‘Individu hina agama Islam, promosi LGBT bakal depan tindakan tegas’ – JAKIM — Portal Melayukini

PUTRAJAYA: Mesyuarat Khas Task Force Menangani Isu LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) bersetuju melaksanakan tindakan tegas dalam kadar segera bagi menangani isu penghinaan agama secara umum serta promosi gaya hidup LGBT. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, mesyuarat tersebut diwujudkan bagi membincangkan secara khusus berkenaan penguatkuasaan […]

‘Individu hina agama Islam, promosi LGBT bakal depan tindakan tegas’ – JAKIM — Portal Melayukini

Melanggar Perlembagan,Mengekang Hak Orang Bukan Islam- Baru Bian — Dayak Focus

10 September 2021: Pengumuman oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary bahawa kerajaan persekutuan sedang menggubal rang undang-undang mengenai kawalan dan sekatan terhadap pembangunan agama bukan Islam adalah berita yang tidak disenangi oleh semua rakyat bukan Islam di Malaysia, khususnya di Sarawak. Ini ibarat mimpi ngeri yang asyik berulang, […]

Melanggar Perlembagan,Mengekang Hak Orang Bukan Islam- Baru Bian — Dayak Focus

Tiada ISU RUU Pengembangan Agama Bukan Islam. — AMALmedia

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, polemik itu timbul selepas jawapan soalan tambahan, sesi soalan lisan di Parlimen oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary bertarikh 26 November 2020 lalu yang mana telah disebarkan dan dipetik di luar konteks oleh pihak-pihak tertentu. […]

Tiada ISU RUU Pengembangan Agama Bukan Islam. — AMALmedia

Kenaikan gred pembantu, penolong pegawai hal ehwal agama

KUALA TERENGGANU: Kerajaan akan mempertimbangkan kenaikan gred seramai 2,134 pembantu dan penolong pegawai hal ehwal Islam di pelbagai agensi di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, mereka yang merupakan kakitangan  gred S19 dan S29 itu dicadangkan dinaikkan kepada gred S41 dan S44.

Katanya, langkah itu selaras agenda meneruskan dasar hal ehwal Islam di agensi dan jabatan seluruh negara.

“Peranan kakitangan berkenaan adalah berkaitan dakwah, akidah, undang-undang, baitulmal di samping penguatkuasaan dan mereka ditempatkan di pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan banyak lagi,” katanya ketika ucapan penggulungan dalam Muktamar Pas Ke-67 di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata, kerajaan menyalurkan RM60 juta bagi kerja-kerja naik taraf infrastruktur di sekolah agama, pusat tahfiz dan pondok sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.

“Kita masih mempunyai baki RM40 juta  untuk peruntukan operasi institusi berkenaan dan kita minta para pengusaha segera mendaftar untuk memudahkan penyaluran bantuan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Create your website with WordPress.com
Get started