23 AKHLAK NABI MUHAMMAD YANG MENAKJUBKAN LAYAK DITELADANI

23 AKHLAK NABI MUHAMMAD YANG MENAKJUBKAN LAYAK DITELADANI

Ayat ini menegaskan bahwa Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah teladan bagi manusia dalam segala hal. Berikut 23 akhlak beliau yang patut diteladani.

Tak ada manusia yang dalam dirinya tersimpan kesempurnaan kecuali ada pada diri Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Keagungan sosok beliau yang melimpah dan akhlak mulia patut kita jadikan inspirasi dan teladan sepanjang masa.

Banyak ayat Al-Qur’an memuji akhlak Rasulullah yang begitu mulia, di antaranya:

لَقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِىۡ رَسُوۡلِ اللّٰهِ اُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَنۡ كَانَ يَرۡجُوا اللّٰهَ وَالۡيَوۡمَ الۡاٰخِرَ وَذَكَرَ اللّٰهَ كَثِيۡرًا

“Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan yang banyak menging

1. Bila menjabat tangan seseorang, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم tidak pernah melepaskan tangannya terlebih dahulu.

2. Bila berjalan, Nabi صلى الله عليه وسلم tak pernah menyeret kakinya.

3. Bila berbincang dengan seseorang, Nabi صلى الله عليه وسلم menanggapinya sepenuh hati hingga setiap orang merasa mendapatkan perlakuan khusus.

4. Bila sedang duduk bersama seseorang, Nabi صلى الله عليه وسلم tidak bangkit lebih dulu.

5. Bila dihampiri seseorang, Nabi صلى الله عليه وسلم tidak duduk tapi bangkit dan menyambut.

6. Bila dipanggil seseorang, Nabi صلى الله عليه وسلم tak menoleh tapi membalikkan seluruh tubuh menghadapnya.

7. Bila tamunya hendak pulang, Nabi صلى الله عليه وسلم mengantarkannya hingga ujung kampung.

8. Bila diundang jamuan, Nabi صلى الله عليه وسلم mengambil makanan yang terjangkau (terdekat) oleh tangannya.

9. Bila akan bepergian, Nabi صلى الله عليه وسلم mengundang orang-orang miskin, janda-janda dan anak-anak yatim lalu meminta doa kepada mereka.

10. Saat makan sendirian dan bersama orang lain, Nabi صلى الله عليه وسلم tak bersendawa dan tak bersuara bila mengunyah.

11. Nabi صلى الله عليه وسلم tidak pernah memanggil seseorang dengan julukan jelek yang diberikan orang lain kepadanya.

12. Bila sahabatnya sakit, Nabi صلى الله عليه وسلم menjenguknya meski tinggal di ujung Madinah.

13. Bila menghadiri sebuah acara atau undangan, Nabi صلى الله عليه وسلم tidak memilih/meminta tempat khusus, tapi duduk di barisan yang kosong.

14. Bila jadi tuan rumah, Nabi صلى الله عليه وسلم adalah yang terakhir selesai makan (agar tamu tak sungkan). Bila jadi tamu, Beliau yang pertama selesai makan.

15. Bila tiba waktu makan, Nabi صلى الله عليه وسلم selalu mengajak siapapun yang melintas depan rumahnya untuk menjadi teman makannya.

16. Bila terdengar tangisan bocah saat sholat, Nabi صلى الله عليه وسلم memilih surah pendek dan usai sholat bergegas merangkulnya.

17. Bila terhibur, Nabi صلى الله عليه وسلم senyum dan tak pernah ketawa terbahak.

18. Nabi صلى الله عليه وسلم tidur tanpa lelap.

19. Bila berbicara dengan banyak orang, mata Nabi صلى الله عليه وسلم tak tertuju pada satu orang.

20. Bila menunggang kuda dan unta, Nabi صلى الله عليه وسلم tak pernah mencambuknya.

21. Nabi صلى الله عليه وسلم tak pernah menyuruh istri melakukan hal-hal yang leluasa dilakukannya sendiri, beliau menjahit sandal dan menambal pakaiannya sendiri.

22. Bila orang miskin bertanya, Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab dengan cepat.

23. Di hadapan anak yatim (termasuk anak terlantar), Nabi صلى الله عليه وسلم bercerita jenaka.

Demikian 23 akhlak Nabi صلى الله عليه وسلم yang sangat mengagumkan. Sebenarnya masih banyak akhlak terpuji beliau yang layak untuk diteladani.

Dalam satu Hadis disebutkan: “Tidak sempurna keimanan setiap kalian sampai aku lebih kalian cintai daripada orang tua kalian, daripada anak kalian, dan daripada seluruh manusia.” (HR Al-Bukhari dan Muslim)https://www.eramuslim.com/hikmah/23-akhlak-nabi-muhammad-yang-menakjubkan-layak-diteladani.htm#google_vignette

Sekilas Peribadi Akhlak Mulia.

Tamadun sesebuah masyarakat akan diperakui kehebatannya oleh seluruh manusia dan di sisi Allah SWT  jika masyarakatnya mempunyai akhlak yang mulia. Ia merupakan struktur asas sesuatu bangsa untuk membentuk sebuah masyarakat yang harmoni dan berwawasan.

Amal solih pembersih jiwa

Matlamat Islam adalah untuk memelihara manusia daripada godaan syaitan. Amal soleh akan mewujudkan insan yang berakhlak dan membawa kesejahteraan kepada manusia. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Sesungguhnya berjayalah orang yang (menerima peringatan itu berusaha) membersihkan dirinya (dengan taat dan beramal salih).”

(al-A’laa: 144)

Kebersihan yang dituntut

Daripada seluruh kenikmatan yang dianugerahkan kepada kita itu, ada kenikmatan yang paling agung, iaitu hidayah iman dan Islam, sebab tanpa kedua-duanya, seluruh rezeki dan kenikmatan pada akhirnya hanyalah bencana. Iman dan Islam itu menuntut umat manusia untuk senantiasa bersih, menjaga kebersihan bahkan mendidik ikhlas dan thaharah, serta ihsan. Ikhlas bererti menjaga kemurnian, kebersihan iman – iaitu niat dan ibadah serta muamalah senantiasa disesuaikan dengan syariat Allah s.w.t dan hanya kerana Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Padahal mereka tidak disuruh, kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam menjalankan agama dengan lurus.”

(al-Bayyinah: 5)

Di samping itu, jauh daripada syirik dan jauh daripada kesesatan, bersih dengan sebersih-bersihnya, seperti difirmankan oleh Allah s.w.t yang bermaksud: “Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya.” (al- Kahfi: 110)Bersih dalam beribadah adalah niat ikhlas, tanpa syirik, riak, ujub dan sebagainya. Syaddad berkata:

“Aku mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda: ‘Sesiapa yang solat dengan menunjuk-nunjuk (riak), maka sungguh dia telah syirik (menyekutukan Allah s.w.t). Sesiapa puasa dengan riak maka dia telah syirik dan sesiapa yang bersedekah dengan menunjuk-nunjuk, maka dia telah syirik…”

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Akulah sebaik-baik pembahagi bagi siapa yang Aku kehendaki. Sesiapa yang menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, maka seluruh amalnya sedikit atau banyaknya adalah untuk sekutunya yang dia telah berbuat syirik dengannya, sedangkan Aku Maha Kaya (tidak perlu) daripada amal itu.”

(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad IV=125))

Bersih dalam beribadah bererti melaksanakan sesuai dengan contoh daripada Rasulullah s.a.w sesuai dengan syariat Allah s.w.t, bersih daripada bidaah, tradisi yang menyalahi syariah, tidak membuat tatacara beribadah yang tiada diberi contoh oleh Rasulullah s.a.w, kerana tiada lurus amalan yang dibuat-buat sendiri itu. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Dan setiap kesesatan berada di neraka.”

Ibadah itu harus sesuai dengan syariat, tentang syarat dan rukunnya, dengan niat ikhlas hanya kerana Allah s.w.t, itulah syarat diterimanya amal ibadah. (Tafsir Ibnu Katsir V=110). Itu bererti bersih iman yang menghasilkan akhlak dan muamalah yang suci. Akhlak yang dicontohkan oleh Rasulullah, akhlak yang agung lagi mengagumkan. Dipuji oleh Allah s.w.t sepanjang masa di hadapan segenap makhluk yang tunduk pada-Nya.

Demikian diriwayatkan oleh Aisyah r.a yang bermaksud:

“Tidakkah kami membaca al-Quran? Akhlak baginda adalah al-Quran.”

Dengan al-Quran, kalam Allah s.w.t itulah Rasulullah s.a.w memimpin, membawa contoh teladan, membimbing, memperagakan, membuktikan dan mendidik secara langsung sepanjang hidup baginda dengan akhlak yang paling bersih, paling tulus ke hadrat Allah s.w.t dan paling indah serta mengagumkan serta menjadi pedoman yang kukuh bagi kehidupam umat sepanjang zaman.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu teladan yang baik bagimu, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah s.w.t dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.”

(al-Ahzab: 21)

Teladan sebagai pemimpin, sebagai warga masyarakat, sebagai hamba-Nya, dan sebagai apapun, di dalam beragama, berakidah, beribadah, berakhlak mahupun bermuamalah, sifat mulia baginda yang indah dan bersih itu, tercermin di dalam hati yang ikhlas, mencakup sifat-sifat marhamah, penyayang, penyantun, ramah, sabar, qanaah, tawaduk’, adil, beranii dan sifat-sifat mulia seluruhnya dan jauh daripada sifat-sifat buruk seperti riak, kejam, kasar, kedekut, berangan-angan, rakus, sombong, suka membuat aniaya, curang, penakut, munafik (bermuka dua), dan sebagainya.

Perkataan yang bersih dan indah adalah jujur, benar, singkat, jelas, halus, manis dan menggembirakan, santun serta sesuai dengan orang yang berbicara dengannya. Rasulullah s.a.w merupakan contoh teladan yang jauh daripada sifat dusta, berbohong, perkataan yang memualkan, maki hamun, kasar, pahit, mengancam, menusuk hati, kelakar, dungu dan lain-lain yang bukan merupakan perkataan orang-orang mulia. Daripada sedemikian banyak wasiat baginda, dapat kita perhalusi satu persatu yang wajar kita perturunkan kepada generasi kita.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Wajib ke atas kamu bersifat jujur kerana kejujuran itu menuju kepada kebaikan, dan sesungguhnya kebaikan itu menuju kepada syurga.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebaliknya, sifat-sifat cela seperti berbohong, bercakap kasar dan sebagainya, jelas dilarang oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:

“Jauhilah bercakap bohong kerana sesungguhnya kebohongan itu menuju kepada kekejian. Dan sesungguhnya kekejian itu menuju ke neraka.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perbuatan yang diteladankan adalah yang baik, yang benar sesuai dengan hukum dan jiwa yang bersih itu. Itulah at-takwa dan itulah al-birru. Oleh sebab akar atau dasar keimanan yang dimiliki oleh baginda itu, maka setiap perbuatan baginda dilakukan dengan sebaik-baiknya, kerana sebab sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan pada hari kiamat. (maksud hadis Riwayat Muslim)

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya pula.”

(al-Zalzalah: 7-8)

Dengan berpedomankan ayat tersebut, maka alangkah teliti, indah dan bersih amal orang yang beriman. Muamalah yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w hingga akhir hayat baginda adalah amanah yang adil, indah, bersih, dan bermanfaat. Itulah ‘wajah dan perilaku’ khalifah di bumi sebagai pemikul amanah yang ditegakkan dengan jujur oleh hamba yang tulus dan penuh tanggungjawab. Daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap daripada kamu juga akan ditanya tentang kepimpinannya.”

(Riwayat Bukhari)

Menjaga dan memanfaatkan nikmat, kurnia, dan anugerah dengan sebaik-baiknya, sebagai hamba dan pemikul hukum Allah s.w.t itu tiada terlintas di hati untuk berbuat kerosakan, kecurangan, pencemaran, lebih-lebih lagi kezaliman terhadap manusia. Mereka memikul tanggungjawab dengan penuh ketakwaan kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.”

(at-Tiin: 6)

Dengan sesiapa pun, kepada apa pun, orang beriman selalu menebarkan rahmat, kebaikan dan manfaat, dengan bersih, murni, dan indah. Mereka sering bersiap sedia membantu manusia lainnya agar mengikuti perintah Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Iaitu orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi; nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat perkara yang mahruf dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar, dan kepada Allah jualah kembali segala urusan.”

(al-Hajj: 41).

Mereka selalu menjauhkan diri daripada melakukan merosak, merugikan atau bencana, kerana itu dilarang keras oleh Allah. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi sesudah Tuhan memperbaikinya, yang demikian itu lebih baik bagimu jika benar-benar kamu orang beriman.”

(al-A’raaf: 85)

Kesedaran terhadap adanya mizan (neraca) pada hari akhir dan malaikat yang mencatat amal kita, serta tanggungjawab memikul amanah kekhalifahan adalah juga elemen yang memimpin orang beriman untuk menjaga kebersihan, kelestarian dan manfaat lingkungan dan alam sekitarnya, demi kemakmuran, bukan merosakkannya. (lihat Tafsir Ibnu Katsir I, hlm. 218)

Mereka bersungguh-sungguh melaksanakan usaha ke arah kebersihan pemuliharaan alam semula jadi, penghijauan dan peningkatan produktiviti alam dengan cara-cara yang wajar dan bertanggungjawab. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dia telah menciptakan kamu dari bumi dan menjadikan kamu golongan yang memakmurkannya.”

(Huud: 61)

Amal jariah

Amal Jariah bermakna belas kasihan dan kebaikan hati. Al-Quran memberi penekanan mengenai matlamat bekerja dan golongan yang berhak menerima sedekah dan menyeru manusia berbuat kebaikan agar mereka mencapai kemuliaan di sisi Allah s.w.t. Allah berfirman yang bermaksud:

“Jika kamu berbuat kebaikan, (faedah) yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu. Jika kamu berbuat kejahatan, maka kesan buruk berbalik kepada diri kami juga.”

(al-Isra’: 7)

Takwa

Berbagai-bagai istilah takwa digunakan di dalam al-Quran yang menyentuh persoalan moral dan sosial. Orang-orang yang bertakwa akan memelihara diri mereka daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kepada kemurkaan dan azab Allah s.w.t di dunia dan di akhirat. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar takwa dan jangan kamu mati selain dalam keadaan Islam.”

(Ali-Imran: 102)

Pemaaf

Pemaaf merupakan salah satu sifat yang patut dipuji yang lahir dari hati yang suci dan fikiran yang waras. Ia memelihara kesabaran insan ketika berhadapan dengan kekejaman dan kezaliman – kekejaman yang dilakukan berpunca daripada perasaan sakit hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh syaitan.

Jujur

Sifat ini merupakan salah satu asas keteguhan sesuatu masyarakat. Tanpanya, keseimbangan dan keutuhan sosial serta keyakinan di kalangan masyarakat tidak akan terjamin. Kejujuran juga melambangkan identiti sesuatu masyarakat, bangsa, dan negara.

Berbaik-baik sesama manusia

Sifat ini merupakan sifat yang terpuji, lahir daripada hati yang menitikberatkan soal kasih sayang kepada orang lain. Allah s.w.t mengajak manusia berbuat baik sesama orang beriman yang dihubungkan di atas dasar persaudaraan Islam. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) dan bertakwalah kamu kepada Allah s.w.t agar kamu beroleh rahmat (daripada-Nya).”

(al-Hujuraat: 10)

Menentang hawa nafsu

Objektif ajaran Islam adalah mengawal perasaan jahat manusia yang dipengaruhi oleh berbagai-bagai keinginan hawa (nafsu) dan perasaan. Kegagalan mengawalnya akan merosakkan peraturan semula jadi atau fitrah kehidupan yang sepatutnya ditangani dan disusun atur secara seimbang dan harmoni.

Oleh hal yang demikian itu, kita disaran agar menjauhi sifat takbur kerana ia merupakan salah satu gejala sosial yang menyemai bibit permusuhan di kalangan masyarakat. Ia membantutkan semangat kerjasama dan persaudaraan sesama manusia.

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan