Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

DOA KESYUKURAN SEMPENA MAJLIS PERKAHWINAN

DOA KESYUKURAN SEMPENA MAJLIS PERKAHWINAN

PN. SITI NORZALMA BINTI ABD RAHMAN & EN. KUZZYAQIN BIN EDDIE KISMILARDY

DI DEWAN DATO’ KERAMAT KUALA LUMPUR

PADA 6 NOVEMBER 2010 (SABTU) MASA 12.00 TENGAHARI

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، سيدنا محمد نور الأنوار، وسر الأسرار،  وترياق الأغيار ، ومفتاح باب اليسار سيدنا ومولانا محمدن المختار وأله الأطهار ، وأصحابه الأخيار عدد نعم الله وإفضاله،  بارك الله لهذين العروسين وبارك عليهما، وجمع بينهما في خير،  يا أرحم الرحمين .

اللهم يا رحمن ويا رحيم،

اللهم يا كريم  ويا ودود،

Ya Allah, Tanamkanlah dan suburkanlah sifat mahabbah dan berkasih sayang, kemesraan dan belas ihsan, kedamaian dan keharmonian, keserasian, kefahaman dan muafakat, keselesaaan dan ketenangan, kesetiaan dan kesetiakawan, kekuatan dan ketahanan, kesabaran dan ketabahan serta tanggungjawab bersama yang berpanjangan lagi berterusan dihati kedua pasangan pengantin yang diraikan ini iaitu Puan Siti Norzalma Binti Abd Rahman Dan Pasangannya Encik Kuzzyaqin Bin Eddie Kismilardy sebagaimana yang telah dianugerahkan sifat-sifat terpuji kepada nabi adam dan hawa’, nabi ibrahim dan siti sarah dan hajar, nabi yusuf dan zulaikha, nabi ayub dan siti rahmah, nabi sulaiman dan balqis, nabi muhammad s.a.w. dan isteri-isteri baginda r.a. serta siti fatimah puteri baginda rasulullah s.a.w. dan suaminya saidina ali r.a. 

Semoga dengan demikian rumahtangga pengantin ini berjalan dalam keadaan aman dan damai.  Hidup bahagia, ceria dan gembira sepanjang masa dan waktu tanpa gangguan dan halangan.

اللهم يا فتاح ويا رزاق،

Ya Allah, Segarkan dan suburkanlah ikatan kasih sayang dan kemesraan diantara kedua pasangan pengantin ini sebagaimana subur dan segar pokok-pokok dan tanam-tanaman setelah dibasahi dan disirami dengan air, juga sebagaimana segarnya daun-daun kayu yang telah dibasahi oleh air embun diwaktu pagi.

اللهم يا حفيظ ويا سلام،

Ya Allah, Naungilah kehidupan kedua pansangan pengantin ini, dibawah naungan iman dan taqwa, keredhaan dan keberkatan, taufiq dan hidayah, inayah dan ri’ayah, sehingga dapat meneruskan ikatan perkahwinan sehingga ke akhir hayat dan ke syurga kelak. Anugerahkanlah mereka kesihatan dan kea’fiatan, rezeki yang berkat, dipanjangkan umur serta memperolehi zuriat yang soleh dan solehah yang menjadi penyejuk mata memandang dan penyeri kehidupan didunia serta penyelamat di akhirat.

Ya Allah, Jauhkanlah daripada kami dan kedua pengantin serta sekalian yang hadir di majlis ini daripada segala mara bahaya, bala bencana, musibah dan penyakit, kesusahan dan kepayahan, halangan dan rintangan.

ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين وجعلنا للمتقين إماما .

ربنا آتنا فى الدنيا حسنة وفى الآخرة حسنة وقنا عذاب النار،

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين.

DOA MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN ASAS KEPOLISAN DAN

DOA MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN ASAS KEPOLISAN DAN

PERAJURIT MUDA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERTEMPAT DI PUSAT LATIHAN TENTERA DARAT (PUSASDA) PORT DICKSON

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمَ وَمِنْكَ السَّلاَمَ وَإِلَيْكَ يَعُوْدُ السَّلاَمَ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلاَمَ، يَا سَلاَمُ سَلِّمْنَا أَجْمَعِيْنَ وَاجْعَلْنَا مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ.

Allahumma Ya Allah, Wahai Tuhan Yang Memiliki Segala Kekuasaan Dan Pentadbir Semesta Alam, sesungguhnya pada hari yang bersejarah ini kami merafa’kan kesyukuran kepada-Mu di atas segala limpahan nikmat dan rahmat serta diberikan keizinan untuk kami berhimpun bersempenaMajlis Perbarisan Tamat Latihan Asas Kepolisan Dan Perajurit Muda Angkatan Tentera Malaysia pada pagiini, diserikan dengan hamparan petunjuk, keredhaan dan keberkatan daripada-Mu Ya Allah.

اَللَّهُمَّ يَا أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ

Ya Allah, kami hamba-hambamu menadah tangan memohon pengharapan agar upacara penuh tradisi ini akan dapat meniupkan semangat juang yang tinggi serta menjana semangat rela berkorban sekalipun nyawa menjadi taruhan kepada para perwira dan perajurit sekalian. Mudah-mudahan dengan jalinan persaudaraan dan kerjasama antara kami warga Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia, akan dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami sebagai organisasi keselamatan terulung di negara ini yang telah diamanahkan menjaga keamanan dan kesejahteraan pertiwi.

اَللَّهُمَّ يَا مَالِكَ الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ

Ya Allah, kami memohon kehadrat-Mu tingkatkanlah kekuatan dan keimanan kepada seluruh ahli pasukan kami agar mampu menangani segala cabaran dan rintangan yang dihadapi dengan kebijaksanaan dan keupayaan dalam menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi. Semaikanlah semangat tolong-menolong dan hindarilah ahli pasukan kami dari terlibat dalam sebarang perkara yang menyalahi sama ada perlakuan jenayah, dadah, gejala sosial dan sebagainya. Cucurilah rahmat dan keampunan ke atas kami sekelian yang bersifat kealpaan dan kedaifan ini.

اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعة وأرنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابة.

Ya Allah, bersempena perhimpunan ini, kami memohon semoga dikurniakan rahmat, keberkatan dan sihat walafiat kepada pemimpin yang kami sanjungi Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, para pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia serta hadirin dan hadirat sekalian.

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِى الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَاْلأخِرَةِ اَللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا الْبَلاَءَ وَالْوَبَاءَ وَالْغَلاَءَ لاَ كَاشِفَ وَلاَ دَافِعَ لَهُ غَيْرُكَ. اَللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِى اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا  وَاجْعَلْ حَيَاتَنَا حَيَاةً طَيِّبَةً  ءَامِنَةً مُطْمَئِنَّةً. رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ. رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ  

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

DOA PERBARISAN HARI PAHLAWAN

DOA PERBARISAN HARI PAHLAWAN TAHUN 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ  اللَّهُمَّ انْصُرْنَا فَإِنَّكَ خَيْرُ النَّاصِرِيْنَ  وَافْتَحْ لَنَا فَإِنَّكَ خَيْرُ الْفَاتِحِيْنَ  وَاغْفِرْلَنَا وَاهْدِنَا وَلاَ تُؤَاخِذْنَا بِمَا فَعَلَ السُّفَهَاءُ مِنَّا  يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ.

Allahumma Ya Allah, Wahai Tuhan Yang Memiliki Segala Kekuasaan dan Pentadbir Semesta Alam, sesungguhnya pada hari yang bersejarah ini, kami merafa’kan kesyukuran kepada-Mu di atas segala limpahan nikmat dan rahmat serta diberikan keizinan untuk kami berhimpun sempenaPerbarisan Hari Pahlawan Tahun 2011, diserikan dengan hamparan petunjuk, keredhaan dan keberkatan daripada-Mu Ya Allah.

 اللَّهُمَّ يَا أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ

Ya Allah, kami menadah tangan memohon pengharapan agar upacara penuh tradisi ini akan dapat meniupkan semangat juang yang tinggi serta menjana semangat rela berkorban sekalipun nyawa menjadi taruhan kepada para perwira dan perajurit sekalian. Kami pohonkan semoga darah kepahlawanan silam yang diwarisi sejak zaman-berzaman akan terus mengalir deras dalam jasad kami selaras dengan ikrar kami untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan tanah air. Suburkanlah di dalam jiwa kami untuk sentiasa menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja kami, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

اللَّهُمَّ يَا فَارِجَ الْهَمِّ وَيَا كَاشِفَ الْغَمِّ وَيَا مَنْ لِعِبَادِهِ يَغْفِرُ وَيَرْحَمُ

Ya Allah, Wahai Tuhan Yang Maha Mendengar Setiap Permohonan. Limpahkanlah rimbunan rahmat dan kesejahteraan-Mu ke atas raja kami Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, lanjutkanlah usia baginda berdua dan putera puteri baginda dengan bekalan nikmat keselamatan dari sebarang kemudharatan. Dengan ihsan-Mu jua kami pohonkan agar baginda berdua sentiasa di payungi dengan bimbingan dan suluhan cahaya taufik dari-Mu menaungi tempoh baginda bersemayam di tahta Negara.

اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَةَ وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَةَ

Wahai Tuhan Tempat Selayaknya Dicurahkan Segala Bentuk Pengabdian Dan Pergantungan, perteguhkanlah jalinan persaudaraan antara kami rakyat Malaysia. Jadikanlah negara kami negara yang aman dan makmur, dihiasi dengan anugerah kemajuan yang berterusan. Seterusnya masukkanlah kami dari kalangan yang sentiasa bersyukur di atas setiap nikmat keamanan dan kesejahteraan di bumi Malaysia yang tercinta ini.

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِى الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَاْلأخِرَةِ اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا الْبَلاَءَ وَالْوَبَاءَ وَالْغَلاَءَ لاَ كَاشِفَ وَلاَ دَافِعَ لَهُ غَيْرُكَ. اللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِى اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا  وَاجْعَلْ حَيَاتَنَا حَيَاةً طَيِّبَةً  ءَامِنَةً مُطْمَئِنَّةً. رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ. رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ   وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

DOA MAJLIS SANTAPAN DIRAJA

DOA MAJLIS SANTAPAN DIRAJA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِي أَفَاضَ عَلَيْنَا النِّعَمَ، وَارْزُقْنَا مِنَ الْحَلاَلِ وَالطَّيِّبَاتِ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ مَّا دَامَتِ اْلأَرْضُ وَالسَّمَاوَاتُ، وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ.

اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الرَّحْمَةِ وَالْبَرَكَةِ، أَنْزِلْ عَلَيْنَا رَحْمَةً مِّنْ عِنْدِكَ، تَهْدِيْ بِهَا قُلُوْبَنَا، وَتَجْمَعُ بِهَا شَمْلَنَا وَتَوَفَّنَا وَأَنْتَ رَاضٍ عَنَّا يَا حَيٌّ يَاقَيَّومٌ، وَيَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ.

اَللَّهُمَّ يَا اَلله ُ

Bersempena Majlis Santapan Malam Diraja Jubli Emas Ulang Tahun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, kami menadah tangan memohon agar berkatilah nikmat dan rezeki halal yang dikurniakan. Jadikanlah kami hamba yang bertaqwa untuk mendapat keredhaan dari-Mu Ya Tuhan.

اَللَّهُمَّ يَامَنْ لَهُ الْعِزَّةُ وَالْكَرَامَةُ،

Kami menadah tangan memohon kehadrat-Mu Ya Allah, agar lindungilah serta peliharakanlah kedua-dua hamba-Mu raja kami Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billahi Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung Tuanku Nur Zahirah. Semoga dilanjutkan usia baginda berdua di dalam sihat dan afiat di dalam iman dan taat dengan taufik dan hidayah agar bertambah mulia lagi berdaulat, semoga berkat di dunia dan di akhirat.

اَللَّهُمَّ يَاحَفِيظُ يَا كَرِيمُ،

Peliharakanlah kami dan pemimpin kami, satukanlah hati-hati kami supaya bermahabbah dan bersaudara untuk kami hidup dalam aman dan bahagia, berkasih-sayang dan bermuafakat untuk kebaikan bersama. Hindarkanlah kami dari sifat-sifat keji lagi dimurkai, tanamkanlah ke dalam jiwa kami sifat tawaduk, merendah diri. Suluhkanlah sanubari kami dengan sifat-sifat jujur dan dedikasi dalam melaksanakan tugas dan kewajipan kami, demi untuk agama, bangsa dan juga negara yang kami cintai ini.

اَللَّهُمَّ يَا اَلله ُ

Peliharakanlah negara kami, jauhilah kami dari segala huru-hara dan bencana. Peliharakanlah perpaduan kami semoga hidup kami dalam keadaan aman damai, selamat sentosa, kukuhkanlah perpaduan dan taat setia di antara rakyat dan pemimpin negara.

رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

DOA KEBERANGKATAN TIBA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG DARI LAWATAN RASMI KE LUAR NEGARA

DOA KEBERANGKATAN TIBA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG DARI LAWATAN RASMI KE LUAR NEGARA

____________________________________________________

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَرَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسِ السَّلاَمِ الْمُؤْمِنِ  وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الأَمِيْنِ المَبْعُوْثِ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Hanya puji-pujian dan kesyukuran yang dapat kami lafazkan kehadrat-Mu ya Allah, kerana telah memperkenankan doa dan permohonan serta harapan kami.

Maha Suci Engkau ya Allah, kerana telah mengurniakan nikmat keselamatan dan kesejahteraan sepanjang masa lawatan sehingga selamat berangkat pulang.

اَللَّهُمَّ يَا رَحْمـنُ يَا رَحِيْمُ

Sepertimana yang telah Engkau kurniakan nikmat keselamatan dan kesejahteraan ke atas hamba-Mu Raja kami Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong (…) dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong (…) serta sekalian ahli rombongan diraja, maka kami pohonkan juga ya Allah agar nikmat keselamatan dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan itu berterusan ke atas baginda berdua di mana jua berada.

اَللَّهُمَّ يَا حَفِيْظُ يَا رَقِيْبُ

Kurniakanlah kepada kami kebaikan, hindarkanlah kami dari segala keburukan dan selamatkanlah kami daripada segala kejahatan, jadikanlah kami hamba yang beriman supaya kami tergolong ke dalam golongan orang-orang yang berhak mendapat keredhaan-Mu ya Allah.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ   وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

DOA KEBERANGKATAN

DOA KEBERANGKATAN

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

KE SESUATU MAJLIS

______________________________________________

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِه أَجْمَعِيْنَ.

اَللَّهُمَّ يَا رَحْمـنُ يَارَحِيْمُ

Ya Allah satukanlah hati-hati kami sebagai insan yang bersaudara, eratkanlah perhubungan diantara kami untuk bekerjasama.  Jadikanlah kami, hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa, mematuhi segala perintah-Mu dan Rasul-Mu yang mulia, agar kami menjalani kehidupan sebagai manusia yang berguna untuk agama bangsa dan negara. 

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Ya Allah Sempena keberangkatan Seri Paduka Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (……………………………………………………………………………………) dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong (…………………………………………………………………………) ke majlis ini, kami memohon kepada-Mu agar Engkau peliharakanlah serta lindungilah kedua-dua hamba-Mu ini, lanjutkanlah usia baginda berdua dalam keadaan iman dan taat, dalam keadaan selamat dan sihat.  Dipohonkan taufiq dan hidayah yang berkekalan untuk memandu ke arah kebenaran.  Begitu juga kami pohon pada-Mu ya Allah, keselamatan dan kesejahteraan putera-putera dan puteri-puteri serta kerabat diraja sekaliannya.

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَ اْلإِكْرَامِ

Ya Allah peliharalah dan lindungilah juga pemimpin-pemimpin kami dan rakyat jelata amnya.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ  وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

DOA MENGIRINGI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ اْلكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ   اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ  وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ  وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ  وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

اَللَّهُمَّ يَا بَاسِطَ يَا حَفِيْظُ يَا رَقِيْبُ

YA ALLAH DI SAAT KAMI MENGIRINGI YDH IG TAN SRI DATO’ SRI HJ ISMAIL BIN HJ OMAR, KETUA POLIS NEGARA,PUAN SRI  DATIN SRI HAJAH SURIATI BT MAT SOBRI DAN ROMBONGAN BERLEPAS PULANG,  KAMI MEMOHON YA ALLAH SELAMATKANLAH SERTA PELIHARALAH AHLI ROMBONGAN SEKALIAN DENGAN PENUH RI’AYAH DAN SEBAIK-BAIK PEMELIHARAAN DI SEPANJANG MASA PERJALANAN HINGGA SAMPAI KE DESTINASI YANG DITUJU.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا عَزِيْزُ يَا جَبَّارُ يَا مُتَكَبِّرُ

YA ALLAH TIADA SESIAPA YANG DAPAT MENGATASI KUDRAT DAN IRADAT-MU. DI TANGAN-MU TERLETAKNYA SEGALA KEKUASAAN, HANYA PADA-MU KAMI SEMBAH DAN KEPADA-MU JUA KAMI MEMOHON PERTOLONGAN.

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ  وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

DOA KEBERANGKATAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ اْلكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ   اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ  وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ  وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ  وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

اَللَّهُمَّ يَا بَاسِطَ يَا حَفِيْظُ يَا رَقِيْبُ

YA ALLAH DI SAAT KAMI MENGIRINGI YDH IG TAN SRI DATO’ SRI HJ ISMAIL BIN HJ OMAR, KETUA POLIS NEGARA,PUAN SRI  DATIN SRI HAJAH SURIATI BT MAT SOBRI DAN ROMBONGAN BERLEPAS PULANG,  KAMI MEMOHON YA ALLAH SELAMATKANLAH SERTA PELIHARALAH AHLI ROMBONGAN SEKALIAN DENGAN PENUH RI’AYAH DAN SEBAIK-BAIK PEMELIHARAAN DI SEPANJANG MASA PERJALANAN HINGGA SAMPAI KE DESTINASI YANG DITUJU.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا عَزِيْزُ يَا جَبَّارُ يَا مُتَكَبِّرُ

YA ALLAH TIADA SESIAPA YANG DAPAT MENGATASI KUDRAT DAN IRADAT-MU. DI TANGAN-MU TERLETAKNYA SEGALA KEKUASAAN, HANYA PADA-MU KAMI SEMBAH DAN KEPADA-MU JUA KAMI MEMOHON PERTOLONGAN.

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ  وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

DOA KEBERANGKATAN DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA NAZRIN SHAH IBNI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH

DOA KEBERANGKATAN DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA NAZRIN SHAH IBNI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH

KE MAJLIS SANTAPAN TENGAHARI DI TINGKAT 31 MENARA 1 BUKIT AMAN

______________________________________________

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِه أَجْمَعِيْنَ.

اللهم يا رزاق ويا وهاب

Allahumma Ya Allah, kami menadah tangan merafa’kan kesyukuran yang tidak terhingga di atas limpah anugerah nikmatmu, mudah-mudahan dengan limpahan anugerah rezeki ini akan menambah kesyukuran kami, keimanan dan ketaqwaan kami serta ketaatan dan kepatuhan kami kepadamu.

اللهم يا عزيز ويا قهّار

Ya Allah, Sempena keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah, Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ke majlis ini, kami memohon kepada-Mu agar peliharakanlah serta lindungilah hamba-Mu ini, lanjutkanlah usia baginda dalam keadaan iman dan taat, dalam keadaan selamat dan sihat.  Dipohonkan taufiq dan hidayah yang berkekalan untuk memandu ke arah kebenaran.  Begitu juga kami pohon kepada-Mu ya Allah, keselamatan dan kesejahteraan kepada Duli Yang Teramat Mulia, Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim dan putera serta kerabat diraja sekaliannya. Ya Allah peliharalah dan lindungilah juga pemimpin-pemimpin kami dan rakyat jelata amnya.

اللهم يا شكور ويا كريم

Dengan berkat keagungan nama-namamu dan sifat-sifatmu, kami mulakan majlis santapan ini dengan memohon keberkatan, kesejahteraan dan kesihatan daripadamu,

بسم الله الرحمن الرحيم , اللهم با رك لنا فيما رزقتنا وقنا عذاب النار ,بسم الله الشافى , بسم الله الكافى , بسم الله المعافى , بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السمأ وهو السميع العليم ,

 بسم الله وعلى بركة الله .

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ  وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

DOA MAJLIS PENYAMPAIAN

DOA MAJLIS PENYAMPAIAN

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG  

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

ا اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

يَا اَلله ياَ قُدُّوْسُ

Engkaulah yang memiliki kuasa pemerintahan dan Engkaulah yang memuliakan sesiapa yang dikehendaki .

Kami bersyukur kehadrat-Mu ya Allah di atas limpah kurnia-Mu kami dapat berhimpun pada petang yang mulia ini bersempena dengan Majlis Penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan …………… PDRM.

يَا اَلله ُ يَا كَرِْيمُ

Kami menadah  tangan memohon doa restu dari-Mu ya Allah  , berkatilah khidmat bakti kami, Satukanlah dan perteguhkan hati-hati kami di bawah keredhaanmu. Lahirkanlah perasaan persaudaraan, berkasih sayang, bermuafakat dan Saling hormat menghormati di antara kami.

Tanamkanlah ke dalam Jiwa kami sifat sabar dan tekun dalam melaksanakan tugas dan sentiasa Amanah di dalam segala tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada kami.

يَا اَلله ُ يَا شَكُوْرُ

Kami memohon kepada-Mu dengan kemurahanmu ya Allah, kurniakanlah  hidayah dan ‘inayah kepada kami, kepada raja-raja dan pemimpin-pemimpin kami, semua ketua-ketua dalam PDRM khususnya Yang Dihormati Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara  dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Ya Allah, Bukakanlah pintu hati kami untuk menjadi manusia yang paling sempurna, taat kepada Allah dan Rasul, taat kepada arahan ketua, sentiasa sanggup menghadapi rintangan dan cabaran demi menjana dan memartabatkan agama, bangsa dan negara Malaysia yang tercinta.      

يَا اَلله ُ يَا رَشِيْدُ

Ampunilah dosa kami, dosa rakan seperjuangan kami, Jadikanlah khidmat bakti kami dan bakti mereka-mereka sebelum dari kami, amalan yang diterima oleh Mu ya Allah, eratkanlah persaudaraan di kalangan kami, limpahkanlah cahaya petunjuk untuk kami terus melaksanakan tanggungjawab dengan adil demi kesejahteraan masyarakat dan negara. 

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار

 وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ  وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.