26 Pesanan penting untuk para sahabat

Pesanan penting untuk para sahabat

1. Waktu sudah semakin akhir. Kita sedang menghadapi satu ambang yang sangat genting. 

2. Kita sedang menuju satu perkara yg dijanjikan RASULULLAH ﷺ iaitu malam yang gelap, semakin gelap & semakin gelap 🥺

3. Dan ingatlah setiap ketenangan yang kita hadapi sekarang ini, bukan lah untuk kita  seronok seronok.

4. Tapi guna sebaiknya setiap kesenangan, kelapangan untuk persiapan masa yang lebih gelap lagi!

5.  Ibarat sementara kita ada elektrik/lampu, siapkan bateri sebelum kita blackout. (contohnya).

6. Sementara ada fridge, siapakan makanan storage (sebelum fridge rosak).. contohnya.

7. Teringat hadis, Nabi melihat para sahabat ketawa ketawa. Nabi berkata, kalau kalian tahu apa yang aku tahu, pasti kalian akan banyak menangis dari ketawa.

8. Apa yang Nabi tahu? Nabi tahu Masyhar, Kubur, Hari Akhirat & Nabi tahu juga akan datang umatnya (kita) akan hadapi bahaya, akan dikerjakan orang, tidak akan dapat menyelamatkan diri, akan rosak. Itu yang Nabi tahu.

9. Sahabat yang 1400 tahun banyak ketawa Nabi tegur, ini kan kita yang sedang duduk di zaman akhir ini lebih banyak ketawa daripada sahabat.

10. Bukan kita hanya perlu meratap & meraung tapi paling paling tidak gunakanlah ketenangan kita ini bukan untuk banyak senda gurau & ketawa bahkan untuk buat persiapan getir yang akan datang.

11. Kalau Nabi SAW sudahbilang makin gelap, makin gelaplah. Bersiap sedialah.

12. Kalau kita siapkan payung sebelum hujan, kalau tidak hujan pun tidak apa apa.

13. Bukan lah payung insuran, wang ringgit yang kita perlu sediakan.

14. Tapi payung Iman. Naungan dari Allah Taala.

15. Hujan yang kita hadapi ialah hujan sengsara & huru hara yang tidak tertanggung termasuk lah kematian.

16. Seandainya kita tidak hadapi huru hara itu sekalipun, namun setiap ikhtiar yang kita buat itu ada pahalanya.

17. Seandainya kita betul betul jumpa zaman getir itu, paling paling tidak kita sudah ada persiapan kerohanian.

18. Kita tiada daya persiapan perkara perkara fizikal. Kita tidak ada peralatan. Kita tidak ada kemampuan. Nak latih pencak silat pun apalah daya kita sangat.

19. Tetapi jangan tiada persiapan rohani. Persiapan Panggil Allah SWT di tengah malam.

20. Biasakan panggil Allah SWT. Kalau kita dah biasa panggil Allah SWT, suara kita sudah terbiasa diangkat di langit, didengar Maha Suci Allah SWT.

21. Dah boleh standby pandang Isteri kita dengan pandangan Doa, Zikrullah. Bukan standby bekalan makanan, oksigen.

22. Kalau apa apa berlaku pada aku, kau tabah. Kalau apa apa berlaku pada mu, kau tabah.

23. Kita bukan akan hadapi perkara perkara kecil tapi perkara yang sangat besar yang Nabi SAW sudah sebut “Pasti akan berlaku! Pasti akan berlaku..”

24. Tambahan pula, pandanglah kiri @ kanan — semuanya sedang menjurus dengan kata kata Nabi SAW katakan.

25. Oleh itu, janganlah terlalu gembira. Jangan ambil kesempatan dengan kelapangan yang sedang berlaku ini.

26. Kalau nak gembira, gembiralah dengan Zikrullah yg membawa makna yg lengkap, selawat & bacaan Makthurat, jauhi perkara bid’ah bawaan Sufi syiah khurafat yg amat disukai oleh syaitan. Gembira yang datangkan pahala, yang tidak lalaikan kita. Itulah gembira yang kuatkan hati kita bersama salafus soleh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: