Category: KITAB SAIRUS SALIKIN

KELEBIHAN ORANG BERILMU

KELEBIHAN ORANG BERILMU

KITAB SAIRUS SALIKIN

Adapun ) kelebihan ‘ilmu maka iaitu beberapa dalil daripada ayat Qur’an yang amat banyak.

( Dan setengah ) daripadanya, firman (الله تعالى)::

﴿ يَرْفَعِ الله ُ الَّذِيْنَ آمَنُواْ مِنْكُمْ وَالَّذِيْنَ أ ُوتُواْ الْعِلْمَ دَرَجَتٍ ﴾

Ertinya::

“Mengangkatkan Allah Ta’ala akan mereka yang percaya ia akan Allah Ta’ala, dan mereka yang diberi ilmu itu akan beberapa darjat.”

Dan kata Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Abbas (رضى الله عنهما): “bermula darjat ‘ulama itu atas darjat orang yang mukmin tujuh ratus darjat, dan antara tiap-tiap suatu darjat itu sekira-kira perjalanan lima ratus tahun.”

( Dan ) setengah daripadanya, firman (الله تعالى) ::

﴿ قُلْ هَلْ يَسْتَوِى الَّذِيْنَ يَعْلَمُوْنَ وَالَّذِيْنَ لاَيَعْلَمُوْنَ (قلى) إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْ لُواْ ا ْلأَلْبَـبِ ﴾

Ertinya::

“Kata olehmu (ya Muhammad), adakah bersamaan mereka yang mempunyai ‘ilmu dan mereka yang tiada mempunyai ‘ilmu itu (ya’ni tiada bersamaan orang yang ‘alim itu dengan orang yang jahil). Hanya sanya ingat akan الله تعالى itu orang yang mempunyai aqal.”

( Dan ) setengah daripadanya itu firman (الله تعالى) ::

﴿ إِ نَّمَا يَخْشَى الله َ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَـؤُاْ ﴾

Ertinya::

            “Hanya sanya mereka yang takut akan (الله) itu iaitu daripada hamba-Nya yang ‘ulama.”

( Dan ) setengah daripadanya itu firman (الله تعالى) ::

﴿ وَتِلْكَ ا ْلأَمْثَـلُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ (صلى) وَمَا يَعْقِلُهَآ إِلاَّ الْعَـلِمُونَ ﴾

Ertinya::

“Demikian itu segala misal yang Aku (- الله) umpamakan bagi manusia dan tiada mengetahui akan dia melainkan orang yang ‘alim.”

Dan setengah daripadanya firman (الله تعالى) ::

﴿ شَهِدَالله ُأَنَّهُ لآإِلَـهَ إِلاَّ هُوَ وَالْمَلَـئِكَةُ وَ أُوْلُوْالْعِلْمِ ﴾

Maksudnya::

“Naik saksi الله تعالى bahawa sanya tiada Tuhan melainkan Dia dan (begitu pula) naik saksi Malaikat dan orang orang yang mempunyai ilmu.”

( Dan ) kata Imam Al-Ghazali (رحمه الله تعالى) di dalam Ihya ‘Ulumiddin : “Maka tilik olehmu akan ayat ini, betapa memulai (الله تعالى) akan ketuhanan-Nya itu dengan diri-Nya, dan mengiringkan Ia (- الله) dengan Malaikat-Nya akan saksi yang kedua, dan mengiringkan Ia ( – الله) dengan orang yang mempunyai ‘ilmu akan saksi yang ketiga; bahawa sanya tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan (الله تعالى). (Dan) memadalah dengan yang tersebut di dalam ayat ini akan kemuliaan ‘ilmu itu, dan kelebihan dan kebesarannya.”

( Dan demikian lagi ) dalil yang menunjukkan akan kelebihan ilmu itu, beberapa Hadits Nabi (صلى الله عليه وسلم).

( Dan ) setengah daripadanya, sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) ([ rujuk keterangan ])::

(( اَلْعُلَمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ ))

Ertinya::

            “( Bermula para ) ‘ulama itu mempusakai ia akan Anbiya’.”

Dan telah maklum bahawa sanya tiada martabat yang mulia itu di atas martabat Anbiya’. ( Dan ) demikian pula martabat orang yang mempusakai akan mereka itu, maka tiada martabat yang kemuliaan yang tinggi daripada martabat mereka itu.

Hadits ini adalah hadits riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi, dan Ibnu Hiban – ( Al-Iraqi ). Maksudnya ialah para ‘ulama’ itu mempusakai para Anbiya’.

( Dan ) setengah daripadanya, sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) ( Hadits riwayat Al-Baihaqi, dha’if menurut Al-‘Iraqi ) ::

(( أَفْضَلُ النَّاسِ الْمُؤْمِنُ الْعَالِمُ ، الَّذِىْ إِنِ احْتِيْجَ إِلَيْهِ نَفَعَ ، وَإِنِ اسْتُغْنِىَ عَنْهُ أَغْنى نَفْسَهُ ))

Ertinya::

“( Bermula ) yang terlebih afdhal manusia itu iaitu mukmin yang ‘alim. Adalah mereka itu jika dikehendaki orang kepadanya nescaya memberi manafaat akan dia, dan jika terkaya orang daripada mereka itu nescaya terkaya diri mereka itu daripada orang.”

( Dan ) setengah daripadanya, sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) ( Hadits riwayat Al-Hakim, dha’if menurut Al-‘Iraqi )::

(( اَلإِيْمَانُ عُرْيَانٌ ، وَلِبَاسُهُ التَّقْوى ، وَزِيْنَتُهُ الْحَيَاءُ ، وَثَمَرَ تُهُ الْعِلْمُ ))

Ertinya::

“( Bermula ) iman itu bertelanjang, dan pakaiannya itu takut akan (الله تعالى), dan perhiasannya itu malu, dan buahnya itu ilmu.”

( Dan lagi ) sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) ( Sila rujuk nota keterangan saya.)::

(( أَقْرَبُ النَّاسِ مِنْ دَرَجَةِ النُّبُوَّةِ أَهْلِ الْعِلْمِ وَأَهْلِ الْجِهَادِ . أَمَّا أَهْلُ الْعِلْمِ فَدَلُّوْا النَّاسَ عَلى مَاجَاءَتْ بِهِ الرُّسُلُ . وَأَمَّا أَهْلُ الْجِهَادِ فَجَاهِدُوْا بِأَسْيَافِهِمْ عَلى مَاجَاءَتْ بِهِ الرُّسُلُ ))

Ertinya::

“( Bermula ) manusia yang terhampir kepada darjat Anbiya’ (ia)itu ( ialah ) yang mempunyai ‘ilmu dan orang yang perang sabil ( Dan adapun ) orang yang mempunyai ‘ilmu itu maka iaitu menunjukkan mereka itu akan manusia atas agama yang didatangkan dengan dia oleh Rasulullah (Adapun ) orang yang perang sabil itu maka iaitu perang mereka itu dengan segala pedang mereka itu akan kafir kerana meninggikan agama Islam yang didatangkan dengan dia oleh Rasulullah (صلى الله عليه وسلم).”

Saudara/i yang memiliki kitab Jawi berkenaan, tolong betulkan matan Hadits sebagaimana di atas. Hadits riwayat Abu Nu’im, dan hadits dha’if menurut Al-‘Iraqi. Juga sila tandakan menurut apa yang saya selidiki dan tandakan di dalam kitab saudara/i jika mahu/perlu.

( Dan lagi ) sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) ( Hadits riwayat Ibnu Abdil Bar, dan dha’if menurut Al-Iraqi)::

(( اَلْعَالِمُ أَمِيْنُ اللهِ فِى اْلأَرْضِ ))

Ertinya::

“( Bermula ) orang yang ‘alim itu ( ialah orang yang ) dipercayai oleh (الله تعالى) di dalam bumi ( nota, ya’ni di atas muka bumi).”

( Dan lagi ) sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) ([ Hadits riwayat Ibnu Majah, dan dha’if menurut penilaian Al-Iraqi ])::

(( يَشْفَعُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ اْلأَنْبِيَاءُ ثُمَّ الْعُلَمَاءُ ثُمَّ الشُّهَدَاءُ ))

Ertinya::

“( Bahawa ) Sanya lagi akan memberi syafaat pada hari Qiamat oleh Anbiya’ kemudian ‘ulama’ kemudian syuhada’.”

( Dan lagi ) sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) ([Hadits riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi dan Ibnu Hibban (Al-Iraqi) ])::

(( وَ يَسْتَغْفِرُ لِلْعَالِمِ مَافِى السَّمَوَاتِ وَمَا ِفى اْلأَرْضِ ))

Ertinya::

“Meminta’ ampun kepada (الله تعالى) bagi orang yang ‘alim oleh segala Malaikat yang dalam tujuh petala langit dan segala isi bumi.”

( Dan lagi ) sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) ([ Hadits riwayat Al-Khatib, dha’if menurut penilaian Al-Iraqi ])::

(( مَنْ تَفَقَّهُ فِىْ دِيْنِ اللهِ كَفَاهُ اللهُ تَعَالى مَاأَهَمَّهُ وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ ))

Ertinya::

“Barang siapa belajar ‘ilmu Fiqah ( – ilmu agama – ) padahal ia berkehendak mendirikan agama (الله تعالى) niscaya memadai ( – mencukupkan – ) oleh (الله) akan dia akan segala yang dicita-citanya dan memberi Ia rezki akan dia dengan sekira-kira tiada dikira-kiranya dan tiada diusahainya, (ya’ni memudahkan (الله تعالى) akan rezki dengan tiada diusahainya) dan tiada (di)bicarakannya.”

( Dan lagi ) sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) ([ Hadits riwayat At-Tirmizi, hasan shahih menurut penilaian Al-Iraqi ])::

(( فُضِّلَ الْعَالِمُ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِى عَلَى أَدْنى رَجُلٍ مِنْ أَصْحَابِىْ ))

Ertinya::

“( Bermula ) kelebihan orang yang ‘alim atas orang yang ‘abid itu seperti kelebihanku atas sekurang laki-laki daripada shahabatku.”

Ya’ni murad – (مراد) ( – maksud murad itu ialah yang dimaksudkan, atau yang dikehendaki -) dengan orang yang ‘alim itu, iaitu orang mengetahui ‘ilmu Thoriqat dan ‘ilmu Haqiqat. ( Dan ) murad ( – yang dimaksudkan atau dikehendaki -) dengan orang yang ‘abid itu, iaitu orang yang mengetahui ‘ilmu Syariat jua, ya’ni ‘ilmu Fiqah, kerana orang orang yang jahil akan ‘ilmu itu tiada dinamakan ‘abid kerana ‘ibadatnya itu tiada sah melainkan dengan ‘ilmu. ( Dan ) telah maklum bahawa sanya ‘ilmu Thoriqat dan Haqiqat itu terlebih darjatnya daripada ‘ilmu Fiqah dan ‘Ilmu Usuluddin seperti yang disebutkan oleh Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya yang bernama Jawahirul Quran – (جواهر القرآن).

( Dan lagi ) sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) ([ Hadits riwayat Ibnu ‘Adi, dha’if menurut penilaian Al-Iraqi ])::

(( فُضِّلَ الْمُؤْمِنُ الْعَالِمُ عَلى الْمُؤْمِنِ الْعَابِدِ بِسَبْعِيْنَ دَرَجَةٌ ))

Ertinya::

“( Bermula ) kelebihan orang yang mukmin ( – dilebihkan orang yang mukmin -) yang ‘alim atas orang yang ‘abid itu tujuh puluh darjat.”

( Dan lagi ) sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) ([ Hadits riwayat Al-Isfahani, dha’if menurut penilaian Al-Iraqi ])::

(( بَيْنَ الْعَالِمِ وَالْعاَبِدِ مِائَةُ دَرَجَةٍ ، بَيْنَ كُلِّ دَرَجَتَيْنِ حَضْرُ الْجَوَادِ الْمُضْمَرِ سَبْعِيْنَ سَنَةً ))

Ertinya::

“Antara orang yang ‘alim dan orang yang ‘abid itu seratus darjat. Antara tiap-tiap dua darjat itu perjalanan kuda yang sangat pantas sekira-kira tujuh puluh tahun.”

( Dan lagi ) sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) ([ Hadits riwayat At-Thabrani, dha’if menurut penilaian Al-Iraqi ])::

(( يُبْعَثُ الله ُالْعُبَّادَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، ثُمَّ يَبْعَثُ الْعُلَمَاءَ ، ثُمَّ يَقُوْلُ : يَا مَعْشَرَ الْعُلَمَاءِ ! إِ نِّىْ لَمْ أَضَعْ عِلْمِى فِيْكُمْ إِلاَّ لِعِلْمِىْ بِكُمْ ، وَلَمْ أَضَعْ عِلْمِىْ فِيْكُمْ ِلأُ عَذِّبَكُمْ ، اذْهَبُوْا فَقَدْ غَفَرْتُ لَكُمْ ))

Ertinya::

“Membangitkan (الله تعالى) akan segala orang yang ‘abid pada hari Qiamat kemudian maka membangkitkan Ia akan segala ‘ulama. Maka berfirman (الله تعالى) dengan katanya: Hai segala ‘ulama’! Bahawa sanya tiada Aku taruh ‘ilmu-Ku pada kamu melainkan kerana pengetahuan-Ku dengan kamu, dan tiada Aku taruh ‘ilmu kepada kamu kerana Aku meyiksa akan kamu. Maka lalulah ( – masuklah – ) ke dalam Syurga maka sungguhnya telah Aku ampun bagi kamu.”

Kepada saudara-saudara yang memiliki kitab Versi Jawi, tolong betulkan matan hadits sebagaimana di atas.

(( وَقِيْلَ يَارَسُوْلَ اللهِ : أَىُّ اْلأَعْمَالِ أَفْضَلُ ؟ فَقَالَ الْعِلْمُ بِاللهِ عَزَّوَجَلَّ. فَقِيْلَ: أَىُّ اْلأَعْمَالِ تَزِبْدُ ؟ فَقَالَ : الْعِلْمِ باِللهِ عَزَّ وَجَلَّ . فَقِيْلَ: نَسْأَلُ عَنِ الْعَمَلِ وَتُجِيْبُ عَنِ الْعِلْمِ. فَقَالَ إِنَّ قَلِيْلَ الْعَمَلِ يَنْفَعُ مَعَ اْلعِلْمِ بِاللهِ وَإِنَّ كَثِيْرَ الْعَمَلِ لاَيَنْفَعُ مَعَ الْجَهْلِ بِاللهِ ))

Ertinya::

“Sembah sahabat bagi Rasululllah dengan katanya: Ya Rasul Allah, apa segala ‘amal yang terlebih afdhal? Maka sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) (iaitu): “Mengetahui (الله عزوجل)”. Maka sembahnya (iaitu tanya mereka, ya’ni para sahabat itu lagi): (Ya Rasulullah,) apa(kah) segala ‘amal yang terlebih pahalanya itu? Sabdanya: (iaitu) “Mengetahui (الله تعالى).” Maka sembahnya (iaitu kata mereka, ya’ni para sahabat itu lagi): “Hamba bertanya daripada ‘amal dan engkau jawab dengan ‘ilmu.” Maka sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم): “Bahawa sedikit ‘amal serta mengenal (الله تعالى) ( itu ) iaitu yang terlebih manafaat, dan bahawa banyak ‘amal serta jahil kepada (الله تعالى) itu iaitu tiada memberi manafaat.” .”

Sekali lagi dan untuk bacaan selanjutnya nanti, kepada saudara-saudara yang memiliki kitab Versi Jawi, tolong teliti dan betulkan matan hadits di Kitab, sebagaimana di atas .

 ( Dan hasil ) daripada perkataan Imam Al-Ghazali (رحمه الله تعالى) di dalam kitabnya yang bernama Jawahirul Quran – (جواهر القرآن), bahawa sanya ‘ilmu Thoriqat dan Suluk itu dinamakan ‘ilmu Tashauf iaitu terlebih tinggi dan terlebih mulia daripada ‘ilmu Fiqah dan ‘ilmu Kalam (, iaitu ilmu Usuluddin ). ( Dan ) yang terlebih tinggi dan mulia daripada segala ‘ilmu itu ialah ‘ilmu Ma’rifat Billah – (معرفة بالله) dan dinamakan ‘ilmu Haqiqat.

( Adapun ) ‘ilmu Thoriqat dan Suluk itu iaitu “jalan kepada mengetahui ‘ilmu Haqiqat itu” iaitulah ( yang ) dinamakan ‘ilmu “An-Nafi’, ya’ni ilmu yang memberi manafaat di dalam Akhirat dan dinamakan pula akan dia ‘ilmu Tashauf dan ( juga dinamakan sebagai ‘ilmu ) Bathin seperti yang lagi akan disebutkan (tentang) ‘ilmu yang memberi manafaat itu (ان شاء الله تعالى) di dalam kitab ini.

 ( Dan kata ) Al-‘Arif Billah As-Sayid ‘Abdullah bin ‘Alwi Al-Haddad (رحمه الله تعالى) di dalam kitabnya yang bernama (اَلْفُصُوْلُ الْعِلْمِيَّة وَاْلأُصُوْلُ الْحُكْمِيَّة ) – “Al-Fushulul Al ‘Ilmiyah Wal Usulul Hukmiah” [ Nota, sila betulkan nama kitab tersebut pada kitab Jawi saudara. ] ::

(( ثُمَّ إِنَّكَ إِذَا نَظَرْتَ إِلَى مَاألَّفَهُ أَئِمَّةُ الدِّيْنِ مِنَ الْكُتُبِ النَّافِعَةِ لَمْ تَرَ شَيْئاً مِنْهَا أَجْمَعَ لِهَذِهِ الْعُلُوْمِ النَّافِعَةِ مِنْ كُتُبِ اْلإِمَامِ حُجَّةِ اْلإِسْلاَمِ الْغَزَالِىَّ رَحِمَهُ اللهُ تَعَالَى ، مِثْلُ اْلإِحْيَاءِ وَاْلأَرْبَعِيْنَ فِىْ أُصُوْلِ الدِّيْنِ وَمِنْهَاجِ اْلعَابِدِيْنَ وَبِدَايَةِ الْهِدَايَةِ ، وَهَذَا يَعْرِفُهُ مَنْ تَأَمَّلَهُ وَأَحْسَنَ النَّظَرَ مِنْ أَهْلِ الْحَقِّ وَاْلأِنْصَافِ وَأَرْبَابِ الْبَصَائِرِ فِى الدِّيْنِ ، وَمَا يُنْكِرُهُ إِلاَّغَِبٌّى جَاهِلٌ أَوْرَسْمِىٌّ مُتَاجَهِلٌ قَدْ غَشَّ نَفْسَهُ وَغَفَلَ عَنْ مَعَادِهِ فَإِنَّهُ تَعَالَى بِفَضْلِهِ يُلْهِمُنَا رُشْدَنَا وَيُعِيْذُنَا مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ ))

[ Nota:: Sila betulkan matan di dalam kitab saudara sebagaimana di atas ]

Ertinya::

“Kemudian daripada itu, bahawasanya apabila engkau tilik kepada barang yang dikarang oleh (أئمة الدين) – Aimmatuddin, ya’ni ‘ulama ahli As-Sufi, iaitu daripada segala kitab yang memberi manafaat pada agama di dalam Akhirat, nescaya tiada engkau lihat akan suatu daripadanya yang terlebih menghimpunkan bagi segala ‘ilmu yang memberi manafaat itu daripada segala kitab Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali (رحمه الله تعالى), iaitu seperti kitab Ihya Ulumiddin, dan Arba’in Fil Usul, dan Minhajul ‘Abidin, dan Bidayatul Hidayah. ( Dan ) sekelian itu mengetahui akan dia oleh orang yang Ta’ammal (nota: memikirkan ) akan dia, dan baik-baik melihat di dalamnya itu, daripada “Ahli Al-Haq” dan “Ahli Al-Insaf”, ya’ni orang yang ‘adil, dan orang yang mempunyai mata hati dalam agama. Dan tiada meingkar akan yang demikian itu melainkan orang yang dungu lagi jahil, atau orang yang ‘ulama rasmi ( yang ) Mutajahil ( nota: pura-pura tidak tahu), iaitu ‘ulama dzahir sanya ( yang ) telah memperdaya akan dirinya, dan lalai ia daripada ( tempat ) kembalinya ( iaitu negeri akhirat ). Maka mudah-mudahan (الله تعالى) dengan anugerah-Nya memberi ilham akan dia dengan pertunjuk-Nya, dan memeliharakan akan kami daripada kejahatan diri kami, dan daripada kejahatan ‘amal kami. ( Dan ) tiada daya daripada menjauh maksiat dan tiada kuat pada berbuat taat melainkan dengan pertolongan (الله تعالى) ( jua ).”

( Dan kata ) Syeikh Ibnu ‘Abbad di dalam Syarah Hikam, ia naqal ( iaitu petik atau nukil ) daripada Ibnu ‘Athaillah::

(( اِعْلَمْ أَنَّ الْعِلْمَ حَيْثُمَا تَكَرَّرَ فِى الْكِتَابِ الْعَزِيْزِ وَالسُّنَّةِ ، إِنَّمَا الْمُرَادُ بِهِ الْعِلْمُ النَّافِعُ الَّذِىْ تُقَارِنُهُ الْخَشْيَةُ وَتَكْتَنِفُهُ الْمُخَافَةُ . قاَلَ اللهُ تَعَالَى: إِنَّمَا يَخْشَ اللهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ، فَتَبَيَّنَ أَنَّ الْخَشْيَةَ تُلاَزِمُ الْعِلْمَ ، وَفُهِمَ مِنْ هَذَا أَنَّ الْعُلَمَاءَ إِنَّمَاهُمْ مِنْ أَهْلِ الْخَشْيَةِ . وَكَذَلِكَ قَوْلُهُ تَعَالَى: وَقاَلَ الَّذِيْنَ أُوْتُوْاالْعِلْمَ ، وَالرَّاسِخُوْنَ فِى الْعِلْمِ ، وَقُلْ رَبِّ زِدْنِىْ عِلْماً ، وَقَوْلُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : إِنَّ الْمَلاَ ئِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا لِطَالِبِ الْعِلْمِ ، وَقَوْلُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : اَلْعُلَمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ ، وَقَوْلُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : طَالِبُ الْعِلْمِ تَكَفَّلَ اللهُ تَعَالى بِرِزْقِهِ . إِنَّما الْمُرَ ادُ بِالْعِلْمِ فِى هَذِهِ الْمَوَاطِنِ الْعِلْمُ النَّافِعُ ))

[ Nota:: Sekali lagi, sila betulkan matan di dalam kitab saudara sebagaimana di atas ]

Ertinya::

“Ketahui olehmu bahawasanya kelebihan ‘ilmu yang berulang-ulang sebut di dalam (قرآن) yang ‘aziz ya’ni yang mulia dan di dalam Hadits Nabi (صلى الله عليه وسلم) hanya sungguhnya murad ( – yang dimaksudkan – ) dengan dia itu iaitu ‘ilmu yang memberi manafaat yang menyertai akan dia takut akan (الله تعالى) dan melengkapi akan dia itu haibah kepada (الله تعالى), seperti firman (الله تعالى) (Surah Fathir, ayat 28, yang ertinya): “Hanya sanya mereka yang takut akan (الله تعالى) itu iaitu daripada hamba-Nya yang ‘ulama.” Maka menyatakan Ia akan bahawasanya takut itu melazimkan akan ‘ilmu dan (di)faham daripada ini bahawa ‘ulama itu hanya sanya mereka itulah orang yang takut akan (الله تعالى). ( Dan ) demikian lagi firman (الله تعالى) ( Surah Al-Qashash, ayat 80):

        ﴿ وقال الذين أوتواالعلم

ya’ni (maksudnya) “ ( Dan ) berkata mereka yang mempunyai ‘ilmu.” ( Dan ) firman (الله تعالى) (Surah Ali Imran, ayat 7):

﴿ والراسخون فى العلم

ya’ni (maksudnya) “( Dan ) mereka yang mahir di dalam ‘ilmu.”

( Dan ) firman (الله) (Surah Thaha, ayat 14):

﴿ وقل رب زدنى علماً

ya’ni (maksudnya) “Kata olehmu ya Muhammad tambahi oleh-Mu ya Tuhan-ku akan ‘ilmuku.”

( Dan ) demikian lagi sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم): ((ان الملائكة لتضع أجنحتها لطالب العلم )) ya’ni (yang ertinya): “Bahawasanya segala Malaikat itu merendahkan akan sayapnya itu kerana membesarkan orang yang menuntut ‘ilmu.”,

( Dan ) sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم): ((العلماء ورثة الأنبياء )) ya’ni (yang ertinya): “(Bermula) ‘ulama itu mempusakai akan Anbiya’.”

( Dan ) sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم): ((طالب العلم تكفل الله تعالى برزقه )) ya’ni (yang ertinya): “( Bermula ) orang yang menuntut ‘ilmu itu telah mengakui ( – menjamin oleh – ) (الله تعالى) dengan rezkinya.”

( Hanya sesungguhnya ) murad ( – yang dimaksudkan – ) dengan ‘ilmu pada segala tempat ini, ya’ni pada segala ‘ilmu yang tersebut di dalam (قرآن) dan segala yang tersebut di dalam Hadits Nabi (صلى الله عليه وسلم) itu, iaitu semuanya dikehendaki dengan dia itu (adalah) ‘ilmu yang memberi manafaat pada agama ( dan ) di dalam Akhirat.”

Segala ‘ilmu yang memberi manafaat itu ( telah disebutkan ) di dalam kitab Imam Al-Ghazali (رحمه الله تعالى) seperti Ihya ‘Ulumiddin dan lain-lainnya yang tersebut dahulu itu. ( Dan ) demikian lagi segala fan ( – aneka, bagai – ) ‘ilmu Tashauf itu semuanya ‘ilmu yang memberi manafaat di dalam dunia dan Akhirat, kerana ‘ilmu Tashauf sekarang itu telah terhimpun di dalam(nya) ‘ilmu Ushuluddin, dan ‘ilmu Fiqah, dan ‘ilmu Thoriqat, seperti yang tersebut di dalam kitab ini (, seperti yang tersebut di dalam Muhtashar Ihya Ulumiddin yang iaitu asal kitab ini), ( dan ) seperti yang tersebut di dalam kitab Ihya Ulumiddin, dan lainnya daripada beberapa kitab ‘ilmu Tashauf, yang pada bicara ( – membicarakan – ) ‘ilmu Suluk ya’ni ‘ilmu Thariqat.

( Dan ) dari kerana inilah kata Sayyid As-Syaikh Abu Hasan Asy-Syazili (رضى الله عنه)::

(( مَنْ لَمْ يَتَغَلْغَلْ فِىْ هَذِهِ الْعُلُوْمِ يَعْنِىْ عُلُوْمَ الصُّوفِيَّةِ مَاتَ مُصِرًّا عَلى الْكَبَائِرِ وَهُوَ لاَ يَعْلَمُ ))

Ertinya::

“Barang siapa ( yang ) tiada masuk mengetahui di dalam ‘ilmu ini ya’ni ‘ilmu tashauf, nescaya mati ia pada hal ia mengekali atas beberapa dosa yang besar-besar, pada hal tiada ia mengetahui akan yang demikian itu.”

Sekali lagi, sila betulkan matan dan terjemahan di dalam kitab saudara sebagaimana di atas.

 ( Dan lagi ) kata Syaikh Ibnu ‘Abbad di dalam Syarah Hikam::

(( وَهَذِهِ الْعُلُوْمُ هِىَ الَّتِىْ يَنْبَغِىْ لِلإِ نْسَانِ أَنْ يَسْتَغْرِقَ فِيْهَا عُمْرَهُ الطَّوِيْلَ وَلاَ يَقْنَعُ مِنْهَا بِكَثِيْرٍ وَلاَ قَلِيْلٍ ، وَمَاسِوى هَذِهِ الْعُلُوْمِ قَدْ يَحْتَاجُ إِلَيْهَا وَرُبَّمَا أَضَرَّ بِصَاحِبِهِ مُدَا وَمَتُهُ عَلَيْهَا ، وَقَدِ اسْتَعَاذَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم فِى لْخَبَرِ الْمَشْهُوْرِ عَنْهُ مِنْ عِلْمِ لاَ يَنْفَعُ ) انتهى ))

Ertinya::

“( Dan ) segala ‘ilmu ini ya’ni ‘ilmu tashauf itu, iaitulah sayogia bagi (seseorang) manusia bahawa mengkaramkan (- maksudnya menghabiskan -) di dalam menuntut(nya, ya’ni ilmu tashauf itu) akan umurnya yang lanjut itu, dan jangan ia (merasakan sudah) memadai daripadanya dengan banyak dan jangan memadai ia dengan sedikit. ( Dan ) ‘ilmu yang lain daripada ‘ilmu tashauf ini terkadang (maksudnya, kadang-kadang) tiada (ia) berkehendak kepadanya dan terkadang (maksudnya, kadang-kadang) memberi mudharat ia akan orang yang mempunyai ‘ilmu itu pada mengekali ia atasnya, ( dan) (bahawa)sanya telah minta peliharakan Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) dengan (الله تعالى) daripada ‘ilmu yang tiada memberi manafaat itu (seperti yang tersebut) di dalam Hadits yang masyhur daripadanya, iaitu sabda Nabi::

(( اَللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ ))

Ertinya::

            “Aku minta peliharakan dengan (الله تعالى) daripada ‘ilmu yang tiada memberi manafaat.”

Sekali lagi, sila betulkan matan dan terjemahan di dalam kitab saudara sebagaimana di atas. Juga matan doa yang diberikan di atas saya nyatakan sebagaimana di atas berbanding dengan apa yang diberikan di dalam kitab Jawi yang berkaitan.

( Dan lagi ) kata Syeikh Ibnu ‘Abbad::

(( وَاَعْلَمْ أَ نَّهُ قَدْ وَرَدَ فِى الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ مِنْ فَضْلِ الْعِلْمِ وَالْعُلَمَاءِ مَالاَ يُحْصى كَثْرَهً ولاَ يُرْجى حُصُوْلُ ذَلِكَ إِلاَّ لِمَنْ صَحَّتْ مِنْهُ نِيَّتُهُ. وَصِحَّةُ نِيَّتِهِ فِىْ ذَلِكَ أَنْ يَكُوْنَ غَرَضُهُ فِيْهِ طَلَبَ مَرْضَاةِ اللهِ تَعَالى وَاسْتِعْمَالَهُ فِيْمَ يَنْفَعُ عِنْدَهُ وَ إِشَارَةَ الْخُرُوْجِ عَنْ ظُلْمَةِ الْجَهْلِ إِلَى نُوْرِ الْعِلْمِ ، فَهَذِهِ النِّيَّةُ الصَّحِيْحَةُ هِىَ الَّتِىْ تُحْمَدُ عَلى عَاقِبَتَهَا آجِلاً وَتُجْتَنَى ثَمَرَ تُهَا فِىْ طَاعَةِ اللهِ عَاجِلاً ))

Ertinya::

“Dan ketahui olehmu bahawasanya telah datang di dalam (قرآن) dan Hadits Nabi (صلى الله عليه وسلم) beberapa banyak daripada kelebihan ‘ilmu dan ‘ulama yang tiada dapat dihinggakan akan banyaknya itu. ( Dan ) tiada diharap hasil yang demikian itu melainkan bagi orang yang shahih ( iaitu benar ) niatnya itu. ( Dan ) benar niatnya pada demikian itu bahawa adalah qasadnya (iaitu tujuannya) di dalam menuntut ‘ilmu itu, iaitu kerana menuntut keredhaan (الله تعالى) dan kerana mengamalkan akan dia pada barang yang memberi manafaat padanya di dalam Akhirat, dan kerana mengisyaratkan ya’ni mengkehendaki ia keluar daripada kelam jahil kepada nur ‘ilmu.

Maka inilah niat yang shahih yang dipuji atas kemudiannya (iaitu kesudahannya) itu di dalam Akhirat, dan mengambil faedahnya (iaitu faedah ilmu ) itu di dalam dunia pada (iaitu dengan) berbuat ‘ibadat. Ya’ni disegerakan akan faedah ‘ilmu itu di dalam dunia dengan berbuat ‘ibadat dan ditangguhkan ‘ilmu itu di dalam Akhirat dengan beberapa pahalanya.”

Sekali lagi, sila betulkan matan dan terjemahan di dalam kitab saudara sebagaimana di atas. Sekian.


(والله الموافق ) – Wallahul muwafiq ya’ni “dan (الله تعالى) lah yang memberikan taufiq”.