AKHLAK ANTARA TABIAT DAN USAHA

AKHLAK ANTARA TABIAT DAN USAHA ๐Ÿƒ

Rosulullah ๏ทบ pernah berkata kepada salah seorang shohabat beliau yaitu Al-Asyaj Abd Al-Qois rodhiyallahu ‘anhu,

ุฅู† ููŠูƒ ุฎุตู„ุชูŠู† ูŠุญุจู‡ู…ุง ุงู„ู„ู‡ : ุงู„ุญู„ู… ูˆ ุงู„ุฃู†ุงุฉ ู‚ุงู„ : ูŠุง ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡  ุฃู‡ู…ุง ุฎู„ู‚ุงู† ุชุฎู„ู‚ุช ุจู‡ู…ุง ุฃู… ุฌุจู„ู†ูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ู…ุง ุŸ ู‚ุงู„ : ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ุฌุจู„ูƒ ุนู„ูŠู‡ู…ุง ูู‚ุงู„ : ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ ุงู„ุฐูŠ ุฌุจู„ู†ูŠ ุนู„ู‰ ุฎู„ู‚ูŠู† ูŠุญุจู‡ู…ุง ุงู„ู„ู‡ ูˆุฑุณูˆู„ู‡ 

“Sesungguhnya pada dirimu ada dua perangai yang dicintai Allah yaitu “al-hilm” (mengendalikan diri ketika marah) dan “al-anah” (tidak tergesa-gesa). 

Dia berkata, “Wahai Rosulullah, apakah dua perangai itu karena aku yang membentuknya ataukah Allah yang telah menjadikannya sebagai tabiat?” 

Beliau ๏ทบ bersabda, “Allah yang menjadikannya bagimu sebagai tabiat.” 

Dia berkata, “Segala puji bagi Allah yang telah mengaruniakan kepadaku dua perangai yang dicintai Allah dan Rosul-Nya.” 

(HR. Abu Dawud 5225)

Faedah Hadits:

1). Akhlak yang baik termasuk perkara yang mendatangkan kecintaan Allah. 

Rosulullah ๏ทบ mengatakan, “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.” (HR. At-Tirmidzi 1162)

2). Al-hilm dan al-anah dua perangai utama yang dicintai Allah yang semestinya setiap kita berhias dengannya.

3). Cepat marah dan suka tergesa-gesa perangai yang dibenci Allah. 

Rosulullah ๏ทบ mengatakan, “Jangan marah” dan “Tergesa-gesa dari syaithon”.

4). Para ulama mengatakan akhlak terpuji ada yang berasal dari tabiat dan ada juga yang diusahakan seseorang untuk bertabiat dengannya.

5). Baik tabiat maupun usaha keduanya sama-sama terpuji dan sama-sama utama. Meski yang tabiat lebih baik keadaannya dari sisi tidak membutuhkan lagi usaha karena Allah telah mengaruniakannya.

6). Di sana ada tuntutan siapa yang tidak baik perangainya hendaklah dia membiasakan diri agar mempunyai akhlak yang terpuji.

7). Bersyukur kepada Allah seraya mengucapkan alhamdulillah atas segala karunia yang Allah berikan.

8). Lebih mengutamakan kecintaan Allah dan Rosul-Nya ๏ทบ daripada kecintaan dan keridhoan seluruh manusia.

9). Tidak ada kelaziman orang yang mencintai Allah dan Rosul-Nya ๏ทบ maka dicintai Allah dan Rosul-Nya ๏ทบ. Tetapi orang yang dicintai Allah sudah barang tentu Allah mencintainya. Sebab itu Al-Hasan Al-Bashri berkata, “Timbangannya bukan engkau mencintai tetapi bagaimana agar engkau dicintai.”

10). Keutamaan shohabat Al-Asyaj Abd Al-Qois.

๐‘ฒ๐’–๐’Œ๐’–๐’‰๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘จ๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’Œ

๐‘ฒ๐’–๐’Œ๐’–๐’‰๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘จ๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’Œ

Akhlak mulia tertegak menerusi empat tonggak utama yang saling menyokong antara satu dengan yang lain.

Empat tonggak itu ialah kesabaran, keberanian, keadilan, dan kesucian.

Sifat sabar akan membantu seseorang lebih bertahan, menahan amarah, tidak merugikan orang lain, bersikap lemah lembut, sopan-santun dan tidak tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu.

Sifat selalu memelihara kesucian diri dapat mendorong seseorang tidak tergelincir dalam perkataan dan tindakan yang merendahkan dan menjatuhkan martabatnya.

Selain itu, ia dapat mendorongnya untuk mengamalkan sikap pemalu yang merupakan kunci segala kebaikan.

Memelihara kesucian ini juga menghindarkannya untuk terbabit dalam perbuatan keji, kedekut, berdusta, menfitnah dan mengadu domba.

Sifat berani pula menjadikan seseorang itu kuat menjaga maruah diri, mudah memaafkan dan menerima kemaafan, serta ringan tulang.

Dalam sahih Imam al’ Bukhari R.h., Abu Hurairah R.a., meriwayatkan bahawa

Rasulullah๏ทบ bersabda..

โ€œโ€ฆ๐™บ๐šŽ๐š‹๐šŽ๏ฟฝ๏ฟฝ๐šŠ๐š—๐š’๐šŠ๐š— ๐™ฑ๐šž๐š”๐šŠ๐š—๐š•๐šŠ๐š‘ ๐š‚๐šŽ๐š™๐šŽ๐š›๐š๐š’ ๐™ณ๐š’๐š๐šž๐š—๐š“๐šž๐š”๐š”๐šŠ๐š— ๐™ณ๐šŠ๐š•๐šŠ๐š– ๐™ฑ๐šŽ๐š›๐š๐šž๐šœ๐š๐š’, ๐šƒ๐šŽ๐š๐šŠ๐š™๐š’ ๐™พ๐š›๐šŠ๐š—๐š ๐šˆ๐šŠ๐š—๐š ๐™ณ๐šŠ๐š™๐šŠ๐š ๐™ผ๐šŽ๐š—๐š๐šŠ๐š ๐šŠ๐š• ๐™ณ๐š’๐š›๐š’๐š—๐šข๐šŠ ๐™บ๐šŽ๐š๐š’๐š”๐šŠ ๐™ผ๐šŠ๐š›๐šŠ๐š‘โ€ฆโ€

Selain itu, keadilan pula dapat mengasah sikap seseorang untuk terus berupaya membetulkan kelakuannya, membantunya untuk menyeimbangkan di antara bersikap terlalu berlebihan.

Sifat ini juga mendorong kita untuk bersikap dermawan dan murah hati..

Pada masa permulaan dakwah Islam, Nabi Muhammad๏ทบ tidak hanya membina aspek tauhid, tetapi juga membangunkan nilai akhlak yang mulia dalam kalangan umatnya.

AKHLAK RASULULLAH SAW

Rasulullah s.a.w. itu adalah manusia yang amat toleran, amat berani, amat adil dan amat bersopan-santun sekali. Tangannya tidak pernah sama sekali menyentuh tangan wanita ajnabiah (asing) yang bukan miliknya sebagai hamba sahaya atau yang mempunyai hubungan pernikahan dengannya ataupun yang bukan mahramnya.

Baginda amat murah hati orangnya. Tidak pernah Baginda tidur selagi ada dalam tangan Baginda sedinar ataupun sedirham. Bila ada kelebihan wang dalam tangannya dan tiada pula sesiapa yang hendak diberikannya sehingga malam tiba, maka Baginda tidak akan kembali ke rumahnya, melainkan sesudah Baginda menemui orang yang berhajat untuk diberikan wang yang lebih itu kepada orang tersebut.

Baginda tiada mengambil rezeki yang dikurniakan oleh Allah Taโ€™ala lebih dari keperluan makan-minum untuk setahun saja. Selebih dari rezeki-rezeki itu Baginda letakkan untuk fisabilillah. Tidak pernah dimintai sesuatu darinya, melainkan Baginda memberinya.

Apabila habis, Baginda akan mengambil pula dari simpanan makanan keluarganya sendiri lalu memberikan kepada orang yang berhajat, sehingga seringkali belum sempat selesai akhir tahun, makanan itu akan kehabisan, lalu Baginda terpaksa meminjam pula dari orang lain untuk mencukupi keperluannya sendiri.

Bagindalah sendiri yang menjahit kasutnya bila putus dan menampal bajunya bila koyak. Baginda suka membantu ahli rumah dalam pekerjaan rumahtangganya.

Baginda amat pemalu orangnya tidak pernah menatap wajah orang lama-lama. Baginda menyahut undangan orang yang merdeka dan hamba sahaya. Baginda menerima hadiah tidak kira pun apa pun, walaupun hanya seteguk air susu, dan sering membalas hadiah itu dan memakannya. Tetapi baginda tidak memakannya dari pemberian sedekah. Baginda tidak pernah merasa dirinya rendah bila memenuhi keperluan hamba sahaya wanita ataupun seorang miskin.

Baginda amat marah sekali jika hak Allah dicabul, tetapi tidak marah pula, jika haknya sendiri dilanggar.

Pada suatu kali, seorang sahabatnya terbunuh di kawasan perkampungan Yahudi, Baginda tidak membalas dendam terhadap kaum Yahudi, tetapi Baginda menghukum menurut yang hak; iaitu mendenda mereka membayar fidyah sebanyak 100 ekor unta betina tidak lebih dari itu. Padahal para sahabat ketika itu, sangat berhajat kepada tambahan sekalipun seekor lagi untuk dijadikan makanan bagi menguatkan diri mereka.

Baginda sentiasa mengikat batu di perutnya untuk menahan lapar. Bila makan tidak pernah cerewet, tetapi makan apa yang disediakan saja dan tidak pernah menolak.

Kiranya makanan yang dihidangkan itu hanya buah tamar tanpa roti, baginda makan juga. Kiranya yang dihidangkan itu daging panggang, makan juga. Ataupun jika roti gandum atau roti syair, makan juga. Ataupun manisan saja atau madu, makan juga. Ataupun susu semata-mata tanpa roti, minum juga. Jika diberikan semangka ataupun kurma mengkal, makan juga.

Tidak pernah bersandar di waktu makan ataupun memasang meja untuk meletakkan makanan. Tidak pernah kenyang dari roti gandum selama tiga hari berturut-turut, sehingga wafat menemui Allah Taโ€™ala. Ini semuanya dilakukan semata-mata kerana mementingkan diri orang lain dari diri sendiri bukan kerana fakir atau kikir.

Adapun peribadi Rasulullah s.a.w. itu seorang yang amat tawadhuโ€™ (merendah diri) amat pendiam bukan sombong, amat fasih dalam tutur kata tanpa banyak bicara amat sempurna dan elok paras rupanya. Tidak pernah menganggap penting sesuatu pun dari urusan keduniaan.

Cincinnya terbuat dari perak, yang dipakainya di jari kelingking kanan dan kiri. Baginda mengenderai keledai dan membenarkan di belakang keledai itu dibuncingi oleh hamba sahayanya ataupun orang lain.

Selalu melawat pesakit-pesakit meskipun rumahnya jauh dipinggir kota, suka kepada yang baik, sering duduk bersama-sama fakir-miskin, memberi makan kepada orang miskin. Baginda menghormati orang-orang yang terutama, sentiasa memuliakan orang-orang yang dimuliakan dengan berbakti kepada mereka.

Baginda Rasulullah s.a.w. sentiasa berhubung dengan kaum kerabatnya, tidak pernah mengecewakan sesiapapun, selalu menerima alasan orang yang memberikan keuzuran, suka bergurau-senda, tetapi tidak berkata melainkan yang hak saja, tertawanya setakat senyum saja tanpa mengilai.

Baginda tidak pernah mengingkari permainan-permainan yang mubah (harus) yang dibolehkan oleh agama, pernah berlumba lari dengan isterinya. Ada kalanya setengah-setengah orang tidak bertimbang rasa mengangkat suara di hadapan Baginda, tetapi Baginda tetap bersabar saja.

Tidak pernah makanan atau pakaian Baginda lebih baik dari makanan dan pakaian hamba sahayanya. Tidak pernah berlalu suatu masa pun tanpa membuat sesuatu pekerjaan yang diredhai Allah, ataupun pekerjaan lain yang perlu untuk membetulkan diri sendiri.

Baginda selalu bersiar-siar di kebun-kebun sahabat-sahabatnya. Tidak pernah menghina-hinakan orang miskin kerana kemiskinannya. Tidak gentar kepada raja kerana kekuasaan atau kerajaannya. Baginda menyeru yang rendah dan yang tinggi kepada Allah Taโ€™ala dengan seruan yang sama.

Allah Taโ€™ala telah melengkapkan peribadi Rasulullah s.a.w. dengan kelakuan yang tinggi dan siasah yang sempurna, padahal Baginda itu seorang yang ummi, tidak pandai membaca atau menulis. Baginda dibesarkan di negeri yang masih dibelenggu oleh kejahilan dan dikelilingi oleh padang pasir, hidup dalam keadaan miskin dan sebagai penggembala kambing, seorang anak yatim tiada berayah dan tiada beribu. Tetapi Allah Taโ€™ala telah mendidik baginda dengan  sifat budi pekerti yang luhur dan perjalanan yang terpuji.

Diceritakan kapada Baginda berita-berita orang yang terdahulu dan yang akan datang untuk diambil pelajaran daripadanya. Dijadikan sempadan bagi keselamatan dan kemenangan di Hari Akhirat serta tauladan bagi kebahagiaan dan jalan keluar di dalam dunia.

Moga-moga Allah mengurniakan petunjuk kepada kami untuk menurut segala perintah Rasulullah s.a.w. dan mencontohi segala tauladan dalam perbuatan dan perilakunya, Amin Ya Rabbal Alamin.https://bimbinganmukmin.wordpress.com/2011/11/22/contoh-contoh-akhlak-rasulullah-s-a-w/

Create your website with WordPress.com
Get started