MENJADI PERKASA DENGAN PUASA
Sukar benar mencari waktu senggang bagi meletakkan entri baru dalam blog ini di bulan puasa 1430 H ini. Sekarang saya tahu, dakwah menerusi blog adalah satu amanah yang agak berat juga. Ia perlukan iltizam dan istiqamah yang tinggi. Jangan mengecewakan pengunjung setia (tidak kiralah berapapun jumlah bilangan mereka).
Saya pohon maaf, program diskusi, ceramah dan bengkel perbincangan terlalu ketat. Sejak berceramah “Bahagia itu pada hati” di UPM, mengendalikan program bersiri “Mukmin Profesional – Ikhlas daam profesionalisma” juga di Pusat Islam UPM, “Surat Cinta Dari Langit” di UTM Skudai, “Dilema Melayu Islam: Kurang Fikir atau Zikir” di UNITEN, terasa masa terlalu singkat. Dari awal Subuh hinggalah menjelang berbuka puasa. Saya berterawih di pelbagai lokasi. Adakalanya “terperangkap” dalam kereta. Alhamdulillah, 10 yang terakhir ini, semuanya sudah tenang.
Hanya kerja-kerja penulisan buku dan majalah saya ditangani. Dan selepas Subuh tadi, saya bergegas pulang untuk mengisi entri baru. Saya tidak ingin mengecewakan. Esok, insya-Allah…
View original post 1,632 more words