Category: MANHAJ AHLI SUNNAH WALJAMAAH

MEMAHAMI KAEDAH BERAGAMA

Al-Quran diturunkan untuk dibaca, difahami dan diamalkan. Bagaimana memahami Al-Quran?  Iaitu dengan melihat petunjuk dan sunnah Nabi Muhammad ﷺ. 

Dengan prinsip yang sama, hadis itu juga merupakan wahyu yang diturunkan Allah kepada Rasulullah ﷺ, untuk difahami dan diamalkan, bagaimana cara memahami dan mengamalkan hadis Rasulullah ﷺ?  Dengan melihat Pemahaman dan Amalan Para Sahabat. Sahabatlah anak-anak murid yang terbaik dari Rasulullah ﷺ sebagai seorang guru yang terbaik.

Jika bukan dari amalan para sahabat yang patut kita contohi, dari siapa lagi?

PENGAJARAN
Maka jadikan amalan/pemahaman sahabat sebagai Neraca Ukuran Atau Standard dalam pemahaman/amalan kita.

(Lihat Penerangan Kaedah Sahabat Mengamalkan Islam – 1.1)