Category: PESANAN ALLAH SWT KEPADA MUKMININ DAN MUKMINAH DALAM SURAH AN NUR

PESANAN ALLAH SWT KEPADA MUKMININ DAN MUKMINAH DALAM SURAH AN NUR

1

PESANAN ALLAH SWT KEPADA MUKMININ DAN MUKMINAH DALAM SURAH AN NUR

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: ―Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat‖. Ayat 30: Arahan kepada orang mukmin. Ini untuk mengelak terjadinya perkara yang tidak elok. قُم نِّهمُؤمِىيهَ يَغُضّىا مِه أَبصٰسِهِم

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, Kalimah يَغُضّىا dari غ ض ض yang bermaksud mengurangkan, memendekkan, atau menurunkan sesuatu. Ia boleh digunakan untuk pandangan mata dan juga suara. Oleh itu hendaklah mereka rendahkan pandangan mata dari melihat perkara yang tidak patut dilihat. Maka jangan lihat perkara yang haram. Kalau pandangan mata mereka melihat sesuatu yang diharamkan tanpa sengaja, hendaklah dia memalingkan pandangan matanya dengan segera darinya. Jangan terus dipandang tidak berkelip pula. Tetapi kalau ternampak, janganlah terus ditenung atau dipandang untuk kali yang kedua – larikanlah pandangan kamu itu. Pandangan pertama itu tidak berdosa, tetapi kalau terus memandang buat kali kedua, maka itu yang berdosa – seperti yang disebut dalam satu hadis riwayat Abu Daud : Dari Abdullah ibnu Buraidah, dari ayahnya yang mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda kepada sahabat Ali: Hai Ali, janganlah kamu mengikutkan suatu pandangan ke pandangan berikutnya, kerana sesungguhnya engkau hanya diperbolehkan menatap pandangan yang pertama, sedangkan pandangan yang berikutnya tidak boleh lagi bagi kamu.

2

Kalimah مُؤمِىيهَ termasuk untuk lelaki dan perempuan juga (walaupun ia lafaz kepada lelaki). Maka janganlah kata hanya lelaki sahaja kena tundukkan pandangan kerana wanita pun harus menjaga mata mereka juga. Pandangan mata ini amat bahaya. Seperti kata pepatah: ―Dari mata turun ke hati‖. Kalau kita tidak menjaga mata kita, maka akan ternampaklah kaum berlainan jenis yang boleh menyebabkan timbul keinginan-keinginan pelik dalam diri kita. Maka Allah swt awal-awal lagi memerintahkan kita agar menjaga mata. Malangnya, ada orang yang sudah menjadikan ‗profesion‘ mereka duduk melepak di jalanan dan memerhatikan orang yang lalu lalang. Ini selalunya dilakukan oleh budak-budak muda yang akal masih tidak cukup lagi. Sudahlah mereka menakutkan orang yang lalu lalang, malah mereka kacau lagi, menegur wanita dan anak dara yang lalu dan mengganggu mereka. Nabi saw sudah berpesan tentang perkara ini. Di dalam kitab sahih disebutkan melalui Abu Sa‘id رضي الله عىه , bahawa Rasulullah saw pernah bersabda: ―Janganlah kalian duduk-duduk di (pinggir-pinggir) jalan.‖ Mereka bertanya, ―Wahai Rasulullah saw, kami perlu tempat untuk bercakap-cakap.‖ Rasulullah saw bersabda, ―Jika kalian tetap ingin duduk-duduk di jalanan, maka berikanlah jalan akan haknya.‖ Mereka bertanya, ―Apakah hak jalan itu, wahai Rasulullah saw?‖ Rasulullah saw bersabda, ―Menahan pandangan mata, menahan diri untuk tidak mengganggu (orang yang lalu), menjawab salam, memerintahkan kepada kebajikan, dan mencegah kemungkaran.‖ وَيَحفَظىا فُسوجَهُم

dan memelihara kemaluannya; Dan mestilah dijaga kemaluan daripada melakukan maksiat. Maknanya jauhkan diri dari zina. Sebelum zina terjadi di dalam bentuk jimak, sudah ada zina-zina lain yang harus dijaga dari berlaku. Di dalam kitab Sahih Bukhari disebutkan sebuah hadis melalui Abu Hurairah رضي الله عىه yang mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:

3

Telah ditetapkan atas anak Adam bahagian dari perbuatan zina yang pasti dialaminya: ‗zina mata‘ adalah pandangan mata, ‗zina lisan‘ adalah ucapan, ‗zina kedua telinga‘ adalah pendengaran, ‗zina kedua tangan‘ ialah memukul, dan ‗zina kedua kaki‘ ialah melangkah, dan hawa nafsu yang berharap dan menginginkannya, sedangkan kemaluanlah yang membenarkannya atau mendustakannya. Jadi sebelum zina kemaluan itu berlaku, zina-zina yang lain hendaklah dijaga dari berlaku. Maka dari hadis di atas, bukanlah dukhul (memasukkan) sahaja yang dikira sebagai zina, tetapi perlakuan sebelum itu lagi sudah dikira sebagai zina. Cuma yang ada hukum hudud adalah zina dukhul sahaja. Maka janganlah kita pandang ringan zina-zina yang lain. Jangan kita katakan: ―Alaaahhh, aku tengok jer, bukan buat apa pun…..‖ ذٰنِكَ أَشكىٰ نَهُم

yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Amat penting untuk pandangan mata kerana terdapat kaitan rapat antara pandangan mata dan kemaluan. Kalau tidak dijaga pandangan, maka akan timbul masalah pada hati yang boleh membawa kepada perbuatan zina.‖ Imam Ahmad رحم الله meriwayatkan dari Abu Umamah, dari Nabi saw yang telah bersabda: Tiada seorang lelaki muslim pun yang melihat kecantikan seorang wanita, kemudian dia menundukkan pandangan matanya, melainkan Allah akan menggantinya dengan (pahala) suatu ibadah yang dia rasakan kemanisannya (kenikmatannya). Menjaga pandangan mata dari membuat dosa akan menyebabkan kita dapat berasa nikmat untuk beribadat. Kita akan berasa nikmat dan seronok sahaja untuk solat, baca Qur‘an dan lain-lain. Maka, kalau kita rasa kita tidak mendapat kemanisan dalam ibadat kita, atau berasa berat dan malas, itu mungkin petanda yang kita tidak menjaga pandangan mata kita agaknya. Maka selepas ini, berusahalah untuk menjaganya.

4

إِنَّ اللهَ خَبيسٌ بِما يَصىَعىنَ

sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Allah mengingatkan yang Dia tahu apa sahaja yang kita perhatikan dan lakukan, walaupun kita tengok secara sembunyi-sembunyi. Ini semakna dengan apa yang disebutkan oleh Allah dalam firmanNya: { يَعْلَمُ خَائِىَت الأعْيُهِ وَمَا حُخْفِي الصُّذُورُ } Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati. (Al-Mu’min: 19) Allah mengetahui semua tentang apa yang manusia lakukan. Allah menggunakan kalimah يَصىَعىنَ yang bermaksud ‗bina, buat, usahakan‘ (seperti usahakan perusahaan kilang dan sebagainya). Ini adalah kerana kebanyakan perbuatan manusia ini ada usahanya, bukannya tanpa sengaja dilakukan. Maka Allah menyuruh kita tundukkan mata kita kerana perkara ini boleh membawa kepada perkara yang tidak elok, kerana semuanya berasal dari mata, Malangnya zaman sekarang perkara ini lagi senang terjadi kerana tidak perlu lihat di khalayak ramai pun kerana ramai sudah ada FB. Maka senang sahaja lelaki untuk melihat wanita-wanita yang banyak meletakkan gambar mereka di FB itu untuk tatapan semua orang. Boleh ditenung lama-lama. Kalau tenung di jalanan tentu nampak pelik dan orang marah. Tetapi kalau tenung gambar di media sosial, tidak ada orang yang larang. Tidaklah kita menyalahkan FB itu sepenuhnya kerana ia boleh digunakan untuk berdakwah dan menyambung silaturahim dengan keluarga dan kenalan kita, tetapi kita haruslah menjaga perhubungan di dalamnya dan janganlah kita meletakkan gambar-gambar yang boleh menyebabkan fitnah. Maka tidaklah perlu untuk ―post‖ gambar-gambar yang tidak perlu untuk tatapan semua dan janganlah kita sibuk untuk membuang masa melayari gambar-gambar wanita cantik di FB lagi.

5

Ayat 31: Sekarang ayat untuk wanita pula. Allah beritahu bukan sahaja mesti ditundukkan pandangan tetapi mesti juga menutup anggota dengan menjaga aurat.

وَقُم نِّهمُؤمِىٰثِ يَغضُضهَ مِه أَبصٰسِهِهَّ

Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, Ini pula adalah arahan kepada wanita juga untuk menundukkan pandangan mereka. Maknanya, bukan lelaki sahaja yang mesti menundukkan dan menjaga pandangan mereka tetapi wanita juga mesti menundukkan pandangan. Janganlah mereka salahkan orang lelaki sahaja yang sentiasa melihat wanita. Haruslah sedar yang wanita juga mempunyai nafsu apabila mereka melihat lelaki. Oleh kerana itu, wanita juga tidak boleh memandang kepada lelaki yang bukan suami mereka. Sebahagian besar dari ulama‘ berdalilkan kepada sebuah hadis: Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Imam Turmuzi melalui hadis Az-Zuhri dari Nabhan maula Ummu Salamah, yang menceritakan kepadanya bahawa Ummu Salamah رضي الله عىها pernah bercerita kepadanya bahawa pada suatu hari beliau dan Maimunah berada di hadapan Rasulullah saw. Ummu Salamah melanjutkan kisahnya, ―Ketika kami dalam keadaan demikian, tiba-tiba datanglah Ibnu Ummi Maktum. Ibnu Ummi Maktum masuk menemui Rasulullah saw. Kejadian ini sesudah Rasulullah saw memerintahkan kepada kami agar berhijab. Maka Rasulullah saw bersabda: ― احْخَجِبَا مِىْه ‖ ‗Berhijablah kamu berdua darinya!‘

6

Maka saya (Ummu Salamah) bertanya, ‗Wahai Rasulullah saw, bukankah dia buta tidak dapat melihat kami dan tidak pula mengetahui kami?‘ maka Rasulullah saw bersabda: أَوَ عَمْيَاوَانِ أَوْخُمَا؟ أَلَسْخُمَا حُبْصِرَاوِهِ ― ‖ ‗Apakah kamu berdua juga buta? Bukankah kamu berdua dapat melihatnya?‘.‖ Ulama‘ lainnya berpendapat bahawa kaum wanita dibolehkan memandang lelaki lain jika tanpa berahi. Seperti yang disebutkan di dalam kitab sahih, bahawa Rasulullah saw menyaksikan orang-orang Habsyah sedang bermain dengan tombak mereka di hari raya di dalam masjid, sedangkan Aisyah Ummul Mu‘minin رضي الله عىها menyaksikan pertunjukan mereka dari balik tubuh baginda, dan Nabi saw menutupinya dari pandangan mereka hingga A‘isyah رضي الله عىها jemu, lalu pulang. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa orang perempuan melihat lelaki tidak sama dengan orang lelaki melihat wanita. Perbuatan lelaki melihat wanita lebih keras lagi. Lelaki lebih perlu menjaga pandangan mereka. Dan memang lelaki suka melihat wanita dengan pandangan ghairah. Kerana itulah wanita disuruh menutup aurat mereka sampai menutup rambut mereka, tetapi tidaklah lelaki disuruh berbuat begitu. Allahu a‘lam. وَيَحفَظهَ فُسوجَهُهَّ

dan menjaga kemaluannya, Dan mereka juga disuruh untuk menjaga kemaluan mereka. Kalaulah mereka tidak menjaganya, maka tentu akan lebih susah lagi kerana lelaki ini memang senang terangsang, tetapi mereka susah untuk mendapatkan wanita. Oleh sebab itu apabila Allah menyebut hukuman kepada penzina dalam ayat 2 surah ini, Allah memulakan dengan penzina wanita, kerana merekalah yang memegang ‗kunci‘nya. Kerana itu aurat wanita lebih banyak perlu dijaga dari lelaki. Mereka mesti menutup aurat mereka kecuali muka dan tangan sahaja. Dan mereka tidak boleh memakai pakaian yang ketat yang boleh memberi maklumat tentang bentuk tubuh badan mereka. Kerana itu pernah kakak A‘isyah رضي الله عىها yang bernama Asma‘ datang ke rumah Nabi saw memakai pakaian yang agak tipis dan ditegur oleh baginda.

7

وَلا يُبديهَ شيىَحَهُهَّ

dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, Salah satu cara untuk mengelakkan penzinaan terjadi, ialah dengan menjaga penampilan kaum wanita. Kaum wanita ini memang sudah menarik perhatian lelaki secara semulajadi. Kalau mereka tidak berbuat apa-apa pun memang kaum lelaki sudah tertarik. Maka kalau mereka menambah lagi penampilan mereka, maka tentu akan jadi lebih menarik dan merbahaya bagi kebanyakan lelaki. Kerana itulah pandangan lelaki susah untuk dijaga, kerana ada wanita-wanita yang memang menghiasi penampilan mereka supaya dinampak indah oleh manusia, terutama golongan lelaki. Kalimah زيىَخَهُ ه (perhiasan mereka) ada tiga tafsiran: Tafsiran yang pertama mengatakan ia merujuk kepada tubuh badan wanita itu sendiri. Oleh kerana itu di dalam syari‘at, tubuh badan orang perempuan itu sendiri sudah dikira sebagai ‗aurat‘. Dan kerana itu jikalau tidak ada keperluan untuk mereka keluar, maka mereka harus duduk di dalam rumah sahaja. Ini ada disebut di dalam Surah Ahzab. Kerana jikalau mereka tidak ada urusan dan keluar rumah juga, maka syaitan akan menyebabkan lelaki ajnabi melihat mereka.Maka, yang terbaik adalah mereka duduk sahaja di dalam rumah supaya selamat dari pandangan kaum lelaki. Tafsiran yang kedua, kalau mereka ada keperluan untuk keluar, maka hendaklah mereka menutup aurat mereka. Kalau boleh buka pun hanyalah muka dan tapak tangan mereka sahaja. Maka yang boleh dilihat adalah pakaian yang di luar sahaja. { يَا أَيُّهَا الى بِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَىَاحِكَ وَوِسَاءِ الْمُؤْمِىِيهَ يُذْوِيهَ عَلَيْهِ ه مِهْ جَلابِيبِهِ ه رَلِكَ أَدْوَى

أَنْ يُعْرَفْهَ فَلا يُؤْرَيْهَ } Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ―Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.‖ Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu.(Al-Ahzab: 59) Tafsiran yang ketiga, merujuk kepada kecantikan perhiasan mereka. Maksudnya mereka jangan pakai benda-benda yang boleh menarik perhatian.

8

Jangan pakai pakaian yang ketat. Jangan pakai alat solek yang tebal dan sebagainya. Ini kerana perhiasan itu semua menarik perhatian kaum lelaki. إِلّا ما ظَهَسَ مِىها

kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Hendaklah ditutup kesemuanya sekali kecuali perkara yang tidak dapat dielakkan lagi. Contohnya, mereka itu orang yang tinggi, maka mereka tidak boleh berbuat apa-apa tentang ketinggiannya itu. Juga baju di bahagian luar mereka, memang tidak dapat dielak lagi. Ada juga yang berpendapat, ia bermaksud bahagian tubuh mereka yang terbuka kerana ditiup angin, contohnya. Iaitu perkara yang tidak disengajakan. Perkara yang tidak disengajakan, dimaafkan. وَنيَضسِبهَ بِخُمُسِهِهَّ عَهىٰ جُيىبِهِهَّ

Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, Dan wanita hendaklah panjangkan ‗khimar‘ mereka ke atas dada mereka. Digunakan kalimah ‗khimar‘ yang bunyinya seperti ‗khamar‘ (arak) kerana sifatnya yang menutup akal di kepala. Jadi ‗khimar‘ dalam ayat ini adalah sesuatu yang menutup kepala mereka. Kebiasaan bagi orang Arab sebelum Islam, bahagian kepala mereka sudah biasa ditutup dengan khimar. Tetapi kain hujungnya dibawa ke belakang (macam kain serban yang leretan kainnya dilepaskan di belakang). Maknanya pakaian wanita waktu itu terbuka di bahagian dada. Maka apabila Islam datang, Allah memerintahkan agar kain itu dibawa ke bahagian depan menutupi belahan dada. Yang penting adalah bahagian dada yang menonjol itu yang perlu ditutup. Saidatina A‘isyah رضي الله عىها menceritakan bagaimana apabila ayat ini mula turun, mereka membacakan ayat ini kepada keluarga mereka dan para wanita terus mencari kain untuk menutupi bahagian tubuh mereka. Dan mereka terus meninggalkan kain yang jarang dan mula memakai kain yang kasar dan tebal.

9

Ini menunjukkan betapa warak dan taatnya mereka dengan ayat-ayat Qur‘an. Mereka terus buat tanpa soal dan tanpa lengah. Ada hujah jahil yang mengatakan tidak ada ayat Qur‘an yang memerintahkan untuk ‗menutup kepala‘. Mereka kata, hanya tutup ‗dada‘ sahaja. Dan sememangnya kalau dicari terjemahan ‗menutup kepala‘ tidak ada dalam terjemahan Qur‘an. Ini kerana mereka tidak faham apakah maksud ‗khimar‘. Khimar itu sudah membawa maksud ‗tutup kepala‘, jadi tidak disebut ‗tutup kepala‘ dalam Qur‘an lagi kerana ia memang telah diamalkan pada zaman itu. Cuma perubahan yang ditambah adalah kain yang jatuh ke belakang itu dahulu dibawa ke hadapan untuk menutupi belahan dada sahaja. Maka, haruslah pandai dan memahami cara memakai kain tudung ini. Mestilah diajarkan anak-anak perempuan kita dan isteri-isteri kita. Supaya kain tutup kepala itu juga benar-benar menutupi dada. Mestilah menggunakan kain yang panjang supaya dapat menutupi keseluruhan bahagian dada. وَلا يُبديهَ شيىَحَهُهَّ إِلّا نِبُعىنَحِهِهَّ

dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, Maka seorang wanita mestilah menjaga penampilan mereka. Tidak boleh menampakkan aurat dan juga perhiasan mereka melainkan kepada yang dibenarkan sahaja. Maka Allah memberikan senarai dan Allah memulakan dengan suami wanita itu sendiri. Dalam ayat ini, disebut 12 golongan yang dibenarkan. Sedangkan dalam Surah Ahzab hanya disebut tujuh (7) golongan sahaja. Ini adalah kerana Surah Nur ini datang kemudian selepas Surah Ahzab, maka ada penambahan dari surah yang awal turun. Kalau dengan suami, maka berhiaslah semolek-moleknya. Pakailah mana-mana hiasan yang disukai oleh suami. Dengan suami tidak perlu dijaga aurat kerana wanita itu halal bagi suaminya, semua benda boleh tengok. Kita haruslah ingat yang wanita itu jangan menarik perhatian lelaki lain. Janganlah kita sangka yang kalau wanita itu sudah menutupi auratnya, maka itu sudah cukup. Kerana aurat itu lebih lagi dari sekadar pakaian sahaja.

10

Kalau dia menutupi aurat tubuh badannya, dia haruslah juga menjaga tingkah lakunya. أَو ءآبائِهِهَّ أَو ءآباءِ بُعىنَحِهِهَّ

atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, Wanita itu boleh menampakkan perhiasannya kepada bapanya sendiri dan juga bapa mertuanya. Ini termasuklah datuk dan moyang juga. Aurat dengan mahram tidak sama dengan aurat bersama ajnabi. Dibenarkan membuka aurat kepada ahli keluarga kerana ahli keluarga menghormati sesama sendiri dan tidaklah akan mengambil kesempatan ke atas ahli keluarga sendiri. Dan tambahan pula, susah kalau hendak dijaga aurat di dalam rumah kerana mereka tinggal di dalam rumah yang sama. Jadi Islam membenarkannya. Tetapi hendaklah di dalam keadaan yang sesuai. Aurat yang dibenarkan adalah setakat rambut, tangan, wajah dan yang sesuai sahaja. أَو أَبىائِهِهَّ أَو أَبىاءِ بُعىنَحِهِهَّ

atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka, Juga boleh menunjukkan perhiasan kepada anak-anak mereka dan juga anak-anak suami mereka (anak tiri — mungkin suaminya itu sudah mempunyai anak dengan isteri yang lain). أَو إِخىٰوِهِهَّ أَو بَىي إِخىٰوِهِهَّ أَو بَىي أَخَىٰجِهِهَّ

atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki saudara perempuan mereka, Juga dibenarkan menunjukkan perhiasan mereka kepada adik beradik lelaki mereka. Ini termasuk kepada adik beradik tiri juga. Juga kepada anak-anak saudara mereka, sama ada anak adik beradik lelakinya atau anak adik beradik perempuannya. Sama sahaja bagi keduanya.

11

Mereka yang disebutkan di atas (dari ayahnya tadi) adalah ‗mahram‘ bagi wanita itu, mereka dibolehkan memperlihatkan perhiasannya kepada orang-orang tersebut, tetapi bukan dengan cara tabarruj (berlebihan). Dalam ayat ini tidak disebut pakcik dan juga anak menantu. Ini kerana mereka juga tidak boleh dikahwini, maka mereka juga termasuk di dalam ayat ini. Pernah sekali pakcik kepada A‘isyah رضي الله عىها datang dan beliau takut untuk berjumpa dengannya. Maka selepas itu Nabi Muhammad kembali dan berkata A‘isyah رضي الله عىها boleh berjumpa dengan pakciknya itu tanpa menutup aurat. Kebenaran ini tidak termasuk ipar duai kerana mereka itu bukanlah mahram. Memang waktu itu mereka tidak boleh dikahwini kerana mereka pasangan orang lain. Tapi kalau mereka bercerai, kita boleh menikahi mereka. Dan ipar duai ini memang bahaya, kerana mereka itu selalunya rapat dengan kita dan mereka itu dianggap sebagai keluarga. Kita biasanya selalu berkumpul bersama-dalam dalam majlis keluarga. Jadi selalu boleh lihat melihat sesama sendiri. Dan kerana itu memang hendaklah dijaga sungguh dengan mereka. Malangnya selalunya orang kita tidak menjaga perkara ini kerana mereka sangka itu semua keluarga sahaja. Tetapi lihatlah hadis Nabi saw. Di dalam kitab Sahihain telah disebutkan sebuah hadis dari Rasulullah saw yang telah bersabda: ― إِي اكُمْ وَالذُّخُىلَ عَلَى الىِّسَاءِ ”. قَالُىا: يَا رَسُىلَ اللهِ، أَفَرَأَيْجَ الحَمْى؟ قَالَ: “الحَمْى الْمَىْثُ ‖ ―Janganlah kalian masuk menemui wanita.‖ Dikatakan, ―Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu tentang (masuk menemui) saudara ipar?‖ Rasulullah menjawab, ―(Masuk menemui) saudara ipar ertinya maut.‖ Lihatlah bagaimana Nabi Muhammad saw sampai mengatakan mereka itu boleh dikaitkan dengan ‗maut‘ kerana berat sangat apa yang akan terjadi kalau kita tidak menjaga aurat dari ipar duai. Ingatlah yang mereka itu bukanlah mahram dan mereka boleh juga ada keinginan kepada ipar mereka. Dan kita pun tahu ada banyak kisah bagaimana seorang lelaki ‗terlajak‘ dengan iparnya sendiri.

12

أَو وِسائِهِهَّ

atau wanita-wanitanya, Yakni seorang wanita dibolehkan menampakkan perhiasannya kepada ‗wanita muslimat‘, bukan wanita kafir. Kerana itu ayat ini menyebut ‗wanitanya‘ yang merujuk kepada sesama Muslim. Wanita Muslim dibenarkan kerana mereka tidak menceritakan keadaan kaum wanita muslimat kepada kaum lelaki mereka. Tapi kenalah berhati-hati dengan wanita bukan Muslim. Ini kerana takut mereka akan menceritakan tentang wanita itu kepada lelaki lain. Ini kita dapat tahu dari kalimah yang digunakan. Kerana tidaklah digunakan kalimah وِسائِ sahaja yang boleh membawa maksud mana-mana wanita. Tapi kalimah yang digunakan adalah وِسائِهِ ه (wanita-wanita ‗mereka‘) yang membawa maksud wanita yang tertentu sahaja. Adapun wanita muslimah, sesungguhnya dia sepatutnya mengetahui bahawa perbuatan menceritakan perihal wanita lain (kepada lelaki) adalah haram sehingga dia hendaklah menahan dirinya dari melakukan hal tersebut. Rasulullah saw telah bersabda: ―لَ حُبَاشِرُ المرأة المرأةَ، حَىْعَخُهَا لِسَوْجِهَا كَأَو ه يَىْظُرُ إِلَيْهَا ‖ Janganlah seorang wanita menceritakan (menggambarkan) keadaan wanita lain kepada suaminya, (hingga) seakan-akan suaminya memandang ke arahnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Inilah hukum yang telah diketengahkan. Mungkin ramai wanita kita tidak tahu tentang perkara ini. Maka mereka sangka yang mereka boleh membuka tudung mereka di hadapan wanita yang bukan beragama Islam sedangkan perkara ini dilarang. Sa‘id ibnu Mansur telah meriwayatkan di dalam kitab sunannya, bahawa Khalifah Umar menulis surat kepada Abu Ubaidah yang isinya sebagai berikut:

13

Amma Ba‘du, sesungguhnya telah sampai berita kepadaku yang mengatakan bahawa sebahagian dari kaum wanita muslimat sering memasuki tempat mandi sauna bersama wanita-wanita musyrik, dan hal itu terjadi di daerah selenggaraanmu. Maka tidak dihalalkan bagi wanita yang beriman kepada Allah swt dan hari kemudian memperlihatkan auratnya kepada wanita lain kecuali wanita yang seagama dengannya. Satu lagi pendapat yang mengatakan, وِسائِهِ ه yang dimaksudkan adalah golongan wanita yang selalu berurusan dengan wanita itu, tidak kira sama ada Muslim atau pun tidak. Iaitu mereka yang dipercayai. Maka kerana itu ada pendapat yang mengatakan boleh wanita yang bukan Muslim melihat aurat wanita. Tambahan pula kerana zaman sekarang amat susah untuk menjaga aurat dari mereka. Allahu a‘lam. Perhiasan yang dimaksudkan ialah bahagian leher, anting-anting, bahagian yang ditutupi oleh kain tudung, dan anggota lainnya yang tidak halal dilihat kecuali hanya oleh mahramnya. أَو ما مَهَكَث أَيمٰىُهُهَّ

atau hamba-hamba yang mereka miliki, Ibnu Jarir رضي الله عىه mengatakan, yang dimaksudkan adalah ‗hamba‘ perempuan yang musyrik. Dalam hal ini wanita muslimat dibolehkan memperlihatkan perhiasannya kepada hamba-hamba perempuannya, sekalipun mereka musyrik, kerana mereka adalah hambanya. Demikianlah menurut pendapat Abdullah bin Mas`ud, Mujahid, Hasan Basri, Ibn Sirin, Said bin Musayyab, Ta`us dan Imam Abu Hanifah, dan juga Imam Shafi`i. Jadi ini tidak termasuk hamba lelaki walaupun dimiliki oleh wanita itu. Kerana kalaulah hamba itu dibebaskan, dia boleh berkahwin dengan wanita itu. Tetapi menurut ulama‘ seperti A‘ishah dan Ummu Salamah berpendapat wanita muslimat dibolehkan memperlihatkan perhiasannya kepada hamba-hamba, baik yang lelaki mahupun yang perempuan. Mereka mengatakan demikian dengan berdalilkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud رحم الله

14

أَوِ انحّٰبِعيهَ غَيسِ أُونِي الإِزبَةِ مِهَ انسِّجالِ

atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) Yakni seperti para pelayan yang bergaji di mana mereka yang berakal kurang dan lemah, tiada keinginan terhadap wanita dan tidak pula berkeinginan terhadap wanita. Jadi terdapat dua kategori: Mereka itu adalah pekerja bawahan dan mereka tidak ada keinginan terhadap wanita. Ini kerana apabila mereka itu orang bawahan, mereka tidak berani untuk membuat benda tidak patut. Walau bagaimanapun janganlah pula gunakan ayat ini sebagai alasan untuk bermudah-mudah dengan pekerja lelaki seperti pemandu, orang gaji dan sebagainya. Jangan cari alasan untuk memudahkan diri. Ibnu Abbas رضي الله عىه mengatakan, yang dimaksudkan adalah lelaki dungu yang tidak mempunyai nafsu syahwat. Sedangkan menurut Ikrimah, yang dimaksudkan adalah lelaki lembut (pondan) yang kemaluannya tidak dapat berereksi. Hal yang sama dikatakan oleh bukan hanya seorang dari kalangan ulama‘ Salaf. أَوِ انطِّفمِ انَّريهَ نَم يَظهَسوا عَهىٰ عَىزٰتِ انىِّساءِ

atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Ia bermaksud kanak-kanak kecil belum mengenali aurat lagi. Yakni anak-anak kecil yang masih belum mengerti keadaan wanita dan aurat mereka seperti perkataannya yang lemah lembut lagi merdu, lenggak-lenggoknya dalam berjalan, gerak-geri dan sikapnya. Apabila anak lelaki kecil masih belum memahami hal tersebut, maka dia boleh masuk menemui wanita walaupun wanita itu tidak menutup aurat dengan sempurna. Ulama‘ mengatakan mereka ini paling tua adalah berumur 12 tahun. Ini kerana mereka sepatutnya tidak ada lagi keinginan itu. Tapi pada zaman

15

sekarang tidaklah dapat dipastikan kerana ada di kalangan kanak-kanak ini yang cepat matangnya. Ini kerana mereka dari kecil lagi sudah terdedah kepada perkara-perkara yang tidak senonoh dalam media sosial. Jadi mereka sudah terangsang dari kecil lagi. Maka, kenalah pandai menilai. وَلا يَضسِبهَ بِأَزجُهِهِهَّ نِيُعهَمَ ما يُخفيهَ مِه شيىَحِهِهَّ

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Wanita tidak boleh menghentakkan kaki sampai berbunyi perhiasan kaki mereka. Ini adalah perbuatan untuk menarik perhatian orang lelaki. Pada zaman Jahiliah dahulu, apabila seorang wanita berjalan di jalan, sedangkan dia memakai gelang kaki, jika tidak ada lelaki yang melihat dirinya, dia akan memukul-mukul kakinya ke tanah sehingga kaum lelaki mendengar bunyi gelangnya (dengan maksud menarik perhatian mereka). Maka Allah melarang kaum wanita mukmin melakukan hal seperti itu. Kalau zaman sekarang, ia boleh dilakukan dengan kasut tinggi. Ini kerana wanita zaman sekarang tidak memakai gelang kaki yang berbunyi, tetapi kalau dengan kasut tinggi yang berderap-derap bunyinya, itu pun sudah boleh dikira menarik perhatian. Termasuk ke dalam apa yang dilarang ialah memakai wangian bila keluar rumah, sebab kaum lelaki akan mencium baunya. Abu Isa At-Tirmizi رضي الله

عىه mengatakan: Dari Abu Musa,Nabi saw telah bersabda: Setiap mata ada zinanya. Seorang wanita bila memakai wangian, lalu melewati suatu majlis, maka dia (akan memperoleh dosa) . Yakni dosa zina mata. Maka kaum wanita, elaklah dari berhias semasa keluar rumah. Sepatutnya perhiasan itu adalah untuk suami sahaja. وَجىبىا إِنَى اللهِ جَميعًا أَيُّهَ انمُؤمِىىنَ نَعَهَّكُم جُفهِحىنَ

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. Dan bertaubatlah kalau dahulu kamu pernah melakukan perkara-perkara yang dilarang ini. Bertaubatlah kamu kerana banyak yang kamu telah langgar. Ikutlah saranan dari Allah ini kerana ia adalah untuk kebaikan kita semua.

16

Perkara ini perlu dijaga dari rumah lagi, dari anak-anak kita sejak kecil lagi. Fahamkanlah mereka tentang perkara ini supaya tidak susah untuk kita ubah mereka apabila mereka dewasa nanti. Islam amat menjaga perkara ini sampaikan terdapat larangan berdua-duaan dengan wanita ajnabi. Kalau perlu berjumpa, maka kenalah ada mahram wanita itu. Wanita juga dilarang untuk menyentuh lelaki. Kerana itulah apabila Nabi saw mengadakan bai‘ah dengan wanita, baginda tidak pernah berjabat tangan dengan mereka. Maka ini menjadi larangan bagi kita untuk berjabat salam dengan wanita. Kerana itulah juga wanita dilarang untuk mengembara jauh tanpa mahramnya. Pentingnya wanita dipisahkan dari lelaki, sampaikan baginda mengatakan wanita lebih afdhal untuk solat di rumah sahaja. Dan kalaupun mereka datang solat berjemaah di masjid, wanita haruslah duduk di saf belakang jauh dari lelaki. Dan Nabi saw mengarahkan supaya menyediakan pintu asing bagi wanita supaya tidak bertembung dengan lelaki yang berjemaah itu. Dan pada zaman Nabi saw selepas solat, lelaki akan duduk dahulu untuk memberikan peluang kepada wanita untuk keluar dan balik dahulu. Ini supaya dua golongan itu tidak bertembung. Rujukan: Maulana Hadi Nouman Ali Khan Tafsir Ibn Kathir Tafhim-ul-Qur‘an, Abul A‘la Maududi Tafsir Maariful Qur‘an, Mufti Shafi Usmani__