HARGAILAH WALAU SIAPA PUN SAHABAT KITA.

HARGAILAH WALAU SIAPA PUN SAHABAT KITA. MEREKA HADIR UNTUK  MEMAKNAKAN KEHIDUPAN KITA…

1) Ada sahabat… dia macam garam. Nampak kecik. Harga pun murah,  macam tiada nilai sangat. Tapi, bila garam tiada, masak apa pun tak jadi, tak sedap dan tawar. Sahabat macam ni wajib ada dalam kitaran harian kita…

2) Ada sahabat… dia macam gula. Sedap sangat bila ada. Tapi kalau terlebih, boleh pening kepala. Kencing manis naik…

3) Ada sahabat… dia macam beras. Wajib ada, kalau tidak ada, tak puas makan. Macam tak kenyang. Mesti kena ada jugak dalam sehari walau sedikit…

4) Ada sahabat… dia macam cemil-cemilan. Tak perlu selalu ada, tapi selalu kita akan teringin-ingin…Muncul sesekali tapi impak bermakna…

5) Ada sahabat… dia macam sayur. Kita tak berapa suka nak makan. Tapi kita tahu, sayur itu sangat elok untuk kesihatan kita…

Al-Hasan Al-Bashri berkata: “Perbanyaklah Sahabat-sahabat mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa’at pada hari kiamat”.

Imam syafi’i berkata

“Jika engkau punya sahabat – yang selalu membantumu dalam rangka ketaatan kepada Allah – maka peganglah erat-erat dia, jangan pernah kau lepaskannya. Kerana mencari sahabat baik itu susah, tetapi kehilangannya

LIMA AMALAN MEMBERAT TIMBANGAN

LIMA AMALAN MEMBERAT TIMBANGAN

PERTAMA : BAIK AKHLAKNYA

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :

Tidak ada satu pun amal yang lebih berat dari AKHLAQ YANG BAIK dalam timbangan di Akhirat kelak.  ( H.R. Al-Hakim dan Imam At-Turmudzi )

KEDUA : SELAWAT KE ATAS BAGINDA

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :

Sesungguhnya SELAWAT ke atas Nabi shallallahu alaihi wasallam termasuk yang memberatkan timbangan. ( H.R. Al-Hakim dan Imam At-Turmudzi ).

KETIGA : UCAPAN ALHAMDULILLAH

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :

Ucapan ALHAMDULILLAH memenuhi timbangan ( Mizan ). ( H.R. Imam Muslim )

KEEMPAT : KALIMAT LAA ILAHA ILLALLAH

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :

Kalau sekiranya tujuh petala langit dan bumi dan segala isi nya di letakkan pada satu piring timbangan sedang LAA ILAHA ILLALLAH di letakkan pada sebelah lain nescaya kalimat tauhid itu akan melebihi berat langit dan bumi. ( H.R.Imam Ahmad )

KELIMA : TASBIH SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI. SUBHANALLAHIL AZHIIM

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :

Dua kalimat ringan pada lisan berat pada timbangan dan menimbulkan cinta kepada Tuhan ia itu : SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI SUBHANALLAHIL AZHIIM. ( H.R.Imam Bukhari )

Mari sama-sama kita tingkatkan iman dan ilmu dengan dapatkan Pendrive Persiapan Kematian, juga salah satu usaha kita sebagai persiapan dan bekalan ke Sana (Akhirat)

SEMBILAN TANDA SESEORANG ITU SUDAH MATANG DALAM KEHIDUPAN

SEMBILAN TANDA SESEORANG ITU SUDAH MATANG DALAM KEHIDUPAN

1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri.

2. Kita boleh menerima orang lain seadanya.  Kita faham makna perbezaan pendapat.

   Tidak  perlu taksub.

3. Kita berani “melepaskan” kenangan lama yg pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati.

4. Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.

5. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.

6. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain.

7. Kita berhenti membandingkan nasib kita dgn nasib orang lain. Kita membandingkan nasibdiri kita yg semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati dengan kelebihan orang lain.

8. Kita boleh bezakan “kehendak” dan “keperluan”, lalu mengutamakan keperluan  dari kehendak .

9. Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan.

NABI ADAM MENDAPAT KEBAHAGIAAN KERANA 5 PERKARA.

NABI ADAM MENDAPAT KEBAHAGIAAN KERANA:-

  1. Mengakui dosa yang telah dilakukan
  2. Merasa sedih di atas dosa yang telah dilakukan.
  3. Menghina diri kerana telah melakukan dosa.(TANAH)
  4. Segera bertaubat kepada Allah.SETIAP KALI BUAT DOSA
  5. Tidak berputus asa dengan rahmat Allah. BUAT AMAL DAN BEERSERAH KEPADA ALLAH SWT.
Create your website with WordPress.com
Get started