Daripada Abdullah (Abdullah bin Mas’ud) daripada Nabi SAW bahawasanya baginda SAW pernah berdoa: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan kecukupan (tidak meminta-minta).” (HR Muslim No: 2721) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW mengajar kita berdoa agar dikurniakan petunjuk, memiliki sifat taqwa, dikurniakan sifat ‘afaf (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan ghina (tidak meminta-minta).
2. Hidayah ialah petunjuk dan bimbingan daripada Allah SWT. Tiada seorang pun yang mendapat hidayah melainkan hanya Allah sahaja yang memberikannya.
3. Setiap orang perlu meminta hidayah kepada Allah, agar dibimbing untuk mengukuhkan keimanannya, meningkatkan amal solehnya dan tutur bicaranya serta akhlak yang baik dalam menghadapi pelbagai masalah dunia dan akhirat.
4. Jika seseorang yang menginginkan agar dirinya diberi hidayah untuk menjadi seorang Muslim yang baik, bertaqwa, dapat menjalani kehidupan ini dengan baik, selamat, hati yang damai dan terhindar daripada perbuatan yang buruk, maka mintalah hanya kepada Allah SWT, bukan kepada yang lain.
5. Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim: mengatakan, “”Afaf bermakna menjauhkan dan menahan diri dari perkara yang tidak diperbolehkan. Sedangkan al-ghina adalah hati yang selalu merasa cukup dan tidak perlu kepada apa yang ada di sisi manusia.”
6. Marilah sempena menghadapi tahun baru 2022 ini, kita perbanyakkan berdoa dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ini:
Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan al-ghina (kecukupan serta tidak meminta-minta)
Rasulullah mengajar kita agar meminta empat perkara dalam doa ini:
a. Al-huda iaitu petunjuk dalam ilmu dan amal.
b. Al-taqwa iaitu sentiasa berwaspada dan berhati-hati agar melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan.
c. Al-afaf iaitu dijauhkan dari perkara yang diharamkan seperti zina dan yang seumpamanya.
d. Al-ghina iaitu dicukupkan oleh Allah dari apa yang ada di sisi manusia dengan sifat qonaah, selalu merasa cukup ketika Allah memberinya harta sedikit atau pun banyak.
Moga Allah menganugerahkan kita dengan petunjuk yang akan memandu kita menjadi orang yang bertakwa serta memiliki sifat yang menjauhkan kita dari yang haram dan sentiasa merasa cukup dengan rezeki yang ada.
Ya Allah, pada hari yang berbahagia ini, kami memohon keberkatan dan keredhaan dari-Mu agar segala usaha, tindakan dan amal perbuatan kami ini diterima serta mendapat kerahmatan dari-Mu ya Allah.
اَللَّهُمَّ ياَ عَزِيْزُ ياَ قَهَّارُ
Anugerahkanlah sifat kesungguhan dan ketekunan kepada diri kami, agar sentiasa dapat melaksanakan kerja dengan penuh rasa tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Jadikanlah perkhidmatan kami ini yang lebih maju kehadapan agar segala urusan dapat diselesaikan dengan cekap, cepat dan teratur.
Di hari yang mulia ini, kami berdoa memohon keredhaan. Mu untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan. Terapkanlah amalan kerja yang baik agar kami jadikan ia sebagai ibadah yang berterusan dan jauhkanlah sifat tercela, bukakanlah pintu hati kami bagi menerima segala kefahaman, curahkanlah hidayah-Mu agar dapat kami jadikannya sebaik-baik penghayatan.
يَا اَ لله ُ يَا فَتَّاحُ
Jadikanlah al-Quran itu penyuluh hati kami, tunjukkanlah jalan yang benar agar kami ikuti, jelaskanlah perkara yang batil agar kami jauhi. Corakkanlah akhlak kami dengan sifat mahmudah, lindungilah kami dari sifat mazmumah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Di hari yang mulia ini, kami berdoa memohon ke hadrat Mu, satukanlah dan perteguhkanlah hati-hati kami di bawah keredhaan.Mu, lahirkanlah perasaan persaudaraan, berkasih sayang, bermuafakat, tanamkanlah ke dalam jiwa kami sifat sabar, tekun dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan serta di permudahkan segala urusan kami.
يَا اَ لله ُ يَا مُجِيْبُ
Engkau jadikanlah perkhidmatan awam di negara ini, perkhidmatan yang berkualiti lagi cemerlang agar dengannya dapat menjadikan negara kami maju dalam segala bidang agar ianya menjadi negara yang unggul, disegani, bertaraf dunia dan mendapat keredhaan Mu ya Allah.
Di hari yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami, tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal. Kuatkanlah tekad dan semangat kami untuk berkhidmat kepada jabatan ini dengan lebih cekap serta cemerlang.
يَا اَ لله ُ يَا رَزَّاقُ
Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Anugerahkanlah kami kekuatan ilmu, imam dan kebijaksanaan untuk menerokai kejayaan. Jadikanlah diri kami insan yang berpandangan jauh , komited dengan kehendak dan perubahan zaman . Berikanlah kami kesihatan agar bergerak aktif menabur khidmat bakti kepada masyarakat dan negara Malaysia tercinta agar kedaulatan tanah air teguh terpelihara.
يَا اَ لله ُ يَا قُدُّوْسُ
Engkau tanamkanlah di dalam diri kami sifat amanah, bertanggungjawab dan keimanan yang mantap . Pertingkatkanlah i’tikad dan amalan kami agar taat mengerjakan suruhan dan taat menjauhi larangan serta redha menerima dugaan dan ikhlas menyempurnakan amalan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi
يَا اَ لله ُيَا خَبِيْرُ
Di hari yang mulia ini kami memohon taufik dan kesejahteraan dari-Mu. Anugerahkanlah kami kekuatan ilmu , iman dan cetusan idea yang bernas bagi meningkatkan mutu kerja dan kecekapan supaya ianya dapat memenuhi ekspektasi pelanggan dan jabatan.
يَا اَ لله ُ يَا رَحْمنُ
Engkau tunjukkanlah kami kearah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang supaya bekerja dengan penuh dedikasi, amanah dan bertanggungjawab.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia para Nabi dan Rasul dan penghulu kami junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.
يَا اَ لله ُ يَا شَكُوْرُ
Di hari yang mulia serta penuh keberkatan ini, kami melahirkan kesyukuran kami kepada-Mu kerana diberi peluang untuk memartabatkan perkhidmatan awam di negara ini.
يَا اَ لله ُ يَا رَحِيْمُ
Kami memohon restu dan kasih saying-Mu yang berkekalan dalam menjalankan tugas dan kewajipan yang diamanahkan. Jadikanlah kami golongan yang produktif dan berkualiti. Golongan yang berjaya melaksanakan tugas dengan sempurna dan berkesan. Ya Allah, hindarkan kami dari sifat-sifat lemah, malas dan suka bertangguh-tangguh dalam menjalankan tugas.
Segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia para nabi dan rasul dan penghulu kami junjungan besar nabi muhammad s.a.w. serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.
يَا اَلله ُ يَا شَكُوْرُ
Di hari yang mulia serta penuh keberkatan ini, kami melahirkan kesyukuran kepada-mu kerana diberi peluang untuk memartabatkan perkhidmatan Polis Diraja Malaysia di negara ini.
يَا اَلله ُ يَا رَحِيْمُ
Kami memohon restu dan kasih sayang-mu yang berkekalan dalam menjalankan tugas dan kewajipan yang diamanahkan. Jadikanlah kami golongan yang produktif dan berkualiti. Golongan yang berjaya melaksanakan tugas dengan sempurna dan berkesan. Ya Allah, hindarkan kami dari sifat-sifat lemah, malas dan suka bertangguh-tangguh dalam menjalankan tugas.
Segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas semulia – mulia para nabi dan rasul dan penghulu kami junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat – sahabat baginda sekalian.
يَا اَلله ُيَا خَبِيْرُ
Dihari yang mulia ini, kami memohon taufiq dan kesejahteraan dari mu. Anugerahkanlah kami kekuatan ilmu, imam dan cetusan idea yang bernas bagi meningkatkan mutu kerja dan kecekapan supaya ianya dapat memenuhi ekspektasi pelanggan dan jabatan.
يَا اَلله ُ يَا رَحِيْمُ
Engkau tunjukkanlah kami ke arah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar amalan hidup sihat kami dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang supaya bekerja dengan penuh dedikasi, amanah dan bertanggungjawab.
Segala puji bagi allah yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas semulia–mulia para nabi dan rasul dan penghulu kami junjungan besar nabi muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat–sahabat baginda sekalian.
يَا اَلله ُيَا خَبِيْرُ
Anugerahkanlah kami kekuatan ilmu, iman dan kebijaksanaan untuk menerokai kejayaan. Jadikanlah kami insan yang berpandangan jauh, komited dengan kehendak dan perubahan zaman. Berilah kami kesihatan agar dapat bergerak aktif menabur khidmat bakti kepada agama, bangsan dan negara malaysia yang tercinta ini agar kedaulatan tanah air kami teguh terpelihara.
يَا اَلله ُ يَا قُدُّوْسُ
Engkau tanamkanlah didalam hati kami sifat amanah, bertanggungjawab dan keimanan yang mantap. Pertingkatkanlah iktikad dan amalan kami agar taat mengerjakan suruhan dan taat menjauhi larangan serta redha menerima dugaan dan ikhlas menyempurnakan amanah.
Segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas semulia – mulia para nabi dan rasul dan penghulu kami junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat – sahabat baginda sekalian.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Dihari yang mulia ini, kami memohon ke hadrat mu, berilah kami kekuatan, taufiq dan hidayah kepada kami semua supaya kami dapat memperbaiki diri kami. Tambahkanlah ya allah kepada kami ilmu, iman dan amal. Kuatkanlah tekad dan semangat kami untuk berkhidmat dengan pasukan polis diraja malaysia ini dengan lebih cekap dan cemerlang.
يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ
Kami memohon kepada Mu Ya Allah, berilah kami iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang diberkati, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas semulia – mulia para nabi dan rasul dan penghulu kami junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat – sahabat baginda sekalian.
يَا اَلله ُ يَا قَهَّارُ
Di hari yang mulia ini, kami berdoa memohon ke hadrat mu, satukanlah dan perteguhkanlah hati – hati kami dibawah keredhaanmu. Lahirkanlah perasaan persaudaraan, berkasih sayang, bermuafakat. Tanamkanlah ke dalam jiwa kami sifat sabar, tekun dalam melaksanakan tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan serta dipermudahkan segala urusan kami.
يَا اَلله ُ يَا مُجِيْبُ
Engkau jadikanlah perkhidmatan Polis Diraja Malaysia di negara ini, sebagai perkhidmatan yang berkualiti lagi cemerlang, agar dengannya dapat menjadikan negara kami maju dalam segala bidang, agar ianya menjadi negara yang unggul, disegani, bertaraf dunia dan mendapat keredhaan Mu Ya Allah.
Di hari yang mulia ini, kami berdoa memohon keredhaan-mu untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan. Terapkanlah amalan kerja yang baik agar kami jadikan ia sebagai ibadah yang berterusan dan jauhkanlah sifat tercela, bukakanlah pintu hati kami bagi menerima segala kefahaman, curahkanlah hidayah-mu agar dapat kami jadikannya sebaik-baik penghayatan.
يَا اَلله ُ يَا فَتَّاحُ
Jadikanlah Al-Quran itu penyuluh hati kami, tunjukkanlah jalan yang benar agar kami ikuti, jelaskanlah perkara yang batil agar kami jauhi. Corakkanlah akhlak kami dengan sifat mahmudah, lindungilah kami dari sifat mazmumah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Ya Allah, pada hari yang berbahagia ini, kami memohon keberkatan dan keredhaan dari-mu agar segala usaha, tindakan dan amal perbuatan kami ini diterima serta mendapat kerahmatan dari-mu Ya Allah.
اَللَّهُمَّ ياَ عَزِيْزُ ياَ قَهَّارُ
Anugerahkanlah sifat kesungguhan dan ketekunan kepada diri kami, agar sentiasa dapat melaksanakan kerja dengan penuh rasa tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Jadikanlah perkhidmatan kami ini yang lebih maju kehadapan agar segala urusan dapat diselesaikan dengan cekap, cepat dan teratur.