

6 CARA MENDAPATKAN KHUSYUK DALAM SOLAT – IMAM AL-GHAZALI

Menurut Imam al-Ghazali, untuk menghadirkan khusyuk di dalam solat, ada enam perkara yang perlu kita lakukan semasa mengerjakan solat.

1-Pertama; HUDHUR AL-QLABI (حضور القلب); iaitu menghadirkan hati kita ketika menunaikan solat iaitu dengan membuang dari hati segala yang tidak ada kena-mengena dengan solat kita.

2-Kedua; AT-TAFAHHUM (التفهم); iaitu berusaha memahami iaitu melakukan usaha untuk memahami segala perkara yang dilakukan di dalam solat sama ada perbuatan atau yang dibaca/diucapkan.

3-; AT-TA’DZIEM (التعظيم); iaitu merasai kebesaran Allah iaitu dengan merasai diri terlalu kerdil di hadapan Allah.

4-Keempat; AL-HAIBAH (الهيبة); iaitu merasa gerun terhadap keagungan Allah dan siksaan-Nya.

5-; AR-RAJA’ (الرجاء); iaitu sentiasa menaruh harapan besar kepada Allah mudah-mudahan solat yang dikerjakan akan diterima dan diganjari oleh Allah.

Contoh manusia yang khusyuk ialah para sahabat r.a.

Abdullah bin ‘Umar r.a. salah seorang sahabat Nabi SAW yang masyhur pernah menceritakan tentang solat para sahabat r.a. dengan katanya; “Para sahabat Nabi s.a.w. apabila mereka mengerjakan solat, MEREKA MEMBERI PERHATIAN BERSUNGGUH-SUNGGUH KEPADA SOLAT MEREKA, MEREKA MENUNDUKKAN PENGLIHATAN MEREKA KE TEMPAT-TEMPAT SUJUD MEREKA DAN MEREKA MENYEDARI SESUNGGUHNYA ALLAH SWT SEDANG BERHADAP KEPADA MEREKA, maka tidaklah mereka berpaling ke kanan dan ke kiri”.

6-Keenam; AL-HAYA’ (الحياء); iaitu merasa malu terhadap Allah di atas segala kekurangan dan kecacatan yang terdapat di dalam solat.

Kita hidup untuk menunggu mati.

Kita hidup untuk menunggu mati.

Supaya tak bosan menunggu mati yang tak tahu bila datangnya, maka Allah bagi sikit hiburan. Dia bagi kita isteri dan suami untuk kita bermanja-manja. Dia bagi kita anak-anak untuk bermain-main. Dia bagi kita emas, duit, harta, pangkat dan kedudukan untuk kita bertenang-tenang.

Suami adalah hiburan. Isteri dan anak adalah hiburan. Duit dan harta adalah hiburan. Tapi kita ni macam budak-budak. Budak-budak kalau dibagi mainan, terus leka. Terhibur sangat dengan mainan sampai lupa makan, lupa mandi, lupa belajar, lupa solat.

Begitulah kita.

Asalnya kita ni hanya menunggu mati. Tapi dek kerana leka dan hanyut dengan hiburan yang Allah bekalkan, kita lupa tujuan asal kita hidup. Sibuk dengan kerja, sibuk kejar emas, duit, sibuk kejar pangkat (takhta), sibuk kejar jawatan. Sampai ibadah pun hanya buat yang wajib saja, itupun sekadar buat cukupkan syarat.

Ibadah hanya biasa-biasa kerana lebih seronok kejar hiburan. Seperti budak-budak, bila mainannya dirampas, terus membentak-bentak dan nangis😭

Begitulah kita, ketika Allah ambil suami, isteri, anak, kerjaya, emas, duit, harta, kita menangis dan mengatakan Allah tak adil.

Padahal setiap hari kita tak berlaku adil pada Allah 😔

Muhasabah.

TUNDUK TERHADAP PERINTAH ALLAH MEMBAWA BERKAH

TUNDUK TERHADAP PERINTAH ALLAH MEMBAWA BERKAH – Pelajaran Dari Bulan Dzulhijjah

🪶 Ketundukkan adalah hal yang dituntut dari seorang hamba. Berkaitan dengan bulan yang mulia ini dan syariat di dalamnya maka kita dapat mengambil pelajaran dari Nabi Ibrahim ‘alaihis salam.

▪️Pertama, pada saat diperintahkan untuk meninggalkan isteri dan anaknya yang masih bayi di sebuah lembah yang tak berpenghuni, tidak ada air dan tumbuhan, beliau tunduk dan melaksanakan dengan penuh ketaatan seraya berdoa:

رَّبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ

“Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.” (QS. Ibrahim: 37)

▪️Kedua, setelah anaknya tersebut tumbuh besar, saat hati Nabi Ibrahim sangat bahagia melihatnya beranjak dewasa. Tapi, Allah ﷻ dengan hikmah-Nya justru memerintahkan untuk menyembelihnya. Ujian dan perintah yang berat tentunya. Namun sekali lagi, beliau tunduk dan taat. Allah ﷻ berfirman:

  فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ

“Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka bagaimana pendapatmu!” ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; in syaa Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.” (QS. Ash-Shofat: 102 )

🍂 Ujian dan perintah yang tidak mudah diterima oleh hawa nafsu, akan tetapi Nabi Ibrahim tunduk dan patuh sekaligus percaya bahwa Allah ﷻ selamanya tidak akan mencelakakan atau menyia-nyiakan hamba-Nya. Akhirnya dengan sikap inilah Nabi Ibrahim mengapai derajat yang amat tinggi yaitu khalilurrahman.

Maka belajarlah dari Nabi Ibrahim, jangan pernah ragu untuk melakukan sesuatu yang merupakan perintah Allah ﷻ atau meninggalkan sesuatu karena Allah ﷻ. Percaya bahwa ketundukan akan membawa berkah.

Sebagai contoh, jika kita berada dalam pekerjaan yang haram, bergelimang dengan riba, judi atau maksiat maka tinggalkanlah segera. Tunduk dan patuh kemudian yakinlah bahwa Allah ﷻ tidak akan menyia-nyiakan hamba yang tunduk dan patuh pada-Nya. Ingat sabda Rasulullah ﷺ

إِنَّكَ لَنْ تَدَعَ شَيْئًا لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ إِلا بَدَّلَكَ اللَّهُ بِهِ مَا هُوَ خَيْرٌ لَكَ مِنْهُ

“Sesungguhnya tidaklah engkau meninggalkan sesuatu karena Allah azza wajalla melainkan Allah akan mengganti dengan yang lebih baik dari itu.” (HR. Ahmad:21996)

✍🏻 Oleh sebab itu, pelajaran penting ini harus benar-benar kita pahami. Kemudian kita lakukan dalam kehidupan kita sehari-hari, agar kita menjadi hamba Allah ﷻ yang sejati.

Mat Kilau

Mat Kilau seorang yang sangat pantas seperti kilat , Beliau boleh pergi 1 ke 1 musuh dalam sekelip mata. Yang sempat dilihat musuh hanya bayang . Seperti kita melihat cahaya dari kilat.

Itulah kelebihan Mat Kilau – Pantas seperti Kilat. Nama Mat Kilau digelar kerana kepantasannya.

Nama Mat Kilau Diberi Kerana “Kelincahannya”.

“Mat Kilau Tu Orang Handal , Sepelepah Daun Nyior(Kelapa) Gugur , Dia Dah Tahu Berapa Banyak Regisnya (Lidi)”

“Mat Kilau Boleh Pergi Ke Sesuatu Tempat Dengan Cepat , Dia Boleh Ghaib Sekelip Mata.”

“Mat Kilau Kalau Bertarung Dia Boleh Bunuh Dan Libas 9 Orang Musuh Dengan Parang Dalam Sekelip Mata”

“Mat Kilau Pernah Merampas Seekor Kucing Dari Mulut Harimau Dengan Sekelip Mata , Dan Menengking Harimau Itu.”

Demikianlah Kelincahan Pahlawan Pahang Ini “Mat Kilau” Banyak Lagi Kelebihan Yang Allah Beri Padanya.

“Pernah Seekor Lembu Jatuh Dalam Telaga , Mat Kilau Menaikkan Lembu Itu Dengan Sebelah Tangannya Sahaja.”

“Pernah Seorang Pendekar Yang Bernama Awang Kelana Ingin Menguji Kehandalannya , Ketika Mat Kilau Sedang Mandi Embun , Awang Kelana Merejam Lembingnya Dari Belakang Dan Lembing Itu Tepat Terkena Pada Badan Belakang Mat Kilau , Tetapi Tiada Apa Yang Terjadi Ibarat Merejam Lembing Ke Batu Yang besar.”

“Ketika Mat Kilau Pergi Ke Kuantan Bersama Menantunya , Dia Menyuruh Agar Menantunya Balik Dahulu Kerana Mat Kilau Ingin Berjumpa Dato Bahaman@Tok Peramu , Ketika Menantunya Sampai Di Rumah , Mat Kilau Telah Pun Berada Di Rumah.”

“Ketika Pihak Inggeris Tahu Kelemahan Kekebalan Mat Kilau Adalah Emas , Maka Mereka pun Membuat Peluru Emas , Tetapi Peluru Emas itu Hanya Menembusi Kulit Mat Kilau Sahaja Bukan Dagingnya.”

Masih ada lagi beberapa kisah dan Kelebihan Tok Aki yang tidak boleh diceritakan di sini , Tidak semua yang boleh dibuka biarlah ianya menjadi Rahsia pada siapa yang tahu. Apapun Hanya ALLAH lah Yang Maha Kuasa Dan Maha Hebat. Dia-lah yang Empunya segala Kehebatan Dan Keilmuan Yang Diberi Pada Hamba-Nya Yang Soleh.

Mari kita sama-sama mengimbau kembali perjuangan Allahyarham Mat Kilau.

Ketika Mat Kilau bersembunyi beliau pernah menetap di Kg Penar Patani, semasa pelariannya dengan nama Mat Siam. Hugh Clifford meminta Raja Siam mengarahkan Sultan Kelantan iaitu Sultan Mansur supaya menyerahkan Mat Kilau hidup atau mati kepadanya.

Kata Mat Kilau “Saya pura-pura mati dan kamu boleh membawa ‘mayat’ saya dan menyerahkannya kepada Sultan Kelantan. Sultan boleh memaklumkan kepada Raja Siam yang saya telah meninggal dunia ketika bertempur!”

Kata Mat Kilau lagi, “Itu mudah saja, kerana saya boleh buat ramuan untuk diminum, selepas meminumnya saya akan pengsan selama dua hari. Keadaan saya bagaikan orang mati. Kamu boleh bawa mayat saya kepada Sultan tetapi ada syarat dan jaminannya”

“Syaratnya, mayat saya mesti dibungkus dengan kain kuning, orang ramai boleh melihat dari jauh sahaja. Apabila sampai di tanah perkuburan, mayat saya boleh digantikan dengan batang pisang” kata Mat Kilau kepada Haji Abdullah serban hijau yang ditugaskan untuk menangkapnya tetapi bertukar menjadi sahabat seperjuangannya selepas menyaksikan Mat Kilau boleh ghaib didepan matanya sendiri!

“Jaminannya, ayah saya Tok Gajah dan Datuk Bahaman mesti berada disisi mayat saya hingga dibawa ke tanah perkuburan, anak-anak murid saya juga dibenarkan mengiringinya, itu sebagai jaminan saya tidak dikhianati”

Lalu Mat Kilau meminum ramuannya dan pengsan lalu dianggap mati, diusung ke anjung istana negeri Kelantan disaksikan orang ramai. Sultan Mansur pun menghantar utusan ke Siam dengan menyatakan mayat Mat Kilau sudah ada dan terbunuh ketika bertempur. Raja Siam pun percaya lalu memaklumkan kepada Inggeris. Sewaktu hendak menanamkan ‘mayat’ itu, tubuh Mat kilau dilarikan oleh anak-anak muridnya lalu mereka menggantikannya dengan batang pisang!

Namun rahsia itu terbocor oleh salah seorang muridnya menyebabkan Raja Siam dan Inggeris sangat marah. Pada mulanya Siam mahu menyerang kelantan tetapi bila mendapat tahu Mat Kilau dan pengikutnya sanggup berjuang mempertahankan Kelantan, Siam mulai kecut perut dan tidak jadi menyerang Kelantan. Demi menjaga keamanan negeri kelantan, Mat Kilau pun berpindah ke Kg Pasir Nering.

Semasa di Kg Pasir Nering, Mat Kilau diserang Inggeris, satu peluru hinggap dibadannya ketika itu mengoyakkan kulit belikatnya tetapi tidak mampu menembusi daging dan tulangnya! Rupa-rupanya salah seorang anak muridnya belot dan membocorkan rahsia kepada Inggeris bahawa tubuh Mat Kilau hanya lut dengan peluru emas sahaja! Benar, selepas diperiksa peluru itu diperbuat dari emas tulen!!! Bayangkan berapa butir peluru yang dibuat oleh Inggeris dengan menggunakan hasil bumi Pahang iaitu emas semata-mata ingin membunuh pahlawan tanah air Pahang!!! Betapa jahatnya mereka!

Mat Kilau dalam pelarian mendapat perlindungan Tok Ku Paloh di Terengganu, sempat pula berguru dengan wali ALLAH dan Khalifah Tareqat Naqsyabandiah yang bergelar Qutubul Zaman itu! Tokku Paloh menukar nama ayahnya Tok Gajah kepada Tok Fakir Lebai Salam dan Mat Kilau di sebut nama asalnya iaitu Muhammad!

Sekali lagi Mat kilau pura-pura mati pada tahun 1895, untuk mengaburi mata Siam dan Inggeris, lalu mayatnya di kuburkan di Kampung Dalam Limau, Bunut Payung Kelantan. Sultan Kelantan menggantikannya dengan batang pisang lalu menyuruh Mat Kilau melarikan diri!

Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua orang tokoh ternama dari kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan. Mat Kilau juga agak mahir dengan ilmu hutan hingga boleh menyusup masuk ke Terengganu mahupun Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.

Berita tergempar dari akhbar diseluruh Negara pada 1895 menyatakan “Ketua Pendehaka, iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintah Siam pada bulan Oktober, 1895″ manakala The Free Press pula menyatakan bahawa “Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditahan, akibatnya dia telah cedera parah di muka dan di kepalanya. Oleh kerana luka-luka itu sangat parah, maka dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah”.

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press pada 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat seorang pejuang terbilang ini, akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui orang ramai kecuali beberapa orang sahabatnya sahaja seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

Disebabkan Mat Kilau dianggap sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah beliau mengasingkan diri serta berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.

Semenjak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. Pada Disember 1969, ALLAH menggerakkan hati Mat Kilau yang pada masa itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim supaya memperkenalkan dirinya yang sebenar.

26.12.1969, pada hari Jumaat, selepas Solat Jumaat, Mat Kilau membuat Pengisytiharan dirinya di masjid Kampung Pulau Tawar setelah sekian lama menukar namanya sebagai Mat Siam kerana memegang amanah Almarhum Sultan Abdullah.

Seluruh rakyat Malaysia terkejut dan terharu mendengar berita menggemparkan itu. Hati seluruh rakyat berdebar-debar menanti keputusan “Ahli Jawatankuasa Menyiasat Mat Kilau” yang dilantik oleh kerajaan negeri Pahang. Akhirnya, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan dan disahkan sebagai Mat Kilau yang sebenar oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd She, oleh itu maka sahlah Mat Siam itu adalah Mat Kilau anak kepada Imam Rasu atau Tok Gajah, Pendekar Pahang yang terbilang itu!

Pada tanggal 16 ogos 1970, pada usia 123 tahun, Pendekar Sufi terbilang ini telah menghembuskan nafas terakhirnya dan disemadikan di tanah perkuburan Pulau Tawar bersebelahan dengan kubur ibunya Teh Mahada atas wasiat Mat Kilau sendiri sementara ayahnya telah meninggal dunia dalam pelarian dan dikuburkan di kampung Pasir Nering, Terengganu.

Kata-kata semangat Mat Kilau untuk renungan anak bangsa :

“Aku rela mati semasa bertempur dengan penjajah daripada menyerah dan mati di tali gantung mereka!”

“Jaga Agama , Jaga Bangsa dan Tanah Air, Jangan Sampai Bangsaku Tiada Negara.”

Al-Fatihah Untuk Allahyarham Mat Kilau.

Sumber :- Tengku Daeng Mawelle

WALLAHU A’LAM

Hidup Suatu Pengorbanan

Hidup Suatu Pengorbanan

Hidup memerlukan pengorbanan. Ada orang yang melalui kehidupan dengan pelbagai pengorbanan hasil daripada ujian yang dilalui.

Kadangkala pengorbanan yang dilakukan bukan kepalang dan amat pedih untuk diharungi. Namun walau seberat manapun ujian daripada Allah, sebagai hamba yang taat, kita perlu ingat setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Setinggi manapun pengorbanan yang perlu kita lakukan, sudah pasti tidak sehebat pengorbanan yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS.

Nabi Ibrahim tidak ada anak sehingga berusia sekitar 90 tahun, kemudian baru Allah kurniakan anak hasil perkahwinan dengan Siti Hajar bernama Ismail. Selepas mendapat anak, tiba-tiba diarahkan untuk meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail di tengah padang pasir Mekah yang kering kontang.

Setelah Ismail AS meningkat remaja, Allah menguji sekali lagi Nabi Ibrahim dengan memerintahkan pula untuk menyembelih anak kesayangannya itu. Biarpun sangat kasihkan Ismail namun dia tetap taat melaksanakan perintah Allah. Namun, Allah akhirnya menggantikannya dengan seekor kibash. Firman Allah SWT:

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعْىَ قَالَ يَٰبُنَىَّ إِنِّىٓ أَرَىٰ فِى ٱلْمَنَامِ أَنِّىٓ أَذْبَحُكَ فَٱنظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَٰأَبَتِ ٱفْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّبِرِينَ

Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab: “Wahai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; In Sya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar” (As-Saffat: 102)

Adakah kita mewarisi sifat Ibrahim AS yang sanggup mengorbankan sesuatu yang amat disayangi semata-mata melaksanakan perintah Allah?

Adakah kita mewarisi sifat Siti Hajar sebagai seorang isteri yang kuat dan tabah ketika mendengar dia dan anaknya Ismail akan ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang berdua beranak? Lantas dia bertanya kepada Nabi Ibrahim: Adakah ini memang perintah daripada Allah?” Nabi Ibrahim menjawab, “Ya.” Lantas Siti Hajar berkata  “Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan kami”.

Adakah kita mewarisi sifat Nabi Ismail yang taat dan sabar sebagai seorang anak? Apabila ayahnya Nabi Ibrahim AS memberitahu untuk menyembelihnya atas perintah Allah, lantas dia menjawab:

Wahai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; In Sya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar” (As-Saffat: 102).

Sanggupkah kita mengorbankan keselesaan, harta, tenaga, masa demi melaksanakan ketaatan kepada perintah Allah?

Mungkin ada di antara kita perlu mengorban masa dan wang ringgit untuk memastikan ibu dan bapa yang kurang sihat mendapat rawatan yang terbaik. Jangan mengeluh kerana itu semua adalah ujian daripada Allah. Allah mahu melihat sejauh mana ketaatan kita kepada Allah SWT.

Anggaplah semua pengorbanan kita itu satu ibadah. Dengan adanya perasaan sebegini maka kita akan mampu mengawal diri agar tidak mudah merasa kecewa dan marah. Ambil iktibar, hidup ini penuh dengan ujian yang menuntut pengorbanan.

Orang yang baik dan soleh, Allah SWT akan sentiasa menguji dengan pelbagai ujian. Namun, tidak perlu gusar kerana ujian-ujian tersebut hanya sementara sifatnya, dan selepas itu Allah SWT akan memberikan kesenangan pula kepadanya sepertimana Firman Allah SWT

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا  إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan (al-Insyirah: 6)

Hidup ini ialah suatu pengorbanan. Beruntunglah bagi mereka yang tidak mengeluh apabila berhadapan dengan ujian ini dan redha dengan apa yang Allah SWT anugerahkan sama ada baik mahupun buruk.

#MemburuTaqwaMenyebarRahmah

https://t.me/kapsul_tazkirah

AL – QURAN MEMBAJA KEHIDUPAN.

AL – QURAN MEMBAJA KEHIDUPAN.

🔹 Al Quran itu bila dibaca oleh orang yang banyak melakukan KEMAKSIATAN.

Maka seolah-olah setiap ayat dan kalimatnya memberikan NASEHAT dan HARAPAN.

🔹 Al Quran itu bila dibaca oleh orang soleh yang banyak melakukan KEBAIKAN.

Maka seolah-olah setiap ayat dan kalimatnya mengukuhkan lagi untuk tetap di atas jalan KEBENARAN.

🔹 Al Quran itu bila dibaca oleh orang yang sedang ditimpa UJIAN.

Maka seolah-olah setiap ayat dan kalimatnya memberikan HIBURAN dan KEKUATAN.

🔹 Al Quran itu bila dibaca oleh orang KAYA dan punya harta KEKAYAAN.

Maka seolah-olah setiap ayat dan kalimatnya menunjukkan erti KESYUKURAN dan KEMURAHAN.

🔹 Al Quran itu bila dibaca oleh orang yang sedang ditindas oleh KEDZALIMAN.

Maka seolah-olah setiap ayat dan kalimatnya memujuk untuk KESABARAN dan KETABAHAN.

🔹 Al Quranlah satu-satunya kitab yang sesuai dibaca oleh semua kalangan.

Tua, muda, remaja, anak-anak, orang bijak pandai dan orang kebanyakkan.

Sesuai dibaca oleh orang yang sedang gembira, bahagia, sedih, senang, gelisah, sihat dan kesakitan.

🔹 AL – QURAN MEMBAJA KEHIDUPAN INSAN.

JANGAN TINGGAL BACA AL – QURAN.

Bantulah kami Ya ALLAH YA RAHMAN….

PENGAJIAN PONDOK  ❓ SURAT IZIN MEROKOK ⁉️

PENGAJIAN PONDOK  ❓ SURAT IZIN MEROKOK ⁉️

.

.

Suatu hal yang sangat mencengangkan kalau sebuah pesantren mengeluarkan Surat Izin Merokok untuk Santri dan pengurusnya.

.

Jika ditanyakan, “Apa dalil haramnya rokok ?” 

Maka tanyakan, “Rokok itu menyehatkan atau merusak diri ?”

.

Jika dijawab, “Iya, rokok itu merusak diri sendiri.”

.

Maka terangkan bahwa hal tersebut sama halnya membunuh diri sendiri secara perlahan-lahan dengan merusak kesehatan dan Allah Azza Wa Jalla mengharamkan perbuatan tersebut.

.

Allah Azza Wa Jalla berfirman,

.

وَمَنْ يَّفْعَلْ ذٰلِكَ عُدْوَانًا وَّظُلْمًا فَسَوْفَ نُصْلِيْهِ نَارًا ۗوَكَانَ ذٰلِكَ عَلَى اللّٰهِ يَسِيْرًا وَلَا تَقْتُلُوْٓا اَنْفُسَكُمْ ۗ اِنَّ اللّٰهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيْمًا

.

“Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sungguh, Allah Maha Penyayang kepadamu. Dan barangsiapa berbuat demikian dengan cara melanggar hukum dan zalim, akan Kami masukkan dia ke dalam neraka. Yang demikian itu mudah bagi Allah.” (QS. An Nisa [4] : 29-30)

.

Dan merokok itu merusak diri, mencelakakan diri sendiri, mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri dan kezaliman kepada diri sendiri, dan hal itu diharamkan untuk mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.

.

Telah menceritakan kepadaku Yahya dari Malik dari ‘Amru bin Yahya Al Muzani, dari Bapaknya bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

.

“Tidak boleh membuat kemudharatan pada diri sendiri dan membuat kemudharatan pada orang lain.”

.

– HR. Malik no. 1234 | no. 1494. Shahih

.

Telah menceritakan kepada kami Abdu Rabbih bin Khalid An Numairi Abu Al Mughallis berkata : telah menceritakan kepada kami Fudlail bin Sulaiman berkata : telah menceritakan kepada kami Musa bin Uqbah berkata : telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Yahya bin Al Walid dari Ubadah bin Ash Shamith radhiyallahu ‘anhu berkata,

.

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memutuskan bahwa tidak boleh berbuat madharat dan hal yang menimbulkan madharat.”

.

– HR. Ibnu Majah no. 2331 | no. 2340. Shahih

.

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yahya berkata : telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq berkata : telah memberitakan kepada kami Ma’mar dari Jabir Al Ju’fi dari Ikrimah dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

.

“Tidak boleh berbuat madharat dan hal yang menimbulkan madharat.”

.

– HR. Ibnu Majah no. 2332 | no. 2341.Shahih

.

Kalau semisal dia bilang bahwa rokok tidak mendatangkan mudarat atau mencelakakan diri sendiri, MAKA suruh buka mata lebar-lebar untuk membaca tulisan dan gambar yang ada di setiap bungkus rokok.

.

Dan jika telah sadar bahwa rokok itu perbuatan merusak diri, mencelakakan diri sendiri, mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri dan kezaliman kepada diri sendiri, maka bawakan penjelasan di atas.

.

Semisal beralasan, “Yang ngga merokok saja banyak yang mati ?”

.

Benar, hidup dan mati itu urusan Allah Azza Wa Jalla, namun selama masih hidup, Allah Azza Wa Jalla memerintahkan kita untuk mentaati segala yang datang dari-Nya dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sampai ajal menjemput, termasuk di dalamnya larangan perbuatan membunuh diri sendiri, baik langsung ataupun secara perlahan-lahan, dan larangan berbuat hal yang menimbulkan kemudaratan kepada diri sendiri, yang termasuk di dalamnya adalah Rokok.

.

Maka Rokok adalah Haram !

Hanya pengikut hawa nafsu yang menganggap halal barang yg lebih membawa banyak mudarat.

Kalaupun mengaku memiliki ilmu alat maka hanya digunakan untuk mendukung hawa nafsunya.

.

Atha bin Yussuf

Create your website with WordPress.com
Get started