Category: Sejarah Hidup Tok Kenali, Kelantan.

Sejarah Hidup Tok Kenali, Kelantan.

“Perjalanan Ulama Tersohor Melayu”

Waliyullah Tok Kenali lahir pada tahun 1871M di Mukim Kenali Kubang Kerian Kelantan ,dan diberikan nama Muhammad Yusof oleh ayahandanya al-Marhum Haji Ahmad Bin Abdul Samad, Semenjak lahir sehinggalah berusia 5 tahun , Tok kenali diasuh dan dididik oleh Ayahanda dan Ibunya , Ayah Tok Kenali adalah seorang Bilal di kampungnya Masjid Kenali dan terkenal sebagai seorang yang soleh di kampungnya ketika itu.

Ketika Tok Kenali berusia 5 tahun , Keluarganya dikejutkan dengan pemergian Ayahandanya yang telah meninggal dunia , Selepas kepemergian ayahnya, Segala tugas ayahnya diambil dan digalas oleh Datuk kepada Tok Kenali sebelah ibunya iaitu al-Marhum Haji Muhammad Soleh.

Maka semenjak itu Datuknya lah yang mendidik dan memberikan asas ilmu agama kepada Tok Kenali seperti anaknya sendiri , Manakala Ibu Tok Kenali al-Marhumah Hajah Fatimah adalah seorang guru al-quran dan mengajarkan anaknya membaca quran , tajwid dan lainnya.

Semenjak kecil lagi Tok Kenali menunjukkan minat pada ilmu dan daya hafalannya sangat cerdas, Beliau menghabiskan masanya di kampung belajar ilmu al-quran , menghafal syair dan pantun yang sarat mengandungi nasihat agama dan saranan adab dan akhlak mulia.

Sehinggalah Tok Kenali berusia 10 Tahun (1881) timbul hasrat dan tekad dihatinya untuk menimba ilmu agama jauh lebih mendalam dan bersungguh , Beliau lantas meminta izin datuk dan ibunya untuk keluar dari kampung untuk menimba ilmu agama daripada guru-guru agama diluar sana. Bayangkan umur 10 tahun dah ada tekad seperti ini.

Maka setelah mendapat keizinan , Tok Kenali berjalan kaki dengan berkaki ayam dari kampungnya kubang kerian sehingga ke Masjid Muhammadi di Kota Bharu , Ketika itu masjid Muhammadi adalah lubuk dan tempat pengajian ilmu yang terkenal. Disana beliau berguru dengan al-Marhum Haji Abdul Samad bin Haji Salleh , Kenal tak siapa gurunya ini ? Beliau lebih dikenali dengan nama ‘Tuan Tabal’ (1840 – 1891).

Semenjak kecil lagi Tok Kenali gemar berjalan kaki dengan berkaki ayam , Kerana Tok Kenali seorang yang tidak suka membuang masa , Baginya berjalan dengan berkaki ayam lebih pantas , Bahkan jika beliau berjalan dengan sahabatnya ketika itu , Mereka ketinggalan jauh dibelakang Tok Kenali. Lagi satu sebab mengapa Tok Kenali Berjalan berkaki ayam kerana malu dan merendah diri di tempat-tempat orang Alim.

Di Masjid Muhammadi Kota Bharu beliau mula menuntut ilmu tasawwuf dengan al-Marhum Tuan Tabal. Kemudian dalam ilmu nahu pula, beliau berguru dengan al-Marhum Qadhi Haji Ismail bin Mahmud yang terletak tak jauh dari Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Tok Kenali juga berguru dengan al-Marhum Haji Awang Alim di Kampung Atas Banggol sebelah hilir masjid.

Tok Kenali seorang yang sangat cintakan ilmu , Hasrat beliau untuk mendalami ilmu lebih mendalam semakin berkobar-kobar , Selama 8 Tahun beliau keluar dari kampungnya untuk mencari dan menuntut ilmu agama di sekitar Kelantan , Sehinggalah pada usia 18 Tahun (1889) beliau membuat keputusan untuk berhijrah ke Mekah bagi mendalami ilmu agama jauh lebih mendalam. Baginya Ilmu itu sangat luas dan tiada penghujungnya.

Tok Kenali pun menyatakan hasratnya kepada keluarganya , Dan atas Niatnya yang telus itu , Allah permudahkan urusan Tok Kenali , Orang-orang kampungnya ketika itu berpakat mengumpul dana bagi membiayai tiket Tok Kenali ke Mekah dengan menaiki Kapal laut. Pada waktu itu tiket untuk ke Mekah RM50. Orang-orang kampung percaya satu hari nanti Tok Kenali akan menjadi seorang yang Alim.

Maka berlayarlah Tok Kenali ke Mekah dengan sedikit wang belanja harian dari keluarganya dan orang kampungnya sebanyak RM22 , Bayangkan betapa tingginya keyakinan Tok Kenali kepada Allah dan tekadnya untuk menuntut ilmu, Dengan berbekalkan RM22 beliau menghabiskan masanya di Mekah selama 22 Tahun semata untuk menuntut ilmu.

Beliau juga tidak mempunyai rumah sewa disana, hanya tidur di serambi-serambi masjid selama 6 bulan lamanya. Disebabkan amalan inilah apabila pulang ke Kelantan dan menyebarkan Islam di sana sehingga Kelantan digelar serambi Mekah menurut info daripada orang ramai. (Wallahu’alam)

Selama Tok Kenali disana beliau tiada tempat penginapan melainkan tidur di Masjid-Masjid. Pada mulanya Tok Kenali juga menghadapi sedikit kesukaran dan bertungkus-lumus untuk mencari ilmu kerana beliau tiada kenalan mahupun teman ketika disana. Tok Kenali sentiasa memasuki halaqah ilmu di sekitar Masjidil Haram yang pada ketika itu terkenal dengan pengajian di tiang-tiang masjid. Setiap tiang akan diajar oleh Mashaikh yang berkelayakan.

Kehidupan Tok Kenali penuh Tawakal sepanjang 22 tahun disana ,Tiada siapa tahu adakah beliau makan setiap hari atau adakah beliau makan sehari sekali. Ketika itu para penuntut ilmu lainnya kehairanan melihat gelagat Tok Kenali pergi ke setiap Halaqah , Ditambah pula ketika itu beliau hadir majlis ilmu tanpa membawa kitab seperti penuntut ilmu lainnya yang duduk didalam satu halaqah.

Cuba kalian bayangkan , Disetiap majlis ilmu Tok Kenali tiada pena , kertas mahupun kitab untuk merujuk dan mencatat ilmu apa yang disampaikan oleh para mashaikh @ guru. Tok Kenali bukannya orang senang seperti pelajar lainnya yang mempunyai kelengkapan kitab dan alat lainnya.

Pada kebanyakan Halaqah , Tok Kenali hanya duduk dan memejamkan matanya , Makanya disebakan gelagatnya itu para penuntut lainnya memerhati gelagat aneh Tok Kenali , Adakah beliau hadir dari halaqah ke halaqah lainnya semata-mata untuk tidur. Tapi mereka silap sebenarnya Tok Kenali pejam mata untuk fokus mendengar dan setiap apa yang didengarinya akan diingatinya.

Para pelajar lainnya kehairanan dengan Tok Kenali , Manakala para Mashaikh yang terang mati hatinya hanya mendiamkan dan memerhati Tok Kenali , Kerana mereka tahu budak ini bukanlah seperti pelajar lainnya. Segala gelagat Tok Kenali ini mengingatkan saya kepada al-Imam asy-syafie yang sama seperti Tok Kenali keluar kampung semasa muda untuk merantau mencari ilmu tanpa sebarang kitab mahupun alat untuk mencatit.

Dan kebiasaan Tok Kenali lainnya pula sebelum ke kelas pengajian, beliau akan ke kedai kitab untuk telaah dan hafaz isi kandungan kitab tersebut. Sehinggakan pernah ditegur oleh penjual kitab. Tok Kenali menceritakan perihal beliau itu lalu penjual tersebut faham akan kesusahan Tok Kenali yang tidak mempunyai wang dan membenarkan Tok Kenali untuk menalaah kitab-kitab di dalam kedai tersebut.

Saya begitu kagum dengan daya Ingatan Tok Kenali. Dengan memejam mata di setiap halaqah dan pembacaan melalui telaahnya itu, beliau mampu menghafal sekaligus isi kandungannya disertai juga dengan kefahaman yang dikurniakan Allah kepadanya. Inilah antara kelebihan Allah kurniakan kepadanya. Maha Suci Allah.

Dalam masa berbulan-bulan peristiwa seperti di atas, Akhirnya pada satu hari ditakdirkan oleh Allah, Tok Kenali mengunjungi halaqah Ulama Melayu kita iaitu al-Marhum Sheikh Wan Ahmad al-Fathani. Tok Kenali ketika itu duduk jauh di belakang pelajar-pelajar lain. Sheikh Wan Ahmad al-Fathani telah mempersiapkan sekurang-kurangnya tiga kemusykilan atau masalah yang pada pemikiran Sheikh Wan Ahmad al-Fathani.

Kemudiannya Sheikh Wan Ahmad al-Fathani melontarkan segala soalan itu dan tidak ada seorangpun yang hadir dalam halaqahnya dapat menjawab kemusyiklan itu. Padahal yang hadir ketika itu bukanlah pelajar yang baru mendalami ilmu agama , Para pelajar disana telah hadir berbagai halaqah dan berguru dengan ramai guru.

Tok Kenali ketika itu seperti kebiasaannya hanya duduk diam dan memejamkan mata , Ketika Sheikh Wan Ahmad al-Fathani menanti untuk mendengar siapa yang dapat menjawab soalannya , Pandangan Sheikh Wan Ahmad tertumpu kepada Tok Kenali. Lalu Sheikh Ahmad menyergah Tok Kenali sehingga Tok Kenali terkejut dan terus membuka matanya.

Sheikh Wan Ahmad al-Fathani kemudiannya menyuruh Tok Kenali supaya datang ke hadapan duduk didepan beliau. Tiba-tiba Sheikh Wan Ahmad al-Fathani meminta Tok Kenali untuk menjawab permasalahan yang dikemukakannya tadi , Tanpa mengulangi soalan itu semula.

Para pelajar ketika itu menyangkakan sudah pasti Tok Kenali tidak dapat menjawab kerana beliau hanya tidur dibelakang , Kalau mereka yang mendengar soalan itupun tidak dapat menjawab apatah lagi Tok Kenali yang tidur dan tidak mendengar atau tahu apakah soalan yang diajukan oleh Sheikh Wan Ahmad al-Fathani.

Namun segala sangkaan mereka meleset , Tok Kenali tanpa teragak-agak menjawab ketiga-tiga permasalahan dan kemusykilan yang diajukan oleh Sheikh Wan Ahmad al-Fathani dengan jelas dan terang. Apalagi terkejutlah semua pelajar yang hadir ketika itu , Kalau saya kat situpun saya terkejut. Hehe

Maka dari semenjak kejadian ini , Tok Kenali menjadi rapat dengan Sheikh Ahmad , Beliau menjadi murid kesayangan Sheikh Wan Ahmad al-Fathani malam menjadi’Khadam’ (Pembantu) untuk Sheikh Wan Ahmad. Semenjak itu Tok Kenali hanya mengikut Sheikh Wan Ahmad untuk berbakti kepadanya , Ditambah pula mereka memang serasi kerana keduanya berasal dari Alam Melayu Kelantan dan Patani.

Sebenarnya kalau kalian nak tahu , Sebelum Tok Kenali datang ke majlisnya lagi, Sheikh Wan Ahmad al-Fathani telahpun mengenali Tok Kenali secara lahiriah dan rohaniah. Sheikh Wan Ahmad al-Fathani terkenal sebagai ulama dan Wali Allah yang mempunyai ‘kasyaf’ , Nama beliau bukan saja terkenal di Alam Melayu malah di Mekah dan Madinah.

Menurut riwayat , firasat Sheikh Wan Ahmad

al-Fathani mengatakan selepas 6 bulan akan datang seorang pemuda dari Kelantan yang memiliki keistimewaan ke Majlis ilmunya , Dan firasatnya benar akhirnya Tok Kenali mendatangi majlis ilmunya selepas 6 bulan dari hari beliau mendapat firasat itu. Seperti kebiasaan, Tok Kenali akan duduk di belakang sekali tanpa sebarang kitab dan tidur didalam tiap-tiap majlis ilmu sehingga dikenali sebagai orang yang suka tidur dalam majlis ilmu.

Sebermula Sheikh Wan Ahmad mengambil Tok Kenali sebagai anak murid rapatnya kerana keistimewaan dan juga terserlah ‘kewalian’ yang ada pada dirinya. Tok Kenali tidak lagi tidur di serambi-serambi masjid tetapi di rumah Sheikh Wan Ahmad. Sebagai murid yang sangat patuh dan adab kepada guru, segala perintah Sheikh Wan Ahmad dilaksanakan sebaiknya dan beliau menjadi khadam sepenuhnya kepada Sheikh Ahmad sehinggalah kepemergian guru tercintanya itu.

Selepas kepemergian Sheikh Wan Ahmad al-Fathani pada tahun 1908M dan ada riwayat mengatakan 1909M di Mina,  Ketika ini Tok Kenali berusia 38 Tahun, Bermakna selama 20 tahun Tok Kenali berguru dan berkhidmat untuk Sheikh Wan Ahmad al-Fathani , Setelah 2 tahun berlalu semenjak perginya guru tercinta itu ,Tok Kenali memutuskan untuk kembali ke tanah air ketika berumur 40 tahun (1911M) untuk mencurahkan bakti dan jasa buat anak bangsa, Tok Kenali pulang hanya dengan membawa dua buah kitab sahaja iaitu Tafsir Al-Khazin dan Mughni Labib (Nahu).

Bersambung…(Panjang sangat dah)

*Sheikh Wan Ahmad al-Fathani (1856 – 1909) adalah seorang Waliyullah yang sangat alim , Saya percaya di zaman kini tiada yang dapat membatasi kealiman beliau , Beliau sangat mengasihi dan sukakan muridnya Tok Kenali sehingga memberikan dan memanggilnya dengan nama samaran ‘Awang’ yang diberikannya.

Bisirril Fatihah.

Semoga Allah Merahmati Ruh al-Marhum Muhammad Yusof @ Tok Kenali .

1871 – 1933