Category: SIFAT QONAAH DAN KEMULIAANNYA

BETAPA MULIANYA SIFAT QONAAH

Qonaah dari segi bahasa bermaksud berasa cukup serta redha dengan setiap sesuatu yang telah dikurniakan oleh Allah SWT dan  tunduk dengan penuh akur setiap kurniaan-Nya.

Qonaah merupakan suatu manifestasi

keimanan yang mampu mengawal dan  membatasi sifat ketamakan, kerakusan dan haloba yang mudah menguasai diri setiap manusia. Dengan tersematnya nilai Qonaah di dalam diri setiap individu muslim, ia dapat menjadi benteng dan mampu mendidik hati agar sentiasa  bersyukur dengan apa yang dimiliki sepertimana yang digambarkan

menerusi hadis Rasulullah SAW  seperti berikut:

“Jika seorang anak Adam memiliki emas dua lembah sekalipun maka dia akan (berusaha)

mencari lembah yang ketiga. Perut anak Adam tidak akan berasa puas sehinggalah dipenuhi dengan tanah” (HR. Riwayat Bukhari).

Sesungguhnya, budaya Qonaah dan 

bersederhana dalam berbelanja merupakan salah satu ciri hamba-hamba yang beriman atau hamba-hamba Allah SWT yang dijanjikan  balasan syurga di akhirat kelak sebagaimana  firmanNya:

“Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta),mereka tidak  berlebihan dan tidak pula kikir dan adalah (perbelanjaan itu) di   tengah-tengah antara yang demikian”

(Surah Al-Furqan: 67)

Imam Al-Qurthubi mengutarakan lima formula yang disifatkan sebagai kejayaan dalam      kehidupan iaitu memperoleh rezeki yang halal, Qanaah, taufik, bahagia dan syurga. Manakala Prof. Hamka menerangkan tentang sifat Qonaah menerusi bukunya yang berjudul  Tasawuf Moden.

Sifat Qonaah mengandungi lima perkara :

1. Menerima apa yang ada dengan redha.

2. Memohon kepada Allah SWT agar diberi

    penambahan dengan segera, disusuli dengan

    Usaha yang gigih.

3. Menerima ketentuan Allah SWT dengan sabar.

4. Bertawakal kepada Allah SWT.

5. Tidak mudah tertarik pada tipu daya dunia.

    Rasulullah SAW bersabda: ” Kekayaan (yang

hakiki) bukanlah dengan banyaknya harta. 

Namun kekayaan (yang hakiki) adalah  

kekayaan jiwa “. (HR. Bukhari dan Muslim)

Inilah lima ramuan Qonaah  yang perlu difahami dan dipraktikkan oleh  setiap orang  muslim dalam kehidupan seharian.

Ramuan Qonaah Pertama : Syukur Segalanya

“Dan (ingatlah), tatkala Tuhanmu memaklumkan; ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.     (Surat Ibrahim: 7)

Syukur itu diwujudkan dalam tiga aspek :

1. Syukur dengan hati, iaitu menyedari dan meyakini bahawa semua nikmat dan kurniaan yang diperoleh merupakan anugerah Allah SWT dan berasal dari-Nya.

2. Syukur dengan lisan, iaitu dengan memuji Allah SWT sebanyak-banyaknya.

3. Syukur dengan perbuatan, iaitu taat beribadat kepada-Nya dan menggunakan kurniaannya itu untuk kebaikan.

Ketiga-tiga aspek syukur ini perlu difahami oleh setiap orang muslim menghayati dan melaksanakan dalam kehidupan seharian agar kehidupan mendapat .keberkatan.

Apabila akal fikiran memahami konsep Qonaah  ia menghubung hubungan rohani  yang tinggi dalam individu seorang mukmin. Sebaliknya,          apabila akal fikiran lemah dan tidak memahami konsep Qonaah, tidak hairanlah sekiranya segala perkara dipandang dari sudut negatif. Fikiran yang mempunyai daya spiritual yang tinggi memerlukan ramuan Qonaah.

Perbezaan diantara qonaah dan  Syukur

Syukur bermaksud berterima kasih kepada

Allah SWT walau apa pun yang terjadi, baik atau buruk, untung atau rugi, kaya atau          miskin, gagah atau lemah dan senang atau susah, segalanya dianggap sebagai sesuatu yang positif.

Jika ada niat dan tekad dengan bersungguh-sungguh, insya Allah keikhlasan dan kesabaran akan menjadi perhiasan yang mewarnai akhlak kita sehari-hari dan kita terhindar daripada lisan dan sikap yang sering berkeluh-kesah. Marilah kita hayati maksud syukur seperti dibawah:

• Rasa syukur membuat hidup kita indah.

• Rasa syukur membuat yang sedikit terasa Cukup.

• Rasa syukur mengubah apa yang kita miliki menjadi cukup dan berharga.

• Rasa syukur mengubah masalah yang kita hadapi menjadi hikmah yang bernilai,

• Rasa syukur mengubah makanan biasa terasa menjadi istimewa.

• Rasa syukur dapat mengubah rumah yang sempit terasa lapang dan nyaman.

• Rasa syukur mengubah kegagalan menjadi pelajaran yang amat berharga.

• Rasa syukur mengubah kekeruhan suasana  menjadi kejernihan.

• Rasa syukur membuat sesuatu yang tidak  enak menjadi enak.

• Rasa syukur membuat sesuatu penolakan menjadi penerimaan.

• Rasa syukur dapat mengubah rasa benci  menjadi kasih sayang.

• Rasa syukur membuat kedamaian di hati Kita.

• Rasa syukur menjadikan hari ini terasa damai,

• Rasa syukur membuat masa lalu menjadi   kenangan, masa depan adalah harapan,

• Ternyata rahsia membuat hidup indah itu hanya rasa syukur dalam hati.

Ramuan Qonaah  Ke 2 :  Redha Segalanya

Nilai berlapang dada dan redha atas  ketentuan Allah SWT setelah pelbagai perancangan dan tindakan demi memakmurkan umat Islam.

Mencari keredhaan Allah SWT perlu ada pada setiap  individu dalam memberi suluhan kerahmatan semasa memikul amanahnya.

“Sesungguhnya barang siapa yang mencari redha Allah SWT sedangkan manusia murka, maka Allah SWT akan cukupkan baginya akan segalanya di dunia ini. Tetapi barang siapa yang mencari keredaan manusia dalam keadaan Allah SWT murka, maka Allah SWT     menyerahkan nasibnya pada manusia.” (Hadis Sahih Riwayat At-Tarmizi)

Ramuan Qonaah Ke  3 : Terima Segalanya

Lafaz Alhamdulillah merupakan penawar hati untuk kita lafazkan kepada Allah SWT.

Ini bagi menzahirkan kesucian hati dalam menerima apa sahaja yang dikurniakan.

firman Allah SWT yang bermaksud:

“Kerana sesungguhnya setiap kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya setiap kesulitan

itu ada kemudahan.” (Surah Al-Insyirah: 5,6)

Ramuan Qonaah Ke  4 : Tawakal

“Rezeki secupak tidak menjadi segantang”

“Kita bertawakal sahaja kepada Allah SWT,

kalau ada rezeki in sya dapat”.

 Manusia hanya mampu merancang tetapi perlu disusuli dengan ikhtiar sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW menerusi kisah ini.

Suatu hari seorang lelaki berjumpa dengan

Nabi Muhammad SAW. Lalu Nabi bertanya kepada lelaki itu “Kamu datang dengan apa?

Lelaki itu lantas menjawab “Dengan unta, aku biarkan di luar dan aku bertawakal”.

Nabi berkata kepada lelaki tersebut  “ Ikat dahulu baru bertawakal”.

Ramuan QaOnaah Ke 5 : Tolak Tarikan Dunia

Daripada Saidina Umar Al-Khatab “Bekerjalah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok”. Menolak keperluan dunia yang menjerumuskan diri kepada kemungkaran dan

kebinasaan merupakan suatu jihad diri yang perlu ada pada setiap seorang mukmin. Tipu daya dunia sering mengajak manusia terpesona mengejar

kesenangan hidup di dunia dan tidak mempedulikan

kehidupan di akhirat.  Seluruh usaha dan tenaga

dikerahkan untuk mendapatkan kekayaan,

kesenangan dan kenikmatan hidup di dunia tanpa mempedulikan sama ada ia halal atau haram.

Malah, ada yang menghalalkan cara untuk mendapatkan kekayaan dunia.

Kesimpulan

Sifat Qonaah dalam kehidupan seorang mukmin   merupakan asas utama kepada kejayaan sesebuah ummah.

Sifat Qonaah memberi manfaat kepada seorang mukmin dari sudut kehidupan seharian seperti  perjalanan hidup lebih tenang dan tenteram, melahirkan sikap optimis dan tidak putus asa pada setiap usaha yang dijalankan, mampu menundukkan sikap hasad dengki, ego terhadap keberhasilan diri sendiri dan orang lain serta menebalkan rasa                  kesyukuran terhadap Allah SWT dengan gaya hidup yang sederhana.

Setiap seorang mukmin mestilah berupaya untuk  merancang hala tuju dalam kehidupan sebagaimana yang diamanahkan oleh Allah SWT. Justeru, dalam menggemblengkan tenaga bagi menunaikan tanggungjawab seorang mukmin  perlu membuat perancangan sesuatu aktiviti mahupun program    memajukan diri.  Sudah pasti untuk memperoleh  sesuatu perancangan itu lebih berilmu sehingga mampu melaksanakan perintah Allah SWT.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA PIHAK