MENGENAL MAD WAJIB MUTTASIL & MAD JAIZ MUNFASIL
Mad Wajib Muttasil & Mad Jaiz Munfasil adalah 2 mad yg mempunyai persamaan dan perbezaan.
PERSAMAAN:
Kedua-dua mad ini terjadi apabila huruf mad (اوي) bertemu dengan huruf hamzah (ء).
PERBEZAAN:
1. Mad Wajib berlaku dalam 1 kalimah, manakala Mad Jaiz berlaku dalam 2 kalimah.
2. Muttasil bermaksud bersambung iaitu huruf mad dengan hamzah bersekali dlm 1 kalimah.
3. Munfasil bermakna terpisah iaitu huruf mad dengan hamzah terpisah antara 2 kalimah.
4. Mad Jaiz Munfasil terbahagi kepada 2 keadaan :
a). Jika jelas berada di dalam 2 kalimah disebut sebagai Mad Jaiz Munfasil Haqiiqi.
b). Jika berada di dalam 2 kalimah berangkai (nampak macam 1 kalimah, tetapi sebenarnya 2), ia disebut sebagai Mad Jaiz Munfasil Hukmi.
5. Mad Wajib dibaca 4/5 harakat ketika wasal atau 6 harakat ketika waqaf.
6. Mad Jaiz dibaca 4/5 harakat ketika wasal, tetapi dibaca 2 harakat sahaja ketika waqaf.