Category: PENGERTIAN ISTIDRAJ

APA ITU ISTIDRAJ ?

MAKSUD ISTIDRAJ

Adalah pemberian nikmat Allah SWT kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

DALIL ISTIDRAJ

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Manusia yang derhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah SWT bersama kasih  terhadap perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga yang ragu-ragu dengan ajaran Islam, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah SAW dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam  bertahajjud,

puasa penuh pada  bulan Ramadhan dan puasa sunat Isnin, Khamis  serta lain-lain puasa sunat tetapi hidup mereka biasa sahaja.

Ada juga yang susah dalam kehidupan. Kenapa?  Bagaimana pula orang yang seumur hidup tidak pernah solat dan puasa tetapi memiliki rumah tersergam indah, kereta mewah, duit yang banyak dan hidup dalam keadaan kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu tidaak takut mati? Katanya, semua orang akan mati, kalau masuk neraka, ramai-ramai…tak kisahlah!.

Rasullulah SAW yang naik ke langit bertemu Allah SWT pun tidak bersikap begini, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehingga semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tidak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tidak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah SWT dengan penuh rasa rendah diri.

MANUSIA YANG BERSIFAT ISTIDRAJ

Manusia yang bersifat istidraj merupakan manusia yang telah lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah SWT masih menyayanginya.

Mereka memandang hina kepada orang yang beramal soleh tetapi miskin. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tidak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam dengan kereta mewah.

Tidak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong. ” Sebenarnya, kadang-kadang Allah SWT memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkan seseorang.

Rasullulah SAW  bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah SWT.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tidak terkira, tidak pernah sakit, tidak pernah bersin kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tetapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati Disaat hampir mati  masih angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tetapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja  dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takabbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja  dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takabbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya dan melakukan maksiat hidup senang dan mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.  Untuk apa hidup ini tanpa keredhaan Allah SWT?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.

Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah SWT. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah SWT? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur dengan nikmat yang diperolehi. Dia mengunakan nikmat pemberian ke jalan kebaikan serta sentiasa redha. Sentiasa ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah SWT. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamat di dunia dan akhirat-In Sya Allah.

KESAN DISEBALIK ISTIDRAJ :

1– Nikmat sentiasa tidak mencukupi.

2– Nikmat yang didapati tidak mampu

     membersihkan jiwa.

3– Amat susah melakukan ibadat kepada

     Allah SWT.

4-Tidak mensyukuri nikmat kurniaan

    Allah SWT.

5-Semakin bertambah nikmat kurniaan

   Allah SWT semakin jauh dengan Allah SWT.

SEMOGA BERMANFAAT.