Category: Indahnya Sifat Qonaah

Indahnya Sifat Qonaah.

Daripada Saidina Umar Al-Khatab “Bekerjalah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok”. Menolak keperluan dunia yang menjerumuskan diri kepada kemungkaran dan

kebinasaan merupakan suatu jihad diri yang perlu ada pada setiap seorang mukmin. Tipu daya dunia sering mengajak manusia terpesona mengejar

kesenangan hidup di dunia dan tidak mempedulikan

kehidupan di akhirat.  Seluruh usaha dan tenaga

dikerahkan untuk mendapatkan kekayaan,

kesenangan dan kenikmatan hidup di dunia tanpa mempedulikan sama ada ia halal atau haram.

Malah, ada yang menghalalkan cara untuk mendapatkan kekayaan dunia.

Kesimpulan

Sifat Qonaah dalam kehidupan seorang mukmin   merupakan asas utama kepada kejayaan sesebuah ummah.

Sifat Qonaah memberi manfaat kepada seorang mukmin dari sudut kehidupan seharian seperti        perjalanan hidup lebih tenang dan tenteram,               melahirkan sikap optimis dan tidak putus asa pada setiap usaha yang dijalankan, mampu menundukkan sikap hasad dengki, ego terhadap keberhasilan diri sendiri dan orang lain serta menebalkan rasa                  kesyukuran terhadap Allah SWT dengan gaya hidup yang sederhana.

Setiap seorang mukmin mestilah berupaya untuk  merancang hala tuju dalam kehidupan sebagaimana yang diamanahkan oleh Allah SWT. Justeru, dalam menggemblengkan tenaga bagi menunaikan          tanggungjawab seorang mukmin  perlu membuat perancangan sesuatu aktiviti mahupun program       memajukan diri.  Sudah pasti untuk memperoleh       sesuatu perancangan itu lebih berilmu sehingga mampu melaksanakan perintah Allah SWT.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA PIHAK