SANDAL ATAU SELIPAR JEPIT ⁉️

SANDAL JEPIT ⁉️

Ahlussunnah sudah jelas dalam berprinsip. Segala perintah atau intruksi dari penguasa selama perintah tersebut bukan kemaksiatan atau kemungkaran, tetap taat dan patuh kepada penguasa.

Termasuk dalam perkara perintah jangan pakai sandal JEPIT ketika naik motor, jangan naik motor lebih dari dua orang, harus pakai helm dan lain sebagainya. Perintah-perintah itu semua adalah perintah yang makruf, untuk meminalisir kecelakaan di jalan. 

Allah Ta’ala berfirman : 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ …(النساء : 59).

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kalian… (An Nisa : 59).

Didalam tafsir al Muyassar berkenaan dengan ayat ini disebutkan :

يا أيها الذين صدَّقوا الله ورسوله وعملوا بشرعه, استجيبوا لأوامر الله تعالى ولا تعصوه, واستجيبوا للرسول صلى الله عليه وسلم فيما جاء به من الحق, وأطيعوا ولاة أمركم في غير معصية الله

Wahai orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasulNYA serta melaksanakan syariatNYA, laksanakanlah perintah-perintah Allah dan janganlah kalian mendurhakaiNYa, dan penuhilah panggilan rasulNYA dengan mengikuti kebenaran yang dibawanya, dan taatilah para penguasa kalian dalam perkara selain maksiat kepada Allah. (Tafsir Al Muyassar).

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

من أطاعني فقد أطاع الله ومن يعصني فقد عصى الله ومن يطع الأمير فقد أطاعني ومن يعص الأمير فقد عصاني

“Barang siapa yang mentaati aku sungguh ia telah mentaati Allah, dan barang siapa yang durhaka padaku sungguh ia telah mendurhakai Allah, barang siapa yang TAAT pada PEMIMPIN sungguh ia telah taat padaku, dan barang siapa yang DURHAKA pada PEMIMPIN sungguh ia telah durhaka padaku” (HR. Muslim no. 1835).  

Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda :

السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ ، وَلاَ طَاعَة.

Mendengar dan taat diperbolehkan bagi seorang muslim dalam semua hal yang disukainya dan yang dibencinya, selagi ia tidak diperintahkan untuk MAKSIAT. Apabila diperintahkan untuk maksiat, maka tidak boleh mendengar dan tidak boleh taat. (HR. Bukhari).

Dan Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

لاَ طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةٍ إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ.

Tidak ada ketaatan di dalam MAKSIAT, sesungguhnya ketaatan itu hanya dalam hal yang baik. (HR. Bukhari).

Dan Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

لاَ طَاعَةَ فِى مَعْصِيَةِ اللَّهِ إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِى الْمَعْرُوف

ِ

Tidak ada ketaatan dalam BERMAKSIAT kepada Allah, sesungguhnya ketaatan itu hanya kepada hal yang baik. (HR. Muslim dari Ali radhiyallahu anhu).

Dan Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

لاَ طَاعَةَ لِمَخْلُوقٍ فِي مَعْصِيَةِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ.

Tidak ada ketaatan kepada makhluk di dalam MAKSIAT kepada Allah Azza wa Jalla (HR. Ahmad dari Ali radhiyallahu anhu. Berkata Syekh Arnuth isnad shahih atas syarat Bukhari Muslim).

Oleh karena itu, dalam hal aturan berlalu lintas hendaklah kaum muslimin mentaati pemimpin, penguasa atau pemerintah, karena itu perkara yang makruf, bukan perkara maksiat.

SENARAI PENDUSTA DAN NABI PALSU

SENARAI PENDUSTA DAN  NABI PALSU

Dr Khairul Asyraf Mohd Nathir

Antara tanda kiamat yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku adalah munculkan mereka yang berdusta atas nama agama dan mengaku sebagai nabi palsu. Kemunculan golongan ini bukan berlaku pada zaman ini sahaja, bahkan sejarah telah menunjukkan ramai golongan pendusta dan nabi palsu ini bersilih ganti seantero dunia.

Kemunculan para pendusta dan mereka yang mengaku sebagai nabi palsu wujud pada zaman Baginda Nabi SAW. Baginda bersabda maksudnya:  “Dan sesungguhnya akan muncul dalam kalangan umatku 30 orang pendusta yang kesemuanya mengaku menjadi nabi. Ketahuilah aku adalah nabi terakhir dan tiada lagi nabi selepas aku.”  (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Berdasarkan hadis tersebut, terdapat tanda jelas yang disampaikan Baginda Nabi SAW tentang situasi pendusta yang mengakui seorang nabi muncul pada akhir hayat baginda dan berterusan sehingga hari ini.

Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: “Akan datang pada akhir zaman (kemunculan) dajjal-dajjal para pendusta. Mereka akan datang kepada kalian dengan ucapan yang tidak pernah kalian dengar. Bahkan ayah-ayah kalian juga tidak pernah mendengarnya. Maka jauhilah mereka. Mereka tidak akan menyesatkan kalian mahupun mendatangkan fitnah kepada kalian.”  (Hadis Riwayat Muslim)

Ulama menjelaskan pada akhir hayat baginda terdapat beberapa orang yang telah mengaku nabi palsu dan berterusan selepas kewafatan baginda. Mereka pada asasnya adalah berpura-pura bagi mendapatkan pengaruh dan sokongan orang ramai kemudian bertukar menjadi satu bentuk kepercayaan yang diplopori oleh golongan tersebut.

Terdapat dua bentuk pendusta, pertama mereka yang sengaja berpura-pura menjadi nabi palsu, kedua mereka mengatakan didatangi oleh satu mimpi yang menabalkan mereka menjadi seorang nabi. Kedua-dua situasi ini telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku dengan situasi lebih membimbangkan.

Kebanyakan masyarakat yang mempercayai kemunculan nabi palsu ini adalah mereka yang taasub dengan seseorang dan menganggap nabi palsu dapat menyelamatkan mereka. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang tersalah pilih jalan untuk taubat dengan mempercayai dan mengikuti nabi palsu tersebut. Peranan besar yang diterapkan oleh pendusta dan nabi palsu ini adalah berbentuk kemudahan dalam mengamalkan ajaran Islam. Mereka tidak perlu solat dan puasa kerana dengan niat sahaja segala amalan telah diterima. Dalam masa sama, mereka juga bebas melakukan apa yang diharamkan seperti zina dan sebagainya. Semua ajaran yang disampaikan oleh pendusta dan nabi palsu ini amat mudah diikuti sehingga bilangan pengikut daripada pelbagai latar profesional semakin ramai dari tahun ke tahun.

Antara nabi palsu yang muncul pada zaman Rasulullah SAW, sahabat dan selepasnya.

• Abhalah bin Ka’ab bin Ghauts Al Kadzdzab alias Al Aswadi Al Ansi

– Pada masa Rasulullah SAW.

– Berasal dari Yaman dan dibunuh oleh isterinya sendiri yang bekerjasama dengan kaum Muslimin.

• Thulaihah bin Khuwailid bin Naufal

– Pada zaman Rasulullah SAW.

– Berasal daripada Bani Asad. kembali ke pangkuan Islam

• Musailamah bin Tsumamah bin Habib Al Kazzab

– Pada zaman Rasulullah SAW dan sahabat.

– Berasal dari Yamamah.

– Dibunuh oleh Wahsyi pada zaman khalifah Abu Bakar As-Siddiq

• Sajah binti Al Harits bin Suwaid

– Pada zaman Rasulullah SAW dan sahabat.

– Seorang perempuan berasal daripada Bani Tamim. Seteru kepada Musailamah al-Kazzab kemudian bergabung dan berkahwin membentuk tentera yang besar. Diusir oleh khalifah selepas kematian suaminya.

• Al Mukhtar bin Abi Ubaid (Zaman sahabat)

– Berasal dari Thaif, penganut syiah yang mengaku nabi. Dia saudara ipar Abdullah bin Umar bin Khattab. Mati dibunuh oleh Mush’ab bin Az-Zubair.

• Mirza Ali Mohammad

– Pada abad 19.

– Pendokong agama Bahaisme.

– Dihukum mati oleh pemerintah Iran pada 1843

• Mirza Husein Ali

– Pendokong agama Bahaisme, penganut syiah.

– Mati pada 1892. Diikuti oleh anaknya yang bernama Abbas Efendy yang bermarkas di Chicago, USA.

• Mirza Ghulam Ahmad

– Berasal dari India.

– Mati terkena penyakit kolera.

– Pendiri agama Ahmadiyah, namun kitabnya bukan al-Quran.

• Rashad Khalifa

– Dari Mesir 1835-1908.

– Dibunuh oleh pengikutnya sendiri

• Asy Syaikhah Manal Wahid Manna

– Seorang wanita mengaku nabi.

– Dipenjara oleh pemerintahan Mesir

• Tsurayya Manqus

– Seorang wanita dari Yaman.

– Mati dibunuh oleh pengikutnya sendiri dan disalib

• Muhammad Abdur Razak Abul ‘Ala

– Dari sudan

Di Malaysia dan Asia Tenggara khususnya di Indonesia juga tidak terlepas daripada pendusta yang mengaku diri mereka sebagi nabi akhir zaman yang baharu. Mereka yang mengaku sebagai nabi ini mempunyai pengikut yang cukup ramai daripada pelbagai lapisan dan profesional. Mereka percaya bahawa dengan mengikut nabi palsu tersebut mereka akan terus memperolehi tiket atau jaminan khusus untuk masuk ke syurga.

Pendusta dan nabi palsu di sekitar Asia Tenggara

• Hadasari (Markasa, Sulawesi Selatan, Indonesia)

– Seorang perempuan yang mengaku sebagai nabi ke-26

• Lia Eden (Jakarta, Indonesia)

– Wanita yang mengaku telah mendapat wahyu daripada malaikat Jibril untuk mendakwahkan satu aliran kepercayaan baharu melibatkan tiga agama Samawi

• Ahmad Musaddeq (Indonesia)

– Pernah bertaubat namun masih menyebarkan ajaran dengan menggunakan nama samaran lain seperti Milah Abraham dan Gerakan Fajar Nusantara (Gafatar) masih aktif di beberapa wilayah Indonesia

• Gus Jari bin Supardi (Jawa Timur)

– Mendakwa sebagai Nabi Isa Al Habibullah dan menyebarkan ajaran agama Islam melalui pondok

• Abdul Kahar (Malaysia, Rasul Melayu)

– Mendakwa Tuhan melantiknya menjadi Rasul Melayu menerusi surah Yasin dan surah Ibrahim menerusi ayat ke-4

• Roslan Abdul Rahman (Melaka, Malaysia)

– Membawa fahaman  ‘aku mengaku aku Allah’ dan ‘aku ini nabi akhir zaman’

• Meriam binti Ahmad Shaharudin (Selangor, Malaysia)

– Meriam Ahmad Shaharudin, wanita yang mengaku dirinya sebagai seorang daripada empat rasul selepas Nabi SAW kini semakin berani menyebarkan dakyahnya dengan memutarbelitkan ayat suci al-Quran untuk kepentingan peribadi.

• Ayah Pin (Terengganu, Malaysia)

– Menyifatkan dirinya sebagai ‘tuhan’ kepada semua agama dan mendakwa telah menerima wahyu dari langit untuk diajar di muka bumi.

Setiap pendusta yang mengaku sebagai nabi dan mendakwa memperoleh wahyu daripada Allah mengiktiraf diri mereka lebih mulia daripada yang lain. Dalam masa sama, mereka juga mempunyai kitab dan menjadi panduan pengikut mereka. Ketaasuban pengikut mereka ini telah melampaui batasan apabila menjadi nabi palsu tersebut sebagai sembahan mereka bertujuan untuk memperolehi sesuatu. Situasi ini menggambarkan satu bentuk kesesatan yang akan diikuti oleh manusia yang meninggalkan wasiat utama Baginda Nabi SAW iaitu al-Quran dan as-sunnah.

Justeru itu, manusia perlu memahami al-Quran dan hadis dengan pegangan yang kukuh bagi mengelakkan sebarang cabaran yang boleh mempengaruhi minda ke arah mengikuti nabi palsu dan pendusta yang semakin ramai pada hari ini.  Dalam masa sama, perlu berguru dengan guru yang tepat dan bersandarkan sumber yang telah disepakati.

Terdapat beberapa gerakan agama baru yang wujud dalam Malaysia yang diwartakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (di mana badan ini mentakrif dan merujuk gerakan-gerakan ini sebagai “organisasi ajaran sesat”):

  1. Nasrul Haq
  2. Budi Suci
  3. Al-Watan
  4. Budi Suci Sejati
  5. Jawa Faradin
  6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
  7. Tusuk Hikmat
  8. Ilmu Kebatinan
  9. Potong Maya
  10. Naluri
  11. Kaula
  12. Haqqullah Syahadah
  13. Rampai
  14. Wali Suci
  15. Kalimat Sakti
  16. Silat Pukulan Jarak Jauh
  17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
  18. Zikir Sha`ban Islam Haq
  19. Asal Wujud Garis Laksmana
  20. Al-Ma`zat
  21. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
  22. Ilmu Kebatinan
  23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
  24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
  25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
  26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
  27. Mohd Nordin Putih
  28. Nasrun S.T.Qahar
  29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
  30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
  31. Wali Sembilan
  32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
  33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
  34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
  35. Al-Arqam
  36. Golongan Anti Hadis
  37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali #juga sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
  38. Syiah
  39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
  40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
  41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
  42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
  43. Tarikat Mufaridiah
  44. Ajaran Hassan Anak Rimau
  45. Tarikat Aurad Ismailiah
  46. Ajaran Martabat Tujuh
  47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
  48. Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh)
  49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
  50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
  51. Ajaran Mohd Nor Seman
  52. Ajaran Ayah Pin
  53. Al-Ma`unah
  54. Ajaran Azhar Wahab
  55. Ajaran Hj.Banuar
  56. Ajaran Sesat Lia Eden
  57. Ajaran Sesat Tuhan Harun[1]
  58. Ajaran Sesat Mirip Hakikat Insan[2]

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/01/31/25-ajaran-difatwakan-sesat-di-selangor

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard

SENARAI PENDUSTA DAN NABI PALSU

Dr Khairul Asyraf Mohd Nathir

Antara tanda kiamat yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku adalah munculkan mereka yang berdusta atas nama agama dan mengaku sebagai nabi palsu. Kemunculan golongan ini bukan berlaku pada zaman ini sahaja, bahkan sejarah telah menunjukkan ramai golongan pendusta dan nabi palsu ini bersilih ganti seantero dunia.

Kemunculan para pendusta dan mereka yang mengaku sebagai nabi palsu wujud pada zaman Baginda Nabi SAW. Baginda bersabda maksudnya: “Dan sesungguhnya akan muncul dalam kalangan umatku 30 orang pendusta yang kesemuanya mengaku menjadi nabi. Ketahuilah aku adalah nabi terakhir dan tiada lagi nabi selepas aku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Berdasarkan hadis tersebut, terdapat tanda jelas yang disampaikan Baginda Nabi SAW tentang situasi pendusta yang mengakui seorang nabi muncul pada akhir hayat baginda dan berterusan sehingga hari ini.

Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: “Akan datang pada akhir zaman (kemunculan) dajjal-dajjal para pendusta…

View original post 890 more words

SYIAH CUBA BUKTIKAN ISLAM BUKAN AGAMA KEBENARAN..

SYIAH CUBA BUKTIKAN ISLAM BUKAN AGAMA KEBENARAN..

Dialog Kaisar-Abu Sufyan: Syiah Cuba Buktikan Islam Bukan Agama Kebenaran..

Dalam kitab Taurat dan Injil yang asli sebelum dipinda ada menyatakan bahawa antara ciri kebenaran risalah Nabi Muhamad s.a.w. ialah, para pengikut yang masuk Islam ditangannya tidak akan murtad keislaman mereka.

Dalam dialog antara Kaisar Rom dan Abu Sufyan r.a. ialah tentang perkara ini.

Golongan Syiah cuba membuktikan risalah yang dibawa Nabi s.a.w. adalah dusta dengan cara mendakwa para sahabat baginda s.a.w. semuanya telah murtad kecuali beberapa orang.

Berikut ini terjemahan Dialog dari hadis no.6 Sahih al-Bukhari:

Telah menceritakan kepada kami Abu Al Yaman Al Hakam bin Nafi’ dia berkata, telah mengabarkan kepada kami Syu’aib dari Az Zuhri telah mengabarkan kepadaku Ubaidullah bin Abdullah bin ‘Utbah bin Mas’ud bahwa Abdullah bin ‘Abbas telah mengabarkan kepadanya bahwa Abu Sufyan bin Harb telah mengabarkan kepadanya;

Bahwa Heraclius menerima rombongan dagang Quraisy, yang sedang mengadakan ekspedisi dagang ke Negeri Syam pada saat berlakunya perjanjian antara Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dengan Abu Sufyan dan orang-orang kafir Quraisy.

Saat singgah di Iliya’ mereka menemui Heraclius atas undangan Heraclius untuk di diajak dialog di majlisnya, yang saat itu Heraclius bersama dengan para pembesar-pembesar Negeri Romawi. Heraclius berbicara dengan mereka melalui penerjemah.

Heraclius berkata; “Siapa diantara kalian yang paling dekat hubungan keluarganya dengan orang yang mengaku sebagai Nabi itu?.”

Abu Sufyan berkata; maka aku menjawab; “Akulah yang paling dekat hubungan kekeluargaannya dengan dia”.

Heraclius berkata; “Dekatkanlah dia denganku dan juga sahabat-sahabatnya.”

Maka mereka meletakkan orang-orang Quraisy berada di belakang Abu Sufyan. Lalu Heraclius berkata melalui penerjemahnya: “Katakan kepadanya, bahwa aku bertanya kepadanya tentang lelaki yang mengaku sebagai Nabi. Jika ia berdusta kepadaku maka kalian harus mendustakannya.”Demi Allah, kalau bukan rasa malu akibat tudingan pendusta yang akan mereka lontarkan kepadaku niscaya aku berdusta kepadanya.”

Abu Sufyan berkata; Maka yang pertama ditanyakannya kepadaku tentangnya (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) adalah: “bagaimana kedudukan nasabnya ditengah-tengah kalian?”

Aku jawab: “Dia adalah dari keturunan baik-baik (bangsawan) “.

Tanyanya lagi: “Apakah ada orang lain yang pernah mengatakannya sebelum dia?”

Aku jawab: “Tidak ada”.

Tanyanya lagi: “Apakah bapaknya seorang raja?”

Jawabku: “Bukan”.

Apakah yang mengikuti dia orang-orang yang terpandang atau orang-orang yang rendah?”

Jawabku: “Bahkan yang mengikutinya adalah orang-orang yang rendah”.

Dia bertanya lagi: “Apakah bertambah pengikutnya atau berkurang?”

Aku jawab: “Bertambah”.

Dia bertanya lagi: “Apakah ada yang murtad disebabkan dongkol terhadap agamanya?”

Aku jawab: “Tidak ada”.

Dia bertanya lagi: “Apakah kalian pernah mendapatkannya dia berdusta sebelum dia menyampaikan apa yang dikatakannya itu?”

Aku jawab: “Tidak pernah”.

Dia bertanya lagi: “Apakah dia pernah berlaku curang?”

Aku jawab: “Tidak pernah. Ketika kami bergaul dengannya, dia tidak pernah melakukan itu”. Berkata Abu Sufyan: “Aku tidak mungkin menyampaikan selain ucapan seperti ini”.

Dia bertanya lagi: “Apakah kalian memeranginya?”

Aku jawab: “Iya”.

Dia bertanya lagi: “Bagaimana kesudahan perang tersebut?”

Aku jawab: “Perang antara kami dan dia sangat banyak. Terkadang dia mengalahkan kami terkadang kami yang mengalahkan dia”.

Dia bertanya lagi: “Apa yang diperintahkannya kepada kalian?”

Aku jawab: “Dia menyuruh kami; ‘Sembahlah Allah dengan tidak menyekutukannya dengan sesuatu apapun, dan tinggalkan apa yang dikatakan oleh nenek moyang kalian. ‘ Dia juga memerintahkan kami untuk menegakkan shalat, menunaikan zakat, berkata jujur, saling memaafkan dan menyambung silaturrahim”.

Maka Heraclius berkata kepada penerjemahnya: “Katakan kepadanya, bahwa aku telah bertanya kepadamu tentang keturunan orang itu, kamu ceritakan bahwa orang itu dari keturunan bangsawan. Begitu juga laki-laki itu dibangkitkan di tengah keturunan kaumnya.

Dan aku tanya kepadamu apakah pernah ada orang sebelumnya yang mengatakan seperti yang dikatakannya, kamu jawab tidak. Seandainya dikatakan ada orang sebelumnya yang mengatakannya tentu kuanggap orang ini meniru orang sebelumnya yang pernah mengatakan hal serupa.

Aku tanyakan juga kepadamu apakah bapaknya ada yang dari keturunan raja, maka kamu jawab tidak. Aku katakan seandainya bapaknya dari keturunan raja, tentu orang ini sedang menuntut kerajaan bapaknya.

Dan aku tanyakan juga kepadamu apakah kalian pernah mendapatkan dia berdusta sebelum dia menyampaikan apa yang dikatakannya, kamu menjawabnya tidak. Sungguh aku memahami, kalau kepada manusia saja dia tidak berani berdusta apalagi berdusta kepada Allah.

Dan aku juga telah bertanya kepadamu, apakah yang mengikuti dia orang-orang yang terpandang atau orang-orang yang rendah?” Kamu menjawab orang-orang yang rendah yang mengikutinya. Memang mereka itulah yang menjadi para pengikut Rasul.

Aku juga sudah bertanya kepadamu apakah bertambah pengikutnya atau berkurang, kamu menjawabnya bertambah. Dan memang begitulah perkara iman hingga menjadi sempurna.

Aku juga sudah bertanya kepadamu apakah ada yang murtad disebabkan marah terhadap agamanya. Kamu menjawab tidak ada. Dan memang begitulah iman bila telah masuk tumbuh bersemi di dalam hati.

Aku juga sudah bertanya kepadamu apakah dia pernah berlaku curang, kamu jawab tidak pernah. Dan memang begitulah para Rasul tidak mungkin curang.

Dan aku juga sudah bertanya kepadamu apa yang diperintahkannya kepada kalian, kamu jawab dia memerintahkan kalian untuk menyembah Allah dengan tidak menyekutukannya dengan sesuatu apapun, dan melarang kalian menyembah berhala, dia juga memerintahkan kalian untuk menegakkan shalat, menunaikan zakat, berkata jujur, saling memaafkan dan menyambung silaturrahim. Seandainya semua apa yang kamu katakan ini benar, pasti dia akan menguasai kerajaan yang ada di bawah kakiku ini.

Sungguh aku telah menduga bahwa dia tidak ada diantara kalian sekarang ini, seandainya aku tahu jalan untuk bisa menemuinya, tentu aku akan berusaha keras menemuinya hingga bila aku sudah berada di sisinya pasti aku akan basuh kedua kakinya.

Kemudian Heraclius meminta surat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang dibawa oleh Dihyah untuk para Penguasa Negeri Bashrah, Maka diberikannya surat itu kepada Heraclius, maka dibacanya dan isinya berbunyi:

“Bismillahir rahmanir rahim. Dari Muhammad, hamba Allah dan Rasul-Nya untuk Heraclius. Penguasa Romawi, Keselamatan bagi siapa yang mengikuti petunjuk.

Kemudian daripada itu, aku mengajakmu dengan seruan Islam; masuk Islamlah kamu, maka kamu akan selamat, Allah akan memberi pahala kepadamu dua kali.

Namun jika kamu berpaling, maka kamu menanggung dosa rakyat kamu, dan: Hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai Rabb selain Allah”.

Jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).”

Abu Sufyan menuturkan: “Setelah Heraclius menyampaikan apa yang dikatakannya dan selesai membaca surat tersebut, terjadilah hiruk pikuk dan suara-suara ribut, sehingga mengusir kami. Aku berkata kepada teman-temanku setelah kami diusir keluar; “sungguh dia telah diajak kepada urusan Anak Abu Kabsyah. Heraclius mengkhawatirkan kerajaan Romawi.”

Pada masa itupun aku juga khawatir bahwa Muhammad akan berjaya, sampai akhirnya (perasaan itu hilang setelah) Allah memasukkan aku ke dalam Islam. Dan adalah Ibnu An Nazhur, seorang Pembesar Iliya’ dan Heraclius adalah seorang uskup agama Nashrani, dia menceritakan bahwa pada suatu hari ketika Heraclius mengunjungi Iliya’ dia sangat gelisah, berkata sebagian komandan perangnya: “Sungguh kami mengingkari keadaanmu. Selanjutnya kata Ibnu Nazhhur, “Heraclius adalah seorang ahli nujum yang selalu memperhatikan perjalanan bintang-bintang. Dia pernah menjawab pertanyaan para pendeta yang bertanya kepadanya; “Pada suatu malam ketika saya mengamati perjalanan bintang-bintang, saya melihat raja Khitan telah lahir, siapakah di antara ummat ini yang di khitan?” Jawab para pendeta; “Yang berkhitan hanyalah orang-orang Yahudi, janganlah anda risau karena orang-orang Yahudi itu. Perintahkan saja keseluruh negeri dalam kerajaan anda, supaya orang-orang Yahudi di negeri tersebut di bunuh.”

Ketika itu di hadapkan kepada Heraclius seorang utusan raja Bani Ghasssan untuk menceritakan perihal Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, setelah orang itu selesai bercerita, lalu Heraclius memerintahkan agar dia diperiksa, apakah dia berkhitan ataukah tidak. Seusai di periksa, ternyata memang dia berkhitam. Lalu di beritahukan orang kepada Heraclius. Heraclius bertanya kepada orang tersebut tentang orang-orang Arab yang lainnya, di khitankah mereka ataukah tidak?” Dia menjawab; “Orang Arab itu di khitan semuanya.”

Heraclius berkata; ‘inilah raja ummat, sesungguhnya dia telah terlahir.”

Kemudian heraclius berkirim surat kepada seorang sahabatnya di Roma yang ilmunya setarf dengan Heraclius (untuk menceritakan perihal kelahiran Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam). Sementara itu, ia meneruskan perjalanannya ke negeri Himsha, tetapi sebelum tiba di Himsha, balasan surat dari sahabatnya itu telah tiba terlebih dahulu.

Sahabatnya itu menyetujui pendapat Heraclius bahwa Muhammad telah lahir dan bahwa beliau memang seorang Nabi. Heraclius lalu mengundang para pembesar Roma supaya datang ke tempatnya di Himsha, setelah semuanya hadir dalam majlisnya, Heraclius memerintahkan supaya mengunci semua pintu.

Kemudian dia berkata; ‘Wahai bangsa rum, maukah anda semua beroleh kemenangan dan kemajuan yang gilang gemilang, sedangkan kerajaan tetap utuh di tangan kita? Kalau mau, akuilah Muhammad sebagai Nabi!.”

Mendengar ucapan itu, mereka lari bagaikan keledai liar, padahal semua pintu telah terkunci. Melihat keadaan yang demikian, Heraclius jadi putus harapan yang mereka akan beriman (percaya kepada kenabian Muhammad).

Lalu di perintahkannya semuanya untuk kembali ke tempatnya masing-masing seraya berkata; “Sesungguhnya saya mengucapkan perkataan saya tadi hanyalah sekedar menguji keteguhan hati anda semua. Kini saya telah melihat keteguhan itu.”

Lalu mereka sujud di hadapan Heraclius dan mereka senang kepadanya. Demikianlah akhir kisah Heraclius. Telah di riwayatkan oleh Shalih bin Kaisan dan Yunus dan Ma’mar dari Az Zuhri. Sumber terjemahan [LINK]

http://al-ahkam.net/home/dialog-kaisar-abu-sufyan-syiah-cuba-buktikan-islam-bukan-agama-kebenaran

POLITIK IRAQ SISIH PUAK SUNAH

POLITIK IRAQ SISIH PUAK SUNAH

BAGHDAD 24 Mac – Dua blok politik Syiah terbesar di Iraq, satu diketuai Perdana Menteri, Nuri al-Maliki dan satu lagi kumpulan pemimpin yang menjalin hubungan erat dengan Iran, membincangkan penggabungan yang berisiko meluaskan sengketa Syiah-Sunah di negara ini.

Penggabungan blok Perikatan Negara Berdaulat pimpinan Maliki dengan Perikatan Kebangsaan Iraq (INA), selaku dua daripada tiga blok yang memenangi undi terbesar pilihan raya Parlimen Iraq pada 7 Mac lalu, meminggirkan bekas Perdana Menteri, Iyad Allawi, ketua perikatan Iraqiya yang mendapat sokongan padu masyarakat Sunah.

Maliki yang mahu mengetuai kerajaan bagi satu penggal lagi, mungkin mendapati diri beliau diketepikan jika kedua-dua blok bergabung.

Satu parti komponen INA ialah gerakan Sadr pimpinan ulama Syiah anti-Amerika, Moqtada al-Sadr yang mendapat undi terbanyak bagi INA dan tidak mempunyai hubungan baik dengan Maliki.

Komposisi kerajaan akan datang diberi perhatian rapi oleh Washington yang merancang untuk menamatkan operasi tempur di Iraq menjelang 1 September ini, juga oleh syarikat-syarikat minyak global yang sudah menandatangani kontrak berbilion-bilion dolar untuk membangunkan telaga minyak Iraq.

“Lebih satu pertemuan diadakan dengan INA bagi mencapai perjanjian membentuk perikatan besar atau menggabungkan kedua-dua perikatan,” kata anggota kanan Negara Berdaulat, Sami al-Askari.

Beliau berkata demikian sejurus selepas seorang lagi pemimpin blok itu mengeluarkan kenyataan mengenai keperluan bergabung.

Blok Negara Berdaulat boleh dikatakan dalam kedudukan terikat dengan perikatan Iraqiya pimpinan Allawi dari segi pungutan undi.

Tiada satu pun blok utama dijangka memenangi cukup kerusi untuk membentuk kerajaan secara bersendirian, kerana itu rundingan antara parti dan perikatan mengenai potensi membentuk pakatan sedang berjalan lancar.

Kiraan undi akhir dijadual diumum Jumaat ini, hampir tiga minggu selepas pilihan raya diadakan. – REUTERS

Tidak Wujud Syiah, Kalau Mereka Nafi Apa Yang Ada Dalam Kitab Induk Mereka – Dr Johari

Dr Johari: Tidak Wujud Syiah, Kalau Mereka Nafi Apa Yang Ada Dalam Kitab Induk Mereka

Kita sering juga dihidangkan dengan penafian golongan Syiah atau simpatisan Syiah terhadap pelbagai tuduhan yang ditujukan kepada Syiah. Tuduhan berkenaan ada yang sampai ke peringkat kufur. Antaranya ialah, mereka mengkafirkan majoriti sahabat termasuk sahabat besar dan para isteri Rasulullah s.a.w. Dan pelbagai tuduhan berat lainnya. Mereka akan menafikan dengan mengatakan ia adalah fitnah.

Tahukah anda bahawa segala pertuduhan berat yang ditujukan kepada Syiah diambil dari kitaab-kitab induk mereka sendiri? Bukan rekaan Ahlus Sunnah.

Tahukah anda apa akan terjadi jika mereka benar-benar menafikan segala tuduhan-tuduhan berkenaan? Jika mereka menafikannya, bermakna Syiah itu tidak wujud dan tidak perlu wujud..

Antara isikandungan video:

1. Dakwaan tentang kesesatan Syiah boleh dibaca sendiri dalam kitab-kitab induk mereka. Ia memang benar-benar wujud di dalam kitab berkenaan. Kalau syiah tak mengakui apa yang ada dalam kitab induk mereka seperti Usul Kafi dll, maka tak wujud apa yang dinamakan Syiah

2. Kenapa orang Malaysia benci sangat dengan Muawiyah dan Yazid? Kerana sejarah Islam tidak ditulis dengan betul.

3. Asyura.. Apa Itu Asyura? Jawab: Bermaksud kesepuluh.

Kenapa buat bubur pada hari Asyura (10 Muharram)? Jawab: Kerana nak mematikan Sunnah berpuasa pada hari berkenaan.

4. Prinsip Syiah Imamiyah: Perlu Lakukan Yang Bertentangan Dengan Ahlus Sunnah

Ulama Syiah bila ditanya: Bagaimana jika seorang Syiah berada di kalangan Ahlus Sunnah mahu bertanya hukum-hakam?

Jawab: Tanyalah ulama Ahlus Sunnah. Kalau mereka menjawab halal, ia bermaksud haram.

Kategori Berita:

Bahaya Syiah

9899 reads

http://al-ahkam.net/home/dr-johari-tidak-wujud-syiah-kalau-mereka-nafi-apa-yang-ada-dalam-kitab-induk-mereka

Create your website with WordPress.com
Get started