RINDU DAN CINTA ITU UNTUK SIAPA?
Maaf, jika ada yang ternanti-nati entry baru dalam blog ini. Saya tidak berapa sihat. Namun terus menulis.
Anak-anak yang “dicutikan” daripada universiti semuanya di rumah. Ada yang tidak sihat. Di sela-sela waktu selepas menulis untuk SOLUSI dan ANIS, di samping mereka bentuk modul Kepimpinan dan rutin kerja pentadbiran dan pengurusan… saya gagahi juga untuk menulis dalam blog ini.
Memang menulis dan membaca menjadi satu terapi untuk saya. kalau dahulu menulis hanya mengisi diari harian, tetapi syukur kini sudah ramai yang rela berkongsi. Bagi saudara/i yang mengutarakan masalah, insya-Allah akan saya jawab. Cuma berilah masa.
Lambat, cepat, saya akan tangani juga. Saya sedar untuk rasa gembira, kita perlu menggembirakan orang lain. Mungkin masalah kekadang tidak dapat diselesaikan tetapi hanya boleh dikongsi. Allah takdirkan untuk kita “hidup bersama” masalah itu sebagai didikan untuk selalu ingat kepada-Nya.
Bagi yang menanti catatan perjalanan Umrah Kembara mata Hati, sabarlah. Memang penulis blog perlu bertanggungjawab. Jangan…
View original post 2,699 more words