Tatasusila Apabila Makin Kita Berumur…

Tatasusila Apabila Makin Kita Berumur…

1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat

2. Makin kita berumur, solat kita kena buat berjemaah

3. Makin kita berumur, solat kita kena banyak, solat sunat kita kena lebih, lebih banyak dari tahun-tahun sebelumnya

4. Makin kita berumur, solat sunat Qobliyyah dan Ba’diah jangan tinggal

5. Makin kita berumur, buat solat sunat Qobliyyah 4 rakaat dan Ba’diah 4 rakaat waktu zohor, sebab nabi SAW dah bagitau, siapa buat Qobliyyah 4 dan Ba’diah 4, ALLAH haramkan badan dia daripada disambar api neraka, kita tak tau bila hari terakhir kita hidup di atas dunia ni

6. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sebelum tidur

7. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jangan tinggal

8. Makin kita berumur, paling tidak khatam Al- Quran 2 kali dalam setahun, setiap hari kena baca Al-Quran

9. Makin kita berumur, ambillah peluang puasa sunat, paling tidak sebulan sekali, nak cantik, seminggu dua kali

10. Makin kita berumur, zikir kita kena banyak, kita nak kurangkan bercakap yang tidak berfaedah, kita nak tambah amal, untuk kita di hari akhirat,

11. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak

12. Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga,

Create your website with WordPress.com
Get started