10 Cara membentuk peribadi mulia

Blog Peribadirasulullah

  1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia

dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu

dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia

menghilangkan maruah diri.

  1. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah

pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri,

kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak

mengulanginya lagi.

  1. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah

diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

  1. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada

kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan

itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa,

kecuali orang yang mukmin.

  1. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu

cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan

orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak

di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih

darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara,

pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas

kesalahan.

  1. Orang yang sudah hilang sifat marah – dayus, cepat

melahirkan sifat marah – lemah mujahadah. Orang yang

ada sifat marah tapi dapat…

View original post 93 more words

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: