Category: KITAB TANBIHUL GHAFILIN

PERINGATAN DARI ILAHI (IV) – RINGKASAN KITAB TANBIHUL GHAFILIN

PERINGATAN DARI ILAHI (IV) – RINGKASAN KITAB TANBIHUL GHAFILIN

Membersihkan hati dan menyucikan jiwa termasuk amalan fardu paling utama dan menjadi kewajipan Ilahi di sebalik perintah-Nya seperti kita dapati dalam firman-Nya yang bermaksud: “Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang besar.”  

(Surah al-A’raf: 33)

Penyakit hati adalah faktor utama yang menjauhkan manusia daripada Allah yang mengakibatkan jauhnya diri daripada syurga dan menjerumuskannya ke dalam neraka selepas dijajah oleh kuasa syaitan pimpinan iblis. Pelepasan diri daripada jajahan syaitan ini lebih mustahak daripada pelepasan diri daripada jajahan sesama manusia kerana jika diri sudah terlepas daripada jajahan syaitan, maka jalan di hadapannya semakin luas dan nyata, dan dengan sendirinya dia akan menyedari untuk menghancurkan semua belenggu buatan syaitan. Dalam sebuah hadis yang masyhur ada dikatakan maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak memandang pada jasad dan rupamu. Tetapi Allah memandang pada hatimu.”

Berikut petikkan-petikan yang dambil dari Kitab Tanbihul Ghafilin untuk fikirkan, renungkan dan amalkan supaya kita sentiasa berada dilaluan yang benar;

      23 Kelebihan mereka yang mendapat Ilmu Allah SWT:

     

1-   Belajar ilmu mendapat pahala.

2-   Mencari ilmu adalah ibadah.

3-   Mengingati ilmu menyamai tasbih dan  beribadat malam.

4-   Menyelidik ilmu menyamai jihad.

5-   Mengajar ilmu menyamai sedekah.

6-   Memberi ilmu mendekatkan diri  kepada Allah SWT dan meninggikan  martabat di dalam Syurga.

7-   Menjadi sahabat ketika kesunyian.

8-   Menunjuk jalan kepada kesenangan.

9-   Penolong ketika menghadapi  kesukaran.

10- Memberi keindahan di tengah  sahabat-sahabat.

11- Senjata dalam menghadapi musuh.

12- Meninggikan martabat sesuatu kaum.

13- Menjadikan insan pilihan Para  Malaikat.

14- Mendapat doa dari semua makhluk  di bumi dan di laut.

15- Dapat menghidup hati yang mati.

16- Menjadi pelita kepada kegelapan.

17- Memberi kekuatan kepada yang  lemah.

18- Meninggikan darjat di dunia dan  Akhirat.

19- Memerhati ilmu menyamai puasa.

20- Menyambung hubungan Silatul    Rahim.

21-Dapat membezakan yang halal dan   yang haram.

22- Orang yang mendapat ilmu  Daripada Allah SWT akan bahagia  dalam hidup.

23- Orang yang tidak mendapat ilmu daripada Allah SWT kehidupannya   akan celaka dan rugi.

   3 Perkara orang munafiq memandang remeh :

1- Pemimpin yang adil.

2- Orang tua dalam Islam.

3- Orang mengajar Al-Quran dan memahaminya.

    7 Kalimah memuliakan kita di sisi Allah :

1- Ketika memulakan sesuatu pekerjaan membaca Bismillah.

2- Ketika dapat selesaikan sesuatu  pekerjaan membaca   ” Alhamdulillah “.

3- Jika terlanjur sesuatu pada lidah atau   pekerjaan, membaca Astaghfirullah .

4- Jika ingin melakukan sesuatu akan  datang, membaca ” Insya Allah “.

5- Jika menghadapi sesuatu kesukaran,  membaca” La Haula Wala Quwata  Illa Billah Hilaliyil Azim “.

6- Jka ditimpa musibah, membaca   ” Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rajiun” .

7- Berzikir siang dan malam dengan  lafaz ” La Ilaha IllAllah “.

   6 Tanda taubat anda telah diterima oleh Allah SWT :

1- Tidak merasa dirinya terpelihara dari   kemaksiatan.

2- Hatinya melihat bahawa  kegembiraan itu sangat jauh dan  kesedihan itu sangat dekat.

3- Senang hati apabila berada  berdekatan dengan orang yang  melakukan kebaikan, sekaligus  menjauhi orang-orang yang berbuat  dosa.

4- Memandang harta miliknya yang  sedikit terasa banyak dan  memandang amal Akhirat yang  banyak terasa sedikit.

5- Sibuk dengan ketaatan kepada Allah  SWT dan tidak menyibukkan diri  dalam mencari rezeki yang telah   dijanim oleh Allah SWT.

6- Sentiasa memelihara lidahnya,  sentiasa bertafakkur serta   mencemaskan dan menyesali  dengan dosa yang pernah  dikerjakannya.

    5 Perkara pengubat hati :

1- Bergaul dengan orang-orang soleh.

2- Suka membaca dan memerhatikan Al-Quran.

3- Membersihkan perut daripada makanan yang haram.

4- Suka solat sunat di malam hari.

5- Zikir dan berdoa kepada Allah SWT  ketika subuh.

    4 Perkara menyebabkan hati tidak bahagia :

   

1- Orang bakhil yang tidak mahu   membaca selawat kepada Nabi  SAW apabila mendengar nama Nabi SAW disebut.

2- Orang yang tidak suka menjawab laungan azan.

3- Orang yang diminta bantuan untuk  kebaikan lalu tidak suka membantu.

4- Orang tidak suka berdoa untuk dirinya dan orang mukmin sesudah solat.

    7 Perkara tertolaknya doa:

1- Kamu telah melakukan amal yang   memurkakan Allah SWT dan tidak  bertaubat serta tidak menyesalinya.

2- Kamu mengakui kamu hamba Allah SWT  tetapi kamu tidak berlaku sebagai  seorang hamba Allah SWT yang patuh  kepada majikanNya.

3- Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu  tidak memerhatikan perintah-perintah dan larangan-larangan yang terkandung di dalam Al-Quran Nul Karim.

4- Kamu mengakui sebagai umat Nabi Muhammad SAW tetapi tidak  berminat untuk melakukan sunnah Rasulullah SAW dan kamu masih tetapi  makan benda yang haram.

5- Kamu mengakui dunia ini tidak bernilai  di sisi Allah SWT walau sesayap nyamuk  tetapi kamu masih berasa tenteram dan  nyaman di dalamnya.

6- Kamu berkata dunia ini akan hilang  tetapi kamu berbuat seakan-akan kekal  selamanya.

7- Kamu mengakui Akhirat lebih baik daripada dunia tetapi kamu tidak bersungguh-sungguh dalam usaha amal Akhirat, bahkan kamu tetap mengutamakan dunia daripada Akhirat.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA PIHAK.

PERINGATAN DARI ILAHI (III) – KITAB TANBIHUL GHAFILIN

Membersihkan hati dan menyucikan jiwa termasuk amalan fardu paling utama dan menjadi kewajipan Ilahi di sebalik perintah-Nya seperti kita dapati dalam firman-Nya yang bermaksud: “Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang besar.”  

(Surah al-A’raf: 33)

Penyakit hati adalah faktor utama yang menjauhkan manusia daripada Allah yang mengakibatkan jauhnya diri daripada syurga dan menjerumuskannya ke dalam neraka selepas dijajah oleh kuasa syaitan pimpinan iblis. Pelepasan diri daripada jajahan syaitan ini lebih mustahak daripada pelepasan diri daripada jajahan sesama manusia kerana jika diri sudah terlepas daripada jajahan syaitan, maka jalan di hadapannya semakin luas dan nyata, dan dengan sendirinya dia akan menyedari untuk menghancurkan semua belenggu buatan syaitan. Dalam sebuah hadis yang masyhur ada dikatakan maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak memandang pada jasad dan rupamu. Tetapi Allah memandang pada hatimu.”

Berikut petikkan-petikan yang dambil dari Kitab Tanbihul Ghafilin untuk fikirkan, renungkan dan amalkan supaya kita sentiasa berada dilaluan yang benar;

4 Kemuliaan umat Nabi Muhammad SAW berkaitan dengan dosa :

Nabi Adam A.S. berkata : Sesungguhnya Allah SWT telah memberi kepada umat Muhammad 4 kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku ,

1- Menetapkan tempat taubatku di Makkah sedangkan umat Muhammad diterima taubat mereka di mana-mana tempat.

2- Dahulu aku berpakaian tetapi apabila aku berdosa ditelanjangkan, sebaliknya umat Muhammad berbuat dosa dengan telanjang Allah SWT tetap memberi pakaian pada mereka.

3- Ketika akau berbuat dosa, aku dipisahkan dengan isteriku, tetapi umat Muhammad berbuat dosa tidak dipisahkan dengan isteri mereka.

4- Saya melakukan dosa didalam Syurga lalu dikeluarkan, tetapi umat Muhammad berbuat dosa di luar Syurga kemudian mereka dimasukkan ke dalam Syurga. “.

5 Hikmah dan Keistimewaan Umat Nabi Muhmmad SAW :

  1- Allah SWT menjadikan mereka lemah supaya tidak sombong.

2- Mereka dijadikan kecil supaya tidak membazir dari segi makanan dan pakaian.

3- Umur mereka dijadikan pendek supaya tidak banyak melakukan dosa.

4- Mereka dijadikan fakir supaya ringan hisab mereka di Akhirat kelak.

5- Mereka dijadikan umat terakhir supaya tidak lama berada dalam kubur.

4 Nasihat yang mampu menghancurkan sifat Takabbur :

1- Mengingati bahawa taufik hidayah untuk beramal adalah datang daripada Allah SWT, maka dia akan bersyukur kepada Allah SWT.

2- Mengingati bahawa semua nikmat yang diterima adalah daripada Allah SWT, maka dia akan sibuk mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT tanpa merasaka ujub dan bangga diri.

3- Takut amalannya tidak diterima oleh Allah SWT, maka dia akan sentiasa bimbang amal ibadatnya tidak diterima oleh Allah SWT.

4- Mengingati segala dosa yang telah dilakukannya sehingga dia bimbang dosa-dosanya melebihi daripada amal soleh yang telah dilakukannya.

4 Kerangka yang mampu menegakkan Islam :

1- Yakin.     2- Adil.  3- Sabar.    4- Jihad.

5 Perkara menghalalkan usaha anda di sisi Allah SWT :

1- Jangan menunda sesuatu kewajipan terhadap Allah SWT dan jangan menguranginya.

2- Usaha anda jangan mengganggu makhluk lain.

3- Tanamkan niat dalam usaha anda untuk menjaga kehormatan anak      keluarga bukan semata-mata  mengumpul kekayaan.

4- Jangan memaksa diri dalam usaha.

5- Jangan menganggap rezeki berhasil melalui usaha yang anda lakukan tetapi rezeki yang dapat dicapai adalah anugerah Allah SWT secara langsung, kerana usaha anda adalah penyebab semata-mata.

5 Sifat mulia usahawan Islam :

1- Lidah yang suci dari dusta dan sumpah.

2- Hati yang bersih dari menipu, khianat dan hasad dengki.

3- Jiwa yang menjaga solat Jumaat dan  Jamaah.

4- Menuntut Ilmu.

5- Mengutamakan Allah SWT melebihi segala-galanya.

7 Kemuliaan bersama majlis ilmu Ulamak :

Orang yang duduk dalam majlis ilmu yang disampaikan oleh alim-ulamak akan mendapat 7 kemuliaan,  walaupun tidak mampu mengingati apa yang diajari oleh ulamak tersebut:

1- Kebesaran orang menuntut ilmu.

2- Tempoh masa berada dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada melakukan dosa.

3- Setiap langkah menuju kemajlis ilmu ulamak akan mendapat rahmat.

4- Setiap rahmat yang diturunkan untuk alim ulamak, anda akan mendapat bahagian yang sama.

5- Setiap perkataan yang didengar akan mendapat pahala.

6- Para Malaikat akan memayungi mereka yang menuntut ilmu dengan penuh kerahmatan.

7- Setiap langkah penuntut ilmu akan mendapat pahala dan terhapus dosa serta meninggikan martabatnya di dalam Syurga Allah SWT.

4 Perkara menyebabkan penuntut ilmu memasuki neraka :

1- Untuk menandingi para ulamak.

2- Berdebat dengan orang bodoh.

3- Untuk berbangga-bangga.

4- Untuk mencari wang daripada pemerintah, mencari kehormatan dan mencari kedudukan( pangkat).

3 Penyesalan di Akhirat kelak :

1- Seorang yang memiliki anak yang soleh,  anak soleh memasuki Syurga sedangkan

    bapanya memasuki neraka.

2- Seorang yang mengumpul harta dan  tidak mengeluarkan zakat sehingga mati, lalu diwarisi oleh ahli keluarga dan  digunakan untuk jalan ketaatan sehingga  mereka masuk Syurga sedangkan pemilik harta memasuki neraka.

3- Seorang yang alim yang mengajar ilmu kepada orang ramai tetapi tidak  menga malkannya sehingga orang ramai selamat sedangkan dia masuk neraka.

PERINGATAN DARI ILAHI (II)-RINGKASAN KITAB TANBIHUL GHAFILIN.

Membersihkan hati dan menyucikan jiwa termasuk amalan fardu paling utama dan menjadi kewajipan Ilahi di sebalik perintah-Nya seperti kita dapati dalam firman-Nya yang bermaksud: “Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang besar.”  

(Surah al-A’raf: 33)

Penyakit hati adalah faktor utama yang menjauhkan manusia daripada Allah yang mengakibatkan jauhnya diri daripada syurga dan menjerumuskannya ke dalam neraka selepas dijajah oleh kuasa syaitan pimpinan iblis. Pelepasan diri daripada jajahan syaitan ini lebih mustahak daripada pelepasan diri daripada jajahan sesama manusia kerana jika diri sudah terlepas daripada jajahan syaitan, maka jalan di hadapannya semakin luas dan nyata, dan dengan sendirinya dia akan menyedari untuk menghancurkan semua belenggu buatan syaitan. Dalam sebuah hadis yang masyhur ada dikatakan maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak memandang pada jasad dan rupamu. Tetapi Allah memandang pada hatimu.”

Berikut petikkan-petikan yang dambil dari Kitab Tanbihul Ghafilin untuk fikirkan,     renungkan dan amalkan supaya kita   sentiasa berada dilaluan yang benar;

     3 Golongan yang Allah SWT berbangga  dengan mereka :

1- Mereka yang berada di hutan apabila mendengar azan dan Iqamah lalu dia solat , maka Allah SWT akan kepadanya ” Lihatlah hambaKu solat   sendirian tanpa dilihat oleh seseorang  “. Maka Allah SWT menurunkan kepadanya 70 ribu Para Malaikat untuk menjadi makmum kepadanya.

2- Mereka yang bangun dimalam hari solat sendirian sehingga dia tertidur dalam sujud. Maka Allah SWT berkata kepada Para Malaikat ” Lihatlah hambaKu rohnya padaKu dan badannya sujud padaKu “.

3- Mereka yang berada di medan perang, maka dia tetap tegak berdiri sehingga Syahid.

4 Perkara tersembunyi yang menentukan kehidupan anda :

1- Keredhaan Allah SWT tenggelam dalam Ketaatan, mengintai atau akan muncul di rumah mereka yang bersifat pemurah.

2- Murka Allah SWT tenggelam dalam kemaksiatan, mengintai dan akan muncul di rumah mereka yang bersifat bakhil atau kikir.

3- Kebahagiaan hidup dan murah rezeki tenggelam dan tersembunyi dalam  pahala-pahala dan muncul di rumah  mereka yang rajin menunaikan solat.

4- Kesempitan hidup tenggelam dalam seksa-seksa dan muncul di rumah mereka yang cuai dalam solat.

4 Fadhilat daripada Allah SWT untuk mereka yang sakit :

1- Diangkat baginya pencatat Qalam.

2- Diberi padanya pahala apa yang biasa dilakukannya ketika masih sihat.

3- Tiap-tiap dosa dikeluarkan dari ruas persendiannya.

4- Jika mati diampunkan baginya dan jika lanjut usia juga diampunkan baginya.

6 Perkara yang Rasulullah SAW paling takuti :

1- Pemerintah yang terdiri daripada pemuda-pemuda.

2- Ramainya polis.

3- Banyaknya rasuah dalam hukum.

4- Putus hubungan keluarga.

5- Meremehkan amanah perjanjian.

6- Pemuda-pemuda yang menjadikan Al-Quran sebagai seruling nyanyian, ditempatkan di muka majlis bukan kerana lebih pandai akan kefahaman agamanya tetapi hanya supaya melagukan Al-Quran.

3 Perkara menghalang pertolongan Allah SWT :

Al-Hassan R.A. berkata : Allah SWT    sentiasa menaungi umat Nabi            Muhammad SAW selagi tidak berlaku 3 perkara,

1- Selama orang-orang yang taat kepada Allah SWT tidak mengagong- agongkan orang-orang jahat.

2- Selama orang-orang yang melakukan kebajikan tidak menyokong perbuatan orang-orang jahat.

3- Selama ahlul Al-Quran tidak menjilat-jilat kepada raja.

    Jika tiga perkara ini telah berlaku maka Allah SWT akan mencabut dan Allah SWT akan melahirkan   pemerintah yang kejam serta Allah SWT akan menanam dalam hati mereka rasa takut lalu mereka akan menjadi miskin.

    8 Perkara mendatangkan pahala  tanpa beribadat :

1- Sesiapa ingin mendapat pahala solat malam semasa tidur maka jangan melakukan maksiat pada siang harinya.

2- Sesiapa yang ingin mendapat pahala   puasa sunat sedangkan dia tidak   berpuasa, maka jagalah lidahnya.

3- Sesiapa yang ingin kelebihan seperti   para ulamak, maka hendaklah dia   suka berfikir.

4- Sesiapa ingin pahala Jihad sedang  kan dia berada di rumah, hendaklah   dia berjihad melawan syaitan.

5- Sesiapa yang ingin pahala sedekah   sedangkan dia tidak mampu  bersedekah, maka hendaklah dia  mengajar ilmu daripada apa yang dia telah pelajari.

6- Sesiapa yang mendapat pahala haji  sedangkan dia tidak mampu, maka  hendak sentiasa menunaikan solat   Jumaat.dia meredhai kepada   sahabatnya dengan apa yang dia    redhai pada dirinya sendiri.

7- Sesiapa yang ingin Fadhilat Ahlul Ibadat,  maka hendaklah dia memperbaiki  hubungan sesama manusia dan jangan  menimbulkan persengketaan sesama manusia.

8- Sesiapa yang ingin mencapai Fadhilat  Abid ( Orang yang sentiasa dalam ibadat  kepada Allah SWT ) , maka hendaklah dia  meredhai kepada sahabatnya dengan    apa yang dia redhai pada dirinya sendiri.

5 Keampunan buat isteri yang solehah :

Umar R.A. berkata : Kami memaafkan padanya kerana beberapa hak yang harus aku tanggung ,

1- Kerana dia menjadi dinding bagiku dari  api neraka, sehingga hatiku tenang dan jauh dari perkara yang haram.

2- Dia menjadi penjaga rumahku dan  hartaku jika aku keluar.

3- Dia bertanggungjawab menjaga kebersihan rumahku.

4- Dia menjadi murabbi atau pendidik kepada anak-anakku.

5- Dia bertanggungjawab dalam makan minumku

PERINGATAN DARI ILAHI (1) – RINGKASAN KITAB TANBIHUL GHAFILIN.

Assalamualaikum & Selamat Pagi, sila kunjungi blog kami untuk mendapat maklumat Al-Quran mendahului sains dan lebih 70 blog gerbang ilmu agama terbaik :

PERINGATAN DARI ILAHI (1) – RINGKASAN KITAB TANBIHUL GHAFILIN.

https://jipskelantan88695409.wordpress.com/2020/09/08/peringatan-dari-ilahi-1-kitab-tanbihul-ghafilin/

Sama2 kita berkongsi pahala jariah dengan menyebarkan bahan2 agama yang bermanfaat, mohon para sahabat follow blog kami, Terima Kasih.

Membersihkan hati dan menyucikan jiwa termasuk amalan fardu paling utama dan menjadi kewajipan Ilahi di sebalik perintah-Nya seperti kita dapati dalam firman-Nya yang bermaksud: “Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang besar.”  

(Surah al-A’raf: 33)

Penyakit hati adalah faktor utama yang menjauhkan manusia daripada Allah yang mengakibatkan jauhnya diri daripada syurga dan menjerumuskannya ke dalam neraka selepas dijajah oleh kuasa syaitan pimpinan iblis. Pelepasan diri daripada jajahan syaitan ini lebih mustahak daripada pelepasan diri daripada jajahan sesama manusia kerana jika diri sudah terlepas daripada jajahan syaitan, maka jalan di hadapannya semakin luas dan nyata, dan dengan sendirinya dia akan menyedari untuk menghancurkan semua belenggu buatan syaitan. Dalam sebuah hadis yang masyhur ada dikatakan maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak memandang pada jasad dan rupamu. Tetapi Allah memandang pada hatimu.”

Berikut petikkan-petikan yang dambil dari Kitab Tanbihul Ghafilin untuk fikirkan, renungkan dan amalkan supaya kita sentiasa berada dilaluan yang benar;

3 Golongan manusia yang akan dinilai di Akhirat kelak :

1- Orang yang sibuk urusan Akhirat   sehingga melalaikan dunianya –

    (Orang yang beruntung dan dan ahli Ibadah).

2- Orang yang sibuk urusan dunia sehingga melalaikan Akhiratnya –

    (Orang yang binasa).

3- Orang yang sibuk urusan dunia dan Akhiratnya – (Orang yang cuba

    mencari nasib dengan harapan beruntung).

3 Ciri mereka yang menipu diri sendiri :

1- Memuaskan hawa nafsu dan beranggapan dirinya selamat daripada azab seksaan Allah SWT.

2- Menunda-nundakan saat bertaubat kepada Allah SWT dan panjang

    angan-angan.

3- Mengharap pahala dan ihsan daripada Allah SWT tanpa beramal Soleh

3 Ciri mereka yang menzalimi diri sendiri :

1- Mengumpul apa yang tidak berguna untuk dirinya sendiri.

2- Bertambah-tambah dosanya sehingga membinasakan dirinya sendiri.

3- Meninggalkan amal soleh yang dapat menyelamatkan dirinya.

3 Sikap melahirkan Kecintaan dalam jiwa manusia :

1- Orang yang berbudi baik.

2- Orang yang Ikhlas dalam amal perbuatannya.

3- Orang yang tawadduk (merendah diri).

3 Sikap yang menghancurkan ibadat  seseorang :

1- Orang yang sibuk dengan kesalahan orang lain.

2- Orang yang sombong atau bangga diri.

3- Orang riya’ dalam amal perbuatannya.

4 Perkara mengundang hikmah daripada Allah SWT:

1- Badan yang bebas daripada kesibukan dunia.

2- Perut yang kosong daripada makanan.

3- Tangan yang kosong daripada kekayaan dunia.

4- Memerhati dan memikirkan akibat dunia.

3 Perkara yang tak perlu kita fikirkan:

1- Jangan kamu fikirkan tentang kemiskinan kerana akan menyebabkan kamu risau dan menambahkan kerakusan.

2- Jangan kamu fikirkan tentang kezaliman orang lain terhadap dirimu kerana akan menambahkan kekerasan hatimu dan kedengkianmu serta akan berlanjutan kemarahanmu.

3- Jangan kamu berfikir untuk kekal di dunia kerana akan menggalakkan

    kamu menghimpunkan harta dunia dan menunda amal ibadatmu serta melalaikan Akhirat.

10 Akhlak mulia wali Allah SWT yang wajib kita contohi :

1- Bersih hati.

2- Ringan tangan ( Dermawan) dengan wang.

3- Benar lidah.

4- Rendah diri.

5- Sabar dalam penderitaan.

6- Menangis di waktu sendirian.

7- Nasihat sesama makhluk.

8- Kasih sayang sesama orang mukmin.

9- Memikirkan kerosakkan dunia.

10- Memerhati dan mengambil iktibar dari segala kejadian.

5 Cara terbaik bertafakkur kepada Allah SWT :

1- Memikir ayat-ayat dan bukti kebesaran Allah SWT serta kekuasaa Allah SWT.

2- Memikir tentang nikmat pemberian Allah SWT.

3- Memikir tentang pahala yang telah Allah SWT janjikan.

4- Memikir tentang seksaan dan hukuman Allah SWT.

5- Memikir apa yang diredhai oleh Allah SWT dan apa yang dimurkai oleh Allah SWT.

4 Niat yang wajib disematkan dalam jiwa orang mukmin pada waktu pagi :

1- Menunaikan kewajipan terhadap Allah SWT.

2- Meninggalkan larangan Allah SWT.

3- Menyelesaikan permasalahan dengan mereka yang berniaga atau berurusan dengan kita.

4- Memperbaiki hubungan dengan musuh-musuh kita. (Jika ada).

10 Perkara yang wajib kita lakukan setiap hari :

1- Berzikir kepada Allah SWT ketika bangun daripada tidur.

2- Menutup aurat.

3- Menyempurnakan wuduk.

4- Menunaikan solat tepat pada waktunya.

5- Merasa tenang terhadap janji Allah SWT dalam urusan rezeki.

6- Qanaah ( menerima apa yang ada ).

7- Tawakkal ( berserah segala urusan kepada Allah SWT ).

8- Sabar menerima taqdir dan hukum Allah SWT.

9- Bersyukur terhadap nikmat Allah SWT.

10- Makan yang halal.

4 Syarat menyempurnakan makanan Rasulullah SAW :

Rasulullah SAW bersabda :

Jika makanan memenuhi 4 perkara, maka sempurnalah makanan tersebut ,

1- Jika halal.

2- Jika dimakan dengan menyebut nama Allah SWT.

3- Jika banyak orang memakannya.

4- Jika selesai disebut ” Alhamdulillah :.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA PIHAK