Membaca al-Quran Bagaikan Meminum Susu.

Membaca al-Quran Bagaikan Meminum Susu.

“Bagaikan meminum susu.” Begitulah bicara Nabi s.a.w. dalam membuat kiasan terhadap orang yang membaca al-Quran namun tidak memerhatikannya.

Saya kongsikan hadith penuhnya kepada teman-teman sekalian. Hadith ini disampaikan oleh sahabat yang bernama ‘Uqbah bin ‘Amir r.a.

سيخرُجُ أقوامٌ من أُمَّتِي يَشربُونَ القرآنَ كشُربِهِمْ اللَّبَنَ

“Kelak akan muncul satu kelompok kalangan umat saya yang meminum (membaca) al-Quran bagaikan meminum susu.” (Mu‘jam al-Kabir oleh al-Tabarani 17:297; al-Firyabi di dalam Fadha’il al-Qur’an; al-Mustaghfiri di dalam Fadha’il al-Qur’an 1:137)

Apakah maksudnya?

Apabila kita minum susu, adakah kita akan minum sedikit sedikit, kemudian berfikir? Rasanya tidak begitu. Biasanya kita akan terus meneguknya tanpa banyak berfikir. Diteguk sampai habis.

Ibaratnya begitulah sebahagian kita yang membaca al-Quran. Dibaca tanpa fikir, tanpa renung, jauh sama sekali untuk tadabbur. Walhal tujuan utama penurunan al-Quran ialah untuk ditadabbur, diamalkan, dan dijaga peraturannya.

Menurut faham saya, bukanlah kita dilarang terus untuk membaca al-Quran dengan laju tanpa faham. Ada masa seperti ketika berada di Tanah Haram dan bulan Ramadhan, kita berkejar untuk membaca al-Quran sebanyaknya.

Dapat faham satu dua perkara, insha Allah memadai. Kerana kita ada fokus dan matlamat. Matlamatnya, memperbanyakkan pahala dan membiasakan lisan dengan kalamullah.

Di masa yang lain, kita gabungkan antara dua:-

💕 Banyak membaca menurut kadar kemampuan. Seperti 1 juzuk sehari, atau 10 muka surat. Lebih banyak, masha Allah lebih baik.

💕 Cuba faham, tadabbur dan amal.

Wallah a’lam.

Rujukan:

Sharh al-Arba‘in fi Fadha’il al-Qur’an oleh Ustaz Walid bin ‘Uthman.

Saudaramu,

Khair, Olayan, Makkah al-Mukaramah.

YANG MUNCUL HANYA SEKALI DALAM AL-QURAN

YANG MUNCUL HANYA SEKALI DALAM AL-QURAN

Al-Quran sangat teliti dalam pemilihan perkataan. Kekadang satu kalimah itu apabila diterjemahkan, terjemahannya sama sahaja dengan kalimah lain dalam al-Quran, sedangkan hakikat sebenar sangatlah berbeza.

Antara fenomena kemukjizatan al-Quran yang tidak pernah terhenti kajian dijalankan ialah kalimah-kalimah yang unik dan bersendirian, yang hanya muncul sekali sahaja tanpa ada pengulangan dalam apa jua bentuk. Ia disebut “al-Farid” atau jama’nya, “al-Fara’id”.

Ilmu al-Faraid ini lahir dari satu keyakinan bahawa  يصغ كل شئ في موضعه الأحق الأجدر بوجوده الذي لا يصلح غيره أن يحل محله ?

Tahukah anda enam kalimah fara’id dalam kisah Nabi Nuh iaitu نسرا , تزدزي , منهمر , دسر , ابلعي dan أقلعي  ?

Tahukah anda ada enam kalimah fara’id dalam kisah Nabi Hud iaitu الأحقاف , ريع , إرم , منقعر , حسوما dan صرعى ?

Tahukah anda ada tiga kalimah fara’id dalam kisah Nabi Soleh iaitu سهولها , فارهين dan دمدم ?

Tahukah anda ada tujuh kalimah fara’id dalam kisah Nabi Ibrahim, Ismail dan Luth iaitu يزفون , حنيذ , صكت , الروع , تفضحون , تله dan للجبين ?

Tahukah anda ada tiga belas kalimah fara’id dalam kisah dan surah Yusuf iaitu اطرحوه – يرتع – دراهم – الزاهدين – غلقت – هيت – شغفها – خبزا – حصحص – نمير – صواع – تفتأ – تفندون ?

Tahukah anda ada tiga puluh kalimah fara’id dalam kisah Nabi Musa ?

Tahukah anda ada sembilan kalimah fara’id dalam kisah Nabi Daud dan Sulaiman iaitu السرد – ففهمناها – فتبسم – الهدهد – الخبء – عقريت – جفان – الصافنات – رخاء ?

Tahukah anda ada empat kalimah fara’id dalam kisah Nabi Yunus iaitu أبق – فساهم – يقطين – ذا النون ?

Tahukah anda ada dua kalimah fara’id dalam kisah Nabi Zakariya iaitu اشتعل dan رمزا ?

Tahukah anda ada dua kalimah fara’id dalam kisah Nabi Isa dan Maryam iaitu المخاض dan تدّخرون ?

Dan tahukah anda ada empat belas kalimah fara’id dalam kisah Nabi Muhammad SAW dalam al-Quran seperti نبتعل – فظّا – فتهجد – قاب – قوسين – بضنين dan lain lain ?

Tahukah anda ada sebelas lagi kalimah fara’id dalam lima kisah-kisah al-Quran yang tidak berulang dalam al-Quran seperti فجوة – أيقاظا – ردما – العرم – الفيل dan lain lain ?

Kajian juga menemui dapatan berikut dan pengkaji merungkai hikmahnya bersama :

– hanya 28 surah sahaja yang tiada kalimah fara’id !

– kalimah fara’id paling banyak dalam surah al-Baqarah iaitu 23 kalimah !

– terdapat 405 kalimah fara’id kesemuanya dalam al-Quran !

– majoriti al-fara’id ini dalam kisah-kisah umat terdahulu !

– al-fara’id paling banyak dalam kisah Nabi Musa !

Lalu bagaimana tadabbur kita pada kalimah-kalimah ini ? Bagaimana isu ini dilihat dari perspektif mukjizat (al-Quran mencabar manusia dan jin untuk mendatangkan seperti al-Quran) ?

Lebih menarik dan bakal “mengenyangkan” anda ialah perbincangan rahsia pemilihan kalimah itu pada menjelaskan uniknya karakter khusus manusia yang dimaksudkan oleh nas-nas yang diturunkan dari Tuhan seluruh manusia (رب العالمين) berkenaan.

-Ustaz Syaari Ab Rahman (Jurulatih Utama Tadabbur Centre)

15 TIPS BACAAN AL-QURAN

15 TIPS BACAAN AL-QURAN

Oleh: Dr. Muhd al-Muhaysni.

‎هذه #وصاياأثناءالقراءة كتبها د. محمد المحيسني حفظه الله ..

‎١- لا تعطي القرآن فضلة وقتك .

1️⃣ Jangan engkau berikan (fokus membaca) al-Quran pada lebihan waktumu (yakni: bila free, baru baca),

‎بل خصص له وقت محدد لا ينازعك عليه أحد

Malah khususkan untuknya waktu tertentu, yang mana tiada seorangpun yang akan mengganggumu.

‎٢- قبل القراءة جدد وضؤك ، واستقبل القبلة ، .

2️⃣ Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu’mu, hadaplah ke arah kiblat,

‎وابدأ بالاستعاذة ثم البسملة ، واستحضر فضل قراءة القرآن

dan mulakan dengan Isti’azah (Bacaan A’udzu bilLah..), kemudian Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan ingatilah ganjaran kelebihan membaca al-Quran.

‎٣- ليكن صوتك وسطاً لا مرتفعاً فتتعب وتزعج ولا منخفظاً فتمل وتنعس

3️⃣ Hendaklah kekuatan suaramu sederhana, tidak terlalu kuat sehingga engkau kepenatan dan terganggu, dan tidak terlalu perlahan sehingga engkau bosan dan mengantuk.

‎ولتكن سرعتك وسطاً لا سريعة فتهذ ولا بطيئةً فتسئم .

Hendaklah laju bacaanmu itu juga sederhana, tidak terlalu laju sehingga terpotong-potong ayat (kerana sering tersilap), dan tidak juga terlalu perlahan sehingga engkau rasa jemu.

‎٤- للقرآن هيبة ووقار

4️⃣ Al-Quran memiliki wibawa dan kehormatan.

‎ومن عظم القرآن في قلبه عظم الله مكانته بين الناس

Sesiapa yang mengagungkan al-Quran di dalam hatinya, Allah agungkan kedudukannya di kalangan manusia.

‎فلا تقطع قراءتك بالكلام مع فلان وفلان

Maka jangan engkau putuskan bacaanmu dengan perbualan bersama orang lain.

‎٥- كان السلف إذا شرع أحدهم في قراءة سورةٍ لا يقطعها حتى يتم السورة.

5️⃣ Generasi salaf dahulu apabila mereka menetapkan untuk membaca satu surah, mereka tidak akan memutuskannya sehingga sempurna bacaan satu surah tersebut.

‎وهذا من الأدب مع كلام الله ، والبعض يقطع الآيات !

Ini adalah di antara adab dengan kalam Allah. Dan sebahagian orang memutuskan ayat (untuk bercakap dengan orang).

‎٦- إذا بدأت قراءتك فلا تلتفت لأحد

6️⃣ Apabila engkau telah memulakan bacaanmu, maka janganlah engkau menoleh kepada sesiapapun.

‎وإذا أراد أحدهم الحديث معك فأشر بيدك له معتذراً ،

Jika seseorang ingin berbicara denganmu, berikan isyarat dengan tanganmu meminta maaf.

‎وهذا من تعظيمك لكتاب الله

Ini merupakan sikap memuliakan kitab Allah.

‎٧- إن كنت ولا بد قاطعاً تلاوتك لحديثك لأحدهم ، فلا تجبه فور حديثه.

7️⃣ Jika engkau perlu untuk menghentikan bacaanmu untuk berbicara dengan seseorang (yang mengajakmu berbicara), jangan terus (berhenti untuk) menjawabnya.

‎بل لينتظرك حتى تقف على رأس الآية في موقف مناسب .

Malah hendaklah dia menunggu sehingga engkau berhenti di hujung ayat, pada tempat berhenti yang sesuai.

‎٨- يجب عليك تحريك لسانك أثناء القراءة

8️⃣ Hendaklah engkau menggerakkan lidahmu ketika membaca al-Quran,

‎أما قراءة العين فهي لا تجزئ ولا تعبر قارئاً

adapun bacaan dengan mata sahaja, tidak memadai dan tidak dianggap sebagai membaca.

‎٩- من عدم احترامك لكلام ربك أن تقرأ آيات يسيرة ثم تتابع تويتروتليجرام و..و..و ثم تعود ، ثم تتصفح وهكذا !

9️⃣ Di antara tanda hilangnya rasa hormat kepada kalam Tuhanmu, ialah apabila engkau baru membaca sedikit ayat-ayat al-Quran, kemudian engkau sambung pula dengan melihat Twitter, Telegram, fb dan ini, dan itu, kemudian sambung, kemudian semak lagi, dan seterusnya.

‎١٠- أنصحك أن تذهب لمسجد بعيد لا معارف لك به

🔟 Aku menasihatkanmu agar engkau pergi ke sebuah masjid yang jauh, yang engkau tidak ada orang mengenalimu.

‎وأن تذهب الأخت لغرفة منعزلة

Dan bagi wanita, agar pergi ke tempat, bilik atau ruangan yang terasing.

‎لتخلوا بكتاب ربك فتذوق حلاوته وتتدبر آياته

Supaya kamu dapat bersendirian bersama kitab Tuhanmu, lalu engkau menikmati kemanisannya dan mentadabburi ayat-ayatNya.

١١-مهمة:

‎شر جليس لك في قراءتك هاتفك !

1️⃣1️⃣ (PENTING!!)

Seburuk-buruk pendampingmu ketika membaca al-Quran, ialah ‘handphone’mu.

‎فأنصحك أن تتركه في المنزل أو السيارة

Maka, aku menasihatkanmu, agar engkau meninggalkan ia di rumah atau di dalam kenderaan (dalam keadaan yang selamat)

‎وتذهب للقراءة وحدك حتى لا يدخل منه الشيطان

Dan engkau pergi membaca al-Quran bersendirian, supaya Syaitan tidak mengganggumu melaluinya (yakni: telefon itu)

‎١٢- أثناء قراءتك ستمر عليك آيات رحمة ووعيد

1️⃣2️⃣ Semasa engkau membaca, engkau akan melalui ayat-ayat tentang rahmat dan ancaman.

‎قف .. عند بعضها

Berhentilah.. pada sebahagian dari ayat-ayat tersebut.

‎وارفع يديك واسأل الله من فضله

Angkatlah kedua tanganmu dan mintalah kepada Allah dari kelebihanNya.

‎فلها أثر على القلب كبير .

Baginya, terdapat kesan kepada hati yang sangat besar.

‎١٣- إن كنت بطيئ القراءة أو لا تحسنها

1️⃣3️⃣ Jika engkau (menghadapi masalah) perlahan membaca al-Quran atau engkau tak mampu membaca dengan baik,

‎فأعلم أن أجرك مضاعف فلك الأجر مرتين .

Ketahuilah bahawa ganjaran pahala engkau digandakan.

Maka, bagi engkau, ganjaran pahala sebanyak dua kali (1 kerana membaca, 1 kerana usaha dalam susah)

‎وأوصيك بتحميل القرآن صوتياً بهاتفك وتابعه .

Dan aku pesan kepada engkau supaya muat turun rakaman bacaan al-Quran di dalam handphone dan (belajar membaca dengan) ikuti (rakaman bacaan) itu.

‎١٤- ختم قراءتك على أواخر السور أكمل وأفضل من ختمها على أواخر الأجزاء .

1️⃣4️⃣ Habiskan bacaan engkau pada penghujung surah adalah lebih sempurna dan lebih baik dari menghabiskan di penghujung juz-juz.

‎-ابن عمر إذا شرع في سورة لا يقف حتى يختمها .

Ibn ‘Umar dahulu, jika membaca pada satu-satu surah, dia tak akan berhenti sehinggalah dia menghabiskannya.

‎١٥-لا يشغلنك قطع الأجزاء عن التدبر ومما يساعدك عليه تكرار الآية مرتين وثلاث وعشر حتى يلين لها قلبك ،

1️⃣5️⃣ Jangan engkau sibukkan (fokus) untuk menghabiskan juz-juz, daripada (yang sepatutnya, iaitu fokus) kepada tadabbur dan apa-apa yang sebenarnya membantu engkau untuk mengulang-ulang sesuatu ayat sama ada 2 kali dan 3 kali dan 10 kali, sehinggalah hatimu menjadi lembut kerana ayat itu.

‎تقبل الله منا ومنك .

Semoga Allah menerima (usaha ini) dari kami dan dari engkau.

Akhlak Mulia Jambatan Ke Syurga

Akhlak Mulia Jambatan Ke Syurga

Anda berakhlak mulia? Pada pandangan anda adakah berakhlak mulia ini membawa keuntungan atau tidak? Ada orang kata : Kalau baik sentiasa dipijak orang..Adakah perkara itu membuatkan kita tidak mahu atau fobia untuk berakhlak mulia?

Akhlak mulia hakikatnya merupakan salah satu asas terpenting dalam ajaran Islam untuk membina peribadi dan memperbaiki masyarakat. Perkara tersebut dikatakan asas terpenting kerana keselamatan masyarakat,kekuatan,kemuliaan,dan kewibawaan peribadi-peribadinya sangat bergantung kepada sejauh mana mereka berpegang dengan akhlak mulia tersebut. Sebaliknya masyarakat akan hancur dan rosak tatkala mereka meninggalkan dan menjauhi akhlak yang terpuji. Setiap syariat dan agama memiliki perhatian yang serius terhadap gejala penyakit akhlak yang dapat menjadikan masyarakat terperosok.

Islam mengajak manusia untuk membina fizikal dan jiwanya secara sempurna dan seimbang tidak tempang pada salah satunya. Islam menyeru agar mereka berpegang dengan akhlak mulia dan menyebarkannya dan agar mereka meninggalkan serta menjauhi segala akhlak yang buruk.

Ajaran akhlak yang mulia ini telah diperlihatkan oleh suri teladan umat ini iaitu Rasullullah yang telah dijelaskan oleh Allah SWT dengan firman-Nya,

“Dan sesungguhnya engkau benar-benar berada di atas akhlak yang mulia.” (Al-Qalam : Ayat 4).

Sa’ad bin Hisyam pernah bertanya kepada ‘Aisyah r.ha tentang akhlak Rasulullah, maka ‘Aisyah r.ha menjawab,

“Akhlak Baginda ialah Al-Quran”

Lalu Sa’ad berkata,

“Sesungguhnya saya ingin berdiri dan tidak lagi menanyakan sesuatu yang lain.” (Riwayat Muslim).

Oleh sebab itu, Rasulullah SAW merupakan peribadi yang paling bagus akhlaknya seperti yang disaksikan oleh Anas bin Malik (pembantu Rasulullah) selama 10 tahun-ketika beliau berkata,

“Rasulullah ialah orang yang paling bagus akhlaknya.” (Riwayat Muslim)

Maka wajarlah Rasulullah SAW menjadi suri teladan bagi kita dalam segala aspek kehidupan. Hal ini amat jelas seperti yang diberitakan oleh Allah dalam firman-Nya,

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu)bagi orang yang mengharap (pertemuan dengan) Allah dan (keselamatan di) hari akhir dan dia banyak menyebut Allah.” (Al-Ahzab : Ayat 21)

Rasulullah SAW sendiri telah memotivasikan umatnya yang beriman supaya berpegang teguh dengan akhlak yang bagus dan menjauhi akhlak yang buruk seperti dalam sabda-sabda Baginda berikut ini :

Daripada Abu Darda’ bahawa Nabi bersabda yang bermaksud, “Tiada suatu perkara yang paling memberatkan timbangan (kebaikan) seorang Mukmin pada hari kiamat selain daripada akhlak dan sesungguhnya Allah amat benci kepada seorang yang buruk perbuatan dan ucapannya.” (Riwayat At-Tarmizi)

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang perkara yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga, maka Baginda mejawab,

“Bertakwa kepada Allah dan berakhlak mulia.”

Sementara ketika ditanya tentang perkara yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam neraka, Baginda menjwab,

“Mulut dan kemaluan.” (Riwayat At-Tarmizi)

Dan Rasulullah SAW menjelaskan bahawa Mukmin yang paling sempurna keimanannya ialah yang paling sempurna akhlaknya, seperti yang Baginda sabdakan yang bermaksud :

“Sesungguhnya Mukmin yang paling sempurna keimanannya ialah yang paling bagus akhlaknya dan sebaik-baik kalian ialah yang paling baik terhadap isteri-isterinya .” (Riwayat At-Tarmizi).

Bahkan Rasulullah SAW telah menjadikan orang yang berakhlak mulia sebagai orang yang paling dekat duduknya dengan Rasulullah sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai antara kalian dan paling dekat tempat duduknya denganku pada hari kiamat ialah yang paling bagus akhlaknya dan sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh tempat duduknya dariku pada hari kiamat ialah tsartsarun (yang banyak bicara), mutasyaddiqun (yang bicara sembarangan lagi mencela manusia), dan mutafaihiqun.”

Para shabat bertanya, “Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui tsartsarun dan mutasyaddiqun, tetapi siapakah mutafaihiqun itu?” Rasulullah menjawab, “Mutakabbirun (orang yang sombong) ” (Riwayat At-Tarmizi.

Setelah membaca semua kalimah yang dicoretkan ini, adakah anda masih tidak mahu memupuk akhlak mulia dalam diri?

Akhlak mulia sumber kebahagiaan dunia dan akhirat… jadi..JANGAN ANDA LEPASKANNYA!!

-Petikan Dari Sumber Kembara Hamba Mencari Cahaya-

Langit Ilahi

MAD ARID LISSUKUN

MAD ARID LISSUKUN :

Mad Arid Lissukun  : mad yang berlaku apabila huruf mad bertemu dengan sukun yang mendatang kerana diwaqafkan pada akhir kalimah.

‘◼️Aridh bererti mendatang;

◼️Lis sukun bererti disebabkan sukun.

Kadar bacaannya: 2, 4 atau 6 harakat diseragamkan dan aulanya dibaca daripada harakat panjang ke pendek (6, 4, 2).

3 SYARAT BERLAKU MAD ‘ARIDH LISSUKUN

Salah satu mad yg boleh dibaca 2 harakat adalah Mad ‘Aridh Lissukun.

3 syarat ini menyebabkan berlakunya Mad ‘Aridh Lissukun:

1. BERHENTI BACAAN

Syarat pertama, mesti berhenti bacaan pada hujung kalimah. Kalau tak berhenti, tak jadi.

2. SUKUN HURUF AKHIR

Kedua, apabila berhenti bacaan, mesti sukun (mati) kan huruf akhir.

3. SEBELUM HURUF AKHIR ADA HURUF MAD

Syarat ketiga, mesti sebelum huruf akhir (yg kita sukunkan tu) mesti berlaku bacaan mad (ا و ي).

Mesti semua syarat itu berlaku. Kalau hanya 1 atau 2 syarat sahaja berlaku, tak akan jadi Mad ‘Aridh Lissukun.

MAD FARQI

MAD FARQI

Mad farq adalah mad yang terhasil dari pertemuan mad badal dan huruf yang bertasydid.

Iaitu bertemu hamzah yang pertama (hamzah istifham) dengan hamzah wasal di dalam alif lam makrifat.

Mad ini untuk membezakan kata-kata pertanyaan dengan lafaz berita.

Sebab Ia Terjadi :

Bagi membezakan hamzah istifham yang bermaksud pertanyaan (adakah) dimana hanya terdapat 3 perkataan sahaja, tetapi 6 tempat yg berlainan bagi hukum ini di dalam al-Quran.

Ia juga adalah sebahagian Mad Lazim Kalimi Musaqqal dan Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf.

Mad Farqi hampir sama dengan Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf. Yang membezakan Mad Farqi dengan Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf adalah memanjangkan bunyi hamzah yang bertemu dengan sukun atau tasydid.

Dengan kata lain, Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf, pasti Mad Farqi. Tetapi Mad Farqi belum tentu Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf, kerana ada juga Mad Farqi yang berupa Mad Lazim Kalimi Mutsaqqal.

Cara membaca Mad farq kadar panjang bacaannya adalah 6 harakat.

Boleh juga dibaca dengan cara tashil (ringan dan mudah).

Terdapat 6 tempat hukum Mad Farq di dalam Al-Quran iaitu ;

1. Surat Al-An’am : ayat 143

2. Surat Al-An’am : ayat 144

3. Surat Yunus : ayat 51

4. Surat Yunus : ayat 59

5. Surat Yunus : ayat 91

6. Surat An-Naml : ayat 59

IDGHAM MUTAJANISAIN :

IDGHAM MUTAJANISAIN :

Idgham Mutajanisain adalah hukum tajwid yang berlaku apabila terjadi pertemuan dua huruf yang berbeza sifat, namun sejenis tempat keluar suara atau makhraj-nya. Satu dalam keadaan sukun dan satu lagi berharakat.

Mutajanisain ertinya sejenis

Idgham ertinya meleburkan (memasukkan) satu huruf ke dalam huruf setelahnya (ditasydidkan).

Di dalam al-Quran untuk huruf kedua yang berharakat sudah ditandai dengan simbol tasydid. Tasydid pada Hukum Idgham Mutajanisain adalah tasydid hukum, iaitu tasydid yang diberikan kerana terjadinya pertemuan dua huruf.

Sebagaimana fungsi tasydid, maka panjang bacaannya adalah 2 harakat, sebagai bentuk penekanan dua huruf yang bertemu.

Cara membacanya adalah dengan ‘mengabaikan’ huruf yang sukun, dan bacaan pada huruf yang sukun dileburkan ke huruf yang berharakat.

Hukum Idgham Mutajanisain berlaku untuk 8 huruf, yaitu:  ب , ت , ث ,د , ذ , ط , ظ , م

Lapan (8) Huruf tersebut berasal dari 3 kumpulan makhraj:

1.     Huruf Ba ( بْ )  dan mim ( م ) berasal dari makhraj syafawi; bibir atas dan bibir bawah tertutup rapat.

2.     Huruf Ta ( ت ), Tha ( ط ), dan Dal ( د ) berasal dari makhraj lisani; hujung lidah yang bertemu dengan pangkal gigi kacip atas (gigi tengah atas).

3.     Huruf Dzal ( ذ ), Zha’ ( ظ ), dan Tsa’  ( ت ) berasal dari makhraj lisani; Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan ke hujung gigi kacip (gigi tengah) di bahagian atas.

Wallahu’alam..

TANDA SABDU

JIKA JUMPA TANDA SABDU, ADA 2 HURUF KE, KENA BACA DENGUNG & PANJANG 2 HARAKAT

Masa baca Al-Quran tak sah kalau tak jumpa simbol sabdu.

Cara bacaanya senang sangat. Masa baca hanya gandakan bunyi huruf yang bertanda sabdu. Sebab tanda sabdu ni bermaksud huruf tersebut sebenarnya ada 2 kali.

Ia menunjukkan huruf tersebut kena pakai 2x dan bungikan 2x dengan jelas.

Kalau jumpa tanda ni dalam Al-Quran tak payah baca dengung & tak perlu panjangkan bacaan kecuali pada 2 huruf ‘special’ sahaja

2 huruf ‘special’ ni ialah ن dan م

HUKUM MAD

HUKUM MAD

Apa itu Mad?

Mad bermaksud MENAMBAH. Ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu Huruf Mad atau Huruf Lin.

Huruf Mad :

Huruf mad ada TIGA kesemuanya iaitu Huruf Alif , Huruf Wau dan juga Huruf Ya, dengan SYARAT :

1. Alif dan huruf sebelumnya terdapat huruf yang berbaris atas.

2. Wau dan huruf sebelumnya terdapat huruf berbaris depan.

3. Ya dan huruf sebelumnya terdapat huruf berbaris bawah

Apa itu Harakat?

Cara membaca mad bergantung kepada kadar harakat yang ditetapkan bermula dari 2 hingga 6 harakat.

1 harakat dikategorikan dalam bacaan tidak panjang . Manakala, bacaan panjang adalah bermula dari 2 sehingga 6 harakat.

Cara mengira harakat adalah dengan menggenggam jari dan melepaskannya. Jika 2 harakat, genggam 2 jari dan lepaskan. Namun  begitu, cara untuk menggenggam dan melepaskan jari mestilah mengikut kadar kelajuan bacaan.

Kadar kelajuan bacaan terdapat 3 jenis :

1. Tahqiq – perlahan

Sangat teliti dalam menyempurnakan bacaan dengan menunaikan hak-hak huruf. Contoh bacaan qari / qariah.

2. Tadwir – lebih laju dari tahqiq

Bacaan pertengahan antara tadwir dan hadr serta masih tidak mengabaikan tajwid pada bacaan.

3. Hadr – laju

Bacaan cepat dan masih tidak mengabaikan tajwid pada bacaan. Contohnya bacaan penghafaz al-Quran dalam mengulang-ulang bacaan.

Nota : Jika anda membaca pada kadar tadwir anda perlulah genggam dan lepaskan jari mengikut kadar kelajuan tadwir tersebut. Maka bacaan mad anda akan jadi lebih cepat sedikit berbanding mereka yang membaca pada kadar tahqiq.

Jenis Mad :

Mad terbahagi kepada DUA jenis iaitu:

1. Mad Asli (Mad Thobi’i)

◼️Mad yang BUKAN DISEBABKAN hamzah dan sukun.

◼️Kadar harakat adalah 2 sahaja.

◼️Asli – ertinya asal

Thobi’i – ertinya semulajadi

2. Mad Far’i

◼️Mad tambahan yang DISEBABKAN oleh hamzah dan sukun.

◼️Kadar harakat adalah lebih dari 2 sehingga 6.

◼️Mad Far’i terbahagi kepada 13 jenis.

◼️Far’i – Tambahan / Cabang

Mad Asli

Mad asli ( مد اصلي ) : 

Iaitu mad asal yang ada pada satu-satu kalimah dan tidak terikat dengan sebarang sebab untuk memanjangkannya seperti bertemu dengan huruf hamzah atau sukun.

Sekiranya huruf mad tersebut dibaca kurang atau lebih daripada 2 harakat, sama ada ia akan berubah makna atau tidak mempunyai sebarang makna.

kadar 2 harakat adalah sekurang-kurang kadar pemanjangan, sedangkan 1 harakat tidak dikira sebagai bacaan yang panjang. Begitu juga jika lebih dari 2 harakat, ia sudah melebihi pemanjangan yang asal. 

Dikenali juga sebagai mad tabi’e ( طبيعي ) kerana menjadi tabiat orang Arab menyebutnya dengan 2 harakat (tidak lebih atau kurang).

Mad Asli – مد اصلي

Mad Asli yang dibaca 2 harakat pada semua keadaan sama ada ketika wasal, waqaf, di pertengahan atau akhir kalimah.

Create your website with WordPress.com
Get started