Category: HADIS PILIHAN

LETAKLAH DUNIA DI TANGAN DAN AKHIRAT DI HATI

” Barang siapa menjadikan dunia sebagai tujuan utamanya, maka Allah akan cerai-ceraikan urusannya. lalu Allah akan jadikan kefakiran selalu menghantuinya dan rezeki duniawi tak akan datang kepadanya kecuali hanya sesuai yang telah ditakdirkan sahaja.

Sedangkan barang siapa yang menjadikan akhirat sebagai puncak cita-citanya maka Allah ringankan urusannya, lalu Allah sisi hatinya dengan kecukupan dan rezeki duniawi mendatanginya pada hal ia tidak memintanya “.

Ukhuwah Faktor Kejayaan Membina Negara

Ukhuwah Faktor Kejayaan Membina Negara

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَيُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Daripada Anas RA, dari Nabi SAW, sabdanya: “Tidak sempurna Iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat kebaikkan seperti apa yang ia sendiri suka mendapatnya”. (HR Bukhari No: 12 ) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

  1. Ukhuwah sesama Muslim adalah pra syarat kesempurnaan iman seseorang.
  2. Kesempurnaan iman seseorang ditunjukkan dengan sifat mengasihi saudara Muslim yang lain seperti ia mengasihi dirinya sendiri.
  3. Ibn Qayyim menyatakan:

a. Kasih sayang itu adalah sifat memberikan manfaat kepada orang lain

b. Sifat bersusah payah demi memberikan kemudahan kepada orang lain atau menjauhkannya daripada bencana.

  1. Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah telah mempersaudarakan dua kaum iaitu Auz dan Khazraj yang sebelum ini sering berperang dan bermusuhan tanpa henti. Tiada lagi permusuhan antara mereka, bahkan mereka saling berkasih sayang, bantu membantu antara satu sama lain termasuk menghulurkan pertolongan kepada golongan Muhajirin yang baru berhijrah dari Mekah ke Madinah.
  2. Langkah strategik Rasulullah SAW mempersaudarakan ini demi memastikan ikatan ukhuwah dan persaudaraan dalam kalangan penduduk Madinah kukuh terpatri. Ia menjadi faktor utama kepada kejayaan pembinaan Negara Madinah yang baik dan keampunan Allah.
  3. Jangan jadikan perbezaan pemikiran, pandangan dan kumpulan sebagai pemisah antara kita. Banyak titik persamaan yang boleh dicari untuk berada di bawah payung keimanan, toleransi dan perpaduan bersama.

JOM sempena Maal Hijrah 1442 ini kita sempurnakan iman dengan saling berkasih sayang dan berukhuwah untuk mewujudkan Negara Malaysia yang cemerlang dan diampuni Allah. Berukhuwah dan berkasih sayang kearah Ummah Rabbani Negara Harmoni.

SemarakUkhuwahMemacuPerubahan

21hb Ogos 2020
02hb Muharam 1442H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam Bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD