KITA DAN KELUARGA

KITA DAN KELUARGA

Dalam kesibukan kita berkerjaya dan mengejar keperluan di dunia, jangan sama sekali kita mengabaikan keluarga khususnya masa hadapan anak-anak kita.

Setiap kita sewajarnya berusaha untuk memastikan ahli keluarga, pasangan dan anak cucu kita bersama masuk ke Syurga. Ingatlah peringatan Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan (At-Tahrim: 6)

Untuk tujuan tersebut, beberapa doa yang dipetik daripada Al-Quran untuk kita jadikan amalan.

1. Doa Dikurnia Zuriat Yang Baik

‎هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Ketika itu Nabi Zakaria a.s berdoa kepada Tuhannya, katanya:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”. (Ali Imran: 38)

2. Doa Agar Sejuk Mata Memandang Isteri dan Anak-Anak

Setiap kita sentiasa berharap agar dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan bersama pasangan dan anak-anak.

‎وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (al-Furqan: 74)

3. Mendidik Mereka Agar Mendirikan Solat

Urusan membesarkan dan mendidik ahli keluarga agar mereka mengenal Pencipta, mendirikan solat dan menjadi anak yang Soleh dan Musleh.

Doa Nabi Ibrahim AS

‎رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku” (Ibrahim 40)

Nasihat Lukman al Hakim perlu diulang kepada anak-anak.

‎يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya” (Lukman:17)

4. Menjangkau Usia 40, Kebimbangan Masa Hadapan Diri dan Anak-anak

Berdoa sebagaimana Doa Nabi Sulaiman AS

‎حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”(al-Ahqaf 15).

8 KUNCI UNTUK HIDUP TENANG

8 KUNCI UNTUK HIDUP TENANG

✍🏻 Al-Ustadz Abu Nasim Mukhtar حفظه الله تعالى

🖊️Syaqiq Al Balkhi¹ pernah bertanya kepada Al Hatim Al Asham²,

“Engkau telah hidup bersamaku selama beberapa lama. Apa saja yang telah engkau pelajari❓”

💬 Al Hatim menjawab,

“Ada delapan pelajaran”:

1️⃣. Aku memerhatikan kehidupan orang. Ternyata, setiap orang memiliki kekasih. Namun, sesampainya di kubur, sang kekasih meninggalkan dirinya. Maka, aku ingin menjadikan amal kebaikan sebagai kekasihku, agar ia selalu menemaniku di dalam kubur.

2️⃣. Aku merenungi firman Allah:

وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ

“Dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya.”

[QS. An Nazi’at: 40].

Maka, aku pun berjuang untuk menahan diri dari keinginan hawa nafsu, sehingga benar-benar mapan untuk mewujudkan ketaatan kepada Allah.

3️⃣. Aku menyaksikan, setiap orang yang memiliki barang berharga, pasti ia akan menjaganya.

Kemudian, aku merenungi firman Allah:

مَا عِندَكُمْ يَنفَدُ ۖ وَمَا عِندَ ٱللَّهِ بَاقٍ ۗ 

“Apa yang dari sisi kalian akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal.”

[QS. An Nahl: 96].

Maka setiap kali aku memiliki barang berharga, aku selalu menyerahkannya kepada Allah, agar tetap kekal di sisi Nya untukku.

4️⃣. Aku menyimpulkan, orang-orang selalu menilai kemuliaan dengan harta, keturunan, maupun kedudukan. Padahal, semua itu tidak bernilai sedikit pun.

Kemudian, aku merenungkan firman Allah:

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَـٰكُمْ ۚ 

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kalian di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kalian.”

[Q.S. Al Hujurat: 13].

Maka, aku pun mewujudkan ketaqwaan agar menjadi mulia di sisi Allah.

5️⃣. Aku mengamati orang-orang senang berbuat hasad.

Kemudian aku meresapi makna firman Allah:

وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

“Dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki”.

[Al Falaq: 5]

Maka aku pun meninggalkan hasad.

6️⃣. Aku meneliti, orang-orang senang bermusuhan.

Kemudian, aku menyelami makna ayat Allah:

إِنَّ ٱلشَّيْطَٰنَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَٱتَّخِذُوهُ عَدُوًّا ۚ 

“Syaitan sejatinya adalah musuh bagi kalian. Jadikanlah dia musuh.”

[QS al-Fathir: 6]

Maka, aku pun tidak memusuhi mereka, lalu aku menjadikan syaithan saja sebagai musuh.

7️⃣. Aku menilik kehidupan orang, ternyata mereka menghinakan diri untuk sekedar hidup.

Kemudian aku merenungi firman Allah:

وَمَا مِنْ دَآبَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا

“Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya.”

[QS. Hud: 6]

Maka, aku menyibukkan diri untuk melaksanakan tugas sebagai hamba lalu aku menyerahkan rizki kepada-Nya.

8️⃣. Aku memerhatikan orang-orang mereka menggantungkan harapan pada perniagaan, kerja keras, dan kesehatan tubuh.

Adapun aku, menggantungkan harapan  sepenuhnya kepada Allah.

📒Sumber:

Mukhtashar Minhajul Qashidin hal 17-18

“Apa matlamat perkahwinan bagi awak?”

“Apa matlamat perkahwinan bagi awak?”

Bila soalan itu dilontarkan, dia terdiam.

Baru terfikir barangkali.

“Mahu ke syurga bersamanya kan?”

Dia angguk.

“Tapi bukan senang untuk melangkah berdua bersama-sama.

Sedangkan melangkah kaki sendirian ke masjid pun berat, inikan pula berdua jika yang tak pernah angkat kaki ke rumah Allah.

Sedangkan nak sujud dahi ke sejadah waktu qiam pun boleh bilang dengan jari sendirian di tengah malam, inikan pula nak gerak pasangan di sebelah yang tengah nyenyak dalam lena.

Sedangkan hati dan jiwa sering tidak sabar, mudah marah dan emosi bila dicuit ujian masa penat belajar, penat menunggu bas, penat buat kerja rumah, mudah merajuk dengan mak ayah.

Inikan pula nak sabar dengan pelbagai kerenah pasangan yang berbeza.”

Saya beritahu begitu, riak wajahnya nampak tidak bersetuju.

“Tak mengapa, semuanya boleh berubah lepas kahwin. Dia didik saya, saya nasihati dia. Bukankah pernikahan itu saling melengkapi?”

“Ya, itu tak dinafikan. Suami sebagai pembimbing buat isterinya. Tapi cuba lihat si ayah, mudahkah didik anak perempuannya dari kecil untuk solat, tutup aurat, ikut syariat hingga dewasa?

Ia memerlukan masa kan?

Kalau ada yang berubah tiba-tiba 360 darjah dalam masa sebulan kahwin, saya tak rasa itu perubahan yang kekal lama.

Sekejap sahaja, nanti dia akan kembali pada perangai lama semula.

Masing-masing ada tabiat tersendiri, ia bukan mampu diubah dalam masa sehari. Sebulan belum tentu, Setahun pun tak dijamin. Bergantung pada proses didikan dan bimbingan.

Bukan mudah suami nak dengari nasihat isteri jika tidak pandai berhikmah kata, bukan mudah isteri nak ikut cakap suami jika tak kena dengan lagunya.”

Dia diam lagi.

Saya biarkan dia berfikir, dan fikiran saya juga turut terbang hingga ke akhirat.

“Jadi, bagaimana nak sampai pada matlamat?”

“Jika benar-benar seorang muslim ingin bernikah kerana Allah, segalanya akan dilakukan selari dengan kehendak Allah.

Sedaya upaya lakukan yang terbaik kerana Allah. Buktikan dengan amal soleh di sisi-Nya.

Bukan dengan semakin tenggelam dengan hawa nafsu perasaan semata. Bukan dengan buat apa yang kita suka sahaja. Tapi apa yang Allah suka tak mahu ikut pula.

Jika kelak rumahtangga dibadai ujian hebat, iman tidak gentar bergolak.

Keduanya akan sama-sama kembali pada Allah, kerana asas permulaannya mereka mulakan dengan Allah.

Namun jika permulaan itu rapuh, maka tiang rumah juga mudah bergoyang bila ditiup dengan angin dugaan.

Esokkan bila bergaduh, jangan tanya ‘Kenapa awak kahwini saya?

Jangan jawap ‘Hanya sebab saya cintakan awak.’

Kerana cinta mudah musnah bila hilang rasa tenang, rasa bahagia.

Tapi jika kerana Allah saya menikah, maka cinta itu akan tetap utuh dan teguh bertahan kerana Allah. Cinta itu selari dengan tanggungjawab, tunaikan hak pada yang berhak.”

Dia mulai mengerti.

“Awak cakap macam awak dah ada pengalaman je.”

Saya tergelak kecil.

“Apakah perlu terjun dalam laut dulu baru tahu laut itu masin dan dalam?”

“Belajarlah dari pengalaman hidup orang. Tanyakan pada mereka tak perlu banyak-banyak soalan.

Hanya tanyakan apakah matlamat perkahwinan baginya? Dan apakah yang sedang dia siapkan untuk sampai pada matlamat itu?”

“Ketahuilah, di saat kita sedang teruja untuk bernikah, ada yang sedang retak menanti belah, sedang hebat dilanda cerai dan talak, sedang hebat bermandi air mata dengan sikap pasangan.

Tiada orang yang ingin duka, semua inginkan bahagia dalam rumahtangganya.

Namun jika tidak kena caranya seperti agama, meranalah jiwa sedangkan begitu indah Allah jadikan berpasangan dan pernikahan untuk cepat sampai pada syurga-Nya.”

“Boleh bagi sifir mudah? Kesimpulan dari semua ini?”

“Taqarrublah pada Ilahi. Itu jalan bahagia hakiki. Bila kita dekat dengan Tuhan, tiadalah DIA biarkan urusan kita uruskan sendiri dengan ikut kata hati.

Akan nanti DIA atur satu-satu dengan penuh cermat dan teliti. Akan nanti kita akan berpaut kuat dengan DIA selalu berada di sisi.”

“Syukran awak.”

Saya senyum.

“Tenang-tenanglah dengan janji Ilahi.”

By_Hikmatul Islam 🙂

Orang perempuan dan lelaki memang berbeza.

Orang perempuan dan lelaki memang berbeza.

Dah sifatnya, orang perempuan selalu suka memandang hal-hal yang kecil dan remeh temeh sehingga hal itu terlihat seperti ‘besar’ pada pandangannya.

Tudung atau baju kedut sikit, dah mulai bad mood.

Rumah bersepah, bilik tak berkemas, alat solek habis, pakaian tak dibasuh, itu pun dah mulai bising.

Tengok cerita korea sedih sikit dah menangis bagai nak rak.

Emosi dan perasaan tu selalu tak stabil. Sekejap marah, ketawa, tup-tup senyum pula lepas nangis.

Orang lelaki pula, tak kisah langsung pun benda kecik sebegitu.

Hal dunia, berita semasa yang berlaku, negara berbalah, pemimpin bergaduh, isu politik, kadang bola itu yang besar bagi mereka.

Kerana itu.

Serasikanlah keduanya menjadi sama.

Bagaimana?

Jika keduanya punyai ‘matlamat’ yang sama, pandang tujuan ‘akhirat’ yang sama.

Maka, si perempuan akan mudahlah kawal emosi dan perasaan.

Dia akan sanggup korbankan apa jua untuk Allah. Benda kecik, bukan lagi jadi halangan.

Dan si lelaki, tidaklah terlalu memandang remeh pada hal yang kecil. Contoh tidak menyakiti hati isteri dengan sindiran dan perlian, kadang benda itu nampak remeh tapi besar nilaian di sisi Allah.

Hanya Islam akan menyempurnakan perbezaan keduanya.

Jadi, kembalilah semula pada ajarannya bila mana timbul salah faham atau perbezaan.

Kita mulia sebab Islam, dan kita hina bila meninggalkannya.

Lelaki dan perempuan sama-sama tinggi darjatnya jika mereka orang beriman. Orang perempuan dan lelaki memang berbeza.

Dah sifatnya, orang perempuan selalu suka memandang hal-hal yang kecil dan remeh temeh sehingga hal itu terlihat seperti ‘besar’ pada pandangannya.

Tudung atau baju kedut sikit, dah mulai bad mood.

Rumah bersepah, bilik tak berkemas, alat solek habis, pakaian tak dibasuh, itu pun dah mulai bising.

Tengok cerita korea sedih sikit dah menangis bagai nak rak.

Emosi dan perasaan tu selalu tak stabil. Sekejap marah, ketawa, tup-tup senyum pula lepas nangis.

Orang lelaki pula, tak kisah langsung pun benda kecik sebegitu.

Hal dunia, berita semasa yang berlaku, negara berbalah, pemimpin bergaduh, isu politik, kadang bola itu yang besar bagi mereka.

Kerana itu.

Serasikanlah keduanya menjadi sama.

Bagaimana?

Jika keduanya punyai ‘matlamat’ yang sama, pandang tujuan ‘akhirat’ yang sama.

Maka, si perempuan akan mudahlah kawal emosi dan perasaan.

Dia akan sanggup korbankan apa jua untuk Allah. Benda kecik, bukan lagi jadi halangan.

Dan si lelaki, tidaklah terlalu memandang remeh pada hal yang kecil. Contoh tidak menyakiti hati isteri dengan sindiran dan perlian, kadang benda itu nampak remeh tapi besar nilaian di sisi Allah.

Hanya Islam akan menyempurnakan perbezaan keduanya.

Jadi, kembalilah semula pada ajarannya bila mana timbul salah faham atau perbezaan.

Kita mulia sebab Islam, dan kita hina bila meninggalkannya.

Lelaki dan perempuan sama-sama tinggi darjatnya jika mereka orang beriman.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?”

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?”

Mula-mula saya aktif di facebook lebih kurang 2 tahun yang lalu, ada seorang lelaki yang lafazkan sebegini dalam pm inbox.

Saya fikir nak simpan sahaja cerita ini jadi rahsia, tapi memandangkan ada yang ‘mengalami’ situasi seperti ini dan bertanyakan pendapat maka inilah pendirian saya.

Statusnya di fb memang nampak islamik.

Padahal, dia tak pernah lihat wajah saya, hanya dia selalu sahaja ‘like’ dan follow di fb ini sehinggalah dia meluahkan sedemikian.

Saya memang terkejut lalu bertanya.

“Isteri pertama awak tak marah?”

“Saya belum lagi bernikah, baru bertunang dengannya. Tapi insha allah, dia sangat baik dan taat pada perintah saya.

Dia setuju jika saya menikah dua kerana dia sangat cintakan saya.”

Erkkk… Nak tergelak pun ada.

Aduhai, kasihan si tunangnya. Belum lagi nikah, si lelaki dah menyimpan angan untuk berkahwin dua sekaligus dalam satu masa yang sama!

“Saya mampu menanggung semuanya. Saya betul-betul dah jatuh hati pada awak.”

Saya, paling tak suka orang lelaki bermulut manis sebegini. Serius tak suka.

Kalau nak kena blocked, silakan nak try cuba bermadah kata.

Walaupun saya ni suka tulis jiwang-jiwang, tapi masih lagi tahu batas jiwang itu setara mana.

Kata-kata manis hanyalah untuk yang sah sahaja. Itu baru benar-benar percaya.

Saya bukan nak bahas dari sudut bab poligami di sini.

Tapi nak si lelaki fahami.

Jika belum lagi bernikah, janganlah terlalu berangan tinggi untuk menikah banyak.

Cuba dulu nikah satu, sempurnakan dahulu dari semua sudut pada yang pertama, baru minta untuk kahwin lagi.

Itupun, fikirlah dahulu banyak kali. Nak adil dari sudut nafkah, yes u can do it!

But please remember, nak adil dari sudut perasaan dua orang isteri atau lebih itu bukan perkara yang senang.

Jika perasaan isteri tersakiti, terseksa jiwa selama dia berada di sisi kamu, maka jangan terlalu yakin untuk mudah dapat syurga Allah.

Sebab itu di akhirat kelak, boleh jadi orang yang tidur sebantal itu boleh jadi musuh bagi kamu jika tidak kena dengan ajaran-Nya.

Untuk si perempuan pula jika ditawarkan sebegini.

Usah terlalu cair untuk mudah-mudah menyerahkan rasa cinta.

Bagi saya, berjuta orang yang ada di dunia ini, masakan Allah tidak simpankan satu pun yang bujang untuk kita?

Soal bertemu atau tidak jodoh bujang itu, itu usaha dan ikhtiar kita.

Yakinlah, kalau benar-benar usaha, takkan sampai kita tiada pilihan sehingga ‘terpaksa’ ambil suami orang lain.

We have a choice.

Tidaklah pula saya bermaksud menafikan takdir yang sesetengah orang itu, memang Allah sudah takdirkan dia menjadi isteri kedua, ketiga dan keempat.

Tapi, selagi mana kita mampu memilih, maka pilihlah untuk tidak membina bahagia di atas air mata orang lain.

Sekian. “Awak sudi jadi isteri kedua saya?”

Mula-mula saya aktif di facebook lebih kurang 2 tahun yang lalu, ada seorang lelaki yang lafazkan sebegini dalam pm inbox.

Saya fikir nak simpan sahaja cerita ini jadi rahsia, tapi memandangkan ada yang ‘mengalami’ situasi seperti ini dan bertanyakan pendapat maka inilah pendirian saya.

Statusnya di fb memang nampak islamik.

Padahal, dia tak pernah lihat wajah saya, hanya dia selalu sahaja ‘like’ dan follow di fb ini sehinggalah dia meluahkan sedemikian.

Saya memang terkejut lalu bertanya.

“Isteri pertama awak tak marah?”

“Saya belum lagi bernikah, baru bertunang dengannya. Tapi insha allah, dia sangat baik dan taat pada perintah saya.

Dia setuju jika saya menikah dua kerana dia sangat cintakan saya.”

Erkkk… Nak tergelak pun ada.

Aduhai, kasihan si tunangnya. Belum lagi nikah, si lelaki dah menyimpan angan untuk berkahwin dua sekaligus dalam satu masa yang sama!

“Saya mampu menanggung semuanya. Saya betul-betul dah jatuh hati pada awak.”

Saya, paling tak suka orang lelaki bermulut manis sebegini. Serius tak suka.

Kalau nak kena blocked, silakan nak try cuba bermadah kata.

Walaupun saya ni suka tulis jiwang-jiwang, tapi masih lagi tahu batas jiwang itu setara mana.

Kata-kata manis hanyalah untuk yang sah sahaja. Itu baru benar-benar percaya.

Saya bukan nak bahas dari sudut bab poligami di sini.

Tapi nak si lelaki fahami.

Jika belum lagi bernikah, janganlah terlalu berangan tinggi untuk menikah banyak.

Cuba dulu nikah satu, sempurnakan dahulu dari semua sudut pada yang pertama, baru minta untuk kahwin lagi.

Itupun, fikirlah dahulu banyak kali. Nak adil dari sudut nafkah, yes u can do it!

But please remember, nak adil dari sudut perasaan dua orang isteri atau lebih itu bukan perkara yang senang.

Jika perasaan isteri tersakiti, terseksa jiwa selama dia berada di sisi kamu, maka jangan terlalu yakin untuk mudah dapat syurga Allah.

Sebab itu di akhirat kelak, boleh jadi orang yang tidur sebantal itu boleh jadi musuh bagi kamu jika tidak kena dengan ajaran-Nya.

Untuk si perempuan pula jika ditawarkan sebegini.

Usah terlalu cair untuk mudah-mudah menyerahkan rasa cinta.

Bagi saya, berjuta orang yang ada di dunia ini, masakan Allah tidak simpankan satu pun yang bujang untuk kita?

Soal bertemu atau tidak jodoh bujang itu, itu usaha dan ikhtiar kita.

Yakinlah, kalau benar-benar usaha, takkan sampai kita tiada pilihan sehingga ‘terpaksa’ ambil suami orang lain.

We have a choice.

Tidaklah pula saya bermaksud menafikan takdir yang sesetengah orang itu, memang Allah sudah takdirkan dia menjadi isteri kedua, ketiga dan keempat.

Tapi, selagi mana kita mampu memilih, maka pilihlah untuk tidak membina bahagia di atas air mata orang lain.

Sekian.

LETERAN ISTERI ANTARA PUNCA KERENGANGGAN RUMAHTANGGA

LETERAN ISTERI ANTARA PUNCA KERENGANGGAN RUMAHTANGGA

SEBAGAI manusia biasa, sifat marah memang ada dalam hati dan jiwa seseorang. Bagaimanapun, sifat marah boleh dikawal supaya tidak berleluasa daripada menyelubungi perasaan dan tindakan kita.

Pakar psikologi menyatakan, sifat marah biasanya berpunca daripada sesuatu sebab atau kesan yang menyebabkan seseorang itu melahirkannya dalam dalam bentuk tindakan dan berasa tidak selesa apabila tidak berbuat demikian.

Menurut ahli sufi, marah disebabkan darah yang memenuhi hati dan bertujuan membalas dendam terhadap seseorang.

Rasulullah SAW pernah menasihatkan Mu’awiyah: “Wahai Mu’awiyah, jauhkan olehmu sifat marah, kerana marah itu dapat merosakkan iman seseorang seperti pahit jadam merosakkan madu yang manis.”

Marah berasal daripada syaitan kerana syaitan dijadikan daripada api dan api itu hanya dapat dibunuh dengan air. Maka oleh sebab itu Nabi SAW menasihatkan supaya orang yang sedang marah mengambil wuduk.

Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai anak Adam, sebutlah nama-Ku apabila engkau marah, supaya Aku ingat pula akan engkau, dengan demikian apabila Aku marah tidaklah Aku menurunkan malapetaka atasmu.”

Itulah sebabnya salah satu amal terbaik ialah menahan diri tatkala marah dan sabar sewaktu hawa nafsu meluap-luap. Maka dapat dinilai orang yang baik itu harus nampak kebaikannya pada waktu marah bukan pada waktu riang gembira.

Rasa takut kepada Allah dapat menghilangkan rasa marah, kerana marah itu datang ketika seseorang melupakan Tuhannya. Hanya Allah yang berhak marah terhadap hamba-Nya yang ingkar dan melakukan kemaksiatan.

Kemarahan dapat menghancurkan segala kebaikan yang ada. Oleh itu, sebagai hamba patutlah mengawal kemarahan supaya tidak menjadi mangsa malapetaka yang boleh terjadi akibat kemarahan.

Sebagai bapa atau ibu, sifat marah terhadap anak patut dikawal sebaiknya supaya anak tidak menjadi mangsa kemarahan tanpa sebab dan si anak tidak akan menyimpan dendam terhadap kemarahan ibu bapa mereka.

Islam mengajar umatnya mengambil berat perihal hubungan murni antara anak dengan ibu bapa. Ia adalah sebagai teras penting dalam kehidupan rumah tangga.

Sementara anak pula, wajib menghormati ibu bapa selagi mereka tidak menyuruh kepada perkara dilarang Allah.

Seorang anak mestilah menjaga lidahnya supaya tidak memarahi ibu bapa mereka, apatah lagi apabila kedua-duanya sudah tua dan uzur.

Allah menegaskan dalam al-Quran yang bermaksud: “Jika salah seorang daripada keduanya (ibu bapa), atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah!” dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun).” (Surah al-Isra’, ayat 23)

Ibu bapa pula, perlu bersikap sayang menyayangi antara anak dan ibu bapa haruslah diwujudkan dalam rumah tangga. Hindarkan sifat marah tanpa bersebab, kerana ia boleh menjadi punca renggang kasih sayang antara anak dan ibu bapa.

Keluarga bahagia memang menjadi idaman setiap insan. Namun, sepanjang hidup sebumbung, ada ketikanya suami marah terhadap isteri, anak, mungkin berkaitan hal disiplin dalam rumah, hal pelajaran anak, kewangan, makanan dan pelbagai lagi hal ehwal rumah tangga.

Begitu juga sikap sesetengah ibu, yang suka berleter kerana rumah tidak berkemas, atau sampah bertaburan di luar rumah, pinggan mangkuk dan kain baju tidak dibasuh. Apa pun puncanya, sifat marah keterlaluan boleh mengeruhkan suasana hingga menjejaskan hubungan kasih sayang antara suami isteri, ibu bapa dan anak.

Hubungan boleh menjadi renggang, menimbulkan penderaan terhadap anak ataupun lebih buruk lagi perceraian suami isteri. Sifat marah juga boleh merosak dan mengakibatkan kemusnahan jika tidak dikawal dengan hati yang rasional dan fikiran tenang.

Jika kita berhadapan dengan orang yang sedang marah, cubalah hadapinya dengan langkah berikut:

  • Beri peluang orang yang sedang marah itu bercakap atau meluahkan terlebih dulu punca kemarahannya;
  • Ketika berhadapan dengan individu yang sedang marah, janganlah menyampuk dan merendahkannya;
  • Kaji punca kemarahannya dan cuba atasi. Jika berpunca daripada kesilapan kita, mintalah maaf daripadanya;
  • Cubalah bertanya soalan bagi membantu menyelesaikan masalah;
  • Terima kemarahan dengan tenang.

Bagi mengubati perasaan marah, cubalah amalkan;

  • Sentiasa ingat kepada Allah dan ingatlah juga bahawa marah adalah sifat tercela yang tidak disenangi orang lain;
  • Ambil wuduk dan bawa bertenang dengan memikirkan asal kejadian kita.
  • Fikir semula mengapa kita harus marah. Nilai semula punca yang menyebabkan kita marah.

Kenapa ramai yang bercerai?

Kenapa ramai yang bercerai?

Kerana tidak mudah mempraktikkan 3 benda ni dalam rumahtangga.

1. SABAR kerana Allah

2. REDHA kerana Allah

3. IKHLAS kerana Allah

Cakap memang mudah. Tapi nak melaksanakan ia sangat-sangat sukar apalagi tanpa ilmu.

Ada yang bertahan sebab anak…

Ada yang bertahan sebab takda pilihan…

Ada yang bertahan sebab malu…

Ada yang bertahan sebab maruah…

Ada yang bertahan sebab keluarga…

Payah berniaga, payah lagi hubungan suami isteri. Lelaki cara fikir dan tindakan (action) dia totally berbeza dengan cara fikir dan action perempuan.

Dalam memahami cara fikir dan komunikasi hubungan pasangan ni adalah bergantung pada sikap tolak ansur dan sabar.

Dalam rumahtangga,

Cantik sahaja tak cukup.

Kaya sahaja tak cukup.

Pandai sahaja tak cukup.

Ada ilmu sahaja tak cukup.

Takda anak lagi tak cukup.

Ada anak pun tak cukup.

Belum lagi masuk campur keluarga kiri dan kanan.

Padang ujian sebenar adalah rumah tangga. Kerana ia fasa terakhir manusia sebelum menghadapi kematian. 🙂 ujian sepanjang hayat.

Walau ustaz yang banyak ilmu agama pun, belum tentu dia boleh menang sampai habis perjuangan dalam rumah tangga.

Ujian dari luar dan dalam rumah bertubi-tubi.

Sebab perjuangan ni adalah perjuangan harian. Perjuangan yang panjang dan perjuangan yang penat mental fizikal. Naik turun.

Sampaikan ada yang meluahkan

“saya tak tahu dah hidup untuk tujuan apa”

Dashyat betul lost dia. Nauzubillahiminzalik.

Jangan sampai lost macam ni ya sahabat.

Kembali kepada Allah.

#AlwaysBackToAllah.

Cari ilmu agama

Cari circle positif

Cari matlamat ke syurga Allah.

Tujuan hidup ni adalah untuk kita kesyurga Allah dengan lulus semua ujian-ujiannya…

Kunci dia dekat 3 perkara NY sebut diatas.

Peganglah pada 3 tu dengan tauhid dan iman yang kuat.

Semoga kita semua berjaya sampai ke garis penamat dengan berjaya. InshaaAllah.

3 perkara yang mungkin dianggap remeh tapi merosakkan rumah tangga

3 perkara yang mungkin dianggap remeh tapi merosakkan rumah tangga

1. Hadap phone memanjang

Gadget sebenarnya boleh menyebabkan ketagihan. Tambah lagi yang suka tengok video di phone. Tiktok, Insta, FB. Lepas habis satu, terus naik lg satu. Memang melekat jelah mata di phone.

Setkan rules bila boleh tengok phone. Dulu kami kerap bergaduh tentang phone. Yelah dah buat bisnes di phone kan. Sehinggalah kami bersetuju dengan rules:

No phone during driving

No phone for co-driver

No phone waktu makan dengan family

No phone bila spend masa dengan pasangan or anak2.

No phone when we are needed physically.

Contohnya pasangan tengah nak bercerita, or luah perasaan ke etc, janganlah dengar sambil hadap phone. That is so rude.

Or tengah sama2 shopping, tapi sorang hadap phone memanjang. Lebih baik tak payah shopping sama2 kan. Sometimes we may feel that aktiviti tu tak berkait dengan kita. Contoh tengah shopping ikan, ayam, sayur. Suami mungkin rasa lauk basah tu tak berkait dengan dia dan dia tak reti menyumbang pun dalam membuat pemilihan lauk, so lebih baik dia main phone je. Spesis orang macamni, lebih baik tak payah dijamu makan nanti. Selfish. Dia fikir isteri tu bibik dia ke?

2. Melengahkan solat

Solat awal waktu memang sangat bagus sebab melatih berdisiplin. Solat awal waktu juga menzahirkan kebergantungan kita kepada Allah. Kita nak cepat cepat buat perkara yang Allah suka, supaya Allah juga sentiasa memelihara hidup kita.

Cuba perhatikan kalau hidup keluarga kita porak peranda, mungkin disebabkan lalai dalam solat, lama tak baca quran, kurang tazkirah dan ta’lim dalam keluarga etc. Suami selaku ketua keluarga perlu memastikan seluruh ahli keluarga dekat kepada Tuhan. Hati yang sering mengingati Tuhan adalah hati yang lembut dan lunak. Hati yang jauh dari Tuhan akan selalu keras, degil dan memberontak.

3. Tidak jaga waktu tidur

Orang zaman dahulu, hidupnya tak banyak distraction/ gangguan. Jadi banyak masa dihabiskan bersama keluarga termasuklah tidur bersama. Zaman sekarang banyak distraction seperti phone, game, mamak dsb. Jadi ramai yang sebenarnya konon bersama keluarga tapi sebenarnya hanya jasad sahaja disitu.

Contoh begini. Isteri tidur jam 10pm. Suami main game sampai jam 2 pagi. Atau sama2 baring atas katil, tapi masing2 hadap phone berjam2 sehingga tertidur. Atau suami dah tidur jam 12pm, isteri browse Shopee sampai 4 pagi. Atau isteri tidur dengan bayi disatu bilik, suami tidur di sofa ruang tamu sebab taknak diganggu tangisan anak.  Kononnya alasan kerja esok, maka kena cukup tidur. Pasti akan ada hati yang terasa dan wujudnya communication breakdown. Padahal waktu sebelum tidur lah untuk suami isteri berkongsi cerita, meluah rasa eg kalau ada tak puas hati, meminta maaf dsb. Pillow talk kata orang. Hilang elemen ini akan menjadi punca keluarga mula berantakan.

Sekarang ni kes perceraian meningkat mendadak. Cuba fikir apa bezanya dulu dan kini. Mungkin 3 perkara diatas ini yang tidak dijaga.

Bolehlah audit keluarga semula, semoga keluarga kita menjadi safe and happy nest untuk semua ahli keluarga ❤️

10 Rahsia rumahtangga bahagia selamanya….

Dari awal berkahwin emak saya duk tekankan yang isteri kita ini akan jadi padang pahala.

1. Jika dia malas, bantu dia. Bukan hina dia.

.

2. Jika dia degil, didik dia, bukan pukul dia.

.

3. Jika dia sakit, rawat dan bawa dia ke hospital bukan biarkan dia.

.

4. Jika dia ada teringinkan sesuatu, penuhi permintaan dia walau sedikit kesusahan berlaku.

.

5. Jika dia suka meminta-minta, waktu tak mampu, cakap sahaja terus. Jika mampu dapatkan sahaja.

.

6. Jika dia rajin, puji dan santuni dia.

.

7. Jika dia sering penat kerja, fahami dia

.

8. Jika dia selalu di rumah menjaga anak-anak, bawalah dia keluar sekali sekala.

.

9. Jika dia mudah sensitif, peluk dia, sentuh dia dan sayangi dia.

.

10. Jika dia sering kelam kabut, tenangkan dengan lekas-lekas bantu dia.

.

Kawan-kawan,

Hidup suami isteri ini bukan perlumbaan siapa nak masuk syurga dahulu. Kita semua nak. Yang pentingnya ialah saling tolak ansur, saling menghormati, saling menyayangi.

.

Seorang suami akan dihormati isteri sekiranya dia didik, dia asuh, dia hormat juga apa sahaja yang ada pada isterinya.

.

Sama juga di bahagian suami, isteri juga wajar lakukan perkara sama. Hormat, tolak ansur dan sentiasa menyayangi.

.

Nak murah rezeki, nak hidup tenang, nak sentiasa aman dan kaya jiwa, maka kena sama-sama berusaha.

.

Begitulah.

Kredit : Lovetaby Sitisarah

5 perkara yg jarang suami isteri zaman skrg lakukan bersama…

5 perkara yg jarang suami isteri zaman skrg lakukan bersama…

1. Solat Berjemaah.

Skrg ni, susah nk ada pasangan yg mampu berjemaah bersama secara istiqomah. Mgkin subuh x sempat sbb masing2 sibuk bersiap utk nk kluar cari rezeki…zohor dan asar solat ditempat keje…tapi utk maghrib dan isyak, kebanyakan pasangan dah ada dirumah…

Suami tetap solat sendiri, isteri juga solat sendiri…suami dan isteri berjemaah sekali utk solat fardhu tu dah sgt RARE, sukar dicari…yg paling merisaukan ialah ada di antara pasangan diluar sana yg isi rumahnya langsung tak solat…sejadah terlipat kemas dlm almari…

2. Makan semeja.

Masa mkn ni, saya percaya mgkin ramai yg masih mengamalkan makan bersama-sama…tapi ada keluarga yg dah lama tak dduk semeja, makan bersama…kadg2 anak2 makan dlu…hbis anak2 makan, ibu plak mkn…japg abah balik keje, abah mkn sorang2…

Kemeriahan makan semeja sesama keluarga tu tak dirasa sbb masing2 nk cepat, masing2 ada hal lain utk dibuat…si ayah mintak anak hulurkan lauk itu, si anak mintak ibu tambahkan nasi tuangkan air…

3. Menonton television bersama.

Walaupun TV dibuka, walaupun ada rancangan dikaca TV, tapi mata yg memandangnya mgkin sepasang dua sahaja…yg lain matanya kekal dgn skrin telefon walaupun semua org di ruang tamu…

Xde gelak tawa bila rancangan tu lawak, xde yg menutup mata dan muka bila cerita itu seram…suasana menonton television kini dah mcm dlm library…senyap dan sunyi tanpa reaksi sbb masing2 buat hal sendiri…

4. Gotong-royong bersihkan rumah.

Suami, isteri, anak2…semua turun padang, semua buat keje dan tak mengadap telefon…semua ada tugas masing2 dan perkara yg perlu disiapkan…si abah membersihkan aircon dan kipas rumah, si ibu menyapu sampah, si anak mencuci tandas dan mengemas rumah…

Indahnya kerjasama dlm keluarga dgn gotong royong…namun ianya mgkin dah “ketinggalan” zaman…

5. Buat aktiviti atau riadah.

Luang masa bersama, buat aktiviti yg boleh mengeratkan hubungan suami isteri dan kekeluargaan…klu dulu, kita bleh main monopoly, saidina, congkak, dam…skrg mainan ni dah xde pun dlm rumah masing2…

Create your website with WordPress.com
Get started