Category: PROSES KEJADIAN MANUSIA DALAM AL-QURAN

PROSES KEJADIAN MANUSIA DALAM AL-QURAN

KEJADIAN MANUSIA

Manusia adalah sejenis makhluk Allah yang istimewa dari makhluk lain. Diberikan kepadanya sifat- sifat khusus untuk membolehkannya menanggung amanah Allah yang tidak tertanggung oleh makhluk-makhluk lain, walaupun makhluk itu lebih besar dan gagah berbanding manusia

seperti langit ,matahari, bintang-bintang , bumi, bukit-bakau dan sebagainya,

Manusia adalah makhluk Allah yang sudah jelas kehebatannya lebih agung dari makhluk lain. Makhluk lain selain dari

manusia hanya besar pada bentuk luaran sahaja, tetapi kecil pada kesanggupan dan kebolehan untuk menjadi makhluk Allah yang terbaik bagi mananggung amanah-Nya.

KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN

Kejadian manusia daripada sudut sains tidak berbeza dengan perspektif islam.

Di dalam al-Quran jelas menerangkan dengan terperinci kewujudan proses  manusia itu sendiri. Al-quran menyatakan dengan tegas bahawa manusia diciptakan dari tanah .

Semasa penciptaan Adam,Allah SWT telah berfirman bahawa “Jadilah, maka jadilah ia” (Surah Ali Imran : 59). Oleh itu, proses kejadian  manusia menurut Al-Quran  adalah lebih sahih dan relevan kerana mempunyai bukti yang kukuh.

Penciptaan atau kejadian manusia terbahagi kepada tiga. Hal ini telah menjadi titik tolak kepada proses kejadian manusia dan menunjukkan tanda-tanda kemuliaan manusia.

PERINGKAT PERTAMA – NUTFAH

Nutfah adalah peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani.

” Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya

dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat ” (surah al-Insan  ayat – 2)

Daripada nutfah inilah Allah SWT menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

PERINGKAT KEDUA – ALAQAH

Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telur yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.

Firman Allah yang bermaksud :

” Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah” (al-Mukminun : 14)

PERINGKAT KETIGA – MUDGHAH

Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14 Allah berfirman:

“lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging”  (Al-Mukminun : 14)

Diperingkat ini sudah berlaku  pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.

PERINGKAT KEEMPAT – IZOM DAN LAHM

Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

Firman Allah yang bermaksud :

“Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging” 

(Al-Mukminun : 14)

PERINGKAT KELIMA – NASYI’AH KHALQAN AKHAR

Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku.

Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh.

Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja. 

Janin mendapat makanan dari uri ibu

PERINGKAT KEENAM – NAFKHUR RUH

Ini merupakan peringkat terakhir di mana peringkat peniupan roh.Para ulamak Islam sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A’raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t. Sekian, Semoga Kita Mendapat Hidayah Allah SWT .