Sepuluh Hari Yang Penuh Keberkatan

:: Sepuluh Hari Yang Penuh Keberkatan ::‏

1. Sayyidina Ibnu ‘Abbas (68 H) رضي الله عنهما ,  Nabi ﷺ bersabda:

‎مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ أَفْضَلَ مِنَ الْعَمَلِ فِي هَذِهِ ‏”‌‏.‏ قَالُوا وَلاَ الْجِهَادُ قَالَ ‏”‏ وَلاَ الْجِهَادُ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَىْءٍ.

“Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih afdal daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Tidak juga jihad? Baginda menjawab: Tidak juga jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi.”

(Sahih al-Bukhari, no. 969)

2. Dalam Sunan ad-Darimi disebutkan apakah yang dimaksudkan dengan ‘lebih dicintai’ oleh Allah.

Sayyidina Abdullah bin ‘Abbas (68 H) رضي الله عنهما meriwayatkan, Nabi ﷺ bersabda:

‎مَا مِنْ عَمَلٍ أَزْكَى عِنْدَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ ، وَلَا أَعْظَمَ أَجْرًا ، مِنْ خَيْرٍ يَعْمَلُهُ فِي عَشْرِ الْأَضْحَى ” . قِيلَ : وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ؟ قَالَ : ” وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ

“Tiada amalan yang lebih mulia dan lebih besar ganjarannya di sisi Allah berbanding amalan-amalan kebaikan yang dilakukan pada sepuluh hari Zulhijjah. Baginda ﷺ ditanya: Tidak juga jihad di jalan Allah? Jawab baginda ﷺ: ‘Tidak juga jihad di jalan Allah melainkan seseorang yang keluar dengan dirinya dan hartanya, dan dia tidak pulang (kerana syahid)’.”

Perawi berkata:

وَكَانَ سَعِيدُ بْنُ جُبَيْرٍ إِذَا دَخَلَ أَيَّامُ الْعَشْرِ ، اجْتَهَدَ اجْتِهَادًا شَدِيدًا حَتَّى مَا يَكَادُ يَقْدِرُ عَلَيْهِ .

“Sa’id bin Jubair (95 H) rahimahullah apabila masuknya sepuluh hari awal Zulhijjah, dia berusaha bersungguh-sungguh sehingga ke tahap maksima yang dia mampu.”

(Sunan ad-Darimi, no. 1815) Syaikh Hussein Salim Asad (1443 H) rahimahullah berkata: Isnadnya sahih.

3. Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani (852 H) rahimahullah menghuraikan maksud hadis tersebut:

وَالَّذِي يَظْهَرُ أَنَّ السَّبَبَ فِي ‌امْتِيَازِ عَشْرِ ذِي الْحِجَّةِ لِمَكَانِ اجْتِمَاعِ أُمَّهَاتِ الْعِبَادَةِ فِيهِ، وَهِيَ الصَّلَاةُ وَالصِّيَامُ وَالصَّدَقَةُ وَالْحَجُّ، وَلَا يَتَأَتَّى ذَلِكَ فِي غَيْرِهِ

“Apa yang jelas, sebab yang menjadikan sepuluh hari awal Zulhijjah itu istimewa kerana ia merupakan tempat berkumpulnya semua pokok-pokok ibadah iaitu solat, puasa, sedekah dan haji. Ini tidak akan berlaku pada hari-hari yang lain.” (Fath al-Bari 2/460)

4. Imam Ibnu Taimiyyah (728 H) rahimahullah ditanya antara sepuluh hari awal Zulhijjah dan sepuluh hari akhir Ramadan, yang manakah lebih afdal?

Jawab beliau:

أَيَّامُ عَشْرِ ذِي الْحِجَّةِ أَفْضَلُ مِنْ أَيَّامِ الْعَشْرِ مِنْ رَمَضَانَ وَاللَّيَالِي الْعَشْرُ الْأَوَاخِرُ مِنْ رَمَضَانَ أَفْضَلُ مِنْ لَيَالِي عَشْرِ ذِي الْحِجَّةِ.

“Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadan, dan malam sepuluh akhir Ramadan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah.”

(Majmu’ al-Fatawa, 25/287)

Wallahua’lam. Sollu’alannabi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: