Category: Solat

9 KATEGORI MEREKA YANG MENUNAIKAN SOLAT

UKURAN SOLAT:

Dalam era membaiki diri ini, kita semak solat kita, nanti akan terjawab kenapa kita tidak ‎dibantu oleh Allah, doa tidak dimakbul, maksiat tidak dapat dihindari, berkat tidak ‎menghampiri.

Ini juga merupakan gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam ‎terbiar dan tiada pembela dan umat Islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti ‎dulu.

Semuanya kerana solat yang tidak berkualiti dan tidak diterima oleh Allah SWT.

‎ Oleh itu orang yang melakukan solat yang berbeza-beza keadaan itu boleh dipecahkan ‎kepada beberapa golongan.‎

‎1. Golongan Kufur. ‎

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat Islam yang tidak solat, bahkan ramai juga yang ‎tidak tahu nak solat, mereka telah jatuh kafir.

Kata Imam Malik, jatuh kepada hukum kafir ‎kalau tidak solat tanpa sebab.

Imam Syafie pula berkata hukumnya fasik kalau ia masih ‎yakin solat itu fardhu (wajib).‎

‎2. Golongan Taqlid Jahil.

(Jahil dan Ikut buta) ‎ Orang yang mengerjakan solat secara zahir sahaja, bacaan pun masih tidak betul, taklid ‎buta, ikut-ikut sahaja. Tidak belajar solat samada secara rasmi atau tidak. Ilmu tentang solat ‎tiada.

Golongan ini tertolak amalannya bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan ‎derhaka kepada Allah Taala.‎ ‎

3. Golongan Fasik.

(Orang-orang rosak agamanya). ‎ Orang yang mengerjakan solat, bahkan tahu ilmu mengenai solat, tetapi tidak mampu ‎melawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap solat, sekejap ‎tidak. Kalau ada masa dan mood yang baik baru dia solat, kalau sibuk dan terkejar-kejar, ‎ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka dia tak ‎menunaikan solat. Orang ini jatuh hukum fasik.‎ ‎

4. Golongan Saahun.

(Orang-orang yang lalai). ‎ Orang yang solat, dalam keadaan berilmu tetapi riak dan ujub, fasih bacaannya, tetapi ‎tidak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tidak ‎fahami, fikirannya tidak terpusat atau tidak tertumpu sepenuhnya pada solat yang ‎dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dibaca.

Cuma hafal sahaja. Jadi ‎fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara ‎dalam solat, orang ini lalai dalam solat. Neraka wail bagi orang ini.‎

Firman Allah s.w.t.:‎

الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ‎ ‎فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ‎ ‎ ‎

“maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang; (laitu) mereka yang ‎berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya”‎

‎5. Golongan Awamul Muslim.

(Orang-orang Islam tahap biasa). ‎ Golongan yang mengerjakan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan ‎solat, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam solat itu. Fikirannya ‎masih melayang mengingatkan perkara dunia, solatnya tidak dihayati. Golongan ini ‎dikategorikan sebagai solat Awaamul Muslimin.‎ ‎

6. Golongan Mulhamah.

(Orang yang mendapat Ilham dari Allah)‎ Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi dalam keadaan tarik tali ‎didalam solatnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula.

Bila teringat sesuatu di ‎dalam solatnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah ‎secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya ‎untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam solatnya.

Begitulah sehingga ‎selesai solatnya. Dia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini ‎adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya berada pada tahap Mulhamah (ertinya ‎menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada ‎kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah ‎mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, ‎namun tiada pahala nilai solat itu. Ertinya solatnya tiada memberi kesan apa apa. Allah ‎belum lagi cinta orang ini. Solat mereka tidak dapat menghalang mereka daripada ‎melakukan dosa-dosa besar, apatah lagi dosa-dosa kecil. Tetapi mereka cepat insaf dan ‎cuba memperbaiki diri.‎

‎7. Golongan Abrar Wa Ashabul Yamin.

(orang yang terselamat). ‎ Golongan yang mengerjakan solat yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan ‎setiap lafaz didalam solatnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan ‎sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar ‎solat itu tidak mempengaruhi solatnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan ‎kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak ‎mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam solatnya. Golongan ‎ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin. Inilah golongan yang ‎terselamat. Solat mereka dapat menghindarkan diri mereka daripada melakukan dosa-‎dosa besar. Kalaupun mereka melakukan dosa-dosa kecil dengan tidak disengaja atau ‎disedari akan cepat-cepat mereka bertaubat kepada Allah.‎ ‎

8. Golongan Muqarrabin.

(Orang yang hampir dengan Allah). ‎ Golongan ini seperti juga golongan ketujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu ‎bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam solatnya, malahan dia dapat ‎menghayati setiap makna bacaan solatnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa ‎iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai ‎dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi ‎namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat ‎dirasai pada gerak dalam solatnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan ‎Muqarrabin (Yang hampir dengan Allah ).‎ ‎

9. Golongan Siddiqin. (Orang-orang Siddiqin). ‎

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ‎ibadah solat itu dijiwai didalam solat malahan ia dapat mempengaruhi di luar solat. Kalau ‎ia bermasalah langsung ia solat, kerana ia yakin solat punca penyelesai segala masalah. Ia ‎telah fana dengan solat. Solat telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan ‎didalam sejarah, seperti solat Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya.

Untuk ‎mencabutnya, beliau lakukan solat sunat dua rakaat dahulu, maka didalam solat itulah ‎panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan solat. Makin banyak solat makin lazat, ‎solat adalah cara mereka nak lepaskan kerinduan dengan Allah. Nak berbicara dengan ‎Khaliqnya. Melalui solatlah mereka mengadu suka duka kepada Tuhannya. Alam ‎sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang terjadi disekelilingnya langsung tidak ‎diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan ‎Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.‎

Setelah dibuat penilaian keseluruhan 9 peringkat solat itu tadi, maka dapatlah kita nilai ‎solat kita di tahap yang mana. Maka ibadah solat yang boleh membangunkan jiwa, ‎membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, ‎menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah ‎golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Solatnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada ‎kufur fasik dan zalim.‎

Jadi dimanakah tahap solat kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan ‎tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah ‎solat. Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar ‎terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.‎ ‎

Mine coins – make money: http://bit.ly/money_crypto

http://ensiklopediamuslim.blogspot.com/search/label/UKURAN%20SOLAT

SOLAT JEMAAH DIJANJIKAN NIKMAT

Solat Jemaah Janjikan Nikmat-inside

Daripada Abu Hurairah, katanya, Nabi SAW bersabda: “Pahala sembahyang jemaah bagi seseorang lebih daripada sembahyang bersendirian, sama ada di tempat kerjanya (di pasar) atau di rumahnya dengan gandaan dua puluh lima darjat”.

Kerana orang yang telah menyempurnakan wuduk kemudian pergi ke masjid dengan tujuan untuk bersembahyang semata-mata, maka setiap langkah perjalanannya itu diberi satu darjat (pahala) dan dihapuskan satu dosa sehingga dia masuk ke dalam masjid. Dan apabila dia berada di dalam masjid dia dianggap seperti orang yang bersembahyang selagi dia menunggu untuk berjemaah. Dan malaikat mendoakan untuk seseorang selagi dia berada di tempat sembahyangnya dengan doa: Ya Allah ya Tuhanku, rahmatilah dia, ampunilah dia, terimalah taubatnya selama dia tidak menyakiti, dan tidak berhadas di tempat itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pahala 25 kali ganda Orang lelaki dikehendaki mendirikan solat jemaah di masjid atau surau. Solat jemaah diberi ganjaran pahala 25 kali ganda atau lebih daripada solat bersendirian. Malaikat berdoa untuk orang yang beriman seperti firman Allah dalam surah Ghafir, ayat 7.

Daripada Jundub bin Abdullah, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bersolat Subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian Allah dengan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan (perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat Subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka”.

Dalam jaminan Allah

Orang yang menunaikan solat lima waktu khususnya solat Subuh, maka dia tetap berada dalam jaminan (tanggungjawab) Allah sepanjang hari. Meninggalkan solat Subuh, terbatallah jaminan diberikan Allah kepada hamba berkenaan.

Setiap orang yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT.

Dikhususkan solat Subuh dengan kelebihan ini kerana solat Subuh lebih berat daripada solat lain kerana waktu Subuh adalah waktu nyenyak tidur, pada musim sejuk pula sukar untuk berwuduk dan bagi orang bekerja, Subuh adalah masa membuat persiapan keluar bekerja.

WAKTU-WAKTU SOLAT DAN PENGERTIAN SOLAT

Waktu-Waktu Solat Dan Pengertian Solat -Inside

Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardu merupakan salah satu dari Rukun Islam.

Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.

Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan mengqasarkan dan menjamakkannya.

WAKTU-WAKTU SOLAT

Solat Zohor Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu. Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s..

Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

  1. Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
  2. Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
  3. Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
  4. Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Solat Asar Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari. Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar.

Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

  1. Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
  2. Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
  3. Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
  4. Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Solat Maghrib Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang. Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

  1. Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
  2. Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
  3. Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Solat Isyak Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq. Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

  1. Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
  2. Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
  3. Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
  4. Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Solat Subuh Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari. Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

  1. Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
  2. Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT

  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan

SYARAT-SYARAT SAH SOLAT

  1. Suci badan dari dua hadas besar dan kecil.
  2. Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.
  3. Menutup aurat.
  4. Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)
  5. Yakin masuk waktu solat.

(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi – misalnya didapati ada najis di sejadah – maka perlulah diulangi solat itu kerana ianya tidak menepati syarat sah solat)

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

  1. Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
  2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
  3. Makan/minum walau sedikit.
  4. Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
  5. Berniat keluar dari solat
  6. Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
  7. Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
  8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
  9. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
  10. Meninggalkan rukun solat.
  11. Murtad

RUKUN SOLAT

Rukun solat ada 13:

  1. Niat.
  2. Takbiratul Ihram.
  3. Berdiri bagi yang mampu.
  4. Membaca surah Al-fatihah.
  5. Rukuk dengan tama’ninah (tama’ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).
  6. Iktidal dengan tama’ninah.
  7. Sujud dua kali, dengan tama’ninah.
  8. Duduk di antara dua sujud,dengan tama’ninah.
  9. Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
  10. Duduk dalam Tasyahhud akhir.
  11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir.
  12. Membaca salam.
  13. Tertib.

Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. (Tidak rukun bila solat jemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan al-quran:-dan hendaklah kamu diam bila quran dibacakan.).

PERKARA-PERKARA SUNAT SEMASA SOLAT

  1. Sunat Hai’ah
  2. Sunat Ab’adh

PERKARA-PERKARA MAKRUH SEMASA SUNAT

  1. Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali ketika Salam).
  2. Memandang ke atas (mendongak).
  3. Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja.
  4. Berludah ke hadapan atau ke belah kanan.
  5. Berlebih-lebihan membongkok dan menundukkan kepala ketika rukuk.
  6. Bercekak pinggang.
  7. Menyinsingkan kain atau baju.
  8. Bersembahyang ketika hadir makanan (makanan dihidangkan).
  9. Bersembahyang ketika berasa hendak qadha’ hajat (membuang air).

WAKTU SOLAT SUNAT

Tidak semua solat sunat mempunyai waktu tertentu melainkan beberapa solat sunat. Waktu-waktunya adalah mengiku kelaziman waktu solat Nabi Muhammad s.a.w. antara solat sunat yang dilakukan mengikut waktu tertentu:

  1. Solat dhuha – dilakukan ketika waktu matahari baru naik (mengikut pandangan sesetengah ulama, pada ketinggian segalah atau tujuh hasta)
  2. Solat dua Hari Raya – dilakukan pada waktu pagi hari raya yang pertama bagi keuda-dua jenis hari raya dan lazimnya dilakukan pada waktu Dhuha iaitu waktu matahari baru naik (mengikut pandangan sesetengah ulama, pada ketinggian segalah)
  3. Solat tarawih – dilakukan pada waktu Isya’ (lazimnya dilakukan selepas Solat isya’ sebelum kemunculan waktu imsak)
  4. Solat sunat gerhana – dilakukan pada waktu gerhana (matahari atau bulan) berlaku.
  5. Solat sunat rawatib – dilakukan sebelum dan selepas solat fardhu. Tidak semua solat mempunyai kedua-dua solat sunat.

WAKTU HARAM SOLAT

Berikut adalah waktu yang diharamkan solat (sesetengah mengatakan bagi selain tanah haram):

  1. Waktu selepas solat Subuh hingga terbit matahari.
  2. Waktu mula terbit matahari (syuruk) hingga matahari berada di kedudukan pada kadar segalah (tujuh hasta).
  3. Waktu rambang (zawal, istiwa, rembah) atau waktu tengahari (matahari tegak) hingga gelincir matahari kecuali hari Jumaat.
  4. Waktu selepas solat Asar hingga matahari kekuningan.
  5. Waktu matahari kekuningan hingga matahari terbenam.

https://mutiaraislam.wordpress.com/2013/01/14/waktu-waktu-solat-dan-pengertian-solat/

Kesilapan Masyhur Dalam Solat

Solat adalah hubungan paling kuat antara makhluk manusia dengan tuhan pencipta alam semesta. Solat seolah-olahnya satu perhubungan secara langsung, bertutur, memuji, meminta dan apa sahaja hajat dapat dikemukakan oleh hamba Allah yang soleh kepada Allah SWT, tuhan yang mentadbirkan alam ini.

Jika seseorang hamba Allah, mengerjakan solat dengan kehendak-kehendaknya yang sebenar, solat dapat memberikan kesan positif yang mendalam dan motivasi yang kuat ke dalam dirinya.

Solat yang sempurna dapat mencegah orang yang mengerjakannya daripada melakukan maksiat dan perkara mungkar, serta menggalakkan seseorang itu mengerjakan perkara makruf dan perkara kebaikan. Solat g adalah berat untuk dilaksanakan, tetapi bagi mereka yang telah mengasuh anggota zahirnya dan hatinya untuk tunduk dan patuh kepada tuhan pemberi segala nikmat dan rahmat, solat akan dianggap sedikit demi sedikit sebagai ringan dan akhirnya sebagai suatu keperluan asasi setiap manusia.

Solat kalau ditunaikan dengan cara yang diajarkan oleh syarak, dengan menyempurnakan adab-adab, mustahab-mustahabnya, syarat-syarat dan rukun-rukunnya, sudah pasti akan membuahkan bukan untuk diri sendiri sahaja, tetapi akan terpancar juga menyimbahi kepada orang lain ibarat minyak wangi tersebar serata tempat.

Alhamdulillah, selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan sembahyang sebagai tiang agama, pegangan kuat keyakinan, ketua segala amalan taqarrub, kemuncak ketaatan. Benar sabda Nabi Muhammad tatkala menyebutkan, sembahyang telah dijadikan untuk ku sebagai penyejuk jiwaku. Perlunya sifat takwa dipupuk dalam diri seseorang muslim kerana sesetengah manusia pada kebiasaannya tenggelam dan hanyut dalam keduniaan mereka.

Dunia adalah seperti kalau diberikan satu padang emas akan diminta satu padang emas lagi. Kalau kita kejar dunia, dunia akan menjadi lebih laju daripada kita. Kesannya menyebabkan hati menjadi rapuh, jiwa menjadi longgar, percakapan menjadi celaru, mata menjadi liar, mulut terkumat-kamit benda remeh-temeh.

Kenapa berlaku assabiah? Tidakkah kerana kejar dunia? Kenapa berlaku pergolakan politik yang tidak berkesudahan. Kenapa kita tidak tinggalkan kepentingan sendiri untuk kebaikan semua. Tidakkah kerana kejar dunia? Kenapa berlaku lemah semangat, celaru fikiran?

Natijahnya tidaklah pelik kalau berlaku rasukan, kacau pertimbangan, rosak pegangan dan longgar tawakal. Bolehkah ubat-ubatan menyembuhkan penyakit-penyakit ini? Sudah tentu tidak. Maka Islam datang untuk menyelesaikan masalah penyakit ini dengan membawa sembahyang sebagai ubat paling mujarab.

Lihatlah firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 45, yang bermaksud:

“dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”

Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud, apabila Rasulullah ada sesuatu masalah, Rasulullah akan bersegera tunaikan sembahyang. (riwayat Ahmad, Abu Daud daripada Huzaufah).

“Ayat-ayat dan hadis di atas membuktikan bahawa sembahyang adalah hubungan paling mesra antara hamba dan Allah. Ini kerana sembahyang memberikan kesan paling baik memperbaiki diri seseorang manusiadan juga masyarakat.”

Persoalannya, solat yang bagaimanakah dapat mengesankan ke dalam diri seseorang manusia? Yang dapat menghindarinya daripada melakukan perkara mungkar dan maksiat? Yang dapat menolongnya menyelesaikan masalah-masalah dunia dan akhiratnya.

Setiap Solat yang kita lakukan, sebelumnya dan di dalamnya ada syarat-syarat sembahyang dan rukun-rukun sembahyang, ada adab-adab sembahyang dan ada wajib-wajib sembahyang. Setiap satunya mestilah disempurnakan dengan selayak yang mungkin. Selain itu, ada juga kesilapan-kesilapan yang boleh merosakkan sembahyang, yang berhajat setiap orang Islam mengambil berat dengannya dan dapat menjauhkan diri daripada melakukannya.

Dalam musnad Imam Ahmad, Nabi Muhammad ada bersabda, yang bermaksud, Sesungguhnya pencuri yang paling keji sekali ialah pencuri yang mencuri di dalam sembahyangnya. Hadis ini memaksudkan bahawa mereka tidak menyempurnakan rukuknya, sujudnya dan tidak khusyuk dalam sembahyangnya.

Dalam hadis yang lain, yang bermaksud, “sesungguhnya ada orang yang sembahyang, apabila dia selesai menunaikan sembahyang, malaikat menulis pahala sembahyangnya hanya satu perempat sahaja, ada yang satu perlima sahaja, dan ada yang hanya satu persepuluh sahaja.”

Pahala solat akan berkurangan kerana kesilapan-kesilapan yang dilakukan. Hadis-hadis ini menyingkapkan suatu rahsia bahawa seseorang yang bersembahyang, hendaklah memberi perhatian yang tegas dalam permasalahan-permasalahan sembahyang agar mendapat pahala paling kurang pun, hampir-hampir penuh, kalau tidak penuh pun.

https://mutiaraislam.wordpress.com/2009/05/07/kesilapan-masyhur-dalam-solat/

Tulisan: Mohd. Roslan Abdul Ghani
Susunan: Lokman Mohd Hashim, mutiaraislam.wordpress.com

RAHSIA SOLAT

Solat itu secara umumnya kepada kebanyakkan kita umat Islam mengetahui bahawa ianya diwajibkan ketas umat Islam.  Meninggalkan solat diumpamakan meroboh tiang agama Islam.  Kebanyakkan diantara kita hanya mendirikan solat sebagai satu kewajipan kita kepada Allah SWT.  Adakah diri kita faham akan rahsia yang terkandung di dalam solat yang kita dirikan selama ini.  Blog MutiaraIslam Online memaparkan Rahsia Solat yang dipetitkan dari sebuah buku panduan solat dan disunting semula oleh penerbit MutiaraIslam Online untuk renungan oleh semua kaum muslimin dan muslimat dan di fahami bersama.

Semoga kita mendapat fadilat rahsia solat yang telah di paparkan di atas untuk mendapat keredhaan Allah SWT, insyaAllah.

https://mutiaraislam.wordpress.com/2010/03/21/rahsia-solat/

Azab bagi mereka yang meringan-ringankan solat

Solat merupakan salah satu rukun Islam yang lima yang wajib dilaksanakan bagi setiap orang mukmin. Bagi mereka yang sering sibuk dengan tugas-tugas harian janganlah hendaknya mengabaikan solat, apatah lagi meninggalkannya. Kerana solat itu adalah tiang agama. Jika runtuh solat, maka runtuhlah agama. Luangkanlah masa untuk bersolat dan mengingati Allah SWT kerana Allah akan memberi rahmat yang bukan sedikit untuk mereka yang patuh mengerjakan solat.

Seperti Ubadah bin Samit R.A meriwayatkan : Sahabatku yang dikasihi, Rasulullah SAW ketika memerintahkan aku membuat tujuh amalan yang baik telah bersabda :

“Jangan menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, walaupun anda akan dibunuh dan dibakar hidup-hidup atau disalib, jangan tinggalkan solat dengan sengaja sampai anda dimurkai-NYA, jangan minum arak kerana itulah ibu segala maksiat.”

Manakala Muaz bin Jabal R.A. juga meriwayatkan :“Rasulullah SAW memerintahkan, sepuluh perkara iaitu : Jangan menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu, walaupun aku akan dibunuh atau dibakar hidup-hidup, jangan membantah ibu bapa walaupun aku akan berpisah dari isteriku atau kekayaanku, jangan melengah-lengahkan waktu solat dengan sengaja, jangan minum minuman keras kerana itulah punca maksiat dan keburukan, jangan mengingkari Allah kerana itulah yang dimurkai-NYA, jangan lari dari pertempuran walaupun teman-teman telah gugur, jangan lari dari tempat di mana wabak sedang merebak. Berbelanja atas kaum keluarga, rotanilah anak-anak agar mereka jadi baik dan berilah amaran kepada mereka mengenai kecuaian terhadap kewajipan-kewajipan kepada Allah SWT.”

Solat yang wajib tidak perlu diringan-ringankan kerana sibuk dengan kerja atau mengerjakan kekayaan. Bagi mereka yang meringan-ringankan solat akan menerima lima macam azab di dunia lagi, manakala tiga azab di alam kubur dan tiga semasa kebangkitannya.

Azab di dunia :

  • Tidak dirahmati oleh Allah SWT di dalam kehidupannya.
  • Dia kehilangan nur yang mana muka orang-orang yang soleh penuh dengannya.
  • Dia tidak mendapat pahala bagi amalan-amalan yang baik.
  • Doanya tidak dimakbulkan.
  • Tidak dapat baginya doa-doa orang yang soleh.

Azab ketika dia hendak mati :

  • Dia mati dalam keadaan mengaibkan.
  • Dia mati dalam keadaan kelaparan.
  • Dia mati dalam keadaan dahaga sehingga air dalam laut pun tidak dapat menghilangkan dahaganya.

Azab di dalam kubur :

  • Dia dihimpit di dalam kubur hingga tulang-tulangnya berceragah
  • Api dibakar dalam kubur dan dia diguling-gulingkan siang dan malam.
  • Ular yang berapi dan berkuku besi akan dilepaskan ke atasnya.

Azab selepas kebangkitannya :

  • Hisabnya dan hukuman Allah SWT amat keras.
  • Allah SWT murka kepadanya.
  • Dia dicampakkan ke dalam api neraka.

Bagi orang-orang yang sentiasa memelihara solatnya, mereka akan mendapat pahala dan pemeliharaan dari Allah SWT :

  • Rezakinya dipermudahkan baginya.
  • Dia selamat dari azab kubur.
  • Dia akan melintasi titian Siratul-mustaqim dengan pantas.
  • Dia akan masuk syurga tanpa dihisab.

Oleh itu harus berusaha dengan kerasnya untuk bersolat. Berusaha dengan ikhlas untuk mengerjakan perintah yang wajib dari Allah SWT. Bersolat dan berdoa kepada Allah supaya DIA memberi taufik dan hidayah.

Oleh: Lokman Mohd Hashim

https://mutiaraislam.wordpress.com/halaman-utama/fikrah/azab-bagi-mereka-yang-meringan-ringankan-solat/

Manfaat Solat untuk Kesihatan

Yang pertama-tama dipertanyakan terhadap seorang hamba pada hari kiamat dari amal perbuatannya adalah tentang shalatnya. Apabila shalatnya baik maka dia beruntung dan sukses dan apabila shalatnya buruk maka dia kecewa dan merugi (Hr.Annasa’i dan Attirmidzi)

Shalat ternyata tidak hanya menjadi amalan utama di akhirat nanti, tetapi gerakan-gerakan shalat paling proporsional bagi anatomi tubuh manusia. Bahkan dari sudut medis, shalat adalah gudang obat dari berbagai jenis penyakit.
Allah, Sang Maha Pencipta, tahu persis apa yang sangat dibutuhkan oleh ciptaanNya, khususnya manusia. Semua perintahNya tidak hanya bernilai ketakwaan, tetapi juga mempunyai manfaat besar bagi tubuh manusia itu sendiri.
Sebuah penelitian medis baru-baru ini mengungkapkan adanya serangkaian perubahan dalam tubuh manusia selama ia dalam keadaan berdoa (shalat) atau meditasi. Menurut penelitian tersebut, perubahan pertama yang tampak adalah adanya integrasi pikiran sepenuhnya dengan alam semesta setelah lima puluh detik memulai doa (shalat) atau meditasi.

Studi yang dilakukan oleh Ramchandran, seorang peneliti Amerika, bersama-sama dengan sekelompok peneliti lainnya menunjukkan bahwa laju pernapasan dan konsumsi oksigen dalam tubuh manusia berkurang selama doa (shalat) dalam kisaran antara 20 dan 30%, di samping resistensi kulit meningkat dan darah tinggi lebih membeku.

Hasil penelitian tersebut melaporkan bahwa sebuah gambar yang ditangkap melalui CT scan menunjukkan adanya aktivitas kerja otak yang sangat menakjubkan selama seseorang itu berdoa (shalat). Tercatat bahwa gambar otak seseorang dalam keadaan berdoa (shalat) atau meditasi berbeda dengan gambar(otak) dalam keadaan normal.

Aktivitas sel-sel saraf di otak telah berkurang dan terdapat warna mengkilap yang muncul di radiologi.

Ramchandran menegaskan bahwa hasil gambar ini merupakan bukti ilmiah mengenai apa yang yang disebut “spiritual transenden” dan kehadiran agama di dalam otak, yang membawa dampak terhadap seluruh anggota, seperti otot, mata, sendi dan keseimbangan organ-organ tubuh.
Ia juga menambahkan bahwa semua anggota tubuh mengirim sinyal ke otak selama seseorang berdo’a (shalat) atau meditasi, hal inilah yang menyebabkan aktivitas otak meningkat, sehingga otak kehilangan kontak dengan tubuh sepenuhnya hanya menjadi pikiran murni dan menarik diri dari alam dunia ke dunia lain.

Pada dasarnya, seluruh gerakan shalat bertujuan meremajakan tubuh. Jika tubuh lentur, kerusakan sel dan kulit sedikit terjadi. Apalagi jika dilakukan secara rutin, maka sel-sel yang rusak dapat segera tergantikan. Regenerasi pun berlangsung dengan lancar. Alhasil, tubuh senantiasa bugar.

Beberapa manfaat gerakan shalat diantaranya :

Takbiratul Ihram
Berdiri tegak, mengangkat kedua tangan sejajar telinga, lalu melipatnya di depan perut atau dada bagian bawah. Gerakan ini bermanfaat untuk melancarkan aliran darah, getah bening (limfe), dan kekuatan otot lengan. Posisi jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancer ke seluruh tubuh. Saat mengangkat kedua tangan, otot bahu meregang sehingga aliran darah kaya oksigen menjadi lancer. Kemudian kedua tangan didekapkan di depan perut atau dada bagian bawah. Sikap ini menghindarkan dari berbagai gangguan persendian, khususnya pada tubuh bagian atas.

Ruku’
Ruku’ yang sempurna ditandai tulang belakang yang lurus sehingga bila diletakkan segelas air di atas punggung tersebut tak akan tumpah. Posisi kepala lurus dengan tulang belakang. Gerakan ini bermanfaat untuk menjaga kesempurnaan posisi serta fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat saraf. Posisi jantung sejajar dengan otak, maka aliran darah maksimal pada tubuh bagian tengah. Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi untuk merelaksasikan otot-otot bahu hingga ke bawah. Selain itu, rukuk adalah sarana latihan bagi kemih sehingga gangguan prostate dapat dicegah.

Bangun dari ruku’, tubuh kembali tegak setelah mengangkat kedua tangan setinggi telinga. I’tidal merupakan variasi dari postur setelah ruku’ dan sebelum sujud. Gerakan ini bermanfaat sebagai latihan yang baik bagi organ-organ pencernaan. Pada saat I’tidal dilakukan, organ-organ pencernaan di dalam perut mengalami pemijatan dan pelonggaran secara bergantian. Tentu memberi efek melancarkan pencernaan.

Sujud
Gerakan sujud tergolong unik. Sujud memiliki falsafah bahwa manusia meneundukkan diri serendah-rendahnya, bahkan lebih rendah dari pantatnya sendiri. Dari sudut pandang ilmu psikoneuroimunologi (ilmu mengenai kekebalan tubuh dari sudut pandang psikologis) yang di dalami Prof. Soleh, gerakan ini mengantarkan manusia pada derajat setinggi-tingginya. Mengapa?
Dengan melakukan gerakan sujud secara rutin, pembuluh darah di otak terlatih untuk menerima banyak pasokan oksigen. Pada saat sujud, posisi jantung berada di atas kepala yang memungkinkan darah mengalir maksimal ke otak. Artinya, otak mendapatkan pasokan darah kaya oksigen yang memacu kerja sel-selnya. Dengan kata lain, sujud yang tuma’ninah dan kontinu dapat memicu peningkatan kecerdasan seseorang.
Setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Darah tidk akan memasuki urat saraf di dalam otak melainkan ketika seseorang sujud dalam shalat. Urat saraf tersebut memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu saja. Ini berarti, darah akan memasuki bagian urat tersebut mengikuti waktu shalat, sebagaimana yang telah diwajibkan dalam Islam.

Sujud adalah latihan kekuatan otot tertentu, termasuk otot dada. Saat sujud, beban tubuh bagian atas ditumpukan pada lengan hingga telapak tangan. Saat inilah kontraksi terjadi pada otot dada, bagian tubuh yang menjadi kebanggan wanita. Payudara tak hanya menjadi lebih indah bentuknya tetapi juga memperbaiki fungsi kelenjar air susu di dalamnya.

Masih dalam posisi sujud, manfaat lain yang bisa dinikmati kaum hawa adalah otot-otot perut (rectus abdominis dan obliqus abdominis externus) berkontraksi penuh saat pinggul serta pinggang terangkat melampaui kepala dan dada. Kondisi ini melatih organ di sekitar perut untuk mengejan lebih dalam dan lebih lama yang membantu dalam proses persalinan. Karena di dalam persalinan dibutuhkan pernapasan yang baik dan kemampuan mengejan yang mencukupi. Bila otot perut telah berkembang menjadi lebih besar dan kuat, maka secara alami, otot ini justru menjadi elastis. Kebiasaan sujud menyebabkan tubuh dapat mengembalikan dan mempertahankan organ-organ perut pada tempatnya kembali (fiksasi).

Duduk di Antara Dua Sujud
Duduk setelah sujud terdiri dari dua macam yaitu iftirosy (tahiyat awal) dan tawarru’ (tahiyat akhir). Perbedaan terletak pada posisi telapak kaki. pada saat iftirosy, tubuh bertumpu pada pangkal paha yang terhubung dengan saraf nervus Ischiadius. Posisi ini mampu menghindarkan nyeri pada pangkal paha yang sering menyebabkan penderitanya tak mampu berjalan. Duduk tawarru’ sangat baik bagi pria sebab tumit menekan aliran kandung kemih (uretra), kelenjar kelamin pria (prostate) dan saluran vas deferens. Jika dilakukan dengan benar, posisi seperti ini mampu mencegah impotensi. Variasi posisi telapak kaki pada iftirosy dan tawarru’ menyebabkan seluruh otot tungkai turut meregang dan kemudian relaks kembali. Gerak dan tekanan harmonis inilah yang menjaga kelenturan dan kekuatan organ-organ gerak kita.

Salam
Gerakan memutar kepala ke kanan dan ke kiri secara maksimal. Salam bermanfaat untuk bermanfaat untuk merelaksasikan otot sekitar leher dan kepala menyempurnakan aliran darah di kepala sehingga mencegah sakit kepala serta menjaga kekencangan kulit wajah.

Luruskan Niat

Yang MenyampaikanBeruntung, Yang Membaca Juga Beruntung,
Tapi Yang Paling Beruntung adalah Yang MENGAMALKAN

“Sesungguhnya setiap amal perbuatan tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya karena urusan dunia yang ingin digapainya atau karena seorang wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya sesuai dengan apa yang diniatkannya tersebut” (HR. al-Bukhāri dan Muslim)

AMALKAN SEMATA-MATA KARENA MENCARI RIDHA ALLAH DAN RASULNYA ! BUKAN HANYA KARENA INGIN SEHAT !
Sumber: kaskus

6 MANFAAT MENGERJAKAN SOLAT

6 MANFAAT MENGERJAKAN SOLAT

1. MENCEGAH PERBUATAN KEJI DAN MUNKAR
Allah azza wa jalla berfirman: “Dan dirikanlah Solat. Sesungguhnya Solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan munkar.” [QS.al-Ankabut/29:45]

Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata: “Barangsiapa yang Solatnya tidak dapat memerintahkan kepada yang ma’ruf dan tidak bisa mencegah dari yang munkar, maka tidaklah Solat melainkan menjadikan bertambah jauh kepada Allah.”

Imam Ibnu Katsir rahimahullah mengomentari ayat diatas: “Dalam Solat terkandung dua perkara yaitu meninggalkan perbuatan keji dan perbuatan mungkar. Sesungguhnya menekuni Solat akan membawa untuk meninggalkan perbuatan tersebut.”

2. PENGHAPUS DOSA DAN KESALAHAN
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Permisalan Solat lima waktu bagaikan sungai mengalir yang banyak airnya, berada di depan pintu salah seorang di antara kalian. Dia akan mandi di dalamnya sebanyak lima kali dalam sehari.” [HR.Muslim: 668]

3. CAHAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Barangsiapa yang menjaga Solat, maka baginya cahaya, dalil dan keselamatan pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang tidak menjaganya, maka dia tidak memiliki cahaya, dalil dan ke selamatan. Dia pada hari kiamat akan berkumpul bersama Qorun, Fir’aun, Haman dan Ubay bin Kholaf.

4. PAHALA DAN MENINGGIKAN DERAJAT
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Barangsiapa yang bersuci dari rumahnya kemudian berangkat ke rumah Allah untuk menunaikan kewajiban yang Allah wajibkan, maka kedua langkah kakinya: satu langkah menghapus kesalahan dan yang lainnya meninggikan derajat.” [HR.Muslim: 666]

Imam Ibnul Qoyyim rahimahullah berkata: “Sesungguhnya Solat itu bisa menghapus kejelekan bagi orang yang menunaikan hak-hak Solat, dia menyempurnakan kekhusyukan Solat. Dia berdiri dihadapan Allah dengan hati yang hadir dan berfikir. Orang yang semacam ini jika selesai Solat akan menjumpai keringanan Solat, menjumpai semangat dan kelapangan hati setelah Solat.”

5. PENYELESAI DARI BERBAGAI PERMASALAHAN
Permasalahan dunia yang berat akan terasa ringan jika kita mengerjakan Solat. Kerana Solat adalah penghibur dan penyejuk hati. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Bangkitlah wahai Bilal, hiburlah kami dengan Solat.” ”

Bahkan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam setiap kali dirundung masalah, beliau melaksanakan Solat. Sahabat mulia Hudzaifah radhiyallahu ‘anhu berkata:
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam apabila dirundung masalah beliau mengerjakan Solat.” [13]

Hal itu tiada lain kerana Solat adalah komunikasi antara hamba dengan Robbnya. Berdiri di hadapan Allah azza wa jalla dengan Solat Solat memiliki pengaruh kuat dalam memperbaiki jiwa orang yang Solat bahkan seluruh manusia. Kerana Solat adalah penyejuk mata. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Telah dijadikan kesejukan mataku di dalam Solat.

Imam Ibnul Qoyyim rahimahullah berkata: “Ketahuilah, tidak ada keraguan bahawa Solat adalah penyejuk mata orang-orang yang tercinta, kelezatan jiwa-jiwa orang yang bertauhid, tamannya orang-orang yang beribadah, kelezatan hati orang yang khusyuk. Dia adalah rahmat Allah yang dihadiahkan kepada hambanya yang beriman.”

6. SIHAT DENGAN SOLAT
Ini termasuk manfaat Solat yang tersembunyi. Kerana  di dalam Solat terdapat gerakan badan yang bermanfaat, menguatkan anggota tubuh.