Erti Rehat Yang Hakiki

Erti Rehat Yang Hakiki

1. Seorang lelaki dari Khurasan datang bertemu al-Imam Ahmad dan bertanyakan kepada beliau tentang erti rehat yang sebenar. Kata beliau:

مَتى يَجِد العَبْد طَعْم الرَّاحَة قَالَ عِنْد أَوّل قَدم يَضَعهَا فِي الْجنَّة

(Wahai Imam Ahmad) Bilakah seorang hamba itu akan merasai nikmat rehat yang hakiki?  Jawab al-Imam Ahmad: Apabila dia meletakkan langkah pertamanya di dalam syurga. (Ibn Asakir, Tarikh Dimasyq: 6/13)

2. Kenyataan al-Imam Ahmad menggambarkan kepada kita bagaimana dunia adalah tempat berusaha untuk mencapai keredaan Allah. Kerehatan yang hakiki adalah apabila seorang itu telah mencapai reda Allah. Syurga adalah tempat rehat orang yang beriman.

3. Perhatikan bagaimana jerih dan penat Rasulullah dalam perjuangan Baginda di dunia. Segala lelah ini dihiasi dengan senyuman Baginda yang menenangkan. Baginda yakin bahawa dunia hanyalah sementara dan tempat berusaha.

4. Segala lelah akan hilang apabila dihidangkan dengan hidangan di syurga kelak. Semoga kita semua dikurniakan tempat bersama dengan para Nabi, syuhada dan orang-orang soleh di dunia kelak atas penat lelah kehidupan di dunia ini untuk mencapai reda Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: