Category: Hadis Berkaitan Dengan Hari Kiamat.

Hadis Berkaitan Dengan Hari Kiamat.

Hadis Berkaitan Dengan Hari KIAMAT.

عَنْ أَبِي سَعْدِ بْنِ أَبِي فَضَالَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا جَمَعَ اللَّهُ النَّاسَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لِيَوْمٍ لَا رَيْبَ فِيهِ نَادَى مُنَادٍ مَنْ كَانَ أَشْرَكَ فِي عَمَلٍ عَمِلَهُ لِلَّهِ أَحَدًا فَلْيَطْلُبْ ثَوَابَهُ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ أَغْنَى الشُّرَكَاءِ عَنْ الشِّرْكِ.
 (الترمذي)Dari Abu Sa’id bin Abi Fadhalah ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: “Apabila Allah Taala menghimpunkan manusia pada hari qiamat pada hari yang tidak ada sebarang syak tentang tetap berlakunya, – (pada hari itu) menyerulah malaikat penyeru:  “Sesiapa mempersekutukan (Allah dengan) mana-mana makhluk dalam sebarang amal yang dikerjakannya kerana Allah,  maka hendaklah ia meminta pahalanya daripada yang lain dan Allah,  kerana sesungguhnya Allah Taala tidak menerima sama sekali akan sebarang amal yang dipersekutukan Dia dengan makhluk yang lain.”(Tirmizi)
Daripada Abu Sa’id al-Khudri, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Kepada setiap penipu itu ada benderanya pada hari kiamat lalu dikatakan kepadanya: Ini tanda si penipu, fulan bin fulan”.
(Hadith Riwayat Imam Ahmad, al-Tirmizi, al-Hakim dan al-Toyalisi)
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Allah ‘azzawajalla berfirman(hadith Qudsi): tiga golongan manusia Aku menjadi musuh mereka pada hari kiamat, iaitu; seorang yang (berjanji akan ) memberikan sesuatu kerana Aku (kepada fakir miskin), kemudian membatalkan janji itu, seorang yang menjual orang merdeka lalu dimakan harganya, orang yang mengupah seorang pekerja (untuk membuat sesuatu kerja) lalau setelah kerja itu dibuat dengan baik maka tidak pula dibayar upahnya”.
(Hadith riwayat Imam al-Bukhari, Ibn Majah, Ahmad, Ibn Jarud, al-Tohawi dan al-Baihaqi)

Hazrat Anas r.anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:“Sesungguhnya antara alamat hari Kiamat ialah, ilmu akan diangkat, kejahilan berleluasa dan minum arak secara terbuka, tersebarnya perzinaan“. (HR Bukhari)

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda; “Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan”.
Mereka hanya mampu berkata, “Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat “La ilaha illallah”, lalu kami pun mengatakannya juga”.
Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah),
“Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah”?
Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. 
Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab“Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka” (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali).
 (Riwayat Ibnu Majah)

Dari Anas bin Malik r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tidak berlaku (terjadi) hari kiamat sehingga umatku bermegah-megah (dengan binaan) masjid”. (Riwayat Abu Daud)

Dari Auf r.a Rasulullah s.a.w telah bersanda :
“Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.” 
Baginda menyebutkan salah satu diantaranya, iaitu penaklukkan Baitulmaqdis”.-Sahih Bukhari-
Hadis riwayat Usamah bin Zaid ra., ia berkata:Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: 
“Pada hari kiamat nanti seorang lelaki dilemparkan ke dalam neraka, lalu seluruh isi perutnya keluar, kemudian ia berputar membawa isi perutnya itu seperti seekor keledai memutari penggilingan.Lalu penghuni neraka mengerumuninya dan bertanya: 
Hai Fulan, kanapa kamu disiksa seperti ini, bukankah kamu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran? Ia jawab: 
Benar, aku dahulu menyeru kepada kebaikan, tetapi aku tidak melakukannya dan mencegah kemungkaran namun aku tetap menjalankannya”. (Hadis dalam kitab Sahih Muslim)

Daripada Mughirah bin Syu’ bah r.a. berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah S.W.T.  mereka sentiasa berjaya”.(Hadis Riwayat Bukhari)

Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya kepada baginda tentang hari akhirat.
1. Makanan yang menjadi hidangan pertama kali penghuni Syurga :

Diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa baginda ditanya,“Makanan apakah yang menjadi hidangan pertama kali penghuni Syurga?”
Baginda menjawab, “Hati ikan.” 
Ditanya kembali. “Kemudian apa lagi setelah itu?” 
Baginda menjawab,“Bagi mereka disembelihkan sapi Syurga yang biasa makan di tepian Syurga.” 
Kemudian baginda ditanya lagi, “Apakah minuman mereka?” Maka, baginda menjawab, “Dari mata air Syurga yang bernama Salsabila.”(Hadis Riwayat Muslim).
2. Ketika manusia bertemu Allah s.w.t. di hari akhirat :
Diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa baginda ditanya, “Apakah yang diperbuat oleh Tuhan kita ketika kita menemui-Nya?
Baginda menjawab,” Kalian dihidupkan di sisi-Nya, lembaran-lembaran jalan hidup kalian ditampakkan dihadapan-Nya, tidak ada hal sekecil apa pun yang tersembunyi di balik hati kalian. Demi Allah, Tuhan kalian tidak pernah salah sedikitpun dalam menghisab amal kalian. Seorang Muslim mukanya berseri-seri laksana kain yang putih bersih, adapun seorang kafir dihancur-leburkan seperti arang yang berwarna hitam pekat.”(Hadis Riwayat Ahmad).
3. Mata air yang mengalir di Syurga :
Rasulullah s.a.w. ditanya, seperti apakah mata air yang mengalir di Syurga? Maka, baginda menjawab,” Mata air dari madu yang murni, sungai-sungai dari khamar (arak) yang tidak menyebabkan mabuk dan penyesalan, sungai-sunagai dari susu yang tidak berubah rasanya, air jernih yang belum berubah dan buah-buahan. Demi Allah, kalian tidak pernah melihat kenikmatan ini di dunia dan tidak ada sedikitpun yang serupa dengannya.”(Hadis Riwayat Ahmad).
4. Isteri-isteri di Syurga :
“Adakah kita akan mempunyai isteri di Syurga?” Maka, baginda menjawab, ” Orang-orang yang soleh akan dinikahkan dengan wanita-wanita yang solehah. Kalian akan merasakan kenikmatan sebagaimana isteri-isteri kalian juga akan merasakan kenikmatan waktu di dunia. Perbezaannya, hubungan intim di Syurga tidak menyebabkan kehamilan.”(Hadis Riwayat Ahmad)
5. Hubungan badan dengan isteri-isteri di Syurga :
“Apakah kita berhubungan badan dengan isteri-isteri kita di Syurga? Maka, baginda menjawab, “Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, seorang lelaki mampu berhubungan badan dengan seratus bidadari pada satu pagi.”
(Imam Hafidz Abu Abdullah al-Maqdisi mengatakan bahawa perawi hadis ini adalah sahih).
“Apakah ada hubungan badan di Syurga?” Maka, baginda menjawab, “Ya, demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya. Apabila ia telah berdiri dari isteri-isteri-Nya (telah selesai dari hubungan badan), mereka kembali perawan seperti semula.” (perawi hadis ini adalah sahih dengan syarat Ibnu Hibban)
6. Makna kata “al-Kautsar.”
Diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa baginda ditanya tentang makna kata “al-Kautsar”. Maka , baginda menjawab, “Al-Kautsar adalah sebuah sungai yang dianugerahkan oleh Allah kepadaku di Syurga. Lebih putih dari susu, lebih manis dari madu, terdapat burung yang lehernya seperti leher unta.” 
Para sahabat bertanya, “Alangkah nikmatnya wahai Rasulullah! Maka, baginda bersabda,“Yang memakannya lebih merasakan nikmatnya berbanding yang sekadar mendengar saja.”
7. Wanita yang pernah berkahwin lebih dari satu suami di dunia :
Diriwayatkan dari Rasulullah bahawa baginda ditanya , “Seorang wanita yang telah menikah dengan lebih dari dua atau tiga laki-laki, bersama siapakah ia tinggal di antara mereka di Syurga?” Maka, baginda menjawab, “Ia akan memilih yang paling mulia akhlaknya.”
8. Penghuni Syurga saling menikah :
“Apakah penghuni Syurga saling menikah?”
Maka, baginda menjawab, “Nafsu syahwat mereka tidak pernah putus dan kemaluan mereka tidak pernah lemas serta dorongan seksual mereka sangat kuat sekali.”
9. Hubungan dengan isteri :
“Apakah penghuni Syurga juga berhubungan badan dengan isteri-isteri mereka?”
Maka, baginda menjawab, ” Sangat kuat dorongan seksualnya, tetapi mereka tidak mengeluarkan mani dan juga isterinya.”
10. Penghuni Syurga tidak tidur.
“Apakah penghuni Syurga itu tidur?”
Maka, baginda menjawab, “Tidur itu bererti mati, penghuni Syurga tidak pernah tidur,”
11. Di Syurga ada kuda dari permata :
“Apakah di Syurga ada kuda?” 
Maka, baginda menjawab, “Apabila masuk Syurga, kalian disiapkan seekor kuda tunggangan dari permata, yang mempunyai dua sayap, membawa terbang kemanapun kalian kehendaki di Syurga.”
12. Wanita dunia lebih mulia dari bidadari :“Apakah wanita dunia lebih utama dari bidadari yang bermata jelita?”
Maka, baginda menjawab, “Wanita dunia adalah lebih mulia dari bidadari seperti keutamaan sesuatu yang nampak dari hal yang tersembunyi.”
Lalu ia bertanya kepada Nabi s.a.w, “Hai Rasulullah, apakah yang menjadikannya demikian?”Baginda menjawab, “Kerana solat, puasa, dan ibadah mereka kepada Allah. Maka Allah menghiaskan cahaya di muka mereka dan membalutkan kain sutra pada tubuh mereka. Mereka berkulit putih, berpakaian hijau, perhiasannya kuning, pedupan mereka dari permata dan sisir mereka dari emas. Mereka seraya berkata, “Kita tinggal di Syurga selama-lamanya tidak pernah akan mati, menyelam dalam lautan kenikmatan tidak pernah mendapatkan musibah, dan kami menetap tidak pernah pindah selamanya, kami rela dan tidak pernah benci selamanya. Maka beruntunglah orang yang memiliki kami dan menjadi milik kami.”
Kemudian ia bertanya kepada Rasulullah s.a.w., “Seorang wanita di dunia yang telah menikah dua suami, tiga atau empat dan ia meninggal, kemudian ia masuk Syurga dan mereka pun masuk Syurga. Wanita itu tinggal dengan siapakah diantara mereka?” Maka, baginda menjawab, “Hai Umi Salama, ia dipersilakan untuk memilih, kemudian ia memilih di antara mereka yang paling mulia akhlaknya. Lalu ia berkata, “Wahai Tuhanku, sesungguhnya suamiku ini adalah yang paling mulia akhlaknya ketika saya bersamanya di dunia. Maka, nikahkan aku bersamanya,” Hai Umi Salamah, akhlak yang mulia akan membawa kebaikan kehidupan dunia dan akhirat.”
Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi SAW, katanya : Aku bertanya, “Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari bermata jeli? 
Baginda menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat.” 
Aku bertanya, “Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?” 
Baginda menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas.”

Mereka berkata : “Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami reda dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.” (Hadis Riwayat ath-Tabrani)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sekiranya setitis Zaqqum menitis ke dunia nescaya akan merosakkan seluruh kehidupan ahli dunia. Bagaimana keadaan orang yang setiap hari buah Zaqqum menjadi makanannya?”.
(Riwayat at-Tirmizi, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Daripada Ibnu Abbas dan ‘Imran bin Hussain r.a, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku melihat ke dalam syurga, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang fakir miskin. Dan (apabila) aku melihat ke dalam neraka, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada golongan wanita.”
 (Hadis Riwayat Muttafaqun ‘alaih)

Assalamualaikum  &  Selamat  Pagi,

FURMAN ALLAH SWT YANG BERMAKNA

SESUNGGUHNYA KAMU TIDAK AKAN DAPAT MEMBERI PETUNJUK KEPADA ORANG YANG KAMU KASIHI, TETAPI ALLAH MEMBERI PETUNJUK KEPADA ORANG YANG DIKEHENDAKI-NYA, DAN ALLAH LEBIH MENGETAHUI ORANG-ORANG YANG MAU MENERIMA PETUNJUK. Surah Al-Qasas : 56

Mohon  Kunjungi Blog Kami Untuk Mendapat Maklumat Tentang  Al-Quran Mendahului Sains  Dan Lebih 80 Blog Gerbang Ilmu Agama Terbaik :

PERINGATAN DARI ILAHI (IV) – RINGKASAN KITAB TANBIHUL GHAFILIN

https://jipskelantan88695409.wordpress.com/2020/09/13/peringatan-dari-ilahi-iv-ringkasan-kitab-tanbihul-ghafilin/

Sama2 Kita Berkongsi Pahala Jariah Dengan Menyebarkan Bahan2 Agama Yang Bermanfaat, Mohon Para Sahabat Follow Blog Kami Dan Beri Pandangan Berguna, Terima Kasih.

http://madahalinsani.blogspot.com/p/hadith-berkaitan-kiamat.html