Category: RASUAH

RASUAH

RASUAH: Ditakrifkan sebagai memberi sesuatu kepada orang-orang yang tertentu ‎dengan niat untuk mendapatkan sesuatu yang bukan menjadi haknya. ‎

Memberi sesuatu itu samada dalam bentuk wang ringgit, harta benda, jawatan, ‎perkhidmatan, janji manis dan sebagainya. Ianya diberikan kepada orang yang tertentu ‎yang tidak layak menerimanya. Mungkin orang yang diberi rasuah itu mempunyai gaji dan upah yang tertentu, lebih kaya dan berjawatan dan bukan pula kaum keluarga si pemberi. Pemberian yang diberi ‎dengan niat agar suatu masa mendapat balasan dan imbalan yang lebih besar dari orang-orang ‎tertentu tadi. Sedangkan pada hakikat orang lain yang sepatutnya memiliki hak itu.‎ ‎

‎Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah. Dalam Al-‎Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah ‎lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. rasuah ataupun ‘corruption’ dalam ‎Bahasa Inggeris, tidak diberi definisi yang khusus di dalam undang-undang Malaysia. ‎Tetapi ditakrikan sebagai suapan.‎

Walau bagaimanapun ada beberapa definisi yang telah diberi oleh beberapa pihak yang ‎pakar dalam bidang ini. Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne ‎memberi definisi bribery and corruption sebagai perbuatan giving or offering any reward ‎to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward

John B. Saunders pula menulis dalam kamus ‘Mozley and Whiteleys Law Dictionary’ memberi ‎definisi ‘corruption is the taking or giving of money for the performance or non-performance of a ‎public duty’.‎

Rasuah dalam bahasa Latin: corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk, rosak, ‎menggoyahkan, memutar balik, menyogok).‎

Menurut ‘Transparency International’ pula, rasuah ialah perilaku buruk di jabatan-jabatan ‎atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara ‎tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya ‎kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan ‎kepercayaan awam yang diberi kepada mereka. ‎

Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi: Melanggar undang-undang ‎yang dikuatkuasakan, Penyalahgunaan harta Negara, yang akan merugikan Negara, serta ‎memperkaya diri sendiri dan kaum kerabat.‎

NAMA LAIN BAGI RASUAH

Dalam dunia hari ini rasuah disebut dalam berbagai sebutan agar ianya tidak nampak ‎sebagai rasuah. Ada yang disebut sebagai sogokan, suapan, tumbuk rusuk, makan suap, ‎wang saku, duit kopi, bawah meja dan sebagainya. Semuanya itu bermaksud rasuah.‎

Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama, baik agama Islam mahupun agama-agama ‎lain. Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud:-‎

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu ‎dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi ‎rasuah) kepada hakim- hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari ‎harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”.‎

Hadis nabi SAW ada menyatakan :”Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah ‎SAW telah mengutuk orang yang memberi sogokan dan orang yang menerima sogokan ‎dalam soal hukum menghukum” (HR. Abu Daud & Tirmizi)‎

Ibnu Mas’ud telah mentafsirkan ayat di atas seperti berikut:‎

‎”Sogokan (rasuah) dapat berlaku pada tiap-tiap sesuatu, barangsiapa yang telah memberi ‎sesuatu pemberian dalam sesuatu pembelaan kepada seseorang supaya pembelaan itu ‎dapat mengembalikan yang hak atau dapat menolak kezaliman (aniaya) lantas ‎diterimanya maka pemberian itu dinamakan sogokan juga. Perbuatan sedemikian ‎diharamkan kerana mengandungi beberapa perkara yang diharamkan oleh agama di ‎antaranya

:‎ ‎1) Tidak akan berlaku kebenaran dalam sesebuah masyarakat selagi mana perbuatan ‎sogok menyogok masih dilakukan oleh manusia. ‎

‎2) Dengan sogok menyogok itu manusia selalu melanggar hukum untuk memenuhi ‎kehendak hawa nafsunya. ‎

3) Dengan sogok menyogok juga manusia dapat membalas dendam antara seorang ‎dengan orang yang lain dan sebagainya.‎

Dalam Islam rasuah juga bermaksud harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu ‎kepentingan manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari ‎kemudharatan) yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan (imbuhan).‎

Adakala orang yang mendapat sesutu projek atau pekerjaan tidak memberi sesuatu dalam bentuk yang boleh dikatakan rasuah dan seumpamanya tetapi selepas mendapat upah dan imbuhan, diberinya sedikit wang atau seumpamanya kepada seseorang pegawai atas dasar penghargaan maka hal ini akan menjadi satu perkara syubhat. Mungkin pemberiannya kerana penghargaan semata-mata dan tidak mengharapkan apa-apa lagi selepas itu. Adakalanya memberi kerana penghargaan tetapi ada niat tersembunyi yang mungkin hanya pemberi dan penerimanya sahaja yang mengetahui.

HUKUM MEMBERI DAN MENERIMA RASUAH

1. Haram dan berdosa besar, wajib bertaubat nasuha dengan segera samada pemberi, ‎penerima atau yang berkaitan dengannnya. Jika sampai melibatkan individu tertentu yang teraniaya TAUBAT NASUHA TIDAK MEMADAI TANPA MEMOHON KEMAAFAN ATAU MEMBAYAR GANTIRUGI KEPADA MEREKA. Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan ‎Al-Qur’an dan Hadis. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, Ertinya :

” Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di ‎antara kamu dengan jalan yang batil (tidak halal) dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu ‎kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain ‎itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” ( Al-Baqarah : 188 )‎

Gambar hiasan

Disebutkan dalam hadits :- Ertinya : “Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam ‎penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dan lain-lain)”. ( HR. At-‎Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)‎

2. Dilaknat oleh Allah S.W.T dan RasulNya. Daging yang tumbuh dari sumber yang haram ‎‎(seperti rasuah), Neraka lebih utama untuknya. Dengan rasuah akan hilang keberkatan ‎dalam kehidupan. Hidup tidak terdorong ke arah kebajikan dan kebaikan tetapi terdorong ‎ke arah kemaksiatan dan kejahatan.‎

3. Akibat rasuah kuasa, jawatan, pangkat, kedudukan yang hasil daripada rasuah ia tidak ‎akan mendapat keberkatan dan tidak akan berkekalan lama, di akhirat pula akan ‎dimasukkan ke dalam neraka sekiranya ia tidak bertaubat, atau bertaubat tetapi tidak ‎diterima oleh Allah taubatnya.‎

SUAPAN ATAU SOGOKAN

Suapan atau makan suap juga boleh terjadi dalam bentuk wang derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan ‎mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa ‎manfaat seumpama itu yang lain;‎

1. Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-‎apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa ‎sifat;‎

2. Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau ‎liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;‎

3. Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisyen, rebet, bonus, potongan atau ‎peratusan;‎

4. Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau ‎benda berharga;‎

5. Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa ‎penalti atau ketakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa ‎tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak ‎sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan ‎apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan

6. Apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk ‎memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (1) hingga (5) yang ‎terdahulu;‎

PUNCA DAN SEBAB RASUAH

Berbagai faktor dikaitkan mengapa seseorang itu melakukan perbuatan jenayah rasuah. ‎Walaupun begitu Islam melihat kelakuan rasuah adalah disebabkan beberapa sikap buruk ‎dari jiwa seseorang manusia dan didorong oleh kekuatan syaitan, kerana lemahnya iman ‎bahkan tidak beriman kepada qadha’ dan qadar Allah s.w.t. Secara terperinci amalan ‎rasuah disebabkan oleh sikap;‎

‎1. Tamak dan haloba.‎ ‎

2. Dengki dan khianat.‎

‎3. Sombong dan Takabbur.‎

‎4. Suka berbuat yang haram.‎ ‎

5. Tiada keberkatan Hidup‎ ‎

6. Nafsu serakah.‎ ‎

7. Gila Kuasa.‎ ‎

8. Menafikan hak orang lain.‎ ‎

9. Ingin menunjuk-nunjuk.‎ ‎

10. Zalim dan kasar.

Walau bagaimanapun secara ringkasnya, berdasarkan pengalaman Badan Pencegah Rasuah di Malaysia, perbuatan ‎jenayah rasuah berlaku disebabkan oleh:‎

‎1. Di mana seseorang ingin hidup mewah dan cepat kaya dan sentiasa mengejar ‎kebendaan tanpa mengira halal haram. Apa yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai ‎material, dengan membuang jauh tanggungjawabnya sebagai seorang penjawat awam ‎yang diamanahkan dengan kuasa dan pertanggungjawaban. Individu seperti ini tidak ‎mahu mengambil kira langsung bahawa dengan melakukan perbuatan rasuah, ‎penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, sebenarnya dia telah melakukan kezaliman, ‎penganiayaan dan menafikan hak-hak orang lain atau memberikan hak sesuatu itu bukan ‎kepada orang yang sepatutnya mendapat hak itu.‎ Sebagai contoh, oleh kerana seorang pegawai di Bahagian Bekalan menerima suapan ‎secara rasuah, kontraktor yang sepatutnya dan layak membekalkan peralatan ketenteraan, ‎atau membekalkan makanan telah tidak dipilih. Perbuatan pegawai ini menyebabkan ‎Kementerian Pertahanan atau Angkatan Tentera telah dinafikan yang terbaik yang boleh ‎dibekalkan oleh kontraktor berkenaan.‎ Allah swt telah berfirman:‎ ‎”dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan ‎jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu ( memberi rasuah ) ‎kepada hakim-hakim kerana hendak memakan ( atau mengambil ) sebahagian dari harta ‎manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahuinya.” (Surah Al-Baqarah: ayat ‎‎188)‎

‎2. Di samping itu, sikap hidup yang suka bermegah-megah menjadi amalan. Menyara ‎hidup pula melebihi pendapatan hinggakan terpaksa berhutang di sana sini. Akhirnya, ‎akibat bebanan hutang jenayah rasuah dilakukan.‎ ‎

3. Kurangnya penghayatan nilai-nilai murni. Selain dari itu, kedangkalan ilmu-ilmu ‎keagamaan, kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak ‎yang baik juga menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang ‎dalam jenayah rasuah. ‎ Menurut seorang penulis, “nilai” ialah “beliefs about right and wrong”. Manakala “etika” ‎pula ditakrifkan sebagai “thinking systematically about morals and conduct and making ‎judgments about right and wrong”. (Carol W. Lewis: The Ethics Challenge in Public ‎Service). ‎ ‎

4. Kerendahan moral ditambah dengan nafsu yang tidak lagi dapat membezakan antara ‎nilai-nilai yang baik dan buruk, hingga mengenepikan nilai-nilai suci dalam agama ‎mendorong seseorang itu melakukan pelbagai kemaksiatan dan jenayah. Justeru itu, ‎individu seperti ini akan memperhambakan dirinya kepada nafsu yang mengongkong ‎kehidupannya.‎ ‎

5. Kurangnya penyeliaan oleh pegawai atasan. Berdasarkan pengalaman BPR juga. ‎kurangnya penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan mana-mana individu yang ‎didorong oleh unsur-unsur yang tidak sihat akan mengambil kesempatan dari keadaan itu ‎untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. ‎ ‎

6. Kurangnya komitmen kepimpinan untuk mengenalpasti ruang-ruang yang boleh me- ‎nyebabkan berlakunya perbuatan rasuah, dan ditambah pula wujudnya pemimpin yang ‎takut untuk menjadi tidak popular, menyebabkan keadaan akan tidak terkawal.‎ ‎

7. Terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasannya ‎akan juga membuka banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah, penyelewengan dan ‎penyalahgunaan kuasa.‎ ‎

8. Kelemahan Peraturan atau Sistem Pelaksanaan Kerja. Selain dari itu, longgarnya ‎tatacara dan peraturan kerja atau kelemahan dalam sistem pelaksanaan kerja itu sendiri, ‎boleh menyebabkan sesebuah Jabatan / Agensi itu sentiasa terdedah dengan perlakuan – ‎perlakuan seperti jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh ‎pegawai dan kakitangannya. ‎ Sekali lagi, komitmen kepimpinan khususnya, dan sikap serta perasaan ‎pertanggungjawaban semua kakitangan bagi mempastikan ketelusan tatacara kerja dan ‎sistem pelaksanaan kerja adalah sangat penting.‎

KESALAHAN RASUAH

Meminta/ Menerima Rasuah ‎ Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima ‎suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah ‎untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau ‎berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan. ‎

Menawar/Memberi Rasuah ‎ Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima ‎suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah ‎untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau ‎berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan. ‎ Membuat Tuntutan Palsu ‎ Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada ‎prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi ‎butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan ‎tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya. ‎ Menyalahguna Jawatan/Kedudukan ‎ mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat ‎suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-‎apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada ‎kepentingan secara langsung atau tidak langsung.

KESAN BURUK DARI RASUAH AMNYA

1. Menganiayai orang yang sepatutnya berhak mendapat sesuatu seperti, projek pembinaan dan seumpamanya. Ini akan menimbulkan pula kesan jangka panjang dimana orang yang dianianya akan turut melakukan rasuah pada lain waktu, agar pekerjaan yang lain jatuh pula ketangannya.

2. Projek pembinaan akan terbengkalai atau mudah rosak. Jika suatu projek pembinaan yang sepatutnya diluluskan oleh Engineer atau Arkitek mengikut kesesuaian spesifikasi ilmu yang mereka pelajari tidak diguna pakai ketika itu kerana dirasuah dan menerima rasuah dari seseorang kontraktor maka projek pembinaan itu akan mudah terbengkalai atau mudah rosak. Kerana kontraktor yang membina projek berkenaan mahu cepat kaya dan inginkan marjin keuntungan yang tinggi.

3. Menyemarakkan perasaan dendam dan api kemarahan, sehingga boleh mencetuskan permusuhan. Hal ini biasanya akan terbit dari pihak yang merasa dianiaya yang mengetahui haknya jatuh ke tangan orang yang memberi rasuah.

4. Tidak akan ada keadilan dalam keputusan yang dibuat oleh hakim di mahkamah. Akibat rasuah orang yang sepatutnya bersalah lepas bebas dan orang yang tidak bersalah pula masuk penjara.

5. Jika pihak menegakkan undang-undang seperti Polis, SPRM, Kastam menerima rasuah, maka kes-kes kejahatan dan perbuatan buruk seperti membunuh, mengedar dadah, penyeludupan, aduan kes rasuah, merogol dan seumpamanya tidak dapat diselesaikan. Bahkan rakyat akan hilang kepercayaan kepada jabatan-jabatan berkenaan. ‎

1. Kesan Terhadap Individu:‎ ‎

(i) Kehilangan pekerjaan.‎

‎(ii) Kejatuhan moral atau maruah.‎

‎(iii) Menerima hukuman.‎

‎(iv) Menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga.‎ ‎

(v) Keluarga terabai.‎ ‎

2. Kesan Terhadap Masyarakat:‎

‎(i) Mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu.‎ ‎

(ii) Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah.‎

‎(iii) Membebankan golongan orang susah.‎ ‎

(iv) Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan ‎bagi membantu rakyat miskin diselewengkan.‎

‎3. Kesan Terhadap Negara:‎

‎(i) Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran.‎

‎(ii) Menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan.‎ ‎

(iii) Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang.‎

‎(iv) Kenaikan kos barang dan perkhidmatan.‎ ‎

(v) Mengurangkan pendapatan negara.‎ ‎

(vi) Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan.‎

PEYELESAIAN PENYAKIT RASUAH

Ada beberapa cara atau langkah yang difikirkan boleh mengurangkan masalah rasuah ini ‎daripada berleluasa, antaranya:‎ ‎

1. Kembali kepada Islam dengan menyebarkan kefahaman terhadap konsep Islam kepada masyarakat seperti ‎menjelaskan hukum Islam terhadap perbuatan rasuah dan mengenal pasti perbuatan yang ‎diredhai Allah Subhanahu wa Ta‘ala mahupun yang sebaliknya.‎ ‎

2. Pendidikan Islam sejak dari usia kecil agar membentuk peribadi muslim yang beriman ‎dan bertakwa, kerana dengan adanya iman dan takwa boleh menghalang seseorang itu ‎daripada melakukan kejahatan.‎ ‎

3. Membentuk individu beretika mulia dengan menanam sikap amanah, jujur, menyuruh ‎kepada melakukan kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan.‎ ‎

4. Menanamkan sikap minat belia-belia untuk mempelajari kitab-kitab agama dan ‎sebagainya.‎ ‎

5. Memperbanyakkan dan mengutamakan aktiviti-aktiviti keagamaan, seperti membaca, ‎menghafal dan merenung isi kandungan al-Qur’an, mengkaji hadis-hadis dan kitab-kitab ‎agama.‎

‎6. Membentuk peribadi muslim kepada seorang yang mahu mengubah sikap diri sendiri ‎daripada yang jahat kepada yang terpuji. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:‎ Tafsirnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum ‎sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri …..” (11)‎ ‎(Surah ar-R‘ad: 11)‎ ‎

7. Memberi kefahaman yang jelas tentang makna dan tujuan hidup yang sementara ini. Terimalah ketentuan Allah dengan redha dan berlapang dada..‎ ‎

8. Membersihkan jiwa dengan menanamkan kerohanian Islam. Jauhi daripada sifat mahukan hak orang lain.‎

‎9. Merapatkan diri dengan al-Khaliq menerusi amalan ibadat yang wajib dan sunat, ‎seperti sembahyang sunat, berpuasa, berzikir, membaca al-Qur’an dan berselawat.‎ ‎

10. Menjalankan hukuman ta‘zir bagi memberi pengajaran kepada pelaku rasuah dan juga ‎untuk orang ramai mengambil iktibar dengan hukuman tersebut.‎ ‎

11. Menyediakan peruntukan akta atau undang-undang bagi membentras gejala rasuah ‎daripada berleluasa. Sebagai contoh, di Negara Brunei Darussalam peruntukan akta ‎berkenaan disebut sebagai Akta Pencegahan Rasuah Bab (2) Penggal 131.‎

KESIMPULAN

Rasuah adalah perkara yang amat dilarang oleh syarak, bahkan mereka yang terlibat ‎dengan amalan rasuah akan mendapat laknat daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan ‎Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.‎ Perbuatan rasuah juga termasuk dalam perkara memakan harta orang lain dengan jalan ‎yang salah. Kesannya setiap daging yang tumbuh dengan sesuatu yang haram, maka ‎nerakalah yang lebih utama bagi orang tersebut, sebagaimana Rasulullah Shallallahu ‎‎‘alaihi wasallam bersabda:‎ Maksudnya: “Wahai Ka‘ab bin ‘Ujrah: “Tidak masuk syurga sesiapa yang tumbuh pada ‎dagingnya daripada sesuatu yang haram, nerakalah lebih utama baginya.”‎ ‎(Hadis riwayat Ahmad)‎ Hikmat di sebalik pengharaman Islam terhadap sumber-sumber pencarian yang tidak ‎halal, Islam telah mencapai beberapa matlamat sosial dan ekonomi:‎ ‎

1. Menjalin hubungan antara manusia berdasarkan prinsip keadilan, persaudaraan, ‎penjagaan kehormatan dan pemberian hak kepada orang yang berhak.‎ ‎

2. Islam telah menghapuskan faktor utama yang menyebabkan lebarnya jurang perbezaan ‎ekonomi antara kelompok dan status masyarakat. Keuntungan yang keterlaluan, ‎kebanyakannya datang daripada sumber yang haram berbeza dengan jalan yang baik, ia ‎selalunya mendatangkan keuntungan yang sederhana dan logik.‎ ‎

3. Mendorong manusia agar bekerja dan berusaha, kerana haram memakan harta secara ‎salah iaitu bukan berdasarkan pulangan hasil usaha atau tanpa berkongsi dalam ‎keuntungan dan kerugian seperti judi, riba dan sebagainya, meskipun ia mendatangkan ‎manfaat dari segi ekonomi.‎ Oleh itu, amalan rasuah hendaklah dicegah daripada berleluasa. Cara yang terbaik ialah ‎memberikan pendidikan Islam sejak dari kecil lagi agar keimanan tersemai di dalam jiwa ‎mereka. Apabila keimanan ada dalam jiwa setiap orang, nescaya segala perkara-perkara ‎mungkar dan maksiat akan terhindar daripada mereka, sekaligus akan membina ‎masyarakat dan negara yang aman lagi makmur

Mine coins – make money: http://bit.ly/money_crypto

http://ensiklopediamuslim.blogspot.com/search/label/Rasuah

RASUAH – AMALAN TERLARANG DI SISI ISLAM DAN NEGARA

RASUAH memusnahkan hidup! Dalam sekelip mata seorang yang dihormati boleh menjadi hina, bahkan maruah bangsa dan negara akan tercalar.  Boleh dikatakan setiap hari akhbar melaporkan mengenai perbuatan rasuah yang dilakukan pihak tertentu termasuk pemimpin politik.

islam-2

Walaupun masyarakat memahami sebagai amalan biasa, sedar atau tidak rasuah adalah satu bentuk jenayah dan mereka yang terbabit berdepan tindakan serta hukuman.  Sudah ramai menerima akibat daripada amalan rasuah, sehingga ada kehilangan jawatan dan harta, malah terpaksa menghabiskan sisa hidup di penjara. Mereka yang terbabit dengan rasuah juga akan dikenakan hukuman di akhirat kelak, sebagaimana ditegaskan Nabi s.a.w dalam satu hadis diriwayatkan at-Tirmizi bermaksud:

picture8

Rasuah selalu disebut dalam masyarakat majmuk di negara ini. Tetapi apakah sebenarnya rasuah dan sejauh mana ia difahami?   Menurut sarjana, ia berasal daripada perkataan Arab (iaitu rishwah, rashwah) bermaksud ‘sesuatu penyambung yang dapat menghantarkan tujuan dengan harta sogokan.’  Asal perkataan itu daripada ‘rasha’ yang bermakna ‘tali timba yang dipergunakan  untuk mengambil air di perigi.’  Kamus Dewan mendefinisikan rasuah sebagai ‘pemberian untuk menumbuk rusuk (menyogok, menyuap), (wang) tumbuk rusuk (sogok, suap).’  Berasaskan pengertian itu, rasuah boleh diertikan juga dengan istilah makan suap dan memberi/menerima sogokan. Satu lagi perkataan yang selalu digunakan ialah korup/korupsi daripada perkataan Inggeris ‘corrupt/corruption’.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan pengertian suapan dalam konteks yang lebih luas, iaitu:

  1. Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;
  2. Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;
  3. Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;
  4. Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;
  5. Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;
  6. Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan
  7. Apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu.

Menurut suruhanjaya itu, kesalahan rasuah membabitkan perbuatan meminta atau menerima rasuah, menawar atau memberi rasuah, membuat tuntutan palsu dan menyalahgunakan jawatan atau kedudukan.

Dalam Islam, amalan rasuah dan segala bentuk salah laku yang bersekutu dengannya seperti penipuan, penyelewengan, salah guna kuasa, penindasan dan pemalsuan dilarang sama sekali.  Ayat 188 daripada surah al-Baqarah bermaksud:

picture10

Rasulullah s.a.w menegaskan dalam satu hadis bermaksud:

picture11

Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International 2008, membabitkan kajian di 180 negara menunjukkan Denmark, Sweden dan New Zealand berkongsi pada tangga teratas dengan skor 9.3.  Somalia ditangga tercorot (1.0), sementara Malaysia berkongsi dengan Jordan, Hungary, Costa Rica dan Cape Verde di tangga ke-47 dengan skor 5.1. Skor 10 menunjukkan sangat bersih manakala skor kosong amalan rasuah yang teruk.

Walaupun tidak diketahui sejauh mana penilaian yang dilakukan pertubuhan terbabit, ia sedikit sebanyak memberikan suatu tamparan kepada dunia Islam kerana gagal mendapat kedudukan sebagai negara yang paling bersih.   Rasuah boleh berlaku dalam pelbagai bidang dengan tidak mengira tempat dan keadaan. Secara umum ia membabitkan empat disiplin iaitu politik, ekonomi, sosial dan persekitaran.

Bagaimanapun, menurut pertubuhan integriti antarabangsa, Global Integrity, tanpa mengira tahap pendapatan, ancaman korupsi pertama mendepani majoriti negara ialah aliran wang tanpa aturan dalam proses politik.   Keputusan itu adalah hasil daripada kajian pihak terbabit di 57 negara di dunia, yang dikeluarkan dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Di Malaysia ketika ini undang-undang baru pencegahan rasuah turut membolehkan saudara-mara terbabit atau bersubahat dengan penerima rasuah akan menerima tindakan dan nasib sama dengan orang dituduh berdasarkan peluasan tafsiran ‘saudara’.

Justeru, dengan adanya peruntukan itu, sudah sewajarnya bagi mereka yang ‘bercita-cita’ untuk mendapatkan kepentingan peribadi melalui cara tidak sah memikirkan akibatnya berkali-kali, mahu atau tidak. Dengan ini adalah disarankan supaya umat islam  berpegang teguh dengan ajaran islam yang sebenarnya kerana Agama Islam lah membawa kita ke  jalan yang diredhai oleh Allah SWT.

islam-1

oleh: Lokman Hashim, mutiaraislam.wordpress.com

https://mutiaraislam.wordpress.com/2009/04/12/rasuah-amalan-terlarang-dalam-islam-dan-negara/

Pentingan sifat Amanah agensi penguat kuasa

Oleh Dr Ahmad Sanusi Azmi

JABATAN kerajaan serta badan penguat kuasa adalah agensi yang diberikan amanah untuk membantu kerajaan dan rakyat dalam melancarkan urusan pentadbiran setempat. Adalah menjadi tanggungjawab untuk setiap institusi melaksanakan tugas mereka dengan penuh amanah dan berintegriti. Bersikap tidak adil atau menjalankan tugas sambil lewa bukan sahaja memberikan impak negatif kepada kerajaan dan masyarakat, malah mengganggu kelancaran sistem pengurusan.

Adil dalam penguatkuasaan

Dalam urusan penguatkuasaan undang-undang, Rasulullah amat menekankan mengenai sikap adil. Pernah terjadi di zaman Rasulullah, seorang wanita daripada Bani Makhzum  melakukan kesalahan mencuri. Namun, Bani Makhzum adalah antara kabilah yang mempunyai kedudukan dan pengaruh di sisi Quraisy. Tiada siapa yang berani memaklumkan perkara ini kepada Rasulullah kerana menjaga kedudukan kumpulan manusia yang mempunyai kedudukan ini. Quraisy mengambil langkah berjaga-jaga. Mereka menggunakan pendekatan memujuk dan berdiplomasi dengan Baginda Nabi agar melepaskan pihak yang melakukan kesalahan ini. Reaksi Rasulullah sangat teguh. Rasulullah marah dengan sikap tidak adil sebegini lantas menegaskan: “Apakah kamu meminta syafaat (supaya dilindungi mereka yang melakukan kesalahan) berkenaan hukuman hudud ini? Sesungguhnya telah
binasa umat sebelum kamu kerana apabila yang mencuri itu orang berpengaruh, kamu bebaskan. Dan apabila yang mencuri itu orang yang lemah (orang biasa) maka kamu kenakan hukuman hudud terhadap mereka.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Perhatikan ketegasan sikap Baginda Nabi. Dari aspek penguatkuasaan Rasulullah tidak pernah bersikap pilih kasih. Baginda meneruskan penguatkuasaan undang-undang dan hukuman ke atas mereka yang melakukan kesalahan tidak kirsa sama ada yang melakukan kesalahan tersebut orang yang mempunyai pangkat atau kedudukan.

Menjauhi rasuah

Bagi melancarkan urusan pentadbiran, Islam menolak keras amalan rasuah. Rasuah bukan sahaja membuka ruang untuk menzalimi pihak lain, ia turut berupaya menghilangkan keyakinan rakyat terhadap pihak yang berautoriti. Dengan sebab itu Saidina Abdullah bin Amru pernah meriwayatkan sebuah hadis yang menyebutkan bahawa: “Rasulullah melaknat pemberi dan penerima rasuah.” (Hadis riwayat Ahmad)

Perhatikan hadis ini betul-betul. Perkataan yang digunakan adalah ‘laknat’. Bererti perbuatan rasuah ini adalah perlakuan yang amat terkutuk sehingga mereka yang melakukannya dilaknat oleh Allah dan Rasul. Dengan sebab itu al-Imam al-San’ani dan al-Zahabi meletakkan kumpulan perasuah ini sebagai pelaku dosa besar (murtakib al-kabirah) (Lihat Kitab Subul al-Salam dan al-Kaba’ir). Malah, al-Imam al-Qurtubi menegaskan penerima rasuah ini dikategorikan sebagai orang fasiq. Ini menggambarkan betapa Islam membenci rasuah bahkan meletakkannya di bawah satu kesalahan yang berat seperti zina dan minum arak.

Implikasi perbuatan rasuah sangat jelas. Rasuah berupaya menyebabkan berlakunya kezaliman terhadap pihak tertentu. Mereka yang sepatutnya mendapat hak yang diperlukan mungkin akan kehilangan hak tersebut. Dengan sebab itu Rasulullah menolak keras perlakuan ini kerana ia akan menyebabkan kezaliman boleh berleluasa.

Ruang aduan dan komunikasi

Bagi melancarkan urusan pentadbiran dan mengelakkan berlakunya kezaliman, pihak penguat kuasa juga disarankan agar membuka ruang aduan dan komunikasi rakyat dengan mereka. Ini bagi memastikan segala permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dapat didengari. Menurut Dr Ali al-Salabi, tindakan seperti ini pernah dilakukan oleh Umar Abdul Aziz. Khalifah Umar Abdul Aziz dikatakan menulis iklan kepada rakyat bahawa barang siapa yang datang menceritakan kezaliman atau kesusahan yang berlaku di sisi rakyat, maka dia akan diberikan ganjaran kerana memberikan maklumat mengenai kesukaran yang dihadapi oleh rakyat. Perhatikan bagaimana Umar Abdul Aziz membuka ruang komunikasi antara rakyat dengan pemerintah. “Dan mana-mana lelaki yang tampil kepada kami mendedahkan tentang kezaliman (yang berlaku) atau perkara yang perlu diislah (diperbaiki) tidak kira sama ada perkara khusus atau umum tentang urusan agama ini, maka dia akan diberikan anugerah 100 dinar ke 300 dinar bergantung kepada apa yang difikirkan munasabah oleh Jabatan Hisbah.” (Dr Ali al-Salabi, al-Khalifah al-Rasyid wa al-Muslih al-Kabir Umar Abdul Aziz, 2009)

Ini hanyalah sebahagian daripada prinsip asas yang digariskan dalam Islam sebagai panduan buat seorang Muslim dalam urusan penguatkuasaan. Ia bukan sahaja bagi memastikan agar tiada kezaliman yang berlaku terhadap rakyat malah bagi menjamin hak setiap rakyat mestilah terpelihara.

https://wordpress.com/read/feeds/129742/posts/2862499195

Hidup biar bermaruah jauhi rasuah

Mohd Shahrizal Nasir

KETETAPAN Islam mengenai pahala dan dosa adalah jelas. Sebab itu sesiapa yang melakukan kebaikan maka dia akan menerima pahala. Manakala orang yang melakukan kemungkaran pasti mendapat dosa. Semua balasan atas setiap perbuatan manusia akan diberikan secara adil dalam perhitungan Allah di akhirat nanti.

Penjelasan tentang hal ini dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran bermaksud:  (Ingatlah) hari Kami menyeru setiap kumpulan manusia dengan nama imamnya; kemudian sesiapa diberikan kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita) dan mereka tidak dikurangkan (pahala amalnya yang baik) sedikitpun.”  (Surah al-Isra’, ayat 71)

Firman Allah dalam ayat lain bermaksud:  Adapun orang yang diberikan menerima kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka dia akan berkata (dengan sesalnya): ‘Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan kitab amalku.‘”  (Surah al-Haqqah, ayat 25)

Justeru,  ketetapan Allah tentang perkara yang halal dan haram tidak boleh diragui. Keraguan mengenai perbuatan baik dan buruk hanya terjadi dalam fikiran orang yang hatinya tidak berasa takut dengan janji Allah. Golongan seperti ini bukannya tidak tahu mengenai perbuatan dosa yang dilakukannya, malah tahu bahawa perbuatannya mengundang kemurkaan Allah. Namun kerana akur terhadap tuntutan hawa nafsu, maka mereka buat-buat keliru tentang halal dan haram dalam Islam.

Lihatlah dalam isu rasuah yang sememangnya dihukumkan haram di sisi Islam. Masih ada dalam kalangan umat Islam yang terjebak dalam rasuah. Kita semua dapat menyaksikan adanya kes yang dilaporkan dalam media massa tentang individu yang disyaki terlibat dengan rasuah. Ada juga yang dijatuhkan hukuman tertentu disebabkan perbuatan rasuah dilakukan.

Meskipun begitu, kesalahan rasuah masih terus berlaku. Malah hari ini dosa rasuah cuba disembunyikan kejelekannya dengan nama lain seperti hadiah saguhati, duit kopi, komisen, pelincir,   angpau,  kautim,  under table  dan seumpamanya. Penjenamaan rasuah dengan nama baharu ini bertujuan menghalalkan rasuah, sekali gus untuk memastikan perbuatan terkutuk tersebut kelihatan suci.

Sebenarnya hal ini sudahpun dijelaskan dalam al-Quran. Allah menjelaskan perihal Ratu Saba’ yang memberi ‘hadiah’ kepada Nabi Sulaiman setelah baginda mengutus surat mengajak pemimpin wanita tersebut mengesakan Allah, sekali gus meninggalkan perbuatan syiriknya menyembah matahari.

Ratu Saba’ membalas surat Nabi Sulaiman dengan mengirim bersamanya hadiah. Apakah tujuan pemberian hadiah tersebut? Hadiah tersebut dikirimkan untuk Nabi Sulaiman agar baginda menerimanya dan menghentikan dakwah baginda agar ratu tersebut menerima Allah sebagai Tuhan yang selayaknya disembah.

Peristiwa ini dirakam Allah dengan menyatakan ayat Ratu Saba’ bermaksud:  “Dan bahawa aku (Ratu Saba’) hendak menghantarkan hadiah kepada mereka kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh para utusan kita.  (Surah an-Naml, ayat 35)

Walau bagaimanapun, hadiah yang dikirimkan Ratu Saba’ kepada Nabi Sulaiman ditolak oleh baginda. Ini membuktikan Nabi Sulaiman menyedari tujuan pemberian hadiah tersebut yang hakikatnya adalah satu bentuk rasuah. Hadiah itu menuntut agar baginda tidak meneruskan dakwahnya kepada pemerintah wanita tersebut.

Nabi Sulaiman memberi respons terhadap perbuatan Ratu Saba’ dengan berkata:  Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang menghadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): ‘Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik daripada apa yang telah diberikan-Nya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah).’”  (Surah an-Naml, ayat 36)

Bukan setakat pemberian Ratu Saba’ ditolak oleh Nabi Sulaiman, malah baginda memberi amaran yang keras:  “Kembalilah kepada mereka, (jika mereka tidak juga mahu beriman), maka demi sesungguhnya Kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya menentangnya dan kami akan mengeluarkan mereka dari negeri Saba’ dalam keadaan hina menjadi orang tawanan.” (Surah an-Naml, ayat 37)

Menurut Sheikh Solah ‘Abdul Fattah Al-Khalidi dalam kitabnya Lata’if Qur’aniyyah, Ratu Saba’ adalah orang pertama yang cuba menggunakan istilah hadiah bagi menutup kemungkaran rasuah. Walau apa pun nama yang cuba diberikan bagi mengaburi kesalahan rasuah, perbuatan tersebut tetap dilarang Allah SWT.

Ketegasan Nabi Sulaiman dalam menolak pemberian rasuah patut dicontohi setiap Muslim. Sesungguhnya hukum memberi mahupun menerima rasuah adalah haram. Rasuah termasuk dalam perbuatan dosa berat kerana pelakunya dilaknat Allah dan Rasul-Nya. Daripada Abdullah bin ‘Amr, dia berkata: “Rasulullah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.”  (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Perbuatan rasuah menyebabkan berlakunya banyak kezaliman. Rasuah dapat menafikan hak sebenar orang ramai, menzalimi golongan yang tidak berdosa, menjadi punca tergadainya maruah negara, membuka ruang permusuhan antara sesama manusia, menyebabkan kemungkaran berleluasa, memusnahkan nilai integriti dalam diri dan seumpamanya.

Sebagai contoh apabila ada pihak yang diberi tanggungjawab untuk memastikan tidak ada kegiatan judi dalam masyarakat, namun disebabkan rasuah maka kegiatan mungkar tersebut terus berleluasa. Pihak yang terlibat dengan jenayah tersebut juga tidak akan berasa khuatir dengan sebarang tindakan pihak berkuasa.

Begitu juga sekiranya sesuatu projek melibatkan peruntukan wang yang besar dibuat secara tender terbuka namun dengan wujudnya rasuah maka peluang orang ramai untuk terlibat dalam projek tersebut terus tertutup. Pihak yang memberi rasuah pula akhirnya tidak mampu untuk merealisasikan projek yang diberikan sehingga akhirnya projek terbengkalai. Inilah keburukan daripada perbuatan memberi dan menerima rasuah.

Duit daripada sumber rasuah termasuk kategori duit haram. Oleh itu, makan daripada hasil perbuatan rasuah menyebabkan diri tergolong dalam kalangan orang yang memakan hasil daripada sumber yang batil.

Firman Allah bermaksud: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah, ayat 188)

Jadilah masyarakat yang menolak rasuah serta membenci perbuatan buruk tersebut. Orang yang terlibat dengan amalan rasuah sememangnya sedar akan perbuatan buruk dilakukannya. Sebab itu golongan seperti ini akan melakukan perbuatan rasuah secara tersembunyi. Ditambah pula dengan usaha melabel perbuatan rasuah dengan nama yang cuba untuk mengaburi kesalahan tersebut.

Rasulullah mengingatkan umatnya perihal dosa yang juga termasuk di dalamnya rasuah: “Dan dosa adalah apa yang menggetarkan jiwa dan kamu tidak suka jika (perbuatan dosa tersebut) diketahui oleh manusia.” (Hadis riwayat Muslim)

https://wordpress.com/read/feeds/129742/posts/2863618413#comments

Corak Rasuah Di Malaysia

Jenayah rasuah di Malaysia

Kerajaan Malaysia begitu memandang serius jenayah rasuah dan komited untuk memeranginya. Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib dipetik berkata “Kerajaan menjadikan rasuah musuh nombor satu negara” (Dato’ Sri Najib, 2012). Dalam Syarahan Kelab Komanwel di San Francisco pada 24 September 2013, beliau turut menyebut “I want to make corruption part of Malaysia’s past, not its future.” (Dato’ Sri Najib, 2013). Antara inisiatif utama kerajaan dalam usaha membanteras rasuah adalah menaik taraf Badan Pencegahan Rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Penstrukturan baru dibuat dengan mewujudkan lima pemantau bebas untuk memastikan SPRM melaksanakan fungsinya secara bebas, telus dan profesional.

Kuasa SPRM untuk melaksanakan penguatkuasaan terhadap jenayah rasuah diberi melalui Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009). Kesalahan rasuah yang diperuntukkan melalui akta ini merangkumi perbuatan meminta dan menerima suapan; menawar dan memberi suapan; tuntutan palsu; dan salah guna kedudukan oleh penjawat awam.

Kesalahan meminta dan menerima rasuah

Kesalahan ini boleh dilakukan oleh semua orang sama ada pegawai awam, swasta, ahli perniagaan dan orang biasa.

Kesalahan berlaku apabila seseorang itu meminta atau menerima sebarang bentuk rasuah sebagai ganjaran melakukan sesuatu perkara yang tidak mengikut (atau melanggar) peraturan.

Seramai 3,364 orang individu ditangkap kerana kesalahan ini. Majoriti terdiri daripada bangsa Melayu (2,534 orang atau 75%). Dalam kalangan tangkapan melibatkan warganegara Malaysia (3,292 orang), 62% ialah penjawat awam. Sebahagian besarnya ialah kumpulan sokongan.

Fakta ini tidak menghairankan kerana penjawat awam mempunyai banyak peluang untuk terlibat dengan jenayah rasuah dan majoriti penjawat awam adalah berbangsa Melayu. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, penjawat awam terdiri daripada 77.4% Melayu, China (6.2%), India (4.1%), Bumiputra Sabah (6.6%), Bumiputra Sarawak (4.3%) dan lain-lain bangsa 1.4%. (Sinar Harian Online, 2013).

Kesalahan menawar dan memberi rasuah

Kesalahan berlaku apabila seseorang itu menawarkan atau memberi rasuah bertujuan untuk mendapat faedah bagi dirinya sendiri tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan.

Seramai 1,774 orang individu ditangkap kerana kesalahan ini. Hampir semuanya (97%) kakitangan swasta dan orang awam. Paling ramai ditangkap kerana jenayah ini ialah kaum Cina (37%) dan warga asing (32%). Faktor utama ramai kaum Cina terlibat kerana kebanyakannya bekerja di sektor swasta atau bekerja sendiri. Kekerapan berurusan dengan pejabat kerajaan bagi mendapatkan pelbagai bentuk perkhidmatan meningkatkan risiko untuk terjebak dalam kesalahan memberi rasuah. Daripada segi usia pula, 36% tangkapan berumur di bawah 30 tahun dan 29% berumur antara 31 hingga 40 tahun.

Membuat tuntutan palsu

Kesalahan berlaku apabila seseorang itu mengemukakan dokumen tuntutan yang mengandungi maklumat tidak benar (palsu). Tuntutan palsu yang dikemukakan kepada pejabat (contoh kerajaan atau swasta) bertujuan bagi mendapat keuntungan peribadi.

Berdasarkan jumlah tangkapan, kecenderungan melakukan kesalahan ini adalah sama antara kakitangan sektor kerajaan (52%) dan swasta (48%). Fakta ini menunjukkan sektor kerajaan dan swasta mempunyai peluang yang sama banyak untuk terjebak dalam perbuatan tuntutan palsu.

Menggunakan jawatan awam untuk mendapatkan suapan

Kesalahan ini juga dikenali sebagai salah guna kedudukan oleh penjawat awam. Seperti namanya, ia hanya melibatkan penjawat awam sahaja.

Salah guna kedudukan bermaksud, seseorang yang mempunyai kedudukan membuat sesuatu keputusan atau mengambil tindakan yang dapat menguntungkan dirinya atau keluarganya.

Contohnya, Pengarah Bahagian Pentadbiran Jabatan A (Kerajaan) meluluskan kontrak penyelenggaraan kepada syarikat yang dimiliki adiknya. Tindakan beliau itu menguntungkan syarikat milik keluarganya.

Kesalahan ini merupakan yang paling sukar untuk dibuktikan dalam siasatan. Dalam tempoh 10 tahun, hanya 77 orang individu ditangkap kerana kesalahan ini. Daripada jumlah itu, hampir semua berbangsa Melayu dan Bumiputra Sabah/Sarawak. Hanya seorang sahaja berbangsa Cina. Majoritinya berumur 41 tahun ke atas.

Rasuah oleh warga asing

Dalam 10 tahun, 657 orang warga asing ditangkap. Seperti yang disebut sebelum ini, kebanyakan (88%) warga asing ditangkap kerana kesalahan menawar dan memberi suapan. Berdasarkan rekod SPRM, paling ramai adalah dari negara Indonesia (202 orang atau 31%), Bangladesh (103 orang atau 16%), Pakistan (82 orang atau 12%), Myanmar (62 orang atau 9%) dan India (39 orang atau 6%).

Jumlah rasuah terlibat

Nilai rasuah berbeza mengikut jenis kes dan siapa yang terlibat. Apa yang menarik, berdasarkan rekod SPRM, terdapat segelintir pelaku rasuah ‘malang’ yang ditangkap kerana memberi atau menerima rasuah dalam jumlah yang amat kecil. Dalam kes rasuah, walau sekecil mana pun jumlah rasuah terlibat, akibatnya sama.

Bagi kesalahan meminta dan menerima rasuah, nilai rasuah terlibat serendah RM10 dan paling tinggi USD 20 juta. Dari 2003 sehingga 2012, 35 orang individu ditangkap kerana menerima suapan kurang daripada RM50.

Contoh: Pada 9 Disember 2011, seorang koperal polis ditangkap kerana menerima suapan RM10.00 sebagai balasan tidak melakukan pemeriksaan terhadap barangan seludup dan bercukai yang dibawa masuk ke negara ini oleh pelawat Thailand.

Manakala bagi kesalahan menawar dan memberi suapan, nilai paling rendah ialah RM3 sehingga RM1 juta. Seramai 431 orang individu ditangkap kerana memberi rasuah kurang daripada RM50. Daripada jumlah itu, 44 ditangkap kerana memberi rasuah kurang RM10. Adakah berbaloi ditangkap kerana jumlah sekecil itu?

Contoh 1: Pada 8 Oktober 2010, seorang pesalah trafik ditangkap polis kerana cuba memberi rasuah RM3.00 bagi mengelakkan di saman.

Contoh 2: Pada 2 Mei 2008, seorang individu ditangkap kerana cuba memberi rasuah kepada seorang anggota polis sebanyak RM7.00 dengan harapan tidak di saman kerana memandu dalam keadaan mabuk serta memiliki lesen memandu yang telah tamat tempoh.

Kesimpulan

Memerangi rasuah tidak hanya terletak di atas bahu SPRM sahaja. Masyarakat sendiri dapat menentukan tahap rasuah di negara kita. Punca utama jenayah ini berlaku akibat ketiadaan integriti dalam diri seseorang individu. Sekiranya anda menganggap negara kita mempunyai masalah rasuah yang serius, sebenarnya anda mempunyai peranan untuk menjadikan negara kita lebih baik. Caranya mudah, jangan beri dan jangan terima rasuah. Sebagai rakyat Malaysia yang bermimpikan negara yang bebas rasuah, laporkan perlakuan rasuah yang berlaku kepada SPRM. Tindakan ‘tidak mahu jaga tepi kain orang’ tidak akan membantu mengurangkan jenayah rasuah. Bukan sahaja lapor, tetapi bantu SPRM dalam siasatan dan pendakwaan. Hentikan kritikan tidak membina kepada SPRM. Buktikan dengan perbuatan bahawa anda benar-benar mahu membanteras rasuah. Anda boleh lakukan perubahan, PERANGI rasuah!…

Artikel dipetik daripada Trends & Patterns Rasuah Di Malaysia, Buletin SPRM, 1/2014 halaman 10-11

https://wordpress.com/read/blogs/101537630/posts/188#comments