KEADAAN YANG PASTI AKAN LALUI

Beginilah keadaan didalam keranda apabila kita mati nanti..

Perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata²..

Mampu mendatang rasa ketakutan kepada kita yang melihat..

Mampu menghadirkan rasa keinsafan dalam diri sendiri..

Sedarlah wahai kalian yang melihat..

Tiada seorang pun diantara kita bakal terlepas dengan kematian..

Di saat roh telah dicabut daripada jasad..

Dunia sudah tidak ada nilainya kepada kita..

Tiba waktunya kita bersendirian menghadap Allah Swt..

Kita hanya mengharap doa yang datangnya dari keluarga..

Doa dari anak² yang soleh..

Ketika itu kita tidak lagi memerlukan wang yang banyak..

Kita tidak perlu lagi jawatan yang besar atau kedudukan yang tinggi..

Hanya roh berseorangan kembali menghadap Allah SWT..

Jangan berhenti dari bertaqwa kepada Allah..

Jangan berhenti dari membuat kebaikan..

Jangan mendekati perkara yang mungkar..

Dibimbangi apabila tiba masanya kita menghadapi kematian..

Kita tidak akan bersedia melihat keadaan² yang lebih buruk daripada itu..

Sekadar perkongsian dan mengingatkan diri sendiri tentang kematian 😔

MUHASABAH DIRI

MUHASABAH DIRI

Tanyalah pada diri kita setiap hari sebelum tidur :

“Andai aku meninggal ketika tidur, macam mana aku nak berhadapan dengan kubur yang gelap esoknya?”

“Andai aku meninggal ketika tidur, sempatkan aku bertaubat kepada-Nya?”

“Andai aku meninggal ketika tidur, mampukah aku mengangkat muka di hadapan-Nya?”

“Andai aku meninggal ketika tidur, sempatkah aku buang semua gambar di facebook?”

“Andai aku meninggal ketika tidur, sempatkah aku memohon maaf kepada semua sahabatku?”

“Andai aku meninggal ketika tidur, sempatkah aku memaafkan mereka yang aku kasari?”

“Andai aku meninggal ketika tidur, sempatkah aku solat taubat?”

“Andai aku meninggal ketika tidur, adakah Al-Quran akan menjadi penemanku dalam kegelapan?”

“Andai aku meninggal ketika tidur, sempatkah aku untuk merasai nikmat ‘kecerahan’ dunia?”

Jom muhasabah diri. Kenang dosa-dosa yang kita lakukan. Usaha taubat sepanjang masa.

Moga Allah redha dan beri kita semua syurga.         

Uwais Al-Qarni, Namanya Tidak Dikenali Dibumi Tetapi Sangat mashyur Dilangit

GAMBAR SEKADAR HIASAN SAHAJA.

Uwais Al-Qarni, Namanya Tidak Dikenali Dibumi Tetapi Sangat mashyur Dilangit

Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan.

Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya.

Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang.

Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.

Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa’atnya.

{Seorang Wali yang Kecil saja Dapat memberikan Syafaat untuk 70,000 keluarga apalagi Wali yang besar}.

Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa’at bagi sejumlah bilangan bulu Domba qabilah Robi’ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya.

Dia adalah ‘Uwais al-Qarni’ siapalah dia pada mata manusia…

Tidak banyak yang mengenalnya, apalagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya.

Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang yang membujuk, seorang pencuri serta berbagai macam umpatan demi umpatan, celaan demi celaan daripada manusia.

Suatu ketika, seorang fuqoha’ negeri Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang itu memberinya dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian tadi tidak diterima lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais berkata:

“Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak daripada membujuk pasti daripada mencuri.”

Uwais telah lama menjadi yatim. Beliau tidak mempunyai sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa.

Bagi menampung kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Apabila ada wang berlebihan, Uwais menggunakannya bagi membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan.

Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.

Uwais al-Qarni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya.

Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya menarik hati Uwais.

 Apabila seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.

Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.

Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan.

Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Lebih dia beratkan adalah ibunya yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan merawat ibunya sepanjang ketiadaannya nanti?

Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan Uwais.

Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya.

Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat untuk bertemu tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, “Bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat?”

Bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan ibunya sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah.

Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya. Dia meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah.

Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau amat faham hati nurani anaknya, Uwais dan berkata,

“Pergilah wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang.”

Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama mana dia pergi.

Sesudah siap segala persediaan, Uwais mencium sang ibu. Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman.

Medan yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirinduinya.

Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina ‘Aisyah R.A sambil menjawab salam Uwais.

Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu😭, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah.

Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang.

Bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman.

“Engkau harus lekas pulang.”

Atas ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi S.A.W.

Dia akhirnya dengan terpaksa memohon untuk pulang semula kepada sayyidatina ‘Aisyah R.A ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah pulang dengan hati yang pilu.😭

Sepulangnya dari medan perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya.

ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit.

Mendengar perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina ‘Aisyah R.A dan para sahabatnya terpegun.

Menurut sayyidatina ‘Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.

Rasulullah S.A.W bersabda: “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.”

Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda: “Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi.”

Tahun terus berjalan, dan tidak lama kemudian Nabi S.A.W wafat, hinggalah sampai waktu khalifah Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq R.A telah digantikan dengan Khalifah Umar R.A.

Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali K.W untuk mencarinya bersama.

Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, mereka berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sampai ia dicari oleh beliau berdua.

Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah.

Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka.

Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni.

Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.

Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk

membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais,

sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.

Memang benar! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,

“Siapakah nama saudara?”

“Abdullah.” Jawab Uwais.

Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan,

“Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?”

Uwais kemudian berkata “Nama saya Uwais al-Qarni.”

Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia.

Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.

Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah,

“Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian.”

Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata,

“Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripada anda.”

Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.

Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya.

 Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata,

“Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang.

 Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.”

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya.

Namun, ada seorang lelaki pernah bertemu dan dibantu oleh Uwais. Ketika itu kami berada di atas kapal menuju ke tanah Arab bersama para pedagang. Tanpa disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang.

Akibatnya, hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya.

Lelaki itu keluar daripada kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.

“Wahai waliyullah, tolonglah kami!” Namun, lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,

“Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!”

Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata,

“Apa yang terjadi?”

“Tidakkah engkau melihat bahawa kapal dihembus angin dan dihentam ombak?” Tanya kami.

“Dekatkanlah diri kalian pada Allah!” Katanya.

“Kami telah melakukannya.”

“Keluarlah kalian daripada kapal dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim!”

Kami pun keluar daripada kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami serta isinya tenggelam ke dasar laut.

Lalu orang itu berkata pada kami,

“Tidak apalah harta kalian menjadi korban, asalkan kalian semua selamat.”

“Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?” Tanya kami.

“Uwais al-Qorni.” Jawabnya dengan singkat.

Kemudian kami berkata lagi kepadanya,

“Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.”

“Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagi-bahagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?” Tanyanya.

“Ya!” Jawab kami.

Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada satu pun yang tertinggal.

Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya.

Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.

Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,

“Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan jenazahnya, lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya.”

(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)

Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.

Sejak dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.

Mereka saling bertanya-tanya “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?”

“Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya.”

Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya.

 Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.

“Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit.”

Erti Rehat Yang Hakiki

Erti Rehat Yang Hakiki

1. Seorang lelaki dari Khurasan datang bertemu al-Imam Ahmad dan bertanyakan kepada beliau tentang erti rehat yang sebenar. Kata beliau:

مَتى يَجِد العَبْد طَعْم الرَّاحَة قَالَ عِنْد أَوّل قَدم يَضَعهَا فِي الْجنَّة

(Wahai Imam Ahmad) Bilakah seorang hamba itu akan merasai nikmat rehat yang hakiki?  Jawab al-Imam Ahmad: Apabila dia meletakkan langkah pertamanya di dalam syurga. (Ibn Asakir, Tarikh Dimasyq: 6/13)

2. Kenyataan al-Imam Ahmad menggambarkan kepada kita bagaimana dunia adalah tempat berusaha untuk mencapai keredaan Allah. Kerehatan yang hakiki adalah apabila seorang itu telah mencapai reda Allah. Syurga adalah tempat rehat orang yang beriman.

3. Perhatikan bagaimana jerih dan penat Rasulullah dalam perjuangan Baginda di dunia. Segala lelah ini dihiasi dengan senyuman Baginda yang menenangkan. Baginda yakin bahawa dunia hanyalah sementara dan tempat berusaha.

4. Segala lelah akan hilang apabila dihidangkan dengan hidangan di syurga kelak. Semoga kita semua dikurniakan tempat bersama dengan para Nabi, syuhada dan orang-orang soleh di dunia kelak atas penat lelah kehidupan di dunia ini untuk mencapai reda Allah.

MUTIARA KATA AL-MUTAWALI SYA’RAWI الشيخ المتولى الشعراوى رحمه الله

Telah berkata الشيخ المتولى الشعراوى رحمه الله

🔑 Membaca surah Yaasin selepas solat subuh –                                                                       nescaya Allah akan menunaikan hajat kamu dunia & akhirat

🔑 Surah Al-Waqi’ah selepas zohor –                                                     nescaya Allah akan cover kefakiran kamu dunia & akhirat

🔑 Surah Ar-Rahman selepas asar –                                                         nescaya Allah akan merahmati segala kelemahanmu

🔑 Surah Ad-Dukhan selepas maghrib –                                          70 ribu malaikat akan beristighfar memohon ampun kepadamu

🔑 Surah Al-Mulk selepas isyak –             nescaya Allah akan menyelamatkan kamu dari azab kubur

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

————————————-

1. Orang yang Pertama Menulis Bismillah: Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang Pertama Meminum Air Zamzam: Nabi Ismail AS.

3. Orang yang Pertama Berkhatan: Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang Pertama diberikan Pakaian pada hari Qiamat nnti: Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang Pertama dipanggil oleh Allah pada hari Qiamat nnti: Nabi Adam AS.

6. Orang yang Pertama mengerjakan Saie antara Safa & Marwah: Sayyidatina Hajar.

7. Orang yang Pertama dibangkitkan pada hari Qiamat nnti: Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang Pertama menjadi khalifah Islam: Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang Pertama menggunakan Tarikh Hijrah: Umar bin Al-Khattab.

10. Orang yang Pertama meletakkan Jawatan sebagai Khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang Pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW: Thuwaibah RA.

12. Orang yang Pertama Mati Syahid didalam Islam dari kalangan Lelaki:  Al-Harith bin Abi Halah.

13. Orang yang Pertama Mati Syahid didalam Islam dari kalangan Wanita:  Sumayyah binti Khabbat.

14. Orang yang Pertama menulis Hadis didalam Kitab/Lembaran: Abdullah bin Amru bin Al-Ash.

15. Orang yang Pertama Memanah dalam Perjuangan Fisabilillah: Saad bin Abi Waqqas.

16. Orang yang Pertama menjadi Muazzin dan Melaungkan Adzan: Bilal bin Rabah.

17. Orang yang Pertama Sembahyang dengan Rasulullah SAW: Ali bin Abi Tholib

18. Orang yang Pertama membuat Minbar diMasjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary.

19. Orang yang Pertama Menghunuskan Pedangnya dalam Perjuangan Fisabilillah: Az-Zubair bin Al-Awwam

20. Orang yang Pertama Menulis Sirah Nabi Muhammad SAW: Ibban bin Othman bin Affan.

21. Orang yang Pertama Beriman dengan Nabi Muhammad SAW: Khadijah bt Khuwailid.

22. Orang yang Pertama Mengasaskan Usul Fiqh: Imam Syafei RH.

23. Orang yang Pertama Membina Penjara didalam Islam: Ali bin Abi Tholib.

24. Orang yang Pertama Menjadi Raja didalam Islam: Muawiyah bin Abi Sufyan.

25. Orang yang Pertama Membuat Perpustakaan Awam: Harun Ar-Rasyid.

26. Orang yang Pertama mengadakan Baitulmal: UmarAl-Khattab.

27. Orang yang Pertama Menghafal Al-Qur’an selepas Rasulullah SAW: Ali bin Abi Tholib

28. Orang yang Pertama Membina Menara diMasjidil Haram Mekah: Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur

29. Orang yang Pertama diGelar Al-Muqry: Mus’ab bin Umair

30. Orang yang Pertama akan Masuk kedalam Syurga Allah SWT nnti: Nabi Muhammad SAW.

✔ Rugilah kalau tidak SHARE sebab ianya 1 Peluang kita Berdakwah yang MUDAH dan mengenali Keislaman kita…

Kita akan diuji dan terus diuji

🍃🌹Renungan

Kita akan diuji dan terus diuji

 🍃🌹Carilah Hikmah Dlm Setiap Ketentuan Tuhan, Agar Timbul Rasa Kesyukuran & Keridhaan.

🍃🌹 Memang benar ia nya tdak semudah kata bicara. Tidak semudah lafaz yg dikata…

🍃🌹 Rasa berat dan perih itu hanya akan dapat dirasa oleh org yg merasa.

Tetapi cobalah menelan rasa itu dengan senyuman. 

🍃🌹Meskipun kelat, meskipun pahit, tetapi pasti ada manis yg akan terganti dari rasa pahit itu rasa manis dan nikmat itu akan datang di sebalik semua kepahitan. 

🍃🌹Pelangi pasti akan muncul setelah ribut taufan yg melanda.

Begitu jua kehidupan ini pasti akan ada bahagia di sebalik semua duka…

Yakinlah….!

 🍃🌹Kita akan diuji dan terus diuji, teruslah bersabar duhai pengejar cinta Ilahi…

 🍃🌹Makin Allah uji, makin Allah mencintai…

🍃🌹Kata cinta kepadaNya, maka buktikanlah cinta itu dgn akur pada setiap takdir-Nya.

8888888888888888

Islam Q And A

Islam Q&A

WHAT is Islam and who are Muslims?

Islam is a natural and complete way of life that encourages one to give due attention to their relationship with God and His creation. It teaches that souls find true happiness and peace through performing good actions that are approved by God and which benefit both the society and the individual. The message of Islam is simple: to believe in and to worship The One True God alone, and to accept Prophet Muhammad (peace be upon him) as His final Messenger. The word “Islam” means submission to God, and its followers are known as Muslims, who can be from any racial or ethnic background.

WHAT is the Purpose of Life?

God did not create humans to simply wander aimlessly. Rather, we have a higher purpose – to acknowledge and worship God alone, so that we live upon the guidance of our Creator. This guidance enables us to live a successful and blessed life in all aspects, in this world and the hereafter. The test of one’s faith is in using one’s intellect and reasoning abilities to contemplate and recognise God’s signs and to live according to His guidance. In God’s ultimate wisdom, He gave humans free will as a test to see who will willingly follow His path.

WHO is Allah?

Allah is the personal name of The One True God. Allah has no partners, equals, parents or children. All of Allah’s attributes are perfect, such as The Creator, The Most Merciful, The All-Powerful, The Most Just, The All-Wise and The All-Knowing. No human or object shares in Allah’s lordship and His divine attributes, as such, He alone deserves to be worshipped directly and exclusively.

WHO is Muhammad?

Muhammad (peace be upon him) is the final Prophet in the long line of Prophets, sent to call all mankind to the worship of God alone. He was an ideal father, husband, teacher, leader and judge, and a perfect example of an honest, just, compassionate and brave human being. Although greatly respected, he, like the other Prophets, is not worshipped by Muslims.

WHY believe in God?

There are many reasons for believing in God including those based on simple logic (summarised below) and through revelation (discussed in the next section). Beginning of the Universe – A fairly straightforward reason for believing in God relates to reflecting on the origin of the universe. Where did the universe ultimately come from? The Universe hasn’t always existed (it has a beginning according to modern science) and it couldn’t have come from nothing or create itself. A reasonable conclusion is that it was created. Unlike the universe, The Creator of the universe, God, is eternal, has no beginning and has always existed Order of the Universe – Another simple reason for believing in God is by pondering over the order of the universe using the following logic:

  1. Anything that is ordered indicates intelligence
  2. Our solar system is highly ordered with intricate laws, systems and patterns
  3. Therefore, the order in our universe indicates the existence and intelligence of the Creator

WHAT is the Quran?

The Quran is the final revelation to mankind and provides a strong argument for the existence of God for those who are open-minded and sincere. It is unmatched in its style, wisdom, guidance, beauty and eloquence. It is the literal word of God, as revealed to Prophet Muhammad (peace be upon him) through the Angel Gabriel, and supersedes all previous revelations, such as the Gospel and the Torah. It is the primary source of Islamic knowledge. It explains and clarifies many issues like the purpose of our existence; the correct concept of God; the actions liked and disliked by God; the stories of the Prophets and their lessons; accounts of Heaven, Hell, and the Day of Judgement. One of the great miracles of the Quran is that it has been preserved and unchanged since it was revealed over 1400 years ago. It also contains many scientific and historical facts that were unknown to the people of that time and have only been discovered recently, which is one of the proofs that it is from God.

WHAT are the Main Practices of Islam?

The main practices of Islam are referred to as the five pillars. 1st Practice: The Testimony of Faith. To declare that there is no God worthy of worship except Allah, and Muhammad is His final Messenger. 2nd Practice: Prayers. To be performed five times daily: once each at dawn, noon, mid-afternoon, after sunset and at night. 3rd Practice: Prescribed Charity. This is an annual compulsory charity paid to those less fortunate and is calculated as a small portion of one’s total annual savings, which includes 2.5% of monetary wealth and may include other assets. It is paid by those who have excess wealth. 4th Practice: Fasting the Month of Ramadan. Throughout this month, Muslims must refrain from all food, drink and sexual relations with their spouses, from dawn to sunset. It promotes self-restraint, consciousness of God and empathy to the poor. 5th Practice: The Pilgrimage. Every able Muslim is required to make the pilgrimage to Mecca in their lifetime. It involves prayer, supplication, charity and travelling, and is a very humbling and spiritual experience.

WHAT do Muslims Believe about Jesus and Other Prophets?

Thousands of Prophets were sent by Allah, at least one to every nation, with the same message: to worship Allah alone and not associate any partner with Him. Some of these Prophets include Adam, Noah, Joseph, Abraham, Jacob, Isaac, Moses, Jesus and Muhammad (peace be upon them all). Jesus (peace be upon him) was one of the greatest Prophets sent by Almighty God. He was born miraculously without a father and performed many miracles– all by the will of God. Jesus is not God or the son of God or part of a trinity as this clearly contradicts the pure teachings of God in Islam. Consider the following:

  • There are many examples in Christian teachings of Jesus speaking and behaving as if God is a separate being to himself, e.g. Jesus prays to God – If Jesus was God, who would he be praying to?
  • The term “Son of God” is symbolically used in the earliest biblical languages for a “righteous person” for many people – not exclusively for Jesus. The problem arises when using the term literally or in other ways.

Although Muslims love and respect Jesus (and all other Prophets), they do not worship him nor attribute to him divine attributes, as this is reserved solely for God

ARE all religions the same?

While most religions generally have the same teachings regarding good manners and kindness to others and so on, Islam additionally focuses on the Greatness of God with no compromises with his Oneness and Perfection. Unlike other religions, Islam primarily teaches that God is completely different and unique compared to His creation and that all praise and worship is due directly and exclusively to Him. Islam is also comprehensive; simple yet profound; has revelation that is preserved; does not reject any of God’s Prophets but states that they all came with the one and same message.

WHAT Happens After Death?

Death is the passage from this brief life into the next eternal life. Each person will be resurrected to be held to account on the Day of Judgement. If a person lives a good, honourable life by worshipping and obeying Allah, they will be entered into Paradise, through Allah’s Mercy. If they choose to disbelieve, Hellfire awaits them. If there was no afterlife in which the good were rewarded and the bad punished, that would contradict the perfect justice of God, and life would not be fair.

HOW does Islam View Women?

In Islam, men and women are viewed as equals before God, in terms of both receiving equal reward and accountability for their actions. Allah, the Creator of both genders, has assigned different roles and responsibilities for each, taking into account their differences. Women are given the utmost respect and honour, with no form of oppression condoned towards them.

DOES the Concept of Original Sin Exist in Islam?

The concept of “original sin” does not exist in Islam. God is just; so no person is held accountable for any sin they themselves were not responsible for.

WHAT is Jihad?

The essence of Jihad is to struggle and sacrifice for one’s religion in a manner which is pleasing to God. Linguistically, it means to “struggle” and can refer to striving to do good deeds, giving charity, or fighting for the sake of God. The most commonly known form is the military Jihad which is permitted in order to preserve the well being of society, to prevent oppression from spreading, and to promote justice.

DOES Islam Condone Terrorism?

In war, the targeting of innocent non-combatants is a despicable act which Islam clearly prohibits. In fact, Muslims are not even allowed to destroy plants and animals unnecessarily, let alone innocent humans. This is just but one example of many ethical guidelines of war stipulated in Islam. However, it is important to distinguish between terrorism and legitimate resistance to occupation, as the two are very different.

WHAT is Halal Food?

Halal, or lawful, foods are those permitted by God for Muslims to consume. Generally, most foods and beverages are considered halal, with the main exceptions being pig and alcohol. Meats and poultry must be slaughtered humanely and correctly, which includes mentioning God’s name before slaughter and minimising the suffering of animals.

WHO Can Become a Muslim?

Allah has opened the doors of Islam to all of mankind, regardless of their past or current situation. Therefore, anyone can become a Muslim at any time by simply believing in, and uttering the following testimony of faith: ‘I bear witness that there is no God worthy of worship except Allah, and I bear witness that Muhammad is Allah’s Messenger’. Becoming a Muslim means acknowledging the greatness of The Creator and developing and maintaining a close relationship with Him by obeying Him. This will lead to happiness and contentment in this life and the next, and the realisation of one’s purpose of life.

http://islamicpamphlets.com/frequently-asked-questions

TERJEMAHAN GOOGLE

Soal Jawab Islam

APA itu Islam dan siapakah orang Islam?

Islam adalah cara hidup yang fitrah dan lengkap yang mendorong seseorang untuk memberikan perhatian yang sewajarnya kepada hubungan mereka dengan Tuhan dan ciptaan-Nya. Ia mengajar bahawa jiwa-jiwa mendapat kebahagiaan dan kedamaian sejati melalui perbuatan baik yang diperkenan Tuhan dan memberi manfaat kepada masyarakat dan individu. Mesej Islam adalah mudah: untuk percaya dan menyembah Tuhan Yang Maha Esa sahaja, dan menerima Nabi Muhammad (saw) sebagai Rasul terakhir-Nya. Perkataan “Islam” bermaksud penyerahan kepada Tuhan, dan pengikutnya dikenali sebagai Muslim, yang boleh dari mana-mana latar belakang kaum atau etnik.

APA Tujuan Hidup?

Tuhan tidak menciptakan manusia untuk merayau-rayau tanpa tujuan. Sebaliknya, kita mempunyai tujuan yang lebih tinggi – untuk mengakui dan menyembah Tuhan sahaja, supaya kita hidup di atas bimbingan Pencipta kita. Petunjuk ini membolehkan kita menjalani kehidupan yang berjaya dan diberkati dalam semua aspek, di dunia dan akhirat. Ujian keimanan seseorang adalah dengan menggunakan akal dan kebolehan penaakulan seseorang untuk merenung dan mengenali tanda-tanda Tuhan dan hidup menurut petunjuk-Nya. Dalam kebijaksanaan tertinggi Tuhan, Dia memberi manusia kehendak bebas sebagai ujian untuk melihat siapa yang akan mengikut jalan-Nya dengan rela hati.

SIAPA Allah itu?

Allah adalah nama peribadi Tuhan Yang Maha Esa. Allah tiada sekutu, setara, ibu bapa atau anak. Semua sifat Allah adalah sempurna, seperti Yang Mencipta, Yang Maha Penyayang, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Adil, Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Tidak ada manusia atau objek yang mengambil bahagian dalam ketuhanan Allah dan sifat-sifat ketuhanan-Nya, oleh itu, hanya Dia yang layak disembah secara langsung dan eksklusif.

SIAPA Muhammad?

Muhammad (saw) adalah Nabi terakhir dalam barisan Nabi yang panjang, diutus untuk menyeru semua manusia kepada penyembahan kepada Allah sahaja. Beliau adalah seorang bapa, suami, guru, pemimpin dan hakim yang ideal, dan contoh sempurna seorang manusia yang jujur, adil, belas kasihan dan berani. Walaupun sangat dihormati, beliau, seperti para Nabi yang lain, tidak disembah oleh umat Islam.

KENAPA percaya kepada Tuhan?

Terdapat banyak sebab untuk mempercayai Tuhan termasuk yang berdasarkan logik mudah (diringkaskan di bawah) dan melalui wahyu (dibincangkan dalam bahagian seterusnya). Permulaan Alam Semesta – Alasan yang agak mudah untuk mempercayai Tuhan berkaitan dengan merenung tentang asal usul alam semesta. Dari manakah asalnya alam semesta? Alam Semesta tidak selalu wujud (ia mempunyai permulaan mengikut sains moden) dan ia tidak mungkin datang daripada tiada atau mencipta dirinya sendiri. Kesimpulan yang munasabah ialah ia dicipta. Tidak seperti alam semesta, Pencipta alam semesta, Tuhan, adalah kekal, tidak mempunyai permulaan dan sentiasa wujud Order of the Universe – Satu lagi sebab mudah untuk mempercayai Tuhan adalah dengan merenungkan susunan alam semesta menggunakan logik berikut:

1. Apa-apa yang dipesan menunjukkan kecerdasan

2. Sistem suria kita sangat teratur dengan undang-undang, sistem dan corak yang rumit

3. Oleh itu, susunan di alam semesta kita menunjukkan kewujudan dan kecerdasan Pencipta

APA itu Al-Quran?

Al-Quran adalah wahyu terakhir kepada manusia dan memberikan hujah yang kukuh tentang kewujudan Tuhan bagi mereka yang berlapang dada dan ikhlas. Ia tiada tandingan gaya, kebijaksanaan, bimbingan, keindahan dan kefasihannya. Ia adalah firman Tuhan secara literal, seperti yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (saw) melalui Malaikat Jibril, dan menggantikan semua wahyu sebelumnya, seperti Injil dan Taurat. Ia merupakan sumber utama ilmu Islam. Ia menerangkan dan menjelaskan banyak isu seperti tujuan kewujudan kita; konsep Tuhan yang betul; perbuatan yang disukai dan tidak disukai oleh Allah; kisah para Nabi dan pelajaran mereka; kisah Syurga, Neraka, dan Hari Kiamat. Salah satu mukjizat besar Al-Quran ialah ia telah dipelihara dan tidak berubah sejak ia diturunkan lebih 1400 tahun dahulu. Ia juga mengandungi banyak fakta saintifik dan sejarah yang tidak diketahui oleh orang zaman itu dan baru ditemui baru-baru ini, yang merupakan salah satu bukti bahawa ia adalah daripada Tuhan.

APAKAH Amalan Utama Islam?

Amalan utama Islam disebut sebagai rukun lima. Amalan Pertama: Kesaksian Iman. Menyatakan bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan Muhammad adalah Rasul-Nya yang terakhir. Amalan ke-2: Solat. Dilakukan lima kali sehari: setiap satu pada waktu subuh, tengah hari, tengah hari, selepas matahari terbenam dan pada waktu malam. Amalan ke-3: Amal yang Disyariatkan. Ini adalah amal wajib tahunan yang dibayar kepada mereka yang kurang bernasib baik dan dikira sebagai sebahagian kecil daripada jumlah simpanan tahunan seseorang, yang termasuk 2.5% daripada kekayaan kewangan dan mungkin termasuk aset lain. Ia dibayar oleh mereka yang mempunyai lebihan harta. Amalan Ke-4: Puasa Bulan Ramadhan. Sepanjang bulan ini, umat Islam mesti menahan diri dari semua makanan, minuman dan hubungan seksual dengan pasangan mereka, dari fajar hingga matahari terbenam. Ia menggalakkan pengendalian diri, kesedaran tentang Tuhan dan empati kepada orang miskin. Amalan ke-5: Ziarah. Setiap Muslim yang berkemampuan diwajibkan untuk menunaikan haji ke Mekah sepanjang hayatnya. Ia melibatkan doa, doa, amal dan perjalanan, dan merupakan pengalaman yang sangat merendahkan dan rohani.

APA yang Orang Islam Percaya tentang Yesus dan Nabi-nabi Lain?

Beribu-ribu Nabi diutus oleh Allah, sekurang-kurangnya seorang kepada setiap umat, dengan mesej yang sama: untuk menyembah Allah sahaja dan tidak menyekutukan-Nya. Beberapa Nabi ini termasuk Adam, Nuh, Yusuf, Ibrahim, Yakub, Ishak, Musa, Isa dan Muhammad (saw). Isa a.s. adalah salah seorang Nabi yang agung yang diutuskan oleh Tuhan Yang Maha Esa. Dia dilahirkan secara ajaib tanpa bapa dan melakukan banyak keajaiban– semuanya atas kehendak Tuhan. Yesus bukanlah Tuhan atau anak Tuhan atau sebahagian daripada triniti kerana ini jelas bercanggah dengan ajaran murni Tuhan dalam Islam. Pertimbangkan perkara berikut:

• Terdapat banyak contoh dalam ajaran Kristian tentang Yesus bercakap dan berkelakuan seolah-olah Tuhan adalah makhluk yang berasingan bagi dirinya sendiri, cth. Yesus berdoa kepada Tuhan – Jika Yesus adalah Tuhan, kepada siapa dia akan berdoa?

• Istilah “Anak Tuhan” secara simbolik digunakan dalam bahasa alkitabiah terawal untuk “orang benar” bagi ramai orang – bukan semata-mata untuk Yesus. Masalah timbul apabila menggunakan istilah secara literal atau dengan cara lain.

Walaupun orang Islam mengasihi dan menghormati Isa (dan semua Nabi yang lain), mereka tidak menyembahnya atau menisbahkan kepadanya sifat-sifat ketuhanan, kerana ini hanya untuk Tuhan.

ADAKAH semua agama sama?

Walaupun kebanyakan agama umumnya mempunyai ajaran yang sama mengenai adab dan kebaikan kepada orang lain dan sebagainya, Islam juga memberi tumpuan kepada Kebesaran Tuhan tanpa kompromi dengan Keesaan dan Kesempurnaan-Nya. Tidak seperti agama-agama lain, Islam terutamanya mengajar bahawa Tuhan adalah berbeza dan unik berbanding dengan ciptaan-Nya dan bahawa segala pujian dan penyembahan adalah secara langsung dan eksklusif kepada-Nya. Islam juga syumul; ringkas lagi mendalam; mempunyai wahyu yang terpelihara; tidak menolak mana-mana Nabi Tuhan tetapi menyatakan bahawa mereka semua datang dengan mesej yang sama.

APA Yang Berlaku Selepas Kematian?

Kematian adalah laluan dari kehidupan yang singkat ini ke kehidupan kekal yang seterusnya. Setiap orang akan dibangkitkan untuk dihisab pada hari kiamat. Jika seseorang menjalani kehidupan yang baik, mulia dengan beribadah dan mentaati Allah, dia akan masuk ke dalam syurga, dengan rahmat Allah. Jika mereka memilih untuk tidak percaya, api Neraka menanti mereka. Sekiranya tidak ada kehidupan akhirat di mana yang baik dibalas dan yang jahat dihukum, itu akan bertentangan dengan keadilan Tuhan yang sempurna, dan kehidupan tidak akan adil.

BAGAIMANA Pandangan Islam terhadap Wanita?

Dalam Islam, lelaki dan wanita dipandang sama di hadapan Tuhan, dari segi menerima ganjaran yang sama dan bertanggungjawab atas tindakan mereka. Allah, Pencipta kedua-dua jantina, telah menetapkan peranan dan tanggungjawab yang berbeza untuk setiap orang, dengan mengambil kira perbezaan mereka. Wanita diberi penghormatan dan penghormatan yang tinggi, tanpa sebarang bentuk penindasan yang diterima terhadap mereka.

ADAKAH Konsep Dosa Asal Wujud Dalam Islam?

Konsep “dosa asal” tidak wujud dalam Islam. Tuhan itu adil; jadi tidak ada seorang pun yang bertanggungjawab atas apa-apa dosa yang mereka sendiri tidak bertanggungjawab.

APA itu Jihad?

Hakikat jihad ialah berjuang dan berkorban untuk agama seseorang dengan cara yang diredhai Allah. Dari segi bahasa, ia bermaksud “berjuang” dan boleh merujuk kepada berusaha untuk beramal, bersedekah, atau berjuang kerana Allah. Bentuk yang paling terkenal ialah Jihad tentera yang dibenarkan untuk memelihara kesejahteraan masyarakat, untuk mencegah penindasan daripada merebak, dan untuk mempromosikan keadilan.

ADAKAH Islam Mengampuni Keganasan?

Dalam peperangan, menyasarkan bukan pejuang yang tidak bersalah adalah perbuatan keji yang jelas dilarang oleh Islam. Malah, umat Islam tidak dibenarkan memusnahkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan secara tidak perlu, apatah lagi manusia yang tidak berdosa. Ini hanyalah satu contoh dari banyak garis panduan etika peperangan yang ditetapkan dalam Islam. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk membezakan antara keganasan dan penentangan yang sah terhadap pendudukan, kerana kedua-duanya sangat berbeza.

APA itu Makanan Halal?

Makanan yang halal atau halal ialah makanan yang dibenarkan oleh Allah untuk dimakan oleh orang Islam. Secara amnya, kebanyakan makanan dan minuman dianggap halal, dengan pengecualian utama ialah babi dan alkohol. Daging dan ayam mesti disembelih secara manusiawi dan betul, termasuk menyebut nama Tuhan sebelum disembelih dan meminimumkan penderitaan haiwan.

SIAPA YANG Boleh Menjadi Muslim?

Allah telah membuka pintu-pintu Islam kepada semua manusia, tanpa mengira keadaan masa lalu atau semasa mereka. Oleh itu, sesiapa sahaja boleh menjadi seorang Muslim pada bila-bila masa dengan hanya mempercayai, dan mengucapkan penyaksian iman berikut: ‘Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan saya bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah’. Menjadi seorang Muslim bermakna mengakui kebesaran Sang Pencipta dan membina serta memelihara hubungan yang erat dengan-Nya dengan mentaati-Nya. Ini akan membawa kepada kebahagiaan dan kepuasan dalam kehidupan ini dan seterusnya, dan merealisasikan tujuan hidup seseorang.

http://islamicpamphlets.com/frequently-asked-questions

Create your website with WordPress.com
Get started