FENOMENA akhir akhir zaman ini.

“FENOMENA akhir akhir zaman ini…

1. Banyak rumah semakin besar, tapi keluarganya semakin kecil.

2. Perubatan semakin canggih, kesihatan semakin buruk.

3. Melancong keliling Dunia, tapi tidak kenal dengan jiran terdekat.

4. Pendapatan semakin meningkat, ketentraman jiwa semakin berkurang.

5. Ilmu semakin tinggi, emosi semakin rendah.

6. Jumlah manusia semakin banyak, rasa kemanusiaan semakin menipis.

7. Pengetahuan semakin bagus, keadilan semakin berkurang.

8.Kehormatan semakin terhakis

9. Semakin banyak kawan di dunia maya, tapi tidak ada sahabat yang sejati.

10. Minuman semakin banyak jenisnya, air bersih semakin berkurang jumlahnya.

11. Pakai jam tangan mahal, tapi tak pernah tepat waktu.

12. Ilmu semakin tersebar, adab dan akhlak semakin lenyap.

13. Belajar semakin mudah, Guru semakin tidak dihargai.

14. Teknologi semakin canggih, fitnah dan aib semakin tersebar.

15. Orang yang rendah ilmu banyak bercakap, orang yang tinggi ilmu banyak mendiamkan diri.

Semoga kita sedar dan Semoga kita semua tetap berada didalam lindungan Allah Subhanahu Wa Ta’ala…

KUNCI UNTUK DAPAT HATI SENANG

KUNCI UNTUK DAPAT HATI SENANG & JIWA TENANG

1. TIDAK MEMBENCI

Jangan benci seseorang walaupun , dia buat salah padamu .

2. TIDAK MERUNGUT

Jangan berkeluh kesah sebaliknya , banyakkan doa .

3. BERSEDERHANA

Hidup sederhana walaupun kamu ada , kedudukan tinggi dan berharta .

4. BERSANGKA BAIK

Sentiasa fikir positif walaupun , sentiasa di timpa ujian .

5. SELALU  SENYUM

Senyumlah walaupun hati terluka .

6. SELALU  MEMBERI

Banyakkan beri sedekah walaupun , kita terhalang melakukannya .

7. DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA

Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu , tanpa pengetahuannya .

8. TIDAK BERDENGKI & IRI HATI

Jangan berdengki dengan kejayaan teman-teman anda , berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya , jika anda dengki dengan mengaibkan dia dan  ingatlah , segala

amal baik anda pasti hangus , Kerana Allah tak terima amal Kebajikan orang yang Berhasad dengki .

9. MUDAH MEMAAFKAN

Jangan merasa liat dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain , kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan didalam memaafkan .

10. HINDARI PERMUSUHAN

Jangan menganggap orang yang tidak sependapat sebagai lawan , namun dia adalah kawan anda .

HIDUP SEMPIT DENGAN RIBA

MUNAQASHAH: HIDUP SEMPIT DENGAN RIBA

Isu riba di dalam muamalah seharian seorang Muslim sering dianggap ringan pada masa kini. Riba telah menjadi kebiasaan bahkan dianggap satu keperluan oleh sesetengah pihak dalam  memenuhi tuntutan hidup sehari-hari. Pelbagai produk kewangan Islam yang dihidangkan  baik oleh pihak swasta mahupun kerajaan menambahkan lagi kekeliruan di kalangan umat Islam. Tegahan dan ancaman Allah SWT dan RasulNya berkaitan riba pula semakin dipandang sepi dan akhirnya menatijahkan pelbagai kerosakan di dalam kehidupan sosial masyarakat. Peningkatan kes-kes bunuh diri, perceraian, sakit mental dan gelandangan terutamanya dalam fasa pandemik Covid-19 menjadi bukti nyata akibat keharaman riba yang dipandang ringan selama ini.

Jadi, bagaimanakah solusi Islam dalam menangani isu riba ini? Ikuti kupasannya dalam Munaqasah bertajuk HIDUP SEMPIT DENGAN RIBA.

Mencela Ibu bapa

Mencela Ibu bapa

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ الْكَبَائِرِ أَنْ يَشْتُمَ الرَّجُلُ وَالِدَيْهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَهَلْ يَشْتُمُ الرَّجُلُ وَالِدَيْهِ قَالَ نَعَمْ يَسُبُّ أَبَا الرَّجُلِ فَيَشْتُمُ أَبَاهُ وَيَشْتُمُ أُمَّهُ فَيَسُبُّ أُمَّهُ

Daripada Abdullah bin Amr RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Termasuk Al-Kaba`ir (dosa-dosa besar), yakni bila seseorang mencela kedua orang tuanya.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, mungkinkah seseorang mencela kedua orang tuanya?” baginda menjawab: “Ya, bila ia mencaci bapa seseorang, maka orang itu pun akan mencaci bapanya. Dan bila ia mencaci ibu seseorang, lalu orang itu pun akan mencaci ibunya.” (HR Tirmizi No: 1824)  Status:  Hasan Sahih.

Pengajaran:

1.  Termasuk dosa besar apabila seseorang mencaci atau mencela kedua ibu bapanya, termasuk di dalam media sosial

2.  Apabila seseorang mencaci atau memaki  ibu atau bapa orang lain, ia bermakna turut mencaci dan memaki ibu atau bapanya sendiri.

3.  Menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa orang lain bermakna kita menghormati dan mengasihi ibu bapa kita.

4.  Berbuat baik dan berlemah lembutlah kepada ibu bapa kita dan ibu bapa orang lain. Frman Allah SWT:

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

“Dan hendaklah kamu merendahkan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (al-Isra’:24)

KEBERKAHAN GAJI

KEBERKAHAN GAJI

Seseorang datang kepada Imam Syafi’i mengadukan tentang kesempitan hidup yang ia alami. Dia memberitahukan bahwa ia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji 5 dirham. Dan gaji itu tidak mencukupinya.

Namun anehnya, Imam Syafi’i justru menyuruh dia untuk menemui orang yang mengupahnya supaya mengurangi gajinya menjadi 4 dirham. Orang itu pergi melaksanakan perintah Imam Syafi’i sekalipun ia tidak faham apa maksud dari perintah itu.

Setelah berlalu beberapa lama orang itu datang lagi kepada Imam Syafi’i mengadukan tentang kehidupannya yang tidak ada kemajuan. Lalu Imam Syafi’i memerintahkannya untuk kembali menemui orang yang mengupahnya dan minta untuk mengurangi lagi gajinya menjadi 3 dirham. Orang itupun pergi melaksanakan anjuran Imam Syafi’i dengan perasaan sangat hairan.

Setelah berlalu sekian hari orang itu kembali lagi menemui Imam Syafi’i dan berterima kasih atas nasihatnya. Ia menceritakan bahwa wang 3 dirham justru boleh menutupi seluruh keperluan hidupnya, bahkan hidupnya menjadi lapang. Ia menanyakan apa rahasia di balik itu semua?

Imam Syafi’i menjelaskan bahwa pekerjaan yang ia jalani itu tidak berhak mendapatkan upah lebih dari 3 dirham. Dan kelebihan 2 dirham itu telah mencabut keberkahan harta yang ia miliki ketika tercampur dengannya.

Lalu Imam Syafi’i membacakan sebuah sya’ir:

جمع الحرام على الحلال ليكثره

دخل الحرام على الحلال فبعثره

Dia kumpulkan yang haram dengan yang halal supaya ia menjadi banyak.

Yang haram pun masuk ke dalam yang halal lalu ia merosaknya.

Semoga Allah selalu memberi keberkahan pada harta kita.

MENGENAL HAMZAH WASAL :

MENGENAL HAMZAH WASAL :

Hamzah wasal (همزه وصل) ialah hamzah berupa alif tambahan di awal perkataan. 

Hamzah ini akan diabaikan jika seseorang memilih untuk menyambungkan bacaan dari ayat sebelumnya.

Tetapi hamzah ini akan dibariskan bacaannya jika seseorang memilih untuk memulakan bacaan dari perkataan yang mempunyai hamzah wasal tersebut.

Hamzah Wasal yang ditemui dalam al-Quran berada di awal kata nama (اسم), kata kerja (فعل) dan nama terbitan (مصدر) .

Maka permasalahan Hamzah wasal ini ialah menentukan barisnya. Ini kerana Hamzah wasal didapati tidak berbaris tetapi ditandakan dalam al-Quran Rasm Uthmani dengan: ا yang terdapat kepala huruf ص .

3 Kaedah Cara Membaca Hamzah Wasal

1. Memulakan Hamzah Wasal pada Alif Lam (ال).

Hamzah wasal yang terdapat pada Alif Lam Qamariah dan Syamsiyyah hendaklah difathahkan (baris atas) jika memulakan bacaan darinya.

Contoh Hamzah wasal yang terdapat pada Alif lam:

. ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ، ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ، ﭐلتَّآئِبُونَ ﭐلعَبِدُونَ ﭐلحَمِدُونَ

Di dalam al-Quran, hanya hamzah wasal pada perkataan الاسم  sahaja yang tidak dibariskan mengikut kaedah di atas iaitu pada ayat:  (Al-hujurat ayat: 11)  بِئسَ ﭐلاِسمُ ﭐلفُسُوقُ بَعدَ ﭐلإِيمَان 

Hamzah wasal pada perkataan ini hendaklah dibaca dengan  أَلِسم  atau  لِسم  jika seseorang memulakan bacaan daripadanya.

Pada keadaan wasal (bersambung) ia dibaca dengan   بِئسَ لِسم .

2. Membariskan Hamzah Wasal Berpandukan Huruf Ketiga.

Terdapat beberapa keadaan hamzah wasal yang boleh dibariskan berpandukan kepada baris huruf ketiga seperti berikut:

a. Jika huruf ketiga berbaris fathah (baris atas), hamzah wasal dikasrahkan.

b. Jika huruf ketiga berbaris kasrah (baris bawah), hamzah wasal dikasrahkan.

c. Jika huruf ketiga berbaris dhommah (baris depan), hamzah wasal didhommahkan.

Contoh-contohnya :

ﭐهدِنا ، ﭐصبِر ، ﭐنقَلبوا ، ﭐرضَى ، ﭐستُحفِظُوا ، ﭐبتُلِي ، ﭐجتُثَّت

3. Hamzah Wasal Dibariskan Dengan Tidak Berpandukan Huruf Ketiga

Terdapat juga beberapa keadaan dimana hamzah wasal bagi perkataan tersebut tidak boleh dibariskan bacaaanya berpandukan huruf ketiga.

Perkataan-perkatan ini perlu dikasrahkan (baris bawah) hamzah wasalnya tanpa terikat kepada apa-apa panduan.

Perkara ini berlaku pada keadaan-keadaan seperti berikut:

a. Tujuh kata nama ( اسم ) yang hamzah wasalnya dikasrahkan.

Contoh-contohnya:

. ﭐبن ، ﭐبنة ، ﭐمرؤ ، ﭐثنين ، ﭐثنتين ، ﭐمرأة ، ﭐسم

Semua hamzah wasal pada perkataan di atas hendaklah dikasrahkan jika memulakan bacaan daripadanya.

b. Empat kata kerja (فعل ) yang hamzah wasalnya dikasrahkan.

Contoh-contohnya:

. ﭐبنُوا ، ﭐقضُوا ، ﭐمضُوا ، ﭐمشُوا 

Semua hamzah wasal pada perkataan di atas hendaklah dikasrahkan jika memulakan bacaan daripadanya.

c. Perkataan yang hamzah wasalnya dibaca ibdal 2 harakat.

Terdapat juga hamzah wasal yang dibariskan secara ibdal iaitu menukar sebutan hamzah kepada sebutan huruf mad dan dibaca 2 harakat secara mad badal.

Contoh-contohnya:

 .ٱئۡذَن لِّى , ﭐئتُواني , ﭐؤتُمِنَ ,  ٱئۡتِ ,  ٱئۡتُواْ

Perkataan-perkataan diatas tidak dibariskan dengan melihat baris huruf ketiga.

Tetapi baris hamzah wasalnya dapat ditentukan dengan melihat rumah hamzah wasal itu:

Jika rumah hamzah itu berbentuk huruf ya, maka hamzah wasalnya mestilah di mulakan dengan kasrah dan ditukar hamzah kedua kepada ya : ﭐئتُواني  jadi  إِيتُواني .

Jika rumah hamzah itu berbentuk huruf wau, maka hamzah wasalnya mestilah dimulakan dengan dhommah dan ditukar hamzah kedua kepada wau: ﭐؤتُمِنَ  jadi أُوتُمِنَ .

Create your website with WordPress.com
Get started