NORMALISASI SONGSANG SEMAKIN MEREBAK, UMAT ISLAM PERLU WASPADA.

NORMALISASI SONGSANG SEMAKIN MEREBAK, UMAT ISLAM PERLU WASPADA.

Kita dicemari di penghujung Ramadhan ini dengan beberapa berita panas yang menjelikkan dari sudut pandang shariah di mana beberapa pihak cuba mengangkat agenda mengnormalisasikan budaya songsang  LGBT di negara ini.

Seharusnya di bulan Ramadhan ini kita mengambil pengajaran menginsafi diri dan memperteguhkan iman dari menjadi ejen yang mempromosikan budaya yang dilaknat oleh Allah.

Tidakkah kita tahu bahawa kaum yang mengamalkan budaya songsang ini telahpun dilaknat dan diazab oleh Allah suatu ketika dahulu? Kita yang baru sahaja diuji dengan pelbagai macam ujian seperti pandemik covid, himpitan ekonomi, bencana di sepanjang dua tahun yang lalu. Seharusnya memperbanyakkan muhasabah dan memperbaiki diri dalam mencari redha Allah.

Namun hal sebaliknya berlaku bila kita menjadi ejen mempromosikan budaya songsang ini. Dari video musik buatan rakyat tempatan hinggalah promosi dan tayangan filem “Multiverse of Madness” yang bakal ditayangkan.

Untuk rekod, filem tersebut sudahpun diharamkan di beberapa negara seperti Arab Saudi dan Mesir kerana mengetengahkan promosi babak songsang LGBT selama 12 saat di mana terdapat babak watak yang mempunyai dua emak. Filem ber’genre’kan adiwira ini sudah tentu bakal disasar dan ditonton oleh kebanyakan anak anak kecil dan golongan remaja yang boleh mempengaruhi cara dan budaya hidup mereka.

Geng Ustaz menggesa kerajaan mengambil tindakan proaktif dengan tegas untuk turut mengharamkan filem tersebut dari ditayangkan di negara ini kerana ia bakal mempengaruhi dan merosakkan anak anak muda di negara ini seperti mana filem Beauty and The Beast yang pernah diharamkan kerana mempromosikan budaya songsang yang sama.

Geng Ustaz mengajak seluruh umat Islam bersatu dan bangkit menolak sebarang bentuk sokongan, dakyah dan agenda menjadikan budaya jijik ini sebagai suatu perkara yang normal dan boleh diterima di dalam masyarakat. Janganlah dibiarkan perkara ini merebak menjadi suatu kebiasaan kerana ianya tidak lain hanya akan mengundang azab dan kemurkaan Allah.

Ahmad Syakir Norazli

Ketua Penerangan

Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama (Geng Ustaz)

Khamis 26 Ramadhan 1443H

Rujukan :

1. Beauty And The Beast BANNED in Malaysia – even after ‘gay scene’ was cut from Disney film

https://www.mirror.co.uk/tv/tv-news/beauty-beast-banned-malaysia-even-10024105

2. Doctor Strange in the Multiverse of Madness: 12 Seconds of Footage That Led to Saudi Arabia Ban Revealed

https://comicbook.com/marvel/news/doctor-strange-in-the-multiverse-of-madness-ban-saudi-arabia-12-seconds-footage-revealed/

3. Egypt bans Marvel’s Doctor Strange 2 over ‘openly gay character’ America Chavez

https://english.alaraby.co.uk/news/egypt-bans-marvels-doctor-strange-2-gay-character

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan